assignment pra 3112 ipg

Upload: ismail-bin-tahir-mael

Post on 11-Oct-2015

57 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

sell

TRANSCRIPT

1. Aspek peranan dan penglibatan ibu bapa dalam menjayakan program pendidikan awal kanak-kanak. memberikan maklumat yang lengkap tentang anak seperti pemakanan, tahap kesihatan alahan, dan sebagainya. Membantu guru dalam pemudahcara pembelajaran menyediakan dan mengadakan kemudahan pembelajaran kepada anak. Menghadiri mesyuarat yang dianjurkan oleh pihak pentadbir / prasekolah. Meningkatkan hubungan yang positif dari rumah dengan anak-anak boleh menjamin kejayaan program PAKK. Mengenalpasti kekuatan dan kebolehan serta kelemahan anak.2. Cadangkan bagaimana anda harus menangani isu penglibatan ibu bapa di prasekolah anda. Menganjurkan seminar keibubapaan. Mengadakan Lawatan bersama Kanak-kanak dan Waris/ibubapa. Melibatkan ibu bapa dalam aktiviti pra seperti menjadi AJK permuafakatan, Sukaneka, Sambutan Hari Jadi. Mengadakan sesi bersemuka bersama ibu bapa tentang perkembangan anak mereka. Gotong-royong. Bantuan kepakaran kepada guru. Komunikasi dua hala yang baik dan berkesan. Komitmen ibu bapa.3. Huraikan langkah yang anda ambil untuk menjayakan proses penyesuaian kanak-kanak. Kepelbagaian aktiviti semasa minggu orientasi. Prasekolahku, Rumahku menjadikan suasana prasekolah seperti di rumah semasa proses penyesuaian. Memberi penjelasan yang munasabah kepada ibu bapa yang kurang memberikan kerjasama (tidak mahu meninggalkan anak). Bersikap fleksibel semasa menjalankan proses pembelajaran dan pengajaran (dalam proses penyesuaian kanak-kanak di prasekolah). Sikap dan layanan guru dan PPM terhadap kanak-kanak.4. Membentuk tingkah laku rutin bilik darjah yang terpuji dengan melibatkan ibu bapa/penjaga. Budaya menghantar dan mengambil anak seperti rutin bersalam-salaman. Anak dengan ibu bapa, guru dan PPM seterusnya Ibu bapa dengan guru dan PPM. Rutin gotong-royong membersihkan bilik darjah. Ibu bapa diberikan jadual untuk bersama-sama anak mereka membersihkan prasekolah. Memberikan bantuan kepakaran. Contoh, membantu guru mengajar kanak-kanak membasuh tangan mengikut tertib yang betul untuk ibu yang bekerja sebagai jururawat. Mengadakan tuisyen tambahan bagi ibubapa yang bekerja sebagai guru. Rutin membaca bersama ibu bapa dan waris boleh diadakan sekali seminggu. Sambutan hari jadi bersama ibu bapa. Membantu guru dan PPM menyediakan sarapan. Boleh diadakan dua kali seminggu.