artikel gst

31
http://www.treasury.gov.my/index.php? option=com_content&view=article&id=2803:apakah-gst&catid=506:soalan-lazim- gst&lang=ms&Itemid=2493 Apakah GST? Cukai Barang dan Perkhidmatan atau GST adalah cukai kepenggunaan berasaskan konsep nilai tambah. Berbeza dengan cukai jualan dan cukai perkhidmatan yang merupakan cukai seperingkat, GST adalah cukai berperingkat. Pembayaran cukai dibuat di setiap peringkat oleh perantara dalam proses pengeluaran dan pengedaran. Cukai itu sendiri bukan merupakan suatu kos kepada perantara kerana mereka boleh menuntut kembali GST yang telah dikenakan ke atas input perniagaan mereka. GST dikenakan ke atas barang dan perkhidmatan di setiap peringkat pengeluaran dan pengedaran dalam rantaian pembekalan termasuk pengimportan barang dan perkhidmatan. Q&A: Apakah itu GST? |Kemas kini:Oktober 25, 2013 (Diterbitkan pada: Oktober 25, 2013 18:56 MYT) Read more at:http://www.astroawani.com/budget/news/show/q-a-apakah-itu-gst-24529?cp KUALA LUMPUR : Dalam ucapan Bajet 2014, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kerajaan akan melaksanakan cukai barang dan perkhidmatan (GST) bermula 1 April 2015. Katanya, GST merupakan satu "sistem cukai yang adil dan menyeluruh yang akan memberi manfaat kepada semua rakyat Malaysia." Jika anda masih tidak pasti apakah itu GST,Soal Jawab berikut mungkin boleh membantu: Apakah pengumuman Kerajaan mengenai Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)? Kerajaan mencadangkan cukai jualan (5%) dan cukai perkhidmatan ( 10%) dimansuhkan. Kedua-dua cukai akan digantikan dengan GST. Mengapa kerajaan melaksanakan GST? Untuk memperbaiki sistem cukai sedia ada. Kerajaan mengatakan bahawa cukai jualan dan cukai perkhidmatan sedia ada mempunyai kelemahan, seperti cukai dua kali ganda ke atas pengguna dan ketiadaan pelepasan cukai sepenuhnya ke atas barangan yang dieksport dan isu-isu harga pindahan. Kelemahan-kelemahan ini menyebabkan kerugian kepada kedua-dua pihak pengguna dan kerajaan. Apakah kadar GST? Kadar GST dicadangkan ditetapkan pada 6%.

Upload: mohd-kamil-dan-hanisah

Post on 25-Dec-2015

84 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

artikel

TRANSCRIPT

Page 1: Artikel Gst

http://www.treasury.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=2803:apakah-gst&catid=506:soalan-lazim-gst&lang=ms&Itemid=2493

Apakah GST?

Cukai Barang dan Perkhidmatan atau GST adalah cukai kepenggunaan berasaskan konsep nilai tambah. Berbeza dengan cukai jualan dan cukai perkhidmatan yang merupakan cukai seperingkat, GST adalah cukai berperingkat. Pembayaran cukai dibuat di setiap peringkat oleh perantara dalam proses pengeluaran dan pengedaran. Cukai itu sendiri bukan merupakan suatu kos kepada perantara kerana mereka boleh menuntut kembali GST yang telah dikenakan ke atas input perniagaan mereka.

GST dikenakan ke atas barang dan perkhidmatan di setiap peringkat pengeluaran dan pengedaran dalam rantaian pembekalan termasuk pengimportan barang dan perkhidmatan.

Q&A: Apakah itu GST?|Kemas kini:Oktober 25, 2013(Diterbitkan pada: Oktober 25, 2013 18:56 MYT)

Read more at:http://www.astroawani.com/budget/news/show/q-a-apakah-itu-gst-24529?cp

KUALA LUMPUR: Dalam ucapan Bajet 2014, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kerajaan akan melaksanakan cukai barang dan perkhidmatan (GST) bermula 1 April 2015.

Katanya, GST merupakan satu "sistem cukai yang adil dan menyeluruh yang akan memberi manfaat kepada semua rakyat Malaysia."

Jika anda masih tidak pasti apakah itu GST,Soal Jawabberikut mungkin boleh membantu:

Apakah pengumuman Kerajaan mengenai Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)?Kerajaan mencadangkan cukai jualan (5%) dan cukai perkhidmatan ( 10%) dimansuhkan. Kedua-dua cukai akan digantikan dengan GST.

Mengapa kerajaan melaksanakan GST?Untuk memperbaiki sistem cukai sedia ada.

Kerajaan mengatakan bahawa cukai jualan dan cukai perkhidmatan sedia ada mempunyai kelemahan, seperti cukai dua kali ganda ke atas pengguna dan ketiadaan pelepasan cukai sepenuhnya ke atas barangan yang dieksport dan isu-isu harga pindahan.

Kelemahan-kelemahan ini menyebabkan kerugian kepada kedua-dua pihak pengguna dan kerajaan.

Apakah kadar GST?Kadar GST dicadangkan ditetapkan pada 6%.

Bagaimana kadar ini berbanding dengan negara-negara lain?Kerajaan berkata kadar ini adalah yang paling rendah di kalangan negara-negara ASEAN : 10% di Indonesia , Vietnam, Kemboja, Filipina , Laos dan 7% di Singapura dan Thailand.

Bilakah GST akan berkuatkuasa?Mulai 1 April 2015.

Apa yang dikenakan GST ?Sebagai cukai pengguna, GST akan dikenakan ke atas semua barangan dan perkhidmatan.

Adakah ini bermakna bahawa segala-galanya akan menjadi lebih mahal?Tidak semestinya. Sesetengah barangan dan perkhidmatan dikecualikan cukai.

Dalam ucapan Najib, beliau mengatakan bahawa barangan makanan asas tidak dikenakan GST (beras, gula, garam, tepung, minyak masak, kacang dhal, rempas ratus, ikan masin, cencalok, budu, belacan)

Page 2: Artikel Gst

Selain itu, barang dan perkhidmatan yang dikecuali adalah: Bekalan air paip dan 200 unit pertama elektrik sebulan bagi pengguna. Perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan: pengeluaran pasport, perkhidmatan kesihatan, pembelajaran di

sekolah. Perkhidmatan pengangkutan: bas, keretapi, LRT, teksi, feri, bot, tol lebuh raya. Jual beli dan sewa rumah kediaman Perkhidmatan kewangan terpilih

Adakah kerajaan membantu rakyat menghadapi GST?Ya. Kerajaan merancang untuk pelbagai bantuan dan sokongan dalam tempoh peralihan ini. Pertama, Kerajaan akan memberi bantuan tunai sekali RM300 kepada penerima BR1M.

Adakah kita masih perlu membayar cukai pendapatan kadar yang sama?Kadar cukai pendapatan individu akan dikurangkan sebanyak 1-3 % untuk semua pembayar cukai.

Pembayar cukai yang lain akan menikmati penjimatan cukai dan struktur cukai pendapatan individu akan dikaji.

Pendapatan bercukai dinaikkan kepada melebihi RM400,000 dan kadar cukai maksimum 26% dikurangkan kepada 24%, 24.5% dan 25%

Bagaimana pula dengan perniagaan? Kerajaan akan mengurangkan cukai pendapatan syarikat daripada 25% kepada 24% mulai tahun taksiran 2016 Cukai pendapatan syarikat kecil/sederhana turun daripada 20% kepada 19% mulai tahun taksiran 2016 Cukai pendapatan koperasi dikurangkan 1-2 mata peratus mulai tahun taksiran 2015 Potongan cukai bagi yuran kesetiausahaan dan pemfailan cukai mulai tahun taksiran 2015 Potongan cukai tambahan untuk kos beli peralatan dan perisian ICT bagi tahun taksiran 2014 dan 2015 Geran latihan GST RM100 juta Bantuan RM150 juta untuk beli perisian perakaunan

Mengapa GST ini dilaksanakan sekarang dan bukan kemudian?Kerajaan berpendapat bahawa kerana kadar inflasi 2% adalah rendah dan ia sememangnya masa terbaik untuk melaksanakan GST.

Berapa banyak negara lain yang telah melaksanakan GST?Lebih daripada 160 buah negara sudah melaksanakan GST. Kerajaan berpendapat ini menunjukkan bahawa GST terbukti ialah" telus, berkesan dan sistem cukai yang adil"

Adakah harga barangan naik?Dalam ucapan beliau, Najib berkata pengguna hanya perlu membayar satu kali cukai sahaja.

Beliau juga berkata perubahan harga barang atau perkhidmatan apabila GST dilaksanakan adalah amat minimum. Malahan, ada harga barangan yang akan menjadi lebih murah bergantung samada ianya adalah barangan asas atau tidak.

Najib juga telah memberi amaran kepada pihak yang akan mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang dan perkhidmatan sewenang-wenangnya. Kerajaan juga berjanji untuk sentiasa memantau harga dan usaha penguatkuasaan akan dipertingkatkan.

Apa lagi yang Kerajaan akan lakukan dalam pelaksanaan GST?Satu jawatankuasa pemantauan GST akan ditubuhkan. Ia akan dipengerusikan oleh Menteri Kewangan Kedua dengan ahli-ahli dari agensi-agensi kerajaan yang lain, serta pihak industri dan NGO.

Read more at:http://www.astroawani.com/budget/news/show/q-a-apakah-itu-gst-24529?cp

http://www.hmetro.com.my/articles/10kebaikanGSTdinikmatisemuagolongan/Article

Page 3: Artikel Gst

10 kebaikan GST dinikmati semua golonganIpoh: Sebanyak 10 kebaikan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dapat dinikmati sektor perniagaan, serta golongan pengguna sebagai pihak terakhir sepanjang rantaian perniagaan barangan dan perkhidmatan.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, 10 kebaikan itu adalah cukai yang efektif, telus, lebih adil selain menggalakkan 'ekonomi bayangan' berdaftar di bawah sistem GST.

“Ia cukai yang telus apabila peniaga dikehendaki menunjukkan cukai yang dikenakan dalam invois jualan manakala pengguna tahu jumlah cukai yang dibayar atas barang dan perkhidmatan yang dibeli,” katanya selepas merasmikan pejabat baru syarikat perunding hartanah antarabangsa, Rahim & Co di sini, kelmarin.

Beliau berkata, kebaikan GST yang lain adalah ia akan mengurangkan karenah birokrasi, mengurangkan kos perniagaan, menambah pendapatan negara untuk faedah rakyat dan sektor eksport negara akan menjadi lebih kompetitif.

“Eksport akan lebih kompetitif kerana tiada cukai terselindung dalam barangan eksport serta kos menjalankan perniagaan lebih rendah memandangkan GST bukan adalah kos kepada peniaga yang berdaftar,” katanya.

Selain itu, katanya, GST juga berupaya mempelbagaikan hasil negara selain cukai pendapatan dan hasil petroleum serta tidak membebankan golongan berpendapatan rendah.

Bagaimanapun, Ahmad tidak menafikan ada barangan yang akan mengalami kenaikan harga sebanyak satu peratus iaitu barangan yang mempunyai cukai sebanyak lima peratus ketika ini.

Page 4: Artikel Gst

http://mymassa.blogspot.com/2014/05/gst-buat-mereka-yang-ingin-tahu-apa-itu.html

GST: BUAT MEREKA YANG INGIN TAHU APA ITU GST5/06/2014 

Ramai masyarakat kita di luar sana kurang faham tentang Cukai GST. Pihak yang berkenaan

pula sering menyampaikan penerangan GST lebih kepada aspek pengiraan teknikal. Kekadang

susah nak faham.

Puak-puak yang tidak bertanggungjawab pula menggunakan kecelaruan dan ketidakfahaman

masyarakat berkaitan GST untuk memburuk-burukkan sistem percukaian moden tersebut.

Walhal mereka sendiri pun tak faham dan buat-buat tak faham kerana takut kehilangan

pengaruh. Al maklumlah tanpa fitnah dan pembohongan maka matilah perjuangan mereka.

Apabila tak faham, termakan pula dengan hasutan dan dakyah songsang maka akan lahirlah

masyarakat yang keliru dan haru biru. Inilah yang disukai oleh puak-puak pembangkang. Maka

pihak-pihak berkenaan perlu bekerja keras membetulkan persepsi negatif tersebut. Tak apalah

perbuatan baik selalu mendapat ujian dan cabaran. 

Apakah itu GST?

GST adalah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (Good and Service Tax). Di beberapa negara ia

juga dikenali sebagai Value Added Tax (VAT) atau Cukai Nilai Tambah. Ia bukannya kerajaan

telah menambah lagi cukai sedia ada atau mengenakan cukai ke atas cukai. 

Kenapa kerajaan melaksanakan GST, Apa sistem cukai selama ini SST tak baikkah?

Pada masakini dan selama ini kita telah membayar dua cukai serentak dalam Cukai Jualan dan

Perkhidmatan (Sales and Service Tax –SST) bagi setiap barangan dan perkhidmatan yang kita

beli iaitu;

Cukai Jualan - 10% dan Cukai Perkhidmatan - 6% menjadikan setiap barangan yang kita beli

dikenakan cukai 16%. Cukai-cukai ini kadangkala tidak disedari oleh kita kerana tiada dalam bil

atau resit pembelian kita. 

Kedua-dua cukai ini akan dihapuskan sama sekali dan digantikan dengan cukai GST

berkuatkuasa pada 1 April 2015. Selepas tarikh itu kita hanya dikenakan cukai GST 6% sahaja.

Untuk apa GST diperkenalkan?

GST diperkenalkan bagi memperbaiki dan menyusun semula sistem percukaian negara pada

masakini supaya lebih berkesan, saksama, efisien dan telus. Kerajaan mendapati Cukai Jualan

dan Perkhidmatan mempunyai kelemahan iaitu;

Page 5: Artikel Gst

Bagi mengelak cukai terselindung yang menjadi kos kepada harga akhir yang

sebenarnya melampau akibat pengambilan untung berlebihan oleh para pemborong,

peruncit dan peniaga.

Bagi mengelak cukai bertindih yang sebenarnya membebankan para pengguna yang

dikenakan cukai sebanyak dua kali. 

Bagi mengelak caj perkhidmatan yang disembunyikan yang mana ia tidak diisytiharkan

oleh para peniaga/penjual barangan di dalam resit dan bil-bil kita bagi meningkatkan

margin keuntungan mereka.

Bagi mengelak perbuatan segelintir golongan pengilang, pemborong, peruncit dan

peniaga yang cuba elak dari bayar cukai dengan tidak isytihar sumber, aliran dan jumlah

pendapatan mereka.

Bagi mengelak perbuatan khianat ekonomi yang dilakukan oleh segelintir golongan

peruncit dan peniaga yang sengaja menyorok barangan, mengurangkan sukatan,

memonopoli barang dan memanipulasi harga.

Perbuatan-perbuatan ini akan menyebabkan para pengguna terbeban dengan harga barang

yang semakin mahal, bekalan sukar diperolehi, rasuah, penyeludupan dan penipuan berleluasa

yang akan menjejaskan ekonomi dan kestabilan negara

Kadar GST Malaysia membebankan?

Pendapat ini salah sama sekali. Secara perbandingan kadar GST di negara-negara anggota

ASEAN;Kadar GST yang berbeza di kalangan Negara-Negara anggota ASEAN

Bil Negara-Negara ASEAN Tahun diperkenalkan Kadar GST dikenakan

1 Indonesia 1984 10%

2 Filipina 1988 10%

3 Kemboja 1999 10%

4 Laos 2009 10%

5 Singapura 1999 7%

6 Thailand 1992 10%

7 Vietnam 1999 10%

8 Malaysia 2015 6%

9 Brunei - -

10 Myanmar (Dalam kajian) (Dalam kajian)Sumber: http://etp.pemandu.gov.my/Transformation_Unplugged-@-Why_we_need_GST.aspx

Apabila GST diperkenalkan pada 1 April 2015 ke atas semua barangan dan

perkhidmatan, adakah bermakna bahawa semua barang akan menjadi mahal?

Dari 600 barang yang dikenakan GST, dijangka hanya 10% yang akan mengalami kenaikan

harga, 42% kekal harga dan 48% akan mengalami penurunan harga. Perubahan sesuatu harga

barang atau caj perkhidmatan adalah amat minimum. 

Page 6: Artikel Gst

Banyak barang akan menjadi lebih murah kerana cukai GST hanya 6% berbanding cukai 16%

yang akan berakhir pada 31 Mac 2015.

Pada masakini terdapat segelintir peniaga yang tidak jujur dengan sengaja menjual harga

barang mahal kerana ingin mengambil keuntungan berganda sebelum perlaksanaan dan

mengambil kesempatan memburuk-burukkan imej kerajaan kerana sikap khianat mereka. Para

pengguna boleh melapor pada pihak berwajib dan boikot produk atau premis mereka.

Apa yang dikenakan cukai dan apa yang tidak?

Senarai barangan yang tidak dikenakan GST.

Perkara Produk-produk barangan yang tidak dikenakan Cukai GSTBarang makanan asas beras, gula, tepung, minyak masak,kacang dhal, rempah ratus,

ikan masin, cencalok, budu, belacanPenggunaan Utiliti Bekalan air paip dan 200 unit pertama eletrik sebulan bagi

penggunaPerkhidmatan yang disediakan kerajaan

perkhidmatan kesihatan, pengeluaran pasport, pembelajaran disekolah

Perkhidmatan pengangkutan

bas, keretapi, LRT, teksi, feri, bot, tol lebuh raya

Perumahan Proses jual beli dan sewa rumah kediamanKewangan Perkhidmatan kewangan terpilih

Harga kenderaan pula semakin lama semakin turun hasil perlaksanaan Dasar Automotif Negara

2014. Perumahan rakyat semakin giat dibina, ia masih mampu dibeli atau disewa.

Perkhidmatan perubatan diberi percuma dan murah buat rakyat Malaysia. Semua rakyat turut

berhak mendapat pendidikan yang berkualiti. 

Manakala banyak pasaraya dan kedai mengambil bahagian dalam promosi jualan harga murah.

Cuma kita hanya perlu rajin, bijak dan berhemah ketika berbelanja serta selalulah menabung

dalam pelbagai skim amanah saham dan insuran yang diiktiraf kerajaan agar kehidupan kita

dan keluarga lebih terjamin di masa hadapan. 

Pada peringkat mana cukai GST dikenakan?

Cukai GST akan dikenakan di setiap peringkat pengedaran atau rantai pembekalan iaitu dari

pihak pengimport, pengilang, pemborong, peruncit dan peniaga. Dengan kata lain, hakikatnya

setiap peringkat rantaian ini memerlukan pihak syarikat pengisyitiharan segala sumber, aliran

dan akaun pendapatan mereka kepada pihak berwajib. Ini menggambarkan GST adalah sistem

yang telus. 

Perlaksanaan GST akan menyebabkan banyak syarikat asing akan lari dan syarikat

tempatan akan bankrap?

Page 7: Artikel Gst

Ini adalah tohmahan liar dan tidak berasas. Hakikatnya, Malaysia merupakan antara negara

mesra pelabur kerana kestabilan politik dan sosio ekonominya serta kecanggihan prasarananya

berbanding dengan beberapa negara rantau ASEAN yang lain. Rakyat Malaysia juga terkenal

dengan sikap rajin, berpengetahuan, setia dan mudah berkomunikasi. 

Syarikat-syarikat besar yang mementingkan kualiti biasanya tidak akan gentar dengan GST

malah lebih menyukainya kerana sistem percukaian ini lebih cekap, telus dan terkini. Malah

kerajaan juga menyediakan pelbagai insentif seperti kemudahan kredit, latihan, pengecualian

cukai dan sebagainya demi menjaga kebajikan sektor perniagaan dan korporat di negara ini.

Adakah Indeks Harga Pengguna (IHP) akan naik selepas perlaksanaan GST?

GST bukan kos kepada perniagaan. Dengan perlaksanaan GST maka Indeks Harga Pengguna

(IHP) dijangka akan turun bagi sesetengah barangan dan perkhidmatan seperti pakaian, kasut,

barangan hiasan, perkakasan rumah, penyelenggaraan, komunikasi.

Manakala IHP yang dijangka meningkat adalah minuman beralkohol, arak, tembakau (rokok,

cerut), pendidikan swasta, restoran di hotel, pawagam, spa dan sebagainya. Produk dan

perkhidmatan ini bukannya satu keperluan yang kerap tetapi lebih kepada kemewahan dan

bersifat sekali-sekala. 

Untuk pendidikan swasta kerajaan turut menyediakan dana PTPTN yang mana akan diberi

percuma sebagai biasiswa jika seseorang pelajar itu cemerlang dalam pengajiannya. Manakala

banyak skim insuran kesihatan yang boleh dimanfaatkan oleh mereka yang menggunakan

perkhidmatan perubatan swasta. 

GST tidak meningkatkan kos perniagaan kerana ia adalah cukai kepenggunaan. Cuma akibat

penambahbaikan sistem cukai ini berkemungkinan ada segelintir peniaga tidak terlepas dari

pengisytiharan sumber, aliran dan pendapatan mereka yang selama ini ‘disorokkan’ dan

mereka terpaksa membayarnya bila sistem percukaian GST dilaksanakan. Inilah dikatakan GST

mampu mengelak ketirisan dan penyelewengan dalam perniagaan. 

GST memiskinkan dan menyusahkan rakyat? Apa yang kerajaan lakukan untuk

membantu rakyat?

Pendapat ini salah sama sekali. Banyak bantuan dan sokongan diberikan oleh kerajaan kepada

rakyat. 

Untuk mengatasi sebarang peningkatan harga secara mengejut maka kerajaan akan memberi

bantuan tunai secara one-off sebanyak RM300 kepada penerima BR1M yang rata-ratanya

berpendapatan rendah. Pendapatan ini boleh digunakan secara beransur-ansur bagi

menampung lebihan belanja akibat kenaikkan kos sara hidup setiap bulan, bukannya

diperhabiskan dalam tempoh sekelip mata.

Page 8: Artikel Gst

Rakyat berpendapatan rendah dan golongan miskin tidak akan dikenakan sebarang cukai GST

jika mereka tidak membayar makanan atau menginap di hotel-hotel, restoran makanan segera,

menonton wayang, mengunjungi pusat-pusat hiburan dan spa dan sebagainya.

Adakah kita masih perlu membayar cukai pendapatan pada kadar yang sama?

Tidak, melalui perlaksanaan GST kadar cukai individu akan dikurangkan sebanyak 1-3% untuk

semua pembayar cukai.

Kadar pendapatan bercukai juga akan dinaikkan kepada melebihi RM500,000. Jika di bawah

nilai ini mereka tidak perlu berdaftar dan membayar GST.

Dengan itu mereka mempunyai lebihan wang untuk berbelanja atau menabung. Ini adalah

inisiatif nyata kerajaan bagi membantu dan menjaga kebajikan rakyat.

Perlu diingat, golongan berpendapatan rendah di bawah RM2,000.00 sebulan tidak dikenakan

cukai. Bahkan mereka akan dapat lagi BR1M tahunan dan pelbagai insentif kewangan dan

bantuan dari kerajaan. Inilah yang dikatakan rakyat diutamakan dan kebajikan mereka dijaga.

Nak tahu kena cukai atau tidak berdaftarlah pada Lembaga Hasil Dalam Negara (LHDN)

Bagaimana pula dengan sektor perniagaan? 

Kerajaan akan mengurangkan cukai pendapatan korporat maksimum 26% kepada 24%

mulai tahun taksiran 2016.

Cukai pendapatan syarikat kecil dan sederhana akan diturunkan daripada 20% kepada

19% mulai tahun taksiran 2016

Cukai pendapatan koperasi dikurangkan 1-2 mata peratus mulai tahun taksirn 2015 dan

potongan cukai bagi yuran kesetiausahaan.

Pemfailan cukai mulai tahun taksiran 2015

Potongan cukai tambahan untuk beli kos beli peralatan dan perisian ICT bagi tahun

taksiran 2014 dan 2015

Geran latihan GST berjumlah RM100 juta dan bantuan pembelian perisian perakauan

GST berjumlah RM150 juta.

Dengan pemberian insentif-insentif ini, maka kos harga jualan barangan dan perkhidmatan

boleh dikurangkan dengan begitu banyak. Secara langsung harga barangan akan menjadi lebih

murah. Namun jika ada peniaga menjual barang kepada pengguna dengan harga mahal, maka

ia adalah salah penjual tersebut yang melakukan khianat pada kita.

Page 9: Artikel Gst

Kenapa GST dilaksanakan sekarang dan bukannya kemudian apabila tiada lagi

ketirisan ekonomi?

Tujuan utama pengenalan GST adalah untuk mengurang dan membenteras ketirisan ekonomi

akibat perbuatan pengkhianat-pegkhianat ekonomi. Kerajaan sentiasa menambah baik sistem

perekonomian dan percukaian negara agar ketirisan ekonomi, rasuah dan penyelewengan

ekonomi dapat diatasi dengan sistem pengurusan yang lebih cekap dan telus. 

Kerajaan berpendapat bahawa kadar inflasi negara pada masa kini bawah 2% adalah rendah

dan ia sememangnya masa terbaik untuk melaksanakan GST. Ini bagi memastikan rakyat tidak

terbeban dengan perlaksanaan GST jika kadar inflasi tinggi.

GST memiskinkan rakyat dan menyusahkan golongan berpendapatan rendah?

Pendapat ini salah sama sekali. Apabila sistem kutipan percukaian semakin baik dan cekap,

banyak ketirisan ekonomi berjaya dibenteras. Hasil pendapatan kerajaan semakin meningkat

dan hasil tersebut akan dipulangkan kembali kepada rakyat menerusi pembangunan

infrastruktur seperti sekolah, universiti, rawatan kesihatan kerajaan, subsidi baja dan

pendidikan, pembinaan jalan raya, pembekalan utiliti, pembayaran gaji dan imbuhan

perkhidmatan, peruntukkan kewangan pada negeri-negeri dan sebagainya.

Malah setiap tahun kerajaan telah menaikkan jumlah BR1M kepada golongan sasar selain

pelbagai insentif kewangan dan bantuan bagi membantu rakyat dan golongan peniaga. 

Kerajaan tidak lagi boleh bergantung harap pada sumbangan dari hasil petroleum Petronas

untuk selama-lamanya kerana hasil bahan mentah tersebut semakin berkurangan dan syarikat

tersebut memerlukan perbelanjaan yang tinggi untuk penerokaan di luar negara serta

pengurusan syarikat.

Sudah lebih 160 buah negara di dunia telah berjaya melaksanakan GST. Adakah negara-negara

ini semakin miskin dan rakyatnya semakin susah? 

GST adalah cukai yang bertentangan dengan Islam?

Jika GST bercanggah dengan ajaran Islam mengapa beberapa negara-negara Pertubuhan Islam

Sedunia (Organization of Islamic Countries – OIC) seperti Algeria, Turki, Jordan, Lebanon,

Indonesia, Mesir, Iran, Uzbekistan, Turkmenistan, Pakistan, Kazakhstan dan sebagainya turut

melaksanakannya? Kadarnya pula berbeza dari serendah 5% (Iran) hingga tertinggi 20%

(Uzbekistan dan Tajikistan).

Page 10: Artikel Gst

Kadar GST yang berbeza di kalangan sebahagian Negara-Negara Pertubuhan Islam Sedunia

Bil Negara-Negara OIC

Tahun diperkenalkan

% Kadar GST dikenakan

Bil Negara-Negara OIC

Tahun diperkenalkan

Kadar GST dikenakan

1 Indonesia 1984 10% 14 Turkmenistan 1993 15%2 Turki 1984 10% 15 Jordan 1994 16%3 Maghribi 1986 20% 16 Mauritania 1995 14%4 Pakistan 1990 16% 17 Tunisia 1998 18%5 Mesir 1991 10% 18 Kyrgyztan 1999 20%6 Kazakhstan 1991 12% 19 Chad 2000 18%7 Mali 1991 18% 20 Sudan 2000 15%8 Bangladesh 1991 15% 21 Kosovo 2001 16%9 Benin 1991 18% 22 Lebanon 2002 10%

10 Algeria 1992 17% 23 Ethopia 2003 15%11 Azerbaijan 1992 18% 24 Bosnia Herz 2006 17%12 Uzbekistan 1992 20% 25 Tajikistan 2007 20%13 Burkina Faso 1993 18% 26 Iran 2008 5%

Sumber: http://etp.pemandu.gov.my/Transformation_Unplugged-@-Why_we_need_GST.aspx

Adakah Negara-Negara OIC ini tidak Islamik? Hakikatnya, kadar GST 6% di Malaysia adalah jauh

lebih rendah dari negara-negara lain yang mengenakan GST sehingga 27% (Hungary). 

Jika GST adalah sistem percukaian yang zalim, mengapakah negara-negara dunia ini boleh dan

berjaya melaksanakannya? Adakah mereka telah membatalkan GST dan melaksanakan suatu

sistem percukaian yang lain yang lebih baik dari GST?

Dalam sejarah Islam, sistem percukaian mula dilaksanakan di zaman Khalifah Umar Al Khattab

(633-644M) untuk membangunkan negara Islam dari pelbagai sudut. Jika cukai itu haram,

apakah hukuman yang perlu dijatuhkan ke atas baginda? 

Jadi apa peranan kita sebagai rakyat dalam menghadapi GST?

Jangan percaya kepada spekulasi, fitnah dan tohmahan pihak yang tidak

bertanggungjawab memburuk-burukkan GST

Bertanya pada yang pakar GST, banyakkan membaca tentang kebaikan GST

Sebagai pengguna sebelum membeli sesuatu barangan kita perlulah membuat

perbandingan harga

Sentiasa merujuk kepada panduan harga pengguna.

Membeli di premis-premis jualan yang menawarkan harga berpatutan dan berkualiti

Sentiasa memantau dan melaporkan apa-apa kenaikkan harga yang tidak munasabah

kepada pihak berwajib seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan

Kepenggunaan (KPDNKK) atau persatuan-persatuan pengguna.

Menggunakan kemudahan media sosial seperti sms,whatsapp,wechat, facebook, blog,

twitter dan sebagainya untuk melaporkan perbuatan khianat ekonomi oleh golongan

peniaga seterusnya kita memboikot premis mereka.

Page 11: Artikel Gst

http://www.sinarharian.com.my/wawancara/gst-dan-kesannya-kepada-rakyat-1.211853

GST dan kesannya kepada rakyatWARTAWAN SINAR HARIAN17 Oktober 2013

SOAL Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang bakal disentuh dalam Bajet 2014 menjadi isu hangat sejak

kebelakangan ini.

Bagi mendapatkan gambaran jelas berhubung GST, Sinar Harian Online berpeluang menemu bual Ketua

Eksekutif Institut Bagi Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Wan Saiful Wan Jan.

Ikuti temu bual kami bersama beliau bagi memberi sedikit pemahaman kepada orang awam berhubung GST.

SINAR HARIAN ONLINE: Apakah GST itu sebenarnya?

WAN SAIFUL: GST adalah satu bentuk cukai yang dikenakan ke atas setiap barang dan perkhidmatan yang kita

beli. Ia bukan satu perkara baru sebenarnya. Lama dah ada tapi kita tak perasan. Kita panggil sebagai cukai jualan

dan cukai perkhidmatan.

Apa yang dicadangkan oleh pihak kerajaan, ialah untuk menyatukan dua bentuk cukai menjadi Goods and

services tax (GST).

Sebelum ini, kadar yang dikenakan sebenarnya agak tinggi juga. Satu 6 peratus (%), satu lagi 10%. Tapi apabila

GST diperkenalkan ataupun jika GST diperkenalkan, kalau tak silap saya, kadar cukai yang sedang dibicarakan

sekarang 4% lebih kurang. Jadi, kalau satu lagi cara kerajaan nak mempelbagaikan sumber pendapatan, yang

mana semua orang sepatutnya kena bayarlah.

SINAR HARIAN ONLINE: Jadi, berapa sebenarnya kadar yang sesuai dikenakan jika ia mahu dilaksanakan?

WAN SAIFUL: Untuk menentukan kadar cukai ini sebenarnya, bukan satu proses yang mudah, yang boleh kita

kata, okey 5%. Ia bukan seperti itu. Yang pastinya, banyak perkiraan. Kadang-kadang bukan perkiraan ekonomi

semata-mata. Ada juga perkiraan politik yang perlu diambil kira. Contohnya, katalah kadar yang sepatutnya bila

dikira dari segi ekonomi sepatutnya 10%. Kemudian, timbul persoalan dari segi politik. Adakah 10% ini akan

menyebabkan rakyat marah kepada kerajaan kerana tiba-tiba mengenakan cukai tersebut. Maka, kerajaan kena

ambil kira dua-dua perkara. Jadi, hubungan antara politik dengan ekonomi tidak dapat dinafikan dan ia satu fakta.

Saya rasa, mahu atau tidak mahu ia akan bermula dengan satu kadar yang rendah. Tetapi jika dilihat dari negara-

negara yang lain, sebenarnya kadarnya lebih tinggi. Di UK sekarang tak silap saya lebih kurang 20%, di AS

kadarnya berbeza mengikut negeri. Kadar itu suatu perkara yang berbeza-beza antara satu negara dengan negara

lain.

Yang hampir pasti adalah sekali dimulakan, setiap tahun pasti akan naik. Kalau tak naik tahun ini, pasti naik tahun

depan. Cukai ini, sekali wujud mesti akan naik. Jadi, saya jangkakan apabila dimulakan, saya hampir pasti akan

dimulakan, ia akan bermula dengan kadar yang rendah. Yang sekarang disebut-sebut oleh orang ramai adalah

4%.

SINAR HARIAN ONLINE: Apa impak pelaksanaan GST kepada kerajaan?

WAN SAIFUL: Dari segi pelaksanaan GST, yang pastinya harga barangan akan menjadi berbeza daripada

sekarang. Jadi, yang pastinya, jika harga sekarang RM10, apabila dikenakan GST sebanyak 4%, maka harga

Page 12: Artikel Gst

pasti akan naik sebanyak 4%. Itu tidak dapat dielak sebab ada cukai baru. Tetapi ia boleh diseimbangkan.

Sekiranya kerjaan mengatakan bahawa mereka menghapuskan cukai jualan dan perkhidmatan, jadi, mungkin

akan berlaku proses penyeimbangan di situ, di mana apabila cukai diperkenalkan, ada cukai dihapuskan. Jadi,

mungkin ia akan turun jadi tengah-tengah balik. Akibatnya, kalau naik pun, akan naik sedikit. Malahan ada juga

ahli ekonomi yang kata apabila kajian dibuat, sekiranya GST diperkenalkan, maka harga barang akan turun dulu

sedikit. Kerana GST diperkenalkan kadarnya lebih rendah daripada gabungan cukai jualan dan pekhidmatan. Jadi,

impak kepada harga barangan secara segera kita tak dapat nak jangka sekarang sebab ia bergantung kepada

kadar yang ditentukan.

Tapi dari segi kerajaan pula, impak yang pasti akan berlaku adalah kerajaan akan dianggap tidak popular sebab

rakyat akan mula mengatakan bahawa kerajaan mengenakan cukai. Sebelum ini tak ada cukai. Itu tak betul.

Sebelum ini dah ada cukai, sekarang ini ditukar dalam bentuk cukai yang lain.

Tapi saya sebenarnya secara prinsipnya, secara umumnya, saya agak tidak menyukai cukai-cukai baru. Sebab

bagi saya, rakyat bekerja keras untuk mendapatkan sumber pendapatan masing-masing, tiba-tiba kerajaan

mengenakan cukai sebab kerajaan tak cukup duit. perkara ini pada saya agak janggal berlaku. Kerajaan belanja

berlebihan, rakyat pula kena bayar. Tapi walau bagaimanapun, dalam hal GST ini ada sedikit pengecualian yang

mana saya rasa GST ini bagus dilaksanakan. Sebab, orang ramai bercakap mengenainya. Sebelum ini, istilah

yang sering kita gunakan ialah duit kerajaan. Sedangkan duit kerajaan itu tak wujud. Sebenarnya ia duit rakyat.

Apabila rakyat merasakan mereka membayar cukai dan dia sedar bahawa kerajaan mengenakan cukai maka, bagi

saya, apa yang akan berlaku ialah rakyat menuntut lebih banyak akauntabiliti daripada kerajaan. Walaupun secara

umumnya, saya tidak menyukai pengenaan cukai pada rakyat tapi dalam hal ini, saya rasa ada faedah dari segi

jangka panjang, demokrasi dan akauntabiliti dalam negara, ia agak positif.

SINAR HARIAN ONLINE: Implikasi pelaksanaan GST terhadap golongan pertengahan ke bawah dan tidakkah

GST ini akan menambah beban rakyat berpendapatan rendah?

WAN SAIFUL: Saya rasa masih terlalu awal untuk kita nak jangka, ia menambah beban rakyat atau

mengurangkan beban rakyat sebab ia amat bergantung kepada kadar yang dikenakan. Jika kadar rendah dan

dihapuskan cukai jualan dan perkhidmatan, maka harga barang mungkin turun. Jadi, ia bergantung pada kadar

yang dikenakan. Saya rasa kita tak boleh buat judgement awal terhadapnya. Tapi yang pastinya ialah, kalau

rendah sekalipun sekarang dalam masa 5, 10, 15 tahun, saya pasti ia akan naik.

SINAR HARIAN ONLINE: Negara Asean yang melaksanakan GST dan bagaimana kesannya kepada negara dan

rakyat itu sendiri?

WAN SAIFUL: Biasanya, kebanyakan negara memang ada GST. Di sebelah selatan, di Singapura, memang ada.

Banyak juga negara lain yang melaksanakan GST.

Dari segi kesannya kepada sumber kewangan negara sudah tentu ini mengurangkan kebergantungan kerajaan

kepada satu-satu sumber tententu. Contohnya, dalam konteks Malaysia, kalau kita nak mempelajari pengalaman

daripada negara lain. Kita amat bergantung kepada pendapatan daripada minyak dan gas. Jadi, dengan adanya,

cukai seperti GST, maka diharapkan kebergantungan kita kepada Petronas boleh berkurangan. Petronas boleh

menggunakan pendapatan untuk pelaburan dan membangunkan syarikat kepada lebih baik.

Dalam bahasa mudahnya, asas cukai, sumber pendapatan negara akan menjadi lebih luas.

SINAR HARIAN ONLINE: Jika GST mahu dilaksanakan, apa sebenarnya yang kerajaan perlu ambil perhatian?

Page 13: Artikel Gst

WAN SAIFUL: Saya rasa pendidikan terhadap rakyat itu amat penting. Sekarang ini, saya juga agak kecewa

melihat kualiti perdebatan kita sebab apa-apa isu timbul, terus nak dijadikan isu politik kepartian. Satu parti kata

nak buat, satu parti bantah. Satu parti bantah, satu parti kata bantahan itu salah. Ia menyebabkan kualiti

perbincangan kita turun kepada satu tahap yang amat rendah sebenarnya. Iaitu sama ada parti aku yang betul

atau parti kau yang betul, tak ada cara tengah-tengah. Mungkin sebenarnya, ada fakta yang dilupakan.

Saya rasa dalam proses persediaan ini, kita perlu meningkatkan kualiti penyampaian kita. Saya rasa peranan

media sebenarnya amat besar untuk memastikan rakyat faham bahawa GST ini ada kebaikan dan keburukan.

Impaknya pasti akan ada. Pada peringkat awal, harga barang mungkin turun. Saya tak pasti. Bergantung kepada

kadar. Tapi dalam jangka panjang, ia pasti akan naik.

Jadi, pendidikan itu amat penting. Pendidikan itu perlu disertakan dengan proses menyedarkan rakyat bahawa

sekarang apabila anda semua membayar cukai, maka anda perlu menuntut lebih banyak kebertanggungjawaban

daripada kerajaan, jangan sambil lewa, seolah-olah duit itu tiada kena mengena dengan kita.

SINAR HARIAN ONLINE: Encik Wan menyebut mungkin kerajaan akan menghapuskan cukai jualan dan

perkhidmatan, jadi kemungkinan itu...

WAN SAIFUL: Saya rasa memang tujuan kerajaan mewujudkan GST untuk menggantikan cukai jualan dan

perkhidmatan.

SINAR HARIAN ONLINE: Nasihat atau cadangan Encik Wan untuk rakyat sendiri untuk berdepan dengan perkara

ini?

WAN SAIFUL: Kita kena sedar bahawa cukai ini ialah satu bentuk pengambilan dana daripada rakyat yang

dilakukan oleh kerajaan. Kalau rakyat tidak membayar cukai, maka boleh dikenakan tindakan.

Kalau nak beri dalam bahasa yang mudah, sebenarnya perbezaan antara cukai dengan mencuri sedikit sahaja

sebenarnya. Mencuri salah di sisi undang-undang. Cukai halal sebab ada undang-undang yang menghalalkannya.

Tapi kedua-duanya adalah proses pengambilan wang daripada A untuk diberi kepada B. Satu berlaku dengan cara

paksaan dan satu cara yang dihalalkan oleh Parlimen. Tapi tetap paksaan juga sebab kalau tak bayar, masuk

penjara.

Jadi, itu prinsip asal cukai. Sebab itu penting rakyat sedar kita kena ambil peduli bagaimana wang ini dibelanjakan

kerana ianya diambil daripada kita secara paksa. Tapi kita kena sedar juga bahawa proses pembayaran cukai

ataupun tindakan membayar cukai adalah tanggunjawab sebab sekiranya tidak ada cukai yang dikenakan, semua

perkhidmatan awam yang kita nikmati sekarang, tak dapat diberikan.

Page 14: Artikel Gst

http://siasah.com.my/dev/index.php/rencana/2434-gst-untuk-kebaikan

GST untuk kebaikan

SISTEM Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST) lebih adil kepada orang ramai berbanding struktur cukai yang diguna pakai pada masa ini, selain dapat mengurangkan ketirisan dalam kutipan cukai negara.

Pengarah Eksekutif Kanan PricewaterhouseCoopers (PwC) Malaysia, Wan Heng Choon berkata, GST membenarkan orang ramai menentukan sendiri jumlah cukai yang ingin dibayar melalui corak perbelanjaan mereka.

"Anda sendiri pilih apa yang anda mahu bayar berdasarkan perbelanjaan harian, berbanding dengan cukai pendapatan di mana duit anda diambil sebelum anda membelanjakannya.

"GST ini boleh dikira memberikan semula kebebasan memilih (untuk membayar cukai) kepada pengguna," katanya semasa bengkel penjelasan GST bagi media di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

GST, apabila dilaksanakan, akan menggantikan sistem cukai yang diguna pakai kini, iaitu cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang dikenakan ke atas barangan dan perkhidmatan tertentu pada kadar lima hingga 10 peratus.

Menurut Heng Choon, kerajaan dijangka menurunkan cukai pendapatan dan korporat selepas GST dilaksanakan namun kadar penurunan belum diketahui.

Kelmarin, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan berkata, GST harus dilakukan secara berperingkat.

"Semuanya harus dilakukan secara perlahan-perlahan, bukan jumlah sepenuhnya sekali gus, bagi faedah rakyat," katanya kepada pemberita pada Forum CEO Yayasan Kepimpinan Perdana 2013.

Makanan asas tidak patut naik harga

Heng Choon berkata, semua makanan asas telah ditetapkan tiada cukai, jadi GST tidak akan memberi kesan kepada barangan ini.

"Pilihan lain, sama ada anda ingin makan di restoran yang mengenakan cukai atau di restoran biasa, itu adalah pilihan sendiri. Anda boleh menentukan jenis perkhidmatan yang ingin digunakan," katanya.

Menurutnya, hanya perniagaan dengan perolehan RM500,000 dan ke atas setahun yang perlu berdaftar untuk GST.

"Jadi, restoran biasa atau kedai runcit yang tidak mencapai tahap itu tidak dikenakan cukai ini," katanya.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif PwC, R S Raja Kumaran berkata, kesan GST kepada orang ramai dijangka tidak begitu ketara.

"Jika dilihat, perbelanjaan terbesar bagi seseorang adalah makanan asas, iaitu 60 peratus daripada pendapatan.

"Barangan ini tidak dikenakan cukai jadi kesannya kepada individu tidak ketara. Perkhidmatan kesihatan, perumahan, pengangkutan awam dan pendidikan juga dikecualikan daripada cukai," katanya.

Menyentuh isu pengurangan atau penghapusan subsidi yang mungkin akan dilaksanakan tidak lama lagi selepas GST diperkenal, Raja Kumaran berkata, subsidi tidak lagi berfungsi sebagai sistem yang adil.

"Semua orang kaya dan miskin beli beras atau isi petrol pada harga sama. Lebih baik subsidi dihapuskan dan berikan rebat tunai kepada kumpulan sasaran sahaja," katanya.

Page 15: Artikel Gst

Bantu kurangkan ketirisan

Menurut Heng Choon, terdapat juga isu tidak adil dalam pembayaran cukai pendapatan apabila hanya 1.9 juta daripada 12 juta rakyat Malaysia yang bekerja perlu membayar cukai."Banyak negara bertukar daripada mengenakan cukai ke atas pendapatan kepada GST untuk menghapuskan diskriminasi ini.

"Jika rakyat mahu terus menerima perkhidmatan disediakan kerajaan, ia perlu dibiayai oleh satu sumber," katanya.

Selain itu, beliau berkata, GST juga boleh memastikan pemborong dan peruncit tidak hanya mengambil keuntungan atas angin apabila cukai perlu dibayar bagi setiap peringkat rantaian pembekalan produk.

"Negara seperti Vietnam dan Laos juga laksanakan GST. Jika Malaysia mahu terus progresif, GST adalah satu daripada penyelesaiannya," katanya.

GST atau cukai nilai tambah (VAT) telah digunakan di lebih 140 negara dan di Asean, hanya Malaysia, Brunei dan Myanmar yang belum menggunakan sistem ini.

Jelaskan kepada rakyat

Heng Choon menegaskan, sehingga kini, terdapat pelbagai salah faham mengenai GST dan isu ini perlu dilihat dari sudut lebih objektif.

"Kepada yang berkata GST akan membebankan orang miskin, adakah mereka buat kajian terhadap corak perbelanjaan golongan ini? - SH

http://kpdnkk.bernama.com/featuresBm.php?id=992500

Apa Kesan GST Enam Peratus Kepada Pengguna

Oleh Alan Ting

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Rakyat Malaysia akan mula membayar Cukai Perkhidmatan dan Barangan (GST) berkuatkuasa 1 April 2015, seperti juga penduduk di negara-negara maju.

Cukai sebanyak 6 peratus ini dikenakan apabila mereka membeli barangan atau melanggan perkhidmatan kecuali bagi barangan dan perkhidmatan tertentu.

Namun, ramai yang masih keliru akan kesan GST terhadap kehidupan harian mereka. Ada yang menyangka mereka perlu membayar sekurang-kurangnya 6 peratus daripada kadar yang ditetapkan kerajaan bagi setiap barangan dan perkhidmatan.

Ramai yang masih keliru apa lagi dengan mereka yang menentang GST pula menyebarkan laporan yang kurang tepat.

FUNGSI GST

GST adalah sejenis cukai penggunaan bertujuan memperkemas percukaian di setiap peringkat rantaian bekalan daripada pengeluar atau pembekal perkhidmatan kepada pengguna akhir (end user).

Diakui pengenalannya bukanlah satu langkah yang disukai rakyat, namun pelaksanaan GST bakal menambah kecekapan sistem percukaian negara di samping menghalang pengelakan cukai.

GST juga membolehkan sistem kutipan cukai menjadi lebih telus. Pada kadar 6 peratus, kerajaan dijangka mengutip sekurang-kurangnya RM30 bilion lagi dalam bentuk cukai setiap tahun.

GST merupakan satu ciri yang sinonim dengan negara maju seperti Singapura. Malaysia dan Brunei adalah dua negara terakhir di rantau ASEAN dalam pelaksanaan GST.

PENGALAMAN SINGAPURA

Ketika Singapura memperkenalkan GST pada kadar 3 peratus, ianya dikenakan terhadap semua barangan dan perkhidmatan, termasuklah barangan keperluan, Presiden Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia (MATA) Abd Aziz Abu Bakar dilaporkan berkata baru-baru ini.

Page 16: Artikel Gst

Namun kerajaan Malaysia mengambil langkah berjaga-jaga dalam pelaksanaan GST agar rakyat tidak terbeban dengan peningkatan kos. Rakyat tidak perlu membayar GST bagi barangan keperluan seperti daging yang tidak diproses, minyak masak dan gula.

Juga tiada GST dikenakan ke atas perkhidmatan seperti bekalan elektrik, pendidikan, kesihatan, tol, transaksi kewangan dan insurans nyawa.

Singapura pula telah mengambil jalan lain untuk menampan impak GST melalui satu pakej 'ofset', iaitu dengan mengurangkan kadar cukai korporat dan cukai pendapatan perseorangan sebanyak 3 peratus, menjadikannya masing-masing 27 peratus dan 30 peratus.

Kadar permulaan GST 3 peratus ketika diperkenalkan di Singapura pada 1994 adalah antara yang terendah di dunia. Tujuan pengenalannya bukannya untuk menjana pendapatan cukai yang tinggi tetapi membiasakan rakyat dengan sistem percukaian baru itu.

Kadar itu kemudian dinaikkan kepada 4 peratus pada 1 Jan, 2003, 5 peratus (1 Jan, 2004) dan 7 peratus (1 Julai, 2007).

Kerajaan Singapura memilih untuk tidak memberi apa-apa pengecualian kerana ia beranggapan langkah itu lebih memanfaatkan golongan berpendapatan tinggi.

Ini kerana keluarga berpunya kebiasaannya berbelanja lebih untuk keperluan (sama ada makanan, perkhidmatan kesihatan atau keperluan lain) berbanding golongan berpendapatan rendah.

APA YANG BAKAL DIBAYAR RAKYAT MALAYSIA

Jadi, berapa yang harus rakyat Malaysia bayar? Adakah mereka harus membayar tambahan 6 peratus kepada jumlah harga barangan dan perkhidmatan?

Dalam satu laporan berita tempatan bertarikh 21 Okt, Pengarah Eksekutif PricewaterhouseCoopers Malaysia, Raja Kumaran dan perunding syarikat itu Tim Simpson memberi penjelasan tentang mekanisma GST dalam cara yang lebih mudah difahami.

Jika sistem percukaian negara ini dilihat dengan lebih dekat, akan didapati rakyat Malaysia telah pun membayar cukai jualan dan perkhidmatan (SST)yang menjadi sebahagian daripada kos barangan dan perkhidmatan tanpa disedari.

Rakyat Malaysia sudah pun maklum dengan cukai 6 peratus bagi perkhidmatan tertentu seperti di hotel dan restoran mewah. Satu lagi cukai penggunaan yang selama ini dibayar rakyat tanpa disedari adalah cukai jualan.

"Sebagai contoh, minuman berkarbonat dikenakan cukai jualan 10 peratus, tetapi lazimnya pengeluar tidak menyatakan cukai itu dalam bil kepada pengguna akhir. Jika minuman itu dikatakan berharga RM11, harga sebenarnya adalah RM10 ditambah dengan cukai sebanyak RM1.

"Bagaimanapun, pengguna menyangka mereka membeli minuman berharga RM11 dan bukannya RM10 ditambah dengan cukai RM1," kata mereka dalam laporan itu.

GST ELAK CUKAI BERGANDA

Mereka berkata SST juga menyebabkan berganda yang merugikan pengguna.

"Di bawah sistem sedia ada mengambil contih di atas, jika kita membeli minuman berkarbonat di hotel, pengguna bukan sahaja membayar cukai RM1.08 tetapi juga tambahan cukai SST 6 peratus yang dikenakan pihak hotel pula," kata mereka lagi dalam laporan yang sama.

Bagaimana pun mereka berkata masalah cukai berganda ini ditangani dalam GST kerana cukai yang dibayar pemilik hotel diperolehi semula dalam bentuk kredit cukai input dan tidak mewakili kos kepada hotel.

Oleh itu di bawah sistem sedia ada, harga minuman berkarbonat itu adalah RM14.58.

Di bawah GST pula, harga minuman yang sama adalah RM13.25, pengurangan sebanyak 9 peratus (atau RM1.33).

Jadi adakah minuman itu menjadi 6 peratus lebih mahal? Tentunya tidak.

Maka pengguna harus maklum pelaksanaan GST ini juga mempunyai banyak kebaikan yang memanfaati mereka.

Page 17: Artikel Gst

http://www.asyrafzabani.my/apa-itu-gst-implikasinya/

Apa Itu GST & Implikasinyaby ASYRAF ZABANI on May 4, 2014, 

Pengenalan

1. Ia bukan cukai baru.

2. Ia menggantikan (SST – Sales & Services Tax) & (GST – Government Services Tax).

3. Ia dikenakan pada kadar yang lebih rendah (6%) berbanding SST (16%). Contoh, sekarang kita kena

bayar 16% kalau makan di hotel atau beli kereta. Saat GST dilaksanakan kelak, kita bayar 6%

sahaja.

4. Lebih 800 barang tidak kena cukai seperti makanan, pendidikan, kesihatan, pengangkutan awam dan

lain-lain. Boleh lihat senarai ini di dalam risalah, website dan lain-lain.

5. Banyak barang untuk golongan berpendapatan rendah dikecualikan. Yang kena cukai adalah antara

barang yang digunakan oleh golongan kaya atau makan di tempat mewah.

6. Masyarakat luar bandar mendapat 2 kali untung:

o Banyak barang dikecualikan

o Beli dikedai kecil yang jualannya di bawah RM500,000 dikecualikan GST.

Pencerahan Mengenai GST

Apakah itu Goods & Services Tax?

1. GST : Cukai Barangan & Perkhidmatan (Goods & Services Tax).

2. Masakini kita membayar dua cukai atas setiap barangan/perkhidmatan yang kita beli/guna iaitu:

o Cukai jualan (6%)

o Cukai perkhidmatan (10%)

3. Ia akan dimansuhkan dan digantikan dengan GST.

Mengapa kerajaan melaksanakan GST?

1. Untuk memperbaiki sistem cukai sedia ada. Ini adalah kerana cukai jualan dan cukai perkhidmatan

sedia ada mempunyai kelemahan, seperti cukai dua kali ganda ke atas pengguna dan ketiadaan

pelepasan cukai sepenuhnya ke atas barangan yang dieksport dan isu-isu harga pindahan.

2. Kelemahan-kelemahan ini menyebabkan kerugian kepada kedua-dua pihak pengguna dan kerajaan.

Page 18: Artikel Gst

Berapakah kadar GST?

Kadar GST dicadangkan ditetapkan pada 6%. Kadar ini adalah yang paling rendah di kalangan negara-

negara ASEAN: 10% di Indonesia, Vietnam, Kemboja, Filipina, dan Laos. Manakala, 7% di Singapura dan

Thailand.

Bilakah GST akan berkuatkuasa?

Mulai 1 April 2015.

Sebagai cukai pengguna, GST akan dikenakan ke atas semua barangan dan perkhidmatan. Adakah

ini bermakna bahawa segala-galanya akan menjadi lebih mahal?

1. Tidak semestinya. Harga barang akan menjadi lebih murah kerana kadar cukai GST hanya 6%

berbanding cukai sebelum ini 16%.

2. Sesetengah barangan dan perkhidmatan dikecualikan cukai.

o Barangan makanan asas tidak dikenakan GST (Beras, gula, garam, tepung, minyak masak,

kacang dhal, rempas ratus, ikan masin, cencalok, budu, belacan, dan lain-lain).

o Bekalan air paip dan 200 unit pertama elektrik sebulan bagi pengguna.

o Perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan: kesihatan, perkhidmatan pengeluaran

passport, pembelajaran di sekolah.

o Perkhidmatan pengangkutan: bas, keretapi, LRT, teksi, feri, bot, tol lebuhraya.

o Jual beli dan sewa rumah kediaman.

o Perkhidmatan kewangan terpilih.

Adakah kerajaan membantu rakyat menghadapi GST?

1. Pelbagai bantuan dan sokongan dalam tempoh peralihan ini disediakan oleh kerajaan.

2. Pertama, kerajaan akan memberi bantuan tunai RM300 kepada penerima BR1M, diikuti oleh

menakisma lain kelak.

Adakah kita masih perlu membayar cukai pendapatan kadar yang sama?

1. Kadar cukai pendapatan individu akan dikurangkan sebanyak 1-3 % untuk semua pembayar cukai.

2. Pembayar cukai yang lain akan menikmati penjimatan cukai dan struktur cukai pendapatan individu

akan dikaji.

3. Pendapatan bercukai dinaikkan kepada:

Page 19: Artikel Gst

o Melebihi RM400,000 dan kadar cukai maksimum 26% dikurangkan kepada 24%, 24.5% dan

25%.

Bagaimana pula dengan perniagaan?

1. Kerajaan akan mengurangkan cukai pendapatan syarikat daripada 25% kepada 24% mulai tahun

taksiran 2016.

2. Cukai pendapatan syarikat kecil/sederhana turun daripada 20% kepada 19% mulai tahun taksiran

2016.

3. Cukai pendapatan koperasi dikurangkan 1-2 mata peratus mulai tahun taksiran 2015 dan potongan

cukai bagi yuran kesetiausahaan.

4. Pemfailan cukai mulai tahun taksiran 2015.

5. Potongan cukai tambahan untuk kos beli peralatan dan perisian ICT bagi tahun taksiran 2014 dan

2015.

6. Geran latihan GST RM100 juta Bantuan RM150 juta untuk beli perisian perakaunan.

Mengapa GST ini dilaksanakan sekarang dan bukan kemudian?

Kerajaan berpendapat bahawa kerana kadar inflasi 2% adalah rendah dan ia sememangnya masa terbaik

untuk melaksanakan GST.

Berapa banyak negara lain yang telah melaksanakan GST?

Lebih daripada 160 buah negara sudah melaksanakan GST. Kerajaan berpendapat ini menunjukkan bahawa

GST terbukti ialah”telus, berkesan dan sistem cukai yang adil“.

Adakah harga barangan naik?

1. Pengguna hanya perlu membayar satu kali cukai sahaja.

2. Perubahan harga barang atau perkhidmatan amat minimum apabila GST dilaksanakan. Malahan,

ada harga barangan yang akan menjadi lebih murah bergantung sama ada ianya adalah barangan

asas ataupun tidak.

Apa Yang Penting?

1. GST bukan cukai baru, tetapi menggantikan cukai jualan & perkhidmatan. Masakini, rakyat

membayar dua cukai itu.

Page 20: Artikel Gst

2. GST mengambil kira pola perbelanjaan mengikut kategori pendapatan. Makanan serta keperluan

asas tidak dikenakan cukai.

3. GST bukan kos kepada perniagaan.

4. IHP (Indeks Harga Pengguna) akan turun bagi sesetengah barangan/perkhidmatan seperti pakaian,

kasut, hiasan, perkakas rumah, penyelenggaraan, komunikasi, dan lain-lain.

5. IHP akan meningkat untuk barangan/perkhidmatan seperti minuman beralkohol & tembakau,

pendidikan swasta, restoran dan hotel.

6. GST diperkenalkan bagi menggantikan kelemahan dalam kutipan cukai selama ini.

o Seperti cukai bertindih, ketirisan, dan lain-lain.

7. GST tidak meningkatkan kos perniagaan kerana ia adalah cukai kepenggunaan. Cuma akibat

penambahbaikan sistem cukai ini, peniaga tidak terlepas dan terpaksa bayar – itu yang dikatakan

meningkat agaknya.

o Setiap peringkat pengedaran

o Atas nilai tambah

o Atas baragan dan perkhidmtan yang diimport

o Atas jualan barang dan perkhidmatan di Malaysia

GST juga dikenali sebagai Value Added Tax (VAT) atau Cukai Nilai Tambah.

GST (VAT)

1. Cukai penggunaan yang dikenakan ke atas aktviti nilai tambah pada setiap peringkat rangkaian

pengedaran semua barang dan perkhidmtan melainkan yang dikecualikan oleh kerajaan.

2. Perlaksanaan GST merupakan salah satu langkah yang diambil kerajaan bagi menyusun semula

sistem percukaian negara supaya ia lebih berkesan, saksama, efisien dan telus serta dapat

mengelakkan berlakunya:

o Cukai terselindung.

o Kesan: cukai jualan yang dibayar di peringkat pengilangan telah menjadi kos kepada

pemborong dan peruncit, maka ianya telah diambilkira di dalam pengiraan margin

keuntungan.

o Cukai bertindih. Berlaku dalam dua keadaan.

o Cukai bertindih di bawah sistem yang sama, iaitu sama ada cukai jualan atau cukai

perkhidmatan.

Page 21: Artikel Gst

o Kesan: pelanggan terpaksa membayar harga lebih mahal kerana cukai perkhidmatan yang

dikenakan merupakan sebahagian kos menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan.

o Cukai bertindih di bawah sistem cukai yang berlainan iaitu barangan berkenaan dikenakan

cukai barangan serta perkhidmatan.

o Kesan: Pengguna terpaksa membayar harga lebih mahal kerana cukai jualan merupakan

sebahagian daripada kos yang akan dimasukkan ke dalam harga jualan dan dikenakan cukai

perkhidmatan apabila menyediakan prkhidmatan kepada pelanggan.

Pandangan mereka yang sekarang tidak bayar cukai penggunaan terutama golongan berpendapatan rendah terpaksa bayar cukai penggunaan bila GST dilaksanakan.

1. Sebenarnya rakyat tanpa mengira kelas pendapatan sebenarnya telah membayar cukai jualan dan

perkhidmatan ke atas perbelanjaan harian mereka.

2. Namun cukai yang dibayar ini terutamanya cukai jualan tidak kelihatan di dalam invois atau resit

kerana ia terselindung di dalam harga barangan.

3. Sebagai contoh setiap RM100 yang dibelanjakan oleh golongan berpendapatan rendah, sebanyak

RM 2.38 adalah untuk cukai. Tetapi apabila GST dilksanakan dan dikenakan pada 4% beban cukai

yang ditanggung akan menurun kepada RM 2.17 sahaja. Ini merupakan penjimatan di dalam

perbelanjaan harian mereka.

Adakah GST akan menyebabkan harga barangan dan perkhidmatan naik?

1. IHP akan menurunkan mengalami penurunan sbnyk 0.10 peratus. Harga bagi lapn komponen turun:

o Pelbagai barangan dan perkhidmatan.

o Restoran dan hotel.

o Komunikasi.

o Pengangkutan.

o Hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan.

o Perumahan, air, elektrik, gas, dan bahan api.

o Pakaian dan kasut.

o Minuman alkohol dan tembakau.

Apa peranan pengguna?

Page 22: Artikel Gst

1. Membuat perbandingan harga sebelum berbelanja.

2. Sentiasa merujuk kepada panduan harga pengguna.

3. Melaporkan apa-apa kenaikan harga yang tidak munasabah kepada pihak yang berwajib

sepertiKementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) atau

persatuan pengguna.

4. Berbelanja secara berhemah.

Berikut adalah penulisan yang ditulis oleh Shah Sovi dan diolah sedikit oleh saya. Konklusinya, pandangan

peribadi saya, saya amat menyokong perlaksaaan GST yang akan menggantikan SST (Sales & Services

Tax) dan GST (Government Services Tax). Namun, ada beberapa persoalan dan langkah yang perlu diambil

kira, antaranya:

1. Integriti kerajaan dalam melaksanakan GST kelak dalam senario ketirisan serta pengurusan

kewangan yang lemah (dibuktikan oleh Laporan Audit Negara). Tindakan undang-undang yang tegas

hendaklah diambil di atas sebarang salah laku, sama ada syarikat, kementerian, mahupun ahli politik.

2. Jika perihal GST mahu segera dilaksanakan kerana mahu majoriti negara melaksanakannya,

bagaimana pula dengan bab kebebasan media kita yang masih di tahap kurang memuaskan, cukai

kereta yang masih tinggi, dan gaji minimum yang masih di tahap rendah? Bilakah langkah proaktif

mahu diambil oleh pihak kerajaan dan kementerian serta agensi berwajib?

3. Pencerahan secara proaktif dengan membuat roadshow di setiap bandar, daerah, dan negeri harus

diperkasakan agar setiap lingkungan rakyat dapat memahami apa itu GST, mekanismanya, serta

manfaatnya.

4. Saat GST dilaksanakan pada April 2015, pihak berwajib harus memantau dengan aktif setiap

perniagaan agar tiada kes mereka yang menaikkan harga barangan sesuka-hati akibat perlaksanaan

GST.

http://zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/1030-cukai-gst-hukum-a-amanah.html

Page 23: Artikel Gst

Cukai, GST, Amanah & Hukum Islam Oleh

Dr Zaharuddin Abd Rahman

Sewaktu saya menulis artikel ini, GST telah pun diluluskan oleh kerajaan dan parlimen Malaysia

dengan undi majoriti ahli dewan rakyat. Namun apa pula sebenarnya pandangan ahli fiqh dan ulama

berkenaannya?. Banyak perbincangan timbul berkenaan cukai lantaran pengumuman kerajaan

untuk memperkenalkan Goods and Service Tax (GST) bermula April 2015 nanti. Tidak kurang juga

yang mengulas berkaitan hukum GST terbabit, ada yang mendakwanya haram secara mutlaq (total),

ada juga yang menganggapnya haram kerana sebab-sebab lain dan sebagainya. Ada pula yang

menyebutnya sebagai harus lagi halal. Menteri Agama pula menyatakan tiada keperluan untuk

membincangkan hukum GST di peringkat Majlis Fatwa.

HUKUM KERAJAAN MENGENAKAN CUKAI

Penulisan ringkas ini akan berkongsi persoalan cukai menurut ahli fiqh Islam berdasarkan ijtihad

masing-masing. Secara umumnya, para ulama fiqh terbahagi kepada tiga kumpulan dalam

menentukan hukum kerajaan mengenakan cukai. Ia seperti berikut:-

 1. Haramnya cukai secara mutlaq.

Mereka berhujjah berdasarkan dalil :

a.    Firman Allah swt dalam surah Al-Baqarah ayat 188 yang mengharamkan memakan harta

sesama manusia secara bathil.

Justeru, pungutan cukai dianggap tergolong dalam pendapatan yang bathil kerana tanpa rela dan

keperluan mendesak.

b.    Sabdaan Nabi sallaallahu ‘alaihi wasallam yang menyebutTالT , أ Tظ\لZموا ت TالT ال امرZىء_  أ dمال gلZحT ي ZطZيبZ إال ال منه نفس_ ب

Ertinya : Janganlah kami menzalimi dan tiada halal harta seseorang muslim yang (diambil) tanpa

disertai rela dan izin dari pemiliknya. ( Riwayat Ahmad : hadis sohih)

Justeru, mengambil cukai dari rakyat sedang rakyat tidak rela disebabkan pendapatan kerajaan

yang mewah adalah tiada halal.

 

c.    Sabda Nabi sallaallahu ‘alaihi wasallam

بيدZه ! نفسي لهd  مdك\س_ صاحبd تابها لو ، توبة� تابت لقد فوالذي TرZفdلغ

Ertinya : Telah datang kepada Nabi seorang wanita yang berzina yang ingin dilaksanakan hukuman

had ke atasnya tetapi baginda menjawab, “Demi jiwaku pada tangan Allah, seseungguhnya wanita

itu telah bertaubat yangsekiranya seorang pemungut cukai bertaubat juga akan

diampunkan baginya. ( Riwayat Muslim : Sohih)

Justeru, pemungut cukai adalah haram kerana itu baginda Nabi menyebut ‘bertaubat’ menunjukkan

ianya berdosa.

 

d.    Nabi bersabda :

النارZ  المTك\سZ صاحبT إن� في

Ertinya :Sesungguhnya penguasa yang mengenakan ‘Maks’ (sebahagian menterjemahkannya

sebagai cukai) adalah di dalam neraka. ( Riwayat Ahmad : Sohih menurut Al-Suyuti)

 

Page 24: Artikel Gst

2.   Harus secara sementara waktu ke atas si kaya pada kadar tertentu di musim wujudnya

keperluan.

a.   Dalil mereka : Sabda Nabi ;

TحTق�ا ل Zالمال في الزكاةZ سZوTى إن�

Ertinya : sesungguhnya pada harta itu ada kewajiban lain selain zakat (Riwayat At-Tirmidzi : Dhoif

menurut Al-Suyuti, Albani, )

 b.   Berlandaskan Siyasah Syari’iyyah yang digubal berdasarkan keperluan semasa. Sebagaimana

fatwa Imam Malik yang berkata :

Ertinya: Wajib ke atas orang ramai menebus tawanan perang mereka walaupun mereka terpaksa

menggunakan harta mereka sendiri (Ahkam al-Quran, Ibn Arabi, 60/1). Imam Al-Qurtubi juga

menguatkan hal ini dengan katanya “Sepakat ulama apabila wujudnya keperluan untuk kaum

muslimin dalam sesebuah Negara iaitu selepas digunakan wang zakat dari baitul mal maka wajib

pula dibantu dengan menyalurkan wang (dari cukai rakyat). ( Tafsir Al-Qurtubi, 2/223). Hal ini juga

ditegaskan oleh Imam Al-Syatibi dalam kitabnya al-I’tisom. Imam Al-Ghazzali juga menyatakan yang

sam apabila dia menyebut:-

Ertinya “Apabila sudah kosong milikan Negara dari harta, dan tiada lagi harta awam yang boleh

memenuhi keperluan tentera, sehingga jika tentera terpaksa bekerja lain bagi mendapatkan

pendapatan dan meninggalkan tugasan tentera, maka dibimbangi masuknya musuh ke neraka umat

Islam atau pemberontakan fitnah, maka haruslah bagi pemerintah mengenakan kepada si kaya

kadar (cukai) bagi memenuhi keperluan tentera. ( Al-Mustasfa, 1/426)

Namun, konteks fatwa ini kelihatan tidak begitu menepati situasi Malaysia kerana negara kita masih

tidak sampai ke tahap tersebut.

 

3. Harus mengenakan cukai pada sekadar memenuhi maslahat umum pentadbiran

Negara.

Pendapat ini dipegang oleh Sheikh Mahmud Syaltut, (Al-Fatawa al-Kubra, hlm 116), begitu juga

Sheikh Abu a’la al-Mawdudi yang menyatakan, harus dikenakan cukai jika wang bayaran cukai itu

adalah bagi kemaslahatan awam. (Nazariyat al-Islam, hlm 313). Sheikh Dr. Yusuf Al-Qaradawi juga

berijtihad harus dikenakan cukai bagi kemaslahatan awam sambil mengatakan perkataan ‘Maks’ di

dalam hadis ancaman neraka itu oleh Nabi s.a.w itu membawa maksud khusus iaitu

شعوبهم على وتضييقا وأتباعهم أنفسهم على توسعة الحكام بعض يفرضها التيErtinya : iaitu jenis cukai yang difardhukan oleh sebahagian pemerintah untuk bersenang-senang

mereka dengannya dan penyokong mereka walaupun menyempitkan rakyat mereka. ( Fiqh al-Zakat,

Qaradawi, 2/987)

Prof. Dr Ali Muhydin Al-Qurrah Daghi menyatakan Ini juga merujuk kepada sebahagian cukai yang

dikenakan di zaman pemerintahan awal Islam seperti AL-KHARRAJ (cukai tanah), AL-'USHUR ( cukai

perniagaan 10 % ke atas perniagaan non muslim) dan AL-JIZYAH (cukai individu) . Kesemua cukai ini

digunakan sebaikanya untuk kepentingan dan kebaikan rakyat. 

TARJIH PANDANGAN

Penulisan ringkas ini tidak mampu untuk membuat tarjihan pendapat yang terkuat secara

komprehensif, namun secara umumnya perbincangan hukum cukai dalam Islam tidak dapat lari dari

menimbang di antara maslahat kebaikan dan kemudaratan darinya. Walaupun sewaktu wujudnya

dalil-dalil berkaitan cukai, namun menurut majoriti ulama’, nas yang berkait dengan urusan siyasah

Page 25: Artikel Gst

dan pentadbiran mesti dilihat kepada ‘illah atau sebab utamanya ianya disebutkan oleh Nabi s.a.w.

Melhat kepada objektifnya iaitu membawa lebih kebaikan berbanding kemudaratan. Beberapa jenis

hukum dalam urusan muamalat boleh berubah dengan berubahnya masa dan zaman serta

keperluan.

Namun apapun, kaedah fiqh ada menyatakan “Menolak Keburukan didahulukan dari Membawa

Kebaikan (tambahan)”. Justeru, jika benar tanpa GST atau cukai jualan dan servis, maka ini ekonomi

negara bakal terancam, kelangsungan Negara menjadi longgar, tatkala itu cukai boleh berubah

menjadi harus dan hal ini boleh dinilai dari masa ke semasa.

Sebahagian ahli ekonomi menyimpulkan cukai GST mampu membawa kestabilan fiskal dalam

kewangan negara dan keutuhan pendapatan kerajaan selain dapat memperbaiki kutipan hasil cukai

dari sebahagian besar golongan yang terlepas atau sengaja melepaskan diri dari membayar cukai.

Manakala sebahagian yang lain menyatakan cukai hanya menyebabkan inflasi semakin sukar

dikawal, kenaikan harga dalam majoriti barangan yang akhirnya membawa kesan buruk kepada

hampir semua kelas pendapatan rakyat khususnya yang berpendapatan sederhana dan rendah.

Disebabkan harga barang menjadi menaik, kuasa beli dan nilai matawang menjadi turun.

Cukai seperti ini mungkin sangat releven bagi sesebuah negara yang belum memperkenalkannya

khususnya seperti cukai pendapatan, korporat dan sebagainya. Namun, memperkenalkan cukai baru

sedangkan kantung kewangan negara masih utuh dan perbelanjaan awam masih boleh dikawal dan

diperbetulkan, sudah tentu lebih cenderung hukumnya kepada HARAM, kecuali jika ia bersifat

sementara sebagaimana fatwa kumpulan kedua ulama.

Negara Malaysia yang telah sedia ada cukai jualan dan servis sejak beberapa puluh tahun lepas,

namun untuk meniadakannya secara drastik bakal menyaksikan kekalutan pengurusan kewangan,

pentadbir awam dan negara berada dalam kesukaran yang dibimbangi membawa lebih mudarat

berbanding manfaat. Jika hukum haram yang ingin dipegang sebagai terkuat, maka sejak berpuluh

tahun sebelum ini cukai ini sudah haram dan patut ditegaskan agar tidak perlu dibayar serta jangan

dibayar. Bukanlah sekarang masanya untuk terus menolak cukai secara sepenuhnya.

Berkenaan GST pula, jika mampu dibuktikan sebagai penyusunan semula metode cukai dan

seterusnya mampu diurus dengan lebih baik, telus dan lebih kurang menekan berbanding sistem

percukaian cukai jualan dan khidmat sebelum ini, maka saya rasakan GST boleh disokong

pelaksanaannya atas dasar, mengambil kaedah Fiqh iaitu mengambil yang kurang mudarat di

antara dua kemudaratan.

Secara teorinya, namun bergantung kepada pengawasan terhadap para peniaga, GST boleh sama

ada menaikkan harga, menurunkan harga atau kekal pada harga biasa. Illustrasi dari pihak

savemoney ini mungkin boleh memudahkan gambarannya.

1.  GST Tidak Memberi Kesan Kepada Harga2. GST Boleh Menyebabkan Turun Harga ( Jika peniaga bersifat jujur)3. GST menyebabkan Naik Harga

ANTARA SYARAT

Namun tentunya, keharusan berdasarkan pertimbangan kaedah “yang kurang mudarat dari dua

mudarat” ini mestilah diikat dengan beberapa perkara antaranya seperti :-

a. Kadar 6 % patut dimulakan dengan lebih rendah agar tidak berlaku sebarang perubahan drastik

terhadap peniaga dan rakyat. Mungkin kadar 3 % lebih sesuai sebagai permulaan.

b. Sebarang ketirisan dan kelemahan pengurusan hasil kewangan oleh kementerian yang

dibuktikan oleh Jabatan Audit Negara mestilah dikenakan tindakan keras dan segera bagi

memastikan setiap hasil cukai yang diterima tidak disalahgunakan oleh pentadbir awam dan

ahli politik yang berkuasa. Kita tidak mahu laporan kelemahan dan salah urus tadbir kewangan

Page 26: Artikel Gst

yang didedahkan Jabatan Audit Negara pada setiap tahun menjadi hanya bebelan awam secara

berkala tanpa sebarang tindakan jitu.

c. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia patut diberi kuasa dan kemampuan pendakwaan

dengan lebih berkesan agar tiada peniaga yang mampu lari dari GST atau tiada pegawai awam

boleh memanipulasi pelaksanaan GST untuk kepentingan mereka.

d. Pihak KPDNKK mestilah mempunyai mekanisme terbaik dan jitu dengan jumlah pegawai yang

mencukupi bagi menangani kenaikan harga yang disengajakan oleh peniaga sejurus GST

dikuatkuasakan.

e. Peruntukan bajet kepada semua kementerian yang BELUM digunakan sewajarnya dilaporkan

semula dalam bajet tahun berikutnya. Jangan dipaksa sesebuah jabatan atau kementerian

menghabiskan wang peruntukan sehingga sebahagian mereka ‘terpaksa’ menghabiskannya

kepada perkara yang sia-sia dan merugikan rakyat serta pecah amanah.

Pada waktu beberapa perkara utama ini gagal dipastikan dan jika kemudaratan pula bertambah ke

atas peniaga dan rakyat, tatkala itu, pihak yang mengharuskan GST dikira telah membuat

keputusan yang memudaratkan ahli negara dan rakyatnya, itu tidak lain membawa kepada dosa

dan pengabaian amanah. Wallahu’alam.

 

Dr. Zaharuddin Abd Rahman

Presiden MURSHID

9 April 2014