assignment seni dalam pendidikan hbef1403smp.docx
TRANSCRIPT
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
HBEF1403SMP
SENI DALAM PENDIDIKAN
JANUARI 2015
PERKEMBANGAN KEUPAYAAN KANAK-KANAK UNTUK MEMBUAT PENEROKAAN DAN MEMPEROLEHI PENGALAMAN BERDASARKAN PERMAINAN TING TING KAPAL TERBANG
NAMA : TUAN ZAKI B. TUAN SEMBOK
NO. MATRIKS : 720130115259001
NO. KAD PENGENALAN : 720130-11-5259
NO. TELEFON : 014-8086122
E-MEL : [email protected]
NAMA TUTOR : SUHANI BINTI SURATMAN
PUSAT PEMBELAJARAN : TERENGGANU LEARNING CENTRE
TUAN ZAKI B. TUAN SEMBOK 720130115259001
Isi Kandungan Muka surat
1.0 Pendahuluan 2
2.0 Apa Itu Permainan Ting-Ting Kapal Terbang 2
3.0 Aspek Perkembangan Kanak- kanak Dalam
Permainan Ting- Ting Kapal Terbang 5
4.0 Aspek-Aspek Penting Dalam Penilaian Perkembangan 8
4.1 Perkembangan Kemahiran Kognitif 8
4.2 Perkembangan Kemahiran Motor 9
4.3 Perkembangan Kemahiran Bahasa Dan Komunikasi 12
4.4 Perkembangan Kemahiran Sosial-Emosi 14
5.0 Aspek Penerokaan Dan Pengalaman Dalam
Permainan Ting- Ting Kapal Terbang 16
5.1 Pemerhatian Yang Aktif 16
5.2 Interaksi Yang Kritis Dan Kreatif Dengan Bahan 17
5.3 Pengalaman Langsung 18
6.0 Rumusan 21
Rujukan
1
TUAN ZAKI B. TUAN SEMBOK 720130115259001
1.0 Pendahuluan
Maksud permainan tradisional ini ialah permainan yang dimainkan sama ada oleh orang
Melayu, Cina,India atau lain kaum dari dulu lagi.Matlamat utama bagi apa jua permainan
tentunya tidak lari daripada memberi hiburan dan kegembiraan. Di samping itu, secara tidak
langsung wawasan riadah ialah untuk mengeluarkan peluh agar tubuh sentiasa dalam tahap
kesihatan yang memuaskan. Namun, untuk menghayati dan menghidupkan sesuatu
permainan, kemahiran diperlukan untuk menyesuaikan permainan. Konsep ini cukup
terserlah dalam satu permainan laman yang dimainkan di kampung-kampung
terutamanya sejak dahulu hingga hari ini.Selain dari itu, ada satu lagi aspek yang amat penting
untuk dibincangkan iaitu aspek perkembangan dari segi psikomotor, kognitif dan emosi serta
sosial kanak-kanak.
2.0 Apa Itu Permainan Ting- Ting Kapal Terbang
Matlamat utama bagi apa jua permainan tentunya tidak lari daripada memberi hiburan dan
kegembiraan. Di samping itu, secara tidak langsung wawasan riadah ialah untuk mengeluarkan
peluh agar tubuh sentiasa dalam tahap kesihatan yang memuaskan. Namun, untuk menghayati
dan menghidupkan sesuatu permainan, kemahiran diperlukan untuk menyesuaikan permainan.
Konsep ini cukup terserlah dalam satu permainan laman yang dimainkan di kampung-kampung
terutamanya sejak dahulu hingga hari ini. Permainan ini popular dengan nama "Jengkek Kapal
Terbang".
2
TUAN ZAKI B. TUAN SEMBOK 720130115259001
Gambar 1: Permainan ini biasanya dimainkan oleh kanak- kanak perempuan.
Permainan ini boleh dikatakan sudah sebati kepada kanak-kanak perempuan memandangkan
sebahagian besar pemain yang mengambil bahagian ialah kanak-kanak perempuan. Namun
begitu, tidaklah terlalu janggal sekiranya kanak-kanak lelaki pun turut bermain sama. Namun,
"kapal terbang" itu diperolehi daripada petak atau gelanggang itu yang khusus dibina untuk
bermain. Gelanggangnya terdiri daripada petak-petak empat persegi yang disusun sedemikian
rupa yang menampakkan imej sebuah "kapal terbang". Terdapat lima petak empat segi yang
dilakarkan sebaris. Pada petak ke empat terdapat tambahan satu petak lagi di kiri dan satu lagi di
kanan yang menimbulkan rupa sekali imbas seperti sayap kapal terbang. Di sebelah kanan pada
petak pertama pula terdapat tambahan petak yang berukuran separuh petak yang dipanggil
"tangga" yang kelihatan seperti ekor kapal terbang.
Kawasan bermain jengkek ini tidak perlu luas. Memadai jika kawasan itu dapat menampung 8
buah petak. Kanak-kanak perempuan terutamanya tetap menunjukkan kewibawaan mereka.
Sedar dan tahu pentingnya keselamatan, mereka memberikan perhatian yang sewajarnya ke atas
tapak permainan. Jika terdapat tunggul atau kayu, maka dibersihkan dahulu. Keselamatan tapak
perlu dititikberatkan kerana tapak tidak mudah dipindah-pindahkan. Paling kurang, permainan
ini dimainkan oleh 2 orang. Jika lebih ramai yang terlibat, tentu lebih seronok.
Sebelum itu "buah" untuk permainan mesti disediakan, ianya diperbuat daripada sesuatu objek
yang agak sesuai contohnya kepingan papan penutup botol dan apa sahaja asalkan berat agar
3
TUAN ZAKI B. TUAN SEMBOK 720130115259001
hasil lemparan nanti lebih mantap. Bagi menentukan siapa yang layak mula dahulu, satu undian
yang unik dijalankan. Masing-masing berdiri bahu-membahu membelakangi garisan tadi.
Kemudian masing-masing melempar "buah" secara membelakang, sejauh yang mungkin. Siapa
yang jauh mendapat hak bermain yang pertama.
Permainan ini nampak mudah tetapi akan menyusul pelbagai halangan yang semakin lama
semakin sukar. Dalam pusingan pertama pemain disyaratkan membawa "buah" dengan cara
menatangnya di atas belakang tapak tangan. Jika "buah" terjatuh, pemain dikira "mati". Ini
bermakna pemain seterusnya mendapat peluang berjengkek. Jika pemain berjaya menamatkan 9
"ting" dan 2 "Brak" tanpa menjatuhkan "buah", dia perlu melambung "buah" dan menyambutnya
secara kaut dengan kedudukan tapak tangan menghala ke bawah.
4
TUAN ZAKI B. TUAN SEMBOK 720130115259001
Gambar 2 & 3 : Pelbagai rupa bentuk permainan ting- ting kapal terbang.
Kemudian barulah dia berhak mendapatkan "rumah". "Buah" mestilah mendarat di mana-mana
petak iaitu dengan melempar membelakangi gelanggang untuk mendapatkan rumah. Dengan itu,
pemain lain tidak boleh bertingting lagi dalam petak "rumah" orang. Pemain lain boleh
bertingting di petak "rumah" orang dengan kebenaran tuannya.
Nilai juara dalam permainan tingting kapal terbang terletak pada "kemewahan" iaitu banyaknya
"rumah" yang berjaya dimiliki seseorang pemain. Malah permainan itu terpaksa ditamatkan
apabila semua petak sudah bertukar menjadi "rumah". Namun bukanlah secepat dan semudah itu
menukarkan semua petak menjadi "rumah". Seandainya "buah" yang dilemparkan mendarat di
"rumah" sendiri, maka rumah itu di kira "hangus" iaitu bertukar menjadi petak semula dan
pemain dikira "mati".
Sebenarnya, permainan ini juga ada pengajaran nilai-nilai moral iaitu semangat kerjasama,
timbang rasa, tolak ansur, saling menghormati dan kesabaran.
3.0 Aspek Perkembangan Kanak- kanak Dalam Permainan Ting- Ting Kapal Terbang
5
TUAN ZAKI B. TUAN SEMBOK 720130115259001
Perkembangan kanak-kanak boleh dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu peringkat bayi (0 – 2 tahun), peringkat awal kanak – kanak ( 2 – 6 tahun ) dan peringkat akhir kanak – kanak ( 9 – 11 tahun ). Pada setiap peringkat perkembangan ini, kanak-kanak akan mengalami perubahan yang unik dari aspek tertentu seperti psikomotor , kognitif dan emosi serta sosial dan bahasa.Jadual berikut menunjukkan aspek-aspek perkembangan kanak – kanak.
Peringkat Umur
( Tahun )
Aspek Perkembangan Psikomotor
Bayi 0 - 2 Mula memperolehi koordinasi dan kawalan otot.Tulang masih lembut Mula mengenal objek dalam sekitar melalui organ deria dan tangan Mula membezakan suara daripada keluarga dan orang lain Penglihatan dan pendengaran masih belum dikembangkan dengan
sempurna
Awal
Kanak - kanak
2 - 6 Tubuh badan menjadi lebih besar, lebih tegap dan lebih tinggi Mempunyai satu set gigi susu
Semakin aktif dengan menggunakan kaki dan tangannya Otak berkembang menjadi lebih besar dan lebih terkawal
Kanak - kanak 6 - 11 Penyelarasan motor dan kawalan tubuh badan bertambah baik Otak mata sudah matang untuk membaca Pendengaran bertambah tajam dan boleh membezakan bunyi-bunyi
yang berlainan Sel-sel otak telah mencapai 60% berat orang dewasa
Peringkat Umur
( Tahun )
Aspek Perkembangan Psikomotor ( Jasmani )
Bayi 0 - 2 Mula mengenal objek dalam alam sekitar dengan menggunakan organ deria dan gerak geri
Mula mengaitkan objek dengan kata-kata
Awal 2 - 6 Mula menggunakan bahasa sebagai ganti kepada gambaran benda Mula membentuk konsep yang mudah
6
TUAN ZAKI B. TUAN SEMBOK 720130115259001
Kanak – kanak Mempunyai imaginasi yang fantastik dalam dunia pura-pura Mula boleh mengelaskan objek berdasarkan cirri-ciri amnya.
Kanak - kanak 6 - 11 Menguasai konsep pengekalan tentang nombor, berat dan isipadu Boleh mengenal pasti objek dalam alam sekitar dan hubungannya
dengan simbol bahasa
Peringkat Umur
( Tahun )
Aspek Perkembangan Emosi dan Sosial
Bayi 0 - 2 Mempunyai rasa senang, rasa gelisah dan rasa keselamatan Mula ada perasaan cemburu dan irihati
Awal
Kanak - kanak
2 - 6 Emosinya cepat berubah dan tidak kekal lama Mempunyai perasaan takut apabila menghadapi situasi baru Perasaan cemburu semakin bertambah Suka bermain sendiri Hanya suka bergaul dengan saudara-mara yang berumur sama
Kanak - kanak 6 - 11 Mula sedar tentang perasaan lain Emosi semakin stabil Suka bergaul dengan rakan sebaya Suka bermain secara berpasukan
Peringkat Umur
( Tahun )
Aspek Perkembangan Bahasa
Bayi 0 - 2 Mengeluarkan bunyi menunjukkan rasa kurang senang
Mengulang-ulang bunyi yang sama
Meniru suku kata yang mudah
Awal
Kanak - kanak
2 - 6 Boleh meniru dan menyebut ayat yang mudah
Boleh menyatakan idea dengan melukis gambar
Kanak – kanak 6 - 11 Boleh menggunakan simbol bahasa untuk menghubungkan objek
7
TUAN ZAKI B. TUAN SEMBOK 720130115259001
Memperoleh kemahiran pertuturan dalam pergaulan sosial.
4.0 Aspek-Aspek Penting Dalam Penilaian Perkembangan
Domain perkembangan adalah kunci bahawa untuk mengetahui kanak-kanak yang
normal atau kanak-kanak yang mempunyai ketidakupayaan adalah dengan penilaian
komprehensif. Instrumen penilaian yang digunakan ialah dengan melihat dan mengukur
perkembangan kanak-kanak dalam satu atau lebih domain. Domain-domain itu ialah kemahiran
kognitif, kemahiran motor iaitu motor kasar dan motor halus, kemahiran bahasa dan komunikasi,
kemahiran sosial-emosi dan kemahiran jagaan diri.
Perkembangan wujud sejak kanak-kanak masih kecil, bagaimanapun domain-domain ini
tidak boleh diasingkan. Ini adalah kerana domain perkembangan ini saling bertindak balas dalam
cara yang kompleks. Dalam fakta, fungsi akan terus dihubungkan di antara perubahan dalam
sesuatu perkembangan dan berlaku dalam perkembangan yang lain. Contohnya, apabila kanak-
kanak mula berjalan, dia mula mendapat pengalaman yang baru. Jadi, kemahiran akan
mempengaruhi perkembangan dalam domain yang lain seperti kognitif, bahasa dan
perkembangan social.
Jenis-jenis perkembangan boleh digunakan sebagai panduan umum untuk intervensi dan
rujukan di samping dapat menimbang dan menentukan kekuatan individu, keperluan dan
kemajuan yang dapat dibuat.
4.1 Perkembangan Kemahiran Kognitif
Perkembangan kemahiran kognitif merujuk bahawa kebolehan mental dan intelektual
kanak-kanak. Perkembangan mental kanak-kanak merupakan paras pengetahuan dan keupayaan
kanak-kanak menggunakan pengetahuan tersebut untuk memahami dunia di sekitar mereka.
Perkembangan kognitif juga dikaitkan dengan teori perkembangan kognitif Piaget.
8
TUAN ZAKI B. TUAN SEMBOK 720130115259001
Piaget percaya bahawa pemikiran kanak-kanak berkembangan dalam satu siri tahap yang
kompleks dan setiap satunya berkait rapat antara satu sama lain dan tahap perkembangan
kognitif Piaget ada empat iaitu tahap sensori motor iaitu bagi kanak-kanak yang baru lahir
sehingga 2 tahun, tahap dua pula dipanggil tahap praoperasi iaitu kanak-kanak yang berumur 2
sehingga 7 tahun. Manakala tahap yang seterusnya ialah tahap operasi konkrit iaitu kanak-kanak
7 sehingga 11 tahun dan tahap yang keempat ialah tahap operasi formal iaitu 11 tahun ke atas
(Jas Laile Suzana Jaafar, 2000: 84). Penilaian kemahiran kognitif biasanya melibatkan konsep
pengekalan objek, hubungan dari segi ruang, peniruan, sebab akibat dan penggunaan objek.
Perkembangan kognitif berlaku apabila kanak-kanak beri perhatian dan mewujudkan
ransangan kemudian menyepadukan maklumat baru dengan kemahiran dan pengetahuan.
Terdapat kemahiran praakademik seperti membilang, mengasingkan dan sebagainya. Kemahiran
kognitif termasuklah kapisiti meramalkan kejadian, menggunakan ingatan jangka pendek dan
jangka panjang. Dalam prasekolah, penilaian kemahiran kognitif ialah seperti kemahiran pra
bacaan, pra menulis dan pra matematik (Richard M. Gargiulo & Jennifer Kilgo, 2000: 93).
Dalam perkembangan kognitif, kita boleh lihat secara lebih terperinci tentang
perkembangan kanak-kanak iaitu dari 1 hingga 2 tahun. Apabila kanak-kanak sampai pada
peringkat ini, kita dapati kanak-kanak sudah boleh memerhati ciri-ciri fizikal yang terdapat pada
objek, menyelesaikan masalah-masalah yang mudah, mengklasifikasikan objek berdasarkan
kesamaan fizikal, mengatasi halangan untuk mendapatkan objek. Selain itu juga kanak-kanak
boleh memahami kegunaan objek dan juga kanak-kanak boleh membuka bungkusan permainan
mereka (Richard M. Gargiulo & Jennifer L. Kilgo, 2000: 303).
Pada peringkat 2 hingga 3 tahun, kanak-kanak sudah boleh memilih dan melihat gambar
dalam buku, boleh memadankan dengan setiap pasangan objek. Contohnya, cawan dengan
piring, kasut dengan stoking. Selain itu, kanak-kanak sudah boleh namakan gambar objek yang
mudah-mudah dan dapat mengenalpasti beberapa objek dalam gambar tersebut. Apabila ditanya
tentang apa yang sedang dilakukan, mereka akan memberitahu secara ringkas apa yang dia buat.
Contohnya, dia meniru apa yang dilakukan oleh orang dewasa seperti menyapu sampah. Kanak-
kanak pada peringkat ini, mereka belajar melalui penjelajahan dan arahan orang dewasa seperti
9
TUAN ZAKI B. TUAN SEMBOK 720130115259001
membaca dalam buku bergambar. Kanak-kanak ini juga mula memahami fungsi konsep dalam
objek-objek yang dibiasa dilihat. Contohnya, sudu untuk makan ( Richard M. Gargiulo &
Jennifer L. Kilgo, 2000: 305).
Kanak-kanak yang berada pada tahap 3 hingg 4 tahun ini, kebanyakan mereka sudah
boleh mengenal dan memadankan enam warna, boleh menyusun blok-blok mengikut saiz dan
lukis gambar yang mereka tahu dan sekiranya mereka tidak melukis gambar tersebut, mereka
akan menerangkan tentang gambar itu. Kanak-kanak pada peringkat ini juga tahu menggunakan
soalan seperti “kenapa” dan “bagaimana”. Mereka juga tahu berapa umur mereka. Kanak-kanak
ini belajar melalui pemerhatian dan mengikut arahan orang dewasa. Pada tahap ini juga kanak-
kanak memahami fungsi konsep dalam kumpulan objek. Contohnya, perabut ada di dalam rumah
dan kanak-kanak dapat mengenalpasti gambar tangan, kaki adalah sebahagian dari anggota
badan. Di samping itu juga, kanak-kanak mula tahu yang lepas dan sedang berlaku. Contohnya,
kelmarin kita pergi ke pasar dan hari ini kita pergi ke rumah kawan (Richard M. Gargiulo &
Jennifer L.Kilgo, 2000: 307).
Pada peringkat umur 4 hingga 5 tahun pula, kanak-kanak boleh menunjukkan dan
menamakan 4 dari 6 warna. Kanak-kanak juga boleh melukis gambar orang dengan mengenali
dua hingga enam bahagian badan seperti kepala, tangan serta boleh namakan atau padankan
dengan badan. Kanak-kanak pada peringkat ini pula belajar melalui pemerhatian dan dengan apa
yang dikata. Selain itu, kanak-kanak sudah boleh memahami konsep masa. Kanak-kanak juga
boleh menulis nama sendiri dan juga boleh menghurai gambar yang dilihat. Kanak-kanak juga
boleh menceritakan apa yang berlaku selepas itu (Richard M. Gargiulo & Jennifer L. Kilgo,
2000: 309).
Akhirnya, perkembangan kognitif kanak-kanak dinilai pada umur 5 hungga 6 tahun. Pada
peringkat ini, kanak-kanak sudah boleh menulis huruf dan angka dan juga boleh menghafal
bilangan nombor sampai sepuluh. Kanak-kanak juga boleh mengasingkan objek pada satu
kriteria tertentu. Contohnya, mengikut warna, bentuk atau saiz. Kanak-kanak juga mula
menggunakan konsep masa dengan tepat iaitu “kemarin” dan “esok”. Pembelajaran kanak-kanak
ini melalui arahan dari orang dewasa dan apabila mereka minat, mereka akan mengabaikan
10
TUAN ZAKI B. TUAN SEMBOK 720130115259001
halangan atau gangguan yang ada. Konsep masa dikembangkan dalam memahami sesuatu acara
yang akan datang. Contohnya, Krismas akan datang selepas 2 minggu (Richard M. Gargiulo &
Jennifer L. Kilgo, 2000: 311).
4.2 Kemahiran Motor
Dalam kemahiran motor pula, ia merujuk kepada kebolehan bergerak atau kawalan
pergerakan yang membantu bayi untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran dan memerlukan
koordinasi sistem pergerakan yang kompleks dengan keupayaan yang berbeza. Dalam kemahiran
motor, boleh dibahagikan kepada dua iaitu motor kasar dan motor halus. Kemahiran motor kasar
melibatkan pergerakan dan kawalan otot. Contoh kemahiran otot kasar ialah melompat, berlari,
berjalan, merangkak dan banyak lagi (Bruce A. Bracken, 1983: 285). Kemahiran motor halus
pula, menggunakan otot-otot kecil, seperti memegang, meramas dan sebagainya.
Kanak-kanak yang berumur di antara 2 hingga 6 tahun, kanak-kanak belajar untuk
menunjukkan pelbagai tugasan yang melibatkan motor kasar iaitu dengan berjalan cepat di
samping menyeimbangkan dengan motor halus seperti membutangkan baju, menggunting dan
menulis. Dalam kemahiran motor halus pula, bagi kanak-kanak yang berumur 2 hingga 6 tahun
akan berkembang dengan cepat. Apabila kanak-kanak mencapai umur prasekolah, mereka boleh
menyimpan dan mengendalikan sesuatu dan akan menjadi mahir misalnya mereka boleh
memasukkan blok ke dalam lubang yang sesuai.
Kita boleh lihat secara terperinci bagaimana perkembangan motor kasar dan motor halus
berkembang mengikut peringkat-peringkat umur. Pada umur 1 hingga 2 tahun, perkembangan
motor kasar kanak-kanak boleh dilihat melalui kanak-kanak itu berjalan dengan memegang
kerusi dan boleh berdiri untuk seketika. Manalaka perkembangan motor halus pula, kanak-kanak
boleh mengambil objek dari bekas, meletakkan objek ke dalam bekas, cuba untuk menconteng
dan kanak-kanak ini juga boleh memegan penyepit dengan kemas iaitu boleh genggam dengan
baik ( Richard M. Gargiulo & Jennifer L. Kilgo, 2000: 302).
Bagi kanak-kanak yang berumur 2 hingga 3 tahun pula, perkembangan motor kasar boleh
dilihat apabila kanak-kanak itu berlari ke hadapan dengan baik dan boleh melompat pada satu
11
TUAN ZAKI B. TUAN SEMBOK 720130115259001
tempat dengan menggunakan kedua-dua belah kakinya. Kanak-kanak juga boleh berdiri atas satu
kaki tetapi dengan bantuan dan juga boleh berjalan berjengket serta menyepak bola. Dalam
perkembangan motor halus pula, kanak-kanak boleh menggunting, pegang krayon tetapi ibu jari
dan jari yang lain tidak menggengam. Selain itu, kanak-kanak boleh memusing, mumukul,
memicit, menekan dan menarik tanah liat (Richard M. Gargiulo & Jennifer L. Kilgo, 2000: 304).
Pada peringkat umur 3 hingga 4 tahun, perkembangan motor kasar boleh dilihat apabila
kanak-kanak boleh menggelonsor tanpa bantuan, boleh mengimbangkan badan dengan berdiri
atas satu kaki dalam masa 5 hingga 10 minit. Kanak-kanak juga boleh berlari di sekeliling
halangan dan berjalan dalam satu baris. Perkembangan motor halus pula, kanak-kanak boleh
membina bangunan menggunakan 9 blok-blok kecil dan juga mereka boleh membentuk tanah
liat menjadi bentuk bulat, ular dan sebagainya ( Richard M. Gargiulo & Jennifer L. Kilgo, 2000:
306).
Perkembangan motor kasar pada peringkat umur 4 hingga 5 tahun pula, kanak-kanak
boleh melompat ke hadapan 10 kali tanpa jatuh dan boleh naik dan turun tangga seorang diri,
manakala perkembangan motor halus pula, kanak-kanak boleh menulis silang pangkah dan
bentuk dan kanak-kanak juga boleh menggunting dan menyambung semula apa yang digunting
( Richard M. Gargiulo & Jennifer L. Kilgo, 2000: 308).
Kanak-kanak yang berumur 5 hingga 6 tahun, didapati kanak-kanak boleh melompat
sejauh 2 meter, melompat melangkau dan lompat bertali bagi perkembangan motor kasar,
manakala kanak-kanak boleh melukis bentuk segitiga, tulis nombor 1 hingga 5 adalah
merupakan perkembangan motor halus ( Richard M. Gargiulo & Jennifer L. Kilgo, 2000: 310).
4.3 Perkembangan Kemahiran Bahasa Dan Komunikasi
Perkembangan kemahiran bahasa dan komunikasi merupakan salah satu domain yang
penting. Komunikasi merujuk kepada pesanan yang bertindak balas antara orang yang bercakap
dengan pendengar, manakala bahasa pula menggunakan simbol atau sintaksis atau tatabahasa
apabila berkomunkasi dengan orang lain.
12
TUAN ZAKI B. TUAN SEMBOK 720130115259001
Dalam penilaian bahasa dan komunikasi terdapat dua jenis bahasa iaitu receptive
language iaitu bahasa yang mudah diterima iaitu kebolehan kanak-kanak untuk memehami
secara verbal dan tak verbal. Bahasa yang ditunjukkan dengan perasaan iaitu yang melibatkan
perkataan, gesture dan tingkah laku yang digunakan untuk menyampaikan maklumat
ialah expressive language.
Masa yang kritikal dalam perkembangan bahasa dan komunikasi bagi kanak-kanak ialah
sebelum umur 5 tahun. Biasanya komunikasi bagi bayi bermula pada umur 3 tahun yang mana
kanak-kanak memperolehi semua komponen dalam komunikasi. Perkembangan bahasa akan
membentuk konsep sebagai perkembangan yang melalui tahap-tahap yang bermula pada bayi.
Contohnya, apabila kanak-kanak masuk ke sekolah, mereka akan menggunakan semua jenis
ayat. Jadi, apabila terdapat kemahiran komunikasi yang lambat, jadi mereka akan berusaha untuk
berkomunikasi dalam pelbagai cara seperti gesture (Richard M. Gargiulo & Jennifer Kilgo, 2000:
94).
Jadi, untuk lihat perkembangan bahasa, kita boleh menilai dari peringkat umur kanak-
kanak tersebut. Peringkat umur kanak-kanak 1 hingga 2 tahun, kita boleh lihat kanka-kanak itu
boleh memahami perkataan “tidak” dan menikmati atau seronok apabila melihat buku. Ini
adalah receptive language. Manakala bagi expressive languagepula, kanak-kanak boleh
menyebut atau membunyikan satu konsonan. Contohnya, “ba”. Kanak-kanak juga dapat
memahami tindak balas perkataan tertentu contohnya, berkenaan bunyi “bye-bye” dengan
gesture ( Richard M. Gargiulo & Jennifer L. Kilgo, 2000: 302).
Pada peringkat umur 2 hingga 3 tahun, bagi receptive language, kanak-kanak boleh
mengenalpasti objek apabila memberitahu tentang kegunaannya. Kanak-kanak juga faham
tentang bentuk soalan “apa” dan “di mana” serta kanak-kanak ini juga memahami negatif iaitu
“tidak boleh” dan “jangan”. Bagi expressive language pula, kanak-kanak suka mendengar cerita
pendek atau cerita ringkas. Kanak-kanak juga boleh menyambung atau mengabung kosa kata
bersama dua perkataan menjadi rangkai kata. Kanak-kanak ini juga boleh membuat penyataan
negatif contohnya, “jangan buka” ( Richard M. Gargiulo & Jennifer L.Kilgo, 2000: 304).
13
TUAN ZAKI B. TUAN SEMBOK 720130115259001
Perkembangan bahasa dan komunikasi pada peringkat umur 3 hingga 4 tahun
dari receptive language boleh dilihat, kanak-kanak boleh memahami ayat yang melibatkan
konsep masa seperti “esok kita pergi ke zoo” dan juga kanak-kanak juga boleh memahami
bandingan saiz. Contohnya, saiz besar, lebih besar manakala expressive language pula,
menunjukkan kanak-kanak sudah boleh memberitahu tentang pengalaman yang
lepas, gayapertuturannya dapat difahami tapi mempunyai kesalahan dalam ayat. Di samping itu,
kanak-kanak boleh bercakap dalam 2 atau 3 ayat yang berbentuk “agent-action-objek”. Contoh
ayat seperti “ saya lihat bola” (Richard M. Gargiulo & Jennifer L. Kilgo, 2000: 306).
Kanak-kanak yang berada pada peringkat umur 4 hingga 5 tahun, mereka sudah boleh
memahami secara perbandingan seperti cantik, sangat cantik. Mereka juga mendengar cerita
panjang tetapi kerapkali salah tafsirkan fakta yang ada dalam cerita itu. Kanak-kanak juga boleh
memahami urutan acara apabila kita memberitahu mereka. Contohnya, “mula-mula kita akan
pergi ke stor, kemudian kita buat kek dan esok barulah kita boleh makan”. Ini termasuk
dalam receptive language. Manakala dalam expressive language pula, kanak-kanak boleh
menyambung ayat. Contohnya, “saya pergi ke stor dan saya membawa ais krim”. Kanak-kanak
juga boleh memberitahu tentang kandungan yang terdapat dalam cerita tetapi banyak fakta yang
salah ( Richard M. Gargiulo & Jennifer L. Kilgo, 2000: 308).
Pada peringkat umur 5 hingga 6 tahun, bagi receptive language, kanak-kanak boleh
mendemonstrasi kemahiran pra akademik. Bagi expressive language pula, kanak-kanak boleh
menjelaskan perbezaan antara tatabahasa yang digunakan oleh kanak-kanak dan orang dewasa.
Di samping itu, kanak-kanak itu boleh berkomunikasi dengan keluarga, kawan-kawan dan orang
yang tidak dikenali. Kanak-kanak pada peringkat umur ini juga boleh menceritakan semula buku
yang telah dibaca dengan tepat (Richard M. Gargiulo & Jennifer L. Kilgo, 2000: 310).
4.4 Perkembangan Kemahiran Sosial-Emosi
Domain yang seterusnya ialah perkembangan kemahiran sosial-emosi. Dalam domain ini,
ia merujuk kepada tingkah laku bagaimana kanak-kanak berinteraksi dengan orang lain dan
kawan-kawan di persekitaran dan bagaimana mereka bertindak balas dalam situasi sosial. Ia juga
14
TUAN ZAKI B. TUAN SEMBOK 720130115259001
melibatkan bagaimana kanak-kanak memulakan sesuatu interaksi dan tindak balas untuk
interaksi dengan orang lain.
Apabila kanak-kanak berinteraksi dengan remaja, mereka biasanya perlukan kemahiran
bagaimana untuk turut serta dalam interaksi timbal-balik, manakala apabila kanak-kanak
berinteraksi dengan kawan-kawan, mereka memerlukan kemahiran seperti bagaimana untuk
main peranan contohnya dalam permainan anak patung. Kemahiran emosi pula adalah kebolehan
untuk mengenalpasti perasaan. Kemahiran ini adalah melibatkan bagaimana untuk mengawal
dengan satu dorongan tertentu atau dengan perasaan hati dan bagaimana untuk menyelesaikan
konflik (Judith Bondurant-Utz, 2002: 419).
Dalam perkembangan sosial emosi, kita boleh lihat perkembangannya mengikut
peringkat umur. Peringkat umur 1 hingga 2 tahun, kanak-kanak menunjukkan rasa suka dan tidak
suka kepada sesetengah orang, kepada objek atau situasi. Kanak-kanak juga menguji ibu bapa
dengan tingkah laku yang nakal semasa ibu memberi makan dan semasa hendak tidurkan mereka
( Richard M. Gargiulo & Jennifer L. Kilgo, 2000: 303).
Sementara bagi peringkat umur 2 hingga 3 tahun pula, kanak-kanak menyertai dalam
permainan dan boleh bergantung kepada keupayaan sendiri. Kanak-kanak juga menyertai dalam
kumpulan yang mudah seperti bertepuk tangan, menyanyi dan juga kanak-kanak ini
mengenalpasti identiti jantina (Richard M. Gargiulo & Jennifer L. Kilgo, 2000: 305).
Selain itu, perkembangan pada peringkat umur 3 hingga 4 tahun boleh dilihat apabila
kanak-kanak boleh bermain bersama kawan-kawan dan mereka mula berinteraksi sesama
mereka. Dalam permainan, mereka melakonkan babak seperti pengembaraan dan permainan
rumah (Richard M. Gargiulo & Jennifer L. Kilgo, 2000: 307).
Pada peringkat umur 4 hingga 5 tahun, kanak-kanak mula berpakaian mengikut jantina
seperti kanak-kanak perempuan akan memakai mini skirt. Ini menunjukkan ciri-ciri perbezaan
jantina antara perempuan dan lelaki. Selain itu, pada peringkat ini juga, kanak-kanak bermain
dan berinteraksi dengan kawan-kawan ( Richard M. Gargiulo & Jennifer L. Kilgo, 2000: 309).
15
TUAN ZAKI B. TUAN SEMBOK 720130115259001
Bagi kanak-kanak berumur 5 hingga 6 tahun pula, kanak-kanak mula memilih kawan dan dalam
permainan, mereka mempunyai persaingan (Richard M. Gargiulo & Jennifer L. Kilgo, 2000:
311).
Domain yang terakhir ialah perkembangan kemahiran penjagaan diri dan adaptif. Ianya
berfokus tentang pemakanan, penjagaan diri termasuklah basuh tangan dan gosok gigi dan
tentang pemakaian (Judith Bondurant-Utz, 2002: 419). Aspek perkembangan penjagaan diri ini
berkembang bermula 3-4 tahun dan biasanya perkembangan penjagaan diri berkembang dengan
bimbingan ibu bapa dan pengasuh kanak-kanak tersebut.
Melalui penjagaan diri kanak-kanak kita boleh melihat bagaimana kanak-kanak memakai
pakaian denag cara yang betul. Selain itu, dalam cara pemakaian kanak-kanak prasekolah juga
biasanya menunjukkan semua asas penjagaan diri seperti boleh membutangkan bajunya sendiri
(Richard M. Gargiulo & Jennifer Kilgo, 2000: 94).
5.0 Aspek Penerokaan Dan Pengalaman Dalam Permainan Ting- Ting Kapal Terbang
Chapman (1986) telah menggunakan empat aspek utama yang seumpama ini dalam pelajaran seni iaitu:
(i) pemerhatian
(ii) penerokaan
(iii) penghasilan (pembuatan)
(iv) apresiasi dan perlanjutan
5.1 Pemerhatian yang aktif
Aspek ini melibatkan sensitiviti deria. Semasa menyediakan aktiviti, perhatian perlu diberi kepada perkara berikut:
• pengetahuan sedia ada murid;
16
TUAN ZAKI B. TUAN SEMBOK 720130115259001
• benda yang konkrit;
• minat, kecenderongan dan latar belakang murid;
• bahan, bunyi, pergerakan, dan aksi; dan
• mencetus idea dan imaginasi.
Murid akan dilatih membuat pemerhatian terhadap objek alam dan objek buatan manusia.
Ini adalah untuk membolehkan murid merasai secara konkrit bagi mendapatkan imej
mental. Kegiatan-kegiatan ini akan membantu terus menyelaraskan idea, imaginasi dan
alam fantasinya ke arah perkembangan persepsi dan pemikiran abstrak. Interaksi yang kritis
dan kreatif dengan alat dan bahan. Peringkat ini menggalakkan murid membuat penerokaan
dan percubaan dalam mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan
bahan. Proses ini akan memperkembangkan aspek psikomotor dan kemahiran asas seni visual
berhubung dengan manipulasi alat dan bahan serta teknik-teknik mudah. Semasa
berinteraksi dengan alat dan bahan, murid membuat interpretasi dan menyelaras konsepsi
visualnya dengan objek yang dilihat.
5.2 Interaksi yang kritis dan kreatif dengan bahan
Aspek ini melibatkan penerokaan dan penghasilan atau pembuatan. Aktiviti penerokaan
dijalankan sebelum aktiviti penghasilan. Semasa menyediakan aktiviti,anda perlu beri
perhatian kepada perkara berikut:
(i) penerokaan
• aktiviti kecil mudah ringkas;
• cuba mencuba, suaikenal dengan bahan;
• penemuan oleh murid sendiri, uji menguji; mencari altenatif, variasi dan kemungkinan
lain; bebas daripada jawapan tetap, murid senang dan ingin mencuba
17
TUAN ZAKI B. TUAN SEMBOK 720130115259001
• aktif melibatkan pelbagai kecerdasan; dan
• menggunakan kemahiran berfikir dan pengurusan grafik.
18
TUAN ZAKI B. TUAN SEMBOK 720130115259001
Gambar 4 dan 5: Aspek- aspek penerokaan
ii) penghasilan / membuat / pengalaman penggunaan alat
bahan dan teknik;
• tatacara, langkah dan proses membuat;
• amalan tertib kerja
• keselamatan semasa bekerja; dan
• penyampaian kandungan subjek, idea, halbenda dengan bentuk hasil
5.3 Pengalaman Langsung Kegiatan seni yang dijalankan berdasarkan empat bidang utama. Bidang-bidang tersebut ialah
bidang menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan, dan
mengenal kraf tradisional. Pengalaman seni ini adalah untuk memperkembang dan
menyelaraskan persepsi dan konsepsi visual murid sebagai asas bagi menggalakkan pemikiran
kritis dan kreatif. Pengalaman ini juga selaras dengan perkembangan peringkat kesediaan dan
penerimaan murid dari segi sosioemosi, psikomotor dan mental yang merangkumi
perasaan, koordinasi, manipulasi dan persepsi visual. Dengan mempelajari Pendidikan Seni
Visual di sekolah rendah, murid akan dapat menguasai beberapa pengetahuan dan
kemahiran. Pengetahuan yang dapat dimiliki murid ialah pengetahuan mengenai bahan, alat dan
teknik yang digunakan dalam sebarang kegiatan seni. Murid juga akan mendapat pengetahuan
mengenai sumber motif dalam persekitaran, kraf tradisional, unsur seni dan prinsip rekaan
dalam pendidikan seni visual, proses pembuatan hasil seni, menyimpan maklumat atau
dokumentasi, mengintegrasikan maklumat dan aplikasi komputer dalam kerja seni visual.
Sementara kemahiran yang akan diperolehi murid pula ialah kemahiran memanipulasi bahan,
alat dan teknik, mengaplikasi disiplin seni visual, berfikir secara kritis dan kreatif,
19
TUAN ZAKI B. TUAN SEMBOK 720130115259001
berkomunikasi secara berkesan, membuat pilihan, membuat interpretasi, menggunakan
teknologi bahan dan perkakasan.
Pemerhatian secara aktif yang merangkumi kesedaran pemerhatian keseluruhan,
berfokus dan terperinci dapat menajamkan persepsi murid. Secara tidak langsung memberikan
pengalaman langsung kepada murid. Selain memperkembangkan deria penglihatan ia juga
melibatkan pancaindera lain melalui kajian perbandingan. Kajian seperti ini membantu
perkembangan emosi dan imaginasi. Pemahaman tentang asas seni visual juga turut
diperkembangkan melalui kegiatan pemerhatian ini. Selain diberi pengalaman membuat
apresiasi seni visual secara mudah, murid juga dipupuk nilai menyayangi dan menghargai
segala aspek yang wujud dalam persekitaran dan kehidupan mereka. Ini termasuklah
memelihara dan memulihara alam sekitar, nilai patriotisme, nilai kebersihan dan kepekaan.
Dengan ini murid akan dapat membuat pertimbangan yang sewajarnya bila berdepan
dengan semua keadaan.
Semasa menggambar umpamanya, kanak-kanak dapat mengalami pengalaman
langsung dengan derianya mengenai subjek atau hal benda yang digambarkan. Ini
membantunya dalam memahami sesuatu idea dan menghubungkaitkan antara satu idea
dengan idea yang lain atau dengan pengetahuan dalam berbagai mata pelajaran. Kanak-kanak
dapat membina idea baru dari benda konkrit.
20
TUAN ZAKI B. TUAN SEMBOK 720130115259001
Gambar 6: Cara- cara Memperolehi Pengalaman
6.0 Rumusan
Penerokaan dengan kepelbagaian alat dan bahan menggalakkan murid membuat penerokaan dan
percubaan dalam mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan. Proses
ini akan memperkembangkan aspek psikomotor dan kemahiran asas seni visual berhubung
dengan manipulasi alat dan bahan serta teknik-teknik mudah. Semasa berinteraksi dengan alat
dan bahan, murid membuat interpretasi dan menyelaras konsepsi visualnya dengan objek yang
dilihat. Proses pembelajaran ini amat penting kerana ia memberi peluang kepada murid belajar
secara tidak langsung. Murid juga dapat mengenali perubahan yang mereka boleh lakukan dalam
penghasilan seni di masa akan datang.
Rujukan
Malaysia, K. P. (2001). Kurikulum prasekolah kebangsaan. Malaysia: Kementerian Pendidikan Malaysia, pg, 72.
Razali, M., Amirah, N., & Tasir, Z. (2008). Rekabentuk sistem pembelajaran konsep nombor berasaskan pendekatan permainan yang menerapkan teori perkembangan kognitif kanak-kanak.
Abdullah, F., Sarnon, N., Hoesni, S. M., & WJ, W. A. (2008). Dari Halaman Rumah Ke Hadapan Layar: Pola Bermain Dan Fungsinya Kepada Perkembangan Kanak-Kanak. e-BANGI, 3(1), 14.
Abu, S. B. (2004). Pelaksanaan Aktiviti Belajar melalui Bermain di Tadika-Tadika Kawasan Melaka Tengah Melaka. Dicapai daripada http://www. ipislam. edu. my/uploaded/file/saayah. pdf.
21
TUAN ZAKI B. TUAN SEMBOK 720130115259001
22