artikel kajian tindakan tembikar zaidi

13
APLIKASI ALAT ACUAN MENGGUNAKAN TEKNIK LINGKARAN DALAM MENGHASILKAN KRAF TEMBIKAR BAGI MURID TAHUN 5. Oleh: Zaidi Bin Ahmad @ Abd Rahman ABSTRAK Kajian tindakan ini dijalankan bagi membantu murid tahun 5 meningkatkan kemahiran kraf tembikar dengan menggunakan teknik lingkaran pada alat acuan sebagai bantuan dalam penghasilan kraf tembikar. Kemahiran yang ditekankan di sini ialah kemahiran menggunakan teknik lingkaran yang betul ketika menghasilkan kraf tembikar. Responden dalam penyelidikan ini terdiri daripada 6 orang murid Tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Kampong Sera. Dalam pelaksanaan kajian, pengkaji telah menggunakan beberapa instrumen untuk mengumpulkan data antaranya adalah pemerhatian, temu bual, ujian serta analisis dokumen. Hasil analisis data mendapati kesemua responden menunjukkan peningkatan yang positif dari segi hasil karya yang dihasilkan. Analisis data ini disahkan melalui dapatan kajian berdasarkan instrumen yang digunakan. Keputusan penyelidikan tindakan menunjukkan bahawa penggunaan Alat Acuan dengan menggunakan kaedah demonstrasi model hidup dapat membantu meningkatkan kualiti hasil karya kraf tembikar dengan menggunakan teknik lingkaran dalam penghasilan kraf tembikar. Kata kunci : alat acuan, kaedah demonstrasi PENGENALAN Berpandukan kurikulum Pendidikan Seni Visual sekolah rendah, bidang keempat iaitu Mengenal Kraf Tradisional merupakan bidang yang melibatkan kemahiran kerja tangan yang memerlukan daya cipta. Ia menegaskan perkembangan persepsi murid terhadap bentuk, rupa, struktur, imbangan dan kestabilan dalam menghasilkan objek 3 dimensi. Bidang ini memberi kesedaran kepada murid tentang adanya beberapa jenis kraf tradisional dalam budaya tanah air melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Namun begitu pada awal usia kanak-kanak, kebolehan kemahiran motor halus dan interpretasi kesemua asas seni reka adalah agak terbatas. PERMASALAHAN Melalui pemerhatian, pengkaji mendapati murid-murid menghadapi kesukaran ketika membuat lingkaran bagi membentuk kraf tembikar yang dikehendaki adalah kerana lokomotor halus mereka belum dapat menguasai sesuatu kemahiran dengan

Upload: tokwant-zaidi

Post on 27-Sep-2015

83 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

FREE

TRANSCRIPT

APLIKASI ALAT ACUAN MENGGUNAKAN TEKNIK LINGKARAN DALAM MENGHASILKAN KRAF TEMBIKAR BAGI MURID TAHUN 5.Oleh:

Zaidi Bin Ahmad @ Abd RahmanABSTRAKKajian tindakan ini dijalankan bagi membantu murid tahun 5 meningkatkan kemahiran kraf tembikar dengan menggunakan teknik lingkaran pada alat acuan sebagai bantuan dalam penghasilan kraf tembikar. Kemahiran yang ditekankan di sini ialah kemahiran menggunakan teknik lingkaran yang betul ketika menghasilkan kraf tembikar. Responden dalam penyelidikan ini terdiri daripada 6 orang murid Tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Kampong Sera. Dalam pelaksanaan kajian, pengkaji telah menggunakan beberapa instrumen untuk mengumpulkan data antaranya adalah pemerhatian, temu bual, ujian serta analisis dokumen. Hasil analisis data mendapati kesemua responden menunjukkan peningkatan yang positif dari segi hasil karya yang dihasilkan. Analisis data ini disahkan melalui dapatan kajian berdasarkan instrumen yang digunakan. Keputusan penyelidikan tindakan menunjukkan bahawa penggunaan Alat Acuan dengan menggunakan kaedah demonstrasi model hidup dapat membantu meningkatkan kualiti hasil karya kraf tembikar dengan menggunakan teknik lingkaran dalam penghasilan kraf tembikar.

Kata kunci : alat acuan, kaedah demonstrasi

PENGENALANBerpandukan kurikulum Pendidikan Seni Visual sekolah rendah, bidang keempat iaitu Mengenal Kraf Tradisional merupakan bidang yang melibatkan kemahiran kerja tangan yang memerlukan daya cipta. Iamenegaskan perkembanganpersepsi murid terhadap bentuk, rupa,struktur, imbangan dan kestabilan dalam menghasilkan objek 3 dimensi.Bidang ini memberi kesedaran kepada murid tentang adanya beberapa jenis kraf tradisional dalam budaya tanah air melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Namun begitu pada awal usia kanak-kanak, kebolehan kemahiran motor halus dan interpretasi kesemua asas seni reka adalah agak terbatas.PERMASALAHANMelalui pemerhatian, pengkaji mendapati murid-murid menghadapi kesukaran ketika membuat lingkaran bagi membentuk kraf tembikar yang dikehendaki adalah kerana lokomotor halus mereka belum dapat menguasai sesuatu kemahiran dengan baik selain struktur doh kurang pejal untuk menghasilkan kraf tembikar dengan mengikut bentuk yang dikehendaki meskipun telah diberikan tunjuk ajar melalui kaedah demonstrasi.FOKUS KAJIANPengkaji mengenal pasti permasalahan kemahiran membentuk dan menyusun lingkaran yang tepat dalam menghasilkan tembikar teknik lingkaran yang kemas adalah perkara yang boleh diatasi melalui penggunaan kaedah-kaedah yang betul. Pengkaji telah menggunakan instrument analisis dokumen iaitu rakaman foto dan rekod hasil ujian , pemerhatian dan temu bual bagi tujuan tinjauan masalah.

Berdasarkan tinjauan masalah, pengkaji dapat mengenalpasti beberapa isu yang berkaitan dengan masalah ini:

1. Murid kurang tahu tentang teknik-teknik kraf tembikar.

2. Murid tidak dapat menghasilkan kraf tembikar dengan menggunakan teknik lingkaran.

3. Murid kurang mahir menggunakan teknik lingkaran dalam penghasilan kraf tembikar.

4. Murid kurang faham dan kurang memberi tumpuan ketika membuat aktiviti yang sukar. OBJEKTIF KAJIANUmum :

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kualiti hasil karya kraf tembikar berbentuk 3 dimensi yang menggunakan teknik lingkaran bagi murid tahun 5 menggunakan alat acuan.Objektif Khusus

Objektif khusus kajian ini supaya murid dapat:

i. Meningkatkan kualiti hasil karya kraf tembikar berbentuk 3 dimensi menggunakan teknik lingkaran.

ii. Meningkatkan kemahiran dan pengetahuan murid menggunakan pelbagai teknik dan kaedah menghasilkan kraf tembikar. iii. Melihat keberkesanan penggunaan alat sebagai acuan bagi menghasilkan kraf tembikar berbentuk 3 dimensi dengan menggunakan teknik lingkaran. SOALAN KAJIANi. Adakah kualiti hasil karya kraf tembikar berbentuk 3 dimensi yang menggunakan teknik lingkaran dapat ditingkatkan?

ii. Adakah kaedah demostrasi dapat meningkatkan pemahaman murid tentang prosedur atau proses penghasilan kraf tembikar berbentuk 3 dimensi yang menggunakan teknik lingkaran?

iii. Adakah penggunaan alat sebagai acuan dalam penghasilan kraf tembikar berbentuk 3 dimensi yang menggunakan teknik lingkaran berkesan?

KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan 6 orang murid tahun 5 Bestari yang terdiri daripada 3 orang murid lelaki dan 3 orang murid perempuan. Enam orang murid-murid yang dipilih merupakan murid-murid yang tidak dapat menghasilkan kraf tembikar 3 dimensi dengan menggunakan teknik lingkaran dengan baik selain daripada kurang memberi tumpuan ketika proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual dijalankan.

TINDAKAN YANG DIJALANKANKajian ini menggunakan kaedah kualitatif. Reka bentuk kajian adalah bedasarkan model Kurt Lewin (1946). Model ini dipilih kerana reka bentuk pelaksanaannya lebih mudah difahami dan pelaksanaannya sesuai untuk kajian ini.

Rajah 1 .Model Penyelidikan Tindakan Kurt Lewin (1946)Menurut Rosinah Edinin (2011), model Kurt Lewin biasanya digunakan apabila masalah atau isu kajian telah dikenal pasti dan memerlukan pengesahan supaya perancangan yang tepat dapat digunakan. Pengkaji telah memutuskan untuk menggunakan alat acuan bagi membantu responden kelas 5 Bestari menghasilkan kraf tembikar dengan menggunakan teknik lingkaran. Rancangan tindakan ini merangkumi ujian pra dan pasca, penggunaan alat acuan pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen.Hasil pemerhatian direkodkan berdasarkan rubrik yang disediakan.

Jadual 1

Rubrik PemerhatianAspek penguasaanAktivitiMarkah

Kreativiti12345

Minat / Tingkah laku12345

Psikomotor12345

Sila bulatkan mengikut markat di bawah:

Markah 1 : amat lemah 2 : lemah 3 : Sederhana 4 : Baik 5 : Cemerlang1. Jadual Ujian pra sebelum penggunaan alat acuan terhadap 6 responden.KriteriaR1R2R3R4R5R6

Dapat menghasilkan jalur lingkaran tembikar yang tepat dari segi bentuk yang bulat dan saiz yang sekata/xxxx/

Dapat menghasilkan bentuk bulatan/ gegelang lingkaran yang bulat dan sekata.//xx/x

Dapat menghasilkan susunan gegelang lingkaran yang seimbang dalam membentuk tembikarxxxxxx

Dapat menyiapkan karya yang baik dalam masa yang ditetapkanxxxxxx

Skor210011

2. Jadual Ujian pos selepas penggunaan alat acuan terhadap 6 respondenKriteriaR1R2R3R4R5R6

Dapat menghasilkan jalur lingkaran tembikar yang tepat dari segi bentuk yang bulat dan saiz yang sekata//////

Dapat menghasilkan bentuk bulatan/ gegelang lingkaran yang bulat dan sekata.//////

Dapat menghasilkan susunan gegelang lingkaran yang seimbang dalam membentuk tembikar//////

Dapat menyiapkan karya yang baik dalam masa yang ditetapkan//////

Skor444444

METODOLOGI

Langkah pertama:

Pengkaji membuat refleksi dengan mengimbas kembali sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah berlangsung. Pengkaji mengenal pasti kelemahan dan kekuatan yang terdapat pada setiap sesi. Antara isu yang diperhatikan adalah sama ada murid boleh ataupun tidak menghasilkan kraf tembikar berbentuk 3 dimensi dengan menggunakan teknik lingkaran. Manakala isu sampingan pula, samada murid dapat memahami atau tidak prosedur yang diterangkan oleh pengkaji. Langkah kedua :

Pengkaji mengenal pasti masalah yang sering berlaku dalam kalangan murid. Pengkaji berhadapan dengan murid yang mempunyai kemahiran lokomotor yang lemah iaitu kemahiran tangan, kurang pemahaman, kurang berminat dan kurang penguasaan dalam bidang kraf tradisional dalam aktiviti membuat kraf tembikar berbentuk 3 dimensi yang menggunakan teknik lingkaran.Langkah ketiga :

Ujian pra dijalankan bagi menilai kualiti hasil karya yang dihasilkan oleh responden sebelum menggunakan alat acuan. Rakaman dalam bentuk foto dilakukan bagi melihat perbezaan dari segi kualiti hasil karya kraf tembikar yang menggunakan teknik lingkaran. Sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran, pengkaji membuat pemerhatian terhadap tingkah laku responden bagi mengenal pasti permasalahan yang dihadapi responden ketika menghasilkan kraf tembikar dengan menggunakan teknik lingkaran. Langkah keempat :

Permasalahan yang dihadapi responden mencetuskan idea kepada pengkaji untuk mereka sejenis alatan iaitu acuan dari botol mineral bagi meningkatkan kualiti hasil karya kraf tembikar yang menggunakan teknik lingkaran. Ujian pos diadakan bagi menilai hasil kraf tembikar yang dihasilkan dengan menggunakan alat acuan. Hasil karya tersebut direkodkan dalam bentuk foto dan akan dibandingkan dengan hasil karya kraf tembikar sebelum menggunakan acuan.

DAPATAN KAJIAN1. Pemerhatian

Pada fasa pemerhatian, pengkaji akan mengenalpasti hasil dapatan. Hal ini bermaksud pengkaji perlu mengumpul dan menganalisis data yang diperoleh daripada ujian pra dan pos berdasarkan hasil karya kraf tembikar responden.Untuk tujuan pemerhatian, pengkaji akan menggunakan beberapa instrument seperti ujian pra dan ujian pos bagi melihat kualiti hasil karya kraf tembikar dan perubahan tingkah laku responden ketika membuat aktiviti tersebut. Data yang diperoleh ini akan digunakan dan dijadikan sebagai pengukur sama ada kajian ini berjaya atau gagal. Sebelum

Peringkat sebelum intervensi : Hasil tembikar responden tidak menepati struktur tembikar yang dikehendaki

Selepas

Peringkat setelah intervensi : Hasil tembikar murid berjaya membentuk tembikar mengikut bentuk yang dikehendaki

Rajah menunjukkan sebelum dan selepas penggunaan alat acuan.2. Refleksi

Pada fasa ini, pengkaji akan menerangkan sama ada kajian ini berjaya atau tidak. Kajian yang berjaya akan menunjukkan peningkatan kefahaman responden serta peningkatan kualiti hasil karya kraf tembikar responden. Sekiranya kajian ini gagal atau tidak mencapai sasaran, pengkaji perlu mengenalpasti punca kegagalan dan mengadakan kajian semula dengan penambahbaikkan.

3. Perancangan

Pengkaji mendapati kajian ini kurang mencapai sasaran yang dikehendaki. Masalah utama yang membawa kepada keadaan ini adalah kaedah pengajaran dan kekurangan Alat Bantu Mengajar (BBM). Keadaan ini mencetuskan idea penghasilsan sejenis alat acuan dari botol plastik bagi memudahkan responden menghasilkan kraf tembikar dengan menggunakan teknik acuan.

Gambar menunjukkan penggunaan alat acuan dari botol mineral.

4. TindakanPengkaji menjalankan tindakan ke atas 6 orang responden. Pengkaji mengubah kaedah pengajaran dan menambah alat bantu mengajar iaitu alat acuan bagi memudahkan responden menghasilkan kraf tembikar serta meningkatkan kefahaman murid tentang proses menghasilkan kraf tembikar dengan menggunakan teknik lingkaran.

Pada peringkat tindakan, intervensi dilaksanakan dengan penambahbaikkan yang telah dilakukan. Pemerhatian juga akan dilakukan pada masa ini. Ujian pos akan dilaksanakan bagi menilai keberkesanan penambahbaikkan tersebut. Setelah selesai, sesi temu bual diadakan bagi mendapatkan pandangan responden mengenai perasaan mereka ketika membuat kraf tembikar sebelum dan selepas menggunakan alat acuan.Borang kaji selidik selepas penggunaan alat acuan dalam menghasilkan kraf tembikar.BilSoalanYATIDAK

1.Adakah bentuk tembikar kamu sama dengan rakan ?

2.Adakah proses membuat tembikar teknik lingkaran mudah bagi kamu ?

3.Adakah doh yang digunakan dapat mengekalkan bentuk tembikar kamu ?

4Adakah kamu dapat menyiapkan tembikar kamu mengikut masa yang ditetapkan ?

5Adakah aktiviti ini menarik minat kamu ?

BORANG KAJI SELIDIK SEBELUM

BILSoalanR1 R2 R3 R4 R5 R6

Y T Y T Y T Y T Y T Y T

1 Adakah bentuk tembikar kamu sama dengan rakan ? / / / / / /

2 Adakah proses membuat tembikar teknik lingkaran mudah bagi kamu ? / / / / / /

3 Adakah doh yang digunakan dapat mengekalkan bentuk tembikar kamu ? / / / / / /

4 Adakah kamu dapat menyiapkan tembikar kamu mengikut masa yang ditetapkan ?/ / / / / /

5 Adakah aktiviti ini menarik minat kamu ? / / / / / /

6 SKOR 1 4 2 3 2 3 1 4 2 3 1 4

BORANG KAJI SELIDIK SELEPASBILSoalanR1 R2 R3 R4 R5 R6

Y T Y T Y T Y T Y T Y T

1 Adakah bentuk tembikar kamu sama dengan rakan ? //////

2 Adakah proses membuat tembikar teknik lingkaran mudah bagi kamu ? //////

3 Adakah doh yang digunakan dapat mengekalkan bentuk tembikar kamu ? //////

4 Adakah kamu dapat menyiapkan tembikar kamu mengikut masa yang ditetapkan ?//////

5 Adakah aktiviti ini menarik minat kamu ? //////

6 SKOR 555555

5. Refleksi Kedua (2)Pada peringkat ini, pengkaji menentukan sama ada kajian berjaya atau tidak berdasarkan kesemua dapatan hasil kajian yang diperoleh.

Gambar menunjukkan hasil karf tembikar setelah menggunakan alat acuan.

PERBIINCANGAN KAJIAN

1. Membantu responden meningkatkan kualiti hasil karya kraf tembikar dengan menggunakan teknik lingkaran sebelum dan selepas penggunaan alat acuan.

Hasil dapatan kajian membuktikan penggunaan alat acuan membantu meningkatkan kualiti hasil karya kraf tembikar responden. Dapatan kajian juga mendapati peratusan responden berjaya menghasilkan kraf tembikar dengan menggunakan teknik lingkaran meningkat dengan mendadak. Sebelum penggunaan alat acuan, responden tidak dapat menghasilkan kraf tembikar dengan baik.Dapatan kajian ini membuktikan bahawa dengan menggunakan alat acuan, responden mampu menghasilkan karya kraf tembikar dengan mudah dan cepat selain daripada membaiki mutu dan kualiti penghasilan karya kraf tembikar mereka.

2. Membuktikan keberkesanan penggunaan kaedah demostrasi dalam pengajaran dan pembelajaran.

Dapatan kajian ini jelas membuktikan keberkesanan kaedah demostrasi dalam pengajaran dan pembelajaran apabila murid berjaya menghasilkan kraf tembikar mengikut langkah-langkah penghasilan kraf tembikar dengan menggunakan teknik lingkaran.Hasil dapatan ini selari dengan hasil temu bual yang telah dilakukan bersama 6 orang responden yang memberikan jawapan yang positif terhadap kaedah yang telah digunakan ini.

3. Melihat keberkesanan penggunaan alat sebagai acuan bagi menghasilkan kraf tembikar berbentuk 3 dimensi dengan menggunakan teknik lingkaran.

Sebelum penggunaan alat acuan, respoden tidak dapat menghasilkan kraf tembikar dengan baik. Hasil karya yang dihasilkan tidak mengikut kriteria-kriteria yang dikehendaki dan mereka juga mengambil masa yang lama untuk menghasilkan kraf tembikar. Namun begitu, hasil daripada kajian ini jelas menunjukkan keberkesanan penggunaan alat acuan dalam penghasilan kraf tembikar. Ini merupakan salah satu bukti bahawa alat intervensi ini berjaya meningkatkan kualiti hasil karya kraf tembikar responden.

Sebelum

Selepas

RUMUSAN DAN REFLEKSI

Sebagai kesimpulan, dapatlah dirumuskan bahawa dalam mencapai matlamat Pendidikan Seni Visual, objektifnya dan juga matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, peranan guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Seni Visual ini amat penting sekali dalam memberi impak yang maksimum kepada murid. Ini adalah kerana kekuatan Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah bergantung kepada kebijaksanaan guru tersebut dalam mengendalikan aktiviti dan memperkembangkan domain kognitif, psikomotor, afektif, kreativiti dan sosial murid- muridnya dalam melahirkan insan yang seimbang dan harmonis.

Jelas terbukti melalui kajian ini, empat organisasi kurikulum yang dijelaskan oleh Laura Chapman (1986) iaitu pemerhatian, penerokaan, penghasilan dan apresiasi dan lanjutan mempunyai persamaan dengan organisasi pendidikan seni visual sekolah rendah di Malaysia iaitu pemerhatian secara aktif, interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan, apresiasi seni visual secara mudah dan menghargai nilai baik semua aspek.

Keberkesanaan dan kepentingan pendidikan seni visual di sekolah rendah di Malaysia sememangnya tidak dapat disangkal lagi. Walaupun ia bukanlah mata pelajaran teras sepenting mata pelajaran UPSR namun, keberkesanannya dalam membantu kemenjadian murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial adalah sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara.

1.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Sebagai lanjutan daripada kajian ini, saya bercadang untuk menjalankan kajian yang seterusnya kepada murid-murid akan datang dari kelas tahun 4 oleh sebab masih terdapat murid yang menghadapi masalah yang sama semasa menjalankan aktiviti menghasilkan tembikar dengan teknik lingkaran dan berusaha mencari kaedah baru bagi membantu murid mengatasi masalah tersebut. RUJUKAN

Ansary Ahmed. Cetakan Pertama April 2007. Seni Dalam Pendidikan, Dicetak Oleh Meteor Doc. Sdn. Bhd.

Chow F.M, Jaizah Mahamud. Terbitan Jun 2012. Kajian Tindakan: Konsep Dan Amalan Dalam Pengajaran, Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Fakulti Pendidikan, Sastera dan Sains Sosial Universiti Terbuka Malaysia. Pengenalan Pendidikan Seni Visual.

Haji Abdul Shukor Hashim. Cetakan Pertama 2007. Perkembangan Seni dan Kanak-kanak. Dicetak Oleh Meteor Doc. Sdn. Bhd.

Idris Saleh. Cetakan Pertama 1987. Pendidikan Seni, Penerbit, Tinta Seni Seberang Takir. Terengganu.

Ibrahim Hj. Ahmad. Cetakan kedua 2007. Kamus Dewan Edisi Keempat, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur, Dicetak oleh Dawana Sdn. Bhd.

Kementerian Pendidikan Malaysia.(1998). Buku Sumber Guru Pendidikan Seni Visual, KBSR.KL : DBP

Kementerian Pendidkan Malaysia (1985).Buku Panduan Khas Pendidikan Seni Visual, KBSR. KL: DBP

Modul PGSR PSV3108, (2010), Pendidikan Seni Visual Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah, Membentuk dan Membuat Binaan Dan Mengenal Kraf Tradisional, Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Modul Kajian Tindakan, (1995), Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Othman, M. (2012). Tahap kompetensi pelajar melaksanakan kerja amali berpandukan Domain Psikomotor Simpson (Doctoral dissertation, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia).

Ab Samad, R. S., & Jamaluddin, S. (2005). Peranan Kepimpinan Guru dalam Mempengaruhi Iklim Bilik Darjah [Role of teacher leadership in influencing the classroom climate]. Masalah Pendidikan, 28, 117-130.

Zaki, M. Z. F. M., & Saleh, I. (2013). Meningkatkan Kemahiran Menganyam Kelarai Menggunakan Kertas Dasar Yang Berlorek Bagi Murid Tahun 4 Ibnu Mas' ud Sk Bukit Tunggal. Penyelidikan Tindakan PISMP 2013, 2(4).

Othman, M. (2012). Tahap kompetensi pelajar melaksanakan kerja amamli berpandukan Domain Psikomotor Simpson (Doctoral dissertation, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia).