aspirasi murid edu 3093 guru dan cabaran semasa

9
PENGENALAN ASPIRASI MURID Guru merupakan individu yang memainkan peranan penting dalam mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid. Guru bertanggungjawab menentukan hasil pembelajaran yang hendak ditaksir, diuji dan dinilai. Guru juga merancang dan membina instrumen penilaian, mentadbir ujian, merekod hasil penilaian, menganalisis maklumat, melapor dan menjalankan tindakan susulan yang perlu seperti aktiviti pengukuhan, pengayaan dan pemulihan. Dalam menempuh kehidupan seharian, kita seringkali berhadapan dengan apa yang dikatakan sebagai pengujian, pengukuran dan penilaian dalam semua keadaan yang memerlukan kita membuat sesuatu pertimbangan atau keputusan. Guru perlu membuat pertimbangan atau keputusan berhubung dengan pelajar dalam bilik darjah kendaliannya tentang pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung. Apakah telah mencapai objektif yang telah ditetapkan atau memerlukan tindakan pengulangan semula dan sebagainya. Pengujian, pengukuran dan penilaian adalah antara beberapa konsep penting dalam dunia pendidikan. Sering kali istilah ini bertukar ganti digunakan. Misalnya, sesetengah guru apabila mengedarkan kertas ujian, mereka mungkin mengatakan mereka mengukur prestasi pelajar atau menilai prestasi pelajar dalam sesebuah bilik darjah tanpa mengambil hirau maksud sebenar atau maksud khusus yang mendukung istilah berkenaan. Secara khususnya, ketiga-tiga istilah berkenaan mempunyai makna yang lebih spesifik dan ketiga-tiganya mempunyai perbezaan.

Upload: mariha

Post on 22-Dec-2015

26 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Aspirasi Murid Edu 3093 Guru Dan Cabaran Semasa

PENGENALAN

ASPIRASI MURID

Guru merupakan individu yang memainkan peranan penting dalam mengesan

perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid. Guru bertanggungjawab

menentukan hasil pembelajaran yang hendak ditaksir, diuji dan dinilai. Guru juga merancang

dan membina instrumen penilaian, mentadbir ujian, merekod hasil penilaian, menganalisis

maklumat, melapor dan menjalankan tindakan susulan yang perlu seperti aktiviti pengukuhan,

pengayaan dan pemulihan.

Dalam menempuh kehidupan seharian, kita seringkali berhadapan dengan apa yang

dikatakan sebagai pengujian, pengukuran dan penilaian dalam semua keadaan yang

memerlukan kita membuat sesuatu pertimbangan atau keputusan. Guru perlu membuat

pertimbangan atau keputusan berhubung dengan pelajar dalam bilik darjah kendaliannya

tentang pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung. Apakah telah mencapai objektif yang

telah ditetapkan atau memerlukan tindakan pengulangan semula dan sebagainya.

Pengujian, pengukuran dan penilaian adalah antara beberapa konsep penting dalam

dunia pendidikan. Sering kali istilah ini bertukar ganti digunakan. Misalnya, sesetengah guru

apabila mengedarkan kertas ujian, mereka mungkin mengatakan mereka mengukur prestasi

pelajar atau menilai prestasi pelajar dalam sesebuah bilik darjah tanpa mengambil hirau

maksud sebenar atau maksud khusus yang mendukung istilah berkenaan. Secara khususnya,

ketiga-tiga istilah berkenaan mempunyai makna yang lebih spesifik dan ketiga-tiganya

mempunyai perbezaan.

Dalam dunia pendidikan, penilaian yang sistematik, dengan mengambil kira semua faktor yang

boleh mempengaruhi maklumat atau dapatan yang diperolehi akan membantu guru dalam

membuat sebarang keputusan yang tepat.

Page 2: Aspirasi Murid Edu 3093 Guru Dan Cabaran Semasa

PPPM - ASPIRASI MURID

Sistem pendidikan Malaysia berhasrat memastikan setiap murid mencapai potensi

sepenuhnya. Setiap pemimpin sekolah, guru, ibu bapa, dan masyarakat mempunyai peranan

penting dalam memastikan generasi muda ini mencapai aspirasi yang diharapkan.

Pelan ini akan terus menterjemahkan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang

merencanakan pendidikan seimbang sebagai asas mencapai aspirasi murid. Perkara ini selari

dengan maklum balas daripada Dialog Nasional. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

juga mengambil pengajaran daripada sistem pendidikan berprestasi tinggi untuk

membangunkan ciri-ciri atribut dan kecekapan tertentu yang diperlukan oleh murid untuk

berjaya dan berkembang maju dalam dunia global yang semakin mencabar.

Sehubungan itu, semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan tentang pendidikan

seimbang diperlihatkan dalam enam ciri (Ekshibit 2-3). Ciri ini bukan sahaja menekankan

kepentingan pengetahuan, tetapi juga pembangunan kemahiran pemikiran kritis, kreatif, dan

inovatif; kemahiran memimpin; kemahiran dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris;

sahsiah dan nilai, serta semangat identiti nasional yang kuat. Ciri ini turut memberi penekanan

kepada usaha bagi membolehkan semua murid memberikan sumbangan yang bermakna

kepada keluarga, masyarakat, dan negara. 

1.  Pengetahuan

Pada peringkat paling asas, setiap murid perlu memiliki keupayaan literasi dan numerasi

sepenuhnya. Ciri ini melengkapkan mereka dengan kemahiran hidup asas, serta berfungsi

secara berkesan dalam masyarakat bagi membolehkan mereka memupuk nilai untuk diri

sendiri, masyarakat dan negara. Di samping itu, penting bagi murid menguasai mata pelajaran

teras seperti Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Sejarah. Mereka juga

digalakkan untuk mendapatkan maklumat dan pengetahuan dalam bidang lain, seperti seni,

muzik dan sukan. Selain pengetahuan dalam bidang ini, murid juga perlu mempunyai

keupayaan mengaplikasi pengetahuan ini dalam situasi harian. 

Page 3: Aspirasi Murid Edu 3093 Guru Dan Cabaran Semasa

2.  Kemahiran berfikir

Setiap murid perlu membina kemahiran inkuiri dan belajar cara untuk terus mendapatkan

pengetahuan sepanjang hayat supaya boleh menghubung kait pelbagai pengetahuan, dan

mewujudkan pengetahuan baharu. Kemahiran berfikir aras tinggi dan kemampuan untuk

melakukan inovasi amat kritikal dalam dunia teknologi yang berkembang pesat. Setiap murid

perlu menguasai pelbagai kemahiran kognitif yang penting:

Pemikiran Kreatif dan Inovatif: kemampuan menginovasi, menjana kemungkinan

baharu, dan mencipta idea atau pengetahuan baharu; 

Pemikiran Kritis dan Penaakulan: keupayaan menganalisis maklumat, menjangka

masalah dan mendekati isu secara kritis, logik, induktif, dan deduktif bagi mencari

penyelesaian, danakhirnya membuat keputusan; dan 

Keupayaan Belajar: keupayaan memacu pembelajaran sendiri, dengan kemampuan

menghargai nilai pembelajaran sepanjang hayat. 

Sistem pendidikan negara perlu meningkatkan kemahiran murid dalam bidang ini seperti yang

digambarkan melalui skor TIMSS dan PISA sejak lima tahun lepas. Skor TIMSS dan PISA 2009

menunjukkan bahawa murid kurang mampu mengaplikasi pengetahuan serta berfikir secara

kritis di luar konteks akademik biasa. Sehubungan itu, adalah amat penting bagi sistem

pendidikan negara membantu setiap murid memperoleh kemahiran berfikir. 

3.  Kemahiran memimpin

Kemampuan bekerja dengan berkesan dan memimpin orang lain adalah penting, terutamanya

dalam dunia yang semakin saling berkait. Dalam Dialog Nasional, kepentingan memupuk

kepimpinan dan keupayaan bekerja secara berkesan dalam satu pasukan bagi setiap murid

sering dibangkitkan. Sistem pendidikan berusaha membantu setiap murid mencapai potensi

masing-masing sepenuhnya melalui pelibatan sebagai pemimpin, serta bekerja dalam

kumpulan. Dalam konteks sistem pendidikan, kepimpinan mempunyai empat unsur:

Keusahawanan: mengambil inisiatif untuk mewujudkan dan membangunkan

penyelesaian sendiri, dan bagi tujuan itu sanggup membuat pelaburan daripada sumber sendiri,

serta terdoronguntuk memastikan penyelesaian itu dizahirkan;

Berdaya tahan: membina cara berfikir yang konstruktif serta mampu menghadapi

rintangan;

Page 4: Aspirasi Murid Edu 3093 Guru Dan Cabaran Semasa

Kecerdasan emosi: berupaya memahami dan bekerja secara berkesan dengan orang

lain serta mampu mempengaruhi mereka secara positif; dan 

Ketrampilan komunikasi: berupaya memberikan pendapat dan hasrat secara lisan dan

bertulis dengan jelas. 

Sekolah perlu menggunakan peluang yang disediakan di dalam bilik darjah melalui aktiviti

berasaskan projek dan kerja kumpulan, dan aktiviti di luar bilik darjah melalui sukan, seni, serta

aktiviti kokurikulum dalam membangunkan keperibadian murid. 

4  Kemahiran dwibahasa  

Setiap murid akan menguasai bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan, dan bahasa

Inggeris sebagai bahasa kedua dan bahasa komunikasi antarabangsa. Setiap murid juga

akhirnya akan berpeluang mempelajari bahasa tambahan. Kepelbagaian Malaysia yang unik

dan warisan berbilang budaya memberikan kelebihan daya saing kepada semua. Murid akan

terus berpeluang untuk mempelajari bahasa Cina dan Tamil di sekolah jenis kebangsaan. Kini,

sesetengah sekolah kebangsaan juga menyediakan peluang untuk mempelajari bahasa ketiga

seperti bahasa Cina, Tamil, Arab, Iban, dan Kadazan Dusun. Pada peringkat menengah,

peluang ini diperluas untuk meliputi bahasa antarabangsa lain. Selepas jangka masa tertentu,

semua murid akan digalakkan untuk  belajar sekurangkurangnya tiga bahasa bagi

membolehkan mereka bekerjasama dan berkomunikasi secara berkesan dengan rakan dalam

kalangan rakyat Malaysia dan juga negara jiran dalam dunia global masa ini. 

5.  Etika dan kerohanian 

Sistem pendidikan akan mempersiapkan setiap murid supaya berani menghadapi cabaran

masa depan, menyelesaikan konflik secara aman, membuat keputusan yang wajar dalam

situasi kritikal, dan mempunyai keberanian melakukan apa yang betul. Peneka nan diberikan

kepada setiap murid dengan mewujudkan satu set prinsip, termasuk nilai bersama yang kukuh

yang didukung oleh semua rakyat Malaysia:

Kerohanian: mempunyai pegangan agama yang kuat dan mengamalkannya sebagai

asas hidup, serta mendukung standard moral yang tinggi.

Integriti: mempunyai keberanian, disiplin, dan semangat untuk melakukan perkara yang

betul; dan 

Page 5: Aspirasi Murid Edu 3093 Guru Dan Cabaran Semasa

Tanggungjawab sivik: bertindak untuk kebaikan negara, mengambil berat terhadap

orang lain dan alam sekitar, dan memiliki keupayaan yang mendalam untuk memberikan

sumbangan kepada  masyarakat.

6.  Identiti nasional

Rakyat Malaysia perlu mempunyai perasaan tidak berbelah bahagi tentang identiti nasional dan

berpegang teguh dengan prinsip Rukun Negara untuk memupuk perpaduan dan masa depan

Malaysia. Setiap murid tanpa mengira etnik, kepercayaan, taraf sosioekonomi atau lokasi harus

berbangga menjadi rakyat Malaysia. Pencapaian matlamat patriotisme ini memerlukan

semangat keterangkuman tinggi yang diperoleh dengan belajar memahami perbezaan dan

bertolak ansur, menerima dan menghormati orang lain, serta hidup bersama dalam

kepelbagaian masyarakat  Malaysia. Identiti nasional juga memerlukan setiap murid memahami

sejarah Malaysia, berkongsi pengalaman dalam dan luar sekolah, dan berkongsi aspirasi untuk

masa depan Malaysia.

RUMUSAN ASPIRASI MURID

Selain keberhasilan sistem, pihak berkepentingan juga jelas tentang tahap kualiti yang

perlu ada pada setiap individu murid. Secara keseluruhan, pendidik, ibu bapa, murid, dan ahli

masyarakat lain bersatu pendapat dalam visi pendidikan sebagai wadah pembangunan murid

yang holistik dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani. Visi ini juga menjadi asas kepada

semua usaha penambahbaikan sistem pendidikan sejak Falsafah Pendidikan Kebangsaan

digubal pada 1988. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia akan terus mendukung hasrat

Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk pendidikan seimbang sebagai asas aspirasi setiap

murid. Pelan ini juga merujuk sistem pendidikan berprestasi tinggi lain untuk membina perincian

bagi kemahiran khusus dan atribut yang boleh diterapkan kepada murid bagi membolehkan

mereka menerajui pembangunan ekonomi dan dunia global masa hadapan.

Pengetahuan: Di peringkat paling asas, setiap kanak-kanak perlu menguasai

sepenuhnya kemahiran literasi dan numerasi. Selain itu, penting bagi setiap murid menguasai

mata pelajaran teras seperti Matematik dan Sains. Murid juga perlu didedahkan kepada

pengetahuan am yang menyeluruh tentang Malaysia, Asia, dan dunia dari aspek sejarah,

manusia, dan geografi. Murid juga digalakkan mengembangkan pengetahuan dan kemahiran

dalam bidang lain seperti seni, muzik, dan sukan.Kemahiran Berfikir: Setiap murid akan belajar

Page 6: Aspirasi Murid Edu 3093 Guru Dan Cabaran Semasa

cara memperoleh ilmu pengetahuan sepanjang kehidupan mereka (menerapkan perasaan ingin

tahu dan mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat) untuk membolehkan mereka

menghubungkan pelbagai disiplin ilmu dan mencipta ilmu yang baharu. Setiap murid perlu

menguasai pelbagai kemahiran kognitif termasuk penaakulan dan pemikiran kritis, kreatif, serta

inovatif. Bidang ini kurang diberi perhatian, menyebabkan murid kurang berupaya untuk

mengaplikasi ilmu pengetahuan dan berfikir secara kritis di luar konteks akademik.

Kemahiran Memimpin: Dalam dunia yang semakin saling berhubung kait, kebolehan

untuk memimpin dan bekerja dengan orang lain secara berkesan adalah amat penting. Sistem

pendidikan negara akan membantu setiap murid mencapai potensi sepenuhnya dengan

mewujudkan peluang yang formal dan tidak formal untuk bekerja dalam pasukan dan

mengamalkan ciri kepimpinan. Dalam konteks sistem pendidikan, kepimpinan merangkumi

empat dimensi, iaitu keusahawanan, berdaya tahan, kecerdasan emosi, dan kemahiran

berkomunikasi dengan berkesan.

Kemahiran Dwibahasa: Setiap kanak-kanak akan menguasai bahasa Malaysia sebagai

bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan serta bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi

antarabangsa sekurang-kurangnya pada tahap minima. Dengan tahap penguasaan bahasa ini

selepas menamatkan persekolahan, murid sepatutnya berupaya menggunakan bahasa

Malaysia dan bahasa Inggeris dalam persekitaran kerja. Di samping itu, Kementerian akan

menggalakkan semua murid mempelajari bahasa lain sebagai bahasa tambahan.

Etika dan Kerohanian: Sistem pendidikan akan memupuk etika dan kerohanian dalam

diri setiap murid bagi mendepani cabaran yang akan ditempuhi dalam kehidupan dewasa, agar

mereka boleh menyelesaikan konflik secara harmoni, bijak membuat pertimbangan, berpegang

kepada prinsip ketika berada dalam situasi yang kritikal, serta berani melakukan sesuatu yang

betul. Sistem pendidikan juga berhasrat untuk membentuk individu penyayang yang dapat

menyumbang kepada kesejahteraan komuniti dan negara.

Identiti Nasional: Identiti nasional yang kukuh melalui penghayatan prinsip Rukun

Negara, diperlukan untuk kejayaan dan masa depan Malaysia. Setiap murid akan berbangga

dikenali sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira etnik, agama atau status sosioekonomi.

Semangat patriotik perlu dipupuk dalam diri setiap murid dengan cara memahami sejarah

negara, dan berkongsi aspirasi yang sama untuk masa depan negara. Demi mewujudkan

identity nasional yang sebenar, semangat keterangkuman yang teguh amat diperlukan. Identiti

nasional akan dapat dicapai bukan hanya belajar memahami dan menerima kepelbagaian,

tetapi juga menghayati kepelbagaian.

Page 7: Aspirasi Murid Edu 3093 Guru Dan Cabaran Semasa