asas perkembangan motor tingkatan 4

Upload: razmirazak

Post on 03-Mar-2016

274 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Asas perkembangan motor

TRANSCRIPT

ASAS PERKEMBANGAN MOTOR

ASAS PERKEMBANGAN MOTORTINGKATAN 4PENGENALANMerujuk kepada perubahan keupayaan motor manusia yang berlaku secara semulajadi sepanjang hayat.

Ia melibatkan proses tumbesaran, kematangan dan penuaan.

Keadaan ini akan mengakibatkan perubahan fizikal dari segi peningkatan dan penurunan kekuatan, daya tahan, saiz anggota fizikal dan semua fungsi fisiologi.PENINGKATAN KEUPAYAAN MOTORPERKEMBANGAN REFLEKSSambungan -Fasa ini bermula dari peringkat bayi sehingga dewasa.

Keupayaan individu untuk menguasai kemahiran sukan dipengaruhi oleh aspek perkembangan motor yang mula berlaku pada Tahap 2.PENURUNAN KEUPAYAAN MOTORIa berlaku seiring dengan proses penuaan.

Kemerosotan keseimbangan asas adalah satu kesan ketara penuaan terhadap keupayaan motor.

Ia berpunca daripada penurunan fungsi saraf.

Ia menyebabkan fenomena atrofi otot .

Kehilangan kawalan postur asas dan menjejaskan kecekapan bergerak.PRINSIP PERKEMBANGAN MOTORKemampuan bergerak ialah keupayaan paling awal yang diperlukan untuk membolehkan kita meneroka dan menyesuaikan diri dengan persekitaran.

Kenali objek, bunyi, sesuaikan kedudukan badan dengan daya graviti dan corak pergerakan.

Perkembangan motor berlaku mengikut fasa-fasa lakuan motor yang spesifik.Tahap-tahap perkembangan motorREFLEKS PRIMITIFPergerakan wujud ketika peringkat janin.wujud semulajadiFungsi untuk memalui asas kehidupanTahap-tahap perkembangan motorREFLEKS MOTOR

Wujud pada umur 3 bulanFungsi pergerakan untuk menyesuaikan kedudukan kepada persekitaranTahap-tahap perkembangan motorREFLEKS LOKOMOTOR

Wujud pada umur 6 bulanFungsi pergerakan sebagai asas kepada lakuan voluntariPRINSIP SEFALOKAUDAL (CEPHALO-CAUDAL)Merujuk kepada perkembangan yang berlaku dari arah bahagian kepala ke bawah.

Ia berlaku secara progresif.

Ia tertumpu pada aspek kawalan motor.

Cephalo : bahagian kepalaCaudal : bahagian paling inferior pada ruang (turus) vertebra manusia.PRINSIP PROKSIMODISTALMerujuk kepada perkembangan yang berlaku mengikut arah dari bahagian paksi tubuh ke bahagian yang menjauhi paksi tubuh.

Proximo : hampirDistal : semakin jauh

Berlaku secara progresif.PERINGKAT PENCAPAIAN MOTOR MANUSIATahap pencapaian motor berfokus kepada perkembangan motor yang berlaku selepas 24 bulan kelahiran.

Tiga aspek perkembangan motor:Perkembangan kawalan posturPerkembangan keupayaan lokomotorPerkembangan keupayaan bukan lokomotor dan manipulasi objek Perkembangan kawalan posturTurutan peringkat utama ialah kawalan kepala, duduk tanpa sokongan dan berdiri tanpa sokongan.

Umur kronologi yang dikaitkan dengan setiap peringkat pencapaian adalah mengikut kadar perkembangan motor yang normal

Kawalan kepala dicapai menerusi tindakan refleks leher.Ia bertujuan untuk membina asas kekuatan bahagian atas paksi tubuh.Ia mempengaruhi perkembangan kekuatan pada bahagian vertebra.Ia membolehkan bayi duduk tanpa sokongan.Peringkat pencapaian kawalan postur asas berakhir apabila bayi mampu berdiri tanpa sokongan.

Ia menunjukkan kekuatan otot bahagian bawah badan.

Keadaan ini menandakan bahawa perkembangan asas sefalokaudal telah lengkap.

Perkembangan keupayaan lokomotorTerdapat tiga peringkat peningkatan keupayaan lokomotor.

Pergerakan awal ialah mengulingkan badan.

Ia berfungsi untuk membina kekuatan asas paksi tubuh.Peningkatan seterusnya ialah merangkak.

Keupayaan ini dapat dilakukan setelah kawalan postur pada bahagian paksi semakin stabil.

Akhir sekali ialah bayi mampu berdiri dan berjalan tanpa sokongan.Perkembangan keupayaan bukan lokomotor dan manipulasi objekDua kemahiran motor yang tersendiri.

Ia saling berkait dan mengikut prinsip proksimodistal.

Ia bermula pada lakuan anggota badan yang tidak melibatkan perubahan posisi.Lakuan paling awal ialah menggenggam, disusuli dengan dengan lakuan menggemgam objek.

Seterusnya aksi mencapai ke arah sasaran, disusuli dengan mencapai objek

Titik akhir tidak ditetapkan kerana peningkatan seterusnya berlaku menerusi kemampuan manipulasi daya.Perkembangan kemampuan manipulasi daya diperlihatkan menerusi peningkatan tahap corak lakuan asas hingga mencapai tahap corak lakuan matang.

Tiada peringkat umur khusus kerana pencapaian kemahiran yang diperolehi adalah relatif kepada persekitaran yang dialami bayi semasa fasa tumbesaran.Sekian.