asemen ppim yati

26
1) KONSEP PERKHEMAHAN 1. Pemantapan Intergrasi 1.1 Pengagihan peserta kepada 4 platun 1.2 Intergrasi melalui aktiviti 1.3 Memasak berkumpulan 2. Pertandingan 2.1 Kawad Individu mewakili kumpulan /platun 2.2 Seni Perkhemahan - Pintu Gerbang - Gajet - Kraf Perkhemahan 2.3 Pertandingan Persembahan - Kategori Putera - Kategori Puteri 3 Khidmas 3.1 Gotong royong membersih kawasan perkhemahan. 4 Kerohanian dan moral 4.1 Solat Jemaah/kuliah maghrib/subuh bagi orang Islam 4.2 Ceramah Moral bagi yang bukan Islam Kegiatan kokurikulum sekolah yang merangkumi aktiviti pasukan pakaian seragam, kelab dan persatuan serta kelab sukan dan permainan merupakan aktiviti luar bilik darjah. Kegiatan

Upload: haryati-ismail

Post on 20-Jun-2015

2.220 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Asemen ppim yati

1) KONSEP PERKHEMAHAN

1. Pemantapan Intergrasi

1.1 Pengagihan peserta kepada 4 platun

1.2 Intergrasi melalui aktiviti

1.3 Memasak berkumpulan

2. Pertandingan

2.1 Kawad Individu mewakili kumpulan /platun

2.2 Seni Perkhemahan

- Pintu Gerbang

- Gajet

- Kraf Perkhemahan

2.3 Pertandingan Persembahan

- Kategori Putera

- Kategori Puteri

3 Khidmas

3.1 Gotong royong membersih kawasan perkhemahan.

4 Kerohanian dan moral

4.1Solat Jemaah/kuliah maghrib/subuh bagi orang Islam

4.2Ceramah Moral bagi yang bukan Islam

Kegiatan kokurikulum sekolah yang merangkumi aktiviti pasukan pakaian

seragam, kelab dan persatuan serta kelab sukan dan permainan merupakan aktiviti luar

bilik darjah. Kegiatan ini adalah sebahagian daripada proses pengajaran dan

pembelajaran di sekolah. Kepentingan aktiviti ini juga setara dengan kepentingan

aktiviti dalam bilik darjah kerana peranannya sebagai penyumbang dan pelengkap

kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

Page 2: Asemen ppim yati

Pada masa ini sekolah menawarkan sebanyak ± 13 jenis pasukan pakaian

seragam, ± 100 jenis kelab/persatuan serta ± 30 jenis kelab sukan dan permainan.

Setiap pelajar diwajibkan menganggotai sekurang-kurangnya satu daripada setiap

jenis/komponen aktiviti tersebut.

Berdasarkan tinjauan ke sekolah-sekolah yang dilakukan oleh Bahagian

Sekolah, pihak sekolah ada membuat penilaian terhadap kegiatan kokurikulum yang

diceburi oleh pelajar-pelajar. Namun penilaian yang dibuat oleh setiap sekolah adalah

berbeza. Perbezaan ini wujud kerana penilaian yang dibuat semata-mata hanya

berdasarkan persepsi dan keperluan sesebuah sekolah.

Dalam mesyuarat Pengurusan Pendidikan Bil 9, 1997, wakil Bahagian pengajian

Tinggi mencadangkan agar kegiatan kokurikulum di sekolah dapat dinilai secara

standard agar aspek ini dapat diambil kira dlam proses pemgambilan pelajar ke

institusi-institusi pengajian tinggi tempatan.

2) TUJUAN PERKHEMAHAN

Pada masa sekarang terdapat banyak kejadian yang kurang sihat seperti

penyalahgunaan dadah yang sering mencabar remaja zaman globalisasi ini.

Para belia pada masa kini lebih terdedah kepada berbagai-bagai aktiviti yang

tidak sihat dan keruntuhan moral yang sangat serius. Pergerakan pengakap dan

pandu puteri sejak 80 tahun lepas telah mengadakan berbagai-bagai aktiviti yang

dapat menyalurkan belia supaya menjadi manusia yang berguna kepada agama,

bangsa dan negaranya. Disini ilmu perkhemahan merupakan salah satu aktiviti

yang sangat diutamakan dalam pergerakan tersebut.

Terdapat banyak latihan dan pengalaman diperoleh semasa menghadiri

sesuatu perkhemahan. Pengalaman ini tidak mungkin didapati di bilik darjah atau

ketika di rumah. Pengalaman ini sangat berguna dan penting kepada belia yang

sedang membesar untuk terus hidup dalam masyarakat yang lebih kompleks dan

mencabar. Banyak faedah yang diperoleh oleh remaja semasa menghadiri

sesuatu perkhemahan diantaranya ialah:

Page 3: Asemen ppim yati

i. Berkhemah sebagai cara pendidikan.

- Merupakan salah satu kaedah menyalurkan pendidikan terarah yang

disampaikan secara langsung dan tidak langsung dalam pergerakan pengakap

dan pandu puteri. Sebagai contoh semasa menuju ke tempat perkhemahan,

peserta terpaksa berjalan kaki, berbasikal dan sebagainya. Kerap kali mereka

terpaksa merentas bukit-bukau, danau dan sungai. Keadaan ini dapat melatih

peserta supaya percaya kepada diri sendiri dan berani menghadapi cabaran dan

rintangan. Latihan- latihan ini dapat melatih mereka supaya kuat juga sihat

fizikal, jasmani dan mental.

- Melahirkan belia yang serba boleh bukan sahaja terbatas pada bidang

akademik semata-mata. Ini dapat kita lihat di dalam perkhemahan di mana,

setiap peserta dipertanggungjwabkan menguruskan kesemua kegiatan

hariannya tanpa bantuan daripada sesiapa pun contohnya, memasak,

membasuh pakaian, menjaga keselamatan diri dan sebagainya.

- Perkhemahan dapat menambahkan pengetahuan belia. Terutamanya mereka

yang tinggal di bandar yang kurang terdedah dengan persekitaran alam

semulajadi dan kawasan desa.

Perkhemahan dapat menambahkan pengetahuan belia. Terutamanya mereka

yang tinggal di bandar yang kurang terdedah dengan persekitaran alam

semulajadi dan kawasan desa. Sesetengah- sesetengah mereka tidak mengenali

pokok getah atau padi dan sebagainya. Belia dari bandar dapat mengadakan

perkhemahan di kawasan pergunungan, perkampungan dan tepi pantai. Mereka

dapat melihat dan menyiasat tumbuh-tumbuhan, binatang, batu batan, dan

sebagainya. Sesetengah tumbuh-tumbuhan, binatang dan batu batan ini tidak

terdapat di kawasan bandar bahkan di kawasan perkampungan tertentu.

ii. Berkhemah sebagai cara ibadat.

- Aktiviti berkhemah merupakan satu cara pendidikan untuk menyedarkan kita

tentang kebesaran dan kekuasaan Allah dengan melihat alam ciptaan-Nya yang

terbentang luas saujana mata memandang, sekaligus mewujudkan rasa

Page 4: Asemen ppim yati

keinsafan kepada - Nya dan juga menimbulkan rasa betapa kerdilnya kita

didepan-Nya yang Maha Esa. Melalui aktiviti perkhemahan ini juga akan

menggalakkan kita untuk berfikir tentang ciptaan-ciptaan Allah yang berbagai-

bagai, seterusnya kita juga boleh melakukan kajian keatas spesimen-spesimen

yang dijumpai untuk meningkatkan lagi keimanan kita kepada kebesaran Allah

S.W.T yang

- Di perkhemahan setiap peserta terpaksa menyelesaikan sendiri semua

masalah yang berbangkit dengan bantuan kawan-kawannya. Sehubungan

dengan itu setiap peserta seharusnya bekerjasama, Bantu membantu di antara

satu sama lain dalam semua kerja dan aktiviti mengikut sistem parol. Semangat

bekerjasama ini sangat penting dan perlu dipupuk serta ditanam bagi

membentuk satu masyarakat yang kukuh dan penuh berdisiplin.

- Di perkhemahan juga, banyak pertunjukkan kebudayaan dapat diadakan.

Peserta dari kumpulan, daerah, atau negara lain yang menyertai perkhemahan

tersebut dapat mununjukkan kebudayaan

masing-masing. Setiap orang seharusnya faham dan tahu adat resam

sesuatu daerah, negeri, kaum dan agama terutamanya di negara kita

yang berbilang kaum demi mempereratkan lagi tali persaudaraan dan

mengurangkan jurang konflik diantara kaum, agama dan kebudayaan.

iv. Berkhemah Untuk Rekreasi.

- Peserta yang menyertai sesuatu perkhemahan akan merasa seronok. Mereka

dapat mengalih suasana dari bilik darjah dan rumah kepada suasana yang lebih

luas dan terbuka lapang serta bebas daripada segala halangan dan masalah

proses pembelajaran secara formal. Mereka dapat menenangkan fikiran untuk

mengingati dan menghafal buku-buku pelajaran. Jiwa pelajar akan menjadi

tenteram dan terhibur apabila menghadiri sesuatu perkhemahan.Jiwa yang

damai akan melahirkan peribadi yang mulia dan kewarasan berfikir.

v. Berkhemah Untuk Menghargai Alam Semulajadi dan Mencari Ketenangan.

Page 5: Asemen ppim yati

- Berkhemah kini bukan sahaja menjadi kegiatan riadah dan sukan yang diminati

oleh berjuta-juta manusia tetapi juga ia didorong oleh naluri dan perasaan

sayang serta kesediaan untuk melindungi alam sekitar semula jadi yang penuh

dengan keindahan dan keajaiban. Mungkin juga sebagai satu pengajaran

sebelum segala keindahan khazanah alam luput dan hilang bersama-sama

tamadun manusia yang tidak henti-henti membinasakannya.

- Sudah menjadi lumrah sesuatu yang nampak tidak bernilai pada mulanya akan

nampak semakin berharga apabila kita semakin hampir kehilangannya. Begitu

juga dengan alam semulajadi kita yang semakin hari semakin lenyap dari muka

bumi ini akibat daripada pelbagai provokasi. Seolah-olah ada satu keanehan

dimana apabila dunia sedang pesat membangun, kecintaan terhadap alam maya

ini bertambah-tambah. Seolah-olah kasih sayang yang tiba-tiba datang dengan

mendadak terhadap seorang ibu yang sedang sakit tenat dan nazak walaupun

kasih sayang itu diabaikan sahaja sebelumnya.

- Pinggiran hutan yang penuh dengan misteri akan melahirkan satu perasaan

yang aneh dan penuh dengan kebanggaan apabila kita mendapat peluang untuk

berdikari atau menemui cabaran-cabaran tanpa bantuan sesiapa pun yang

sebelum ini kita memperolehinya dengan mudah dengan adanya bantuan

daripada teknologi-teknologi yang canggih, pembantu rumah yang sentiasa

melayani kehendak kita serta berbagai-bagai kemudahan lagi.

vi. Berkhemah Untuk Merapatkan Hubungan Kekeluargaan.

- Perkhemahan keluarga mengalami pertumbuhan besar selepas Perang Dunia

II. Bermula dari beberapa keluarga bercambah menjadi berjuta- juta keluarga.

Untuk menyahut kelahiran semula minat untuk berkhemah kerajaan tempatan

dan kebangsaan telah memajukan taman-taman lipur dan kawasan-kawasan

perkhemahan khas. Lebih dari 9,308,000 hektar telah dikenal pasti sebagai

taman lipur tempatan, negeri dan kebangsaan, hutan lipur untuk tujuan

perkhemahan. Kerajaan negeri dan persekitaran dengan senang hati memberi

maklumat-maklumat kepada bakal pekhemah tentang tempat-tempat dan

Page 6: Asemen ppim yati

kemudahan- kemudahan yang terdapat untuk berkhemah dan banyak sekali

terdapat buku dan brocer panduan tentang perkhemahan diterbitkan.

- Daripada aktiviti ini hubungan kekeluargaan akan dapat dieratkan lagi apabila

kita bersama-sama melakukan aktiviti-aktiviti di tapak perkhemahan seperti

memasang khemah, membuat unggun api, memasak serta mandi bersama-

sama di sungai. Selain dapat mengeratkan lagi hubugan kekeluargaan kita juga

berpeluang untuk lebih memahami pasangan masing-masing serta mempunyai

lebih masa untuk bersama-sama melakukan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan

dan membaiki semula hubungan yang telah lama tegang.

vii. Perkhemahan membuka mata perihal kesihatan.

- Perkhemahan juga merupakan sebagai salah satu inisiatif untuk meningkatkan

pengetahuan para belia tentang kesihatan serta sebagai usaha untuk

mempromosikan perihal kesihatan agar setiap individu menjadi lebih prihatin,

berpengetahuan dan berkeupayaan dan mempertingkatkan status kesihatan

mereka.

- Sepanjang perkhemahan para peserta akan diberikan penerangan mengenai

topik-topik kesihatan seperti taklimat pertolongan cemas, bahaya merokok dan

juga aktiviti yang menjurus kepada hidup sihat seperti bersenam, mengamalkan

diet yang seimbang serta menjauhi amalan-amalan yang menjejaskan kesihatan

seperti menghisap rokok, mengambil pil atau dadah dan sebagainya.

menjadikan sesuatu pasti ada sebabnya. Tidak lupa juga, yang paling penting

ialah supaya apa sahaja yang kita lakukan adalah kerana Allah, maka itu adalah

merupakan ibadat terhadap Allah S.W.T.

.iii. Perkhemahan Untuk Orientasi Sosial.

- Di perkhemahan peringkat negeri, negara, rantau dan dunia setiap peserta

akan tinggal bersama. Mereka belajar, bergaul, bertukar fikiran, melakukan

aktiviti dan berkenalan di antara satu sama lain. Mereka dapat mengenali

peserta dari negara lain daripada semua aspek seperti sosial, adat resam,

kebudayaan, masakan dan sebagainya. Keadaan ini sangat penting bagi

Page 7: Asemen ppim yati

mewujudkan persaudaraan dengan semua orang tanpa mengira bangsa dan

keturunan.

3) JENIS KHEMAH

Jenis-jenis khemah

Khemah terdapat dalam pelbagai bentuk, saiz

dan kegunaan iaitu:

- Rigde tent

- Frame tent

- Dome tent

- Bell tent

Ridge tent

• Mempunyai tiang yang melintang di sepanjang bumbung.

• Diperbuat daripada material nylon yang ringan supaya

mudah dibawa dan dilipat

Dome tent

• Berbentuk gelembung dan menggunakan material yang sesuai dan fleksibel.

• Ringan, mudah dibawa dan sesuai digunakan untuk perkhemahan seperti di

sekolah dan sebagainya.

Frame tent

• Khemah jenis besar yang biasa digunakan untuk perkhemahan keluarga.

• Rangka khemah akan dipasang dahulu dan kanvas dipasang kemudian.

Bell tent

• Mempunyai satu tiang tinggi di puncak khemah.

• Khemah jenis ini sudah jarang digunakan dan digantikan dengan khemah jenis

“DOME”.

Page 8: Asemen ppim yati

4) PERANCANGAN DAN PERSIAPAN AWAL

PERANCANGAN

Penyediaan Kertas Kerja – Kertaskerja mestilah mengandungi

beberapa perkara penting supaya perancangan program jelas

diketahui oleh pihak pentadbiran. Antara perkara penting adalah

seperti berikut:-

– Tajuk

– Tarikh

– Matlamat

– Objektif

– Plan tindakan

– Pengisian Program

– Sumber tenaga

– Sumber kewangan

– Kawalan

– Penilaian

PERSIAPAN AWAL

Tinjauan - perlu dilakukan sebelum program dijalankan. Banyak faktor yang

perlu diberi perhatian seperti kesesuaian tempat, keselamatan kawasan,

sumber air dan makanan, sistem perhubungan dan lain-lain faktor yang

difikirkan perlu.

Surat menyurat – surat-surat untuk dalaman seperti permohonan kelulusan

program kepada pengetua, perlantik jawatan kuasa, permohonan peralatan

dan sebagainya. Surat-surat kepada kepada berbagai pihak luar seperti pihak

pengurusan kawasan perkhemahan, polis, hospital dan lain-laian lagi.

Sumber kewangan – perlu jelas sumber kewangan. Sebagai contoh kutipan

dari ahli atau tajaan mana-mana pihak.

Perancangan perbelanjaan – perlu sedia satu senarai perancangan

Page 9: Asemen ppim yati

perbelanjaan seperti pembelian bahan makanan, alatan dan sebagainya.

Persediaan alatan – Alatan yang hendak digunakan perlu diperiksa, dan dibaik

pulih jika perlu atau ditambah jika kurang, dikelaskan dan dikumpulkan di satu

tempat.

Pengangkutan - Perlu tahu apa jenis pengangkutan yang diperlukan. Buat

tempahan supaya tidak berlaku kesulitan.

5) PEMILIHAN TEMPAT

• Tanah yang rata dan selesa berbaring

• Ada perlindungan dari bukit atau pokok menghalang ancaman angin.

• Dekat dengan punca air.

• Mempunyai pemandangan yang indah dan lapang melihatnya.

• Mendapat cahaya matahari.

• Mempunyai jalan perhubungan yang baik.

6) ASPEK KESELAMATAN

Sistem kawalan – sediakan jadual giliran kawalan

malam.

Kod Laluan – Gunakan kod yang diketahui dan telah

disahkan oleh semua ahli.

Peralatan – lampu suluh, tongkat, wisel, buku

catatan.

Peti ubat yang lengkap dan terkawal. Ada petugas

yang ditetapkan untuk memberi bantuan bantu mula.

Sediakan tempat khas untuk peserta yang sakit atau

Cedera.

Keselamatan Api

Jangan membiarkan api tanpa pengawasan.

Page 10: Asemen ppim yati

Jangan merokok dan menyala api di dalam khemah. Hanya lampu suluh sahaja

dibenarkan. Padamkan api dengan segera jika angin kuat bertiup ke arah

khemah.

Jangan membuang pontong rokok dan bara api merata tempat.

Jangan memasang api tanpa tujuan.

Keselamatan air

Jangan mengambil air, mandi, membasuh di tempat batu licin, lereng

curam,kayu-kayu merbahaya dan arus laju.

Jangan mandi bersendirian, jika tidak tahu berenang.

Apa bila mandi di sungai sentiasa mengadap ke arah hulu sungai.

Jangan turun ke dalam sungai, jika arus laju.

Sediakan alat bantuan kecemasan sepeti tali atau pelampung.

Page 11: Asemen ppim yati

Keselamatan di Kawasan Perkhemahan

Berkhemah di tempat yang selamat

Buang objek tajam yang berada kawasan perkhemahan.

Perlu diwujudkan pasukan kawalan (sentri).

Wujudkan sistem kecemasan seperti password, tandaan boundry.

Tabur sulfur (belerang) di keliling kawasan atau khemah.

7) KEMUDAHAN ASAS

KRAF PERKHEMAHAN

• Gadget @ Alat-alat kecil

i. Tempat Menggantung barang

Diperbuat dari pohon kecil yang banyak cabang. Ia bertujuan

menggantung kole messtin sudu dan lain-lain

i. Para letak barang

Diperbuat daripada beberapa batang kayuuntuk meletak barang-barang

seperti pek,kasut dan makanan, ia boleh dibuat berbagai bentuk 3 segi atau 4

segi.

i. Alas tanah

Beberapa batang kayu disusun dan dialas dengan kayu lain supaya tidak

mencecah tanah. Ia sesuai meletak pek, kasut dan barang-barang lain.

iv Tempat jemur kasut

Tempat jemur kasut Cabang kayu yang dipacak di atas tanah

v. Penyapu Sampah

Ranting-ranting kayu yang kecil dan teguh diikat dengan sebatang kayu yang

panjang

vi. Tempat Lilin

Page 12: Asemen ppim yati

Tin kosong yang ditebuk di atas dan disebahagian badan tin, ia juga boleh dibuat

dengan buluh

Vii. Penggantung Baju

Kayu sebesar jari telunjuk dan sepanjang 1/3 meter digantung dengan tali

ditengah kayu

vii. Sudip

Kayu dipotong kira kira 1 kaki dan salah satu bahagian hujungnya ditarah dan

dibentukkan hingga leper.

viii. Pelindung Dapur

Tin biskut atau tun minyak tahah di potong bahagian sisi di sebelah atas atau

pacakan anak pohon kayu agar menlindungi arah angin

ix. Tempat sudu.garpu/berus gigi

Lubang kecil berbentuk panjang ditebuk pada tin kosong atau botol plastik

supaya sudu dan garpu boleh diselit pada lubang tersebut diletakan berus gigi

lubang itubhendaklah dibesarkan sedikit sehingga muat

Ampaian kain

Selain tali rafia, dahan kayu atau palang kayu boleh digunakan untuk menjemur

kain

xi. Tempat pinggan

Kayu disusun dengan sebegitu rupa supaya pinggan diselit dicelahnya.

xii. Bangku Panjang

Kayu panjang diletakkan di atas pancang atau di atas palang tiang

Page 13: Asemen ppim yati

Jenis-jenis Kraf Perkhemahan

• Fire craft

• Ropes craft

• Woodcraft

• Tool craft

• Khemah

• Shelter (tempat berteduh)

Page 14: Asemen ppim yati

Fire craft

• Api penting digunakan dalam kehidupan seharian.

• Selain itu, digunakan untuk membekalkan cahaya, memanaskan suhu badan,

keselesaan, memasak dan sebagainya.

• Api juga boleh merosakkan alam sekitar jika disalahgunakan iaitu tanah menjadi

hitam, merosakkan dahan dan akar pokok

Membuat Unggun Api

• Kaedah “Fire Triangle” – bentuk huruf A.

• Menggunakan 3 elemen iaitu:Haba, angina dan bahan bakar

• Bentukkan huruf‘A’ menggunakan ranting kayu dengan bukaan huruf ‘A’ menghala

arah angin

• Letakkan rabuk/bahan mudah terbakar di dalam huruf ‘A’ dan nyalakan api.

• Kipas secara perlahan dan letakkan lagi bahan bakar untuk menyalakan.

Ropes craft

• Kemahiran asas berkaitan ikatan dan simpulan tali.

• Ikatan tali perlu dipelajari untuk digunakan dalam kehidupan seharian.

• Dalam kraf tali, ia penting untuk membuat ikatan pada pelbagai jenis kraf dalam aktiviti

perkhemahan.

Jenis-jenis lkatan(Stopper knots)

• Overhand

• This is the simplest knot. Therefore probably the most used. The knot is very useful to

support knots in yarns. The loose ends become a bit thicker. When this support makes

Page 15: Asemen ppim yati

the total bend too bulky you have to look for another bend. The overhand knot is not

strong, so it is not used in situations where you might expect great force. It also reduces

the strength of the rope or yarn by about 50%. But as an "anti-slip-knot" it does not have

to withstand a lot.

Wood craft

• Dalam perkhemahan, individu perlu mempelajari cara untuk membina kraf

kayu atau disebut sebagai “gajet”

• Gajet penting dalam aktiviti luar dan mempunyai pelbagai fungsi iaitu:

• Memudahkan pengurusan tempat atau kawasan perkhemahan.

• Menjadikan aktiviti perkhemahan lebih tersusun dan teratur.

Tool craft

• Kemahiran menggunakan alatan semasa berada di luar atau dalam hutan.

• Kemahiran ini penting kerana dapat membantu dan memudahkan individu

untuk melakukan aktiviti ketika berada di hutan.

Khemah

• Khemah merupakan alatan penting dalam menjalankan aktiviti luar

• Ciri-ciri tapak atau kawasan khemah:

• Mendapatkan kebenaran dan maklumat

• Kemudahan asas seperti bekalan air

• Kawasan lapang

• Tidak terlalu jauh dari penduduk atau perkampungan

Page 16: Asemen ppim yati

8) PEMERIKSAAN

Jangan berkhemah dekat dengan sungai atau anak sungai di kawasan hulu atau

kawasan berbukit

Elak dari kawasan semak atau belukar.

Jangan berkhemah di atas tanah yang lembab

Elak dari tanah tebing yang curam.

Elakkan pohon mati atau pohon besar atau kawasan yang terdedah dengan matahari

panas sepanjang hari.

Elak dari denai binatang.

Elak dari kaki bukit yang curam.

Elak dari kawasan lidah air (cantuman 2 sungai)

Page 17: Asemen ppim yati

9) REFLEKSI

Alhamdulillah, puji-pujian dipanjatkan ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah kurnia

serta kekuatan yang diberikan, saya berpeluang mempelajari banyak input serta

pengalaman baru daripada unit beruniform Persatuan Puteri Islam Malaysia bagi

semester ini.

Sepanjang mempelajari sukatan wajib bagi persatuan ini, saya telah memperolehi

banyak ilmu yang bermanfaat. Contohnya berkenaan ilmu-ilmu perkhemahan yang

boleh diaplikasi dalam kehidupan seharian. Selain itu, pembelajaran ini juga

membantu saya dalam mendisiplinkan diri, khususnya melalui aktiviti kawad kaki

yang dipelajari.

Saya juga telah mempelajari berkenaan tatacara perjumpaan yang membantu

memberi pengalaman yang sangat berguna. Melalui topik ini, saya dapat

mengetahui protokol serta adab-adab yang perlu dijaga sewaktu berada dalam

suatu perjumpaan formal. Tatacara perjumpaan dalam PPIM sangat mementingkan

aspek keagamaan. Hal ini kerana setiap perjumpaan akan dimulakan dengan

bacaan doa serta nyanyian asma’ al husna. Hal ini memberikan ketenangan kepada

saya dan rakan-rakan yang lain setiap kali perjumpaan diadakan.

mengenal pasti beberapa kekuatan, kelemahan, peluang dan juga ancaman yang

terdapat pada diri saya dalam menghasilkan tugasan ini. Antara kekuatan yang saya

miliki ialah minat yang mendalam untuk mempelajari, mengkaji seterusnya

memahami dengan lebih mendalam berkenaan perlembagaan di Malaysia, tanah air

yang dicintai. Saya juga berusaha sebaik mungkin untuk mendapatkan meklumat

berkenaan topik ini. Selain itu, kekuatan yang dimiliki ialah memiliki rakan

sekumpulan saya yang bersemangat dan mampu memberi kerjasama yang sebaik

mungkin sepanjang menjayakan kerja kursus pendek ini. Perkongsian ilmu dan

pendapat telah banyak membantu dalam menghasilkan kerja kursus yang lebih

berkualiti.

Di samping kekuatan yang dimiliki, terdapat juga beberapa kelemahan yang

terdapat dalam diri saya yang telah dikenal pasti. Antara kelemahan yang saya miliki

Page 18: Asemen ppim yati

ialah saya mengambil masa yang agak lama untuk mendapatkan maklumat yang

bersesuian dengan topik. Saya juga mengambil masa yang agak lama untuk

memahami berkenaan perlembagaan di Malaysia. Hal ini kerana tajuk

perlembagaan merupakan satu topik yang besar dan memerlukan tumpuan yang

sepenuhnya bagi mengelakkan berlaku salah faham. Rentetan masalah ini, saya

mengambil inisiatif untuk mengadakan perbincangan dengan rakan sekumpulan

saya bagi mendapatkan gambaran keseluruhan mengenai topik ini. Setelah

mengadakan perbincangan, saya dapat memahami tentang perkhemahan dengan

lebih jelas. Selain itu, pensyarah pembimbing Doktor Norjahan turut membantu

dalam memberi kefahaman yang lebih jelas. Beliau mengendalikan perbincangan

berkenaan konsep perkhemahan dan pelaksanaannya di kem. Perbincangan

sebegini banyak membantu saya dalam meningkatkan kemahiran di samping

memantapkan jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Walaupun berhadapan dengan beberapa kelemahan diri, namun saya bersyukur

kerana terdapat beberapa peluang yang diperolehi. Pensyarah subjek, Puan Haliza

Haji Ibrahim banyak mendorong saya dan rakan-rakan dalam menyiapkan tugasan

ini. Puan Haliza sangat menggalakkan percambahan idea melalui lontaran

pendapat. Beliau sangat terbuka dalam menerima pendapat dan tidak lokek

berkongsi ilmu serta bersedia untuk memperbetul kesilapan saya dan rakan-rakan

dalam melontarkan pendapat. Kesannya, saya menjadi lebih berani dan

berkeyakinan dalam memberi idea dan berkongsi maklumat terbaru yang saya

perolehi dengan rakan-rakan. Sememangnya keberanian begini yang harus dimiliki

oleh saya sebagai seorang bakal guru. Selain itu, peluang lain yang diperolehi ialah

terdapat banyak maklumat berkaitan perkhemahan yang boleh didapati melalui

internet.

Saya juga tidak dapat lari daripada ancaman luaran sepanjang menyiapkan tugasan

ini. Ancaman yang diperolehi ialah saya dan rakan-rakan yang lain memiliki masa

yang agak terhad kerana perlu menyerahkan dua tugasan bagi subjek lain dalam

minggu yang sama. Jadi, kami perlu menyusun jadual masa sebaik mungkin bagi

Page 19: Asemen ppim yati

memastikan semua tugasan dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan serta

menghasilkan tugasan yang berkualiti.

Melalui tugasan ini juga, saya telah memperolehi ilmu yang sangat berguna

mengenai aspek-aspek yang perlu dititikberatkan dalam perkhemahan. Selain itu,

saya juga sedar bahawa guru sangat berperanan dalam menyebarkan ilmu-ilmu dan

menyuntik semangat ingin sihat dan cergas dalam diri anak didik. Saya sangat

sedar akan kepentingan kemahiran asas perkhemahan, jadi saya berusaha sedaya

upaya untuk mempraktikkannya. Saya juga sedar akan pentingnya penerapan nilai-

nilai yang digariskan dalam perkhemahan. Saya sangat yakin bahawa seorang

pendidik perlu memiliki pengetahuan yang luas dalam pelbagai bidang

memandangkan tugas pendidik pada hari ini semakin mencabar.

Melalui pengalaman mengikuti perkhemahan ini, saya lebih berkeyakinan untuk

menghadapi masalah pada masa depan. Saya juga mendapati perbincangan dan

perkongsian ilmu sangat penting dalam proses pembelajaran. Saya akan

mengaplikasikan Ilmu yang diperolehi dengan sebaik mungkin. Insya Allah.

Disediakan oleh:

HARYATI BINTI ISMAIL.

900109-03-5164