asas binaan komputer

Upload: zraider

Post on 14-Apr-2018

259 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 Asas Binaan Komputer

    1/11

    Asas Binaan KomputerAugust 17, 2012whattaNo comments

    Komponen Komputer

    Unit Sistem

    Peranti Masukan

    Peranti Keluaran

    Storan

    Peranti Persisian

    Peranti Komputer

    Komponen Papan Induk Asas

    http://rbt3107.whatta.org/?p=857http://rbt3107.whatta.org/?author=1http://rbt3107.whatta.org/?p=857#commentshttp://rbt3107.whatta.org/?p=857#commentshttp://rbt3107.whatta.org/?author=1http://rbt3107.whatta.org/?p=857#commentshttp://rbt3107.whatta.org/?p=857http://rbt3107.whatta.org/?p=857
  • 7/30/2019 Asas Binaan Komputer

    2/11

    Teknologi Komputer dan Rangkaiannone

    Kriteria Pemilihan KomputerAugust 16, 2012whattaNo comments

    Kriteria Asas

    Kriteria asas pemilihan komputer peribadi adalah berdasarkan:

    jenis unit pemprosesan pusat (CPU)

    kepantasan pemprosesan

    RAM dan ROM

    papan induk

    pemacu

    keupayaan cakera keras

    monitor aksesori

    Jenis Unit Pemprosesan Pusat (CPU)

    CPU dapat dibahagikan kepada beberapa jenis seperti CPU 8-bit, 16-bit, 32-bit, 64-bit atau

    lebih.

    Nombor tersebut mewakili keupayaan jumlah talian data yang memproses maklumat pada

    satu masa.

    Kepantasan Pemprosesan

    Kepantasan pemprosesan data memainkan peranan yang penting dalam pemilihan CPU.

    Kelajuan atur cara diproses oleh CPU adalah bergantung kepada frekuensi jam CPU.

    Contohnya, jika frekuensi jam CPU ialah 100 MHz ini bermakna masa memproses atur cara

    adalah selama 0.01 s.

    Unit frekuensi dinyatakan dalam unit megahertz atau disebut juga sebagai jutaan

    maklumat yang diproses dalam satu saat (MIPS).

    RAM

    RAM ialah ingatan sementara yang digunakan ketika data diproses sebelum data tersebut

    disimpan kekal dalam cakera liut atau cakera padat.

    Data dalam RAM mudah dicapai oleh CPU.

    Untuk memproses aturcara yang melibatkan data yang banyak, muatan RAM perlu

    ditambah.

    Pada papan induk terdapat ruang yang disediakan untuk menambah muatan RAM.

    Muatan RAM dinyatakan dalam unit kilobait dan megabait.

    ROM

    ROM menyimpan perisian system pengendalian komputer.

    Atur cara untuk menyemak kendiri sistem komputer diletakkan juga di dalam ROM.

    http://rbt3107.whatta.org/?cat=8http://rbt3107.whatta.org/?p=824http://rbt3107.whatta.org/?author=1http://rbt3107.whatta.org/?p=824#commentshttp://rbt3107.whatta.org/?p=824#commentshttp://rbt3107.whatta.org/wp-content/uploads/2012/08/cpu2.jpghttp://rbt3107.whatta.org/?cat=8http://rbt3107.whatta.org/?p=824http://rbt3107.whatta.org/?author=1http://rbt3107.whatta.org/?p=824#comments
  • 7/30/2019 Asas Binaan Komputer

    3/11

    Atur cara semakan kendiri akan menyemak sama ada peranti ke sambungan port masukan

    dan port keluaran adalah baik atau sebaliknya

    Papan Induk

    Papan induk ialah papan litar tercetak yang menempatkan unit utama sistem komputer.

    Pada papan induk ditempatkan CPU, storan, port masukan dan port keluaran.

    Kesemua unit ini disambung terus pada papan induk melalui kabel.

    Reka bentuk papan induk adalah sangat penting kerana papan induk mengambil satu

    pertiga daripada ruang selongsong komputer peribadi.

    Board 7: Gigabyte H55N-USB3 : Mini-ITX done the Gigabyte way

    Pemacu

    Pemacu ialah perkakasan yang berfungsi menggerakkan cakera liut dan cakera padat.

    Apabila menerima arahan dari CPU, pemacu akan membaca atau menulis data kepada

    cakera manakala bagi cakera keras, pemacu hanya membaca data.

    Dalam satu sistem komputer terdapat dua pemacu iaitu pemacu cakera hut dan pemacu

    cakera padat. Walau bagaimanapun, perkembangan teknologi terkini telah menghasilkan

    pemacu zip dan pemacu DVD yang boleh disambung ke sistem komputer. Gambar foto 4.16

    menunjukkan jenis pemacu.

    Keupayaan Cakera Keras

    Cakera keras ialah sejenis storan sekunder yang boleh menyimpan data yang banyak.

    Data yang disimpan dalam cakera keras lebih cepat dicapai oleh CPU.

    Muatan cakera keras menentukan keupayaannya. Pada hari ini, muatan cakera keras telah

    mencapai sehingga 230 gigabait. Cakera keras diletakkan di dalam selongsong komputer

    http://www.anandtech.com/show/3769/reviewed-gigabyte-h55nusb3-miniitx-done-the-gigabyte-wayhttp://www.anandtech.com/show/3769/reviewed-gigabyte-h55nusb3-miniitx-done-the-gigabyte-wayhttp://rbt3107.whatta.org/wp-content/uploads/2012/08/pemacu.jpghttp://www.anandtech.com/show/3769/reviewed-gigabyte-h55nusb3-miniitx-done-the-gigabyte-wayhttp://www.anandtech.com/show/3769/reviewed-gigabyte-h55nusb3-miniitx-done-the-gigabyte-way
  • 7/30/2019 Asas Binaan Komputer

    4/11

    iaitu tempat khas berbentuk kotak bagi melindunginya daripada habuk yang boleh

    mengganggu cakera keras t daripada berfungsi an baik.

    Gambar 4.17 menunjukkan cakera keras.

    Monitor

    Monitor ialah peranti yang digunakan untuk memaparkan data yang ingin dilihat.

    Pemilihan monitor bergantung kepada kebezajelasan, kedalaman piksel, keupayaan kad

    paparan grafik dan saiz monitor.

    (a) Kebezajelasan

    Kebezajelasan menentukan kualiti fungsi monitor bagi satu sistem komputer yang diwakili

    dengan bilangan piksel.

    Piksel ialah bintik-bintik yang terdapat pada paparan layar secara aturan mendatar dan

    menegak sehingga memenuhi layar.

    Kebezajelasan bagi satu monitor 640 piksel x 480 piksel menyatakan susunan bintik-bintik

    piksel secara mendatar sebanyak 640 piksel dan secara menegak sebanyak 480 piksel

    seperti yang ditunjukkan dalam Gambar foto 4.18.

    Setiap bintik itu mewakili tiga warna asas iaitu merah, hijau dan biru bagi monitor warna

    dan bagi monitor hitam putih, is mewakili nilai perduaan `1 dan `0.

    (b) Kedalaman Piksel

    Kedalaman piksel menentukan bilangan warna yang boleh dipaparkan pada layar monitor.

    Bilangan kedalaman piksel yang banyak dapat menghasilkan lebih banyak warna.

    (c) Keupayaan Kad Paparan Grafik

  • 7/30/2019 Asas Binaan Komputer

    5/11

    Kad paparan grafik ialah kad yang mempunyai storan yang diperlukan untuk

    menghubungkan layar monitor dengan CPU agar data berwarna dapat dipaparkan.

    Keupayaan kad paparan grafik bergantung kepada RAM yang disepadukan dengan grafik.

    RAM sangat penting untuk merangsang prestasi grafik.

    (d) Saiz Monitor

    Saiz monitor menunjukkan dimensi paparan dan biasanya dinyatakan dalam unit inci. Saiz

    monitor diukur mengikut panjang pepenjuru layar.

    Jadual 4.7 menunjukkan beberapa saiz monitor yang biasa terdapat di pasaran.

    Saiz paparan monitor Dimensi piksel

    14 inci 640 X 480

    17 inci 1024 X 768

    21 inci 1280 X 1024

    Aksesori

    Aksesori ialah alat tambahan yang disambung ke komputer bagi membantu melancarkan

    kerja kerja pengguna.

    Contoh aksesori komputer ialah pencetak, pengimbas, mikrofon, pembesar suara dan

    peranti mainan.

    Kriteria Pemilihan Komputer

    Setiap spesifikasi mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing.

    o Jenis CPU

    o Kepantasan CPU

    o Muatan RAM

  • 7/30/2019 Asas Binaan Komputer

    6/11

    o Papan Induk

    o Jenis Pemacu

    o Muatan Cakera Keras

    o Saiz Monitor

    o Aksesori

    Oleh itu, sebagai pengguna kita seharusnya dapat membuat pilihan yang terbaik.

    Teknologi Komputer dan Rangkaiannone

    SISTEM KOMPUTERAugust 16, 2012whattaNo comments

    Komputer ialah sejenis peralatan elektronik yang menggunakan isyarat berdigit untuk

    menerima dan memproses data mengikut set arahan dalam storan dan menghasilkan

    maklumat yang diperlukan pada peranti keluaran.

    Data dan maklumat yang terhasil ini disimpan dalam storan untuk digunakan apabila

    perlu.

    Jenis Sistem Komputer

    Sistem komputer dibahagikan mengikut jenis keupayaan storan dan kelajuan pemproses.

    Terdapat empat jenis sistem komputer iaitu

    o mikrokomputer,

    o komputer mini,

    o kerangka utama dan

    o superkomputer.

    Setiap jenis sistem komputer ini mempunyai tiga unit asas iaitu unit pemprosesan pusat

    (CPU), unit storan serta peranti masukan dan peranti keluaran.

    (a) Mikrokomputer

    Mikrokomputer mudah dikendalikan dan hanya digunakan secara individu.

    Mikrokomputer dikenali sebagai komputer peribadi (PC).

    Gambar foto 4.2 menunjukkan komputer peribadi yang digunakan oleh pelajar di sekolah.

    Komputer peribadi

    Komputer peribadi mempunyai pelbagai saiz iaitu daripada sebesar tapak tangan

    hinggalah yang boleh diletakkan di atas meja.

    Beberapa jenis komputer peribadi.

    o Komputer meja

    o Komputer Riba

    o Komputer tatang

    o Komputer tatang (PDA)

    http://rbt3107.whatta.org/?cat=8http://rbt3107.whatta.org/?p=806http://rbt3107.whatta.org/?author=1http://rbt3107.whatta.org/?p=806#commentshttp://rbt3107.whatta.org/?p=806#commentshttp://rbt3107.whatta.org/?cat=8http://rbt3107.whatta.org/?p=806http://rbt3107.whatta.org/?author=1http://rbt3107.whatta.org/?p=806#comments
  • 7/30/2019 Asas Binaan Komputer

    7/11

    (b) Komputer Mini

    Komputer mini ialah sistem komputer yang dapat memberikan maklumat kepada

    pengguna secara serentak.

    Beberapa pangkalan disambungkan ke komputer mini supaya maklumat dapat dicapai.

    (c) Kerangka Utama

    Kerangka utama ialah sistem komputer yang dapat memberikan sumber maklumat kepada

    pengguna secara serentak dalam satu organisasi.

    Setiap pengguna akan mencapai data dari kerangka utama melalui pangkalan masing-

    masing.

    (d) Super komputer

  • 7/30/2019 Asas Binaan Komputer

    8/11

    Superkomputer mempunyai keupayaan untuk memproses data dengan banyak dan pantas

    seperti dalam sistem yang memerlukan pengiraan yang kompleks dan pemprosesan jutaan

    data.

    Contohnya, dalam menghasilkan filem animasi, super komputer amat diperlukan untuk

    mengolah data yang banyak bagi mendapatkan gambar tiga dimensi.

    Teknologi Komputer dan Rangkaiannone

    PENGENALAN KEPADA KOMPUTERAugust 16, 2012whattaNo comments

    Awal Komputer

    Pada peringkat awal penggunaannya, keseluruhan sistem bagi sebuah komputer

    memenuhi sebuah bilik yang besar dengan beribu-ribu tiub vakum, suis dan lampu yang

    berkelipan.

    Wayar yang sangat panjang digunakan untuk menyambungkan antara satu komponen

    dengan komponen yang lain dan sistem ini dikendalikan oleh sekumpulan ahli sains. Mark 1 merupakan komputer elektromekanik yang pertama dengan ukuran 15.5 m

    panjang dan 2.4 m tinggi.

    Evolusi komputer yang pertama

    Jenis

    komputer

    Tarikh Mula

    beroperasi

    Pereka Kaedah pe

    Mark 1 1944 Profesor Howard Aiken, Harvard University, Amerika

    Syarikat

    Elektrome

    ENIAC 1946 Dr. John W. Mauchly dan J. Presper Eckert Jr., University

    of Pennsylvania

    Elektronik

    UNIVAC 1951 Dr. John W. Mauchly dan J. Presper Eckert Jr., Remington

    Rand Corporation

    Elektronik

    Evolusi generasi komputer

    Generasi komputer Tahun Teknologi

    Generasi pertama 1951 hingga 1959 Penggunaan tiub vakum

    Generasi kedua 1959 hingga 1964 Penggunaan transistorGenerasi ketiga 1964 hingga 1971 Penggunaan litar bersepadu

    Generasi keempat 1972 hingga kini Penggunaan litar bersepadu berskala besar

    Teknologi Komputer dan Rangkaiannone

    Litar MudahJuly 25, 2012whattaNo comments

    1. Litar Penghalau Nyamuk

    http://rbt3107.whatta.org/?cat=8http://rbt3107.whatta.org/?p=792http://rbt3107.whatta.org/?author=1http://rbt3107.whatta.org/?p=792#commentshttp://rbt3107.whatta.org/?p=792#commentshttp://rbt3107.whatta.org/?cat=8http://rbt3107.whatta.org/?p=784http://rbt3107.whatta.org/?author=1http://rbt3107.whatta.org/?p=784#commentshttp://rbt3107.whatta.org/?p=784#commentshttp://rbt3107.whatta.org/?cat=8http://rbt3107.whatta.org/?p=792http://rbt3107.whatta.org/?author=1http://rbt3107.whatta.org/?p=792#commentshttp://rbt3107.whatta.org/?cat=8http://rbt3107.whatta.org/?p=784http://rbt3107.whatta.org/?author=1http://rbt3107.whatta.org/?p=784#comments
  • 7/30/2019 Asas Binaan Komputer

    9/11

    2. Litar Pengusir Tikus

    http://rbt3107.whatta.org/wp-content/uploads/2012/07/PENGHALAU-NYAMUK.jpg
  • 7/30/2019 Asas Binaan Komputer

    10/11

    3. Litar Pengesan Hujan

    http://rbt3107.whatta.org/wp-content/uploads/2012/07/pengusir-tikus.jpg
  • 7/30/2019 Asas Binaan Komputer

    11/11

    4. Pengecas Bateri 12V