asigment penggunaan alpikasi komputer 1

42
PPGPJJ SEMESTER 2 SESI 2014 /2015 BMP3093 (PROGRAM PENDIDIKAN JARAK JAUH) TAJUK ESEI BAHAGIAN A : DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. MATRIK SITI JAHARAH BT MUHAMAD D20121061352 PUSAT PEMBELAJARAN : (UPSI01 / A142PJJ) NAMA TUTOR E-LEARNING : DR. ADENAN BIN AYOB TARIKH SERAH : 15 .05. 2015 Dalam kurikulum pengajaran Bahasa Melayu sama ada untuk sekolah rendah mahupun menengah, penerapan pedagogi perlu diterapkan oleh guru demi memastikan murid memperoleh ilmu pengetahuan yang sistematik. Justeru, ciri pedagogi dan cara penerapannya wajar diketahui serta dikuasai oleh guru demi kematangan pengajaran, khususnya pada era teknologi maklumat dan komunikasi ini. Daripada pernyataan di atas, kemukakan perkara-perkara berikut: i. Terangkan TIGA ciri pedagogi yang terkandung dalam kurikulum pengajaran Bahasa Melayu sekolah rendah atau menengah. ii. Huraikan TIGA cara untuk penerapan pedagogi dalam pengajaran Bahasa Melayu secara sistematik bagi sekolah rendah atau menengah. PEMARKAHAN

Upload: siti-jaharah-muhamad

Post on 23-Jul-2015

60 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Asigment penggunaan alpikasi komputer 1

RIS

SEMESTER 1 SESI 2010/20

KOD & NAMA KURSUS

PPGPJJ SEMESTER 2 SESI 2014 /2015

BMP3093 (PROGRAM PENDIDIKAN JARAK JAUH)

TAJUK ESEI BAHAGIAN A :

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO. MATRIK

SITI JAHARAH BT MUHAMAD D20121061352

PUSAT PEMBELAJARAN : (UPSI01 / A142PJJ)

NAMA TUTOR E-LEARNING : DR. ADENAN BIN AYOB

TARIKH SERAH : 15 .05. 2015

Dalam kurikulum pengajaran Bahasa Melayu sama ada untuk sekolah rendah mahupun

menengah, penerapan pedagogi perlu diterapkan oleh guru demi memastikan murid

memperoleh ilmu pengetahuan yang sistematik. Justeru, ciri pedagogi dan cara

penerapannya wajar diketahui serta dikuasai oleh guru demi kematangan

pengajaran, khususnya pada era teknologi maklumat dan komunikasi ini.

Daripada pernyataan di atas, kemukakan perkara-perkara berikut:

i. Terangkan TIGA ciri pedagogi yang terkandung dalam kurikulum pengajaran

Bahasa Melayu sekolah rendah atau menengah.

ii. Huraikan TIGA cara untuk penerapan pedagogi dalam pengajaran Bahasa Melayu

secara sistematik bagi sekolah rendah atau menengah.

PEMARKAHAN

Page 2: Asigment penggunaan alpikasi komputer 1

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1. PENGENALAN 1

2. PEDAGOGI DALAM PENDIDIKAN 2

3. PENGETAHUAN ISI KANDUNGAN 4

4. PENERAPAN PEDAGOGI DALAM PENGAJARAN 6

5. PENDEKATAN PENGAJARAN 6

6. TEKNIK PENGAJARAN 8

7. STRATEGI PENGAJARAN 17

8. KESIMPULAN 21

9. RUJUKAN 23

Page 3: Asigment penggunaan alpikasi komputer 1

PENGENALAN.

Pedagogi ialah kajian mengenai pengajaran, khususnya pengajaran dalam pendidikan formal.

Dengan kata lain, ia adalah sains dan seni mengenai cara mengajar di sekolah. Secara umumnya

pedagogi merupakan mata pelajaran yang wajib bagi mereka yang ingin menjadi guru di sekolah.

Sebagai satu bidang kajian yang luas, pedagogi melibatkan kajian mengenai proses pengajaran

dan pembelajaran, pengurusan bilik darjah, organisasi sekolah dan juga interaksi guru-pelajar.

Dari segi etimologinya, perkataan Pedagogi datangnya daripada bahasa Yunani paidagogos,

hamba yang menghantar dan mengambil budak-budak pergi balik dari sekolah. (lihat Paideia.)

Perkataan “paida” merujuk kepada kanak-kanak, yang menjadikan sebab kenapa sebahagian

orang cenderung membezakan antara pedagogi (mengajar kanak-kanak) dan andragogi

(mengajar orang dewasa). Perkataan Yunani untuk pedagogi, pendidikan, adalah digunakan

dengan lebih meluas, dan seringkali kedua-duanya boleh ditukar guna.

Pedagogi moden selalunya membahagikan fungsi pengajaran kepada tiga bidang, yakni apa yang

dimaksudkan sebagai taksonomi Bloom. Menurut taksonomi bloom, pengajaran boleh terbahagi

kepada:

• Bidang Kognitif - Berkenaan dengan aktiviti mental seperti kefahaman, pengetahuan dan

analisa.

• Bidang Afektif - Berkenaan dengan sikap dan sahsiah diri.

• Bidang Psikomotor - Berkenaan dengan aktiviti fizikal seperti kemahiran hidup,

pertukangan, dan sukan.

Ketiga-tiga bidang ini nampaknya begitu tersendiri sifatnya, tetapi dalam keadaan pengajaran-

pembelajaran semula jadi, pengasingan ketiga perkara ini selalunya tidak wujud. Contohnya,

apabila seorang guru ingin mengajar seorang pelajar menulis, dia perlu mengajar pelajar itu cara

memegang pencil(bidang psikomotor); bentuk huruf dan maknanya(bidang kognitif); dan juga

harus memupuk minat untuk belajar menulis(bidang afektif).

1

Page 4: Asigment penggunaan alpikasi komputer 1

PEDAGOGI DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN

Seorang guru dalam menjalankan tugasnya sebagai pendidik di sekolah, perlu memiliki segala

ilmu tentang bagaimana ia harus mendidik anak. Guru bukan hanya sekadar terampil dalam

menyampaikan bahan ajar, namun di samping itu ia juga harus mampu mengembangkan sahsiah

anak, mengembangkan watak anak, dan mengembangkan serta mempertajam hati nurani anak.

Pedagogi merupakan ilmu yang mengkaji bagaimana membimbing anak, bagaimana sebaiknya

pendidik berhadapan dengan anak didik, apa tugas pendidik dalam mendidik anak, apa yang

menjadi tujuan mendidik anak. Pedagogi juga merupakan sains dan seni mengenai cara

mengajar di sekolah. Secara umumnya pedagogi merupakan mata pelajaran yang wajib bagi

mereka yang ingin menjadi guru di sekolah. Sebagai satu bidang kajian yang luas, pedagogi

melibatkan kajian mengenai proses pengajaran dan pembelajaran, organisasi sekolah dan juga

interaksi guru-pelajar. Berikut adalah ciri-ciri yang mesti diperoleh oleh seorang guru untuk

menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di dalam bilik darjah. Antara

ciri-ciri yang diperlukan ialah:

Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan

Berdasarkan pendapat Shulman (1987) yang memperkenalkan empat komponen atau konsep

Pedagogical Content knowledge atau pengetahuan Pedagogi Isi kandungan (PPIK) , jika mahu

menghasilkan guru yang cemerlang, berkesan, inovatif dan kreatif dalam pengajaran dan

pembelajaran. Empat komponen utama itu ialah pengetahuan tentang isi kandungan,

pengetahuan pedagogi, pengetahuan tentang murid dan pengetahuan tentang konteks. PPIK telah

diilhamkan oleh Shulman sebagai gabungan pengetahuan isi kandungan dan pengetahuan

pedagogi. PPIK adalah membentuk pengetahuan dan membezakan antara seorang guru yang

pakar dalam bidangnya dengan seorang bukan pakar dalam bidang tersebut.

Shulman (1987) juga mendefinisikan PPIK ialah pengetahuan Isi Kandungan secara pedagogi

yang berkesan dengan memahami konteks dalam persekitaran pembelajaran di dalam bilik darjah

berdasarkan pengetahuan ciri setiap pelajarnya dan pengetahuan tentang kepercayaan terhadap

pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang digunakan. Pengetahuan yang mantap tentang

sesuatu subjek diperlukan oleh guru semasa merancang kurikulum, rancangan pelajaran dan

2

Page 5: Asigment penggunaan alpikasi komputer 1

strategi instruksional berkaitan dalam menangani keperluan belajar bagi seorang murid.(

Shulman,1987).Seorang guru perlulah meningkatkan pengetahuan profesional mereka dalam

pengajaran. PPIK dapat membantu memperkasa pengajaran guru –guru Bahasa Melayu seperti

penggunaan bahasa yang mudah difahami ,pertuturan yang lancar dan sistematik. Setiap

penjelasan topik hendaklah disusun, diolah dan diubahsuai berdasarkan pelbagai kebolehan

pelajar. Dengan adanya PPIK guru-guru Bahasa Melayu dapat menyampaikan isi pelajaran

dengan lebih mudah dan berkesan. Selain itu ia juga memudahkan guru mempersembahkan

sesuatu topik atau konsep menggunakan analogi, ilustrasi, contoh ,penerangan dan demonstrasi

yang paling berkesan.

Pembinaan PPIK

PPIK dibina daripada dua mekanisme iaitu yang pertama kebijaksanaan guru menerusi

pemerhatian sebagai seorang guru dan murid tentang karier mereka dalam satu jangka masa

yang panjang. Kedua ialah melalui kajian tentang situasi yang terkawal dan penyelidik dalam

bidang pendidikan (Kastens 2004).PPIK berkembang melalui pembelajaran guru, pelaksanaan

dan refleksi serta kolaborasi dengan guru lain. Pembinaan PPIK menurut Shulman (1987)

,melibatkan beberapa langkah iaitu :

1. Kefahaman

2. Transformasi

3. Pengajaran

4. Penilaian

5. Refleksi

6. Kefahaman baru

3

Page 6: Asigment penggunaan alpikasi komputer 1

Pengetahuan Isi Kandungan

Kesediaan guru bahasa Melayu untuk menyampaikan bahan pengajaran merupakan perkara

utama dalam mengendalikan sesi pengajaran dan pembelajaran.Ini bermaksud seorang guru

Bahasa Melayu perlu mengetahui isi kandungan Bahasa Melayu, topik, peraturan, struktur

dalam menguji keberkesanan pengajarannya.

Pengetahuan substantif ialah pengetahuan tentang apa dalam fakta atau konsep yang digunakan

untuk menyusun idea dan maklumat tentang sesuatu tajuk.

Pengetahuan struktur sintatik, iaitu tentang bagaimana sesuatu perkara dibentuk dan dihasilkan

.Guru Bahasa Melayu perlu mengukuhkan kefahaman konseptual pelajar dengan menggunakan

contoh, analogi, hujah secara logikal dan menggunakan asas fakta. Setiap guru Bahasa Melayu

perlu menguasai ilmu tatabahasa dan ilmu pedagogi Bahasa Melayu bagi memudahkan pelajar

menguasai tajuk yang dipelajari.

Kesimpulannya pengetahuan isi kandungan mata pelajaran merupakan aspek penting dalam

pengajaran dan pencapaian murid. Tahap keberkesanan pengajaran Bahasa Melayu banyak

bergantung kepada pengetahuan isi kandungan subjek dan kemampuan guru mengurus masa

untuk dimanfaatkan sepenuhnya dalam pelajaran.

Pengetahuan Pedagogi Guru

Komponen pengetahuan pedagogi adalah merujuk kepada pengetahuan tentang prinsip-prinsip

dan kaedah mengajar , merangkumi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah seperti

pendekatan, kaedah atau teknik, strategi, kurikulum dan sukatan pelajaran pengujian dan

penilaian ,serta pemulihan dan pengayaan. Guru perlu menguasai pelbagai kemahiran ,pintar

lebih menguasai sesuatu tajuk daripada pelajar. Ciri-ciri pedagogi yang berkesan ialah dengan

menggunakan pelbagai pendekatan, kaedah, strategi dan teknik yang sesuai dan menimbulkan

suasana pembelajaran yang tidak membosankan kepada pelajar.

4

Page 7: Asigment penggunaan alpikasi komputer 1

Pendekatan Pengajaran.

Dalam pengajaran Bahasa Melayu banyak pendekatan yang boleh digunakan .Guru-guru boleh

memilih pendekatan yang sesuai dengan isi kandungan contohnya pengajaran secara deduktik,

induktif dan komunikatif.

Kaedah pengajaran.

Guru perlu menguasai dan mengetahui pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran serta

menggunakannya sesuai dengan aras pengetahuan pelajar yang hendak diajar. Kaedah

pengajaran berpusatkan murid menunjukkan keberkesanan yang lebih baik. Antara kaedah

pengajaran yang digunakan ialah inkuiri, perbincangan, sumbang saran, kajian kes, projek dan

sebagainya. Manakala pembelajaran murid.

Teknik pengajaran

Teknik pengajaran merupakan kemahiran guru dalam mengelola dan melaksanakan kaedah

mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Antara teknik pengajaran yang

digunakan ialah teknik bercerita, bersyarah, perbincangan, demonstrasi ,latih tubi, soal jawab,

sumbang saran dan permainan. Teknik-teknik pengajaran adalah kemahiran atau perkara-

perkara khusus yang terdapat dalam kaedah pengajaran. Jika seorang guru tidak menguasai

teknik-teknik tersebut maka matlamat kaedah tidak dapat dihasilkan.

Strategi pengajaran

Kepelbagaian murid dan latar belakang yang berbeza-beza menyebabkan seorang guru perlu

bijak mengatur strategi pengajaran mengikut kebolehan, pencapaian, kecenderungan serta minat.

Guru perlu merancang pendekatan dan kaedah yang akan digunakan untuk mengajar kumpulan-

kumpulan yang berbeza- beza ini. Di samping itu, setiap bilik darjah mempunyai halangan serta

rintangan –rintangan tersendiri seperti keadaan fizikal, kemudahan bilik darjah, nilai, norma serta

latar belakang sekolah pelajar. Lantaran itu seorang guru bukan sahaja perlu menguasai

berbagai-bagai kaedah mengajar tetapi yang lebih penting ialah bagaimana mengintegrasikan

5

Page 8: Asigment penggunaan alpikasi komputer 1

serta menyusun kaedah-kaedah itu untuk membentuk strategi pengajaran dan pembelajaran yang

paling berkesan dalam pengajarannya.

Pedagogi juga kadang-kadang merujuk pada penggunaan yang tepat dari strategi mengajar.

Sehubungan dengan strategi mengajar itu, kaedah mengajar diterapkan dan dipengaruhi oleh

latar belakang pengetahuan dan pengalamannya, situasi peribadi, lingkungan, serta tujuan

pembelajaran yang dirumuskan oleh peserta didik dan guru. Pendidikan adalah usaha yang

tersusun untuk mewujudkan suasana belajar dan proses pembelajaran agar pelajar dapat belajar

secara aktif dan seterusnya mengembangkan potensi dirinya untuk memiliki kekuatan spiritual

keagamaan, pengendalian diri, penerapan nilai murni, kecerdasan, akhlak mulia, serta

keterampilan yang diperlukan dirinya sendiri dan masyarakat.

PENERAPAN PEDAGOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.

PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Pendekatan merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran itu diajarkan untuk mencapai

objektifnya. Setiap pendekatan hendaklah mencerminkan satu pandangan atau pendapat tentang

hakikat satu matlamat pelajaran . Ia bertujuan untuk memudahkan murid menerima dan

memahami isi pelajaran yang disampaikan oleh guru. Dengan adanya pendekatan , guru dapat

membuat tanggapan asas yang akan dijadikan prinsip. Kita mempelajari sesuatu situasi itu secara

keseluruhan dan kemudian memperinci elemen-elemen situasi satu pandangan atau sebagai teori

pembelajaran, maka kita boleh menjadikannya sebagai satu pendekatan dalam sesuatu

pengajaran. Ini membawa maksud sesuatu pengajaran itu harus dimulakan dengan mengamati

keseluruhannya terlebih dahulu dan kemudian dikaji bahagian-bahagiannya.

Menurut pendapat Edward M.Anthony (1963), pendekatan ialah satu set andaian yang saling

berkait dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai unsur aksiomatik. Melalui

pendapat ini dapatlah kita merumuskan bahawa pendekatan harus berlandaskan kepada model ,

prinsip atau teori pembelajaran . Contohnya;

6

Page 9: Asigment penggunaan alpikasi komputer 1

• konkrit kepada abstrak

• mudah kepada kompleks

• keseluruhan kepada bahagian

• umum kepada spesifik (deduktif)

• spesifik kepada umum (induktif)

• dekat kepada jauh

• diketahui kepada belum diketahui

Pendekatan merupakan aksiomatik iaitu kenyataan yang dianggap benar tanpa memerlukan

sebarang bukti atau alasan. Pendekatan ini bolehlah dirumuskan sebagai satu teori pembelajaran

yang beraksiomatik dan diamalkan dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran berdasarkan

objektifnya. Terdapat beberapa pendekatan yang boleh digunakan dalam kelas khas.

Pendekatan Koperatif

Pendekatan koperatif merupakan program yang berstruktur yang menekankan penguasaan

kemahiran, konsep dan maklumat. Pendekatan pembelajaran koperatif memerlukan murid

bekerjasama ke atas setiap satu ahli dalam kumpulannya. Kaedah ini menyasarkan matlamat dan

pencapaian kumpulan yang hanya dapat dicapai jikalau semua ahli dalam kumpulan itu belajar

semua objektif yang diajar. Ada tiga konsep yang berkait dengan pendekatan ini iaitu, ganjaran

kumpulan, kebertanggungjawaban individu, dan peluang yang sama untuk berjaya. Melalui ini,

kumpulan akan mendapat pengiktirafan jika menunjukkan prestasi yang membanggakan. Oleh

itu , ahli dalam kumpulan bertanggungjawab membantu sesama mereka dalam kumpulan demi

untuk mengekalkan prestasi kumpulan mereka. Kaedah ini menunjukkan bahawa ganjaran

kumpulan dan kebertanggungjawaban individu merupakan elemen penting untuk menghasilkan

pencapaian kemahiran asas (Slavin, 1983). Dalam beberapa kajian, kesan atas pencapaian murid

adalah meningkat hasil daripada tanggungjawab individu dan matlamat kumpulan.

7

Page 10: Asigment penggunaan alpikasi komputer 1

Pendekatan Deduktif

Di sekolah guru mengajar murid menaakul secara deduktif dan induktif. Dari segi penaakulan

deduktif , guru sering mengajukan kepada murid dengan peraturan am dan membantu mereka

mengenal pasti contoh dan mengaplikasikan peraturan tadi. Dalam hal ini, dalam mata pelajaran

kemahiran hidup pun boleh dilaksanakan penaakulan seperti guru ingin murid menyatakan

apakah yang perlu kamu pakai untuk berkebun. Pelajar akan menyatakannya serta memberi

contoh dan berupaya pula mengaplikasikannya apabila hendak berkebun. Ringkasnya prestasi

murid selepas memberi contoh itu membawa kepada inferens bahawa murid telah menemui

peraturan yang perlu untuk menyelesaikan dan peraturan ini boleh digeneralisasikan kepada

situasi baru yang mempunyai kaitan yang sama.

Pendekatan Bermain Sambil Belajar

Kaedah bermain adalah kaedah pembelajaran yang mendekatkan diri pelajar kepada pengalaman

sebenar secara langsung, terutama apabila mengajar konsep atau kemahiran. Apabila digunakan

secara berkesan boleh menambah tindak balas murid dan kepekaan kepada perasaan orang lain,

iaitu murid tidak akan dapat memahami atau mengaplikasikan prinsip yang dipelajari dengan

berkesan dan bermakna kecuali diberi peluang menyaksikan sendiri situasi sebenar dan menilai

hasil aplikasi mereka dalam situasi bermasalah. Murid berpeluang dan boleh mempertingkat

kebolehan empati, menambah kepekaan proses interaksi dan memiliki kebolehan menganalisis

situasi secara objektif.

TEKNIK PENGAJARAN

Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu selalunya tidak menyeronokkan dan biasanya

membosankan murid. Keadaan ini berlaku kerana teknik pengajaran guru yang tidak dapat

menarik perhatian murid untuk terus mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran. Guru tidak

menggunakan bahan bantu belajar untuk menarik minat murid dan guru biasanya menggunakan

teknik yang konvensional (cara lama) dan tidak berpusatkan murid.

Oleh sebab itu, guru-guru haruslah menukar teknik pengajaran dan pembelajaran yang lebih

menarik dengan mengaplikasikan teknik-teknik seperti improvisasi, main peranan, teater

8

Page 11: Asigment penggunaan alpikasi komputer 1

bercerita, permainan bahasa dan bercerita. Teknik yang dicadangkan ini juga berpusatkan murid

dan menggalakkan mereka menggunakan bakat, kreativiti dan pengetahuan sedia ada murid

dalam menjalankan aktiviti di dalam kelas.

Pemilihan teknik haruslah berasaskan kepada kriteria tertentu seperti gaya pembelajaran murid,

tajuk pengajaran, jenis pengetahuan atau kemahiran yang hendak disampaikan, tahap pencapaian

murid, persekitaran pembelajaran, nilai dan sikap yang ingin dipupuk.

TEKNIK-TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

Menurut Kamus Dewan (edisi keempat), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu hasil seni

seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya. Menurut Edward M. Anthony mendefinisikan

teknik adalah satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru yang mencapai

hasl segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu.

Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya Pengajian Melayu

III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai pengendalian suatu organisasi yang

benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif.

Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan bahan-bahan

pengajaran yang telah dipilih untuk murid-muridnya. Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan

kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dianuti.

Mengikut Azman Wan Chik (1987) teknik itu apa yang dilihat dalam bilik darjah. Kalau guru

mengajar bahasa dengan menggunakan alat-alat komunikasi canggih dalam makmal bahasa,

maka itu satu teknik. Tujuan sesuatu teknik yang guru aplikasikan di dalam bilik darjah ialah

untuk menarik minat murid, mengekalkan perhatian, serta membangkitkan rasa ingin tahu murid

akan sesuatu tajuk atau isi pelajaran yang akan dan sedang dilaksanakan.

9

Page 12: Asigment penggunaan alpikasi komputer 1

TEKNIK IMPROVISASI

Pengenalan Improvisasi

Improvisasi ialah aktiviti lakonan spontan dalam situasi yang tidak dirancang. Ia boleh

mengisahkan sesuatu kejadian atau situasi dalam kehidupan harian atau imaginasi. Murid

berperanan mencipta dialog dan melakukan sesuatu aksi secara spontan mengikut arahan yang

ditetapkan atau berdasarkan daya imaginasi atau kreativiti mereka sendiri.

Aktiviti improvisasi dapat menjadi satu latihan untuk meningkatkan daya imaginatif dan kreatif

murid dalam menggunakan bahasa yang baik dan berkesan. Aktiviti ini juga dapat melatih murid

sentiasa bersedia memberikan tindak balas spontan apabila diperlukan. Improvisasi juga dapat

meningkatkan daya penghayatan murid agar lebih peka terhadap objek, situasi dan peranan yang

ditentukan.

Langkah-langkah Improvisasi

i. Guru memberi rangsangan sama ada berdasarkan situasi, objek watak, petikan cerita atau

gambar.

ii. Murid diberi masa untuk berbincang dalam kumpulan kecil.

iii. Setelah murid benar-benar yakin , barulah mereka dikehendaki beraksi di hadapan kelas.

iv. Guru tidak perlu menyedarkan murid mengenai penonton kerana ini untuk membentuk

keyakinan murid beraksi.

v. Ahli kumpulan sebaiknya ditukar ganti supaya pergaulan social murid lebih luas.

vi. Guru perlu membimbing murid dengan bijak tanpa mematahkan minat mereka untuk

berimprovisasi.

10

Page 13: Asigment penggunaan alpikasi komputer 1

TEKNIK MAIN PERANAN

Pengenalan Main Peranan

Main peranan merupakan satu situasi yang melibatkan murid memegang sesuatu peranan, sama

ada sebagai dirinya sendiri atau individu lain, dan kemudian bertindak atau beraksi sebagaimana

yang dikehendaki oleh situasi yang telah ditentukan. Main peranan kadangkala disebut juga

sebagai ‘ambil peranan’ atau ‘sosiodrama’ yang mementingkan interaksi individu serta

kumpulan dan dikelolakan dalam situasi kumpulan.

Main peranan sebagai individu lain memerlukan murid memainkan peranan berdasarkan tokoh,

pekerjaan , kedudukannya dalam masyarakat atau pertubuhan tertentu. Oleh kerana peranan yang

diberikan berbeza dari pengalamannya yang sebenar, para murid hendaklah diberi peluang

menyediakan atau mendapat maklumat yang lengkap tentang peranan tersebut sama ada melalui

pembacaan atau membuat rujukan kepada sumber-sumber tertentu. Di samping itu, guru boleh

juga menyediakan maklumat tersebut mengikut keperluan.

Langkah-langkan Main Peranan

i. Guru mewujudkan satu situasi yang bermasalah yang disediakan

ii. Guru menerangkan secara ringkas mengenai objektif lakonan, watak-watak yang terlibat

dalam situasi itu dan tempoh berlakon

iii. Guru memilih murid-murid yang berminat menjadi pelakon-pelakon.

iv. Murid-murid dikehendaki memikirkan dan mengemukakan cara penyelesaian masalah yang

timbul dalam situasi .

v. Guru berbincang dengan murid tentang prestasi pelakon-pelakon dan cara menyelesaikan

masalah

vi. Guru membimbing murid-murid membuat rumusan.

11

Page 14: Asigment penggunaan alpikasi komputer 1

TEKNIK TEATER BERCERITA

Pengenalan Teater Bercerita

Melalui teater bercerita, teknik ini melibatkan beberapa orang murid yang membaca skrip

sesebuah cerita di hadapan kelas. Teater bercerita mengutamakan penggunaan suara, sebutan,

gerak badan dan mimik muka sahaja. Murid dapat memahami, menghayati dan merasakan cerita

itu seolah-olah sedang berlaku di hadapan mereka. Murid lain boleh mencatat maklumat penting

berdasarkan aktiviti yang dijalankan.

Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, dan prosa klasik. Teater Bercerita melibatkan

seorang pencerita dan digabungkan dengan beberapa orang pelakon. Pencerita akan

menyampaikan cerita, dan pelakon beraksi mengikut watak dalam cerita tersebut. Guru atau

murid boleh menyediakan skrip terlebih dahulu. Murid lain boleh mencatat maklumat

berdasarkan arahan guru. Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, novel, dan prosa klasik.

Melibatkan seorang pencerita dan digabungkan dengan beberapa orang pelakon.

Langkah-langkah Teater Bercerita.

i. Guru atau murid boleh menyediakan skrip terlebih dahulu.

ii. Murid diberi peluang membaca cerita terlebih dahulu.

iii. Murid lain boleh mencatat maklumat berdasarkan arahan guru.

iv. Murid akan menyampaikan cerita, dan murid lain beraksi mengikut watak dalam cerita

tersebut.

v. Guru dan murid memberi ulasan berdasarkan aktiviti teater bercerita tersebut.

TEKNIK PERMAINAN BAHASA

Pengenalan Permainan Bahasa

Permainan bahasa adalah salah satu cara dalam mempelajari bahasa melalui teknik permainan.

13

Page 15: Asigment penggunaan alpikasi komputer 1

Penglibatan dalam permainan telah memberi peluang kepada murid memperoleh latihan intensif,

pembelajaran bermakna dan sebagai alat diagnostik. Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan

menggunakan pelbagai kemahiran berbahasa murid antaranya kemahiran mendengar, bertutur,

membaca dan menulis.

Teknik ini sesuai digunakan pada semua peringkat pembelajaran bahasa, iaitu daripada peringkat

sekolah rendah hingga ke peringkat sekolah menengah. Teknik ini juga adalah satu strategi

pengajaran yang sesuai digunakan pada pelbagai tahap pencapaian murid. Permainan bahasa

bukanlah merupakan aktiviti tambahan untuk bergembira semata-mata, tetapi ia boleh

digolongkan dalam pengajaran dan pembelajaran yang berhasrat memberi peluang kepada murid

mengaplikasikan kemahiran bahasa yang telah dipelajari di dalam bilik darjah. Permainan bahasa

merupakan aktiviti yang dirancang dalam pengajaran dan ada hubung kaitnya dengan kandungan

isi pelajaran secara langsung atau tidak langsung.

Langkah-langkah Permainan Bahasa

i. Secara Berkumpulan

Permainan bahasa boleh dilaksanakan dalam kumpulan-kumpulan kecil.. Bilangan ahli dalam

satu-satu kumpulan adalah penting dalam menentukan kelancaran permainan. Jika bilangan

murid dalam sesebuah kelas terlalu ramai, guru hendaklah membahagikan murid dalam banyak

kumpulan.

ii. Secara Berpasangan

Aktiviti berpasangan merupakan satu bentuk gerak kerja yang efektif dalam melibatkan

penyertaan murid. Permainan bahasa secara berpasangan boleh memberikan lebih banyak

peluang latihan mendengar dan bertutur. Guru lebih mudah untuk mengawal pasangan murid.

iii. Secara Individu

Permainan secara individu amat sesuai untuk aktiviti pengayaan. Cara ini biasanya dilakukan

untuk murid yang pintar dan cerdas serta telah menyiapkan tugas yang diberikan oleh guru dalam

sesuatu masa tertentu.

14

Page 16: Asigment penggunaan alpikasi komputer 1

TEKNIK BERCERITA

Pengenalan Bercerita

Bercerita merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan

berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian murid.

Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat disampaikan.

Bercerita juga dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan

menulis di kalangan murid. Teknik Bercerita merupakan salah satu pendekatan yang sesuai

digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat

menarik minat dan perhatian murid.

Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan, kemuncak dan

kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan, suara, gerak laku dan

kawalan mata. Suara memainkan peranan yang penting dimana ia harus dikawal supaya jangan

mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan.

Teknik bercerita bertujuan untuk mencernakan daya kreatif dan imaginasi murid. Selain itu ia

dapat melatih murid dengan pelbagai kemahiran dan kecekapan bahasa terutamanya kemahiran

lisan iaitu mendengar dan bertutur. Guru yang menggunakan teknik ini boleh menggalakkan

murid berkomunikasi dengan berkesan dari segi sebutan, nada, intonasi dan ekspresi atau mimik

muka mereka.

Langkah-langkah Bercerita

i. Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid-murid.

ii. Kemudian, sesuaikan pula dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan.

iii. Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek bahasa.

iv. Hafal frasa atau ayat-ayat penting.

15

Page 17: Asigment penggunaan alpikasi komputer 1

v. Latih bercerita seolah-olah guru berada di hadapan murid-murid sekurang-kurangnya sekali

sebelum menggunakan teknik ini.

vi. Guru bercerita dalam keadaan yang selesa.

vii. Guru boleh menggunakan gambar, objek-objek sebenar atau lain-lain

Bahan Bantu Mengajar.

viii. Sediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat yang berkaitan dengan aspek-aspek

bahasa yang hendak disampaikan.

TEKNIK IMPROVISASI

Pengenalan Improvisasi

Menurut Kamus Dewan ( edisi keempat) improvisasi bermaksud perihal (perbuatan)

melaksanakan atau membuat sesuatu tanpa persediaan awal,secara spontan, atau dengan

menggunakan bahan-bahan yang ada sahaja.

Improvisasi sering dilaksanakan dalam pendidikan. Teknik ini digunakan dalam pengajaran dan

pembelajaran di dalam bilik darjah, khususnya pengajaran bahasa. Melalui aktiviti improvisasi

kanak-kanak dirangsang untuk berinteraksi secara spontan berdasarkan simulasi yang

diwujudkan oleh guru. Kanak-kanak juga digalakkan membina dialog sendiri serta mencipta

situasi yang difikirkan sesuai dengan rangsangan yang disediakan. Melalui improvisasi juga,

daya imaginasi dan kreativiti kanak-kanak dicerna secara maksimum.

Teknik improvisasi ialah teknik lakonan spontan yang dilakukan dengan aksi dan dialog dibina

sendiri oleh pelakon/ murid. Teknik ini memerlukan murid mencipta satu idea baru berdasarkan

idea yang sedia ada melalui kreativiti tersendiri. Improvisasi memerlukan murid mempunyai

imaginasi dan kreativiti yang tinggi.

Menurut Som Hj. Nor (1994), Improvisasi membawa maksud bertindak balas secara spontan

terhadap situasi yang tidak dijangka. Improvisasi boleh dijalankan berdasarkan situasi, gambar,

watak dan petunjuk.

16

Page 18: Asigment penggunaan alpikasi komputer 1

Tujuan utama improvisasi adalah untuk melatih murid menggunakan unsur bahasa, unsur para

linguistik (jeda, nada dan intonasi) dan bukan linguistik (mimik muka, gerak tangan, kepala dan

dll) dengan berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa atau perbuatan. Penggunaannya dapat

mendorong dan merangsang murid untuk menghubungkan perasaannya dengan mata pelajaran

yang dipelajarinya. Murid bebas meluahkan sesuatu, membuat penemuan, memberi dan

berkongsi sesuatu. Improvisasi dapat menimbulkan keseronokan dan keberkesanan pembelajaran

kepada murid, di samping dapat menyuburkan sahsiah murid.

STRATEGI

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, tiada satu kaedah dan strategi yang khusus dan

terbaik boleh diaplikasikan di dalam kelas yang mempunyai kepelbagaian murid terutamanya

murid berkeperluan khas. Ia terpulang kepada daya kreativiti guru dan kesesuaian kehendak

murid untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran pada ketika itu. Ini kerana tahap

penerimaan murid terhadap bahan yang diberikan ada berbagai-bagai iaitu ada yang cepat,

sederhana dan ada yang lambat.

Faktor kecerdasan mempengaruhi daya serap murid terhadap bahan pelajaran yang diberikan

oleh guru. Oleh yang demikian, dalam sesi pembelajaran, guru seharusnya memiliki strategi dan

kaedah yang khusus agar murid dapat belajar secara lebih efektif dan efisien. Justeru itu, strategi

pengajaran dan pembelajaran yang digunakan di dalam kelas pendidikan khas boleh

diklasifikasikan mengikut tumpuan kepada tiga unsur utama iaitu:

• Strategi pemusatan guru

• Strategi pemusatan murid, dan

• Strategi pemusatan bahan pelajaran

17

Page 19: Asigment penggunaan alpikasi komputer 1

Strategi Pemusatan Guru

Strategi pemusatan guru merupakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang telah lama

diamalkan dalam bilik darjah. Di bawah strategi pengajaran dan pembelajaran ini, guru

memainkan peranan yang utama. Di dalam kelas, gurulah yang menguasai dan mengawal segala

aktiviti pelajaran iaitu guru banyak memberi penerangan dan pelajar hanya duduk mendengar.

Brophy (1978) , menyatakan bahawa pengajaran pemusatan guru merupakan pendekatan yang

mudah dirancang dan diurus, membekalkan model untuk pemikiran yang betul dan mengelakkan

suasana elitis yang sering dikaitkan dengan kaedah kumpulan. Kaedah pengajaran secara kelas,

demontrasi atau tunjuk cara, bercerita, kaedah penyoalan dan pengajaran berpasukan adalah

kaedah yang menjadi pertimbangan semasa menggunakan strategi pemusatan guru.

Ciri–Ciri Strategi Pemusatan Guru

• Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru memainkan peranan yang penting

sedangkan murid berperanan sebagai penonton sahaja.

• Komunikasi dan interaksi di antara guru dan murid adalah sehala. Guru banyak bercakap

dan murid banyak mendengar.

• Ciri kepimpinan guru bersifat autokratik. Murid tidak berpeluang menyumbangkan

pendapat mereka. Guru banyak bertindak mengawal dan memberi arahan.

• Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih mengutamakan pencapaian objektif

pengajaran guru.

• Penyebaran ilmu pengetahuan lebih diutamakan daripada penyuburan nilai murni atau

perkembangan emosi.

• Strategi ini mementingkan pencapaian murid berdasarkan keputusan ujian dan

peperiksaan.

• Teknik mengajar guru ditumpukan kepada penyampaian fakta-fakta secara menghafal.

18

Page 20: Asigment penggunaan alpikasi komputer 1

Pembelajaran murid banyak berbentuk mengingat dan menghafal dan kurang berupaya membuat

interpretasi.

• Interaksi di antara murid adalah pasif dan sifat-sifat sosial yang positif kurang dapat

dipupuk.

• Mementingkan pengelolaan kaedah keseluruhan kelas. Perbezaan murid dari segi

kebolehan dan minat tidak diberikan perhatian.

• Di bawah strategi ini, murid menjadi kurang kreatif dan berinisiatif.

Strategi Pemusatan Murid

Di bawah strategi berpusatkan murid ini, murid memainkan peranan yang penting dalam proses

pembelajaran. Mengikut strategi ini, murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti

pembelajaran mereka. Di dalam bilik darjah, guru merupakan seorang pemimpin yang memandu

murid menjalankan aktiviti pembelajaran, sama ada secara kumpulan ataupun individu. Dalam

proses pengajaran dan pembelajaran, lebih banyak masa akan diperuntukkan kepada aktiviti

pembelajaran murid. Kaedah kumpulan, lawatan, bermain, simulasi atau main peranan dan

pengajaran individu adalah kaedah yang menjadi pertimbangan semasa menggunakan strategi

pemusatan murid terutamanya murid di dalam kelas.

Ciri–Ciri Strategi Pemusatan Murid

• Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, murid memainkan peranan yang penting

sedangkan peranan guru merupakan pemimpin yang membimbing murid menjalankan aktiviti

pembelajaran.

• Komunikasi dan interaksi di antara guru dan murid adalah secara dua hala.

• Ciri kepimpinan guru bersifat demokratik. Murid digalakkan memberi pendapat mereka.

• Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih mengutamakan pencapaian objektif

pembelajaran murid.

19

Page 21: Asigment penggunaan alpikasi komputer 1

• Peluang interaksi di antara murid adalah banyak dan sifat-sifat sosial yang positif seperti

tolong-menolong, berkerjasama dan bertolak ansur jelas dapat dipupuk.

• Strategi ini mementingkan pengelolaan kaedah kumpulan. Perbezaan murid dari segi

kebolehan dan minat diberikan perhatian.

• Di bawah strategi pemusatan murid, lazimnya murid menunjukkan sifat kreatif dan

berinisiatif.

Strategi Pemusatan Bahan

Bahan pelajaran memainkan peranan yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Dengan menggunakan strategi ini, guru boleh menyampaikan pelajarannya dengan lebih mudah,

menarik serta berkesan manakala murid pula boleh memahami pelajaran dengan lebih bermakna

serta boleh menjalankan aktiviti pembelajaran dengan secara sendiri atau secara kumpulan tanpa

kehadiran guru. Bahan pelajaran yang digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran biasanya

boleh dikategorikan kepada dua iaitu:

Bahan pengajaran

Bahan yang digunakan oleh guru seperti carta, model, graf, peta, gambar, slaid, radio, perakam

pita, video, televisyen dan projektor.

Bahan pembelajaran

Bahan yang digunakan oleh murid dalam aktiviti pembelajaran seperti kad aktiviti, kad

cantuman, lembaran kerja, pembilang, bahan bercetak dan komputer. Penggunaan komputer

sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran juga telah semakin berkembang dalam program

pendidikan khas. Gearheart dan Gearheart (1989), Hawkridge dan Vincent (1992) serta Mather

dan Bos (1994), sependapat menyatakan bahawa murid bermasalah pembelajaran dan tingkah

laku memperolehi pengetahuan dan kemahiran baru melalui kaedah literasi komputer. Ia

mungkin disebabkan oleh kaedah ini memaparkan sesuatu yang baru dan menarik perhatian.

20

Page 22: Asigment penggunaan alpikasi komputer 1

Ciri–Ciri Strategi Pemusatan Bahan

• Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, bahan pengajaran memainkan peranan yang

penting. Guru atau murid perlu bergantung sepenuhnya kepada penggunaan bahan pelajaran

untuk mencapai objektif pengajaran.

• Lebih mengutamakan kecekapan dan kemahiran menggunakan bahan pelajaran untuk

mencapai objektif pengajaran.

• Dapat membantu murid memahami konsep yang abstrak dengan lebih jelas di samping

memupuk semangat berdikari dengan menjalankan aktiviti pembelajaran tanpa kehadiran atau

pertolongan guru.

• Sifat-sifat sosial yang positif dapat dipupuk melalui kaedah kumpulan yang melibatkan

penggunaan bahan pembelajaran.

• Mementingkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang bermakna melalui pengalaman

yang sebenar. Dengan adanya ilmu pengetahuan yang abstrak dapat dikaitkan dengan situasi

yang konkrit

Ketiga-tiga strategi ini saling berkaitan di antara satu sama lain di samping perlunya kemahiran

dan kreativiti seseorang guru itu untuk memilih, merancang, menyusun dan menguruskan kaedah

serta teknik mengajar dalam objektif pelajaran pada peringkat optimum. Ketiga-tiga strategi yang

dinyatakan sememangnya mempunyai kelebihannya sendiri. Namun begitu, strategi pemusatan

murid adalah yang paling ideal dalam melaksanakan kaedah pengajaran dan pembelajaran di

dalam kelas.

KESIMPULAN

Pengajaran merupakan aktiviti intelek. Ia melibatkan pemikiran, perasaan, dan penilaian.

Pengajaran juga merupakan satu sistem aktiviti yang ditujukan kepada pelajar-pelajar dengan

harapan akan membawa perubahan tingkah laku di kalangan mereka. Terdapat dua jenis

pengajaran iaitu pengajaran terkini dan tradisional. Proses pengajaran sekarang adalah

berpusatkan kepada murid bersesuaian dengan era globalisasi yang menuntut perubahan dalam

setiap aspek termasuklah dalam bidang pendidikan. Teknologi yang digunakan haruslah selari

Page 23: Asigment penggunaan alpikasi komputer 1

dengan perubahan semasa. Oleh itu, dalam perancangan pengajaran, pendekatan, kaedah, teknik

dan alat serta sumber yang digunakan haruslah bersesuaian dengan tahap kebolehan pelajar

zaman sekarang bagi memastikan objektif dan matlamat pengajaran dapat dicapai dengan

cemerlang. Ianya bagi melahirkan insan yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak

mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta dapat memberi

sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara bertepatan

dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Berbanding dengan pengajaran tradisional, ianya lebih

berpusatkan guru. Guru banyak memberikan input serta ilmu tanpa memberi ruang kepada

pelajar untuk berfikir dan melibatkan secara aktif. Komunikasi satu hala yang dilaksanakan oleh

guru tidak bersesuaian memandangkan pengetahuan serta pengalaman pelajar tidak dapat

dikembangkan dengan baik kerana pelajar tidak berpeluang untuk berfikir secara kreatif. Pelajar

merupakan pembina ilmu yang aktif. Oleh itu, penglibatan pelajar di dalam satu-satu pengajaran

adalah penting bagi membantu penerapan nilai-nilai murni di dalam diri pelajar itu sendiri dan

memastikan proses pengajaran berlangsung secara efektif. Kepentingan menggunakan variasi

pendekatan, teknik, strategi dan kaedah mengajar dalam situasi pengajaran ialah untuk

menarik perhatian murid. Dengan teknik dan kaedah pengajaran yang kreatif, murid akan

berasa seronok dan secara tidak langsung mereka akan memberi perhatian terhadap apa yang

ingin disampaikan oleh guru. Kaedah dan teknik juga penting untuk mengekalkan perhatian

murid terhadap sesi pengajaran guru. Apabila murid tertarik dengan kaedah dan teknik mengajar

yang digunakan oleh guru, perhatian murid akan dapat dikekalkan sepanjang sesi pengajaran

dan pembelajaran. Selain itu juga, pemilihan kaedah dan teknik yang sesuai boleh

membangkitkan rasa ingin tahu dalam diri murid. Contohnya seorang guru menggunakan teknik

bercerita untuk mengajar, murid akan tertanya-tanya apakah pengakhiran cerita tersebut.

Kesinambungan atau hubungan antara pendekatan, kaedah, teknik serta strategi merupakan

sebuah pedagogi yang perlu dikuasai oleh guru supaya sesi pengajaran dan pembelajaran dapat

dijalankan dengan berjaya. Murid-murid dapat menerima manfaat dari penguasaan pedagogi

guru-guru dengan menerima kaedah pembelajaran dengan baik dan sempurna. Penggunaan

pedagogi dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah membolehkan

guru melatih murid-murid menajamkan sensitiviti mereka, meningkatkan kefahaman dan

amalan terhadap nilai murni masyarakat dan budaya mereka, menanamkan jati diri bangsa, serta

memperkembangkan daya imaginasi, kreativiti, konsentrasi, yakin diri serta kemahiran

Page 24: Asigment penggunaan alpikasi komputer 1

berkomunikasi untuk memenuhi falsafah pendidikan negara dan memenuhi ke arah Wawasan

2020 dalam bidang pendidikan di Malaysia.

22

Page 25: Asigment penggunaan alpikasi komputer 1

Rujukan

Jamilah Ahmad.(1999). Panduan Pengajaran Pemulihan Bahasa Melayu KBSR dan KBSM.

(Siri Pendidikan Fajar Bakti) Kuala Lumpur.

Kamaruddin Hj Husin (1995). Pedagogi Bahasa. Siri Pendidikan Longman. Selangor: Longman.

Kamaruddin Hj Husin & Siti Hajar Abdul Aziz (1998). Pedagogi Bahasa: Perkaedahan. Kuala

Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Nik Safiah Karim et.al(2008). Tatabahasa Dewan ( Edisi Ketiga). Kuala Lumpur. Dewan Bahasa

Dan Pustaka.

Tuan Jah Tuan Yusof & Faridah Nazir. (2011). Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu. Bandar

Baru Puchong : Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.

23

Page 26: Asigment penggunaan alpikasi komputer 1

PPG-PJJ SEMESTER 2 SESI 2014/2015

BMP3093:

APLIKASI KOMPUTER DALAM BAHASA MELAYU

TAJUK ESEI ILMIAH : B

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA NO MATRIK KUMPULAN SITI JAHARAH BT MUHAMAD D20121061352 UPSI05

KUMPULAN PEMBELAKJARAN: UPSI01

NAMA PENSYARAH: DR. ADENAN BIN AYUB

TARIKH SERAHAN TUGASAN: 15 MEI 2015.

Unsur kreatif amat diutamakan dalam penghasilan bahan multimedia untuk pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Terdapat beberapa faktor yang menunjukkan unsur kreatif amat diutamakan oleh guru dalam menghasilkan bahan atau produk multimedia untuk digunakan dalam pengajaran Bahasa Melayu. Terdapat juga kaedah tertentu dalam penghasilan bahan tersebut. Daripada pernyataan di atas, anda dikehendaki: i. menerangkan TIGA faktor yang menunjukkan unsur kreatif amat diutamakan dalam

penghasilan bahan multimedia untuk kegunaan pengajaran dan pembelajaran; dan

ii. menghuraikan TIGA kaedah untuk penghasilan bahan multimedia berkenaan.

Page 27: Asigment penggunaan alpikasi komputer 1

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1. PENGENALAN 1

2. MULTIMEDIA 2

3. PENGGUNAAN BAHAN MULTIMEDIA 3

4. PENGHASILAN BAHAN MULTIMEDIA 4

5. PEMILIHAN PERISIAN 5

6. UNSUR KREATIF DALAM PENGHASILAN 5

MULTIMEDIA

6.1 STRUKTUR PERISIAN

6.2 MEMAHAMI FUNGSI GRAFIK

6.3. PENGUASAAN TEKNIK

7. KAEDAH PENGHASILAN BAHAN MULTIMEDIA 9

7.1 ANALISIS

7.2 REKA BENTUK

7.3 PEMBANGUNAN

8. PENUTUP 12

9. RUJUKAN 12

Page 28: Asigment penggunaan alpikasi komputer 1

1. PENGENALAN

•”Pendidikan bertaraf dunia”• sebagai wacana dalam dasar pendidikan negara

meletakkan proses pendidikan sebagai satu bidang yang penting dalam kehidupan

seharian khususnya di sekolah-sekolah yang berfungsi sebagai institusi perkembangan

ilmu. Pengiktirafan yang diberikan terhadap bidang pendidikan membawa satu implikasi

dan impak yang serius terhadap profesion perguruan yang secara langsung terlibat

dalam sistem penyampaian ilmu. Pendidikan bertaraf dunia mempunyai wawasan ke

arah melahirkan generasi yang mengamalkan budaya fikir, kritis, kreatif dan inovatif.

Hanya manusia yang berbudaya fikir dapat bersaing di medan antarabangsa serta

menjana idea ke arah pembangunan tamadun ilmu, masyarakat, budaya, bangsa dan

negara.

Perkembangan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta

penggunaan komputer dalam bidang pendidikan menjadikan ilmu lebih mudah diakses,

disebar dan disimpan. Manakala kecanggihan serta kemampuannya menyampaikan

sesuatu maklumat secara cepat, tepat dan menarik dalam bentuk multimedia

menjadikannya sebagai satu daya tarikan ke arah mewujudkan satu senario belajar

yang lebih menyeronokkan.

Dalam hal ini profesion perguruan pada alaf baru ini haruslah mampu menguasai dan

menggabungkan kemahiran-kemahiran yang berkaitan untuk melahirkan satu bentuk

pendidikan yang lebih bermakna dan bestari. Walau bagaimanapun dalam bidang

pendidikan sekarang, kecanggihan teknologi melalui persembahan multimedianya

bukanlah hanya faktor yang boleh menjadikan proses pembelajaran itu berkesan.

Keberkesanan dan kebestarian sesuatu pengajaran itu masih banyak bergantung pada

faktor manusia iaitu guru yang membuat perancangan. Teknologi hanyalah sebagai

faktor pemangkin ke arah mempercepatkan proses keberkesanannya, manakala

kemahiran dari aspek pedagogi serta psikologi adalah diperlukan.

Oleh itu guru harus mampu mengintegrasikan ketiga-tiga aspek pedagogi, psikologi dan

1

Page 29: Asigment penggunaan alpikasi komputer 1

teknologi dalam proses penyampaian ilmu. Usaha ini harus dilakukan secara

berterusan ke arah melahirkan seorang pelajar yang berfikirkan kritis dan kreatif,

seimbang dari segi intelek, rohani dan jasmani serta dapat hidup dalam keadaan yang

harmonis yang berpegang teguh pada agama dan kepercayaan pada Tuhan seperti

mana yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan Negara.

Memandang bahawa penggunaan teknologi maklumat ini masih baru dalam sistem

pendidikan di Malaysia, para pendidik bahasa perlu mempunyai literasi teknologi dan

memahami keperluan komunikasi secara global. Hal ini dapat membantu para pendidik

menerapkan kaedah ini dengan berkesan. Menurut Laudon dan Laudon (1996),

teknologi maklumat merupakan gabungan teknologi komputer dan sistem komunikasi

yang membolehkan teks, bunyi, video, dan animasi disalurkan melalui talian. Komputer

dengan kemudahan lebuh raya maklumat merupakan satu jaringan yang meliputi

kawasan yang luas, mempunyai kepantasan yang tinggi, dan menawarkan beberapa

perkhidmatan jaringan. Dengan hal demikian, teknologi ini dapat digunakan untuk

membantu pelbagai urusan dan kegiatan, seperti perniagaan, pentadbiran,

penyelidikan, dan pendidikan. Antara perkhidmatan yang ditawarkan oleh teknologi ini

termasuklah mel elektronik, papan buletin, dan laman web yang membolehkan para

pendidikan berkomunikasi dan mengajar dengan menggunakan talian komputer.

2. MULTIMEDIA

Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) adalah diasaskan oleh perkembangan dan

kemajuan yang pesat dalam bidang mikroelektronik sehingga menghasilkan pelbagai

kemudahan teknologi maklumat seperti komputer peribadi, telekomunikasi multimedia

dan sebagainya. Seterusnya kemunculan internet telah meluaskan penggunaan ICT

dengan jaringan informasi bersepadu sehingga membolehkan diaplikasikan sebagai

media komunikasi yang melibatkan teks, bunyi, grafik dan video. Gabungan tersebut

dinamakan sebagai multimedia. Multi media berasal daripada sua perkataan utama

iaitu multi yang bermaksud banyak dan medium yang bermakna alat untuk

2

Page 30: Asigment penggunaan alpikasi komputer 1

menyampaikan atau membuat sesuatu perantaraan , alat pengantar, suatu bentuk

komunikasi massa seperti surat khabar, majalah dan televisyen. Apabila dikaitkan

dengan pemprosesan komputer medium dianggap sebagai alat pengagihan dan

persembahan maklumat seperti teks, ,imej, grafik, bunyi, animasi, video dan

sebagainya yang mana maklumat ini disampaikan dan dikawal oleh sistem secara

interaktif.

3. PENGGUNAAN BAHAN MULTIMEDIA.

Penggunaan komunikasi pengantaraan komputer dapat meningkat autonomi pelajar

dan mewujudkan suasana pemelajaran yang interaktif. Pelajar dapat mengambil

bahagian secara aktif dan diberi kebebasan sepenuhnya untuk membuat suatu

keputusan berkaitan dengan pemelajaran. Walau bagaimanapun, pelajar perlu lebih

bertanggungjawab terhadap pemelajaran mereka sendiri. Guru pula dapat mengajar

dan menyampaikan maklumat dan kandungan kursus yang sama tanpa bias kepada

pelajarnya. Di samping itu, waktu interaksi dengan pelajar dapat dipendekkan dan

lebihan waktu di dalam kelas dapat digunakan untuk memberikan perhatian yang lebih

dan bantuan kepada pelajar yang lemah. Komunikasi pengantaraan komputer menjadi

asas pengajaran jarak jauh. Tajul Ariffin Noordin (1995: 360) menekankan bahawa

"apabila kita memasuki abad ke-21, mutu pelajar dan rakyat yang dikehendaki ialah

mereka yang dapat menghasilkan pemikiran, penemuan, dan ciptaan yang terbaru dan

tulen untuk disumbangkan kepada dunia." Oleh itu, para pendidik di sekolah perlu

dilengkapkan dengan kemahiran lanjutan selain kemahiran aplikasi komputer yang

hanya tertumpu kepada pemprosesan perkataan (contohnya, Word), pangkalan data

(contohnya, Dbase, Access), paparan elektronik (contohnya, Excel), dan persembahan

grafik (contohnya, Powerpoint). Pendidik seharusnya tidak menjadi pengguna (end-user

atau consumer) semata-mata, tetapi terlibat secara langsung sebagai pencipta atau

pereka (producer atau designer) perisian komputer serta mampu menilai perisian yang

sesuai bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran. Pembangunan dan penilaian perisian

haruslah menjadi kerja yang berterusan di kalangan pendidik.

3

Page 31: Asigment penggunaan alpikasi komputer 1

4. PENGHASILAN BAHAN MULTIMEDIA.

Proses pembinaan sebuah perisian atau aplikasi multimedia bukanlah merupakan satu

proses yang mudah dan boleh dihasilkan dalam satu jangka masa yang pendek. la

memerlukan perancangan yang terperinci dan sistematik agar perisian yang dihasilkan

bermutu tinggi dan berkualiti seperti mana yang diharapkan. Persoalan yang sering

ditimbulkan oleh individu yang ingin membina perisian multimedia ialah berapa lama

kah masa dan kos yang diperlukan untuk menghasilkan sebuah aplikasi yang lengkap.

Sebenarnya, proses pembinaan perisian bolehlah diibaratkan seperti proses membina

rumah. Sekiranya seseorang itu ingin membina sebuah rumah yang besar dan cantik

maka sudah tentulah masa yang diperlukan adalah lebih lama clan juga memerlukan

kos yang lebih tinggi. Sebaliknya jika seseorang itu hanya ingin membina sebuah

rumah yang kecil dan sederhana maka tidaklah perlu mengeluarkan wang yang banyak

serta masa pembinaannya sudah tentulah lebih singkat. Begitu juga halnya dengan

proses pembinaan perisian multimedia. Sekiranya seseorang ingin membina sebuah

aplikasi yang merangkumi topik yang agak besar, menarik, interaktif dan berkualiti tinggi

maka sudah pastilah sejumlah wang yang besar perlu dibelanjakan serta masa yang

banyak perlu diberikan di dalam proses pembangunan tersebut.

Memandangkan proses pembinaan sesebuah perisian multimedia biasanya melibatkan

kos yang tinggi serta masa yang panjang, maka adalah wajar sekiranya proses tersebut

dirancang dengan teliti agar pembaziran dari segi masa dan wang tidak akan berlaku.

Perancangan yang teliti juga dilakukan bagi menjamin agar perisian yang terhasil

sesuai dan dapat diterima oleh kumpulan sasaran serta menepati matlamat yang ingin

dicapai.

Secara umumnya terdapat pelbagai bentuk cara kerja, pendekatan atau langkah yang

boleh diikuti di dalam proses membina sesebuah perisian multimedia. Antara kaedah

yang sering digunakan antara ialah pengarahan kreatif, model reka bentuk instruksi,

pembinaan berdasarkan spesifikasi dan sebagainya. Dalam bidang pendidikan, kaedah

4

Page 32: Asigment penggunaan alpikasi komputer 1

pembangunan perisian biasanya adalah berasaskan kepada model reka bentuk

instruksi.

5. PEMILIHAN PERISIAN

Di Malaysia, sistem pendidikan berkembang dengan pesatnya selaras dengan

kehendak negara untuk memacukan negara menuju kepada pencapaian sebagai

negara maju., Sistem pendidikan sangat penting keran pendidikan merupakan sumber

penggerak bagi bidang-bidang politik, ekonomi dan sosial. Oleh yang demikian

teknologi pendidikan dapat digunakan untuk menyelesaikan masalah yang berlaku

dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Teknologi pendidikan yang

terdiri daripada komponen iaitu perkakasan, penyampai, dan kaedah penyampaian,

Kesemua komponen ini perlu dilaksanakan secara sistematik untuk mencapai

keberkesanan penyampaian pengajaran. Perisian ialah set arahan yang terperinci

dilaksanakan oleh sistem komputer bagi membolehkan komputer mengakses data

kepada maklumat bagi mempersembahkan tugas yang diperlukan. Oleh yang demikian

pembangunan perisian multimedia dalam pengajaran memerlukan cara yang sistematik

supaya ia menjadi lebih berkualiti, menjimatkan kos dan masa, mudah mengikuti

perkembangannya serta mudah untuk dibaiki.

6. UNSUR KREATIF DALAM PENGHASILAN MULTIMEDIA.

Dalam memilih perisian pengajaran dan pembelajaran , seseorang guru perlu melihat

beberapa kriteria yang penting untuk dijadikan bahan pengajaran dan pembelajaran di

dalam bilik darjah atau kelas. Pemilihan kriteria yang tepat dan padat akan menentukan

keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dijalankan serta mencapai objektif yang

dirancangkan. Guru juga perlu kreatif dalam pembinaan bahan pengajaran dan

pembelajaran berasaskan komputer supaya bahan tersebut bersesuaian, mudah

digunakan, flkesibael dan paling utama menepati kehendak sukatan pelajaran untuk

pelajaran yang dipelajari. Antara unsur kreatif dalam pembinaan bahan multimedia

adalah :

5

Page 33: Asigment penggunaan alpikasi komputer 1

6.1 STRUKTUR PERISIAN

Pemilihan bahan Multimedia yang utama mestilah melibatkan pemilihan dari segi

struktur perisian tersebut. Sebuah perisian multi media yang baik mestilah

mengandungi semua elemen yang diperlukan untuk menghasilkan sesuatu

persembahan iaitu kebolehan melukis (grafik), menulis (teks), membuat animasi

(animasi), memasukkan rakaman bunyi (audio) dan video dalam sesuatu program yang

dibangunkan. Kesemua aspek ini penting kerana aspek akan menentukan sesuatu

program itu dapat diterima atau tidak dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang

dijalankan.

Selain itu dalam struktur perisian mestilah mengandungi objektif pengajaran dan

pembelajaran agar bersesuaian dengan mata pelajaran yang ingin disampaikan dan

menepati skop pelajaran atau sukatan mata pelajaran yang telah ditentukan oleh pihak

Kementerian Pelajaran. Sebagai contoh, topik mata pelajaran yang ingin disampaikan

oleh guru Bahasa Melayu ialah karangan. Sebelum memulakan aktiviti pengajaran dan

pembelajaran guru hendaklah menetapkan beberapa objektif pengajaran dan

pembelajaran yang ingin dicapai oleh murid selepas tamat masa pengajaran. Antara

objektif yang ingin dicapai oleh murid ialah murid dapat menulis karangan dengan

menggunakan struktur ayat yang lengkap dari segi struktur tatabahasanya. Di samping

itu pelajar-pelajar dapat menentukan aspek-aspek yang perlu dimasukkan dalam

karangan mereka. Contohnya, pelajar diminta menulis karangan yang bertajuk

kemalangan jalan raya. Sekiranya tajuk yang diberikan tidak memfokuskan kepada

sesuatu aspek, pelajar sendiri bebas menentukan aspek yang ingin dimasukkan ke

dalam karangannya. Pelajar boleh menulis tentang punca-punca berlakunya

kemalangan, kesan-kesan daripada kemalangan serta langkah-langkah yang boleh

diambil untuk mengatasi masalah kemalangan yang sering berlaku.

Dalam bidang struktur juga guru harus menekankan kaedah pengajaran yang perlu

dijalankan semasa penggunaan bahan multimedia. Bagaimanapun perhatian juga

6

Page 34: Asigment penggunaan alpikasi komputer 1

diperlukan untuk melihat bahan tersebut menepati kehendak sukatan pelajaran,

memenuhi tajuk serta kemahiran yang perlu diterapkan kepada pelajaran pada masa

proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Jika semua pelaksanaan proses

pengajaran dan pembelajaran berjalan berpandukan proses yang diterangkan maka

pelajar akan lebih mudah terlibat dalam aktiviti, dapat mengingat fakta dalam pelajaran

dan seterusnya proses pembelajaran dapat berjalan dengan lancar.

6.2 MEMAHAMI FUNGSI GRAFIK

Menurut kajian, proses pengajaran dan pembelajaran yang dibantu dengan

penggunaan bahan multi media dapat meningkatkan proses pembelajaran sehingga

empat kali ganda berbanding pengajaran secara lisan semata-mata. Komunikasi

secara visual adalah komponen utama dalam mereka bentuk antara muka slaid supaya

lebih menarik hati muris untuk belajar. Penggunaan dan penguasaan elemen grafik

sangat penting dalam penghasilan bahan grafik kerana grafik boleh meningkat

kefahaman ataupun ada kalanya jika tidak digambarkan dengan betul ia juga boleh

menimbulkan kekeliruan di kalangan pelajar. Oleh yang demikian seorang guru

mestilah lebih kreatif untuk membina grafik supaya matlamat atau objektif pengajaran

akan tercapai. Guru juga seharusnya memastikan simbol visual tidak mempunyai

konflik dari segi pengertiannya dengan pemahaman umum atau pengalaman latar

seseorang murid. Guru mestilah meringkaskan carta, rajah atau jadual bagi

mengurangkan risiko murid keliru. Koordinasi dan keseragaman warna dan elemen

reka bentuk harus sinonim dengan mata pelajaran atau bab yang hendak di ajar oleh

guru. Templat persembahan berfungsi mengekalkan keseragaman slaid daripada

skema warna, bingkai teks dan sebagainya. Teknik paling mudah ialah dengan

menggunakan Auto Content Wizard pada PowerPoint dan paling penting setiap slaid

PowerPoint mempunyai ruang yang terhad. Guru perlu pandai mengisinya dengan

perkara-perkara penting sahaja bukan nya tempat merekan memuntahkan segala fakta

yang berkaitan dengan memuatkan keseluruhan maklumat berkaitan dengan topik

yang diajar.

7

Page 35: Asigment penggunaan alpikasi komputer 1

Slaid power point yang dihasilkan memainkan peranan yang besar untuk menarik minat

murid kepada pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan oleh guru. Latar

belakang slaid memainkan peranan penting sebagai penarik dan boleh menceriakan

murid. Guru perlu memastikan warna yang digunakan untuk teks cukup kontra dan

terang berbanding dengan warna latar belakang. Penggunaan gambar atau grafik

adalah kunci utama bagi guru menarik perhatian pelajar. Jika gambar latar berwarna

cerah, letakkan satu kotak berwarna kelabu dengan saiz yang menyamai kotak teks.

Kemudian guru boleh membuat pilihan separa telus atau semitransparent pada

tetingkap menu. Ia berfungsi sebagai kontras pada teks yang ditulis oleh guru pada

slaid tersebut. Penyuntingan terhadap gambar dan grafik sangat penting dilakukan

oleh guru supaya kesesuaian dari segala aspek dapat diperbaiki lagi.

6.3 PENGUASAAN TEKNIK PENGURUSAN BILIK DARJAH

Perkembangan yang begitu pesat dan mapan dalam penggunaan komputer pada

zaman ini menyebabkan para pendidik terutamanya guru lebih kreatif untuk

mengadaptasikan penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran.

Komputer merupakan sebuah medium yang sangat berguna dan digunakan dengan

meluas untuk memudahkan guru dalam aspek pengajarannya. Oleh yang demikian

seorang guru yang kreatif akan memastikan semasa pengajaran dan pembelajaran

tidak berlaku sebarang cacat cela yang boleh membantutkan perhatian pelajar terhadap

proses pengajaran dan pembelajaran. Seharusnya sebelum mengajar guru perlu

menyalin terlebih dahulu kesemua fail yang terlibat ke atas desktop contohnya seperti

carta Microsoft, Excel dan fail video yang hendak digunakan. Guru perlu berfikir selalu

untuk memastikan fakta yang perlu disampaikan difahami oleh murid. Penggunaan

contoh, analogi dan perbandingan bagi menunjuk, menerang dan menghuraikan fakta.

Selain slaid penggunaan bahan lain seperti objek sebenar serta alat bantu lain boleh

juga digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Respon murid sangat

penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh yang demikian seorang guru

yang kreatif harus boleh menguasai teknik mengurus bilik darjah untuk mengelakkan

8

Page 36: Asigment penggunaan alpikasi komputer 1

pelajar membuat bising dan memberi tumpuan sepenuhnya terhadap proses

pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan peranti untuk menarik perhatian murid

dengan memaparkan gambar, animasi atau video pada slaid pengajaran. Pengurusan

pengajaran dan pembelajaran yang berkesan juga berkait rapat dengan kaedah

pengurusan masa. Masa yang bersesuaian dengan perkembangan dalam proses

pengajaran dan pembelajaran sangat penting untuk, mengelakkan murid merasa

bosan dan seterusnya mewujudkan situasi yang tidak diingini dalam sesi pembelajaran

seperti bercakap dan membuat bising. Oleh yang demikian setiap guru seharusnya

diberikan pendedahan dalam penggunaan komputer dengan berkesan dan tidak hanya

berpandukan buku teks semata. Guru juga dapat mewujudkan suasana pembelajaran

yang lebih kondusif dan murid juga lebih berminat untuk belajar jika guru tahu

menggunakan komputer sebagai alat bantu mengajar mereka. Guru hanya terlibat

sebagai fasilitator dalam sesi pengajaran yang dijalankan. Ini kerana daya kreativiti

guru dalam pengajaran telah dapat membimbing pelajar menjalankan proses

pembelajaran secara kendiri.

7. KAEDAH PENGHASILAN BAHAN MULTIMEDIA.

Bahan multimedia ialah gabungan beberapa komponen seperti teks, grafik, audio dan

video. Perisian multimedia interaktif atau alat pengarangan juga digunakan untuk

menghasilkan perisian kursus untuk mempelajari set arahan dalam tatacara, rutin dan

atur cara yang perlu dimuatkan ke dalam perisian komputer yang disimpan dalam

bentuk cakera liut, pita dan pita optik. dalam penghasilan bahan multimedia guru perlu

membina perancangan yang terperinci supaya hasil pengajaran dan pembelajaran

dapat menerapkan unsur kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Guru perlu

merancang proses pengajaran dan pembelajaran dengan mengaitkan pelajaran

menggunakan pelbagai variasi penyampaian yang boleh meningkatkan kefahaman dan

minat murid dalam proses tersebut. Penghasilan bahan pengajaran berasakan

multimedia perlu dibuat secara berperingkat. Antara peringkat yang perlu di ambil kira

ialah:

9

Page 37: Asigment penggunaan alpikasi komputer 1

7.1 ANALISIS

Analyse bermaksud analisis atau penyelidikan terhadap sesuatu. Pada fasa analisa

pelajar, ia berkaitan dengan mengenal pasti kesediaan dan pengetahuan sedia ada

pelajar yang berkaitan dengan tajuk yang hendak diajar atau dikenali sebagai

pengetahuan. Analisis juga perlu dilihat dari segi pengetahuan, umur, serta bakat yang

ada pada murid. Hal ini bermaksud, pada peringkat ini, beberapa analisis akan

dilakukan seperti analisis persekitaran pembelajaran, analisis pengguna dan

menentukan matlamat pengajaran. Semasa proses analisis terdapat beberapa soalan

yang boleh diajukan supaya dapat beranjak ke fasa seterusnya dengan sempurna.

Untuk menghasilkan bahan yang berkualiti, reka bentuk perisian dapat dirancang

dengan baik kerana guru telah mengetahui tahap keupayaan dan sifat yang ada pada

murid. Maklumat ini secara tidak langsung membolehkan guru menentukan tahap

bahasa yang akan digunakan dalam perisian bahan serta bahan-bahan tambahan yang

perlu disertakan untuk menarik minat pelajar. Seterusnya membuat persiapan awal

mengenai setiap mesej yang ingin disampaikan dalam pengajaran. Pilihan

penyampaian juga memainkan peranan yang amat penting kerana gaya penyampaian

akan mempengaruhi tahap konsentrasi murid. Masa yang diperuntukkan juga mesti

bersesuaian dengan bahan yang disediakan oleh guru supaya tidak berlaku kekangan

masa dalam penyampaian. Fasa ini bukan sahaja memerlukan guru menganalisis

persekitaran, malah guru turut harus menganalisis dirinya sendiri.

7.3 REKA BENTUK

Fasa yang seterusnya ialah design, iaitu reka bentuk yang bermaksud struktur atau

aspek-aspek sesuatu perisian. Ciri-ciri reka bentuk perisian yang berkesan ialah

mempunyai pengaplikasian teori, interaktiviti dan bersifat mesra pengguna. Antara teori

yang dapat diaplikasikan dalam reka bentuk perisian ialah teori behaviorisme. Mengikut

teori ini, setiap rangsangan akan menimbulkan tindak balas pembelajaran yang berlaku

adalah kesan daripada perkaitan di antara rangsangan dengan gerak balas. Sesuatu

10

Page 38: Asigment penggunaan alpikasi komputer 1

rangsangan yang berkaitan dengan rangsangan lain akan mewujudkan pembelajaran

yang dikenali sebagai pelaziman. Dalam fasa reka bentuk guru harus mereka bentuk

bahan pembelajaran yang menarik, iaitu dengan mengadakan interaktiviti melalui

penggunaan komputer dan kedah pengajaran yang bersesuaian.

Interaktiviti ialah gabungan pelbagai komponen media seperti teks, grafik, audio, video,

dan animasi. Teks ialah elemen utama dalam proses penyampaian maklumat. Oleh itu

teks yang digunakan mestilah jelas supaya elemen-elemen media yang lain tidak

menerima impak negatif. Reka bentuk yang baik mempunyai ciri teks yang baik, iaitu

teks ringkas dan padat, jenis huruf yang digunakan bersesuaian dengan bahan

pengajaran, saiz teks dapat dibaca dari jarak jauh, warna teks bersesuaian dengan

murid dan suasana persembahan serta tulisan yang digunakan pada semua jenis

komputer.

Grafik merujuk kepada persembahan imej atau paparan visual yang tidak bergerak

seperti gambar, lukisan, lakaran dan sebagainya. Grafik turut menjadi elemen perisian

yang penting kerana dapat memberi penekanan terhadap sesuatu bahan yang

dipersembahkan. Ciri yang perlu ada pada grafik untuk menghasilkan reka bentuk

perisian yang berkesan ialah grafik sesuai dengan kumpulan murid, grafik tidak

menyentuh sensitiviti kaum dan agama, kategori grafik sesuai dengan keperluan tugas,

tona warna bersesuaian dengan keperluan aplikasi dab spesifikasi grafik yang

digunakan boleh digunakan tanpa menghadapi masalah pada sistem keupayaan.

Audio juga penting dalam komponen multimedia kerana penggunaannya dapat

meningkatkan kualiti perisian yang disediakan. Penggunaan video pula akann dapat

menambah impak kepada aplikasi multimedia kerana berupaya mempengaruhi motivasi

seseorang untuk menerima dan mendapatkan maklumat. Animasi merujuk kepada

menjadikan objek kelihatan hidup dan dapat menceriakan proses pengajaran dan

pembelajaran. Ringkasnya fasa reka bentuk perlu menggunakan beberapa kedah yang

terdiri daripada enam perkara asas, iaitu menentukan keperluan pelajar, menentukan

matlamat dan objektif, membina prosedur penilaian serta mereka bentuk dan memilih

dan memilih strategi penyampaian.

11

Page 39: Asigment penggunaan alpikasi komputer 1

7.3 PEMBANGUNAN

Develop merupakan peringkat pembangunan, iaitu guru akan memuatkan alamat tapak

ke dalam fail. Hal ini bermaksud, pada fasa ini guru akan meletakkan bahan-bahan

pengajaran dalam bentuk alamat internet. Hal ini bertujuan membolehkan murid

melakukan penjelajahan seterusnya membuat rujukan. Bahan rujukan ini secara tidak

langsung dapat menambahkan ilmu pengetahuan murid atau dengan kata lain berlaku

pengayaan.

Kaedah yang dilakukan pada peringkat ini ialah guru menterjemah reka bentuk kepada

kod atur cara. Hal ini bermaksud, guru akan membina perisian berdasarkan hasil-hasil

yang diperoleh dari fasa-fasa yang sebelumnya. Pada fasa ini perisian akan dibina

mengikut reka bentuk yang dirancang. Perisian yang dibangunkan akan dibangunkan

selengkap-lengkapnya, iaitu dengan menggabungkan pelbagai komponen media yang

sesuai. Ringkasnya fasa pembangunan merupakan fasa yang paling mudah jika fasa

analisa dan fasa reka bentuk dilakukan dengan lengkap dan betul. Pada fasa ini

memerlukan sepenuh komitmen guru terhadap pembinaan perisiannya kerana

kesalahan yang dilakukan pada fasa ini secara tidak langsung akan mempengaruhi

prestasi murid dan guru sendiri.

8. PENUTUP

Pendidikan hari ini tidak lagi hanya menggunakan kapur tetapi lebih kepada teknologi

multimedia yang mampu meningkatkan kreativiti dan inovasi guru. Pendidikan tidak lagi

hanya berada di bilik darjah semata-mata tetapi guru dan murid boleh melangkah keluar

bagi melihat pengajaran dan pembelajaran yang serba baharu. Berdasarkan kepada

Kementerian Pendidikan Malaysia dalam bukunya Pelan Induk Pembangunan

Pendidikan 2006 menyatakan bahawa Misi Nasional dan Rancangan Malaysia ke

Sembilan telah menetapkan Pembangunan Minda insane kelas pertama sebagai salah

satu teras utama ke arah mencapai Wawasan 2020. Sistem pendidikan dan kurikulum

sekolah telah menerapkan teknologi dan maklumat ini dan berusaha maju serta

12

Page 40: Asigment penggunaan alpikasi komputer 1

memupuk minat di samping memupuk minat dan mengukuhkan lagi sikap positif dalam

kalangan murid dan pelajar serta pendidik terhadap perkembangan teknologi maklumat

ini. Teknologi dan perisian komputer ini bukan sahaja membantu dalam pengurusan

dan pentadbiran, tetapi memberi nilai tambah yang sangat berguna dalam proses

pengajaran dan pembelajaran secara total. Kesimpulannya, dunia pendidikan pada hari

ini sedang mengalami zaman penuh cabaran terutama dari segi pandangan umum

terhadap kepentingannya dalam pengajaran (A. Aziz Deraman, 2007). Walaupun

demikian, aspek pengajaran perlu diberikan perhatian dengan menekankan

penguasaan kemahiran bahasa yang diajarkan. Penggunaan komputer dalam

pengajaran berupaya meningkatkan lagi keupayaan pelajar dalam menguasai semua

subjek dengan lebih baik. Oleh itu, aspek latihan dalam perkhidmatan, penyediaan

bahan pembelajaran interaktif, menggalakkan penggunaan internet dalam pengajaran

serta penyediaan teknologi yang sesuai dengan keperluan semasa perlu diberikan

perhatian.

13

Page 41: Asigment penggunaan alpikasi komputer 1

Rujukan

Adenan Ayub, Kamariah Abu Bakar, Zakaria Kasa, Aida Suraya Md Yunus. (2011).

Multimedia dalam Pengaran Bahasa Melayu. Batu Caves:Emeritus

Publications.

Abd Aziz Abd Talib (2000). Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, Kaedah dan Teknik.

Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Jamilah Ahmad. ( 1999). Panduan Pengajaran Pemulihan Bahasa Melayu. Kuala

Lumpur. Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.

Ee Ah Meng. (1997). Pedagogi Pelaksanaan Pengajaran. Selangor: Fajar Bakti Sdn

Bhd.

14

Page 42: Asigment penggunaan alpikasi komputer 1