asas komputer dan penyelenggaraan

58
Penyelenggaraan Komputer ISI KANDUNGAN Muka Surat PENGENALAN KEPADA KOMPUTER 1.0 Pengenalan 3 2.0 Komponen-Komponen Komputer 5 2.1 Input 2.2 Output 2.3 Unit Pemprosesan Komputer 2.4 Ingatan 2.5 Storan Sekunder 2.6 Bahagian Komputer 2.6.1 Perkakasan 2.6.2 Perisian 3.0 Objek-Objek Asas Pada Windows 8 4.0 Pilihan-Pilihan Pada Menu 9 5.0 Memeriksa Ruang Cakera Keras & Memori 10 6.0 Pengendalian Ikon-Ikon Pada Desktop 12 6.1 Auto Arrange 6.2 Control Panel 7.0 Mewujudkan Shortcut Bagi Explorer 13 8.0 Bekerja Dengan Recycle Bin 13 8.1 Memperolehi Semula Folder dan Fail 8.2 Membersih Recycle Bin PENYELENGGARAAN DAN ‘HOUSEKEEPING’ 1.0 Perkakasan 1.1 Pengawal Arus 15 1.2 Bekalan tenaga berterusan 15 1.3 Memindah komputer 1.4 Teknik Penjagaan Komputer 16 1.4.1 Masalah Habuk 1.4.2 Masalah Suhu 1.4.3 Masalah Cara Penggunaan 1.5 Cara Membersihkan Perkakasan 18 1.5.1 Central Processing Unit (CPU) 1.5.2 Kasing 1.5.3 Monitor 1.5.4 Pencetak 1.5.5 Keyboard 1.5.6 Mouse 1.5.7 Thumb Drive 1.5.8 Cakera Liut(Disket) 2.0 Perisian 2.1 Disk Cleanup, Error Checking dan Defragmentation 22 2.2 Penggunaan Perisian Membuat Salinan (Backup) 28 2.3 Uninstall Program 30 2.4 Mengemaskini Windows 32 2.5 Perkongsian Folder 35 2.6 Mencari Folder Dalam Jaringan 36 Unit Sains Teknologi dan ICT Negeri Johor 1 dari 58

Upload: mohammad-arif-bin-harun

Post on 23-Jun-2015

2.199 views

Category:

Documents


48 download

TRANSCRIPT

Page 1: Asas Komputer Dan Penyelenggaraan

Penyelenggaraan Komputer

ISI KANDUNGAN Muka Surat PENGENALAN KEPADA KOMPUTER 1.0 Pengenalan 3 2.0 Komponen-Komponen Komputer 5

2.1 Input 2.2 Output 2.3 Unit Pemprosesan Komputer 2.4 Ingatan 2.5 Storan Sekunder 2.6 Bahagian Komputer

2.6.1 Perkakasan 2.6.2 Perisian

3.0 Objek-Objek Asas Pada Windows 8 4.0 Pilihan-Pilihan Pada Menu 9 5.0 Memeriksa Ruang Cakera Keras & Memori 10 6.0 Pengendalian Ikon-Ikon Pada Desktop 12

6.1 Auto Arrange 6.2 Control Panel

7.0 Mewujudkan Shortcut Bagi Explorer 13 8.0 Bekerja Dengan Recycle Bin 13

8.1 Memperolehi Semula Folder dan Fail 8.2 Membersih Recycle Bin

PENYELENGGARAAN DAN ‘HOUSEKEEPING’ 1.0 Perkakasan

1.1 Pengawal Arus 15 1.2 Bekalan tenaga berterusan 15 1.3 Memindah komputer 1.4 Teknik Penjagaan Komputer 16

1.4.1 Masalah Habuk 1.4.2 Masalah Suhu 1.4.3 Masalah Cara Penggunaan

1.5 Cara Membersihkan Perkakasan 18 1.5.1 Central Processing Unit (CPU) 1.5.2 Kasing 1.5.3 Monitor 1.5.4 Pencetak 1.5.5 Keyboard 1.5.6 Mouse 1.5.7 Thumb Drive 1.5.8 Cakera Liut(Disket)

2.0 Perisian 2.1 Disk Cleanup, Error Checking dan Defragmentation 22 2.2 Penggunaan Perisian Membuat Salinan (Backup) 28 2.3 Uninstall Program 30 2.4 Mengemaskini Windows 32 2.5 Perkongsian Folder 35 2.6 Mencari Folder Dalam Jaringan 36

Unit Sains Teknologi dan ICT Negeri Johor 1 dari 58

Page 2: Asas Komputer Dan Penyelenggaraan

Penyelenggaraan Komputer

2.7 Instalasi Pencetak 37 2.8 Buang Cookies,History dan Temporary Internet Files 38 2.9 Create user Account 39 2.10 Cara Menutup Komputer 41

MENGESAN KEROSAKAN (‘TROUBLESHOOTING’) 1.0 Mengesan Kerosakan (‘Troubleshooting’)

1.1 Peralatan – Monitor 42 1.2 Peralatan – Hard Disk 42 1.3 Peralatan – Disket Drive 43 1.4 Peralatan – Keyboard 43 1.5 Peralatan – Mouse 44 1.6 Peralatan – Operating System 44

VIRUS KOMPUTER 1.0 Definasi 45 2.0 Jenis-Jenis Virus 46

2.1 Virus Sektor Boot 2.2 Virus Makro 2.3 Virus Fail TSR (Terminate dan Stay Resident) 2.4 Virus Companion 2.5 Virus Overwriting

3.0 Bagaimana Ia Merebak 47 3.1 Perisian 3.2 Cakera Liut 3.3 Internet 3.4 Rangkaian

4.0 Cara Pencegahan 48 5.0 Perisian Antivirus 48

5.1 Aplikasi Antivirus 5.1.1 Cara Membuat Instalasi 49

5.1.2 Cara Mengaktifkan Anti Virus 57

Unit Sains Teknologi dan ICT Negeri Johor 2 dari 58

Page 3: Asas Komputer Dan Penyelenggaraan

Penyelenggaraan Komputer

PENGENALAN KEPADA KOMPUTER

1.0 PENGENALAN

1.1 Komputer adalah sebuah alat elektronik atau mesin automatik yang

digunakan untuk memproses data.

1.2 Komputer boleh melakukan kerja-kerja untuk membantu manusia

menyelesaikan masalah-masalah dalam memproses data:

1.2.1 Menerima arahan (input) dan memasukkan data daripada pengguna.

1.2.2 Melaksanakan arahan (memproses) input/data yang diterima

berbentuk pengiraan, logik memanipulasi data secara automatic dan

sebagainya.

1.2.3 Menyimpan data/program dalam ingatan sekunder.

1.2.4 Menghasilkan laporan atau sebarang keputusan daripada kerja-kerja

pemprosesan.

1.2.5 Laporan boleh disimpan dan boleh dipanggil semula pada bila-bila

masa.

Unit Sains Teknologi dan ICT Negeri Johor 3 dari 58

Page 4: Asas Komputer Dan Penyelenggaraan

Penyelenggaraan Komputer

Rajah Komponen Asas Komputer

Petunjuk:

Unit Pemprosesan Pusat

Aliran data masuk

Arah kawalan

Arahan data/masuk

Proses =

INPUT KOMPUTER OUTPUT

Papan kekunci (keyboard) Tetikus (mouse) Scanner

ALAT INPUT

UNIT KAWALAN

ALAT OUTPUT

UNIT KAWALAN

INGATAN RAM/ROM

STORAN SEKUNDER

Input Unit kawalan Ingatan

Arithmetik dan logik Output

Rajah I

Monitor Pencetak

Unit Sains Teknologi dan ICT Negeri Johor 4 dari 58

Page 5: Asas Komputer Dan Penyelenggaraan

Penyelenggaraan Komputer

2.0 KOMPONEN-KOMPONEN KOMPUTER

2.1 Input

2.1.1 Menerima data arahan daripada pengguna.

Contoh: Papan kekunci (keyboard), Tetikus (mouse),

Pengibas(Scanner)

2.1.2 Untuk memasukkan data ke dalam computer.

2.2 Output

2.2.1 Segala maklumat yang telah diproses dan dikeluarkan dalam bentuk

tayangan atau cetakan (hardcopy).

Contoh: Monitor., Pencetak (Printer)

2.3 Unit Pemprosesan Pusat (CPU)

2.3.1 Mengawal keseluruhan operasi komputer, menerima input data arahan

daripada memproses data arahan yang diterima.

2.3.2 Mengeluarkan hasil pemprosesan dan menyimpan di dalam storan

sekunder atau mengeluarkan kepada alat output.

2.3.3 Semua kawalan dan arahan diproses pada dua (2) bahagian utama:

2.3.3.1 Unit Kawalan

• Membaca dan mentafsir arahan-arahan yang

diterima, kawalan aktif alat-alat input/output, storan

ingatan unit arithmetic dan logik.

• Mengawal pengaliran data di dalam komponen-

komponen komputer yang lain berjalan lancar.

2.3.3.2 Unit Arithmetik dan Logik

• Menerima data daripada ingatan komputer, proses

data berdasarkan arahan yang diterima ( +, -, *, /,

Unit Sains Teknologi dan ICT Negeri Johor 5 dari 58

Page 6: Asas Komputer Dan Penyelenggaraan

Penyelenggaraan Komputer

logik) dan hasil proses akan disimpan di dalam

storan sekunder dan ingatan.

2.4 Ingatan

2.4.1 Kegunaannya:

2.4.1.1 Menyimpan pemprosesan unit arithmetic dan logic.

2.4.1.2 Menyimpan arahan oleh pengguna.

2.4.1.3 Menyimpan arahan yang sedang diproses.

2.4.2 Terdapat dua (2) jenis:

2.4.2.1 ROM (Read Only Memory) – Ingatan bacaan sahaja.

2.4.2.2 RAM (Random Access Memory) – Ingatan secara rawak.

2.4.3 Saiz ingatan komputer diukur dalam unit Byte. 1 Byte bersamaan

dengan 8 Bit (Binary digit 0 dan 1).

Rajah II

1 Bit 0 dan 1 (On / Off) 1 Byte 8 Bit 1 aksara (character) 1 Kilobyte 1024 Byte ½ mukasurat teks 1 Megabyte 1024 Kilobyte 500 mukasurat 1 Gigabyte 1024 Megabyte 1 Terabyte 1024 Gigabyte

2.5 Storan Sekunder

Contoh: Hard disk, Disket, CD-ROM, USB storage

Unit Sains Teknologi dan ICT Negeri Johor 6 dari 58

Page 7: Asas Komputer Dan Penyelenggaraan

Penyelenggaraan Komputer

2.6 Komputer terdiri daripada dua (2) bahagian:

2.6.1 Perkakasan

Perkakasan adalah kelengkapan fizikal.

Contoh: Papan kekunci (keyboard), Pencetak, Modem, CD ROM,

Tetikus (mouse), Unit Premporsesan Pusat (CPU) dan lain-lain.

2.6.2 Perisian

2.6.2.1 Kumpulan aturcara/program yang membolehkan kita

berhubung dengan komputer.

2.6.2.2 Ianya terdiri daripada perintah-perintah tersusun yang perlu

dipatuhi oleh komponen komputer untuk menghasilkan

aktiviti tertentu.

2.6.2.3 Terbahagi kepada dua (2) jenis:

2.6.2.3.1 Perisian Sistem

• MS-DOS

• Windows ’95, Windows ’98, Windows

2000, Windows XP, Windows ME

• UNIX

• Linux

2.6.2.3.2 Perisian Komputer

• Microsoft Office

• Photoshop

• Dreamweaver

• Oracle

Unit Sains Teknologi dan ICT Negeri Johor 7 dari 58

Page 8: Asas Komputer Dan Penyelenggaraan

Penyelenggaraan Komputer

3.0 OBJEK-OBJEK ASAS PADA WINDOWS

3.1 Skrin awal yang akan didapati semasa memulakan Windows XP adalah desktop yang mempunyai objek-objek berikut :-

Ikon-ikon (Icons) Desktop

Start Button Task Bar

3.2 Tetingkap (Windows) pula mempunyai bahagian-bahagian berikut

Menu Bar

Minimise Button

Tool Bar

Maximise Button

Unit Sains Teknologi dan ICT Negeri Johor 8 da

Jam

:-

Title Bar

Window Title

ri

Close Button

58

Page 9: Asas Komputer Dan Penyelenggaraan

Penyelenggaraan Komputer

r

Program Icon

4.0 PILIHAN –PILIHAN PADA

Anak Panah Penunjuk Kana

Unit Sains Teknologi dan ICT Negeri Jo

Window Borde

Scroll Bar (Slider)

MENU

Tanda Periksa n

hor

Radio Button

9 dari 58

Page 10: Asas Komputer Dan Penyelenggaraan

Penyelenggaraan Komputer

4.1 Tanda Periksa ( )

Pilihan ini boleh ditandakan lebih dari satu. 4.2 Radio Button

Pilihan ini merangkumi kumpulan dan hanya satu item dalam kumpulan boleh dibuat pada satu masa.

4.3 Anak Panah Penunjuk Kanan ( ► )

Pilihan ini membukakan submenu seterusnya.

5.0 MEMERIKSA RUANG CAKERA KERAS & MEMORI

5.1 Cakera Keras

i. Buka tetingkap bagi ikon MY COMPUTER melalui dwi klik pada ikon tersebut.

ii. Klik kanan pada ikon cakera keras. iii. Pilih Properties.

Unit Sains Teknologi dan ICT Negeri Johor 10 dari 58

Page 11: Asas Komputer Dan Penyelenggaraan

Penyelenggaraan Komputer

iv. Kapasiti storan pada cakera keras akan dipaparkan

5.2 Memori

i. Klik kanan pada ikon MY COMPUTER ii. Pilih Properties iii. Akan dipamerkan ruang memori pada komputer

Unit Sains Teknologi dan ICT Negeri Johor 11 dari 58

Page 12: Asas Komputer Dan Penyelenggaraan

Penyelenggaraan Komputer

6.0 PENGENDALIAN IKON-IKON PADA DESKTOP

6.1 Auto Arrange

6.1.1 Fungsi auto arrange adalah untuk menyusun ikon-ikon pada desktop secara automatik oleh sistem.

Cara - Klik kanan pada desktop - Pilih Arrange Icon - Pilih Auto Arrange

6.2 Control Panel

6.2.1 Untuk tukar Date/Time. Ada dua perkara perlu dilihat iaitu DISPLAY SETTING dan

- Pilih Start - Pilih Settings - Klik Control Panel

- Dwi Klik Date/Time

Anda boleh ubah tarikh dan masa jika bersalahan dengan sepatutnya.

Unit Sains Teknologi dan ICT Negeri Johor 12 dari 58

Page 13: Asas Komputer Dan Penyelenggaraan

Penyelenggaraan Komputer

6.2.2 Untuk tukar background

- Dwi klik Display Ada menu - Themes - Desktop - Screen Saver - Appearance - Settings

Ini boleh diubah sebagaimana yang sepatutnya. Jika tidak yakin jangan ubah. Ini mungkin boleh menyebabkan gangguan pada skrin.

7.0 MEWUJUDKAN SHORTCUT BAGI EXPLORER

Cara 1

a) Klik kanan pada Start Button di Taskbar b) Klik ‘OPEN’ c) Dwi klik pada program d) Klik kanan dan tarik/heret keluar ikon explorer dan lepaskan tetikus e) Klik ‘ COPY HERE ‘ Atau Cara 2 a) Klik kanan pada di desktop anda

b) Pilik Properties c) Pilih desktop d) Klik pada Customize Desktop e) Tandakan pada Internet Explorer 8.0 BEKERJA DENGAN RECYCLE BIN

Recycle Bin adalah tempat sementara di mana folder-folder dan fail-fail yang telah

dibuang disimpan. Selagi pembersihan di Recycle Bin belum dilakukan folder/ fail

masih boleh diperolehi semula.

a. Memperolehi Semula folder dan fail

Buka Tetingkap RECYCLE BIN • Dwi klik di ikon RECYCLE BIN • Pilih item yang dikehendaki semula • Klik kanan di pemilihan yang perlu Atau • Klik di file pada Menu Bar • Pilih Restore

Unit Sains Teknologi dan ICT Negeri Johor 13 dari 58

Page 14: Asas Komputer Dan Penyelenggaraan

Penyelenggaraan Komputer

b. Membersih RECYCLE BIN

Pembersihan perlu dilakukan secara berkala agar ruang storan terkawal bagi BIN. Apabila dihapuskan maka folder/fail tidak akan diperolehi kembali. Anda boleh bersihkan dengan cara

• Klik kanan ikon RECYCLE BIN • Pilih EMPTY RECYCLE BIN

Atau

• Buka RECYCLE BIN • Pilih item yang hendak dibuang • Klik kanan dipilihan yang ditentukan • Pilih DELETE

Unit Sains Teknologi dan ICT Negeri Johor 14 dari 58

Page 15: Asas Komputer Dan Penyelenggaraan

Penyelenggaraan Komputer

PENYELENGGARAAN DAN ‘HOUSEKEEPING’

Masa membeli sesuatu komputer peribadi (PC) adalah saat paling sibuk dan tidak kurang

menceriakan. Semua perancangan, belanjawan, pemilihan sistem, jenis CPU, Video CD

mana hendak dibeli, sehingga kepada jenis meja dan kerusi yang sesuai dengan warna

sarung komputer sibuk dibincangkan. Kesemuanya dipertimbangkan, tetapi setelah sekian

lama PC menduduki kediamannya di atas meja, banyak perkara mula berubah lebih-lebih

lagi aspek penjagaan. Penjagaan yang baik dapat memanjangkan jangka hayat komputer

anda.

Asas komputer akan melihat aspek yang dapat membantu pengguna memastikan sistem PC

beroperasi dangan baik. Pengguna perlu tahu cara penyelenggaraan komputer yang

terbahagi kepada dua komponen iaitu perkakasan(hardware) dan perisian(software).

1.0 PERKAKASAN

1.1 Pengawal arus

Sistem komputer yang disambung terus ke bekalan elektrik pada dinding

terdedah kepada elektrik atau pengaliran elektrik berlebihan. Seperti alat

elektronik dan elektrik lain, bekalan tambahan yang mendadak akan

menyebabkan kerosakan litar yang teruk. PC tidak terkecuali. Adalah lebih

baik bagi pengguna untuk membuat sedikit pelaburan dengan mendapatkan

pengawal aliran elektrik atau "surge protector". Selain menyambungkan PC,

pengguna juga boleh menyambungkan pelbagai peranti lain seperti pencetak

kepada pengawal arus itu. Begitu juga untuk modem. Pengguna juga

digalakkan menggunakan pengawal kilat bagi sambungan talian telefon ke

modem terutama ketika menggunakan modem sewaktu hujan lebat.

1.2 Bekalan tenaga berterusan

Hari ini pengguna komponen bekalan elektrik berterusan tidak terhad kepada

sistem dalam pejabat sahaja. Lebih ramai pengguna di rumah mula

menggunakan bekalan tenaga berterusan iaitu UPS (Uninterruptable Power

Supply) terutama mereka yang bekerja di rumah. Penggunaan UPS dapat

menyediakan bekalan elektrik berterusan untuk tempoh tertentu walaupun

Unit Sains Teknologi dan ICT Negeri Johor 15 dari 58

Page 16: Asas Komputer Dan Penyelenggaraan

Penyelenggaraan Komputer

tanpa bekalan elektrik utama. Jenis dan harga bergantung kepada jumlah

masa tenaga yang dibekalkan.

1.3 Memindah komputer

Jangan menghentak, menjatuhkan atau menghumban peralatan ini kerana

kebanyakan komponen adalah sensitif kepada getaran yang kuat. Contohnya,

cakera keras dan pemacu CD-ROM. Hentakan yang kuat juga boleh

menyebabkan sambungan dengan papan litar utama menjadi longgar dan

komponen tertentu tidak boleh beroperasi dengan betul atau memberi mesej

"error" apabila ia disambungkan semula. Apabila memindahkan PC, pastikan

semua kabel dicabut dan tiada yang tertinggal. Pada masa yang sama,

jangan mendekatkan benda bermagnet kepada komponen elektronik kerana

ia juga boleh merosakkan PC.

1.4 Teknik Penjagaan Komputer

Teknik penjagaan komputer merangkumi beberapa topik utama yang perlu

menjadi perhatian. Diantaranya :

1.4.1 Masalah Habuk

Musuh yang paling utama bagi komputer ini adalah habuk. Habuk ini sentiasa

berada disekeliling kita. Ianya berbentuk partikel-partikel halus yang

terapung-apung di udara. Setiap komponen elektronik yang terdapat pada PC

amat sensitif pada habuk. Habuk ini terdapat berbagai jenis dan termasuklah

asap rokok. Partikel-partikel asap boleh mengakibatkan jangka hayat

komputer akan kurang. Jenis-jenis habuk yang lain pula termasuklah habuk

dari udara dan habuk dari serangga-serangga yang masuk ke dalam

komputer kita.

Cara pencegahannya, kita perlu tutup komputer kita jika tidak di gunakan,

dengan plastik komputer. Cara rawatannya pula , ialah gunakan vacum

cleaner yang berkuasa rendah dan berus cat yang kering untuk menyedut

habuk-habuk yang terdapat pada PC anda (jangan gunakan yang berkuasa

tinggi kerana ia boleh merosakkan komponen-komponen komputer tersebut).

Pastikan kipas di bahagian dalam CPU di bersihkan. Habuk boleh

menyebabkan udara dari kipas tidak bergerak dengan sempurna dan

Unit Sains Teknologi dan ICT Negeri Johor 16 dari 58

Page 17: Asas Komputer Dan Penyelenggaraan

Penyelenggaraan Komputer

mengurangkan kesejukan. Kipas perlu di bersihkan ialah pada bahagian

bekalan kuasa dan kipas di atas chip CPU.

1.4.2. Masalah Suhu

Letakkan komputer anda di kawasan yang sejuk. Tempat sejuk yang

dimaksudkan disini adalah kering. Sekiranya lembab, ia boleh merosakkan

komponen di dalam komputer. Suhu memang menjadi penentu utama dalam

menentukan jangka hayat sesebuah komputer. Jangan biarkan komputer

anda terkena air dan kelembapan. Air mungkin akan menjadi punca

kemalangan yang tidak di ingini. Komputer yang terkena air bukan sahaja

boleh rosak, tetapi akan mengakibatkan bahaya kepada penggunaannya.

Cara untuk mengatasi masalah ini ialah dengan meletakkan komputer anda

jauh dari pancaran matahari.

Pastikan komputer anda sentiasa mendapat peredaran udara yang baik.

Pasang kipas dengan kuat sekiranya anda menggunakannya lebih dari 2 jam.

Jika anda menggunakan penghawa dingin adalah lebih baik di aktifkan ketika

anda menggunakan komputer. Kepanasan membolehkan komputer anda

mengalami kerosakan komponen.

1.4.3. Masalah Cara Penggunaan

Penggunaan PC bergantung kepada sikap. Terdapat beberapa komponen

komputer yang mempunyai jangka hayat yang rendah. Komponen-komponen

ini terdiri daripada keyboard dan mouse. Keyboard dan mouse mudah rosak

dan perlu diganti bila perlu. Cuba dapatkan keyboad atau mouse pada harga

yang mahal sedikit kerana keyboard dan mouse jenis ini lebih tahan lama dan

selesa untuk di gunakan.

Unit Sains Teknologi dan ICT Negeri Johor 17 dari 58

Page 18: Asas Komputer Dan Penyelenggaraan

Penyelenggaraan Komputer

1.5 Cara membersihkan perkakasan

1.5.1 Central Processing Unit (CPU)

Alatan : Kain bersih (lembut), Cairan Pembersih atau Vakum Langkah-langkah :

Matikan komputer dan cabut semua kabel dari arus elektrik

Buka kasing komputer

Sedut habuk menggunakan vakum

Semburkan cairan alkohol atas kain bersih

Bersihkan habuk-habuk kecil menggunakan kain tersebut

Pastikan CPU benar-benar kering

Pasangkan kasing dan kabel

Pastikan CPU berfungsi dengan baik

1.5.2 Kasing (Casing)

Alatan : Kain bersih (lembut), Cairan Pembersih atau Vakum

Langkah-langkah :

• Semburkan cairan alkohol atas kain bersih

• Bersihkan habuk-habuk kecil menggunakan kain tersebut

• Tutup kembali kasing komputer dan pasang semua kabel

seperti asal

1.5.3 Monitor

Alatan : Kain bersih (lembut), Cairan Pembersih atau Vakum

Langkah-langkah :

Matikan dan cabut semua kabel elektrik yang tersambung

dengan monitor

Semburkan cairan alkohol atas kain bersih

Bersihkan bahagian monitor yang kotor akibat debu dan habuk

Setelah bersih, pasang kembali semua kabel yang terhubung

dengan monitor seperti asal

Unit Sains Teknologi dan ICT Negeri Johor 18 dari 58

Page 19: Asas Komputer Dan Penyelenggaraan

Penyelenggaraan Komputer

1.5.4 Pencetak (Printer)

Alatan : Kain bersih (lembut), Cairan Pembersih atau Vakum, berus

Langkah-langkah :

• Cabut semua kabel yang terhubung dengan printer

• Keluarkan Catridge atau tempat toner yang ada dalam printer

• Sedut habuk menggunakan vakum atau gunakan berus kecil

untuk membuang habuk

• Pastikan printer benar-benar kering

• Masukkan kembali catridge atau toner seperti asal.

1.5.5 Keyboard

Alatan : Kain bersih (lembut), Cairan Pembersih atau Vakum

Langkah-langkah :

• Buka kasing yang mengikat kekunci dengan membuka skru

pada bahagian belakang keyboard

• Cuci kasing menggunakan spray cleaner

• Bersihkan papan litar keyboard dengan menggunakan vakum

untuk membuang habuk-habuk yang lekat pada papan litar

tersebut.

• Kemudian buka satu persatu penutup kekunci keyboard dan

cuci dengan menggunakan kain bersih yang lembap.

• Cara membukanya ialah dengan mencungkil penutup itu

dengan menggunakan pemutar skru ataupun testpen.

• Bersihkan bahagian dalam kaki kekunci keyboard

• Akhir sekali pasangkan kembali kasing keyboard dengan

mengetatkan kembali skru yang dibuka.

Cara penjagaan keyboard

• Elakkan dari merokok semasa menggunakan komputer

• Buat ujian dengan menggunakan software khas iaitu software

Qaplus untuk mengesan kekunci manakah yang kurang baik

dan baiki jika kekunci didapati rosak.

• Hindarkan daripada habuk dan sentiasa gunakan penutup

keyboard.

• Simpan keyboard di tempat yang tertutup dan berhawa dingin.

Unit Sains Teknologi dan ICT Negeri Johor 19 dari 58

Page 20: Asas Komputer Dan Penyelenggaraan

Penyelenggaraan Komputer

• Semasa membuat pembersihan ,keyboard hendaklah

diterbalikkan supaya segala bendasing yang terdapat di dalam

atau di celah-celah kekunci jatuh

1.5.6 Mouse

Bahagian Dalam

Alatan : Putik Kapas

Langkah-langkah :

• Didalam mouse akan terdapat bebola penggerak

• Buka bahagian bawah mouse untuk mengeluarkan bolanya.

• Bersihkan bahagian-bahagian yang kotor dengan putik kapas

lembap

• Jika selesai masukan kembali bebolanya dan posisikan mouse

seperti asal.

Bahagian luar

Alatan : Kain bersih (lembut) dan Cairan Alkhohol Pembersih

Langkah-langkah :

• Gosok dengan kain bersih lembap secara merata dan perlahan-

lahan

• Biarkan sampai kering

1.5.7 Thumb/Pen Drive

Tiada cara pembersihan. Cuma pengguna perlu tahu yang thumb drive

ini tidak boleh jatuh.

Cara pengggunaannya perlu betul. Ikuti langkah dibawah untuk

mengeluarkannya dari USB Port.

a) Klik sekali di yang terdapat di sudut kiri (taskbar)

b) Bila Mesej “Safely remove USB Mass Storage Device”

dipaparkan klik sekali dan Mesej “ Safe to remove

hardware” dipaparkan.

c) Anda boleh cabut thumb drive tersebut.

Unit Sains Teknologi dan ICT Negeri Johor 20 dari 58

Page 21: Asas Komputer Dan Penyelenggaraan

Penyelenggaraan Komputer

1.5.8 Cakera Liut (Disket)

Cakera Liut sering dipanggil sebagai "disket" merupakan peranti storan yang

paling banyak digunakan untuk menyimpan data. Data disimpan di dalam

cakera liut dengan menggunakan pemacu cakera liut yang terdapat pada

sistem komputer peribadi. Pemacu Cakera Liut digunakan untuk membaca

dan menulis data pada cakera liut. Cakera Liut amat berguna untuk

memindahkan data di antara komputer dengan ciri mudah alihnya dan juga

untuk tujuan membuat salinan atau pendua (backup) terhadap data.

Penjagaannya:

Sentuhan Jari

Jangan sentuh permukaan cakera. Permukaan cakera yang disentuh, mudah tercemar. Permukaan cakera yang terdedah akan menyebabkan kerosakan data apabila disentuh dengan tangan yang kotor.

Bahan Bermagnet

Jangan letak cakera berhampiran dengan medan magnet. Bahan bermagnet boleh mengganggu dan merosakkan data. Telefon bimbit dan speaker stereo adalah di antara sumber bahan bermagnet.

Cahaya Matahari Jangan dedahkan cakera kepada cahaya matahari atau keadaan panas terik seperti meninggalkan cakera di dalam kereta yang panas.

Objek Berat

Jangan letakkan objek yang berat di atas cakera. Elakkan tenggekan cakera iaitu satu cakera diletakkan di atas cakera yang lain. Cakera sepatutnya disimpan secara menegak di dalam kotak yang dikhaskan.

Label Berlapis

Jangan meletakkan label baru di atas label yang sedia ada (berlapis). Elakkan cakera menjadi tebal disebabkan label berlapis kerana ia berkemungkinan akan tersekat di dalam pemacu cakera.

Memaksa Cakera Liut

Jangan keluarkan cakera daripada pemacu cakera apabila lampu pada pemacu sedang menyala. Lampu yang menyala menyatakan bahawa cakera liut sedang digunakan dan apabila mengeluarkannya secara paksa, ia mungkin boleh menyebabkan data di dalamnya rosak.

Unit Sains Teknologi dan ICT Negeri Johor 21 dari 58

Page 22: Asas Komputer Dan Penyelenggaraan

Penyelenggaraan Komputer

2.0 PERISIAN

2.1 Disk Cleanup, Error Checking dan Defragmentation

Imbasan cakera keras harus dilakukan dengan kerap sekurang-kurangnya

sekali setiap bulan kerana ia berupaya memastikan kelompok "cluster" pada

cakera keras berada di dalam keadaan baik. Anda juga boleh menggunakan

fungsi Disk Cleanup, Error Checking dan Disk Defragmentor apabila anda

melihat penurunan persembahan dalam sistem PC.

2.1.1 Disk Cleanup

Kegunaannya adalah membuang fail-fail yang tidak diperlukan dalam

sistem komputer berdasarkan kehendak pengguna.

a) Dwi klik pada ikon

Klik pada drive C dan klik kanan, skrin dibawah akan dipaparkan

Unit Sains Teknologi dan ICT Negeri Johor 22 dari 58

Page 23: Asas Komputer Dan Penyelenggaraan

Penyelenggaraan Komputer

b) Pilih Properties , Skrin dibawah akan dipaparkan

c) Klik Disk Cleanup di General

Unit Sains Teknologi dan ICT Negeri Johor 23 dari 58

Page 24: Asas Komputer Dan Penyelenggaraan

Penyelenggaraan Komputer

d)

Anda dikehendaki tandakan fail-fail yang anda hendak bersihkan dan

klik OK untuk memulakan proses pembersihan.

e)

Satu mesej pengesahan akan dipaparkan. Jika anda hendak

meneruskan proses pembersihan, sila klik Yes. Jika sebaliknya klik

No. Menu di bawah akan dipaparkan iaitu menunjukkan proses

pembersihan sedang dijalankan.

Unit Sains Teknologi dan ICT Negeri Johor 24 dari 58

Page 25: Asas Komputer Dan Penyelenggaraan

Penyelenggaraan Komputer

2.1.2 Error checking

Kegunaannya adalah menyemak dan memperbetulkan kerosakan

dan kesalahan yang berlaku pada disk(disk error) sama ada cakera

keras, cakera liut dan lain-lain storan.

a) Pilih Tool

Unit Sains Teknologi dan ICT Negeri Johor 25 dari 58

Page 26: Asas Komputer Dan Penyelenggaraan

Penyelenggaraan Komputer

b) Klik Check Now

c) Tandakan kotak Check disk options dan klik Start

d) Setelah selesai proses tersebut , mesej dibawah akan dipaparkan.

Unit Sains Teknologi dan ICT Negeri Johor 26 dari 58

Page 27: Asas Komputer Dan Penyelenggaraan

Penyelenggaraan Komputer

2.1.3 Defragmentation

Kegunaannya adalah menyusun semula kedudukan fail dalam disk

supaya ia dapat mempercepatkan capaian data dalam komputer.

a) Pilih Tool

Unit Sains Teknologi dan ICT Negeri Johor 27 dari 58

Page 28: Asas Komputer Dan Penyelenggaraan

Penyelenggaraan Komputer

b) Klik Defragment Now…

Klik Defragment untuk memulakan proses penyusunan semula

2.2 Penggunaan Perisian Membuat Salinan (Backup)

Kebanyakan masalah dengan fail yang rosak atau hilang dapat

dielakkan jika pengguna selalu melakukan operasi Backup bagi

keseluruhan sistem (sistem operasi perisian, aplikasi dan dokumen)

selepas sesuatu tempoh. Untuk memulakan fungsi Backup:

Unit Sains Teknologi dan ICT Negeri Johor 28 dari 58

Page 29: Asas Komputer Dan Penyelenggaraan

Penyelenggaraan Komputer

Klik Start → Programs → Accessories → System Tools → Backup

Klik folder atau fail yang mahu disalin serta tentukan destinasi salinan.

Pengguna boleh membuat salinan ke dalam disket 1.44 MB atau CD-Writer

(penulis CD-ROM). Kaedah kedua lebih mahal tetapi lebih mudah, pantas,

boleh dipercayai serta menyimpan saiz storan yang lebih besar berbanding

disket. Satu lagi pilihan yang agak murah adalah pemacu Zip.

Pengguna PC juga digalakkan membuat boot diskette kerana ia adalah

penyelamat apabila masalah PC berlaku. Sistem operasi menyediakan fungsi

bagi membina boot diskette dan Start Up kepada sistem. Pastikan juga

sistem dilengkapi dengan perisian antivirus. Ia adalah perisian yang paling

penting terutama dengan kepelbagaian sumber fail serta peningkatan jumlah

virus. Selain langkah-langkah di atas, beberapa tabiat yang baik ketika

menggunakan PC dapat membantu meningkatkan jangka hayat penggunaan

PC. Antaranya, jangan matikan sistem PC ketika ia sedang beroperasi.

Gunakan fungsi Shut Down dalam Windows 95/98. Mematikan sistem terus

tanpa menggunakan fungsi Shut Down mungkin merosakkan Register atau

fail-fail tertentu yang sedang beroperasi ketika sistem dimatikan. Juga jauhi

makanan dan minuman dari PC serta kanak-kanak yang tidak tahu

menggunakan PC.

Unit Sains Teknologi dan ICT Negeri Johor 29 dari 58

Page 30: Asas Komputer Dan Penyelenggaraan

Penyelenggaraan Komputer

Jika kanak-kanak di bawah umur hendak menggunakan PC, pastikan

kehadiran orang dewasa sepanjang masa. Anda tidak mahu anak anda

memformat keseluruhan cakera keras anda. Mengikut kaedah yang

dinyatakan di atas tidak menjamin seratus peratus sistem PC tidak akan

mengalami masalah kerana seperti barangan elektronik lain, ia juga

mempunyai jangka hayat tertentu. Tetapi langkah di atas berupaya

membantu sistem PC beroperasi dengan baik serta mengelak kejadian tidak

diingini.

2.3 Uninstall Program

a) Kegunaannya adalah membuang aplikasi yang tidak diperlukan.

b) Klik Start → Settings → Control Panel → Add/Remove Programs

Unit Sains Teknologi dan ICT Negeri Johor 30 dari 58

Page 31: Asas Komputer Dan Penyelenggaraan

Penyelenggaraan Komputer

c) Pilih aplikasi yang dikehendaki

d) Klik Change/Remove

e) Klik OK dan proses uninstall akan dijalankan sehingga tamat.

Unit Sains Teknologi dan ICT Negeri Johor 31 dari 58

Page 32: Asas Komputer Dan Penyelenggaraan

Penyelenggaraan Komputer

2.4 Mengemaskini Windows

Pengguna Microsoft Windows boleh menggunakan kelebihan untuk

Mengemaskini Windows secara automatik tetapi komputer anda mesti

bersambung ke internet. Sekiranya anda tidak pasti apakah versi Windows

yang anda sedang gunakan, anda boleh mengetahuinya dengan mengikuti

arahan bagi menyemak di

http://www.microsoft.com/athome/security/protect/checkos.aspx

Langkah-langkah:

a) Klik kanan pada ikon My Computer

Unit Sains Teknologi dan ICT Negeri Johor 32 dari 58

Page 33: Asas Komputer Dan Penyelenggaraan

Penyelenggaraan Komputer

b) Pilih Properties skrin dibawah akan dipaparkan

Unit Sains Teknologi dan ICT Negeri Johor 33 dari 58

Page 34: Asas Komputer Dan Penyelenggaraan

Penyelenggaraan Komputer

c) Klik Automatic Updates.

Anda boleh tentukan sendiri bila waktu yang sesuai untuk melakukan proses

kemaskini ini. Setelah membuat pilihan klik Apply dan OK

Sila lawati http://windowsupdate.microsoft.com/ untuk mendapatkan updates terbaru.

Perhatian: Pastikan anda kembali ke Windows Update selepas mengebut semula

untuk memeriksa apa-apa muat turun tambahan. Anda mungkin perlu melakukan

ini beberapa kali.

Catatan penting bagi pengguna Microsoft Office. Anda juga patut melawat

tapak Office Update untuk memasang sebaran keselamatan yang terbaharu.

Unit Sains Teknologi dan ICT Negeri Johor 34 dari 58

Page 35: Asas Komputer Dan Penyelenggaraan

Penyelenggaraan Komputer

2.5 Perkongsian Folder

Perkongsian folder dimaksudkan untuk memberikan hak pakai pada komputer

lain, sehingga anda dapat melihat isi dari komputer lain.

Langkah-langkah yang digunakan untuk menentukan sharing local drive ini

adalah sebagai berikut :

a) Dwi klik My Computer

b) Dwi klik pada drive yang hendak di kongsi cth Drive C

c) Pilih folder yang hendak dikongsi dan klik kanan

Dapatkan menu Sharing and Security

d) Tandakan Share this folder on the network

e) Namakan folder yang ingin dikongsi

f) Klik Apply dan OK

g) Apabila icon keluar, bermakna folder telah dikongsi

Unit Sains Teknologi dan ICT Negeri Johor 35 dari 58

Page 36: Asas Komputer Dan Penyelenggaraan

Penyelenggaraan Komputer

2.6 Mencari folder dalam jaringan (network)

a) Pilih menu My Network Places

b) Folder yang telah di kongsi akan dipaparkan pada window seperti di bawah

Unit Sains Teknologi dan ICT Negeri Johor 36 dari 58

Page 37: Asas Komputer Dan Penyelenggaraan

Penyelenggaraan Komputer

2.7 Instalasi pencetak(printer)

a) Klik butang Start

b) Klik Printers and Faxes.

c) Pilih Add a Printer

d) Klik Next> untuk menampilkan kotak dialog berikutnya.

e) Klik pilihan A network printer, or a printer attached to another computer.

f) Klik Next> untuk melanjutkan pada langkah berikutnya, kemudian klik pilihan Browse for a printer.

g) Klik Next> untuk memilih jenis printer yang ada atau telah dilakukan kongsikan.

h) Klik Next> untuk menampilkan kotak dialog berikutnya,

i) Pastikan adakah anda ingin menggunakan printer tersebut sebagai default.Jika ya, klik pilihan Yes pada bahagian do you want to use this printer?

Unit Sains Teknologi dan ICT Negeri Johor 37 dari 58

Page 38: Asas Komputer Dan Penyelenggaraan

Penyelenggaraan Komputer

a) Kemudian klik butang Next> untuk menuju pada kotak dialog tersebut.

b) Klik butang Finish untuk mengakhiri proses instalasi tersebut.

2.8 Buang Cookies, History dan Temporary Internet Files

Setiap kali kita melayari internet segala cookies, history dan temporary

internet files akan tercipta dan akan disimpan. Sekiranya ia tidak dibuang ia

akan menjejaskan performance komputer masing-masing.

a. Buka aplikasi Internet Explorer

b. Klik Menu Tools

c. Pilih Internet Option dan skrin dibawah akan dipaparkan

d. Klik butang Delete Cookies

e. Klik OK (membenarkan file cookies dibuang)

Unit Sains Teknologi dan ICT Negeri Johor 38 dari 58

Page 39: Asas Komputer Dan Penyelenggaraan

Penyelenggaraan Komputer

f. Klik butang Delete Files

g. Tandakan Delete All Offline Content

h. Klik OK

i. Klik butang Clear History

j. Klik YES (membenarkan files history di buang)

k. klik OK (untuk keluar aplikasi)

2.9 Create User Account

Sekiranya kita tidak mahu sesiapa menggunakan komputer kita. Pengguna perlu

menciptakan password dikomputer masing-masing.

a) Klik Start → Settings → Control Panel →User Accounts

b)

Dwi klik pada Administrator dan masukkan password yang dikehendaki.

Unit Sains Teknologi dan ICT Negeri Johor 39 dari 58

Page 40: Asas Komputer Dan Penyelenggaraan

Penyelenggaraan Komputer

c) Sekiranya anda ingin menukar password

Start → Settings → Control Panel →User Accounts

Pilih Administrator dan klik Change my password

Masukkan password baru anda dan tekan butang Change Password.

d) Setelah memasukkan password anda perlu settingkan di screen saver

Unit Sains Teknologi dan ICT Negeri Johor 40 dari 58

Page 41: Asas Komputer Dan Penyelenggaraan

Penyelenggaraan Komputer

2.10 Cara Menutup Komputer

Jangan buka dan tutup komputer anda sesuka hati. Gunakan cara menutup

komputer anda dengan betul .

a. Klik START

b. Klik Turn Off Computer

c. Pilih Turn off untuk menutup komputer anda

Pilih Restart untuk menutup dan membuka semula komputer anda.

Sekiranya anda ingin meninggalkan komputer anda buat seketika, anda di syorkan untuk menggunakan menu STANDBY)

Unit Sains Teknologi dan ICT Negeri Johor 41 dari 58

Page 42: Asas Komputer Dan Penyelenggaraan

Penyelenggaraan Komputer

MENGESAN KEROSAKAN (TROUBLESHOOTING)

1.0 MENGESAN KEROSAKAN (TROUBLESHOOTING)

1.1 Peralatan : Monitor

Masalah : Gambar wujud pada tengah skrin

Penyelesaian :

a) Periksa komponen pada horizontal area

b) Periksakapasitor tantalum/coupling *

c) Tukar monitor lain

Masalah : Gambar wujud di bawah skrin

Penyelesaian :

a) Periksa komponen pada vertical area

b) Periksa kaki transistor *

c) Tukar monitor lain

Masalah : Contrast (background) cerah sangat. Ada horizontal line

Penyelesaian :

a) Laras pada contrast di panel kawalan

b) Laras screen button pada “high voltage” capasitor *

Masalah : Gambar/tulisan tidak jelas (skrin kabur)

Penyelesaian :

a) Laras brightness di panel kawalan

b) Laras focus button pada “high voltage” capasitor *

c) Tukar monitor

1.2 Peralatan : Hard disk (HDD)

Masalah : Sistem hang / tidak boleh run c:

Penyelesaian :

a) Periksa boot sector/virus

b) Pastikan hard disk utility telah dibuat

c) Periksa cable connection

d) Hard disk rosak/tukar

Unit Sains Teknologi dan ICT Negeri Johor 42 dari 58

Page 43: Asas Komputer Dan Penyelenggaraan

Penyelenggaraan Komputer

Masalah : Tidak boleh buat fdisk/fails to create

Penyelesaian :

b) Pastikan hard disk ok/detected ok

c) Periksa DOS disket/BIOS

d) Periksa hard disk setup

e) Periksa motherboard *

f) Periksa cable connection

Masalah : Cari/baca data slow

Penyelesaian :

a) Buat chkdsk c:

b) Ada virus/periksa memori

1.3 Peralatan : Disket Drive (FDD)

Masalah : Tidak boleh baca data dalam disket

Penyelesaian :

a) Periksa head/cuci

b) Pastikan disket ok

a. Ada system/ada fail

b. Tiada virus

c. Kapasiti betul

d. Tidak rosak

1.4 Peralatan : Keyboard

Masalah : Satu huruf tak berfungsi/timbul banyak

Penyelesaian :

c) Cabut/bersihkan huruf tersebut

d) Uji kelancaran butang huruf

e) Tukar keyboard

Masalah : Tidak berfungsi langsung/ bila “boot” keyboard error

Penyelesaian :

(ii) Periksa suis pada keyboard (sebelah belakang – AT – XT)

(iii) Periksa key lock

Unit Sains Teknologi dan ICT Negeri Johor 43 dari 58

Page 44: Asas Komputer Dan Penyelenggaraan

Penyelenggaraan Komputer

(iv) Periksakeyboard connector

(v) Tukar keyboard

1.5 Peralatan : Mouse

Masalah : Arrow bergerak tidak lancar

Penyelesaian :

a) Bersihkan roller dan bebola

b) Periksa mouse configure/control

c) Tukar mouse

Masalah : Tidak berfungsi

Penyelesaian :

a) Periksa mouse connection

b) Tukar mouse

1.6 Peralatan : Operating System

Masalah : Sistem slow

Penyelesaian :

f) Periksa CPU/motherboard – 286, 386, 486, Pentium dsb

g) Tambah kapasiti RAM

h) Periksa virus, buang

i) Close program yang tidak diperlukan

j) Program perlu banyak memory untuk beroperasi

k) Check HDD

Unit Sains Teknologi dan ICT Negeri Johor 44 dari 58

Page 45: Asas Komputer Dan Penyelenggaraan

Penyelenggaraan Komputer

VIRUS KOMPUTER

1.0 DEFINASI

Secara amnya virus merupakan program (blok kod yang boleh dilarikan) yang

menyelit, menulis dan menggantikan program lain untuk merebak tanpa

pengetahuan pengguna PC.

Kata kunci di sini adalah membiak (the ability to reproduce itself) dan memerlukan

host. Ciri-ciri ini membezakan antara virus dan worm.

Virus menyelitkan dirinya kepada fail (biasanya fail aplikasi seperti program

pemprosesan kata atau program DOS). Lazimnya, virus tidak menjangkiti fail data.

Namun fail data mungkin mengandungi kod boleh laksana seperti makro yang boleh

menyebarkan virus. Fail teks seperti fail batch, postscript dan kod sumber yang

mempunyai arahan kompilasi/terjemahan oleh program lain juga merupakan

pembawa virus. Namun, host jenis ini adalah jarang.

Aktiviti virus dicetuskan oleh 2 faktor:

• Bom masa – dicetus oleh faktor masa atau bilangan kali komputer diboot.

Contohnya: virus Michelangelo yang menjadi aktif setiap Mac 6, harijadi pelukis

terkenal ini.

• Bom logik – tercetus apabila peristiwa tertentu berlaku seperti arahan tertentu

dilaksanakan atau data tertentu diubah, dicipta atau dihapuskan. Contoh

aplikasinya adalah seorang juruprogram yang mengesyaki dirinya akan dibuang

kerja. Beliau mencipta bom logik yang akan menjadi aktif sekiranya status

kerjanya diubah ke ‘terminated’.

Unit Sains Teknologi dan ICT Negeri Johor 45 dari 58

Page 46: Asas Komputer Dan Penyelenggaraan

Penyelenggaraan Komputer

2.0 JENIS-JENIS VIRUS

2.1 Virus Sektor Boot

Contoh: Form, Stoned

Virus jenis ini menjangkiti sektor boot cakera liut (MBR) atau DOS boot record

dalam cakera keras.

Contoh kes virus Stoned (1987)

Cakera liut yang mengandungi virus terselit dalam data digunakan dalam

projek bersama dengan rakan sekerja. Virus dipindahkan apabila disket

ditinggalkan dalam pemacu dan komputer cuba melakukan bootup dari

disket. Komputer memasukkan sektor pertama disket ke dalam ingatan dan

melaksanakannya. Virus menyalinkan dirinya ke dalam cakera keras

menggantikan MBR. Virus ini adalah ‘memory resident’ (99% virus

mempunyai ciri ini), ia terletak dalam ingatan dan menangkap interrupt 13h

(baca/tulis). Setiap kali komputer membaca/menulis pada pemacu A, cakera

liut akan dijangkiti.

2.2 Virus Makro

Contoh: WM.Concept

Virus jenis ini merupakan ancaman baru kerana ia ditulis dalam bahasa

WordBasic, yang senang dipelajari. Virus tradisional ditulis dalam bahasa

perhimpunan dan memerlukan kepakaran tertentu. Virus jenis ini menjangkiti

fail data dan host jenis ini lebih berkesan kerana fail data lebih kerap dikongsi

bersama. Virus makro tidak terikat pada satu platform sahaja. Oleh itu, satu

virus boleh menjangkiti komputer yang menggunakan Windows 3.x, 95, NT

malah Macintosh.

2.3 Virus Fail TSR (Terminate and Stay Resident)

Virus jenis ini menjangkiti fail adalah ‘memory resident’ dan menjangkiti com

dan exe.

Unit Sains Teknologi dan ICT Negeri Johor 46 dari 58

Page 47: Asas Komputer Dan Penyelenggaraan

Penyelenggaraan Komputer

2.4 Virus Companion

Virus ini merebak melalui fail yang dilarikan. Misalnya fail asal adalah

myapp.exe. Apabila pengguna menaip myapp dalam prompt c, myapp.com

akan dilarikan dan akan menjalankan rutin rebakannya. Kemudian myapp.exe

akan dilaksanakan oleh myapp.com tanpa pengetahuan pengguna.

2.5 Virus Overwriting

Ia menulis dirinya keatas fail yang dijangkiti menyebabkan program tersebut

tidak dapat dijalankan lagi. Virus jenis ini tidak popular kerana mudah

dikesan.

3.0 BAGAIMANA IA MEREBAK

3.1 Perisian

Perisian baru yang dibeli mungkin mengandungi virus. Kemungkinan ini lebih

besar jika perisian tersebut adalah cetak rompak. Selain itu, demonstrasi

perisian jurujual dalam komputer juga merupakan satu sumber virus

sekiranya perisian tersebut telah dijangkiti virus.

3.2 Cakera Liut

Virus merebak melalui cara ini akibat perkongsian fail dalam projek dan

dalam sistem rangkaian.

3.3 Internet

Virus hanya merebak melalui attachment dalam emel(auto download tanpa

scanning), dan program yang dimuat-turun dari Internet. Namun demikian,

virus hanya akan menjangkiti komputer sekiranya program tersebut

diinstalasikan ke dalam komputer. IRC (Internet Relay Chat) juga merupakan

satu ‘hotspot’ bagi virus.

3.4 Rangkaian

Satu fail mungkin digunakan oleh beberapa kumpulan dalam rangkaian yang

sama oleh itu hanya terdapat 1 salinan fail tersebut. Jika fail tersebut

Unit Sains Teknologi dan ICT Negeri Johor 47 dari 58

Page 48: Asas Komputer Dan Penyelenggaraan

Penyelenggaraan Komputer

dijangkiti, semua pengguna yang menggunakannya juga akan terdedah

kepada jangkitan virus.

4.0 CARA PENCEGAHAN

Berikut merupakan cara untuk mengelakkan dari jangkitan virus:

• Penggunaan perisian anti-virus

• Periksa disket yang dikongsi sebelum membukanya. Virus tersebar apabila

akses dibuat.

• Ubah status disket dari boleh-padam ke ‘read-only’

• Beli dan muat-turun perisian dari Internet hanya dari sumber yang boleh

dipercayai.

• Berhati-hati dengan perisian yang ditawarkan dalam BBS dan Internet

• Elakkan penggunaan perisian cetak rompak

• Pengimplementasian polisi keselamatan organisasi. Antara kandungan

utamanya:

- hak penggunaan perkakas, perisian dan data

- akses fizikal ke perkakas, perisian dan data

- prosedur backup dan recovery

- penalti jika polisi dilanggar

• Sentiasa backup data

5.0 PERISIAN ANTIVIRUS

Perisian antivirus merupakan langkah pencegahan utama terhadap jangkitan virus.

Cara antivirus berfungsi:

• Scanner – mencari corak ('scan strings', 'search strings', 'signatures').

• TSR scanner – mencari virus apabila program lain sedang berjalan

• VxD scanner – memerika untuk virus secara berterusan

• Heuristic scanners – memeriksa fail boleh laksana (.exe fail)

• Monitor/Behaviour Blocker – memeriksa perlakuan system

• Change Detectors/Checksummers/Integrity Checkers

- menyimpan pangkalan data ciri-ciri semua fail boleh laksana dan

memeriksa untuk perubahan dalam program tersebut

Unit Sains Teknologi dan ICT Negeri Johor 48 dari 58

Page 49: Asas Komputer Dan Penyelenggaraan

Penyelenggaraan Komputer

• Cryptographic Checksummers – menggunakan algoritma enkripsi

Perisian antivirus perlu sentiasa di kemaskini agar dapat mengesan virus baru. Ini

dibuat melalui muat-turun fail macro.def dan sign.def dari Internet. Kebanyakan

syarikat pengeluar antivirus menawarkan pengemaskinian percuma.

Jika menggunakan Windows 95 ke atas, pakej antivirus yang berkesan mestilah

merupakan 32 bit. Di antara pakej antivius adalah seperti Mc Afee, PC Cilin, Norton,

AVG dan lain-lain lagi.

5.1 Aplikasi Antivirus

Pihak Unit Sains Teknologi dan ICT Negeri Johor telah membekalkan satu CD

Anti Virus ke setiap jabatan.

5.1.1 Cara Membuat Instalasi (protection)

Masukkan CD yang telah dibekalkan ke dalam CD Drive anda.

Instalasi Perisian Antivirus Corporate Edition. o Klik 2 kali My Computer . o Klik 2 kali Folder Protection. o Klik 2 kali pada Folder Norton Antivirus

Corporate Edition. o Klik 2 kali pada fail Savcelm.exe o Semasa Proses instalasi berlaku rajah di bawah

akan dipaparkan.

Unit Sains Teknologi dan ICT Negeri Johor 49 dari 58

Page 50: Asas Komputer Dan Penyelenggaraan

Penyelenggaraan Komputer

o Proses seterusnya

o Klik pada butang Next untuk proses seterusnya.

o Tandakan kekotak “I Accept the terms in the license agreement” o Klik Next

Unit Sains Teknologi dan ICT Negeri Johor 50 dari 58

Page 51: Asas Komputer Dan Penyelenggaraan

Penyelenggaraan Komputer

o

o Tandakan pada kekotak Microsoft Exchange dan Lotus Notes o Klik Next o Klik Next

Unit Sains Teknologi dan ICT Negeri Johor 51 dari 58

Page 52: Asas Komputer Dan Penyelenggaraan

Penyelenggaraan Komputer

o Tandakan pada Kekotak Managed o Klik Next

o Klik pada butang Browse untuk proses seterusnya

Unit Sains Teknologi dan ICT Negeri Johor 52 dari 58

Page 53: Asas Komputer Dan Penyelenggaraan

Penyelenggaraan Komputer

o Klik pada Find Computer

o Masukkkan IP Address 10.144.2.2 o Pilih Address o Klik butang Find untuk proses seterusnya

Unit Sains Teknologi dan ICT Negeri Johor 53 dari 58

Page 54: Asas Komputer Dan Penyelenggaraan

Penyelenggaraan Komputer

o Seterusnya nama Server akan di paparkan o Klik pada butang OK untuk proses seterusnya

o Klik Next

Unit Sains Teknologi dan ICT Negeri Johor 54 dari 58

Page 55: Asas Komputer Dan Penyelenggaraan

Penyelenggaraan Komputer

o Klik Next

o Klik Install untuk membuat instalasi anti virus

Unit Sains Teknologi dan ICT Negeri Johor 55 dari 58

Page 56: Asas Komputer Dan Penyelenggaraan

Penyelenggaraan Komputer

o Tunggu hingga proses ini selesai

Unit Sains Teknologi dan ICT Negeri Johor 56 dari 58

Page 57: Asas Komputer Dan Penyelenggaraan

Penyelenggaraan Komputer

5.1.2 Cara Mengaktifkan Anti Virus

• Klik butang Start

• Klik All Programs

• Pilih program Symantec Client Security

Atau

• Dwi klik pada simbol Symantec Client Security yang terletak

di sebelah kanan task bar

• Skin seperti di bawah akan terpapar

• Pilih Scan Computer

• Tandakan Drive yang ingin di scan

Unit Sains Teknologi dan ICT Negeri Johor 57 dari 58

Page 58: Asas Komputer Dan Penyelenggaraan

Penyelenggaraan Komputer

Unit Sains Teknologi dan ICT Negeri Johor 58 dari 58

• Klik Scan

• Biarkan hingga proses tamat.