assg learning skills

10
FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGE SMP PPG MAC 2012 OUM1103 Leraning Skill For Oepn Distence Learners NAMA : JULIANUS TIOON NO. MATRIKULASI : 840814125139001 NO. KAD PENGNEALAN : 840814-12-5139 NO. TELEFON : 014-6729336 E-MEL : [email protected] NAMA TUTOR : EN. MARSAM BUHERA PUSAT PEMBELAJARAN : SABAH LEARNING CENTRE

Upload: si-pak-janggut

Post on 02-Feb-2016

225 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Learning Skills

TRANSCRIPT

Page 1: Assg Learning Skills

FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGE

SMP PPG MAC 2012

OUM1103

Leraning Skill For Oepn Distence Learners

NAMA : JULIANUS TIOON

NO. MATRIKULASI : 840814125139001

NO. KAD PENGNEALAN : 840814-12-5139

NO. TELEFON : 014-6729336

E-MEL : [email protected]

NAMA TUTOR : EN. MARSAM BUHERA

PUSAT PEMBELAJARAN : SABAH LEARNING CENTRE

Page 2: Assg Learning Skills

PENGENALAN

Malaysia adalah negara yang sedang membangun dan sedang bersaing dengan negara-

negara maju dalam dunia global pada masa kini. Malaysia kini telah mencapai kemajuan yang

sama taraf dengan negara-negara membangun di Asia mahupun negara-negara di Eropah dari

segi politik, ekonomi, infrastruktur dan pendidikan negara. Negara kita adalah negara yang

mempunyai sistem politik demokrasi berparlimen yang sangat disegani dan dipandang tinggi

oleh negara-negara jiran kita dan juga negara-negara besar atas keseimbangan politik yang

menjaga dan mentadbir negara dengan menitik beratkan kepentingan rakyatnya yang

berbilang kaum serta pelbagai kepercayaan dalam keagamaan. Ekonomi negara kita juga

berada dalam keadaan yang seimbang dan mampu untuk meningkatkan taraf dan pencapaian

ekonomi yang baik kepada setiap rakyat malaysia seterusnya menghapuskan rakyat miskin

tegar. Insfrastrutur yang dikecapi oleh rakyat sekarang adalah infrastruktur yang moden dan

mempunyai kualiti setanding dengan negara-negara maju di Asia mahupun di luar negara.

Dalam sistem pendidikan kita juga kini dapat bersaing dengan negara-negara pengeluar

jenama jentera dan barang-barang yeng berteknologi tinggi yang sama tartaf dengan

pengeluar utama jentera di luar negara. Ini dapat melihatkan bahawa negara kita juga

mempunyai sistem pendidikan yang tinggi dengan terhasilnya jenama-jenama berkualiti dari

negara kita.

Oleh kerana negara kita telah mencapai tahap yang sangat memberangsangkan serta

pembangunan yang sangat pesat, ini membawa kepada cabaran masa depan graduasi-graduasi

negara kita yang mana akan membimbing dan membentuk sistem negara kita pada masa

hadapan. Cabaran-cabaran ini perlu disambut oleh para graduan dengan bekalan pengetahuan

yang telah mereka perolehi sepanjang pembelajaran mereka di universiti-universiti tempatan

mahupun universiti-universitiswasta. Kedua-dua universiti ini perlu sentiasa bekerjasama dan

salaing berganding dalam membentuk dan menghasilkan Modal Insan yang boleh diguna

pakai sekali gus membawa negara lebih maju dan setaraf dengan negara-negara besar yang

disegani dan menjadi negara yang berpengaruh di dalam Asia ataupun di Eropah.

Perbincangan yang akan saya lakukan ini adalah untuk melihat dan membincangkan

lima kemahiran yang perlu ada pada graduan yang diperlukan oleh majikan selepas mereka

tamat menjalani proses belajar, praktikal dan mendapat segulung ijazah di universiti-universiti

tempatan ataupun universiti-universiti swasta yang terdapat di dalam negara mahupun yang

terdapat di luar negara. Graduan-graduan perlu menguasai kemahiran ini agar dapat

Page 3: Assg Learning Skills

melakukan tugasan-tugasan yang mencabar semasa bekerja kelak. Dalam perbingcangan ini,

saya akan membincangkan tentang lima kemahiran yang perlu ada pada gaduangarduan

lepasan universiti-universiti tempatan dan swasta, pertama mempunyai kemahiran komunikasi

yang baik dan berkesan, kedua kemahiran menggunakan bahan multimedia, ketiga kemahiran

dalam melakukan tugasan, keempat kemahiran berfikir secara kreatif dalam melakukan kerja

dan kelima dan yang terakhir ialah kemampuan dan fleksibeliti graduan dalam melakukan

kerja mereka.

KEMAHIRAN KOMUNIKASI

Setiap individu mempunyai potensi diri yang berlainan walaupun individu tersebut

mempunyai keputusan akademik yang baik semasa berada di universiti dan boleh dikatakan

keputusan yang mampu memberikan peluang pekerjaan yang baik serta kemahiran yang

diperolehinya adalah kemahiran yang dikehendaki oleh banyak majikan. Namun, ada yang

masih tidak berjaya memperoleh pekerjaan yang setimpal dengan keputusan dan kemahiran

yang mereka perolehui. Ini kerana mereka tidak mempunyai kemahiran berkomunikasi

dengan baik. Kemahiran komunikasi didefinasikan sebagai satu proses dimana seseorang

menyampaikan sesuatu maksud kepada orang lain dan ia berkesan apabila maksud yang

hendak disampaikan oleh penyampai dapat difahami dengan jelas oleh penerima seperti yang

dinyatakan dalam bkuku yang dihasilkan oleh Ee Ah Meng (1995) dalam bukunya yang

berjudul Sekolah dan Perkembangan Kanak-kanak. Proses komunikasi boleh berlaku dalam

dua cara iaitu berbentuk lisan (verbal) dan komunikasi bukan lisan (non-verbal).

Walaubagaimanapun. Kedua-dua cara tersebut adalah sama dimana ia digunakan untuk

menyampaikan sesuatu maklumat, perasaan, idea, dan fikiran dari seseorang individu atau

penyampai kepada seseorang individu lain iaitu penerima.

Kemahiran komunikasi ini amat penting bagi seseorang dan ia sangat diperlukan oleh

majikan kerana, jika graduan itu tidak mempunyai berkomunikasi dengan baik ini akan

menyusahkan graduan tersebut dan juga majikan dalam mejalankan satu-satu urusan berkaitan

dengan kerja yang melibatkan graduan dengan orang lain dari syarikat lain dalam proses

memperoleh keputusan atau kata putus kedua-dua pihak. Contohnya, graduan tersebut

dikehendaki untuk membuat perbincangan dengan syarikat A tanpa pembantu lain. Jika

graduan tersebut tidak mepunyai kemahiran berkomunikasi yang baik, beliau akan

menghadapi masalah untuk berhubung dengan klien yang berjumpa dengannya. Ini akan

menyebabkan klien akan rasa kurang keyakinan terhadap kemampuan syarikat graduan dan

Page 4: Assg Learning Skills

mungkin menjadi salah satu penyebab kepada kegagalan urusan atau jalinan kerjasama

dengan syarikat graduan. Dengan itu, kemahiran berkomunikasi adalah penting untuk

dikuasai oleh graduan untuk bersaing dengan graduan-graduan lain yang di luar sana bagi

persiapan untuk berhadapan dengan cabaran dalam pekerjaan yang akan mereka hadapi dalam

alam perkerjaan mereka nanti. Jika garduan tersebut telah menguasai kemahiran

berkomunikasi ini, maka peluang mereka dalam berasing memperoleh pekerjaan akan lebih

diambil kira oleh majikan dan ini telah di titik beratkan dalam sektor pekerjaan kita pada masa

kini, dimana sistem temuduga dijalankan sebelum majikan mengambil atau menerima

seseorang pekerja itu untuk bekerja di syarikatnya. Tujuan temuduga ini adalah bertujuan

untuk melihat sama ada pekerja yang akan diterima oleh meraka adalah pekerja yang boleh

berkomunikasi dengan baik.

KEMAHIRAN TEKNOLOGI DAN MULTI MEDIA

Negara kita sekarang telah mencapai kemajuan teknologi yang sangat membanggakan.

Ia setaraf dengan nama negara Malaysia yang kian meningkat maju dari segi tenologi dan

juga telah mengeluarkan jenama elektronik sendiri. Dengan itu, tidak hairanlah kanak-kanak

sekolah rendah telah boleh menggunakan komputer riba dalam melakukan tugasan atau projek

yang diberikan oleh guru di sekolah. Dengan menggunakan teknologi ini, kerja murid akan

lebih menarik dan karya yang dihasilkan lebih cantik dan kemas berbanding dengan hasil

kerja tangan. Mereka juga boleh mendapatkan maklumat-maklumat yang penting untuk

mencapai objektif projek yang perlu mereka hantar. Jika kanak-kanak sekolah rendah boleh

menggunakan teknologi dan bahan multimedia ini dengan baik dalam melakukan kerja, maka

ia juga penting untuk orang yang bekerja untuk mengetahui dan menggunakan teknologi

mutimedia dalam pekerjaan seharian mereka.

Dengan itu, salah satu kemahiran yang dicari dan diperlukan oleh majikan untuk

menerima graduan sebagai pekerjanya ialah graduan yang yang boleh menguasai kemahiran

teknologi dan multimedia. Jika graduan ini mempunyai kemahiran dalam membuat laman

sesawang, ia akan memberikan kelebihan dalam mempromosi syarikat mereka ataupun

menjalinkan hubungan dengan syarikat-syarikat yang berada di luar daerah atau luar negara

dengan lebih mudah. Contohnya, graduan ini boleh mencipta laman atau blog untuk

mempromosi produk mereka dalam laman tersebut, maka lebih banyak peluang mereka untuk

mendapatkan klien atau mencari kumpulan sasaran dengan lebih mudah serta menjimatkan

tenaga dan wang dari segi promosi. Berbanding dengan promosi secara langsung ataupun

Page 5: Assg Learning Skills

mempromosi dengan cara mengedarkan broser-broser ke syarikat-syarikat apatah lagi syarikat

yang terletak di luar kawasan.ini akan memerlukan kewangan dan modal. Jika graduan itu

mempunyai kemahiran dalam menggunakan mutilmedia, maka mesyuarat yang akan

dijalankan oleh syarikat mereka dalam pembentangan sesuatu projek akan manjadi lebih

menarik dan mudah untuk menarik minat pelabur atau rakan kongsi dan keyakinan dapat

diwujudkan kepada syarikat graduan tersebut.

KEMAHIRAN MELAKUKAN TUGAS

Dalam melakukan sesuatu tugasan, kita perlulah mengetahui cara untuk melakukan

tugasan tersebut dan mempunyai pengalaman dalam melakukan tugas berdasarkan kemahiran

yang kita perolehi. Contohnya kita bekerja di sebuah syariakat perumahan sebagai pelukis

pelan, tetapi kita tidak mempunyai kemahiran tersebut dan kita hanya mempunyai kemahiran

dalam seni lukisan. Ini akan membawa kepada masalah yang besar yang akan dihadapi oleh

syarikat. Kerana kita tidak akan dapat melakukan tugasan tersebut dan kita bukan berada di

haluan atau landasan yang betul dalam melaksanakan tugas kita. Dengan itu, kerja yang perlu

kita cari adalah kerja yang bersesuaian dengan kursus yang kita peroleh dalam gulungan

ijazah kita dan bukan bidang tugas yang bukan dalam kemahiran kita melainkan ia adalah

kerja yang tidak memerlukan kemahiran yang spesifik.

Oleh yang demikan, salah satu kemahiran yang dipelukan oleh majikan ialah graduan

yang mempunyai kemahiran spesifik dalam bidang tugas yang diberikan dan kemahiran

graduan tersebut dalam melakukan tugas yang diberikan serta pengalaman dalam bidang tugas

tertentu. Ini kerana, jika kita memohon kerja sebagai kerani di sebuah syarikat dengan

segulung ijazah yang kita ada dan meminta gaji mengikut kualiti ijazah kita, tentulah kita

tidak akan diterima dan sudah tentu majikan kita lebih memilih pelajar kaluaran Sijil

Pelajaran Malaysia (SPM) yang mana gaji untuk pemegang SPM lebih rendah berbanding

dengan gaji graduan yang mempunyai segulung ijazah. Tetapi, jika graduan mempunyai

kemahiran dan pengalaman tertentu dalam melakukan tugas atau gulungan ijazah yang yang

dimiliki adalah ijazah yang menjurus kepada sesuatu bidang yang khusus, ini akan memberi

kelebihan kepada graduan tersebut untuk mendapatkan kerja. Contohnya, majikan sesebuah

syarikat ini memerlukan pekerja yang mahir dalam membuat kira-kira perakaunan untuk

mengira kemasukkan dan keluaran wang syarikatnya, tetulah dia memerlukan seseorang yang

boleh dan mempunyai kemahiran dalam bidang perakaunan. Jika majikan memilih seseorang

yang mahir dalam bidang kesukanan, adakah graduan itu mampu untuk melakukan tugas

Page 6: Assg Learning Skills

tersebut? Sudah tentu kerja ini akan memakan masa kerana graduan tersebut terpaksa belajar

dari peringkat awal berbandingan dengan majikan memilih graduan yang sememangnya

dalam aliran perakaunan dan memperoleh segulung ijazah perakaunan. Majikan hanya perlu

memberikan tugas dan menunggu kerja itu diselesaikan dan majikan hanya perlu memeriksa

semula akaun tersebut sama ada ia mempunyai ralat atau terdapat kemuskilan dalam akaun

yang telah diselesaikan. Dengan itu, majikan memerlukan graduan yang mempunyai

kemahiran tertentu dalam bidang yang tidak boleh dilakukan oleh graduan-graduan lain.

KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KREATIF

Seorang pelajar sekolah menengah diberikan tugas untuk mencari maklumat tentang

bekas perdana menteri kita yang ke empat iaitu Tun Dr Mahathir Bin Mohamad. Maka pelajar

tersebut perlu merancang cara dia bekerja untuk memdapatkan maklumat tersebut dari

peringkat awal, pertengahan dan akhir dalam membuat kerja projek tersebut. Dengan itu, dia

akan memperoleh maklumat yang banyak, bernas dan menghasilkan bahan-bahan projek yang

sangat menarik dan penuh dengan maklumat-maklumat yang membolehkannya memperoleh

markah yang tinggi. Seseorang yang mempunyai kemahiran berfikir secara kreatif adalah

orang yang cekap dalam menggunakan mindanya untuk menjana dan menghasilkan idea,

mencipta sesuatu yang baru, asli, luar biasa, pelbagai dan bernilai sama ada bersifat maujud,

abstrak, idea atau gagasan dan menerokai dan mencari makna pemahaman dan penyelesaian

masalah secara inovatif. Dengan itu, hasil kerja yang dilakukan oleh orang yang mempunyai

pemikiran kreatif ini akan menghasilkan seseuatu kerja di luar jangkaan dan sesuatu yang

bernilai.

Majikan memerlukan seseoarang graduan yang mempunyai pemikiran kreatif ini

kerana ia akan membantu syarikat dari segi menyelesaikan masalah atau mencipta sesuatu

yang lain dari kebiasaan hingga menimbulkan suasana pekerjaan yang hebat. Contohnya,

sebuah syarikat cawangan membuat mesyuarat kerana syarikat mereka akan menghatar

proposal untuk mendapatkan tender menghias halaman sebuah bangunan. Dengan kemahiran

landskap yang diperoleh oleh graduan, dia dikehendaki mencipta satu lukisan pelan lantai

yang mempunyai susunan landskap yang menarik dan dapat memenangi hati pengarah

syarikat bangunan tersebut untuk melantik syarikat mereka untuk membina landskap di

halaman bangunan mereka. Dengan kreativiti yang ada pada graduan tersebut, maka dia akan

dapat memanipulatif beberapa landskap moden dari luar negara dan digabungkan dengan idea

graduan itu sendiri. Dengan itu graduan tersebut telah menghasilkan lukisan landskap yang

Page 7: Assg Learning Skills

menarik serta mampu memikat hati pengarah syarikat bangunan tersebut dan syarikat graduan

tersebut telah terpilih untuk melakukan kerja membina landskap di bangunan mereka.

Kemahiran kreatif yang diperoleh oleh graduan ini juga menjadi salah satu kreateria yang

diperlukan oleh majikan di sesebuah syrikat. Kelebihan kepada graduan yang mempunyai

kemahiran kreatif ini akan memberikannya peluang pekerjaan dan kenaikan pangkat yang

lebih mudah.

KEMAMPUAN DAN FLEKSIBILITI MELAKUKAN TUGAS

Ahmad (bukan nama sebenar) adalah seorang pelajar yang mempunyai flesibiliti

dalam bermain lebih daripada 1 jenis sukan dan pencapaian akademiknya juga adalah baik

dan berada di dalam kelas pertama. Beliau telah terpilih sebagai ketua pengawas kerana

disiplin yang baik dan tegas dalam menjalankan tugas sebagai pengawas. Dalam penyampaian

anugerah akhir tahun, beliau telah terpilih sebagai pelajar cemerlang, tokoh pelajar dan tokoh

sukan sekolah dalam tahun tersebut. Pengiktirafan ini adalah pengiktirafan yang sangat tinggi

bagi murid di sekolah rendah. Atas kreateria-kreteria yang terdapat pada Ahmad, beliau telah

ditawarkan memasuki sekolah berasrama penuh dan sekolah sukan. Cerita tersebut

menceritakan seorang murid yang mempunyai kemampuan dalam malakukan tugas lebih

daripada satu iaitu menjadi pelajar, ketua pengawas dan anak yang berdedikasi. Dia juga

mempunyai fleksibiliti dalam bidang sukan yang pelbagai. Dengan itu, dia telah

dianugerahkan tiga peniktirafan yang tinggi pada akhir tahun.

Kemampuan dan fleksibiliti dalam melakukan tugas adalah salah satu kemahiran atau

kreateria yang diperlukan oleh majikan untuk memilih graduan sebagai pekerja dalam

syrikatnya.ini kerana jika terdapat seorang graduan yang boleh melakukan tugas lebih

daripada satu, ini akan memudahkan kerja dalam syarikat tersebut. Fleksibiliti yang ada pada

graduan pula memberikan impak yang sangat baik kepada sayrikat tersebut kerana ada

graduan yang boleh menyesuaikan diri dalam beberapa tugas di dalam dan luar syarikat.

Contohnya, graduan adalah seorang pelukis pelan, beliau mempunyai kemampuan untuk

melukis dan mentafsir pelan dengan cepat dan mampu menyiapkan kerja lebih awal dari

tarikh akhir serta membuat kerjanya lebih daripada kemampuan pekerja lain, maka

peluangnya untuk dinaikkan pangkat atau kekal dalam pekerjaannya adalah tinggi jika ada

pengurangan pekerja dalam syarikat tersebut. Ini kerana majikan akan menjaga orang

pentingnya yang boleh memajukan syarikat serta menghasilkan banyak tugasan dalam masa

yang ditetapkan. Penyelia tapak sebuah syarikat binaan telah mengambil cuti secara mengejut

Page 8: Assg Learning Skills

kerana mempunyai masalah peribadi dan mengambil cuti selama 2 minggu. Syarikat tersebut

kini mengalami masalah ketiadaan penyelia tapak di tapak binaan tersebut untuk melihat

masalah dan tugas-tugas di tapak binaan. Tetapi jika graduan mempunyai fleksibiliti untuk

membaca pelan dan boleh bekerja di tapak binaan di bawah panas terik matahari dan kawasan

binaan yang berlumpur, ini akan memberi kelebihan padanya untuk bekerja sebagai penyelia

tapak sementara dan membolehkannya menambah pengalaman selama 2 minggu dan tidak

mustahil suatu hari nanti dia akan dipilih menjadi penyelia tapak untuk projek-projek yang

akan datang. Dengan itu, kemampuan dan fleksibiliti yang ada pada graduan juga adalah salah

satu kemahiran yang dititik beratkan oleh majikan untuk memberikan tugasan kepada

graduan.

CADANGAN

Saya mencadangkan agar graduan-graduan mempunyai kemahiran-kemahiran yang

telah dicadangkan seperti diatas. Kemahiran yang pertama ialah kemahiran berkomunikasi

supaya graduan dapat berkomunikasi dengan dengan baik bersama rakan sekerja, majikan dan

klien-klien agar matlamat atau objektif perbincangan dapat memcapai kesefahaman dan

memperoleh keputusan yang baik dalam pekerjaan dan membanggakan majikan graduan.

Saya mencadangakan agar graduan mempelajari kemahiran teknologi dan multimedia.

Kemahiran teknologi dan multimedia juga perlu ada pada graduan untuk meghasilkan kerja

yang lebih efektif, menarik dan memudahkan syarikat untuk berhubung dengan syarikat-

syarikat atau klien-klien yang berada di luar kawasan serta menjimatkan. Kemahiran ini

sangat diperlukan oleh majikan zaman sekarang kerana ia memberikan kelebihan untuk

syarikat tersebut bersaing dengan syarikat-syarikat lain dalam dunia global ini.

Kepakaran graduan dalam melakukan sesuatu tugas atau sesuatu kerja yang diberikan

oleh majikan di mana tugas tersebut tidak dapat dilakukan oleh orang alin akan memberikan

peluang besar graduan untuk kekal dalam pekerjaannya. Saya cadangkan supaya graduan

yang mempunyai kemahiran yang khusus untuk mencari majikan yang memerlukan pekerja

dalam bidang khusus untuk mereka lebih kekal dan mampu untuk menunjukkankan

kemahiran meraka yang sebenar dalam kerjaya.

Cadangan seterusnya ialah, para graduan perlu mempunyai kemahiran berfikir secara

kreatif. Kemahiran ini sangat diperlukan oleh majikan untuk untuk memperoleh kerja yang

luar biasa, lain daripada yang lain, serta mampu manyelesaikan masalah yang dihadapi oleh

Page 9: Assg Learning Skills

syarikat secara inovatif. Graduan ini mampu untuk pergi jauh dalam bidang pekerjaan yang

diceburinya dan kemampuannya untuk kekal dalam sesebuah kerjaya adalah kekal.

Cadangan saya yang terakhir ialah, para graduan perlu mempunyai kemampuan dan

fleksibiliti dalam melakukan tugas. Ini akan memberikan kelebihan kepada mereka untuk

dinaikkan pangkat serta boleh bertugas lebih daripada satu tugas. Jika graduan mempunyai

kemampuan melakukan tugas lebih daripada satu, ini akan memberi peluang graduan untuk

menyiapkan tugasan dengan lebih cepat dan membantu kepada penghasilan kerja yang

kondusif syarikat. Jika graduan mempunyai fleksibiliti melakukan tugas perlbagai,ini akan

memudahkannya untuk memperoleh pengalaman seterusnya membantu beliau untuk

dinaikkan pangkat atau kekal dalam kerjaya yang diceburinya.

KESIMPULAN

Dalam memcapai ekomoni global ini, banyak majikan yang memerlukan graduan-

graduan yang mempunyai kemahiran-kemahiran yang telah dibincangkan di atas. Atas sebab-

sebab itu, para graduan perlu bijak untuk memilih dan mencari peluang yang berkaitan dalam

mencari pekerjaan yang bersesuaian dengan gulung ijazah yang mereka perolehi serat dapat

melakukan tugas yang diberikan oleh majikan dengan cekap dan memberikan kemajuan dan

keuntungan syarikat dan menjadikan graduan adalah pekerja yang boleh kebolehkerja yang

dipercayai dan bukan menjadi pekerja yang mempunyai seguliung ijazah yang tidak pandai

melakukan kerja.

(2612 Patah Perkataan)

Page 10: Assg Learning Skills

RUJUKAN

Dato’ Dr. Zaiton Osman. OUM1103 Leraning Skill For Oepn Distence Learners. Selangor

Darul Ehsan. Meteor Doc. Sdn Bhd.

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/110-ekonomi/

5527-cabaran-ekonomi-dekad-baru.html

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/110-ekonomi/

6840-malaysia-tempat-10-teratas-di-dunia.html

http://www.sinarharian.com.my/nasional/graduan-tempatan-gagal-tepati-kehendak-

majikan-1.29325