aspek perundangan perniagaan

31
ASPEK PERUNDANGAN PERNIAGAAN (BAB 7) UNDANG-UNDANG KONTRAK PN. HJH. NORAZINAH BT YAACOB Dip. Ed (UIAM), B.Econs (Hons) UIAM, M.Ed (USM)

Upload: norazul89

Post on 02-Jun-2015

3.859 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Aspek perundangan perniagaan

ASPEK PERUNDANGAN PERNIAGAAN

(BAB 7)

UNDANG-UNDANG KONTRAK

PN. HJH. NORAZINAH BT YAACOBDip. Ed (UIAM), B.Econs (Hons) UIAM, M.Ed (USM)

Page 2: Aspek perundangan perniagaan

Undang-Undang Kontrak

(a) Mentakrifkan Akta Kontrak 1950 (termasuk pindaan);

(b) Menjelaskan elemen-elemen kontrak iaitu tawaran, penerimaan, balasan, niat, ketentuan dan keupayaan ;

(c) Menerangkan syarat-syarat kontrak: termasuk kontrak sah, kontrak tidak sah, kontrak batal, pelepasan kontrak dan remedi;

Page 3: Aspek perundangan perniagaan

1. Kes Tan Geok Khoo & General Francis Robless lwn. Paya Terubong Est Sdn Bhd (1998) 2MLJ672

2. Kes Preston Corp Sdn Bhd lwn. Edward Leong & Ors (1982) 2MLJ22 (berkenaan tawaran dan penerimaan)

3. Kes Murugesu lwn Nadarajah (1980) 2MLJ22 (berkenaan balasan dan perjanjian)

4. Kes Tan Swee Hoe Co Ltd lwn. Ali Hussain Bros (1980) 2MLJ16 (berkenaan perjanjian lisan)

5. Kes Leha Jusoh lwn. Awang Johari (1978) 1MLJ202 ( berkenaan minor ‘belum dewasa’ dan kontrak)

6. Kes Low Kar Yit & Ors lwn. Mohd. Isa &Anor (1963) MLJ165 ( berkenaan perjanjian jualan)

Page 4: Aspek perundangan perniagaan

(a) Mentakrifkan Akta Kontrak 1950 (termasuk pindaan)

Definisi : - Seksyen 2 (h) Akta Kontrak 1950

“sesuatu perjanjian yang boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang”

Page 5: Aspek perundangan perniagaan

(b) Elemen-elemen Asas Kontrak

• Tawaran• Balasan• Penerimaan• Niat• Keupayaan• Ketentuan

Page 6: Aspek perundangan perniagaan

TAWARAN

• Satu janji yng dibuat oleh pembuat tawaran kepada penerima tawaran dengan niat tawaran itu akan mewujudkan sat hubungan yang mengikat di sisi undang-undang apabila janji itu diterima.

• Satu tanda kesediaan pembuat tawaran untuk menjalin satu kontrak yang sah dan mengikat di sisi undang-undang.

(rujuk kes Preston Corp Sdn Bhd v Edwars Leong & Ors 1982) Longman ms 91

Page 7: Aspek perundangan perniagaan

Tawaran dalam Akta Kontrak 1950

Seksyen 2(a) :

- Apabila seseorang menyatakan kesediaannya kepada orang lain untuk melakukan atau menahan diri daripada melakukan sesuatu, dengan maksud untuk memperoleh persetujuan orang itu untuk berbuat sesuatu atau menahan diri dari berbuat sesuatu itu, maka bolehlah dikatakan bahawa orang itu membuat cadangan.

Kesimpulan :

- Tawaran /Cadangan merupakan satu aku janji

Page 8: Aspek perundangan perniagaan

Perbezaan Tawaran & Pelawaan Tawaran

• Tawaran : satu janji yang dibuat oleh pembuat tawaran kepada penerima tawaran dengan niat tawaran itu akan mewujudkan satu hubungan yang mengikat di sisi undang-undang apabila janji itu diterima.

• Pelawaan tawaran : Seseorang hanya ingin melakukan perundingan tetapi tidak berkehendak untuk terikat dengan syarat-syarat atau terma-terma perundingan tersebut.

Cth : pameran barang di kedai layan diri, lelongan,edaran & pengiklanan dan jualan melalui katalog atau circular

Page 9: Aspek perundangan perniagaan

Elemen penting tawaran :

• Jelas, lengkap & muktamad• Penerima tawaran harus ditentukan• Tawaran berbeza daripada pelawaan tawaran

Page 10: Aspek perundangan perniagaan

Penamatan Tawaran

• Pembuat tawaran membatalkan tawarannya Seksyen 5(1) Akta Kontrak 1950 :

‘sesuatu tawaran itu boleh dibatalkan pada bila-bila masa sebelum komunikasi penerimaannya adalah lengkap terhadap pencadang tetapi tidak selepasnya’

• Penolakan tawaran oleh penerima tawaran• Luput waktu• Kematian atau ketidaksiuman pembuat tawaran

Page 11: Aspek perundangan perniagaan

PENERIMAAN

• Seksyen 2(b)

- Apabila orang kepada siapa cadangan itu dibuat menyatakan persetujuan dengan cadangan itu maka bolehlah dikatakan bahawa cadangan itu diterima.

Page 12: Aspek perundangan perniagaan

Elemen penting penerimaan

Penerimaan mestilah :

i. Jelas, mutlak dan tidak bersyaratii. Dibuat secara biasa dan munasabahiii. Dikomunikasikaniv. Harus dibuat dalam jangka masa yang

munasabahv. Lengka sebaik sahaja pembuat tawaran

mengetahui dan menerimanya

Page 13: Aspek perundangan perniagaan

Jenis-jenis penerimaan yang tidak perlu dikomunikasikan :

• Penerimaan dengan penunaian syarat : tawaran ditujukan kepada umum• Kaedah pos terpakai : pembuat tawaran terikat lepas pos tapi

penerima tawaran tidak sehingga pembuat tawaran terima

• Jualan lelong : pelelong jatuhkan tukulnya

Page 14: Aspek perundangan perniagaan

BALASAN

• Seksyen 2(d) :

- Menurut kehendak pembuat janji atau siapa sahaja yang telah membuat atau telah menahan diri dari membuat sesuatu, maka perbuatan atau penahanan diri atau janji itu adalah disebut balasan untuk janji itu.

Page 15: Aspek perundangan perniagaan

Elemen penting balasan

• Mesti mempunyai unsur timbal balik• Tidak semestinya datang daripada penerima

janji• Balasan lampau adalah sah di sisi undang-

undang• Balasan tidak semestinya berpadanan• Balasan mestilah sah dari segi undang-undang• Perjanjian tanpa balsan

Page 16: Aspek perundangan perniagaan

NIAT

Sesebuah perjanjian antara dua pihak menjadi satu kontrak yang sah apabila dapat membuktikan bahawa wujudnya niat untuk mengadakan hubungan yang mengikat di sisi undang-undang antara kedua-dua pihak.

Page 17: Aspek perundangan perniagaan

Keadaan niat di sisi undang-undang :

• Perjanjian dangan niat mengadakan hubungan perniagaan : terikat dengan undang-undang

• Perjanjian kekeluargaan, domestik atau sosial tanpa niat hubungan perniagaan : tidak terikat dengan undang-undang

Page 18: Aspek perundangan perniagaan

KETENTUAN

Seksyen 30 :

• Perjanjian yang maknanya tidak tentu atau tidak boleh ditentukan (tidak jelas) adalah batal.

• Bahasa kabur/gagal mencapai perjanjian.

Perlu jelas, muktamad & tiada sebarang kesamaran.

Page 19: Aspek perundangan perniagaan

KEUPAYAAN

Seksyen 11 : Kelayakan Sah Berkontrak :

• Dewasa ( >=18thn)

• Berakal sempurna (waras)

• Tidak hilang kelayakan (tidak terhalang oleh undang-undang)

Page 20: Aspek perundangan perniagaan

TERMA KONTRAKKenyataan yang diniatkan untuk menjadi syarat atau

waranti kontrak

Syarat Kontrak :Kenyataan dianggap penting

Pelanggaran> kontrak boleh ditamatkan

Waranti :Kenyataan dianggap kurang penting

Pelanggaran> pihak teraniaya boleh tuntut ganti rugi

Page 21: Aspek perundangan perniagaan

Kontak Kolateral :Kontrak yang dibuat semasa kedua-dua pihak

sedang berunding yang boleh menimbulkan obligasi jika niat itu dapat dibuktikan.

perjanjian/perbincangan lisan boleh diguna pakai spt kes Tan swee hoe Co. Ltd v Ali Hussain Bros (1980) 2MLJ16

(perbincangan sebelum sewa yang mengizinkan sewaan premis tanpa had jangka masa diguna pakai)

Page 22: Aspek perundangan perniagaan

c) SYARAT-SYARAT KONTRAK

• Kontrak sah• Kontrak tidak sah• Kontrak batal• Pelepasan kontrak• remedi

Page 23: Aspek perundangan perniagaan

Kontrak sah :Perjanjian yang boleh dikuatkuasakan oleh undang-

undang dan mematuhi elemen-elemen seperti tawaran, penerimaan, balasan, niat, ketentuan &

keupayaan.

Kontrak batal :Kontrak yang batal sejak dari mula dan seolah-olah tidak

wujud sebarang kontrak antara pihak yang berkontrak.Terlarang oleh undnag-undnag, cuba mengelak daripada

peruntukan undang-undang, frod/tipuan dan menimbulkan unsur keraguan yang munasabah

Page 24: Aspek perundangan perniagaan

Kontrak boleh batal apabila wujud :• Paksaan (seksyen 15)

Cth : gunakan kekerasan & ancaman• Pengaruh tidak berpatutan Cth : wujud bukti dipengaruhi oleh orang lain untuk lakukan perjanjian• Salah nyataan• FrodTaktik memperdayakan, sembunyikan fakta• KhilafKhilaf fakta & khilaf undang-undang, perbezaan fahaman

Page 25: Aspek perundangan perniagaan

Pelepasan kontrak

Kontrak boleh dilepaskan/dibatalkan jika berlaku:

a) Dengan pelaksanaanb) Dengan persetujuanc) Dengan tiada kemungkinand) Dengan kemungkinan

Page 26: Aspek perundangan perniagaan

A. Dengan pelaksanaan• Melepaskan satu-satu kontrak setelah pelaksanaan

yang penuh telah berlaku mengikut tarikh, masa & tempat.

B. Dengan persetujuan• Kedua-dua pihak setuju secara bebas• Boleh juga buat kontrak gantian (novasi); baru ganti

lamaC. Dengan tidak kemungkinan• Kemusnahan perkara atau barang yang dikontrakkan• Kegagalan matlamat kontrak• Kematian atau ketidakupayaan seseorang• Timbulnya ketidaksahihan

Page 27: Aspek perundangan perniagaan

D. Dengan kemungkinan • Salah satu pihak gagal memenuhi janji pada

waktu yang ditetapkan• Salah satu pihak melakukan tugasan yang

berlainan daripada terma yang dipersetujui• Salah satu pihak ingin membatalkan terma

yang dikontrakkan terdahulu

Page 28: Aspek perundangan perniagaan

PEMULIHAN/REMEDI

Apabila satu pihak mungkir janji & menyebabkan kerugian kepada pihak satu lagi, maka pihak yang mengalami kerugian boleh menuntut pemulihan, ganti rugi & remedi.

Remedi/pemulihan yang dituntut :i. Tamatkan kontrakii. Ganti rugiiii. Pelaksanaan spesifikiv. Injuksiv. Quantum meruit

Page 29: Aspek perundangan perniagaan

KONTRAK JUALAN BARANG-BARANG (AKTA JUALAN BARANG-BARANG 1957)

Kontrak jualan barang- Kontrak bagi penjual memindahkan atau

bersetuju memindahkan hak milik barang kepada pembeli dengan suatu harga.

Barang sedia ada- Barang yang sudah dimiliki oleh penjualBarang masa hadapan- Barang yang diperoleh oleh penjual selepas

kontrak jualan dibuat

Page 30: Aspek perundangan perniagaan

TERMA KONTRAK

Syarat : • Tersurat (syarat jelas)• Tersirat (hak milik, jualan melalui perihalan,

kualiti & kelayakan, jualan melalui contoh)

Waranti :• Tersurat (waranti jelas)• Tersirat (milik aman/bebas gangguan, bebas

daripada bebanan/gadaian)

Page 31: Aspek perundangan perniagaan

Tersurat :- Nyata ; yang ditulis & diterangkan dengan jelas

Tersirat : - Tidak dinyatakan & tidak ditulis dalam perjanjian