assignment canada timber
DESCRIPTION
ASSIGNMENT CANADA TIMBERTRANSCRIPT
Soalan 1
Pemilihan perunding dari Syarikat kayu Kanada tidak memenuhi syarat sebagai
perunding yang baik terutamanya pemilihan berdasarkan hubungan kekeluargaan dan
pengalaman dalam perniagaan. Kevin misalnya telah dipilih untuk menjadi sebahagian
daripada pasukan rundingan itu kerana dia telah berkahwin dengan seorang wanita
berketurunan Jepun dan tahu serba sedikit tentang budaya Jepun. Namun begitu,
kemahiran dan keupayaan beliau untuk berunding tidak membantu dalam urusan
perundingan tersebut. Penyelia pengeluaran juga dipilih kerana ia mempunyai
pengalaman dalam garis pengeluaran kerana dia telah lama bekerja di syarikat tersebut
tetapi tetapi pengalaman beliau ini berdasarkan pengeluaran dan ia tiada kaitan dengan
rundingan. Mereka juga sepatutnya telah mencari maklumat latar belakang budaya
Jepun dan bagaimana mereka berunding. Memandangkan mereka tidak pernah
menerokai pasaran Asia dari segi hubungan perniagaan sebelum ini, maklumat latar
belakang tentang bagaimana perniagaan dijalankan adalah sangat penting sebelum
masuk ke meja rundingan atau kontrak. Ia juga penting untuk mengetahui apa yang
perlu dipelajari untuk mencapai dalam rundingan (Deresky, 2014). Mereka sepatutnya
tahu harga minimum yang boleh diterima oleh mereka sebelum pergi ke meja
rundingan, dan semua anggota pasukan rundingan yang perlu diberitahu.
Soalan 2
Kes ini menunjukkan perbezaan budaya yang besar di antara Jepun dan Kanada.
Menurut kes itu, Jepun menggunakan budaya berdiam diri sebagai alat utama untuk
rundingan. Mereka lebih suka untuk meninggalkan pihak yang satu lagi untuk
menyumbang dan memberikan tawaran mereka. Kaedah ini berguna untuk mereka
kerana pihak yang satu lagi akan memahami bahawa berdiam diri itu sebagai tanda
rasa tidak puas hati dan akan membuatkan mereka menurunkan harga mereka. Pihak
Jepun juga bersabar dari segi mengenai tawaran rundingan, dan mereka mengambil
masa untuk mendapatkan tawaran yang terbaik. Pihak Kanada pula sebaliknya dengan
ingin membuat tawaran yang amat tegas. Dalam hal ini, mereka mahu meterai
perjanjian pada hari pertama, dan bersedia untuk berkompromi dengan harga. Pihak
Kanada juga tergesa-gesa membuat tawaran perniagaan, dan ini boleh menyebabkan
mereka tidak mendapat harga yang terbaik dalam perjanjian perniagaan, walaupun ia
juga boleh menjadi satu kelebihan dalam hal memenangi tawaran berdaya saing. Encik
Wilder bersedia untuk berkompromi dengan harga demi mencapai hasrat itu. Encik
Kusushi sebaliknya sangat sabar, dan mahu menggunakan pelanggan untuk
mendapatkan tawaran yang terbaik .
Soalan 3
Semasa proses rundingan, banyak komponen perlu diambil kira oleh kedua-dua pihak
untuk meterai perjanjian yang baik. Apabila sebuah negara seperti Kanada dengan
budaya tersendiri dan Jepun yang penuh dengan nilai-nilai dan kepercayaan, rundingan
pasti akan lebih sukar dari segi pemahaman dan mencari titik persamaan antara kedua-
duanya. Dalam kes ini, kita boleh mencari banyak perbezaan dan masalah budaya
antara kedua-dua negara.
Dalam kes ini, pilihan pasukan rundingan adalah sangat penting. Di sini kita boleh
melihat dengan jelas bahawa apabila Tim Wilder memilih pasukannya, beliau tidak
memberi perhatian kepada aspek akaun yang berguna untuk pasukannya. Dia telah
mengambil saudaranya yang mahir dalam hal undang-undang iaitu Johnny yang tidak
mahir dalam urusan perdagangan kayu dan bukan sebahagian daripada pekerjanya.
Kehadirannya tidak berguna untuk seluruh perjalanan rundingan tersebut, Namun
begitu, kehadirannya boleh berguna kerana dia mengetahui serba sedikit berkaitan
budaya Jepun. Sepatutnya Johnny perlu diberi lebih banyak peranan untuk
mengendalikan rundingan kerana dia juga kelihatan lebih tenang berbanding Tim.
Untuk mendapatkan hasil rundingan yang lebih baik, kumpulan perunding dari Kanada
perlu memahami perbezaan budaya antara Kanada dan Jepun. Pertama sekali, mereka
perlu memahami budaya tunduk hormat dalam masyarakat Jepun. Tim seharusnya
menunduk semula sebagai tanda hormat kepada tetamu. Kejadian ini berlaku semasa
pertemuan di Lapangan Terbang Tokyo dan semasa perjumpaan dengan Mr. Ono
Kusushi. Selain daripada itu, Tim juga seharusnya memegang dan meneliti butiran kad
perniagaan yang diberikan oleh wakil pihak Jepun. Tim juga tidak patut terus
menyimpannya di dalam poket baju atau di dalam begnya kerana ini dilihat sebagai
tidak menghormati pemberian seseorang. Tim juga tidak memberikan kad
perniagaannya sebagai balasan kepada Mr. Ono Kusushi. Ketidakfahaman kumpulan
perunding Kanada ini diteruskan apabila John tidak membuka hadiah yang diberi oleh
Mr. Ono Kusushi. Sebagai menghargai pemberian seseorang, John sepatutnya terus
membuka hadiah tersebut di hadapan pemberinya dan memberikan sedikit
penghargaan di atas pemberian tersebut.
Seterusnya sikap Tim yang terlalu mendesak Mr.Ono Kusushi membuat keputusan
dengan segera turut menyumbang kepada kegagalan perundingan ini. Seharusnya Tim
perlu bersabar dan tidak menunjukkan sikap mendesaknya secara keterlaluan. Ini
ternyata tidak disukai oleh Mr. Ono Kusushi. Sekiranya Tim dapat membaca bahasa
badan Mr. Ono Kusushi yang tidak banyak bercakap itu, rundingan ini akan berjaya.
Rundingan ini akan berjaya sekiranya Tim lebih memahami budaya dan nilai
masyarakat Asia khususnya masyarakat Jepun.
Soalan 4
Budaya memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan jaringan sosial.
Tugasan pada kali ini menyentuh tentang keupayaan untuk menganalisis Dimensi Nilai
Hofstede.
Merujuk kepada Hofstede ( 1980; 1991 ) dalam karyanya yang paling masyhur iaitu
“Cultural Dimension Theory” mengatakan bahawa lima model karakteristik untuk menilai
masyarakat silang budaya. Antara dimensi tersebut ialah jarak kekuasaan, individualism
lawan kolektivisme, maskulin lawan feminin, penghindaran ketidakpastian serta
orientasi jangka panjang.
Kelima-lima dimensi tersebut akan dikupas bagaimana dimensi tersebut
mempengaruhi masyarakat dan organisasi. Negara dipilih dalam memberikan contoh
bagi mengaitkan kelima-lima dimensi dengan masyarakat silang budaya negara yang
dipilih. Tugasan ini saya khususkan pada budaya masyarakat yang berada di Negara
ini.
Budaya bermaksud pola pemikiran secara holistik, perasaan atau tindakan dari satu
kelompok sosial yang lain. Antara istilah yang digunakan untuk menyebut keseluruhan
pola dalam kajian budaya ialah the collective mental programming atau disebut
software of mind. Perkataan budaya itu sendiri berasal dari ‘Sanskrit’ dan ‘Melayu’ yang
membawa maksud ‘Kecergasan Fikiran Dan Akal’. Selain itu pengertian budaya juga
membawa maksud kekuatan tenaga, kuasa atau pengaruh semula jadi bagi menjana
pemikiran mereka.
Budaya juga sesuatu kelompok terbentuk dalam lingkungan sosial atau dipanggil
mental programs ialah seperti negara, tempat kerja, daerah, sekolah, rumahtangga dan
lain-lain lagi. Selain itu budaya dapat dikelompokkan ke dalam berbagai tingkatan
diantaranya ialah daerah, gender, generasi, nasional, kelas sosial, organisasional atau
perusahaan. Masyarakat di Malaysia yang berbilang kaum dan etnik seperti
Melayu,India,Cina, Kadazan dan banyak lagi.
Antara kesan budaya terhadap pembentukan etnik di Malaysia ialah memberikan
cabaran dalam aspek sosial, memberikan perbezaan disebabkan kepentingan di antara
etnik, pengasingan sistem dalam pendidikan yang menyebabkan interaksi hanya
berkisar dalam kalangan etnik yang sama sahaja, pemisahan penempatan yang boleh
meregangkan hubungan dan interaksi pelbagai etnik.
Selain itu cabaran dalam aspek ekonomi, perbezaan pekerjaan antara etnik, disamping
itu wujud jurang pendapatan , cabaran dalam aspek politik antaranya politik perkauman.
Malaysia juga tidak terkecuali dalam menerima arus pembaratan. Walaupun persepsi
ini kurang tepat tetapi masih ia tetap menjadi pegangan sebahagian besar kepada
masyarakat majmuk di Malaysia.
Jarak kuasa atau Power Distance adalah sesuatu ciri-ciri budaya yang terdapat dalam
kelompok masyarakat. Bagi dapatan analisis dimensi Hofstede bagi jarak kuasa di
Malaysia menunjukkan semakin tinggi jarak kuasa maka semakin tinggilah darjah
ketaatan kepada masyarakat apabila ketua dalam masyarakat mempunyai status dalam
masyarakat khasnya.
Selain daripada Malaysia banyak lagi negara-negara Asia yang mempunyai jarak kuasa
yang tinggi. Di Malaysia khasnya sebagai contoh diberikan penekanan sedari kecil
tentang nilai-nilai moral yang perlu diterapkan dalam menghormati orang yang lebin tua,
ibu bapa, guru, pemimpin, ketua dalam organisasi.
Jelas disini menerangkan setiap orang yang berstatus ketua perlulah dihormati samada
di rumah, dalam masyarakat, di setiap unit jabatan atau sebagainya. Berikut adalah
Skor Indeks Negara bagi Parameter Jarak Kuasa:
Israel
Sweeden
Indonesia
Malaysia
0 20 40 60 80 100 120
Skor Indeks
Skor Indeks
Rajah 1: Perbezaan Skor Indeks Negara Malaysia Bagi Parameter Jarak Kuasa
Sumber dari: Dr Sabariah Yaakub et.al (2014) Budaya Dan Organisasi. Meteor Doc.
Sdn.Bhd. Selangor Darul Ehsan.
Merujuk kepada perbezaan skor indeks negara Malaysia bagi parameter jarak kuasa
jelas menunjukkan bahawa Israel, Denmark dan Sweeden mempunyai jarak kuasa
rendah berbeza dengan India, Indonesia,Panama dan Malaysia adalah salah sebuah
negara yang mempunyai jarak kuasa tinggi. Manakala Malaysia jelas menunjukkan skor
indeks jarak kuasa tinggi yang paling tinggi sebanyak 104.
Oleh itu Malaysia adalah negara dengan jarak kuasa tinggi ini kerana keputusan dibuat
secara berpusat, faktor motivasi menunjukkan status dan kuasa selain itu rakyat
mematuhi arahan ketua mereka dan setiap struktur organisasi mempunyai hierarki yang
banyak. Ini menunjukkan penerimaan jarak kuasa terhadap pengagihan kuasa di
Malaysia. Maka tidak hairan pekerja mempunyai rasa hormat yang tinggi terhadap
ketua di organisasi dan di insitusi di Malaysia.
Antara empat perkara bagi jarak kuasa yang dipilih di Malaysia antaranya ialah
geografi, etnik, pemerintahan dan pendidikan.
2.1.1 Geografi/ Demografi di Malaysia
Negara Malaysia terletak di bahagian utara garisan khatulistiwa yang dipisahkan
oleh Laut China Selatan. Malaysia terbahagi kepada 13 buah negeri dan tiga
wilayah persekutuan.
Populasi di Malaysia telah mencapai seramai 30 juta orang berdasarkan dari
sumber Jabatan Perangkaan Malaysia. Menjelang 2040 kelak populasi akan
mencapai kepada 38.5 juta orang penduduk yang terdiri dari 19.6 juta lelaki dan 19
juta perempuan.
Etnik Di Malaysia
50%
12%
23%
7% 8%1%
PERATUSAN PENDUDUK MENGIKUT KAUM
MelayuBumiputera LainCinaIndiaWarga AsingLain-Lain
Rajah 2: PERATUSAN PENDUDUK MENGIKUT KAUM DI MALAYSIA
Berikut adalah dapatan peratusan penduduk mengikut kaum di Malaysia. Kaum di
Malaysia yang terdiri dari pelbagai etnik yang terdiri daripada Melayu sebanyak 50%.
Bumiputera lain Siam,Orang Asli, Baba dan Nyonya (Peranakan), Serani dan lain-lain
minoriti bumiputera di Semenanjung Malaysia manakala di Malaysia Timur dikenali
sebagai Bumiputera Sabah dan Sarawak. Kaum Cina yang terdiri dari 23% dan kaum
India yang terdiri sebanyak 7% manakala warga asing sebanyak 8% dan lain-lain
sebanyak 0.7%.
Oleh itu peratusan penduduk mengikut kaum di Malaysia akan menyumbang kepada
penilaian Dimensi Nilai Hofstede.
Malaysia mempunyai tiga buah badan utama iaitu Badan Perundangan, Badan
Pemerintah dan Badan Kehakiman. Manakala komponen utama dalam sistem kerajaan
Malaysia ialah Badan Perundangan, Yang Di Pertuan Agong, Dewan Negara, Dewan
Rakyat, Badan Pemerintah serta struktur parlimen Malaysia. Malaysia ditadbir oleh
perdana menteri Malaysia dan dibantu oleh timbalan perdana menteri. Selain itu rakyat
juga bebas memilih pemimpin dalam pilihanraya yang diadakan setiap empat tahun
sekali. Pilihanraya di Malaysia terbahagi kepada dua jenis iaitu pilihanraya jenis Primer
dan pilihanraya jenis Umum.
Falsafah Pendidikan di Malaysia digubal pada tahun1988 kemudian di semak semula
pada tahun 1996 . Termaktub dalam visi Kementerian dan Kerajaan iaitu berhasrat
melahirkan masyarakat yang berpendidikan secara holistik dari segi intelek, rohani,
jasmani dan rohani.
Setiap keputusan bagi sekolah-sekolah kementerian di selaraskan bawah naungan
Kementerian Pelajaran Malaysia. Setiap pendidikan di Malaysia layak bagi setiap
penduduk di Malaysia tanpa melibatkan status quo dalam masyarakat.
Dimensi Nilai Hofstede pengelakkan ketidakpastian memberi maksud ketidakselesaan
masyarakat dalam ketidaktentuan dan ketidakstabilan. Dalam menyebut dimensi nilai
Hofstede bagi pengelakkan ketidakpastian Malaysia cenderung ke arah negara dengan
kadar pengelakkan ketidakpastian yang tinggi. Ini kerana Malaysia kerap dalam
mementingkan keselamatan dan cenderung mengelakkan konflik. Ini dilihat dalam Skor
Indeks Negara bagi Pengelakan Ketidakpastian dalam jadual di bawah:
NEGARA SKOR
INDEKS
PENGELAKAN KETIDAKPASTIAN
Denmark 23
Sweeden 29 RENDAH
Malaysia 36
Argentina, Perancis &
Sepanyol
86
TINGGI
Jepun 92
Rajah 3: Skor Indeks Negara Bagi Pengelakkan Ketidakpastian
Sumber dari: Dr Sabariah Yaakub et.al (2014) BBSB4103 Budaya Dan Organisasi.
Meteor Doc. Sdn.Bhd. Selangor Darul Ehsan.
Rajah di atas menunjukkan Malaysia mempunyai skor indeks yang rendah sebanyak
36 mata selain daripada Denmark sebanyak 23 mata manakala Sweeden sebanyak 29
mata. Sor indeks yang tinggi pula dimiliki oleh Argentina, Perancis dan Sepanol
sebanyak 86 mata serta Jepum sebanyak 92 mata.
Berikut adalah perbezaan Indeks Jarak Kekuasaan (PDI):
Indeks Jarak Kekuasaan Rendah adalah seperti pembuat keputusan saling berunding
dengan golongan kelompok bawahan, tidak gentar jika tiada persetujuan dalam
perbincangan, sebaliknya lebih bertimbang rasa, tanpa penyertaan formal boleh
mewujudkan perundingan secara formal, gaya kepimpinan lebih bertimbang rasa dan
bertolak ansur, mereka yang berstatus pendidikan tinggi kurang memegang nilai
autoritarian berbeza dengan mereka yang berpendidikan rendah.
Manakala Indeks Jarak Kekuasaan Tinggi seperti keputusan dibuat secara autokratik
dan paternalistik (gaya kepimpinan yang mempunyai hubungan di antara pemimpin
dan dipimpin), takut dengan ketidaksetujuan dalam keputusan, sukar dan cenderung
dalam mempercayai antara satu sama lain, kurang bertimbang rasa dan bertolak ansur,
perundingan formal wujud tanpa perundingan tidak formal, sebaliknya nilai autoriti
adalah sama bagi mereka yang berpindidikan tinggi dan rendah.
Berdasarkan hasil temubual dari rakan sosial di laman Facebook iaitu seorang
responden yang berbangsa China yang bekerja di syarikat antarabangsa di negara
Malaysia dalam masa yang sama telah pun berkahwin dengan warganegara Malaysia
yang berbangsa India. Beliau melihat masyarakat di Malaysia mempunyai jarak
kekuasaan yang rendah. Ini kerana Malaysia dihuni oleh masyarakat yang pelbagai
etnik.
Oleh itu setiap etnik dilihat ingin maju kehadapan walaupun hidup dalam masyarakat
majmuk dan masih mengekalkan adat resam mereka. Dilihat masyarakat Cina lebih ke
hadapan berbanding masyarakat Melayu dan India.
Ini merujuk kepada McClelland (1961) mendapati bahawa kerajaan memberikan
keutamaan dalam membangunkan taraf kehidupan masyarakat Melayu sehingga
menimbulkan tekanan terhadap masyarakat Cina secara tidak langsung berusaha untuk
mencapai kemajuan berbanding dengan Bumiputera.
Maka di sini dapat dilihat dengan kedudukan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum
menjadikan Malaysia sebagai satu kelompok yang mementingkan nilai sejagat dalam
memberikan keputusan.
Individualisme adalah lawan bagi kolektivisme. Dengan erti kata lain ia membawa
maksud sejauh mana masyarakat di Malaysia menjaga diri serta keluarga terdekat
sahaja. Dari sudut pandangan individualisme seseorang hanya menguruskan dirinya
dan keluarga terdekat sahaja. Manakala kolektivisme pula membawa maksud
seseorang sejak lahir berintegrasi ke dalam satu kelompok.
Masyarakat di Malaysia adalah cenderung beroreintasikan kumpulan. Ini kerana
kebanyakkan masyarakat di Malaysia walaupun berbilang kaum tetap memberikan
keprihatinan yang tinggi. Sebagai contoh keluarga yang jauh turut terlibat dalam
merawat keluarga yang jauh.
Berikut adalah Rajah 4 Skor Indeks Negara Malaysia untuk Individualisme atau
Kolektivisme;
Negara Skor Indeks Individualisme atau Kolektivisme
Panama 11
Indonesia 14 Rendah
Malaysia 20
Thailand 26
UK 89
Australia 90 Tinggi
Amerika 91
Rajah 4: Skor Indeks Negara untuk Individualisme atau Kolektivisme
Sumber dari: Dr Sabariah Yaakub et.al (2014) BBSB4103 Budaya Dan Organisasi.
Meteor Doc. Sdn.Bhd. Selangor Darul Ehsan.
Merujuk kepada rajah di atas menunjukkan masyarakat di Malaysia terdiri dari
masyarakat yang berorientasikan kumpulan. Malaysia dengan dapatan skor 20
menunjukkan salah satu negara dengan kolektivisme rendah atau individualisme tinggi.
Malaysia cenderung ke dapatan individualisme tinggi.
Minoriti di Malaysia sebahagian besar anak-anak dilahirkan dalam keluarga yang terdiri
dari orang tua serta susur galur keluarga. Ada juga di kalangan anak-anak di Malaysia
mempunyai saudara-saudara yang terpisah dan jarang bertemu. Dalam bahasa Latin
dipanggil Nuclear Family iaitu anak-anak dari keluarga seperti ini akan tumbuh dan
kemudian berfikir bahawa mereka adalah “aku”.
Sebagai contoh warga tua yang semakin dipinggirkan oleh sesetengah keluarga di
Malaysia. Walaupun perkara ini adalah yang sangat diberikan perhatian dalam
masyarakat dahulu. Ia semakin hilang ditelan arus kemodenan. Ramai anak-anak yang
sudah berkeluarga tidak berminat tinggal bersama dengan ibu bapa sehinggakan
menyebabkan warga tua di Malaysia semakin meruncing dan dijangkakan Malaysia
akan mengalami negara tua menjelang tahun 2035 (Utusan Malaysia, 10 Mac 2010).
Malaysia menekankan budaya kolektif bagaimana menyesuaikan diri dengan kehendak
kelompok. Selain Malaysia budaya ini deterapkan di negara Indonesia.
Merujuk kepada Devito (2009) mengatakan bahawa menekankan bahawa pentingnya
nilai-nilai kelompok atau kolektif seperti amalan tradisi, murah hati dan kepatuhan.
Masyarakat di Malaysia mementingkan matlamat kebajikan kumpulan berbanding
dengan pencapaian kehendak individu. Budaya ini sering menentang pembaharuan
dan perubahan dan lebih sedia menerima seadanya. Merujuk kepada Tubb & Moss
(2010) mengatakan bahawa budaya ini berusaha dalam mengelakkan konflik individual.
Antara perbezaan negara yang mempunyai kadar individualisme atau kolektivisme
tinggi dan rendah:
a. Individualisme Rendah atau Kadar Kolektivisme Tinggi
Kadar bekerjasama lebih bernilai daripada inisiatif dan usaha individu
Kerja berpasukan diterapkan dalam struktur organisasi
Motivasi utama adalah penentu kejayaan berpasukan
Keputusan secara berpasukan lebih mudah diberikan.
b. Individualisme Tinggi atau Kadar Kolektivisme Rendah
Hargai individu yang membuat keputusan
Hargai pencapaian dan kebebasan setiap individu
Skop individu diterapkan dalam struktur organisasi
Oleh itu jelas menunjukkan masyarakat di Malaysia mempunyai nilai individualisme
yang tinggi atau kadar kolektivisme rendah dalam masyarakat. Ini menunjukkan setiap
organisasi memberikan penghargaan kepada setiap individu yang mempunyai potensi
pencapaian individu dalam organisasi di Malaysia.
Sifat maskulin atau feminin berperanan besar dalam tanggungjawab kerja. Maskulin
dikenali sebagai nilain dominan dalam masyarakat adalah kejayaan wang dan
kebendaan. Manakala feminin dikenali sebagai menjaga kebaikan orang lain dan kualiti
hidup yang seimbang.
Kedudukan Malaysia untuk aspek maskulin dan feminin menunjukkan Malaysia
mendapat skor indeks 50 seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 5, selain itu rajah
tersebut menunjukkan skor indeks yang didapati dari negara lain untuk aspek maskulin
atau feminin.
Negara Skor Indeks Maskulin atau Feminin
Sweeden 5
Belanda 14 Rendah
Malaysia 50
Mexico 69 Tinggi
Jepun 95
Rajah 5: Skor Indeks Negara Malaysia Untuk Maskulin Atau Feminin
Sumber dari: Dr Sabariah Yaakub et.al (2014) BBSB4103 Budaya Dan Organisasi.
Meteor Doc. Sdn.Bhd. Selangor Darul Ehsan.
Jadual di atas menunjukkan Malaysia rendah nilai maskulin manakala tinggi nilai
feminin dalam masyarakat.
Berikut adalah perbezaan negara bersifat maskulin tinggi atau feminin yang
rendah:
Motivasi adalah berdasarkan pemerolehan wang kekayaan serta pengiktirafan,
kemahuan dan cabaran yang dihadapi.
Suasana persekitaran tempat kerja yang penuh dengan tekanan
Pengurus tidak banyak menekankan pada sumbangan pekerja dalam organisasi.
Pihak pengurusan lebih prihatin dalam menekankan pencapaian tugas
berbanding kualiti hidup.
Berikut adalah perbezaan negara bersifat maskulin rendah atau feminin tinggi;
Pihak pengurusan lebih tertumpu pada kualiti hidup berbanding dengan
pencapaian tugas.
Lebih perhatian diberikan kepada kerjasama, keselamatan pekerjaan dan
suasana mesra tempat kerja.
Tiada tekanan di tempat kerja sebaliknya kredit diberikan kepada pekerja atas
sikap tanggungjawab dan memberikan pekerja lebih kebebasan dalam membuat
keputusan.
Merujuk kepada Porter, Samaver & McDaniel (2007), mengatakan bahawa Hofsetde
menggunakan perkataan tersebut (maskulin atau feminin) bagi merujuk sejauh mana
ciri-ciri maskulin dan feminin dihargai dan ditonjolkan dalam sesebuah budaya.
Jelas di Malaysia mengutamakan ciri-ciri dimensi maskulin berbanding dimensi feminin.
Bertepatan dengan agama utama yang dianuti oleh masyarakat Islam di Malaysia
secara majoriti dimana pemimpin diangkat dari kalangan lelaki disamping itu golongan
wanita juga tidak diabaikan. Disamping itu seorang lelaki yang dianggap sebagai ketua
keluarga , ketua suku, ketua agama, imam, ketua masyarakat dan sebagainya.
Agama Islam mengajar umatnya dalam memberi penghormatan kepada ketua yang
diberi penghormatan. Sebagai contoh seorang isteri menghormati dan mentaati
perintah suami, seorang rakyat mentaati dan menghormati kepada pemimpinnya dan
sebagainya selagi mana pemerintahan itu tidak melanggari hukum syarak.
Dari segi pentadbiran kecenderungan Malaysia lebih mengutamakan ciri-ciri maskulin
dengan melihat melalui perlantikan Perdana Menteri Malaysia. Ini kerana kesemua
Perdana Menteri Malaysia diumgguli oleh kaum lelaki.
Selain contoh pentadbiran yang merujuk kepada ciri-ciri dimensi maskulin di Malaysia,
beberapa ciri feminin di Malaysia ialah elemen asia yang ada dalam diri masyarakat
Malaysia dalam menghormati orang yang lebih tua contohnya seperti berjalan dengan
membongkokkan sedikit badan jika melintas dihadapan orang tua, menjaga perasaan,
berbudi bahasa, tidak menyampuk ketika orang tua sedang bercakap dan sebagainya
adalah ciri-ciri feminin yang tinggi yang terdapat dalam nilai estitika yang ada dalam
masyarakat di Malaysia.
Secara ringkasnya dapatlah disimpulkan di sini tugasan ini memberi ruang untuk
menganalisis Dimensi Nilai Hofstede dengan merujuk kepada negara Malaysia sebagai
pilihan. Malaysia di pilih dan budaya di Malaysia dianalisis berdasarkan Dimensi Nilai
Hofstede.
Empat dimensi nilai Hofstede dianalisis antaranya ialah jarak kuasa di Malaysia yang
mempunyai jarak kuasa yang tinggi ini kerana nilai-nilai asia yang cenderung
menghormati setiap pangkat dalam keluarga, masyarakat dan organisasi. Kedua ialah
analisis dimensi Hofstede bagi pengelakkan ketidakpastian Malaysia di tahap yang
rendah ini kerana pemimpin di Malaysia cenderung dalam bertolak ansur bagi setiap
tindakan.
Ketiga analisis Hofstede berkaitan Malaysia bagi dimensi individualisme yang tinggi dan
tahap kolektivisme yang rendah ini jelas menunjukkan masyarakat di Malaysia
mempunyai nilai individualisme yang tinggi atau kadar kolektivisme rendah dalam
masyarakat. Ini menunjukkan setiap organisasi memberikan penghargaan kepada
setiap individu yang mempunyai potensi pencapaian individu dalam organisasi di
Malaysia.
Keempat bagi analisis Hofstede berkaitan Malaysia bagi dimensi maskulin atau feminin
menunjukkan Malaysia mempunyai tahap maskulin yang paling tinggi berbanding
dimensi feminin. Sejajar dengan agama Islam yang mengutamakan kaum lelaki menjadi
pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan. Merujuk
kepada nas Al-quran ayat 34: Surah An- Nisa’
Oleh itu dapatlah disimpulkan bahawa dimensi yang dianalisis berdasarkan dimensi
nilai Hofstede memberikan analisis berkaitan budaya di Malaysia. Dimensi ini
menyediakan asas untuk memahami kesan budaya di Malaysia seperti yang sedia
maklum Malaysia dihuni oleh pelbagai kaum dan etnik yang berbilang kaum.
SUMBER
1. http://www.journal.uii.ac.id/index.php/JAAI/article/viewFile/870/797
2. http://jon87.wordpress.com/2009/11/17/variabel-budaya-hofstede/
3. http://www.scribd.com/doc/59852985/Dimensi-Budaya-Organisasi-Geert-
Hofstede-Di-Australia
4. http://www.scribd.com/doc/172954987/Budaya-Teori-Dimensi-Hofstede
5. http://arizalcc1023.blogspot.com/
6. http://teorionline.wordpress.com/2012/02/23/kajian-budaya-organisasi-dari-
hofstede/
7. https://teorionline.wordpress.com/category/kumpulan-teori/budaya-organisasi-
kumpulan-teori/
8. http://www.scribd.com/doc/111959587/Hofstedes-Cultural-Dimension-Tugas-
Binter
9. http://www.scribd.com/doc/98954365/Geert-Hofstede
10.http://books.google.com.my/books?
id=CdnW2Lnv11UC&lpg=PA61&ots=sxs0Yb66fQ&dq=analisis%20dimensi
%20malaysia&hl=ms&pg=PA63#v=onepage&q=analisis%20dimensi
%20malaysia&f=false
11.http://ms.wikipedia.org/wiki/Demografi_Malaysia
12.http://pkukmweb.ukm.my/jmalim/images/vol_08_2007/artikel%205%20-
%20zurina%20-%2077-94.pdf
13. : TERKINI JUMLAH PENDUDUK MALAYSIA 30 JUTA ORANG TAHUN 2014
http://www.mysumber.com/jumlah-penduduk-malaysia-30-juta-orang-tahun-
2014.html#ixzz34FGmFPGv
14.http://ms.wikipedia.org/wiki/Geografi_Malaysia
15.http://fadzilmahasiswa.blogspot.com/2012/01/sistem-pemerintahan-malaysia-
ydp-agong.html
16.http://arizalcc1023.blogspot.com/
17.Dr Sabariah Yaakub et. al (2014) BBSB4103 Pengurusan Silang Budaya.
Budaya Dan Tempat Kerja : Jarak Kuasa. 71- 72. Meteor Doc. Sdn. Bhd.
Selangor Darul Ehsan
18.http://www.ukm.my/jmalim/images/vol_08_2007/artikel%205%20-%20zurina
%20-%2077-94.pdf
19 http://www.astroawani.com/news/show/ramai-berpendapat-toleransi-kaum-
masih-rendah-di-malaysia-28462?cp
20 https://www.academia.edu/2472207/Pengurusan_Sumber_Manusia
21 http://www.mpkbbri.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=04a237e4-ccc3-
4219-b2cb-309120d18adb&groupId=20005
22 http://strategika.wordpress.com/2008/08/19/kerangka-hofstede/