assignment 1.1.3

of 38/38
Penghargaan Syukur kepada tuhan kerana saya telah menyiapkan kerja kursus tersebut bagi mata pelajaran Kemahiran Belajar. Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah bagi mata pelajaran tersebut Puan Siti Halimah bt. Md. Yassin, kerana saya menyiapkan kerja kursus tersebut melalui tunjuk ajar beliau dan garis panduan yang sempurna. Tanpa tunjuk ajar beliau tidak mungkin kerja kursus ini dapat disiapkan dengan jayanya. Selain itu, tidak lupa juga mengucapkan berbanyak terima kasih kepada kawan-kawan yang telah membantu saya semasa membuat kerja kursus tersebut. Mereka telah memberi sumbangan berbentuk idea kepada saya untuk membaiki kerja kursus saya. Segala pendapat dan tunjur ajar rakan-rakan sememangnya amat membantu saya untuk menyiapkan kerja kursus ini dengan begitu sempurna. Di samping itu, ibu bapa juga berperanan penting bagi saya untuk menyiapkan kerja kursus tersebut. Mereka telah membantu saya dari segi kewangan dan sokongan moral. Sesungguhnya tanpa penglibatan daripada ibu bapa yang saya sayangi, saya tidak mendapat restu dan sia-sia. Kepada ibu bapa yang saya sayangi, saya mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan anda yang sempurna. Akhir kata daripada saya, terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu saya untuk menjayakan kerja kursus ini.

Post on 18-Jan-2016

75 views

Category:

Documents

0 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

Penghargaan

Syukur kepada tuhan kerana saya telah menyiapkan kerja kursus tersebut bagi mata pelajaran Kemahiran Belajar. Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah bagi mata pelajaran tersebut Puan Siti Halimah bt. Md. Yassin, kerana saya menyiapkan kerja kursus tersebut melalui tunjuk ajar beliau dan garis panduan yang sempurna. Tanpa tunjuk ajar beliau tidak mungkin kerja kursus ini dapat disiapkan dengan jayanya.Selain itu, tidak lupa juga mengucapkan berbanyak terima kasih kepada kawan-kawan yang telah membantu saya semasa membuat kerja kursus tersebut. Mereka telah memberi sumbangan berbentuk idea kepada saya untuk membaiki kerja kursus saya. Segala pendapat dan tunjur ajar rakan-rakan sememangnya amat membantu saya untuk menyiapkan kerja kursus ini dengan begitu sempurna.Di samping itu, ibu bapa juga berperanan penting bagi saya untuk menyiapkan kerja kursus tersebut. Mereka telah membantu saya dari segi kewangan dan sokongan moral. Sesungguhnya tanpa penglibatan daripada ibu bapa yang saya sayangi, saya tidak mendapat restu dan sia-sia. Kepada ibu bapa yang saya sayangi, saya mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan anda yang sempurna.Akhir kata daripada saya, terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu saya untuk menjayakan kerja kursus ini. Jutaan penghargaan juga diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam pembikinan kerja kursus ini.

1

Senarai KandunganPerkaraMuka Surat

Pendahuluan3

Isi Kandungan Esei Siapakah Perdana Menteri Malaysia Dulu dan Kini? Bagaimanakah Keadaan Keluarga Perdana Menteri Dulu dan Kini? Apakah Sumbangan Perdana Menteri Malaysia Dulu dan Kini? Apakah Pendidikan yang diterima oleh Perdana Menteri Malaysia Dulu dan Kini? Apakah Kejayaan Politik Perdana Menteri Malaysia Dulu dan Kini?

45 - 7

7 - 11

12 - 14

15 - 20

Rumusan21- 22

Refleksi23

Borang Kolaborasi24

Senarai Rujukan25 - 26

Lampiran27

2

Perdana Menteri Malysia Dulu dan KiniPendahuluanDefinisi menteri ialah seorang ahli politik yang mengetuai sesuatu jabatan bagi kerajaan sesebuah negara. Perdana menteri adalah menteri yang paling kanan dalam kabinet, sebahagian cabang eksekutif dalam sistem berparlimen. Perdana menteri merupakan pengerusi kabinet, tetapi dalam sebilangan sistem yang kecil, khususnya dalam sistem kerajaan separa presiden, perdanan menteri ialah pegawai yang dilantik untuk menguruskan perkhidmatan awam dan melaksanakan arahan-arahan presiden.Setiap orang adalah asal usul yang berbeza, tetapi lebih khusus bagi latar belakang Perdana Menteri. Setiap Perdana Menteri mempunyai latar belakang yang berbeza dan unik daripada orang biasa. Latar belakang bagi setiap Perdana Menteri mestilah berkaitan dengan politik.Sumbangan-sumbangan Perdana Menteri adalah penting kepada negara. Sumbangan-sumbangan Perdana Menteri boleh memajukan sesebuah negara. Perdana Menteri membuat pengorbanan yang untuk memberi sumbangan kepada negara serta rakyat. Bagi setiap manusia, pendidikan adalah penting untuk kerjayaan setiap orang. Jadi, pendidikan yang didapati oleh setiap Perdana Menteri adalah penting. Melalui kebijaksanaan Perdana Menteri boleh memimpin sesebuah negara ke arah kemajuan. Oleh itu, setiap Perdana Menteri adalah seseorang yang mempunyai ilmu pengetahuan yang banyak.Setiap Perdana Menteri Malaysia mempunyai kejayaan yang berbeza. Jika hendak mempunyai kejayaan yang besar, mestilah membuat pengorbanan yang besar dahulu. Perdana Menteri memajukan negara melalui bidang atau cara yang berbeza akan menyebabkan kejayaan yang berbeza.

3Isi Kandungan EseiSiapakah Perdana Menteri Malaysia Dulu dan Kini?Menurut maklumat daripada 188-perdana-menteri-malaysia, Tunku Abdul Rahman Putra Al-haj merupakan perdana menteri pertama sejak kemerdekaan pada tahun 1957 sehingga 1970. Nama penuh beliau ialah Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah (8 Februari 1903 6 Disember 1990). Biasanya beliau dikenali sebagai Tunku, beliau juga dikenang sebagai Bapa Kemerdekaan dan Bapa Malaysia.Tun Haji Abdul Razak bin Haji Dato Hussein (11 Mac 1922 14 Januari 1976) merupakan Perdana Menteri Malaysia yang kedua. Beliau berkhidmat dari tahun 1970 sehingga 1976. Tun Abdul Razak dilahirkan pada 11 Mac 1992 di Pulau Keladi, Pekan, Pahang. Beliau juga telah dikenang sebagai Bapa Pembangunan. Perdana Menteri Malaysia yang ketiga ialah Tun Hussein bin Dato Onn (12 Februari 1922 29 Mei 1990). Beliau berkhidmat dari tahun 1976 sehingga 1981. Oleh sebab usahanya dalam pemupukan perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia, Tun Hussein Onn telah dikenang sebagai Bapa Perpaduan.Tun Dr. Mahathir bin Mohamad dilahirkan pada 20 Disember 1925, di Lorong Kilang Ais, Seberang Perak, Alor Star, Kedah. Beliau merupakan Perdana Menteri Malaysia yang keempat, dari 16 Julai 1981 sehingga 31 Oktober 2003. Beliau juga telah dikenang sebagai Bapa Pemodenan Malaysia.Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi dilahirkan di Kampung Perlis, Bayan Lepas, Pulau Pinang, pada 26 November 1939. Beliau merupakan bekas Perdana Menteri Malaysia kelima, mewarisi kepimpinan daripada Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Beliau juga dikenali sebagai Bapa Pembangunan Modal Insan.YAB Dato Seri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak adalah Perdana Malaysia keenam sejak 3 April 2009 sehingga kini, selain sebagai Menteri Kewangan dan ahli parlimen Pekan, Pahang. Beliau dilahirkan pada 23 Julai 1953, di Kuala Lipis, Pahang.

4

Bagaimanakah Keadaan Keluarga Perdana Menteri Dulu dan Kini?

TUNKU ABDUL RAHMANMelalui rujuk laman web http://biodata-tokoh.blogspot.com/2009/08/biodata-tokoh-tunku-abdul-rahman-putra.html, Tunku Abdul Rahman dilahirkan di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar, Kedah. Beliau merupakan anak lelaki yang ketujuh dan anak yang kedua puluh kepada Sultan Kedah yang ke-24, iaitu Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Tunku juga dipanggil Awang semasa kecil, kerana rupa paras beliau yang tidak sesegak adik-beradiknya yang lain. Tunku sentiasa mengendap burung dan melastik, serta bermain lumpur sehingga menghadapi penyakit puru di kakinya. Pada tahun 1933, Tunku berkahwin dengan Mariam, seorang wanita kacukan Cina-Siam. Beliau dikurniakan dengan dua cahaya mata, iaitu Tunku Ahmad Nerang Putra dan Tunku Khadijah. Mariam telah meninggal dunia pada tahun 1934. Selepas itu, Tunku berkahwin dengan Violet Coulson, bekas tuan rumahnya di England. Tetapi beliau dititahkan untuk menceraikan Violet oleh Pemangku Raja Kedah.Tunku kemudian berkahwin dengan Sharifah Rodziah Syed Alwi Barakbah pada tahun 1939. Perkahwinan ini direstui kerana berketurunan Arab yang ternama dan kaya di Kedah. Oleh sebab mereka tidak mendapat seorang anak pun, jadi mereka mengambil tiga anak angkat iaitu Fariah, Sulaiman dan Mariam. Tunku juga telah mengahwini seorang yang berbangsa Cina pada tahun 1963 dengan rahsia dan telah mendapat dua orang cahaya mata perempuan yang diberi nama Tunku Noor Hayati dan Tunku Mastura.

TUN ABDUL RAZAKMenurut laman web http://jiwarosak.blogspot.com/2010/09/biodata-perdana-menteri-malaysia-tun.html, Tun Abdul Razak merupakan anak sulung kepada Dato Hussein bin Mohd Taib dan Hajah The Fatimah bt Daud. Beliau dibesarkan oleh datuknya di Kampung Jambu, Langgar, Pekan, dalam suasana kampung yang penuh

5disiplin. Abang ipar Abdul Razak, Tun Hussein Onn, ialah penggantinya sebagai Perdana Menteri ketiga. Tun Abdul Razak berkahwin dengan Hajah Rahah Mohamad Noah. Mereka dikurniakan lima orang putera iaitu Mohd Najib, Ahmad Johari, Mohamed Nizam, Mohamed Nazim dan Mohd Nazir.

TUN HUSSEIN ONNMerujuk dari laman web http://jiwarosak.blogspot.com/2010/09/biodata-perdana-menteri-malaysia-yab.html, Tun Hussein Onn merupakan anak kepada Dato Onn Jaafar dan Datin Halimah Hussein. Beliau juga merupakan anak sulung daripada lapan orang adik-beradik. Tun Hussein Onn juga telah berkahwin dengan Toh Puan Suhaila binti Tan Sri Hj Mohd Noah dan mempunyai 6 orang anak.

TUN DR. MAHATHIRMerujuk dari buku Mahathir Mohamad: an Illustrated Biography, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad merupakan anak kepada Mohamed Iskandar dan Wan Tempawan Wan Hanapi. Beliau adalah anak bongsu daripada sembilan adik-beradik. Tun Dr. Mahathir berkahwin dengan Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali pada 5 Ogos 1956 dan dikurniakan tujuh cahaya mata, iaitu Marina, Mizan, Melinda , Mokhzani, Mukhriz, Maizura dan Mazhar.

TUN ABDULLAH BADAWIMerujuk dari laman web http://biodata-tokoh.blogspot.com/2009/08/ds-nizar-ku-biodata-dato-seri-abdullah.html, Tun Abdullah Badawi merupakan anak sulung kepada Tun Abdul Razak Hussein dan Toh Puan Rahah Mohammad Boah. Tun Abdullah Badawi berkahwin dengan Datin Seri Endon binti Dato Mahmood pada tahun 1965 dan dikurniakan dua orang cahayamata dan empat cucu. Endon Mahmood telah meninggal dunia selepas bergelut dengan penyakit barah payu dara pada 20 Oktober 2005. Selepas itu, beliau berkahwin dengan Jeanne Abdullah dan melangsungkan akad nikah pada 9 Jun 2007.6DATO SERI NAJIBMenurut laman web http://jiwarosak.blogspot.com/2010/07/biodata-perdana-menteri-malaysia-yab.html, Dato Seri Najib merupakan anak kepada Perdana Menteri Malaysia yang kedua, iaitu Tun Abdul Razak Hussein dan Tun Rahah Mohd. Noah. Beliau adalah anak sulung daripada lima orang adik-beradik. Nama empat adik-beradik yang lain adalah Ahmad Johari, Mohd Nizam, Mohd Nazim dan Mohd Nazir. Beliau juga sepupu kepada Datuk Hishamuddin Tun Hussein.Dato Seri Najib telah berkahwin dengan Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar pada tahun 1976 dan mendapat tiga anak, iaitu Mohd Nizar Najib, Mohd Nazifuddin Najib dan Puteri Norlisa Najib. Pada tahun 1987, beliau bercerai dengan Ku Yie dan berkahwin dengan Datin Seri Rosmah Mansor dan mendapat dua anak lagi, iaitu Mohd Norashman Najib dan Nooryana Najwa Najib.

Apakah Sumbangan Perdana Menteri Malaysia Dulu dan Kini?

TUNKU ABDUL RAHMANMelalui laman web http://www.scribd.com/doc/38517120/Sumbangan-Tun-Abdul-Razak, Tunku Abdul Rahman merupakan pembina bangsa dan cuba menyatupadukan rakyat Tanah Melayu dan menuntut kemerdekaan bagi Tanah Melayu. Selain itu, beliau juga turut dikenal sebagai bapa keamanan dan perpaduan kerana sikapnya yang cintakan keamanan dan perpaduan. Beliau sanggup menerima sebarang halangan dan cabaran demi perpaduan negara. Kejayaan beliau menunjukkan beliau sanggup berkorban untuk negara demi menyelesaikan masalah politik negara.Sumbangan Tunku merupakan suatu pengorbanan yang tidak terkata nilainya dalam sejarah politik negara. Beliau banyak memberi sumbangan terhadap perkembangan agama Islam. Di samping itu, Tunku sanggup menghantar misi pendamai dan keamanan ke Congo, Afrika yang dilanda peperangan saudara pada

7tahun 1961. Beliau juga berusaha memberi bantuan kepada palarian Kemboja yang memesuki Malaysia melalui Kelantan pada tahun 1975.TUN ABDUL RAZAKMenurut buku Biografi Tun Abdul Razak: Negarawan dan Patriot, sumbangan Tun Abdul Razak adalah sangat penting, iaitu berusaha membangunkan Malaysia. Beliau bertujuan untuk menghapuskan kemiskinan, kejahilan dan penyakit. Oleh itu, beliau telah melancarkan Dasar Ekonomi Baru secara berperingkat melalui Rancangan-rancangan Malaysia dari 1970 sehingga 1990. Selain itu, beliau juga berusaha meningkatkan taraf hidup golongan luar bandar melalui Rancangan Buku Hijau (1974) serta pembukaan tanah melalui FELDA dan FELCRA.Tun Abdul Razak menubuhkan FELDA bertujuan untuk meningkatkan penggunaan tanah dengan lebih cekap dan berkesan. Melalui rancangan ini, setiap peserta diberi tanah seluas tujuh ekar bagi tanaman getah dan tiga ekar tanah dusun. Beliau juga telah merangka Rukun Negara pada 31 Ogos 1970.Tun Abdul Razak adalah seorang yang bertanggung jawab berunding dengan Indonesia untuk menamatkan konfrantasi yang dilancarkan oleh negara itu ke atas Malaysia yang didalangi oleh Parti Komunis Indonesia. Selain itu, beliau juga mewakili Malaysia ke Rundingan Bangkok 1966 dan Rundingan Manila 1963.

TUN HUSSEIN ONNMelalui laman web http://www.scribd.com/doc/3972558/Bapa-Perpaduan, Tun Hussein Onn maju setapak lagi apabila dalam Perhimpunan Agung UMNO tahun 1972, beliau menjadi salah seorang daripada tiga orang Naib Presiden yang dipilih. Di dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO pada 8 Ogos 1973, beliau telah dilantik menjadi Timbalan Presiden UMNO berikutan kematian Tun Dr. Ismail. Apabila Tun Dr Ismail meninggal dunia, Tun Hussein Onn dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri pada 13 Ogos 1973, merangkap Menteri Perdagangan dan Perindustrian.Tun Hussein Onn telah disahkan sebagai pemangku Presiden UMNO. Pada 15 Januari 1976, beliau telah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia 8yang ketiga. Pada 1978, Tun Hussein Onn telah menang tanpa bertanding bagi jawatan Presiden UMNO. Tun Hussein Onn berjaya melancarkan Rancangan Malaysia yang ke-4 pada bulan April 1981.Ketika menjadi Perdana Menteri Tun Hussein Onn telah meneruskan agenda pembangunan yang telah digariskan oleh Tun Abdul Razak khususnya dalam menggerakkan Dasar Ekonomi Baru. Semasa pentadbirannya usaha membenteras pengganas komunis di hutan dan di bandar-bandar semasa tempoh darurat, telah diperhebatkan malah golongan yang bersimpati dengan aliran komunis dipulihkan menerusi gerakan-gerakan pengitipan yang berjaya. Selain itu, Dasar-dasar dan program-program yang diketegahkannya tidak pernah lari dari sasaran Dasar Ekonomi Baru. Walaupun pada masa itu ekonomi negara terjejas oleh kemelesetan ekonomi dunia, beliau berjaya mengawal keadaan dan membantu Malaysia berkembang dari segi ekonomi dan sosial.Pada 20 April 1981, Tun Hussein Onn melancarkan pula Skim Amanah Saham Nasional yang merupakan satu dana amanah bumiputera yang membantu peningkatan ekuiti bumiputera dalam ekonomi negara. Keamanan negara yang diperkukuhkannya telah menarik pelabur luar menjadikan Malaysia sebuah negara yang stabil politik dan ekonominya. Sumbangan Tun Hussein Onn yang terbesar ialah menegakkan tiang keamanan yang kukuh. TUN DR. MAHATHIRMenurut laman web http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/232-yab-tun-dr-mahathir-bin-mohamad-1981-2003.html, Tun Dr. Mahathir berjaya mengawal kegawatan ekonomi dengan menambat ringgit kepada dollar Amerika, satu pendekatan yang mendapat kritikan hebat pada mulanya oleh badan kewangan dunia. Terbukti kesannya, Malaysia adalah satu-satunya negara yang berjaya melepaskan diri daripada belenggu kegawatan tersebut tanpa perlu 'mengikat diri' kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh IMF.Tun Dr. Mahathir telah mengubah sektor ekonomi asas negara daripada sebuah negara yang berasaskan pertanian kepada sebuah negara berasaskan perindustrian. 9Oleh sebab memandangkan komoditi tidak dapat membantu mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan. Jadi pada awal tahun 1980, Tun Dr. Mahathir telah membuat keputusan untuk mempelbagaikan kegiatan ekonomi negara dan sekaligus mengurangkan pergantungan terhadap bahan komoditi.Selain itu, Tun Dr. Mahathir telah memperkenalkan dasar Persyarikatan Malaysia iaitu suatu dasar dimana Malaysia diandaikan sebagai sebuah syarikat dan rakyatnya sebagai pekerja dan pemegang saham. Usaha beliau ke arah meningkatkan penyertaan bumiputera dalam pemilikan saham sektor perusahaan dan perdagangan dengan penubuhan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Amanah Saham Nasional serta Amanah Saham Bumiputera dan beberapa saham amanah dalam porfolio PNB.Dasar penswastaan negara ialah contoh pengurusan kewangan beliau yang agak memberangsangkan walaupun mencetus kontroversi di awal perlaksanaannya. Dasar yang diperkenalkan di penghujung tahun 1980 ini bertujuan mengurangkan perbelanjaan oleh pihak kerajaan di samping memberi perkhidmatan yang lebih baik. Dasar ini juga membawa perubahan yang sangat besar terutamanya dalam bidang teknologi kerana pihak-pihak yang terbabit perlu mempunyai kepakaran dalam bidang teknologi untuk memastikan perkhidmatan yang ditawarkan murah tetapi bermutu tinggi.

TUN ABDULLAH BADAWIMalalui laman web http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/233-yab-dato-seri-abdullah-bin-hj-ahmad-badawi-2003-kini.html, Tun Abdullah Badawi telah mengetatkan kawalan rasuah dengan memberikan lebih kuasa kepada agensi-agensi pencegah rasuah serta memudahkan rakyat untuk mendedahkan amalan rasuah kepada pihak berkuasa. Beliau juga membuat tuduhan rasuah ke atas beberapa tokoh masyarakat dari zaman Tun Dr. Mahathir.Tun Abdullah Badawi juga mengemukakan Islam Hadhari, satu tafsiran Islam yang mengatakan bahawa perkembangan ekonomi dan teknologi adalah secocok dengan ajaran Islam. Selain itu, pentadbirannya menumpukan pemuihan sektor pertanian Malaysia. Pada 10 September 2004, Tun Abdullah Badawi, sebagai Menteri Kewangan, 10mengemukakan belanjawan sulungnya yang dianggap oleh orang ramai sebagai berorientasi pengukuhan dan pengyelenggaraan berbanding dasar pertumbuhan yang ditekankan oleh Tun Dr. Mahathir.

DATO SERI NAJIBMelalui laman web http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/3162-perdana-menteri-malaysia-keenam.html, Dato Seri Najib memacu Kementerian Pertahanan dengan memodenkan Angkatan Tentera Malaysia melalui peningkatan keupayaan, pemerolehan dan latihan strategik. Usaha pemodenan yang diperkenalkannya menyaksikan Malaysia memperoleh aset-aset baru seperti pesawat buatan Rusia, MiG 29, Boeing F18 Super Hornet, kapal frigate F-2000, artileri senjata 155m dan menaik taraf sistem pertahan udara negara dengan perolehan sistem radar baru. Soal kebajikan anggota Angkatan Tentera juga diberi perhatian oleh beliau termasuk meningkatkan kemudahan perumahan dan elaun anggota.Perubahan demi perubahan yang diperkenalkannya menyaksikan sistem pelajaran negara terutama institusi pengajian tinggi mengalami perubahan besar apabila mereka dibenar menawarkan kursus yang lebih banyak, kepelbagaian pilihan dan pendekatan baru dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Kini rakyat Malaysia mempunyai banyak pilihan dan tempat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Pada masa itu, jumlah penuntut dari negara luar negara yang melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tempatan dan asing di negara ini juga semakin bertambah.Malah, Dato Seri Najib memainkan peranan yang besar untuk memperkenalkan sistem pendidikan bertaraf dunia di Malaysia dan meletakkan negara sebagai hab pembelajaran serantau dan pusat kecemerlangan. Di sebalik itu, perhatian lebih diberikan untuk melahirkan guru-guru terlatih menerusi meningkatkan sijil perguruan kepada status diploma, supaya guru-guru dalam kategori tersebut dapat menerima gaji permulaan bulanan yang lebih tinggi dan projek perumahan khas untuk guru-guru.

11Apakah Pendidikan yang diterima oleh Perdana Menteri Malaysia Dulu dan Kini?

TUNKU ABDUL RAHMANMenurut laman web http://biodata-tokoh.blogspot.com/2009/08/biodata-tokoh-tunku-abdul-rahman-putra.html, Tunku Abdul Rahman belajar di salah sebuah sekolah Melayu di Alor Star sebelum belajar di Bangkok dalam sebuah Sekolah Thai. Selepas itu, Tunku balik ke Kedah dan menyambung pelajaran di sekolah Melayu pada tahun 1916, sebelum memasuki Penang Free School. Kemudiannya, beliau dihantarkan oleh keluarganya ke St. Catherine`s College, Universiti Cambridge, England untuk menuntut pelajarannya.Beliau juga merupakan orang Melayu yang pertama dari Kedah yang lulus dari sesebuah Universiti Inggeris pada tahun 1925 dengan mendapat ijazah B.A dalam Sastera. Beliau balik ke Kedah dengan ijazah tetapi abang tuanya menghantarnya kembali ke England supaya belajar undang-undang di Inner Temple. Manakala, kali ini Tunku gagal dalam peperiksaan dan pulang ke Tanah Melayu pada tahun 1931.Selepas pulang ke Tanah Melayu, Tunku dilantik sebagai Pegawai Jajahan untuk Kuala Nerang. Pada tahun 1937, Tunku bertugas sebagai Pegawai Jajahan di Sungai Petani bersamping bertindak sebagai hakim daerah dan Pengerusi Lembaga Kebersihan Sungai Petani. Pada 1940, beliau dilantik sebagai Timbalan Pengarah Perkhidmatan Pasukan Kawalan Am Selatan Kedah.

TUN ABDUL RAZAKMenurut laman web http://maruwiah.wordpress.com/2010/06/17/tun-abdul-razak-dato%E2%80%99-hussein/, semasa dari sekolah rendah lagi Tun Abdul Razak telah menunjukkan kemampuan yang cemerlang dalam bidang pelaaran. Beliau kemudian dipilih untuk menyambung pelajaran di Maktab Melayu Kuala Kangsar, Perak. Selepas itu, beliau betugas dengan Perkhidmatan Pentadbiran Tanah Melayu. Pada tahun 1939, beliau ditawarkan biasiswa untuk menuntut di Kolej Raffles, Singapura pada 1940.Walau bagaimanapun, Tun Abdul Razak terpaksa menamatkan pendidikannya semasa pencetusan Perang Dunia Kedua. Selepas itu, beliau pergi ke Britain pada 12tahun 1947 untuk belajar jurusan undang-undang. Tun Abdul Razak bertemu dengan Tunku Abdul Rahman di England. Di samping itu, Tun Abdul Razak menjadi ahli Parti Buruh Bristish dan sebagai ahli Kesatuan Melayu United Kingdom (KMUK), dipilih sebagai setiausaha di bawah Tunku yang dipilih sebagai presiden kesatuan itu.

TUN HUSSEIN ONNMelalui laman web http://jiwarosak.blogspot.com/2010/09/biodata-perdana-menteri-malaysia-yab.html, Tun Hussein Onn telah menerima pendidikan awal di English College, Johor Bahru. Selepas Perang Dunia Kedua, beliau terus menyertai Pasukan Tentera Johor dan menjalani latihannya di Maktab Tentera Sandhurst di Dehra Dun, India dan setelah ditauliahkan beliau menyertai Regimen Hyderabad ke-19. Pada tahun 1942, beliau terlibat secara aktif dalam peperangan di Mesir, Syria, Palestin, Iran dan Iraq. Kemudian, beliau dipinjamkan ke unit pengambilan orang-orang baru dan melatih para pejuang bawah tanah Melaya menentang tentera Jepun yang menawan Malaya. Pada tahun 1958, beliau telah lulus Ijazah Undang-undang dari Lincolns Inn, London.TUN DR. MAHATHIRMenurut laman web http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/232-yab-tun-dr-mahathir-bin-mohamad-1981-2003.html, Tun Dr. Mahathir mula bersekolah di Sekolah Melayu Laki-laki Seberang Perak, Kedah. Kemudian disambung ke Sekolah Inggeris Alor Setar, iaitu kini dipanggil Maktab Sultan Abdul Hamid yang di mana ayahandanya, Encik Mohamad bin Iskandar adalah gurubesar sekolah itu yang pertama. Encik Mohamad bin Iskandar adalah anak Melayu pertama yang menjadi guru besar sebuah sekolah Inggeris pada tahun 1908. Beliau adalah seorang yang tegas dan menitikberatkan prestasi pendidikan yang tinggi di kalangan anak-anaknya. Sejak kecil, Tun Dr. Mahathir dikatakan sebagai seorang yang pasti akan jalan tujunya dan cara mencapai matlamatnya. Secara

13semulajadi beliau merupakan seorang yang rajin dan mempunyai determinasi untuk berjaya dalam apa jua bidang yang diceburinya. Tun Dr. Mahathir bin Mohamad bersekolah di Sekolah Melayu Seberang Perak sebelum memasuki Sekolah Inggeris Kerajaan di Alor Setar yang kini dikenali sebagai Kolej Sultan Abdul Halim. Semasa Jepun memerintah Malaya persekolahannya tergendala dan Tun Dr. Mahathir berkecimpung dalam perniagaan gerai kopi serta menjual buah-buahan dan barangan kraftangan di Pekan Rabu, Alor Setar, Kedah. Setelah tamat Perang Dunia Kedua, Tun Dr. Mahathir menyambung pelajarannya di sekolah yang sama pada tahun 1945 sehingga Senior Cambridge. Kemudiannya pada tahun 1947, beliau melanjutkan pengajian ke King Edward VII College of Medicine, Universiti Malaya, Singapura . Pada tahun 1952, Tun Dr. Mahathir lulus dengan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS).TUN ABDULLAH BADAWIMelalui laman web http://biodata-tokoh.blogspot.com/2009/08/ds-nizar-ku-biodata-dato-seri-abdullah.html, Tun Abdullah Badawi menerima pendidikan menengah di Sekolah Tinggi Bukit Mertajam dan di Penang Methodist Boys School, Pulau Pinang. Beliau kemudiannya meneruskan pengajian di Universiti Malaya dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang Pengajian Islam pada tahun 1964.DATO SERI NAJIBMelalui laman web http://jiwarosak.blogspot.com/2010/07/biodata-perdana-menteri-malaysia-yab.html, Dato Seri Najib mendapat pendidikan rendah dan menengah di Institusi St. John, Kuala Lumpur, dan kemudian belajar di Kolej Lelaki Malvern di Worchestershire, England. Beliau juga mendapat Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang Ekonomi Industri daripada Universiti Nottingham, England pada tahun 1974.

14Apakah Kejayaan Politik Perdana Menteri Malaysia Dulu dan Kini?

TUNKU ABDUL RAHMANMenurut laman web http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/229-ytm-tunku-abdul-rahman-putra-alhaj-1957-1970.html, Tunku Abdul Rahman ditugaskan untuk bekerja di sebuah pejabat Pegawai Undang-undang di Alor Star pada tahun 1949. Beliau kemudian meminta perpindahan ke Kuala Lumpur di mana beliau menjadi Timbalan Pendakwa Raya dan selepas itu, dilantik sebagai Yang Dipertua Mahkamah Sesyen.Dato Onn Jaafar mengetuai UMNO untuk menentangi Malayan Union dan Tunku menyertai partinya. Pada Ogos 1951, suatu krisis di dalam UMNO memaksakan Dato Onn meletakkan jawatan sebagai presiden parti dan Tunku dilantik sebagai presiden yang baru. Beliau memegang jawatan itu selama 20 tahun.Pada 1954, Tunku mengetuai sekumpulan perwakilan ke London untuk memperolehi kemerdekaan Malaya. Bagaimanapun, percubaan sulung itu tidak beraya. Pada tahun yang berikut, pilihan raya persekutuan yang pertama diadakan. Tunku dilantik sebagai Ketua Menteri Malaya yang pertama. Pada tahun 1955, Tunku membuat lagi satu perjalanan ke London untuk berunding tentang kemerdekaan Malaya. Pada kali ini, beliau berjaya, dan 31 Ogos 1957 diputuskan sebagai tarikh kemerdekaan. Selepas kemerdekaan, Tunku mendominasikan politik Malaya dan memimpin Parti Perikatan ke kemenangan besar dalam pilihan raya umum pada tahun 1959 dan 1964. Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 merupakan salah satu daripada pencapaian Tunku yang teragung. Pada 16 September 1963, dengan persekutuan Malaya, Sabah, Sarawak dan Singapura, beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia yang pertama.Pada 7 Ogos 1965, Tunku mengumumkan kepada Parlimen Malaysia di Kuala Lumpur bahawa Parlimen haruslah mengudi untuk menyokong peninggalan Singapura 15daripada Persekutuan. Pemisahan dan kemerdekaan Singapura menjadi rasmi pada 9 Ogos 1965. Kuasa Tunku sebagai Perdana Menteri dibatasi secara besar, dan beliau terpaksa meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri pada 22 September 1970.TUN ABDUL RAZAKMelalui rujuk laman web http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/230-yab-tun-abdul-razak-bin-dato-hussein-1970-1976.html, Tun Abdul Razak menyertai Perkhidmatan Awam Malaya dan bergiat dalam bidang politik. Disebabkan keupayaan politiknya, beliau dilantik menjadi ketua pemuda Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu UMNO. Dua tahun kemudian, Tun Abdul Razak berkhidmat sebagai Penolong Setiausaha Negeri Pahang. Pada Februari 1955, beliau menjadi Pemangku Ketua Menteri Pahang sewaktu berumur hanya 33 tahun.Selepas memenangi pilihan raya umum yang pertama di Malaya pada Julai 1995, Tun Abdul Razak dilantik sebagai Menteri Pelajaran. beliau juga menyertai misi Februari 1956 yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman ke London untuk menuntut kemerdekaan Malaya daripada pihak British. Selepas pilihan raya umum 1959, Tun Abdul Razak telah menjadi Menteri Pembangunan Luar Bandar di samping memegang portfolio Timbalan Perdana Menteri dan Kementerian Pertahanan Menteri.Pada 22 September 1970, Tun Abdul Razak telah mewarisi Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kedua. Selepas itu, beliau termasyhur dalam pelancaran Dasar Ekonomi Baru pada tahun 1971. Dasar Ekonomi Baru menetapkan dua sasaran yang asas, iaitu menghapuskan kemiskinan dan menghapuskan pengenalpastian fungsi ekonomi dengan kaum.Di samping itu, Tun Abdul Razak telah menubuh Barisan Nasional pada 1 Januari 1973 sebagai gantian untuk Parti Perikatan. Beliau juga menambahkan ahli-ahli parti untuk mengasaskan apa yang dikatanya Ketahanan Nasional melalui kestabilan politik.

16TUN HUSSEIN ONNManurut laman web http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/231-yab-tun-hussein-bin-dato-onn-1976-1981.html, Tun Hussein Onn menjadi Ketua Pemuda UMNO yang pertama pada tahun 1949 dan beliau telah dipilih menjadi Setiausaha Agung pada tahun 1950. Beliau berjaya melayakkan diri sebagai Barrister-at-Law pada tahun 1958 di England. Selepas itu, beliau kembali ke politik untuk menyertai UMNO pada tahun 1968. Beliau juga menang dalam pilihan raya umum pada tahun 1969 dan dilantik sebagai Menteri Pelajaran.Selepas itu, Tun Hussein Onn dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Perdana Menteri kerana beliau mewarisi Tun Dr. Ismail yang meninggal dunia pada 2 Ogos 1973. Pada 15 Januari 1976, Tun Hussein Onn dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ketiga selepas kematian Tun Abdul Razak.Ketika menjadi Perdana Menteri, beliau meneruskan agenda pembangunan Tun Abdul Razak, iaitu memajukan Malaysia tidak pernah lari dari sasaran Dasar Ekonomi Baru. Pada 20 April 1981, baliau telah melancarkan Skim Amanah Saham Nasional yang merupakan satu dana amanah bumiputera yang bertujuan untuk meningkatkan ekuiti bumiputera dalam ekonomi negara.Tun Hussein Onn memberi penakanan kepada konsep Rukun Tetangga dan perjuangan terhadap ancaman dadah. Selain itu, baliau juga menjalani pintasan koronari pada awal 1981.

TUN DR. MAHATHIRMenurut laman web http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/232-yab-tun-dr-mahathir-bin-mohamad-1981-2003.html, Tun Dr. Mahathir adalah salah seorang yang pertama mendaftarkan diri sebagai ahli UMNO pada tahun 1946. Pada tahun 1964, beliau dipilih sebagai Ahli Parlimen Kota Setar semasa Pilihan Raya Ketiga. Beliau juga menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO pada tahun 1965. Tetapi beliau telah ditewaskan oleh calon PAS, Haji Yusoff Rawa, dalam Pilihan Raya 1969. Beliau juga dipecat daripada keahliannya dalam Majlis Tertinggi UMNO kerana berlaku peristiwa 13 Mei 1969.17Tun Dr. Mahathir masuk semula ke dalam UMNO pada 7 Mac 1972 dan juga dilantik sebagai senator pada tahun 1973. Selepas menang Pilihan Raya 1974, beliau telah dilantik sebagai Menteri Pelajaran dalam kabinet Tun Abdul Razak. Pada 1976, Perdana Menteri Tun Abdul Razak meninggal dunia secara mengejut dan penggantinya Tun Dato Hussein Onn telah melantik Tun Dr. Mahathir sebagai timbalannya. Tidak lama selepas itu, Tun Dr. Mahathir menjadi Menteri Perdagangan dan Perindustrian. Pada pertengahan 1981, Perdana Menteri Tun Dato Hussein Onn telah menamakan Tun Dr. Mahathir sebagai penggantinya. Pada 10 Julai 1981, Tun Dr. Mahathir telah berjaya menjadi Perdana Menteri Malaysia yang keempat.Pencapaian beliau ialah keupayaannya mengekalkan keamanan dan kedamaian dalam sebuah negara yang berbilang bangsa melalui peningkatan golongan miskin menjadi golongan pertengahan orang Melayu begitu ketara. Walau bagaimanapun, beliau sering dikritik atas gaya pemerintahannya yang autokratik dan tidak dapat lari dari tuduhan kronisme. Tun Dr. Mahathir juga merupakan seorang tokoh politik penting antarabangsa yang suka berterus-terang dan disifatkan kontroversi.

TUN ABDULLAH BADAWIMerujuk buku Koleksi Pidato Penarimaan Ijazah Kehormat Tun Abdullah Ahmad Badawi, beliau telah menyertai UMNO pada tahun 1964. Pada tahun 1978, beliau meletakkan jawatan untuk menjadi ahli parlimen Kepala Batas di Seberang Perai Utara sehingga kini. Beliau juga dipilih memegang jawatan Naib Presiden UMNO pada tahun 1984, 1987 dan 1990, dan dipilih semula untuk jawatan tersebut pada tahun 1996. Pada Perhimpunan Agung UMNO 2000, Abdullah dilantik sebagai Timbalan Presiden bagi penggal 2000 hingga 2003.Semasa Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri, satu pertikaian yang pahit terletus dalam UMNO dan membahagikan parti menjadi dua kem. Kumpulan yang menyokong Dr. Mahathir digelar Team A manakala kumpulan yang menyokong bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah dan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Musa Hitam degelar Team B. Kemenangan Mahathir telah menyebabkan Tengku

18Razaleigh Hamzah dihalang daripada menyertai UMNO yang baru ditubuh. Tun Abdullah Badawi dipecat sebagai Menteri Pertahanan dalam kabinet kerana beliau seorang penyokong kuat kepada Musa Hitam.Kerjaya politiknya kembali sempurna dengan perlantikan beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri serta Menteri Hal-ehwal Dalam Negeri pada Januari 1999, selepas pemecatan Anwar Ibrahim. Sebgai Menteri Hal-ehwal Dalam Negeri, beliau membatalkan pengharaman Kitab Iban.Seterusnya, Tun Abdullah Badawi dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri pada Januari 1999. Selain itu, Abdullah juga adalah Menteri Kewangan dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri.Sejak menjadi Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi telah berjanji mengetatkan kawalan rasuah dengan memberikan lebih kuasa kepada agensi-agensi pencegah rasuah serta memudahkan rakyat untuk mendedahkan amalan rasuah kepada pihak berkuasa. Beliau juga membuat tuduhan rasuah ke atas beberapa tokoh masyarakat dari zaman Mahathir. Beliau juga telah menjawat jawatan pengerusi untuk Pergerakan Negara-Negara Berkecuali dan Pertubuhan Persidangan Islam. Bermula dari 2005, beliau juga menjadi pengerusi untuk ASEAN.

DATO SERI NAJIBMerujuk buku Datuk Seri Najib: Liku-Liku Perjalanan Politik, Dato Seri Najib juga pernah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Penternakan pada tahun 1977-1979. Pada tahun 1982, beliau memenangi kerusi Naib Ketua Pemuda UMNO tanpa bertanding setelah Datuk Mokhtar Hashim mengosongkan jawatan itu. Pada 1987, beliau diumumkan sebagai Pemangku Ketua, Pergerakan Pemuda UMNO oleh Anwar Ibrahim setelah Anwar didesak bertanding Naib Presiden UMNO.Pada 7 Januari 2004, Najib dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Selepas itu, dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Datuk Sri Najib bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional. Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Pekan, negeri Pahang.19Di samping itu, beliau juga telah memperkenalkan Gagasan 1 Malaysia yang memupuk perpaduan rakyat di antara kaum. Banyak pendapat telah dimajukan oleh pelbagai pihak tentang konsep 1 Malaysia yang telah perkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Abdul Razak apabila beliau mengambil alih teraju kepimpinan kerajaan pada 3 April.Matlamat konsep 1 Malaysia ini adalah murni iaitu bagi memupuk dan mengukuhkan perpaduan nasional satu matlamat yang telah menjadi keutamaan setiap Perdana Menteri Malaysia semenjak Tunku Abdul Rahman lagi. Pemupukan dan pengukuhan perpaduan ini menjadi keutamaan kepada mereka kerana mereka sedar tanpa usaha tersebut mana mungkin Malaysia yang berisifat pelbagai kaum akan mampu mengekalkan kelangsungannya sebagai sebuah negara yang aman dan makmur.

20Rumusan

Tunku Abdul Rahman Putra Al-haj merupakan Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Beliau dilahirkan di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar, Kedah. Beliau telah berkahwin dengan Sharifah Rodziah Syed Alwi Barakbah. Beliau juga merupakan pembina bangsa dan cuba menyatupadukan rakyat Tanah Melayu dan menuntut kemerdekaan bagi Tanah Melayu. Sumbangan Tunku merupakan suatu pengorbanan yang tidak terkata nilainya dalam sejarah politik negara.Tun Haji Abdul Razak bin Haji Dato Hussein merupakan Perdana Menteri Malaysia yang kedua. Beliau dilahirkan di Pulau Keladi, Pekan, Pahang. Isteri beliau ialah Hajah Rahah Mohamad Noah. Sumbangan yang penting beliau adalah berusaha membangunkan Malaysia. Tujuan beliau adalah untuk menghapuskan kemiskinan, kejahilan dan penyakit. Beliau juga seorang yang bertanggung jawab berunding dengan Indonesia.Tun Hussein bin Dato Onn merupakan Perdana Menteri Malaysia yang ketiga. Beliau berkahwin dengan Toh Puan Suhaila binti Tan Sri Hj Mohd Noah. Beliau juga maju setapak apabila dalam Perhimpunan Agung UMNO. Tun Hussein Onn telah meneruskan agenda pembangunan yang telah digariskan oleh Tun Abdul Razak khususnya dalam menggerakkan Dasar Ekonomi Baru. Beliau telah memberi penakanan kepada konsep Rukun Tetangga dan perjuangan terhadap ancaman dadah.Tun Dr. Mahathir bin Mohamad merupakan Perdana Menteri Malaysia yang keempat. Beliau dilahirkan di Lorong Kilang Ais, Seberang Perak, Alo Star, Kedah. Beliau juga berkahwin dengan Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali. Tun Dr. Mahathir berjaya mengawal kegawatan ekonomi dengan menambat ringgit kepada dollar Amerika, satu pendekatan yang mendapat kritikan hebat pada mulanya oleh badan kewangan dunia. Selain itu, beliau juga telah memperkenalkan dasar Persyarikatan Malaysia. Pencapaian beliau ialah keupayaannya mengekalkan keamanan dan kedamaian dalam sebuah negara yang berbilang bangsa melalui peningkatan golongan miskin menjadi golongan pertengahan orang Melayu begitu ketara.

21Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi merupakan Perdana Menteri Malaysia yang kelima. Beliau dilahirkan di Kampung Perlis, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Beliau telah berkahwin dengan Jeanne Abdullah. Tun Abdullah telah mengetatkan kawalan rasuah dengan memberikan lebih kuasa kepada agensi-agensi pencegah rasuah serta memudahkan rakyat untuk mendedahkan amalan rasuah kepada pihak berkuasa. Beliau juga mengemukakan Islam Hadhari. Dato Seri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak adalah Perdana Menteri Malaysia yang keenam. Beliau dilahirkan di Kuala Lipis, Pahang. Beliau telah berkahwin dengan Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar. Dato Seri Najib memacu Kementerian Pertahanan dengan memodenkan Angkatan Tentera Malaysia melalui peningkatan keupayaan, pemerolehan dan latihan strategik. Perubahan demi perubahan yang diperkenalkannya menyaksikan sistem pelajaran negara terutama institusi pengajian tinggi mengalami perubahan besar. Di samping itu, beliau juga telah memperkenalkan Gagasan 1 Malaysia yang memupuk perpaduan rakyat di antara kaum. Banyak pendapat telah dimajukan oleh pelbagai pihak tentang konsep 1 Malaysia yang telah perkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Abdul Razak apabila beliau mengambil alih teraju kepimpinan kerajaan pada 3 April.

22RefleksiSaya berasa gembira dan seronok kerana telah menyiapkan kerja kursus Sejarah Bahasa Melayu ini dapat disempurnakan pada masa yang ditetapkan serta sesuai dengan kehendak soalan. Semasa proses menyelesaikan kerja kursus ini, saya telah menghadapi cabaran dan sedikit masalah yang memberi impak terhadap tugasan ini. Walau bagaimanapun, saya juga terus berusaha tanpa mengira rintangan tersebut. Bagi saya, tugasan tersebut haruslah disiapkan pada masa yang telah ditetapkan. Tugasan ini juga haruslah mempunyai objektif dan saya berharap agar kerja kursus ini bukan sahaja tugasan wajib saya, bahkan menjadi panduan informasi kepada saya tentang pelbagai ciri-ciri bahasa yang berbeza.Cabaran-cabaran yang telah saya menghadapi adalah tidak mencukupi masa untuk menyiapkan kerja kursus yang telah diberi oleh pensyarah. Tetapi, saya telah mengalami kesulitan dalam menyiapkan kerja kursus ini secepat mungkin kerana saya harus membahagi masa dengan bijak untuk menyiapkan tugasan lain. Berkat semangat kental serta ketabahan hati, akhirnya saya dapat menyempurnakan tugasan ini dengan sempurna.Selain itu, saya juga berasa sukar untuk mendapatkan maklumat mengenai tajuk Sejarah Bahasa Melayu tersebut. Tugasan ini memerlukan saya untuk merujuk kepada pelbagai sumber supaya saya boleh mendapatkan maklumat yang lebih tepat. Hal ini memudahkan saya untuk mendapatkan maklumat dengan segera. Di samping itu, saya juga berdepan dengan jadual penggunaan perpustakaan IPG Kampus Bahasa Melayu yang singkat. Hal ini menyebabkan saya sukar mencari maklumat dari buku-buku di perpustakaan.Sepanjang penghasilan tugasan ini, saya sedar bahawa komitmen yang tinggi amat diperlukan dalam menghasilkan tugasan yang cemerlang. Pelaksanaan kerja kursus ini juga telah mengeratkan lagi hubungan antara saya, pensyarah serta rakan-rakan seperjuangan. Sekian, terima kasih.23Senarai RujukanRujukan dari buku:1.) Mahathir Mohamad: an Illustrated Biography2.) Biografi Tun Abdul Razak: Negarawan dan Patriot3.) Koleksi Pidato Penarimaan Ijazah Kehormat Tun Abdullah Ahmad Badawi4.) Datuk Seri Najib: Liku-Liku Perjalanan Politik

Rujukan dari internet:http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/229-ytm-tunku-abdul-rahman-putra-alhaj-1957-1970.html (14 November 2008)(Biodata Tokoh: Tunku Abdul Rahman Putra AlHaj) http://biodata-tokoh.blogspot.com/2009/08/biodata-tokoh-tunku-abdul-rahman-putra.htmlhttp://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/230-yab-tun-abdul-razak-bin-dato-hussein-1970-1976.html (14 November 2008)

(Biodata Perdana Menteri Malaysia Tun Abdul Razak bin Datuk Hussein, 2008) http://jiwarosak.blogspot.com/2010/09/biodata-perdana-menteri-malaysia-tun.html

http://maruwiah.wordpress.com/2010/06/17/tun-abdul-razak-dato%E2%80%99-hussein/ (17 Jun 2010)

(Biodata Perdana Menteri Malaysia Y.A.B Tun Hussein bin Dato' Onn, 2008) http://jiwarosak.blogspot.com/2010/09/biodata-perdana-menteri-malaysia-yab.html

25(Bapa Perpaduan, 2011) http://www.scribd.com/doc/3972558/Bapa-Perpaduanhttp://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/231-yab-tun-hussein-bin-dato-onn-1976-1981.html (14 November 2008)

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/232-yab-tun-dr-mahathir-bin-mohamad-1981-2003.html (14 November 2008)

http://djlovehistory.blogspot.com/2008/05/pemimpin-kita-5-tun-dr-mahathir-mohamad.html (25 April 2008)

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/233-yab-dato-seri-abdullah-bin-hj-ahmad-badawi-2003-kini.html (14 November 2008)(Biodata Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, 2009) http://biodata-tokoh.blogspot.com/2009/08/ds-nizar-ku-biodata-dato-seri-abdullah.html (28 Ogos 2009)http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/3162-perdana-menteri-malaysia-keenam.html (14 November 2008)(Biodata Perdana Menteri Malaysia Y.A.B Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, 2008) http://jiwarosak.blogspot.com/2010/07/biodata-perdana-menteri-malaysia-yab.html(Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd Bajib bin Tun Abdul Razak) http://tdm.uum.edu.my/web2010/index.php?option=com_content&view=article&id=143&Itemid=360&font-size=smaller

26

LAMPIRAN

27