assignment perkakasan tambahan komputer

24
1.0 Pengenalan Komputer secara umumnya dianggap sebagai satu lambang pemodenan dan pembangunan sesebuah negara. Ini adalah kerana komputer memainkan peranan yang penting dalam pelbagai bidang kehidupan manusia seperti ekonomi, pentadbiran, kemanusiaan, pendidikan dan sebagainya. Atas dasar tersebut, setiap individu sama ada sedar atau tidak sedar pastinya akan berurusaan dengan teknologi komputer setiap hari dan sedikit sebanyak mereka harus sekurang- kurangnya mengenali apakah komputer itu sebenarnya. Komputer secara amnya bolehlah dikatakan sebagai suatu mesin elektronik yang telah diprogramkan oleh manusia bagi melaksanakan tugas-tugas yang ditetapkan. Prinsip sifat komputer yang utama ialah bertindakbalas kepada set arahan yang spesifik mengikut kaedah atau turutan yang ditentukan dan ia mampu menjalankan senarai arahan yang pelbagai bentuk dan lebih sistematik. Terdapat banyak kompenen di dalam satu sistem komputer yang boleh kita perolehi sekarang. Diantaranya ialah perkakasan tambahan komputer yang sangat mudah diperolehi dan banyak membantu dalam kerja manusia seharian. Perkakasan komputer yang juga disebut peranti pemprosesan merujuk kepada komponen-komponen yang terlibat bagi memastikan data-data yang dimasukkan (input) ke dalam sesebuah komputer diproses sebelum boleh dikeluarkan semula sebagai maklumat yang bermanfaat kepada pengguna. 1

Upload: power5293

Post on 19-Jun-2015

2.213 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: Assignment Perkakasan Tambahan Komputer

1.0 Pengenalan

Komputer secara umumnya dianggap sebagai satu lambang pemodenan dan

pembangunan sesebuah negara. Ini adalah kerana komputer memainkan peranan yang

penting dalam pelbagai bidang kehidupan manusia seperti ekonomi, pentadbiran,

kemanusiaan, pendidikan dan sebagainya. Atas dasar tersebut, setiap individu sama

ada sedar atau tidak sedar pastinya akan berurusaan dengan teknologi komputer setiap

hari dan sedikit sebanyak mereka harus sekurang-kurangnya mengenali apakah

komputer itu sebenarnya.

Komputer secara amnya bolehlah dikatakan sebagai suatu mesin elektronik yang telah

diprogramkan oleh manusia bagi melaksanakan tugas-tugas yang ditetapkan. Prinsip

sifat komputer yang utama ialah bertindakbalas kepada set arahan yang spesifik

mengikut kaedah atau turutan yang ditentukan dan ia mampu menjalankan senarai

arahan yang pelbagai bentuk dan lebih sistematik.

Terdapat banyak kompenen di dalam satu sistem komputer yang boleh kita perolehi

sekarang. Diantaranya ialah perkakasan tambahan komputer yang sangat mudah

diperolehi dan banyak membantu dalam kerja manusia seharian. Perkakasan komputer

yang juga disebut peranti pemprosesan merujuk kepada komponen-komponen yang

terlibat bagi memastikan data-data yang dimasukkan (input) ke dalam sesebuah

komputer diproses sebelum boleh dikeluarkan semula sebagai maklumat yang

bermanfaat kepada pengguna.

1

Page 2: Assignment Perkakasan Tambahan Komputer

2.0 Perkakasan Tambahan Komputer

Perkakasan komputer merujuk kepada bahagian-bahagian yang membentuk komputer

yang lengkap dan merujuk juga kepada pelbagai komponen fizikal bagi sesuatu sistem

bagi komputer. Perkakasan komputer juga dikenali sebagai peranti. Istilah perkakasan

atau peranti merujuk kepada keseluruhan fizikal sesebuah komputer, manakala perisian

menyediakan arahan kepada perkakasan untuk melaksanakan kerja komputer.

Perkakasan tambahan pada komputer digunakan untuk memudahkan lagi kerja

pengguna. Kebanyakan perkakasan komputer tidak dapat dilihat oleh pengguna. Ia

merupakan sebahagian dari sistem terbenam yang selalunya digunakan dalam

kenderaan, ketuhar gelombang mikro, mesin elektrokardiograf, pemain cakera padat

dan banyak lagi. Dengan kemudahan teknologi yang semakin pesat, perkakasan yang

paling senang untuk dilihat adalah pada komputer peribadi. Boleh dikatakan

kebanyakan komputer peribadi pada masa kini dilengkapkan dengan segala

perkakasan tambahan komputer. Berikut adalah beberapa perkakasan tambahan

komputer yang kerap digunakan oleh pengguna.

2.1 Kad Output TV

Kad output TV merupakan komponen yang membenarkan input dari

komputer dipaparkan pada skrin televisyen. Peranti ini merupakan alat

yang menukarkan isyarat digital yang yang merupakan output dari

komputer kepada isyarat gelombang (analog).

Di bawah merupakan diagram menunjukkan proses penukaran isyarat

dari digital kepada gelombang (analog).

2

Page 3: Assignment Perkakasan Tambahan Komputer

2.1.1. Proses penukaran isyarat dari digital ke analog

2.1.2. Contoh kad output TV

3

Page 4: Assignment Perkakasan Tambahan Komputer

2.2 Kad Video/TV Capture

Kad Video/TV Capture disebut juga sebagai video card merujuk kepada

papan litar yang dipasangkan kepada sesebuah komputer bagi

meningkatkan kebolehan paparan sistem sesebuah komputer. Ia

memainkan peranan yang penting dalam menghantar signal digital ke

monitor komputer. Kad video mempunyai RAM tersendiri dan boleh

memproses data mengikut cip yang terbina dalam kad tersebut. Ia

membolehkan rancangan televisyen dirakam dan direkod ke dalam cakera

keras (hard disk). Dengan teknologi kini, kad video dibina terus di dalam

papan induk dan ini lebih menjimatkan kos pengeluar dan dimanfaatkan

sepenuhnya oleh pengguna.

Peranti ini merupakan alat yang menukarkan isyarat gelombang (analog)

yang diterima dari aerial televisyen kepada isyarat digital. Ini kerana

komputer hanya boleh menafsir isyarat digital yakni dalam bentuk ‘0’ dan

‘1’. Di bawah merupakan diagram menunjukkan proses penukaran isyarat

dari gelombang (analog) kepada digital.

2.2.1. Proses penukaran isyarat gelombang (analog) kepada digital

4

Page 5: Assignment Perkakasan Tambahan Komputer

2.2.2. Contoh Kad Video/TV Capture

2.3 Kad Grafik Video

Kad grafik video dirujuk sebagai kad pemecutan grafik adapter paparan

kad grafik dan bermacam-macam istilah lain, Ia adalah sejenis

perkakasan yang digunakan di dalam komputer peribadi yang berfungsi

sebagai penjana dan mengeluarkan imej-imej paparan komputer. Kad

grafik video mempunyai fungsi yang serupa dengan alat perisian yang

lain.

Kad grafik video merupakan peranti yang disambungkan kepada peranti

output seperti monitor. Kad grafik video adalah komponen yang penting

dalam menentukan prestasi dalam sesuatu komputer. Istilah kad grafik

video dicipta untuk memisahkan di antara kad yang boleh disambung ke

dalam slot dengan grafik bersepadu yang terus digabungkan dengan

papan induk. Permainan computer memerlukan kad grafik yang boleh

mengeluarkan efek 2D dan 3D.

5

Page 6: Assignment Perkakasan Tambahan Komputer

2.3.1. Contoh Kad Grafik Video

2.4 Kad Suara

Kad suara ataupun kad bunyi (sound card) merupakan sejenis papan litar

sokongan yang membolehkan komputer memanipulasikan audio sebagai

sumber outputnya. Ia merupakan perkakasan tambahan komputer yang

boleh menerima input dan mengeluarkan output bunyi dengan kawalan

perisian. Kad suara yang biasa termasuk cip bunyi biasanya mempunyai

ciri penukar digit ke analog yang menukarkan bunyi gelombang digit atau

dirakamkan kepada format analog. Isyarat dialirkan kepada penyambung

jenis fon telinga dimana kabel penyambung kepada amplifier. Sambungan

biasanya akan digunakan terus kepada mikrofon dan boleh dirakamkan

kepada cakera keras.

Kad suara membolehkan sesebuah komputer mengeluarkan bunyi-

bunyian seperti muzik dan kesan khas dan ia juga membolehkan

6

Page 7: Assignment Perkakasan Tambahan Komputer

seseorang pengguna menggunakan suara sebagai salah satu cara

memasukkan data dengan bantuan perisian audio dan juga alat pembesar

suara.

2.4.1. Contoh Kad Suara

2.5 Kad Rangkaian NIC

Kad rangkaian NIC atau boleh juga dikenali sebagai Kad Antaramuka

Rangkaian (Network Interface Card) merupakan sambungan fizikal antara

satu rangkaian dengan komputer stesyen kerja. Kebanyakan kad ini

merupakan kad dalaman, dimana ianya dipasang pada slot yang terdapat

di dalam sebuah sistem komputer. Kad ini merupakan perhubungan fizikal

antara stesyen kerja dan rangkaian.

Ia juga merupakan satu peranti yang digunakan oleh komputer untuk

berkomunikasi di dalam rangkaian. Ia bertindak sebagai penyambung di

antara komputer anda dengan kabel rangkaian. Fungsinya adalah untuk

menyediakan data dari komputer ke kabel rangkaian, menghantar data ke

7

Page 8: Assignment Perkakasan Tambahan Komputer

komputer yang lain dan juga mengawal aliran data di antara aliran

komputer dan sistem kabel penyambung.

Ada antara muka rangkaian ini yang berbentuk kad dan ada yang

berbentuk komponen dalam papan induk komputer. Kad rangkaian juga

menerima data input dari kabel dan menterjemahkan kepada byte yang

difahami oleh unit pemprosesan pusat komputer.

Jenis-jenis Kad Antaramuka Rangkaian

Kad Ethernet

Penyambung Localtalk

Kad Token Ring

2.5.1 Contoh Kad Rangkaian NIC

8

Page 9: Assignment Perkakasan Tambahan Komputer

2.5.2. Diagram LAN (Local Area Network) bersama modem

9

INTERNET

Switch

Modem

PC1

PC2

PC3

Page 10: Assignment Perkakasan Tambahan Komputer

Diagram 2.5.2 menerangkan mengenai komputer yang mempunyai peranti NIC

dirangkaikan dengan menggunakan ’switch’. Dari switch kemudian rangkain

tersebut disambungkan kepada modem dan seterusnya membolehkan

komputer-komputer yang berada di dalam lingkungan rangkaian ataupun di

dalam LAN (Local Area Network) itu memperolehi capaian jalur lebar (Internet).

2.6 Modem

Modem merupakan peranti komputer yang melaksanakan proses yang

menukarkan isyarat berbentuk digital yang dihasilkan oleh komputer kepada

isyarat berbentuk gelombang supaya ia dapat dihantarkan menerusi talian

telefon dan juga sebaliknya. Dengan pendek kata, ia berkemampuan untuk

mengalihkan isyarat gelombang kepada isyarat digital. Modem merupakan

singkatan daripada perkatan modulate/demodulate. Ianya berperanan menukar

signal digital kepada analog dan juga sebaliknya. Terdapat tiga jenis modem

yang utama iaitu :

Modem dalaman dan sambungan terus (internal modem or Direct Connect

Modem)

Modem luaran (External Modem)

Personal Computer Memory Card International Association (PCMCIA)

Modem USB

Modem sambungan terus biasanya berupa sekeping kad litar sokongan seperti

juga kad audio yang dipasangkan kepada papan induk.

10

Page 11: Assignment Perkakasan Tambahan Komputer

2.6.1. Contoh modem luaran

2.6.2. Contoh modem PCMCIA

11

Page 12: Assignment Perkakasan Tambahan Komputer

2.6.3. Contoh modem USB

3.0 Kelebihan Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)

Kad Output TV mampu memaparkan bahan bantu mengajar dalam bentuk media

pada skrin televisyen kepada pelajar dimana inputnya datang dari komputer peribadi

ataupun komputer riba. Input-inputnya pula boleh datang dari cakera padat (CD), fail

yang dimuat turun dari jalur lebar (internet) serta pelbagai perisian yang

dibangunkan khas untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran (P&P). Kerana

televisyen dijadikan medium paparan, ia sedikit sebanyak mampu menarik minat

murid dan pelajar untuk menumpukan perhatian mereka kepada proses

penyampaian ilmu yang sedang dijalankan. Selain itu, skrinnya yang lebih besar dan

lebar serta umumnya televisyen sememangnya tidak menjanggalkan para murid dan

pelajar dan seterusnya mampu membentuk satu proses pengajaran dan

pembelajaran yang lebih efektif.

Kad Video / TV Capture merupakan komponen yang membenarkan signal

televisyen untuk diterima oleh komputer. Ini bermaksud ia berkebolehan untuk

menayangkan rancangan televisyen yang disiarkan secara langsung (live) kepada

para murid dan pelajar. Rancangan televisyen seperti dokumentari, sebarang

pertandingan seperti pertandingan debat antara sekolah, TV pendidikan dan lain-

lain adalah antara yang boleh dipertontonkan. Bukan itu sahaja, kad video / tv

capture juga mampu merakam rancangan pilihan dan seterusnya disimpan untuk

tujuan arkib.

Kad Grafik Video berfungsi untuk menjana dan mengeluarkan imej-imej paparan

pada skrin monitor komputer. Ia antara peranti yang mesti ada di dalam komputer.

Kad Grafik Video membolehkan pengguna yang mahir dengan perisian seperti

Adobe Flash dan 3D Maya membangunkan sesuatu yang mana hasilnya boleh

membantu dalam proses P&P dengan lebih lancar. Hasil yang dijanakan lebih

12

Page 13: Assignment Perkakasan Tambahan Komputer

interaktif dan selanjutnya mampu menarik minat dan perhatian para murid dan

pelajar.

Kad Suara merupakan peranti yang boleh menerima input dan mengeluarkan

output bunyi dengan kawalan perisian. Dengan adanya peranti ini, bunyi dari media

seperti muzik latar belakang, kesan bunyi dan penceritaan dapat dialirkan pada para

pendengar dan seterusnya memahamkan mereka akan apa yang mereka tontoni.

Kad Rangkaian merupakan satu peranti yang digunakan oleh komputer untuk

berkomunikasi di dalam rangkaian. Peranti ini dapat menghubungkan setiap komputer

pada satu pangkalan sistem di mana maklumat dapat dikongsi bersama oleh setiap

pengguna. Para murid atau pelajar dibawah bimbingan guru boleh mencapai sesuatu

informasi dan seterusnya saling berinteraksi antara satu sama lain pada waktu yang

sama. Ini bukan sahaja menggalakkan pembabitan mereka di dalam proses pengajaran

dan pembelajaran (P&P), malah turut mampu menyuburkan semangat integriti di antara

mereka.

Modem merupakan peranti komputer yang menukarkan isyarat digital kepada

gelombang (analog) supaya ia dapat dihantar melalui talian telefon dan juga sebaliknya.

Dengan kata lain modem merupakan peranti yang diperlukan oleh pengguna untuk

mencapai talian jalur lebar (internet). Ia mampu menghubungkan dan mendekatkan

pelajar dan guru dengan dunia luar, dimana ilmu baru boleh dicapai dengan lebih cepat

dan mudah. Ini kerana dengan adanya jalur lebar (internet), istilah batasan geografi

tidak lagi boleh diguna pakai. Penemuan baru yang lengkap dengan maklumat

mengenainya dan video-video ilmiah, jurnal dan lain-lain bahan yang boleh diguna

pakai dalam proses P&P dapat dimuat turun.

13

Page 14: Assignment Perkakasan Tambahan Komputer

4.0 Kebaikan

Perkakasan tambahan komputer sebanyaknya memberi kebaikan serta kelebihan

kepada penggunanya. Di dalam dunia multimedia dan Internet yang tiada sempadan ini,

sistem komputer yang lengkap dengan peranti tambahan mampu meningkatkan

kelebihannya kepada tahap yang maksima dimana pengguna yang mahir mampu

menyelesaikan setiap perkara dengan lebih berkesan.

Gabungan setiap peranti boleh menjadikan komputer itu satu sistem yang sistematik

kerana semuanya terkandung di dalam satu mesin dan selanjutnya mampu

melaksanakan setiap kerja yang ingin diselesaikan. Kini pengguna komputer bukan

sahaja boleh menaip malah turut boleh menghasilkan animasi, melayari jalur lebar

(internet) dan juga menonton video dengan menggunakan televisyen sebagai

mediumnya.

Perkakasan tambahan komputer juga berupaya memudahkan kerja samada dalam

proses penyediaan bahan mengajar malah juga semasa proses pengajaran dan

pembelajaran (P&P). Sebagai contoh peranti kad grafik yang berkualiti memudahkan

pengguna untuk menghasilkan animasi flash atau perisian interaktif dengan lebih cepat

dan lebih menarik. Selain itu modem yang digunakan untuk mencapaikan pengguna

pada jalur lebar (internet) boleh menjimatkan sejumlah masa yang akan diperuntukkan

dalam mencari maklumat dimana kini maklumat boleh diperolehi dihujung jari. Ini

seterusnya menjimatkan masa dan kerja menjadi lebih efektif dan efisyen.

14

Page 15: Assignment Perkakasan Tambahan Komputer

5.0 Keburukan

Untuk melengkapkan komputer dengan perkakasan-perkakasan tambahan, kos yang

tinggi disediakan. Harga sesebuah peranti yang terkini di pasaran dan diperlukan oleh

komputer untuk memenuhi keperluan spesifikasi perisian pembina seperti 3D Maya,

dan Adobe Photoshop pada tahap yang maksima adalah mahal. Sebagai contoh kad

bunyi yang berkualiti mampu mencecah harga ratusan ringgit. Penelitian serta

perancangan kewangan perlu dibuat. Harga yang mahal mencerminkan kualiti

sesebuah peranti itu. Satu sistem komputer itu tidak memerlukan peranti yang canggih

sekiranya penggunaannya hanyalah untuk perkara-perkara asas. Sebagai contoh, kad

grafik video yang berharga ribuan ringgit tidak diperlukan jika penggunaannya hanyalah

sekadar untuk menayangkan video yang dimuat turun dari jalur lebar (Internet). Dengan

kata lain, kualiti peranti yang dibeli seharusnya selaras dengan cara dan gaya

penggunaannya

Asas kemahiran ICT amat diperlukan oleh seseorang itu dalam untuk menggunakan

perkakasan tambahan ini. Sebagai contoh, pengguna yang tiada asas ini mungkin

terkial-kial dan memerlukan bantuan orang lain dalam untuk menggunakan peranti kad

TV Output. Ini kerana pengguna harus tahu bagaimana untuk melakukan konfigurasi

pada peranti itu supaya ia dapat menayangkan input dari komputer pada skrin

televisyen. Penyelenggaraan yang kerap juga turut perlu dilakukan untuk menjaga

jangka hayat peranti-peranti tersebut.

Selain itu, perkembangan teknologi yang terlalu pantas memungkinkan potensi

perisian terbaru yang berada dipasaran tidak dapat digunakan secara maksima oleh

komputer yang menggunakan peranti yang terdahulu. Dengan kata lain untuk

memenuhi keperluan spesifikasi terkini, pengguna harus pertimbangkan keputusan

untuk menggantikannya dengan yang baru. Perancangan perbelanjaan baru yang

berkaitan dengan kos yang tinggi terpaksa dilaksanakan kembali.

15

Page 16: Assignment Perkakasan Tambahan Komputer

Kebergantungan yang berlebihan juga boleh terjadi sekiranya komputer yang

lengkap dengan peranti tersebut dijadikan bahan sandaran untuk melakukan setiap

tugasan dan akan buntu kiranya ianya tidak berfungsi.

6.0 Kesimpulan

Perkakasan tambahan komputer fungsinya adalah untuk memudahkan lagi kerja

pengguna. Ia bukan sahaja menjimatkan masa malah mampu membantu untuk

menghasilkan sesuatu output atau hasil yang multimedia dan memberangsangkan. Ia

kini menjadi seakan satu kemestian dalam satu sistem komputer, dimana pengguna

sanggup melaburkan lebih wang untuk memastikan mereka memperolehi apa yang

mereka citakan. Kelebihan dalam penggunaannya yakni menjimatkan masa, cepat dan

efektif memainkan peranan dalam membantu pengguna dalam menyelesaikan pelbagai

perkara.

Namun kebergantungan yang berlebihan boleh berlaku jika komputer tersebut

dijadikan tempat bergantung. Pengguna akan merasakan diri mereka di dalam

kesusahan kiranya ada peranti yang rosak atau tidak berfungsi dan mereka tidak

mampu mencari jalan penyelesaian yang lain. Selain itu kos membeli serta

penyelenggaraannya yang tinggi harus diambil kira. Satu kerugian jika peranti yang

mahal hanya digunakan untuk menyelesaikan suatu kerja yang biasa seperti menaip

dokumen. Maka dengan ini, perancangan teliti harus dilakukan sebelum urusan

pembelian berlaku.

Kesimpulannya pengguna harus bijak dalam menentukan perkakasan tambahan

yang mereka perlukan sejajar dengan cara penggunaan. Pengguna juga harus

mempunyai ilmu pengetahuan dalam mengoperasikan ia. Dan dengan bantuan peranti-

peranti ini, sesungguhnya ia banyak membantu dalam kontek pengajaran dan

pembelajaran (P&P) seterusnya kepada murid atau pelajar itu sendiri.

16

Page 17: Assignment Perkakasan Tambahan Komputer

Rujukan

Othman Shariff. Manual Asas Pemasangan Komputer Peribadi dan Internet. Venton Publishing

Muhammad Razin Abdullah. Perkakasan Sistem Komputer. New Horizans Publishing Center

Baharuddin Aris, Mohammad Bilal Ali, Jamaluddin Harun, Zaidatun Tasir. Sistem Komputer dan Aplikasinya. Venton Publishing

Mohammad Noorman Masvek, Safani Abd Rahman, Kamarul Ariffin Abd Jalil. Analisis dan Rekabentuk Sistem Maklumat. Mc Graw –Hill (Malaysia) Sdn Bhd

Jamaluddin Harun,Zaidatun Tasir. Pengenalan Kepada Mutlimedia. Venton Publishing

http://ms.wikipedia.org/wiki/Kad_bunyi. Accessed on 11 Julai 2009.

http://en.wikipedia.org/wiki/Network_card. Accessed on 14 Julai 2009.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Modem. Accessed on 11 Julai 2009.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Kad_Rangkaian. Accessed on 11 Julai 2009.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Kad_Video. Accessed on 11 Julai 2009.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Unit_Pemprosesan_Grafik. Accessed on 11 Julai 2009.

17