assignment pengenalan bm sem jan 2009
TRANSCRIPT
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASAPROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN
HBML 1103:PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
SEMESTER JANUARI 2009TUGASAN (35%)
HBML1103PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
1
KANDUNGAN
Soalan Tugasan ii
1. PENGENALAN 1
2. ANALISIS CERPEN LAMBAIAN MALAR HIJAU 2
2.1. Aspek bahasa 2
2.2. Aspek nilai 3
2.3. Aspek struktur 3
2.3.1. Sinopsis 3
2.3.2. Tema 4
2.3.3. Persoalan 4
2.3.4. Watak dan perwatakan 5
2.3.5. Plot 6
2.3.6. Teknik plot 6
2.3.7. Gaya bahasa 6
2.3.8. Latar 7
2.3.9. Nilai 8
2.3.10. Pengajaran 8
3. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
9
4. PENUTUP 13
RUJUKAN 14
LAMPIRAN 15
HBML1103PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
2
SOALAN TUGASAN
Melalui penulisan bahasa sastera, penggunaan bahasa dalam bentuk yang beraneka
rupa dan dalam situasi yang berbeza-beza dapat diterapkan kepada pelajar-pelajar.
Selain itu bahasa sastera mengandungi banyak unsur dan nilai sejagat yang sangat
membantu dalam proses penerapan Emotional Quotion (EQ) di kalangan pelajar-
pelajar.
a) Pilih salah satu genre sastera (cerpen atau sajak) dan lakukan satu analisis
mengenai aspek-aspek yang terkandung di dalamnya seperti :
i) Aspek bahasa
ii) Aspek nilai
iii) Aspek struktur
(15 markah)
b) Dengan menggunakan bahan tersebut juga, rancangkan SATU sesi pengajaran &
pembelajaran melalui mana-mana teknik pengajaran yang dirasakan sesuai.
Perlihatkan juga gabungjalin kemahiran bahasa dan penerapan nilai dengan
menyediakan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengannya.
(20 marka
HBML1103PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
3
1. PENGENALAN
Matlamat Pendidikan Kesusasteraan Melayu adalah untuk membolehkan
pelajar-pelajar menjiwai unsur-unsur dan nilai-nilai murni dari segi kerohanian,
keimanan, kemasyarakatan, kebudayaan dan kewarganegaraan, menanam rasa
bangga dan cinta akan tanah air dalam satu wawasan kebudayaan yang dihasratkan
dan menimbangkan perlakuan dan sahsiah yang berkesan sebagai anggota
masyarakat. Pendidikan Kesusasteraan Melayu juga bertujuan menghargai,
mencintai dan membanggakan bahasa dan kesusasteraan dengan berfikir secara
analitis, kritis dan kreatif dan memupuk perubahan cita rasa sastera.
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 1991:1)
JURNAL PENDIDIKAN TIGAENF 2000/2001 JILID 2: BIL. 4
Bertolak dari hasrat inilah pengajaran bahasa sastera dan kesusasteraan
Melayu tidak harus dipandang ringan. Subjek sastera itu sendiri juga tidak seharusnya
dianggap sebagai subjek ‘second class’, kerana dalam membentuk generasi yang
bersifat seimbang dan holistik, yang berminda saintifik dan berjiwa mapan, peranan
sastera sebagai pengasuh etik dan nilai tidak mungkin kita pinggirkan.
Kesusasteraan Melayu dalam konteks pendidikan merupakan karya asal yang
tertulis dalam Bahasa Melayu berunsurkan keindahan dan kehalusan sama ada
berbentuk novel, cerpen, drama, sajak, prosa tradisional atau puisi tradisional bagi
mengimbangi perkembangan intelek, rohani, emosi, dan jasmani di samping
memaparkan nilai kemanusiaan dan citra masyarakat.
Bahasa sastera mengandungi banyak unsur dan nilai sejagat yang sangat
membantu dalam proses penerapan Emotional Quotion (EQ) di kalangan pelajar. EQ
atau Emotional Quotion atau Kompetensi Kecerdasan Emosi (KKE) menurut Ari
Ginanja Ayustian 2005 : kemampuan mengenali dan mengungkapkan, mengurus
emosi sendiri dengan baik, juga mengenali peranan orang lain serta kemampuan
memotivasi diri sendiri dan orang lain dan mengekalkan hubungan baik dengan orang
lain.
Maka sehubungan dengan ini, penggunaan bahasa sastera dalam pengajaran
dan pembelajaran Bahasa Melayu adalah untuk membantu penguasaan Bahasa
Melayu di kalangan pelajar di sekolah. Bahan sastera yang digunakan diambil kira
dari segi aspek penggunaan bahasa, penggarapan nilai dan struktur bahan yang
HBML1103PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
4
digunakan serta strategi dan kepelbagaian teknik pengajaran dan pembelajaran yang
akan dibincangkan seterusnya.
2. ANALISIS CERPEN LAMBAIAN MALAR HIJAU
Dalam menganalisis bahan sastera cerpen Lambaian Malar Hijau, aspek-aspek
yang disentuh adalah dari segi aspek bahasa, aspek nilai dan aspek struktur.
2.1. Aspek bahasa
Dalam cerpen Lambaian Malar Hijau ada mengemukakan beberapa bahasa
kiasan bagi menampakkan keindahan keberkesanan penggunaannya dalam
membandingkan fenomena kehidupan masyarakat pada masa itu.
a. Kiasan berbunga~kiasan yang menggunakan rangkaian kata-kata yang indah dan
berbunga.
Kabus pagi yang sejuk mengucup mesra jiwa Daneng yang dihujani titisan
kegelisahan sejak bunga-bunga putih pohon resak laut di hadapannya itu
mula berkembang.
Nikmat kebebasan membanjiri segenap jiwa raganya.
b. Kiasan asal~kiasan yang menyebutkan bandingan dengan terang.
Seperti seekor rerama yang terbang bebas.
Parang di tangannya digenggam dengan erat bagai seorang pemburu gagah.
c. Kiasan berkacau~kiasan yang memperlihatkan kesesuaian antara satu bahagian
dengan bahagian lain dan mengandungi unsur-unsur yang tidak logik.
Kesenyapan mengunci mulutnya.
d. Bahasa pembenar~mengiya atau mengesahkan sesuatu keterangan atau kenyataan.
“Tentu sekali! Belantara ini sememangnya satu anugerah ... .”
e. Bahasa ingkar~bahasa yang disusun dengan cara pertanyaan tetapi bukan
menunjukkan pertanyaan yang tidak tahu dan seolah-olah mengejek untuk
menguatkan kebenaran jawapan yang telah diketahui.
Adakah negara akan kehilangan khidmat bakti seorang anak muda yang
berkaliber pada masa hadapan?
f. Bahasa kecil~bahasa yang menyifatkan sesuatu perkara itu kecil dengan tujuan
untuk merendahkan diri walaupun sememangnya perkara itu kecil atau besar.
“...siapalah saya di depan cikgu. Kalau tidak kerana cikgu, saya hanya
Daneng, anak rimba,”…
HBML1103PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
5
2.2. Aspek nilai
Penyerapan nilai murni dalam pendidikan Bahasa Melayu adalah untuk
melahirkan insan yang baik serta memiliki akhlak mulia. Selain itu, penghayatan dan
amalan nilai murni bertujuan untuk membentuk generasi muda yang berhemah tinggi
dan berperibadi mulia. Pemahaman dan kesedaran tentang nilai masyarakat Malaysia
harus diterapkan dengan terancang sama ada secara langsung atau tidak langsung dan
dilanjutkan di peringkat antarabangsa selaras dengan keperluan globalisasi. Antara
nilai murni yang diterapkan dalam waktu pengajaran- dan pembelajaran ialah:
a. Kerjasama~Nilai murni ini diterapkan melalui aktiviti yang melibatkan murid
secara aktif seperti gerak kerja kumpulan dan secara berpasangan. Semangat
kerjasama antara pelajar membantu mereka menyelesaikan sesuatu permasalahan
dengan mudah dan cepat berbanding secara individu.
b. Tanggungjawab~Setiap orang pelajar dipertanggungjawab untuk menyelesai
masalah pembelajaran yang diberi guru secara berkumpulan maka secara tidak
langsung memastikan mereka memikul tanggungjawab masing-masing dalam
mencapai hasil pembelajaran yang hendak dicapai.
c. Semangat kemasyarakatan~Nilai ini dipupuk melalui aktivit berkumpulan yang
mana pelajar cuba menyelesaikan sesuatu masalah pembelajaran tanpa mengira
bangsa dan agama. Semangat kemasyarakatan mewujudkan masyarakat yang
harmonis dan bersatu padu.
2.3. Aspek struktur
Struktur bahan sastera dalam cerpen Lambaian Malar Hijau adalah seperti
berikut:
2.3.1. Sinopsis
Cerpen ini mengisahkan tentang seorang anak orang asli yang bernama
Daneng. Dia merupakan seorang pelajar yang pintar dalam bidang akademik tetapi dia
tidak ingin meneruskan pelajarannya ke tingkatan 4 walaupun dia mendapat
keputusan yang cemerlang dalam Peperiksaan Menengah Rendah (PMR). Cikgu Jo
yang merupakan guru Daneng sanggup meredah hutan belantara untuk menemui
Daneng hanya untuk satu tujuan iaitu memujuk Daneng agar kembali
bersekolah.Akan tetapi, Daneng tetap dengan pendiriannya untuk menjaga warisan
nenek moyangnya. Akhirnya Cikgu berjaya memujuk Daneng dengan memberi
HBML1103PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
6
pelbagai alasan yang kukuh yang tidak dapat lagi disangkal oleh Daneng.Selepas 25
tahun kemudian, Daneng telah berjaya mencapai cita-citanya dan mendapat gelaran
Datuk. Dia juga menerima Hadiah Nobel kerana usahanya menyelamatkan hutan
balantara dan turut diberikan kepercayaan oleh kerajaan Brazil untuk memulihkan
hutan di Lembangan Amazon tetapi dia tidak pernah melupakan jasa yang telah Cikgu
Jo curahkan padanya.
2.3.2. Tema
Cerpen ini bertemakan tentang perasaan cinta akan alam sekitar. Daneng
sanggup meninggalkan alam persekolahannya agar dia boleh memelihara hutan
belantara yang merupakan warisan tinggalan nenek moyangnya. Dia tidak rela
melihat hutan tersebut dimusnahkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
2.3.3. Persoalan
a. Kesedaran tentang kepentingan pendidikan
Pengarang telah mengutarakan isu pendidikan dalam kalangan remaja orang
asli di negara ini. Kebanyakan mereka belajar setakat PMR kerana ketika menimba
ilmu,mereka terpaksa menempuh pelbagai halangan dan rintangan.
Dalam cerpen ini, Daneng ditonjolkan sebagai remaja yang bijak namun
enggan meneruskan persekolahannya. Daneng lebih bahagia dengan alam yang penuh
dengan ketenangan, keindahan dan keasyikan yang telah menemaninya membesar.
Watak Cikgu Jo juga digambarkan sebagai seorang yang tidak mudah putus
asa untuk menyedarkan.
b. Kekayaan flora dan fauna
Cerpen ini menonjolkan keindahan flora dan fauna negara ini. Pengarang
menggambarkan hutan yang dihuni oleh orang asli itu sangat indah, tenang dan
mengasyikkan dengan pelbagai jenis pokok dan bunyi serangga dengan kicauan
burung yang mempersonakan.
c. Sikap tamak manusia
Secara tidak lansung pengarang telah menyentuh persoalan ini. Kegiatan
pembalakan haram berlaku secara berleluasa di hutan tempat tinggal orang asli.
Pembalak haram ini tidak peduli akan kepupusan flora dan fauna kerana didorong
oleh sikap tamak haloba.
d. Kehidupan orang asli
Melalui cerpen ini, pengarang menyuluh kehidupan lahiriah dan batiniah
orang asli. Orang asli bergantung sepenuhnya dengan hasil hutan.Mereka selesa
HBML1103PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
7
dengan kehidupan yang sederhana, tidak terburu-buru mengejar masa, tidak sibuk,
man dan tenang. Oleh sebab diulit kehidupan sedemikian, mereka tidak mengambil
kisak tentang kepentingan ilmu.
Golongan ini juga masih berpegang dengan kepercayaan animisme dan
berpegang kuat dengan pelbagai pantang larang. Ini dapat dilihat melalui watak
Daneng yang berpesan kepada gurunya agar mengikut pantang larang tertentu ketika
berada di hutan.
2.3.4. Watak dan perwatakan
a. Watak utama
Daneng, merupakan anak orang asli yang menyayangi keindahan hidup di
hutan. Watak Daneng adalah watak Dinamis (perubahan). Pada zaman remajanya
mempunyai fizikal tubuh badan contohnya tubuh berotot kental, sihat, gagah dan
tahan lasak.(ms : 91) dan mempunyai sifat dalaman contohnya bijak berdebat ( ms :
93 )
Daneng mempunyai minda yang bijak. Mendapat keputusan cemerlang di
dalam peperiksaan PMR, tetapi meninggalkan sekolah selama enam bulan (ke
Lembah Tualang) dan bersekolah semula setelah dipujuk oleh Cikgu Jo.
Dia mempunyai jiwa yang halus dan sensitif contohnya bila bercerita tentang
hutan ditebang hatinya menjadi sayu. Dia memiliki sifat rendah diri dan amat
menghormati gurunya contohnya dia tidak mahu Cikgu Jo memanggilnya Datuk.
Daneng juga bersifat mengambil berat di mana apabila dia sudah dewasa, dia
mengambil berat tentang perihal hutan.
b. Cikgu Jo
Seorang guru yang mengambil berat akan kemajuan anak muridnya dan
bertanggungjawab terhadap pelajaran. Dia sangat perihatin terhadap masa depan
hutan serta bersimpati terhadap nasib yang diterima oleh Orang Asli Lembah Tualang.
Dia tidak pernah berputus asa dalam memberi nasihat kepada Daneng. Apabila
Daneng berjaya di dalam hidupnya beliau adalah orang yang paling gembira. Cikgu
Jo juga memiliki wajah yang berkedut di makan usia.
b. Ibu Bapa Daneng
Kedua ibu bapa Daneng sangat menghormati Cikgu Jo dan pemurah.
c. Zamri, Inok, Siti dan Tuk Ketua
Watak-watak ini adalah watak sampingan bagi menguatkan jalan cerita ini
HBML1103PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
8
d. Dany
Watak Dany adalah anak Daneng. Generasi muda yang bernasib baik kerana
masih berpeluang melihat dan menikmati serta mengagumi pohon petualang tua itu.
2.3.5. Plot
a. Eksposisi
Memaparkan keindahan hutan di Desa Tualang sambil Daneng memimpin
lelaki tua (bekas gurunya) mendaki cerun ke rumahnya. Dipaparkan pengenalan
watak-watak ( Imbas Kembali).
b. Perkembangan
Cikgu Jo memujuk Daneng kembali ke sekolah agar dapat belajar hingga ke
universiti dan seterusnya mengubah nasib kaumnya.
c. Konflik
Cikgu Jo telah menimbulkan soal kepentingan ilmu dimana dia meyakinkan
dengan pelajaran sahaja dapat memastikan usaha memulihara alam malar hijau dapat
dilakukan.
d. Puncak/Klimaks
Berlaku percanggahan pendapat dan akhirnya Daneng bersetuju untuk
bersekolah semula dan akur dengan kata Cikgu Jo.
e. Peleraian
Dipamerkan dengan pertemuan mereka 25 tahun selepas peristiwa atau konflik
yang telah disebut. Daneng menjadi tokoh yang disegani, mendapat Hadiah Nobel,
menerima anugerah Datuk dan dijemput oleh Kerajaan Brazil.
2.3.6. Teknik plot
a. Pemerian – Digunakan semasa di bahagian eksposisi.(ms:88)
b. Imbas Kembali – Digunakan dari awal cerita hingga akhir.
c. Dialog (ms: 89)
d. Monolog Dalam – (ms:95)
2.3.7. Gaya bahasa
a. Personifikasi~memindahkan sifat manusia kepada benda-benda biasa atau yang
bukan hidup.
Kabus pagi yang sejuk mengucup mesra jiwa Daneng.
Kemesraan suria perlahan-lahan mendakap kehalusan kabus pagi
HBML1103PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
9
b. Metafora~merupakan perbandingan yang tidak jelas( tanpa bak, seperti, umpama,
ibarat)
Manik-manik peluh
Rantai keresahan
.....diselubungi awan kerisauan
c. Simile~perbandingan langsung terhadap sesuatu keadaan
Seperti seekor rerama yang terbang bebas
Bagai seorang pemburu gagah.
d. Perlambangan~menerangkan sesuatu dengan mernggunakan benda-benda lain.
Engkau bunga bangsa belantara ini
Atau mengeji tingkah hitam segelintir manusia.
e. Peribahasa
Terdapat penggunaan peribahasa yang telah diterbalikkan iaitu bara
digenggam perlu menjadi arang.Sepatutnya genggam bara api biar sampai jadi
arang .
f. Pengulangan~sama pengulangan ayat ungkapan baris dan rangkap.
Tidak!Tidak!Aku mesti melaksanakan tugas!
Milik kami bersama,milik kami bersama
2.3.8. Latar
a. Latar Masa
Cerpen ini berlangsung dalam jangka masa satu hari sahaja (dari pagi hingga
ke petang). Pengarang menggunakan teknik imbas kembali untuk mengimbas kembali
peristiwa yang berlaku 25 tahun yang lalu untuk menggerakkan cerita.
b. Latar Tempat
Perkampungan orang asli di Lembah Tualang yang menjadi tempat tinggal
Daneng. Pada akhir cerita, Lembah Tualang dimajukan dan telah ditukar namanya
kepada Dataran Tualang.
c. Latar Masyarakat
Cerpen ini mengambil latar masyarakat orang Asli yang ditonjolkan melalui
watak Daneng.Masyarakan orang Asli hidup sederhana di dalam pondok dan
mempercayai pelbagai kepercayaan dan pantang larang.
HBML1103PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
10
2.3.9. Nilai
a. Hormat-menghormati
Daneng menghormati gurunya, Cikgu Jo dan Cikgu Jo menghormati bekas
anak muridnya yang cemerlang dalam pelajaran dan boleh berjaya dalam hidup jika
meneruskan pelajarannya.
b. Kasih sayang
Daneng amat mengasihi alam sekitar yang menghijau dan berharap keindahan
ini dipertahankan.
c. Kerajinan
Daneng seorang anak muda yang rajin dan akhirnya mempunyai kejayaan
dalam kerjaya dan penghormatan yang tinggi daripada masyarakat.
2.3.10. Pengajaran
a. Kita perlu menyayangi dan menghargai alam sekitar.
Alam sekitar yang dipenuhi flora dan fauna perlu dipelihara untuk dinikmati
generasi akan datang seperti ditunjukkan menerusi watak Daneng yang berjaya
menjadi tokoh pemuliharaan alam sekitar yang terkenal.
b. Kita hendaklah mengutamakan pendidikan.
Ini ditekankan oleh Cikgu Jo sewaktu memujuk Daneng agar ke sekolah
semula dan terbukti kata-kata Cikgu Jo benar belaka.
c. Kita perlu menghargai pengorbanan guru.
Tugas guru bukan sahaja di sekolah, tetapi berterusan di luar sekolah untuk
memastikan murid-muridnya menjadi orang yang berjaya dan kita wajar menghargai
pengorbanan guru seperti ditunjukkan oleh Cikgu Jo.
HBML1103PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
11
HBML1103PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
12
3. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Kelas : Tingkatan 4 Emerald
Jumlah pelajar : 30 orang
Masa : 40 minit
Tajuk : Cerpen: Lambaian Malar Hijau
Objektif : Pelajar dapat memahami cerpen Lambaian Malar Hijau.
Hasil pembelajaran : Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran, pelajar boleh:
a. Fokus utama: Mengenal pasti dan menyatakan nilai-nilai murni daripada cerpen.
b. Fokus sampingan: Mengaitkan nilai dengan pengajaran yang boleh diperolehi daripada cerpen.
Aktiviti : 1. Menyatakan nilai dan pengajaran berdasarkan lagu ‘Hijau’.
2. Mengenal pasti dan menyenarai nilai-nilai dalam cerpen Lambaian Malar Hijau.
3. Mengaitkan nilai dengan pengajaran daripada cerpen Lambaian Malar Hijau.
4. Membina ayat daripada kata dasar yang sama tetapi berlainan pengimbuhan yang betul dari sudut bentuk dan makna.
5. Mencipta dua rangkap pantun berdasarkan nilai yang terdapat dalam cerpen.
Kemahiran bahasa : Lisan dan menulis
Sistem bahasa : Morfologi – pembentukan kata (pengimbuhan)
Penerapan ilmu: Pendidikan Moral, Pendidikan Islam dan Pendidikan Muzik
Penerapan nilai: Kerjasama, tanggungjawab, dan semangat kemasyarakatan.
HBML1103PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
13
KBT (Kemahiran Bernilai Tambah):
a. KBKK : Bersoal jawab, mengingat semula, mengenal pasti, menyenarai, menghubungkait dan merumus.
b. Kecerdasan Pelbagai : Kecerdasan berbahasa, kecerdasan intrapersonal, kecerdasan interpersonal dan kecerdasan muzikal.
Bahan bantu mengajar : Radio, kaset dan buku teks antologi “Anak Laut ”.
Pengetahuan sedia ada: Pelajar telah mempelajari tentang konsep nilai pengajaran dalam cerpen sebelumnya.
Refleksi :
Langkah Isi kandungan Aktiviti Catatan
Set Induksi
(5 minit)
(Menarik Perhatian)
Lagu Hijau 1. Guru memutarkan lagu ‘Hijau’.
2. Pelajar mendengar lagu ‘Hijau’ nyanyian Zainal
Abidin dan menyatakan secara lisan perasaan mereka
setelah mendengar lagu tersebut.
3. Pelajar menyatakan perasaan mereka berdasarkan lagu
yang diperdengar tadi.
4. Pelajar menyatakan nilai dan pengajaran daripada
lagu.
5. Berdasarkan jawapan pelajar, guru mengaitkannya
dengan tajuk pada hari ini.
KBKK
Mengenal pasti
Kecerdasan pelbagai:
Kecerdasan
Berbahasa
Kecerdasan
Intrapersonal
Kecerdasan
Interpersonal
Teknik sumbangsaran.
Langkah 1 Sinopsis Cerpen Lambaian
Malar Hijau
1. Seorang wakil pelajar membaca sinopsis Cerpen KBKK
HBML1103PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
14
(10 minit)
(Menyampaikan
Objektif)
(Menampilkan
Pencapaian)
(Memberikan
Maklum Balas)
Nilai-nilai
- rajin
- kasih sayang
- sabar
- baik hati
- bertanggungjawab
- mengenang jasa
Lambaian Malar Hijau.
2. Secara berkumpulan pelajar diminta mengenal pasti
dan menyenaraikan nilai-nilai dalam cerpen .
3. Wakil kumpulan diminta mempersembahkan hasil
perbincangan.
4. Pelajar dibimbing membuat hasil perbincangan.
Bersoal jawab
Mengenal pasti
Menyenarai
Kecerdasan pelbagai:
Kecerdasan
Berbahasa
Kecerdasan
Intrapersonal
Kecerdasan
Interpersonal
Teknik sumbangsaran.
Langkah 2
10 minit
(Menilai
Pencapaian)
Kaitan nilai dengan pengajaran.
Contoh:
Rajin
Kita hendaklah menanam sikap
rajin demi masa depan yang
berjaya dan bahagia.
1. Secara berpasangan pelajar menulis pengajaran
daripada cerpen berdasarkan nilai yang diberi.
2. Secara rawak pelajar menyatakan pengajaran daripada
cerpen dengan menggunakan ayat yang gramatis.
KBKK
Menghubung kait
Kecerdasan pelbagai:
Kecerdasan
Berbahasa
Kecerdasan
Intrapersonal
Kecerdasan
HBML1103PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
15
Interpersonal
Teknik sumbangsaran.
Langkah 3
10 minit
(Menilai
Pencapaian)
Pembentukan kata
(pengimbuhan).
Membina ayat daripada
perkataan kata dasar yang sama.
Contoh:
Memulihara, memelihara,
pemelihara, terpelihara,
pemeliharaaan dan dipelihara.
1. Secara berkumpulan pelajar membina ayat daripada
perkataan kata dasar yang sama dari karya yang
dipelajari.
2. Wakil pelajar dari setiap kumpulan membacakan ayat-
ayat yang telah dibina.
3. Pelajar dan guru bersama-sama berbincang tentang
hasil jawapan setiap kumpulan dari segi penggunaan
imbuhan yang betul dari sudut bentuk dan makna.
KBKK
Mengenalpasti
Kecerdasan pelbagai:
Kecerdasan
Berbahasa
Kecerdasan
Intrapersonal
Kecerdasan
Interpersonal
Teknik sumbangsaran.
Langkah 4
5 minit
(Pengukuhan dan
Pemindahan)
Penutup:
Lagu ‘Hijau’.
1. Pelajar diperdengarkan sekali lagi lagu ‘Hijau’.
2. Pelajar diminta mengamalkan nilai-nilai murni
daripada lagu dan cerpen yang dikaji dalam kehidupan
seharian mereka.
3. Pelajar diminta mencipta dua rangkap pantun
berdasarkan nilai yang terdapat dalam cerpen.
Kecerdasan pelbagai:
Kecerdasan
Berbahasa
Kecerdasan
Intrapersonal
Kecerdasan
Muzikal
HBML1103PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
16
4. PENUTUP
Kesimpulannya daripada apa yang telah dibincangkan tentang aspek-aspek
bahan sastera dalam pengajaran Bahasa Melayu diawalnya dan seterusnya
dikemukakan pula satu Rancangan Pengajaran Harian cerpen Lambaian Malar Hijau
ini dapat dijadikan cadangan pemikiran para pendidik bahasa dan kesusasteraan
Melayu bagi memperkasakan proses perancangan strategi dan pelaksanaan aspek
utama dalam pengajaran bahasa dan kesusasteraan di bilik darjah. Disamping
mencapai objektifnya dalam usaha membantu penguasaan Bahasa Melayu di kalangan
pelajar, selari dengan matlamat pendidikan kesusasteraan Melayu sebagai komponen
bahan sastera dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
Guru berperanan penting dalam menerapkan pengajaran sastera. Kaedah yang
digunakan untuk menyampaikan pengajaran sastera harus meninggalkan kesan kepada
para pelajar. Reader Response merupakan satu alternatif dalam pengajaran sastera
yang dapat mendekatkan pelajar pada subjek ini di samping pelajar dapat menghayati
teks-teks yang di baca. Melalui kaedah interaksi antara pelajar dengan teks ini akan
dapat menimbulkan kesedaran pada diri pelajar tentang manusia dan kemanusiaan.
Pelajar di bawa menjelajahi dan menginterpretasi teks dan dunia secara meluas yang
bermula daripada pengalaman sendiri untuk meneroka pengalaman luar hidupnya
melalui hubungan masyarakat dan budaya juga mengait dan menghubungkan
pengetahuan dan pengalaman dengan perkara yang mereka pelajari.
Penggunaan bahan sastera juga hendaklah disokong oleh kebolehan dan minat
guru dalam menggerakkan hala tuju pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
agar objektif pengajaran Bahasa Melayu itu tercapai. Diharap penerangan serta
analisis cerpen ini akan menjadi pembuka tirai ke arah transformasi pendidikan
bahasa dan kesusasteraan Melayu yang lebih perkasa untuk masa akan datang.
HBML1103PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
17
RUJUKAN
Dr. Ali Mahmood, et al. (2007). Pengenalan Pendidikan Bahasa Melayu. Kuala
Lumpur: Universiti Terbuka Malaysia.
Khairuddin Ayip, et al. (2006). Pro-Eksel Bahasa Melayu : Mutakhir dan
Terkini Tingkatan 4. Petaling Jaya: Swan Printing Sdn. Bhd.
Nasruddin Mat Hassan (2006). Xpress SPM Bahasa Melayu : Kertas 1103/2. Petaling
Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd.
Saroja Theavy a/p Balakrishnan (2002). Anak laut : Antologi kesusasteraan
komponen bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.
Suhasni Dollah, Hafizah Salleh (2007). Latihan 2U Bahasa Melayu : Tingkatan 4.
Selangor Darul Ehsan: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
HBML1103PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
18
LAMPIRAN
1. Cerpen Lambaian Malar Hijau ( m/s 88 – m/s 98 ).
HBML1103PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
19