asigmnt gru.doc hantar
DESCRIPTION
tugasan individuTRANSCRIPT
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)
FAKULTI PENGURUSAN DAN EKONOMI (FPE)
KAEDAH PENYELIDIKAN PENDIDIKAN (GRU6014)
TUGASAN INDIVIDU
KAJIAN LITRUTUR
(LITERATURE REVIEW)
FAKTOR PERMINTAAN TELEFON BIMBIT DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH
NAMA PENSYARAH : JAMAL@NORDIN BIN YUNUS
NAMA NO MATRIK EMAIL/NO TEL.
Mohd Fazley Bin Salian M20122001457 [email protected]/013-6363586
1
KANDUNGAN
Tajuk Muka surat
Penghargaan 3
FAKTOR PERMINTAAN TELEFON BIMBIT PELAJAR
2.0 Pendahuluan 4
2.1 Konsep permintaa 5
2.2 Faktor pengaruh harga pasaran 6 - 7
2.3 Faktor fungsi telefon bimbit 8 - 9
2.4 Faktor minat pelajar memiliki telefon bimbit 10 -11
2.5 Faktor ibubapa membelikan/menggalakan telefon bimbit pelajar 12 - 13
2.6 Faktor perkembangan Teknologi pengaruhi pelajar 14
Kesimpulan 15
Rujukan 16
2
PENGHARGAAN
Assalammualaikum dan salam sejaterah,
Terlebih dahulu saya memanjatkan kesyukuran kepada yang Maha Pencipta, kerana izin
dan kurnianya saya brjaya menyiapkan tugasan individu ini pada masa yang telah ditetapkan.
Ucapan jutaan terima kasih saya ucapkan kepada pensayarah penyelidikan dalam
pendidikan GRU (6014) Dr.Jamal@Nordin kerna telah banyak member bimbingan dan tunjuk
ajar dalam menyiapkan tugasan individu ini.
Ucapan terima kasih juga kepada rakan-rakan yang turut membantu saya dalam
mendapatkan sumber-sumber untuk menyiapkan tugasan individu ini.
3
2.0 PENDAHULUAN
Pada masa kini, wujudnya perkembangan industri telekomunikasi yang begitu pantas
dalam negara terutamanya dalam telefon mudah alih atau lebih dikenali sebagai telefon bimbit
untuk memudahkan cara berkomunikasi antara manusia dengan manusia yang lain samada di
desa mahupun di bandar. Telefon bimbit merupakan suatu alat komunikasi yang amat penting
dalam hidup masyarakat (Ripaee Arip, 1994: 7).
Telefon bimbit merupakan keperluan hidup manusia moden semasa ini. Statistik terkini
menunjukkan jumlah penduduk Malaysia seramai 27,484,000 orang, dan pengguna telefon
bimbit seramai 19,464,000, lebih kurang 70.8 peratus pada tahun 2006. Berdasarkan statistik
2009 diketahui lebih kurang 30.4 juta (10.6 peratus) Rakyat Malaysia melanggan khidmat telefon
bimbit.
Alaxander Graham Bell merupakan insan yang bertanggungjawab mencipta alat
telekomunikasi yang dinamakan sebagai telefon. Sejajar dengan dunia yang pesat berkembang
ini, telefon kini lebih mobil dan mudah dibawa ke mana-mana sahaja. Rekaannya juga semakin
menarik perhatian ramai umumnya remaja yang sentiasa mengejar kelainan. Jika diperhalusi,
penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar ini mendatangkan impak yang pelbagai.
Dengan adanya telefon bimbit, kita dapat menghubungi sesiapa sahaja walau dimana-
mana pun hatta berada di tempat yang sangat jauh. Selain itu, pengendali telefon bimbit juga
memperkenalkan perkhidmatan mesej pendek (SMS). Telefon bimbit juga semakin canggih
hingga boleh melayari laman web dan juga menggunakan perkhidmatan 3G. Kebanyakan ibu
bapa membeli telefon bimbit untuk anak-anak mereka kerana mudah dihubungi. Oleh itu, kita
dapat melihat ramai pelajar yang mempunyai telefon bimbit termasuklah murid-murid sekolah
rendah sehingga ianya menjadi satu trend atau budaya membawa telefon bimbit ke sekolah.
4
2.1 KONSEP PERMINTAAN
Menurut Adiwarman A. Karim (2007), permintaan barang merupakan faktor harga dari
komoditi pelbagai barang dan perkhidmatan yang akan menentukan beberapa jumlah komoditi
yang bersangkutan diminta oleh konsumen. Sebaliknya menurut Wilson Bangun (2007),
permintaan suatu barang pada tingkat harga tertentu. Pengguna dapat menentukan jumlah barang
yang dibeli bergantung pada harga barang tersebut. Pada umumnya, semakin tinggi harga suatu
barang, maka semakin sedikit jumlah permintaan keatas suatu barang tersebut. Sebaliknya,
semakin rendah harga suatu barang, maka semakin banyak jumlah permintaan keatas barang
tersebut, apabila factor tidak berpengaruh (catteries paribus) . Hipotesis seperti itu disebut
sebagai hukum permintaan. Dengan demikian, hukum permintaan (law of demand) adalah
hukum yang menjelaskan hubungan antara harga dengan jumlah permintaan ke atas suatu barang
(catteries paribus). Menurut Kerk Peck Hoon dalam buku Fundamental Economics edesi 2006
mendefinisikan konsep permintaan adalah merupakan kemampuan pengguna dalam membeli
sesuatu barang dan perkhidmatan pada tingkat harga yang berbeza dan kuantiti yang berbeza.
Namun dalam buku principal of economic Karunagaran Madhavan edesi 2007 mendefinisikan
permintaan atau konsep permintaan sebagai keupayaan atau kesanggupan untuk membeli jumlah
kuantiti sesuatu barang dan perkhidmatan mengikut harga pasaran.
Secara rumusanya konsep permintaan adalah keupayaan sesorang pengguna dalam
membeli sesuatu barang dan perkhidmatan berdasarkan nilai wang atau pendapatan yang
dimiliki. Hal ini menjelaskan bahawa seorang pengguna hanya boleh atau mampu membeli dan
memiliki suatu barang dan perkhidmatan apabila mereka mempunyai wang atau pendapatan.
Sebagai seorang pelajar permintaan terhadap barang dan perkhidamatan adalah terhad kerana
mereka tidak memiliki sumber pendapatan yang tetap. Oleh itu sekiranya mereka membeli dan
memiliki barang seperti telefon bimbit, mereka akan mendapatkan wang daripada pihak-pihak
tertentu terutamanya ibubapa mereka sendiri.
5
2.2 FAKTOR PENGARUH HARGA PASARAN
Harga adalah sejumlah wang yang harus diberikan sesorang untuk memperoleh barang
dan perkhidmatan (Abdullah. N.S, 1995:23), Warnandi (1998:10) mentakrifkan bahawa harga
adalah nilai tukar barang atau perkhidmatan yang dinyatakan dalam bentuk wang. Manakalah
menurut sastradipoera (2003:141) harga adalah hasil pertemuan dari tranksasi barang atau
perkhidmatan yang di lakukan oleh permintaan dan penawaran dan penmawaran di pasar.
Namun secara umumnya harga adalah merupakan jumlah sesuatu yang ditukarkan dalam barter
atau penjualanm, untuk memperoleh sesuatu yang lainya. Bintari Anwar (1993:91)
mendefinisikan bahawa harga adalah nilai satuan barang yang ditukar dengan wang atau jumlah
wang yang dibayar untuk memperoleh sesuatu barang atau perkhidmatan. Buchari Alma
(1992:36) harga adalah sasuatu nilai yang dicapai oleh penjual dan pembeli mengenai sasuatu
barang – barang.
Harga dipengaruhi oleh permintaan dan penawaran barang di pasaran. Menurut
Samuelson (Makroekonomi :1981), harga merupakan faktor ditentukan oleh interaksi antara
permintaan dan penawaran faktor produksi. Sebaliknya menurut Ricard Billas (1989:10&11),
teori harga mempunyai 2 faktor iaitu permintaan dan penawaran. Harga merupakan suatu
diantara banyak faktor penyaing dalam mikro ekonomi untuk mengetahui bagaimana harga
menjadi faktor bersama permintaan dan penawaran dan untuk mengetahui harga memainkan
peranan yang sangat penting. Menurut Alfred Marshall dalam bukunya Principle of Economic
tahun 1980, menyatakan bahawa harga ditentukan oleh kedua-duanya berasama-samanya iaitu
interaksi antara pengeluar dan pengguna atau istilah lain permintaan dan penawaran bersama-
sama atau dapat dikatakan bahawa kesimbangan output dari suatu komoditi adalah pada
keseimbangan antara harga permintaan dan penawaran.
6
Berdasarkan definisi harga yang dikemukakan, jelaslah menunjukan harga sangat
mempengaruhi permintaan sesuatu barang dan perkhidmatan. Oleh itu jelaslah faktor harga di
pasaran sangat mempengaruhi permintaan individu. Dalam konsep ekonomi, hubungan harga
dan permintaan adalah negatif, iaitu apabila harga barang di pasaran meningkat, permintaan ke
atas barang tersebut semakin berkurangan dan sebalkiknya. Berdasarkan konsep ini, permintaan
telefon bimbit adalah daripada kesan penurunan harga. Persaingan firma di pasaran sangat tinggi
mengakibatkan lambakan barang-barang di pasaran. Maka kewujudan telefon bimbit di pasaran
seakan tidak terkawal. Pelbagai model dan keluaran telah di hasilkan. Dari aspek ekonomi
sekiranya firma mengeluarkan barang yang banyak di pasaran akan memberi kesan penurunan
harga pasaran. Lambakan barang di pasaran boleh mengakibatkan perubahan harga. Kehendak
pengguna yang pelbagai ini memaksa firma bersaing untuk menghasilkn produk telefon bimbit
yang murah dan berkualiti. Kesanya harga telefon bimbit semakin rendah sehingga pelanggan
mampu membeli telefon bimbit serendah rm100 sahaja. Oleh itu peningkatan permintaan telefon
bimbit semakin ketara, khususnya dalam kalangan pelajar sekolah . fenomena ini mengakibatkan
wujud gejala atau budaya baru dalam kalangan pelajar sekolah. Mereka membawa telefon bimbit
ke sekolah bukan hanya untuk perhubungan tetapi untuk bergaya semasa berada di sekolah.
Kesanya mengakibatkan pelbagai masalah kepada pihak sekolah yang akan menganggu aktiviti
pembelajaran di sekolah.
Teori harga pasaran jelas menyatakan tentang kesanya terhadap permintaan barang. Oleh
itu sesuatu permintaan itu adalah bergantung dengan kuasa beli pengguna. Sebagai seorang
pelajar, mungkin mereka tidak memiliki sumber pendapatan yang lumayan. Mereka hanya
mendapatkan duit perbelanjaan dari ibubapa. Duit perbelanjaan tersebut mereka tabung sehingga
mereka mampu untuk membeli dan memiliki telefon bimbit. Harga yang murah memudahkan
pelajar membeli telefon bimbit. Maka dengan itu faktor harga sangat penting dalam
mempengaruhi permintaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar.
7
2.3 FAKTOR FUNGSI TELEFON BIMBIT
Kajian salah sebuah projek m-pembelajaran mendapati bahawa telefon bimbit
memainkan peranan yang penting dalam kehidupan pelajar sebagai alat untuk berkomunikasi dan
telah berjaya menarik minat golongan muda. Stead (2004) menyatakan bahawa ramai yang telah
tersalah anggap dan beranggapan proses pembelajaran menggunakan telefon bimbit adalah sama
dengan menggunakan komputer peribadi (hanya kerana saiz yang lebih kecil pada telefon
bimbit), tetapi penemuan projek m-pembelajaran menunjukkan bahawa model pembelajaran
yang berbeza diperlukan. Batasan teknologi di institusi pengajian dan kekurangan kawalan
terhadap waktu, jangka masa serta kaedah penggunaan m-pembelajaran menjadi faktor penyebab
model m-pembelajaran yang bersesuaian diperlukan.
Menurut Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri Sarawak, Fatimah Abdullah beliau
berkata, walaupun telefon bimbit memudahkan ibu bapa berkomunikasi dengan pelajar tetapi ia
juga akan memberi kesan secara langsung kepada persekitaran pengajaran dan pembelajaran di
sekolah (http://www.utusan.com.my). Melalui karya Nabil Johari, penggunaan telefon bimbit
memudahkan remaja untuk menghubungi keluarga di mana sahaja mereka berada. Di samping
itu, ia juga boleh merapatkan hubungan silaturahim dengan keluarga dan rakan-rakan sama ada
jauh atau dekat. Misalnya, melalui telefon bimbit 3G membenarkan mereka berbual sambil
melihat wajah pemanggil dan ini boleh mengubat perasaan rindu (http://www.rubiyah.net).
8
Penjelasan dalam kajian yang telah dilakukan dan perbincangan dalam media massa
menjelaskan bahawa telefon bimbit merupakan satu keperluan baru untuk alat perhubungan.
Sebagai seorang pelajar mereka memerlukan telefon bimbit untuk perhubungan terutamanya bagi
pelajar sekolah yang tinggal di asramah yakni berjauhan daripada ahli keluarga.
Walaubagaimanapun terdapat segelintir pelajar yang menggunakan telefon bimbit kea rah
negative seperti melawati laman lucah atau menangkap gambar-gambar yang tidak bermoral.
Oleh itu meskipun fungsi telefon bimbit mempengaruhi permintaan telefon bimbit dalam
kalangan pelajar, namun penggunaanya seakan tidak terkawal sehingga mendatangkan pelbagai
impak negative.
Faktor fungsi telefon bimbit bukanlah faktor utama yang menyumbang kepada
peningkatan permintaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar. Hal ini terbukti apabila didapati
pelajar-pelajar sekolah menggunakan telefon bimbit untuk tujuan yang tidak bermoral.
Penggunaanya sangat bercanggah dengan fungsi sebenar telefon bimbit. Maka dengan itu
jelaslah bahawa faktor ini merupakan faktor sampingan sahaja.
9
2.4 FAKTOR MINAT PELAJAR MEMILIKI TELEFON BIMBIT
Dalam kajian Hazimah Abdul Hamid, (2005: 7), perkhidmatan pesanan ringkas (SMS)
merupakan perkhidmatan yang menjadi “kegilaan” remaja masa kini. Bukan sahaja kerana
kosnya murah iaitu kebiasannya dalam 5 sen hingga 20 sen untuk satu perSMS. Melalui SMS ia
merupakan satu cara yang terbaik untuk berkomunikasi bagi remaja zaman sekarang. Daripada
kajian menunjukkan bahawa kebanyakan ibu bapa tidak tahu bahawa anak mereka membawa
telefon bimbit ke kawasan sekolah.
Sebaliknya Berdasarkan kepada hasil kajian melalui penyelidikan yang disiarkan dalam
akhbar “The Independent” menunjukkan penggunaan telefon bimbit paling membimbangkan
bagi kanak-kanak dan remaja, yang kebanyakannya menggunakan telefon pada lewat malam di
mana mereka memerlukan tidur yang mencukupi dalam kajian tersebut. Oleh itu, kegagalan
mendapat tidur yang mencukupi boleh membawa kepada perubahan mood dan personaliti,
kemurungan, kurang tumpuan dan persembahan akademik yang teruk
(http://www.bharian.com.my:80/Current_news/BH/Monday/Dunia/20080120215934/Article/
index_html).
Amalan membaca telah disedari kepentingannya oleh semua golongan sama ada ibu
bapa, pendidik, pentadbir dan masyarakat amnya. Membaca ialah suatu aktiviti yang boleh
membangunkan intelektual, membentuk pemikiran yang kreatif dan dinamis serta dapat
melahirkan masyarakat yang progresif (Shabibah Shaufit Affandi, 1999: 1). Hal ini turut jelas
apabila 60% remaja lebih gemar berbalas-balas SMS berbanding membaca buku. Ini
menunjukkan gambaran bahawa telefon bimbit memberikan banyak pengaruh dalam kehidupan
mereka (Alex Wong, Berita Harian : 15 Februari 2003: 8).
10
Namun demikian, menurut Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan
(NUTP), Ismail Nihat, terdapat pandangan mengatakan bahawa pelajar lebih suka menghabiskan
masa dengan permainan dalam telefon bimbit serta melanggar disiplin seperti mengambil
gambar tidak sopan (Azran Jaffar, Berita Minggu: 22 Januari 2006).
Ini menunjukkan bahawa kebanyakan pelajar sekolah memiliki telefon bimbit sendiri.
Namun, aspek pengiklanan juga adalah faktor-faktor yang menarik minat remaja menggunakan
telefon bimbit. Pengiklanan merupakan suatu aspek yang penting kerana ia merupakan panduan
kepada pengguna untuk mengetahui keluaran sesuatu produk atau perkhidmatan di pasaran
(Suzana Mohamed, 1999: 2).
Jika diteliti, hakikat sebenar minat pelajar terhadap telefon bimbit sangat tinggi. Mereka
berminat menggunakan telefon bimbit kerana SMS iaitu pesanan ringkas. Disamping itu mereka
berminat dengan game dan gambar-gambar yang mereka upload sendiri. Faktor minat ini telah
menyumbang kepada peningkatan permintaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar. Sikap
mereka yang ingin mengetahui dan mengenali sesuatu yang baru telah membuka minat mereka
untuk memiliki telefon bimbit. Kepelbagaian reka bentuk, warna dan model telefon bimbit telah
menarik minat mereka untuk membeli dan memiliki telefon bimbit. Oleh itu jelaslah faktor minat
juga turut mengakibatkan peningkatan permintaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar
sekolah.
11
2.5 FAKTOR IBUBAPA MEMBELIKAN TELEFON BIMBIT PELAJAR
Terdapat remaja yang sanggup tidak berbelanja wang saku yang diberikan oleh ibu-
bapa hanya semata mata mahu berjimat untuk membeli prabayar (prepaid) telefon masing-
masing. Ini memberikan gambaran awal betapa terpengaruhnya telefon bimbit dalam dunia hari
ini terutamanya dalam kalangan remaja yang bergaya memiliki telefon bimbit yang canggih dan
terkini (Syakira Abdullah, 2003: 18).
Menurut Zalina Yahaya, seorang wartawan utusan kebanyakan ibu bapa mampu untuk
membelikan telefon bimbit kepada anak anak dengan alasan untuk mengawasi dan demi
keselamatan anak-anak di sekolah (http://www.utusan.com.my). Sebaliknya, pernyataan ini
seakan bercanggah dalam Utusan Malaysia, 20 Mei 2001, menurut pandangan Syed Hussein Al-
Atas, “kalau pembelian telefon bimbit lebih diutamakan, tandanya mereka tidak serius untuk
belajar. Ertinya mereka akan memikirkan untuk mencapai kelulusan sekadar lulus sahaja”
(http://www.utusan.com.my).
Namun demikian menurut Samat Buang, (2006: 8), semua orang dapat memiliki telefon
bimbit kerana ia murah dan harganya berpatutan. Menurut Bekas ketua Pengarah pendidikan ,
Tan Sri Abdul Rahman Arshad pula percaya penggunaan telefon bimbit juga akan menimbulkan
jurang pemisah antara pelajar miskin dan kaya hingga mencetus suasana yang tidak harmoni
(Utusan Malaysia Online: 14 Jan 2006). oleh yang demikian, memadai dengan telefon bimbit
yang sederhana tetapi boleh mendekatkan silaturahim dengan keluarga berbanding telefon mahal
tetapi hilang keberkatan (Syakira Abdullah, 2003: 18).
12
Gejala penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar bukan sahaja didorong oelh
minat mereka sendiri, malahan ibubapa turut member sokongan dan galakan. Ibubapa memberi
alasan untuk kemudahan perhubungan sekiranya perlu. Bagi ibubapa, anak-anak mereka perlu
memiliki telefon bimbit agar mereka boleh menghubungi mereka pada waktu-waktu tertentu.
Sesetengah pelajar terutamanya mereka yang bakal menduduki peperiksaan seperti PMR, SPM
dan STPM akan berada di sekolah sehingga waktu petang. Oleh itu ibubapa berpendapat mereka
perlu membekalkan anak-anak mereka dengan telefon bimbit untuk memaklumkan tentang kelas
tambahan. Hal ini memudahkan bagi ibubapa mengatur masa untuk mengambil anak-anak
mereka di sekolah. Mereka tidak perlu ke sekolah untuk menjemput anak-anak mereka pada
waktu tengah hari, sekiranya terlibat dengan kelas tambahan.
Faktor ibubapa menggalakan dan membelikan telefon bimbit untuk anak-anak mereka
merupakan faktor yang mendorong peningkataan permintaan telefon bimbit dalam kalangan
pelajar sekolah. Hal ini akan menyebabkan pelajar-pelajar lain ingin turut memiliki telefon
bimbit. Kesannya permintaan telefon bimbit semakin meningkat dari masa ke semasa.
13
2.6 FAKTOR PERKEMBANGAN TEKNOLOGI PENGARUHI PELAJAR
Menurut Mohd Zaidi Aziz (2002), dalam era globalisasi dan pasca modenisme ini,
perkembangan teknologi memerlukan setiap individu yang ingin maju dan ke hadapan supaya
menguasai maklumat dan ilmu pengetahuan teknologi. Sikap cintakan ilmu, budaya berbincang
dan semangat membaca perlu dipupuk di kalangan kepimpinan belia supaya maklumat yang
diperolehi memberikan keupayaan kepada mereka untuk memupuk “thinking capacity” atau
kemampuan berfikir dengan tepat.
Di negara ini, pelajar sekolah merupakan innovator, penerima dan pengadaptasi awal
teknologi. Bilangan pelajar yang berkomunikasi secara “on-line” atau SMS melebihi golongan
yang lain. Ramai di kalangan pelajar masa kini sudah menggunakan telefon bimbit bukan sahaja
untuk aktiviti sosial, malah sebilangannya memanfaatkan teknologi seperti telefon bimbit untuk
kepentingan ekonomi dan politik.
Perkembangan teknologi mengakibatkan perubahan fikiran dalam kalangan pelajar.
Sebagai pelajar mereka perlu untuk mengikuti perkembangan teknologi. Maka penemuan dan
ciptaan telefon yang canggih mendorong mereka untuk memiliki dan menggunakan telefon
bimbit. Pendapat pelajar, sekiranya mereka tidak mengetahui mnenggunakan telefon bimbit akan
menyebabkan mereka ketingalan dan menjadi bahan ejekan rakan-rakan yang lain.
Selain sikap ingin tahu pelajar, pencapaian teknologi dalam menghasilkan produk
telefon bimbit yang semakin banyak menyebabkan setiap kawasan dalam negara ini menjual
telefon bimbit. Lambakan telefon bimbit di pasaran mempengaruhi pelajar untuk membeli dan
memiliki telefon bimbit.
14
KESIMPULAN
Berdasarkan konsep ekonomi, faktor harga adalah merupakan faktor yang sangat
mempengaruhi permintaan individu. Jika dibandingkan mengenai harga telefon bimbit di pasaran
pada masa kini dan masa lepas sangat berbeza. Perubahan harga ini telah memberi kesan kepada
permintaan pengguna. Dari aspek barang elastic atau barang anjal, dapat dilihat bahawa peratus
perubahan harga lebih rendah daripada peratus perubahan kuantiti yang diminta. Fenomena ini
menunjukkan sekiranya harga barang berubah sedikit, kuantiti barang yang diminta adalah
banyak. Oleh itu, pendekatan ini boleh diaplikasikan dengan konsep harga telefon bimbit. Jika
harga telefon bimbit meningkat permintaan individu akan berkurangan dalam nilai yang banyak
dan sebaliknya. Sebagai seorang pelajar, mereka akan melihat harga telefon sebelum membeli
atau memilikinya. Kemampuan mereka untuk membeli telefon adalah terhad disebabkan
memiliki sumber pendapatan yang tidak tetap.
Walaupuan terdapat faktor-faktor lain yang mempengaruhi permintaan telefon bimbit,
namun pengaruh harga adalah faktor utama yang mendorong kepada peningkatan dalam
permintaan. Faktor – faktor lain hanyalah kesan sampingan. Hal ini dapat dijelaskan berdasarkan
perbezaan yang ketara dalam hubungkait konsep permintaan dan kunatiti barang.
15
RUJUKAN
Ainal Akmar Haji Ahmad (2004). Penggunaan Telefon Bimbit Sebagai Saluran Komunikasi Di
KalanganMahasiswa. Universiti Malaya: Tesis dan Disertasi.
Alex Wong (2003, 15 Februari). SMS Cinta Popular di kalagan Remaja. Berita Harian. Halaman
8.
Azman Che Man (2006, 23 Jan). Larangan guna telefon bimbit diyakini beri kesan positif.
Utusan Malaysia Online.
Azlina Azmi (2005). Industri Telekomunikasi Dan Tertumbuhan Ekonomi Malaysia. Universiti
Malaya: Tesis dan Disertasi .
Azran Jaffar dan Nasron Sira Rahim (2006, 22 Jan), Telefon Bimbit Lebih Memudaratkan
Pelajar. Berita Minggu Online.
Chong, Pui San, (1999). Analisis tahap kesetian dan kepuasan pengguna terhadap tiga jenama
telefon mudah-alih di Taman Ungku Tun Aminah, Johor. Universiti Teknologi Malaysia: Kertas
projek (Sarjana Muda Pengurusan (Teknologi).
Faizah Faiz (2007). Teknologi Telefon Bmbit Bergerak Sepantas Kilat. DEWAN SISWA.
Halaman: 36- 37.
Farisharman Haji Fauzi (1995). Faktor-Faktor Pemilihan Antara Telefon Mudah Alih dan Keluli
Kajian kes: Johor Bahru. Universiti Teknologi Malaysia: Projek Sarjana Muda.
16