assignment pk - pengurusan kesihatan diri

33
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA PROGRAM PRA SARJANA MUDA PENGAJARAN ( SEMESTER JANUARI, 2010 ) HBHE 2203 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA NAMA : KU HANIZA BINTI KU OSMAN NOMBOR KAD PENGENALAN : 810622 – 08 - 5972 NOMBOR TELEFON : 012 - 5774143 E-MAIL ADDRESS : [email protected] NAMA TUTOR :

Upload: awiepokman

Post on 29-Jun-2015

3.521 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: ASSIGNMENT PK - Pengurusan Kesihatan Diri

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

PROGRAM PRA SARJANA MUDA PENGAJARAN

( SEMESTER JANUARI, 2010 )

HBHE 2203 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

NAMA :

KU HANIZA BINTI KU OSMAN

NOMBOR KAD PENGENALAN :

810622 – 08 - 5972

NOMBOR TELEFON :

012 - 5774143

E-MAIL ADDRESS :

[email protected]

NAMA TUTOR :

EN. KRISHNA KUMAR A/L VARATHARAJ

Page 2: ASSIGNMENT PK - Pengurusan Kesihatan Diri

ISI KANDUNGAN

1. Pengurusan Kesihatan 2

2. Definisi Pengurusan Kesihatan 4

3. Objektif Pengurusan Kesihatan 5

4. Faedah Dalam Pengurusan Kesihatan 6

5. Kepentingan Pengurusan Kesihatan 8

6. Rancangan Pengajaran Harian 10

7. Bibliografi 12

8. Lampiran 13

Page 3: ASSIGNMENT PK - Pengurusan Kesihatan Diri

Pengurusan Kesihatan Diri

Pengurusan kesihatan diri ialah pengetahuan atau kemahiran dalam menguruskan diri.

Tubuh yang sihat akan menjadikan hidup kita lebih sejahtera. Di dalam pengurusan kesihatan

diri juga terdapat merancang, melaksana dan menilai keseluruhan program dan aktiviti-aktiviti

pengurusan kesihatan diri.

Pengurusan Kesihatan Keluarga

Keluarga merupakan tunjang kepada kekuatan sesebuah keluarga. Keluarga yang sihat

adalah tonggak kepada pembangunan insan sesebuah negara. Kempen Cara Hidup sihat yang

dilancarkan pada tahun 2001 bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan

mengenai kesihatan, pemakanan, kesihatan pergigian, kesihatan reproduktif, kesihatan mental

dan rohani. ( Sumber : Berita Harian, 13 Ogos 2007 )

Page 4: ASSIGNMENT PK - Pengurusan Kesihatan Diri

DEFINISI

OBJEKTIF KEPENTINGAN

FAEDAH

Page 5: ASSIGNMENT PK - Pengurusan Kesihatan Diri

KESIHATAN DIRI

Kemahiran mengurus diri

KESIHATAN KELUARGA

Berpengetahuan, mempunyai sikap dan kemahiran untuk mencapai kesihatan keluarga optimum

Page 6: ASSIGNMENT PK - Pengurusan Kesihatan Diri

KESIHATAN DIRI

AM : Untuk meningkatkan tahap pengetahuan, perubahan sikap dan amalan tingkahlaku sihat.

KHUSUS : Untuk mewujudkan masyarakat yang berpengetahuan, mempunyai kesedaran, minat,

sikap dan amalan yang baik dari segi penjagaan pengurusan kesihatan diri.

KESIHATAN KELUARGA

Menyumbang ke arah membentuk individu yang kukuh, berakhlak sihat, berilmu dan harmoni.

Page 7: ASSIGNMENT PK - Pengurusan Kesihatan Diri

FAEDAH DALAM PENGURUSAN

KESIHATAN DIRI

membuatkan kita sentiasa berasa selesa

menghindari segala

penyakit

mengelakkan obesiti

membentuk badan yang

ideal

mengelakkan stress

dapat menjalankan kerja dengan

sempurna

Page 8: ASSIGNMENT PK - Pengurusan Kesihatan Diri

FAEDAH DALAM PENGURUSAN

KESIHATAN KELUARGA

mengamalkan kesihatan

reproduktif yang optimum

mengekalkan kesihatan mental dan emosi yang

seimbang

berkongsi masa lapang sesama

suami, isteri dan anak-anak

memupuk sokongan sosial

mengimbangi pendapatan

keluarga

mengawal keselamatan

emosi dalam diri dan keluarga

dapat melakukan aktiviti senaman

mengamalkan nilai moral yang

baik

Page 9: ASSIGNMENT PK - Pengurusan Kesihatan Diri

KEPENTINGAN KESIHATAN KELUARGA

KEPENTINGAN KESIHATAN DIRI

menyediakan maklumat tentang kesihatan keluarga

memberi pendedahan tentang pendidikan kesihatan

keluarga

meningkatkan tahap kesedaran

tentang kesihatan

menghapuskan subsidi

memberi keutamaan kepada individu yang

benar-benar sakit

mewujudkan dan mengukuhkan polisi-polisi kesihatan diri

meningkatkan pengetahuan dan

kemahiran kepada anggota kesihatan, masyarakat dan

agensi

smart partnership

menyesuaikan perkhidmatan

mengikut keperluan semasa

Page 10: ASSIGNMENT PK - Pengurusan Kesihatan Diri

PERKARA PENTING DALAM PENGURUSAN DIRI

Pengurusan Kebersihan Diri

Pengurusan Tahap Kesihatan

Pengurusan Pemakanan Sihat

Pengurusan Berat Badan

Pengurusan Tekanan ( stress )

Pengurusan Kebersihan Tubuh

Page 11: ASSIGNMENT PK - Pengurusan Kesihatan Diri

Rancangan Pengajaran Harian(RPH) Pengurusan kesihatan Diri Tahun 5

Matapelajaran : Pendidikan Kesihatan

   Tunjang           : Pengurusan Kesihatan Diri

   Tahun              : 5

   Masa                : 30 minit

   Tajuk                : Penyakit Tidak Berjangkit

   Subtajuk           : 1. Karies Gigi

                                2. Penyakit Jantung

   Hasil Pembelajaran/ Objektif:

   Pada akhir pembelajaran, murid dapat

menyatakan empat sebab berlakunya penyakit tidak berjangkit.

bersyukur terhadap kesihatan diri sendiri.

menyenaraikan cara pencegahan penyakit tidak berjangkit.

   Kognitif: 1. Menyatakan kepentingan menjaga kebersihan ketika mengalami haid dan

                    ihtilam.

                   2. Membincangkan langkah-langkah pencegahan penyakit tidak berjangkit.

   Efektif  : 1. Menyemai sikap bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan  

                       terutamanya yang penyakit tidak berjangkit.

                   2. Mengamalkan sikap positif terhadap pencegahan dan pengawalan penyakit

                        tidak berjangkit.

   Pengetahuan Sedia Ada : Murid-murid memang sudah mengetahui penyakit tidak      

   berjangkit dari pembacaan dan melalui televisyen.

   Bahan : Alatan/keperluan menjaga kebersihan, kalendar, gambar.

   Nilai: hargai diri, bertanggungjawab,kesyukuran, rasional dan kerjasama :

Page 12: ASSIGNMENT PK - Pengurusan Kesihatan Diri

Perkara Isi/ Aktiviti Strategi P&P

Set Induksi

(3 minit)

1.Murid melihat gambar berkaitan

penyakit karies gigi dan penyakit

jantung.(Lampiran 2)

2.Guru dan murid berbincang

mengenai gambar tersebut.

1.Teori kecerdasan pelbagai

Kecerdasan

intrapersonal

Kecerdasan verbal

linguistik.

2.Belajar cara belajar.

Langkah 1

(12 minit)

1.Forum: Murid dibahagikan kepada

dua kumpulan dan setiap kumpulan

terdiri daripada seorang pengerusi

dan tiga orang ahli panel.

2. Kump.A (Karies gigi dan

pencegahannya)

Kump.B (Penyakit jantung dan cara-

cara pencegahannya)

3.Murid yang tidak terlibat

dibahagikan kepada empat kumpulan

dan mencatat maklumat berkaitan

tajuk forum.

1.Teori kecerdasan pelbagai

Kecerdasan

intrapersonal

Kecerdasan verbal

linguistik.

2.Belajar cara belajar.

Langkah 2

(12 minit)

1.Setiap kumpulan membuat

pembentangan tugasan dalam bentuk

puisi.

2.Pembentangan tugasan adalah

berlatarkan sketsa, berdasarkan tajuk

yang diberikan.

1.Teori kecerdasan pelbagai

Kecerdasan

intrapersonal

Kecerdasan verbal

linguistik.

2.Belajar cara belajar.

Penutup

(3 minit)

1.Guru merumuskan sebab berlaku

penyakit tidak berjangkit dan cara

pencegahannya.

 

Page 13: ASSIGNMENT PK - Pengurusan Kesihatan Diri

Bibliografi

Kementerian Kesihatan Malaysia . (1997). Modul kempen cara hidup sihat: Promosi  

      makan secara sihat. Kuala Lumpur . Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Kesihatan Malaysia . (1998). Modul kempen cara hidup sihat: Promosi

      senaman dan kecergasan fizikal. Kuala Lumpur . Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Kesihatan Malaysia . (1998). Modul kempen cara hidup sihat: Promosi

      Promosi mental sihat. Kuala Lumpur . Dewan Bahasa da Pustaka.

Mok Soon Sang. (2004). Penghantar pendidikan teras. Subang Jaya: Kumpulan Budiman

      Sdn. Bhd.

Kementerian Kesihatan Malaysia . (2001). Sihat sepanjang hayat. Kuala Lumpur . Dewan

      Bahasa dan Pustaka.

http:/ /www.infosihat.gov.my/penyakit-rahsia remaja.html.

http:/ /www.infosihat.gov.my

www.moh.gov.my/carahidupsihat.html

Page 14: ASSIGNMENT PK - Pengurusan Kesihatan Diri

Lampiran 1 

PENGURUSAN KESIHATAN DIRI

Pengurusan kesihatan diri ialah pengetahuan atau kemahiran  dalam menguruskan diri

yang menjadi asas yang penting untukmenjamin tahap kesihatan dalam hidup sihat sepanjang

hayat. Semasa usia baru meningkat terutamanya alam remaja pengurusan kesihatan diri akan

semakin berubah di mana remaja tersebut akan mengalami beberapa perubahan disebabkan oleh

perubahan hormone dalam badan. Remaja perlu bersedia dalam menghadapi perubahan

tersebutdan perlu mengutamakan pengurusan kesihatan diri. Tubuh yang sihat akan menjadikan

kehidupan kita lebih sejahtera.

Di dalam pengurusan kesihatan diri juga terdapat merancang, melaksana dan menilai

keseluruhan program dan aktiviti-aktiviti pengurusan kesihatan diri. Program-program yang

dirancang khas perlu dilaksanakan dan juga memberi perkhidmatan sokongan dalam setiap aspek

berkaitan pengurusan kesihatan diri. Di samping itu juga, unit ini juga banyak bekerjasama

dengan agensi-agensi kerajaan yang lain, sektor swasta dan NGO dalam melaksanakan program

pengurusan kesihatan diri.

Objektif Am Pengurusan Kesihatan Diri

Untuk meningkatkan tahap pengetahuan, perubahan sikap dan amalan tingkahlaku sihat yang

bertujuan untuk memperbaiki taraf pengurusan kesihatan diri, keluarga dan masyarakat menerusi

inisiatif sendiri dan usaha-usaha masyarakat.

Objektif Khusus Pengurusan Kesihatan Diri

        Mengwujudkan masyarakat yang berpengetahuan dalam aspek pencegahan, rawatan,

pemulihan dan cara-cara memperbaiki tahap pengurusan kesihatan diri mereka.

        Melahirkan masyarakat yang mempunyai kesedaran dan minat terhadap kepentingan

penjagaan pengurusan kesihatan diri.

        Mewujudkan masyarakat yang mempunyai sikap dan amalan yang baik dari segi

penjagaan pengurusan kesihatan diri.

        Memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai perkhidmatan dan kemudahann

kesihatan yang sedia ada supaya mereka dapat memanfaatkannya secara efisien.

Page 15: ASSIGNMENT PK - Pengurusan Kesihatan Diri

 

Kepentingan-kepentingan Pengurusan Kesihatan Diri

Mewujudkan atau mengukuhkan polisi-polisi pengurusan kesihatan diri.

Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran anggota kesihatan, masyarakat dan agensi

terlibat dalam promosi pengurusan kesihatan diri.

Menggalakkan penglibatan masyarakat.

“Smart Partnership” dengan pelbagai agensi kerajaan, swasta dan NGO, untuk

menyediakan persekitaran yang menyokong ke arah kehidupan yang lebih sihat dan

sejahtera.

Menyesuaikan perkhidmatan pengurusan kesihatan diri dengan keperluan semasa.

Sebagai ibu dan bapa cenderung memberi lebih keutamaan kepada anak-anak dalam pelbagai

perkara termasuk soal kesihatan diri berbanding dirinya sendiri.

            Kepentingan dan kesihatan diri sendiri biasanya pada kedudukan terakhir dalam senarai

hidup mereka semata-mata demi mendahulukan  anak-anak. Sedangkan, disedari atau tidak

kesejahteraan keluarga secara keseluruhan sebenarnya banyak bergantung kepada tahap

kesihatan diri dari ibu dan bapa kerana dengan tubuh badan yang sihat, baru mereka dapat

menjaga orang lain begitu juga sebaliknya.

            Menurut pengasas dan Pengerusi Eksekutif Pusat Perubatan PrimaNora (PMC), Datuk

Dr. Nor Ashikin Mokhtar, tiada gunanya harta dan kekayaan yang melimpah ruah sekiranya

semua nikmat itu tidak dapat dinikmati apabila diri kita berada dalam keadaan tidak sihat dan

diserang pelbagai penyakit.

            Justeru itu, jelasnya, biar bagaimana sibuk sekalipun, ibu dan bapa perlu mengutamakan

kesihatan mereka. Katanya lagi, kebahagiaan sesebuah keluarga juga boleh terancam sekiranya

ibu dan bapa tidak dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka kerana sentiasa tidak

sihat.

"Jika semua golongan  sentiasa kurang sihat, bagaimanakah golongan ini akan dapat melahirkan

sebuah institusi keluarga yang sihat serta memainkan peranan sebagai pengurus dalam

rumahtangga," ujarnya ketika menyampaikan ceramah bertajuk Kesihatan Wanita di Seminar

Page 16: ASSIGNMENT PK - Pengurusan Kesihatan Diri

PrimaNora Cares untuk Wanita anjuran bersama Pusat Perubatan PrimaNora dan Utusan Karya

Sdn. Bhd. (UKSB) baru-baru ini.

Menurut Dr . Nor Ashikin, kita sendiri perlu sedar betapa kesihatan diri itu penting dan

mengetahui bahawa menjaga kesihatan tidak sahaja bermakna kita berusaha mengelak dari

penyakit berbahaya seperti barah. Ia sebenar lebih daripada itu. Malah jelasnya, untuk

memastikan bahawa semua golongan  benar-benar sihat, pemeriksaan kesihatan juga perlu

dilakukan secara berkala dan tidak menunggu sehingga benar-benar perlu sahaja. Mengakui ibu

dan bapa adalah insan yang paling penting dalam kesejahteraan keluarga seharusnya mereka

perlu mengelak daripada pelbagai penyakit biasa yang lain seperti penyakit darah tinggi, kencing

manis, ostereoporosis dan sebagainya bagi memperoleh kehidupan yang sihat. "Semua golongan

perlu menjaga pemakanan dan memastikan makanan yang seimbang, melakukan senaman harian

untuk menyihatkan tubuh badan dan melakukan aktiviti-aktiviti yang dapat menyihatkan diri dan

juga minda," jelasnya.

Perunding PMC, Prof. Datuk Dr. Aminuddin Ahmad yang turut berkongsi mengenai

Mengimbangi Tekanan. Menurutnya, setiap penyakit ada penawarnya, begitu juga dalam

menghadapi tekanan, pasti ada jalan penyelesaiannya.Tegasnya, memandangkan dunia pekerjaan

memang memberi pengaruh yang cukup hebat dalam kehidupan. Apa tidaknya, satu pertiga

daripada kehidupan seharian diluangkan di tempat kerja. Tekanan disebabkan pekerjaan

merupakan interaksi kompleks di antara persekitaran di tempat kerja, personaliti dan reaksi tubuh

badan serta mental seseorang.Malah, persekitaran pekerjaan juga memberikan desakan dan

tekanan tertentu yang merangsang tindak balas individu secara mental dan fizikal. Tekanan ini,

akuinya, akan memberi impak terhadap kesihatan psikologi dan fisiologi seseorang individu

sekiranya ia tidak dikawal dengan metodologi yang tepat.

                      Banyak implikasi negatif akan berlaku apabila seseorang tidak dapat mengawal

tekanan kerjanya. Panas baran, murung, gelisah, kelesuan, sentiasa rasa bersalah, ketakutan, dan

hilang tumpuan adalah antara kesannya. Kadang kala, ada di kalangan kita yang mencari jalan

singkat dan salah dalam mengatasi tekanan. Malah tegasnya, ada juga berlaku kes-kes di mana

individu yang tertekan di tempat kerja melepaskan tekanan di rumah yang mewujudkan pula

masalah rumahtangga seperti pertengkaran dengan pasangan hidup, mendera anak, dan

sebagainya.

Page 17: ASSIGNMENT PK - Pengurusan Kesihatan Diri

                      Sebagai seorang Muslim, beliau menegaskan, kita perlu sedar bahawa kaedah

terbaik menangani tekanan kerja sebegini adalah dengan berpegang erat kepada ajaran dan

syariat Islam. "Islam telah menetapkan bahawa seseorang yang menghadapi tekanan dan

kesusahan perlulah bersabar, tenang, sentiasa rasional dan yakin dengan ketentuan Allah SWT.

                     "Bahkan, amalan hidup sihat perlu dijadikan amalan hidup kita, supaya kesihatan

sentiasa wujud di dalam diri dan keluarga kita."Di dalam era persaingan kini, kesihatan menjadi

tunjang utama kepada kejayaan kita. Jika tidak sihat, tiada satu kerja pun dapat dilaksanakan

dengan baik," katanya.

Faedah-faedah dalam pengurusan kesihatan diri

        Di dalam pengurusan kebersihan pakaian, hendaklah menggunakan pakaian yang

bersih dan wangi.Ini akan menjdikan si pemakai akan merasa selesan memasa memakai

pakaian tersebut. Semasa membasuh pakaian mestilah menggunakan sabun untuk

menghilangkan bau. Baju tersebut hendaklah dibasuh selepas digunakan.

        Pengurusan tahap kesihatan juga merupakan aspek yang penting dalam penjagaan

tubuh badan. Segala aktiviti dapat dijalankan jika tubuh badan sihat. Segala penyakit

perlu dihindar dengan segera. Jika berlaku serangan penyakit pada badan segeralah

berjumpa dengan doktor.

        Makanan yang seimbang perlu di dalam penjagaan pengurusan pemakanan yang

sihat. Maknan yang seimbang terdiri daripada karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan

lain-lain. Makanan yang seimbang perlu untuk mengekalkan kesihatan yangb baik dan

akan sentiasa sihat serta membentuk badan yang ideal.

        Berat dan tinggi yang normal seorang merupakan aspek pengurusan berat badan.

Berat badan yang normal secara logiknya penyakit tiada. Berat dan tinggi perlu normal

kerana jika berlebihan akan dakan mengakibatkan seseorang mengalami obesiti iaitu

kegemukkan yang berlebihan. Maka dengan itu pemakanan perlu dijaga untuk

mengimbangi berat badan seseorang.

Page 18: ASSIGNMENT PK - Pengurusan Kesihatan Diri

        Pemikiran yang sihat membawa kepada hasil kerja yang baik dan berkualiti. Jika

tiada stress semasa bekerja maka hasil kerja yang baik dapat dihasilkan.

        Apabila pengurusan kebersihan tubuh dapat dijalankan dengan sempurna maka tubuh

badan akan sentiasa sihat dan segala aktiviti dapat dijalankan dengan sempurna.

Perkara penting dalam pengurusan diri

Dalam pengurusan kesihatan diri terdapat  enam perkara yang perlu dititikberatkan iaitu:

        Pengurusan kebersihan pakaian.

        Pengurusan tahap kesihatan.

        Pengurusan pemakanan yang sihat.

        Pengurusan berat badan.

        Pengurusan tekanan(stress)

        Pengurusan kebersihan tubuh 

 

 

 

 

 

 

PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA

Pengenalan

Page 19: ASSIGNMENT PK - Pengurusan Kesihatan Diri

Keluarga merupakan tunjang kepada kekuatan sesebuah Negara. Jika ia teguh maka kuatlah

sesebuah Negara. Keluarga yang sihat adalah tonggak kepada pembangunan insane sesebuah

Negara. Kempen Cara Hidup Sihat yang dilancarkan pada tahun 2001 bertujuan  untuk

meningkatkan kesedaran dan pengetahuan mengenai kesihatan pemakanan, senaman, kesihatan

pergigian, kesihatan reproduktif, kesihatan mental dan rohani.(Sumber: Berita Harian, 13 Ogos

2007)

Objektif Objektif utama Pendidkan Kesihatan Keluarga adalah bagi menyumbang ke arah pembentukan individu, keluarga dan masyarakat yang kukuh, berakhlak, sihat, berilmu dan harmoni melalui perkhidmatan kekeluargaan yang berkualiti, mesra pengguna dan berkesan.

Fungsi

Melaksanakan program pembangunan pendidikan kesihatan keluarga menerusi kursus dan

aktiviti yang boleh meningkatkan tahap pengetahuan serta kemahiran dalam aspek keibubapaan

dan kekeluargaan. Melaksanakan program dan aktiviti reproduksi manusia melalui perkhidmatan

klinikal dan kaunseling kepada kumpulan sasar. Menyediakan program advokasi, promosi serta

penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam bidang kependudukan, pembangunan keluarga

dan reproduksi manusia. Bertindak sebagai focal point untuk program pembangunan keluarga di

peringkat negeri, dan bekerjasama dengan exco negeri yang bertanggungjawab kepada isu wanita

dan keluarga. Menyediakan satu pusat sumber bagi membantu pihak berkenaan mendapat

maklumat mengenai kependudukan, keluarga dan reproduksi manusia.

Fungsi-fungsi Pendidikan Kesihatan Keluarga adalah seperti berikut : Kesihatan Antenata                  Kesihatan Postnatal Kesihatan Kanak-kanak Kesihatan Wanita Warga Sihat Kesihatan Remaja Kesihatan Wargatua Kesihatan Mental Kesihatan Pekerja Kesihatan Sekolah Pemakanan dan Dietetik Kesihatan Pergigian Rehabitatif Rawatan dan Jagaan di rumah Surveilans Kesihatan

Page 20: ASSIGNMENT PK - Pengurusan Kesihatan Diri

OPD Objektif PendidiKan Kesihatan keluarga

Bersesuaian dengan Wawasan 2020 dan Dasar Pembangunan Negara dan bagi mencapai

Kesihatan Untuk Semua, objektif-objektifnya adalah seperti berikut:

Meneruskan tindakann untuk memudahkan setiap individu mencapai dan mengekalkan

taraf kesihatan yang membolehkannya menjalani kehidupan yang produktif dari segi

sosial dan ekonomi.

 

Meneruskan penggunaan pendekatan Penjagaan Kesihatan Primer yang menuju kepada

peningkatan kesihatan dan mengurangkan jurang perbezaan ke atas status kesihatan bagi

mencapai ekuiti antara kumpulan-kumpulan dan kawasan-kawasan yang berbeza.

Melaksanakan strategi-strategi kesihatan yang menyokong dasar kerajaan untuk

membangunkan masyarakat penyayang.

Melalui program promosi kesihatan, individu menyedari kesihatan dan sebagai individu

mengambil tindakan positif bagi membaiki kesihatan sendiri dan juga keluarganya.

Meningkatkan penyertaan masyarakat didalam aktiviti-aktiviti kesihatan disamping

meningkatkan perkongsian kos.

Menggalakkan usaha kerjasama antara sector dan agensi terutama meningkatkan

hubungan antara sector awam dan swasta.

Meningkatkan produktiviti dan kualiti melalui penanaman etika dan nilai-nilai kerja

murni, disamping mencapai mutu bertaraf tinggi dan pengurusan yang professional.

Merancang dan menyelaraskan pengeluaran pelbagai sumber manusia yang sesuai bagi

kepentingan dan keperluan-keperluan perkhidmatan kesihatan.

Membendung kos dan mengurangkan peningkatan kos rawatan kesihatan untuk

membolehkan  setiap individu menikmati perkhidmatan rawatan yang saksama dan

meringankan bebanan kerajaan.

Menjalankan aktiviti-aktiviti penyelidikan untuk menyokong perancangan dan

penyampaian perkhidmatan kesihatan.

Mengukuhkan system maklumat kesihatan untuk menyokong dengan lebih berkesan

keperluan-keperluan perkhidmatan kesihatan.

Faedah-faedah dalam pendidikan kesihatan keluarga

Page 21: ASSIGNMENT PK - Pengurusan Kesihatan Diri

Dapat mengamalkan nilai-nilai moral yang baik dan fahaman agama dapat ditingkatkan.

Dapat mengamalkan amalan-amalan yang sihat seperti dapat melakukan aktiviti senaman

atau fizikal dan pemakanan yang sihat.

Dapat mengamalkan kesihatan reproduktif yang optimum bagi memastikan kestabilan

dan keseimbangan keluarga.

Dalam pada itu juga dapat mengekalkan kesihatan mental dan emosi yang seimbang.

 Dapat berkongsi masa lapang sesama suami, isteri dan anak-anak dalam sesebuah

keluarga.

Dapat memupuk sokongan social.

Dapat menimbangi pendapat keluarga dengan pendapatan bulanan.

Dapat mengawal keselamatan emosi dalam diri dan keluarga.

Kepentingan Pendidikan Kesihatan Keluarga

                Pendidikan Kesihatan Keluarga adalah salah satu cabang perubatan yang

bertanggunjawab untuk menyediakan maklumat kesihatan keluarga buat komuniti. Pendidikan

Kesihatan Keluarga memberi fokus utama dalam maklumat-maklumat yang penting yang perlu

didedahkan dalam penjagaan wanita mengandung, klinik kanak-kanak, klinik pesakit luar dan

juga sebagai pusat rawatan susulan bagi pesakit kronik seperti hipertensi dan kencing manis

(diabetes mellitus). Pendidikan Kesihatan Keluarga juga bertanggunjawab untuk memberi

maklumat-maklumat pencegahan dan kesedaran mengenai penyakit untuk sesebuah komuniti.

Di Malaysia, usaha ini dilaksanakan oleh klinik-klinik kesihatan kerajaan yang bertebaran di

seluruh negara. Dalam menuju tahun 2020, hampir setiap mukim akan memiliki sekurang-

kurangnya sebuah klinik kesihatan kerajaan. Klinik-klinik ini dibiaya sepenuhnya oleh kerajaan

Malaysia .

Kita masih ketinggalan

                  Pada dasarnya, pendedahan Pendidikan Kesihatan Keluarga di Malaysia masih jauh

ketinggalan berbanding negara-negara maju walaupun memiliki kelengkapan infrakstruktur dan

pemberian dana yang berterusan dari kerajaan. Peratusan populasi Malaysia yang menghidap

diabetes mellitus atau hipertensi berada di tahap yang membimbangkan (Peratusan untuk

populasi dunia mengikut laporan WHO adalah 6% dari populasi dunia menghidap diabetes

mellitus, tetapi di Malaysia peratusan yang dicatat tahun 2007 adalah pada tahap 14% - tertinggi

Page 22: ASSIGNMENT PK - Pengurusan Kesihatan Diri

di dalam rantau Asia Tenggara). Ini belum diambil kira beberapa penyakit kronik lain seperti

obesiti, asma, penyakit paru-paru kronik (chronic obstructive lung disease), penyakit jantung,

kolesterol berlebihan (dyslipidemia) dan banyak lagi.

                   Tahap kesedaran yang rendah mengenai penyakit-penyakit ini di kalangan

masyarakat juga amat meresahkan. Satu lagi bukti kegagalan pendedahan maklumat Pendidikan

Kesihatan Keluarga di Malaysia juga dapat dilihat pada jumlah perokok lelaki yang melebihi

50% daripada jumlah populasi lelaki Malaysia .  Kementerian Kesihatan Malaysia masih gagal

untuk menzahirkan satu sistem di mana rekod perubatan seseorang warga Malaysia dari lahir

boleh diperolehi pada bila-bila masa untuk rujukan atau semakan samada di klinik atau hospital.

Kita sebagai warga juga ramai yang tidak menyimpan rekod perubatan kita sendiri kerana sejak

kecil kita tidak dididik untuk mengambil tahu akan kesihatan diri sendiri.

                     Masalah lain yang sering kedengaran di dada akhbar atau media elektronik ialah

masa menunggu yang terlalu lama dan jumlah pesakit di sesebuah klinik yang terlampau ramai.

Melihat permasalahan ini bermula dari tahap kesedaran dan pendidikan warga kita mengenai

kesihatan. Jaminan hanya 50% daripada pesakit yang hadir ke klinik adalah mereka yang hanya

hadir untuk mendapatkan dua tiga biji panadol dan sebotol ubat batuk atau lebih 'parah' hanya

untuk mendapatkan sijil cuti sakit. Ini menyebabkan masa menunggu menjadi lebih panjang dan

doktor atau jururawat tidak dapat meluangkan masa yang lebih untuk pesakit kronik diabetes,

hipertensi dan penyakit-penyakit kronik lain.

Hapuskan subsidi

                      Bagi permasalahan sebegini wujud kerana jumlah bayaran perkhidmatan yang

dikenakan untuk pelbagai perkhidmatan, termasuk khidmat perundingan (konsultansi), ujian

makmal, dan ubatan, adalah terlampau murah kerana disubsisdi kerajaan. Bagai orang

mengantuk disorong bantal, maka ramai yang hadir adalah mereka yang sekadar ingin

mengambil kesempatan untuk isu-isu peribadi yang tersendiri. Mungkin telah tiba masanya

dijalankan semakan semula terhadap sistem subsidi perkhidmatan kesihatan di klinik-klinik

kesihatan kerajaan. Subsidi ini perlu dikurangkan atau dihapuskan terus. Ini kerana permasalahan

utama kebanjiran pesakit 'manja' di klinik kesihatan kerajaan adalah kerana jumlah bayaran

perkhidmatan yang murah.  

Page 23: ASSIGNMENT PK - Pengurusan Kesihatan Diri

                     Sudah tiba masanya bayaran dikenakan untuk seorang pesakit samada hadir untuk

rawatan penyakit kronik mahupun akut ('acute'). Maka dengan ini secara logiknya, pesakit

'manja' yang hanya hadir untuk mendapatkan panadol atau ubat batuk akan berhenti

mengunjungi klinik tersebut kerana ianya lebih murah untuk dibeli di farmasi sahaja. Seperti

yang saya sebutkan di atas, separuh dari bebanan kerja dapat dikurangkan dan lebih masa dapat

diluangkan oleh pekerja kesihatan untuk merawat penyakit-penyakit kronik.  Klinik juga

sepatutnya mengenakan bayaran tambahan untuk perkhidmatan-perkhidmatan tertentu seperti X-

ray atau kaunseling kesihatan seperti klinik berhenti merokok dan klinik obesiti. Melalui kaedah

ini, klinik-klinik ini mampu untuk menjana dana sendiri bagi mengerakkan usaha-usaha promosi

kesedaran kesihatan dan klinik-klinik itu akan bersaing untuk mewujudkan pekhidmatan yang

terbaik pada harga yang berpatutan.

                     Perkhidmatan tambahan seperti gim senaman, spa mahupun menjadi pusat komuniti

untuk mengajar anak-anak istimewa akan dapat diwujudkan andai klinik-klinik ini diberi

kebebasan untuk mengumpul dana sendiri melalui bayaran perkhidmatan dan juga dana dari

komuniti setempat. Maka dengan cara ini, masyarakat akan lebih hampir dengan penyedia

perkhidmatan kesihatan dan usaha pendidikan kesihatan akan lebih mudah untuk menyedarkan

masyarakat mengenai kesihatan mereka. Dengan pendidikan, kesedaran dan ditambah dengan

perkhidmatan yang berkualiti, usaha memerangi penyakit kronik di Malaysia dapat

dipertingkatkan dan secara tidak langsung meningkatkan kualiti kesihatan masyarakat Malaysia .

Lampiran 2

Karies gigi

Page 24: ASSIGNMENT PK - Pengurusan Kesihatan Diri

Sakit Jantung