asas perakaunan 1

Upload: raja-nursakinah-raja-shahriman

Post on 06-Apr-2018

219 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/3/2019 asas perakaunan 1

    1/3

    Asas perakaunan

    Definisi Simpan kira

    Proses mengenal pasti dan merekod urus niaga perniagaan secara teratur dan tepat

    mengikut sistem catatan bergu.

    Tujuan

    a) Bukti urusniaga berlaku

    b) Mengumpul maklumat

    c) Membuat keputusan dan perancangan

    d) Mencatat urusniaga

    e) Mencatat nama penghutang ,pemiutang dan nilai hutang

    Definisi Perakaunan

    Proses mengenal pasti, merekod, mentafsir, menganalisis, melaporkan maklumat

    kewangan dan merancang serta mengawal kegiatan perniagaan

    Tujuan

    a) Mengumpulkan maklumat berdasarkan etika yang ditetapkan

    b) Menganalisis dan mentafsir maklumat

    c) Menyediakan laporan kewangan bagi membantu membuat keputusan

    Perbezaan antara simpan kira dengan perakaunan.

    Simpan kira Perakaunan

  • 8/3/2019 asas perakaunan 1

    2/3

    Simpan kira merupakan peringkat awal

    dalam proses perakaunan

    Perakaunan merupakan proses perekodan

    maklumat akaun yang seterusnya

    Simpan kira ialah merekod urus niaga

    dengan teratur dan tepat secara sistem

    catatan bergu

    Perakaunan meliputi kerja merekod,

    mendaftar, mengklasifikasikan dan

    menganalisis

    Ia merupakan satu aspek kecil dalam

    proses perakaunanIa merangkumi bidang yang lebih luas

    Kerja simpan kira ialah satu proses yang

    mekanikal dan rutin

    Kerja perakaunan adalah lebih rumit dan

    memerlukan pengetahuan yang profesional

    Memahami Perakaunan Kegunaan dan Kepentingan

    Maklumat perakaunan ini sebenarnya bergantung kepada individu atau organisasi yang

    menggunakan maklumat tersebut. Pengguna-penguna yang selalu menggunakan maklumatperakaunan adalah seperti berikut:

    1. Anda sendiri sebagai Pemilik Perniagaan

    Peniaga menggunakan maklumat ini untuk mengetahui samaada perniagaan untung atau

    Mengenalpasti sumber-sumber kewangan dan perbelanjaan yang dilakukan dalam

    perniagaannya.

    2. Prospek Pembeli

    Prospek pembeli tentunya inginkan maklumat mengenai perniagaan. Prospek Pembeli mungkin

    akan melakukan Siasatan Wajar (Due Diligent) terhadap syarikat tersebut dan maklumat penting

    ialah maklumat perakaunan dan kewangan.

    3. Bank

    Jika ingin melakukan pinjaman untuk mengembangkan peniagaan atau modal untuk

    menjalankan perniagaan, anda memerlukan pinjaman dari Bank yang merupakan sumber utama.

  • 8/3/2019 asas perakaunan 1

    3/3

    4. Jururunding Cukai

    Jururunding Cukai perlukan penyata kewangan. Jika anda tidak simpan maklumat kewangan,

    bagaimana cara untuk kira cukai. Kesannya anda tidak boleh menghantar borang taksiran cukaianda ke LHDN. Jika tidak LHDN akan mendakwa anda.

    5. Prospek Rakan Kongsi

    Untuk membesarkan perniagaan dan tidak cukup sumber kewangan dan tenaga, mungkin anda

    berfikir untuk mencari rakan kongsi. Rakan tentunya berani masuk atau menambahkan modal

    sekiranya syarikat anda berpotensi. Rakan-rakan perlu mengakaji terlebih dahulu latar belakangsyarikat.

    6. Pelabur

    Jika perniagaan anda berkembang sehingga boleh membeli Saham di Bursa Malaysia. Pelabur

    tentunya memerlukan maklumat-maklumat perakaunan untuk membuat analisis kewangansyarikat anda.