article from - was.org · pdf fileternakan yang digemari termasuk ikan tilapia dan keli ......

15
Mentransformasi Industri Akuakultur di Malaysia (Terjemahan oleh Dr. Natrah Ikhsan dan Wee Wen Chen) Mohd Fariduddin Othman, Mazuki Hashim, Yeo Moi Eim, Mohammad Noor Amal Azmai, Natrah Ikhsan, Ho Gim Chong dan Zuridah Merican Akuakultur memainkan peranan penting dalam pembekalan ikan di Malaysia. Pada tahun 2016, pengeluaran ikan adalah sebanyak 1.99 juta tan, bernilai RM 13.18 bilion (USD 3.45 bilion) manakala sumbangan daripada akuakultur adalah 506,454 tan, bernilai MYR 3.3 bilion (USD 0.8 bilion, DOF, 2016). Di Malaysia, akuakultur menjana peluang pekerjaan, perniagaan dan pelaburan. Pada tahun 2015, terdapat 23,832 penternak akua di Malaysia, terutamanya di sektor air tawar dan majoritinya adalah pengendali persendirian (DOF 2016). Sehingga kini, akuakultur merupakan sumber protein penting bagi 30.75 juta penduduk di Malaysia disebabkan penurunan pengeluaran dari perikanan tangkapan. Ikan sering menjadi menu harian rakyat Malaysia. Secara purata, setiap keluarga akan menghabiskan kira-kira 20 peratus perbelanjaan makanan mereka untuk makanan laut. Trend ini kekal tidak berubah walaupun terdapat ayam yang harganya lebih kompetitif. Malaysia merupakan antara negara yang tertinggi dalam pengambilan ikan tahunan per kapita di Asia pada tahun 2014, iaitu sebanyak 56.6kg. Antara ikan ternakan yang digemari termasuk ikan tilapia dan keli (Clarias). Malaysia terdiri daripada Semenanjung Malaysia (Malaysia Barat) di Semenanjung Melayu dan Sabah dan Sarawak (atau Malaysia Timur) terletak di bahagian utara pulau Borneo yang mempunyai keadaan iklim yang baik untuk membolehkan pengeluaran akuakultur sepanjang tahun. Risiko untuk bencana alam adalah rendah kecuali hujan monsun di pantai timur Semenanjung Malaysia dari November hingga Januari. Dengan kesalinghubungan yang baik, pengeluar Malaysia mempunyai akses mudah ke pasaran dunia. Pada masa ini, China, Jepun, Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah merupakan empat pasaran utama produk makanan laut. Pasaran Asia (Korea Selatan, China, Hong Kong, Taiwan, Thailand dan Singapura) juga menawarkan peluang pasaran yang baik untuk produk makanan laut yang hidup, sejuk dan beku dari Malaysia. Status Semasa Akuakultur di Malaysia Pada tahun 2015, pengeluaran pelbagai jenis ikan laut dan udang marin adalah bernilai lebih daripada MYR 2.1 bilion (USD 550,000, DOF 2016). Udang marin merupakan komoditi utama sehinggalah pada tahun 2012 dimana wabak penyakit mula meletus di ladang. Walau bagaimanapun, ia tetap menjadi pilihan pelabur. Dalam akuakultur air tawar, pengeluaran ikan keli Clarias dan Pangasius mendahului disebabkan oleh permintaan tempatan yang banyak. Walaupun pengeluaran ikan tilapia adalah kurang, namun ia bernilai sebanyak MYR 223,000 (USD 58,000). Pengelu- arannya adalah untuk pasaran tempatan dan eksport. Penanaman rumpai laut menyumbang 51 peratus daripada jumlah pengeluaran akuakultur manakala kerang merupakan penternakan moluska utama dalam akuakultur di Malaysia. Se- lain itu, Malaysia juga diiktiraf sebagai pengeluar dan pengeksport utama ikan hiasan, khususnya arowana emas. In- dustri ikan hiasan adalah berorientasikan eksport dan pasaran utama termasuk Eropah, Timur Tengah, Jepun dan China. Akuakultur marin dan air payau didominasi oleh dua spesies udang marin (Litopenaeus vannamei dan Penaeus monodon), ikan siakap Lates calcarifer, pelbagai jenis ikan jenahak Lutjanus spp. dan ternakan kerapu bernilai tinggi dalam sangkar terapung. Spesies baharu juga diperkenalkan mengikut permintaan pasaran. Ikan marin terutamanya ikan siakap juga diternak di dalam kolam air payau. Pada tahun 2015, pengeluaran ikan laut dan udang laut adalah sebanyak 47,085 dan 52,580 tan (DOF 2016). Lebih daripada 15 spesies ikan, terutamanya ikan keli dan tilapia diternak di akuakultur air tawar. Ini kerana benih ikan dan makanan komersil mudah didapati dan juga sesuai untuk pelbagai sistem ternakan (Othman 2008). Sistem ternakan kebanyakannya terdiri daripada sangkar terapung di tasik, bekas pelombongan, kolam tanah dan tan- gki. Sejak 2010, pengeluaran ikan patin hibrid dan sungai semakin meningkat. Pada tahun 2015, pengeluaran hibrid Clarias gariepinus mencapai 50,693 tan, mengatasi pengeluaran tilapia yang kekal stabil pada 35,431 tan. Pada tahun 1970-an, Malaysia terkenal dengan perkembangan udang galah Macrobrachium rosenbergii, tetapi pengeluarannya telah menurun. Volume 48, Number 2 ARTICLE FROM

Upload: buithuan

Post on 06-Feb-2018

254 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: ARTICLE FROM - was.org · PDF fileternakan yang digemari termasuk ikan tilapia dan keli ... Malaysia terkenal dengan perkembangan udang galah Macrobrachium rosenbergii, tetapi pengeluarannya

Mentransformasi Industri Akuakultur di Malaysia

(Terjemahan oleh Dr. Natrah Ikhsan dan Wee Wen Chen)

Mohd Fariduddin Othman, Mazuki Hashim, Yeo Moi Eim, Mohammad Noor Amal Azmai, Natrah Ikhsan, Ho Gim Chong dan Zuridah Merican

Akuakultur memainkan peranan penting dalam pembekalan ikan di Malaysia. Pada tahun 2016, pengeluaran ikan adalah sebanyak 1.99 juta tan, bernilai RM 13.18 bilion (USD 3.45 bilion) manakala sumbangan daripada akuakultur adalah 506,454 tan, bernilai MYR 3.3 bilion (USD 0.8 bilion, DOF, 2016). Di Malaysia, akuakultur menjana peluang pekerjaan, perniagaan dan pelaburan. Pada tahun 2015, terdapat 23,832 penternak akua di Malaysia, terutamanya di sektor air tawar dan majoritinya adalah pengendali persendirian (DOF 2016).

Sehingga kini, akuakultur merupakan sumber protein penting bagi 30.75 juta penduduk di Malaysia disebabkan penurunan pengeluaran dari perikanan tangkapan. Ikan sering menjadi menu harian rakyat Malaysia. Secara purata, setiap keluarga akan menghabiskan kira-kira 20 peratus perbelanjaan makanan mereka untuk makanan laut. Trend ini kekal tidak berubah walaupun terdapat ayam yang harganya lebih kompetitif. Malaysia merupakan antara negara yang tertinggi dalam pengambilan ikan tahunan per kapita di Asia pada tahun 2014, iaitu sebanyak 56.6kg. Antara ikan ternakan yang digemari termasuk ikan tilapia dan keli (Clarias). Malaysia terdiri daripada Semenanjung Malaysia (Malaysia Barat) di Semenanjung Melayu dan Sabah dan Sarawak (atau Malaysia Timur) terletak di bahagian utara pulau Borneo yang mempunyai keadaan iklim yang baik untuk membolehkan pengeluaran akuakultur sepanjang tahun. Risiko untuk bencana alam adalah rendah kecuali hujan monsun di pantai timur Semenanjung Malaysia dari November hingga Januari. Dengan kesalinghubungan yang baik, pengeluar Malaysia mempunyai akses mudah ke pasaran dunia. Pada masa ini, China, Jepun, Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah merupakan empat pasaran utama produk makanan laut. Pasaran Asia (Korea Selatan, China, Hong Kong, Taiwan, Thailand dan Singapura) juga menawarkan peluang pasaran yang baik untuk produk makanan laut yang hidup, sejuk dan beku dari Malaysia.

Status Semasa Akuakultur di Malaysia Pada tahun 2015, pengeluaran pelbagai jenis ikan laut dan udang marin adalah bernilai lebih daripada MYR 2.1 bilion (USD 550,000, DOF 2016). Udang marin merupakan komoditi utama sehinggalah pada tahun 2012 dimana wabak penyakit mula meletus di ladang. Walau bagaimanapun, ia tetap menjadi pilihan pelabur. Dalam akuakultur air tawar, pengeluaran ikan keli Clarias dan Pangasius mendahului disebabkan oleh permintaan tempatan yang banyak. Walaupun pengeluaran ikan tilapia adalah kurang, namun ia bernilai sebanyak MYR 223,000 (USD 58,000). Pengelu-arannya adalah untuk pasaran tempatan dan eksport. Penanaman rumpai laut menyumbang 51 peratus daripada jumlah pengeluaran akuakultur manakala kerang merupakan penternakan moluska utama dalam akuakultur di Malaysia. Se-lain itu, Malaysia juga diiktiraf sebagai pengeluar dan pengeksport utama ikan hiasan, khususnya arowana emas. In-dustri ikan hiasan adalah berorientasikan eksport dan pasaran utama termasuk Eropah, Timur Tengah, Jepun dan China. Akuakultur marin dan air payau didominasi oleh dua spesies udang marin (Litopenaeus vannamei dan Penaeus monodon), ikan siakap Lates calcarifer, pelbagai jenis ikan jenahak Lutjanus spp. dan ternakan kerapu bernilai tinggi dalam sangkar terapung. Spesies baharu juga diperkenalkan mengikut permintaan pasaran. Ikan marin terutamanya ikan siakap juga diternak di dalam kolam air payau. Pada tahun 2015, pengeluaran ikan laut dan udang laut adalah sebanyak 47,085 dan 52,580 tan (DOF 2016). Lebih daripada 15 spesies ikan, terutamanya ikan keli dan tilapia diternak di akuakultur air tawar. Ini kerana benih ikan dan makanan komersil mudah didapati dan juga sesuai untuk pelbagai sistem ternakan (Othman 2008). Sistem ternakan kebanyakannya terdiri daripada sangkar terapung di tasik, bekas pelombongan, kolam tanah dan tan-gki. Sejak 2010, pengeluaran ikan patin hibrid dan sungai semakin meningkat. Pada tahun 2015, pengeluaran hibrid Clarias gariepinus mencapai 50,693 tan, mengatasi pengeluaran tilapia yang kekal stabil pada 35,431 tan. Pada tahun 1970-an, Malaysia terkenal dengan perkembangan udang galah Macrobrachium rosenbergii, tetapi pengeluarannya telah menurun.

Volume 48, Number 2

ARTICLE FROM

Page 2: ARTICLE FROM - was.org · PDF fileternakan yang digemari termasuk ikan tilapia dan keli ... Malaysia terkenal dengan perkembangan udang galah Macrobrachium rosenbergii, tetapi pengeluarannya

Figures<Linda:Pleaseplacefiguresinmoreorlessthisorderthroughouttext.Trytoassociatephotosofparticularspeciesoractivitieswiththerelevantsectionsofthetext,ifpossible.>

AquacultureproductioninMalaysiain2015(t)fromallresources(DOF2016).

AquacultureproductioninMalaysiain2015was506,465t.

0

100

200

300

400

500

600

700

2005

2006

2007

2008

2009

2010

2011

2012

2013

2014

2015

tonnes

YearofProducSon

AquacultureproducSonfromallresources

Freshwater

Marine

Total

Seaweed51%

Shrimp11%

Molluscs4%

Marinefish9%

Freswaterfish22%

Cockles3%

Page 3: ARTICLE FROM - was.org · PDF fileternakan yang digemari termasuk ikan tilapia dan keli ... Malaysia terkenal dengan perkembangan udang galah Macrobrachium rosenbergii, tetapi pengeluarannya

Udang Marin Penternakan komersil udang marin bermula pada 1980-an dengan ternakan udang harimau hitam P. monodon. Perkembangan industri udang harimau mula perlahan pada akhir 1990-an disebabkan oleh wabak virus sindrom putih (WSSV). Situasi tersebut menyebabkan kerajaan telah memberikan kebenaran untuk penternakan udang putih L. van-namei di akhir tahun 2004 (Othman 2008). Atas sebab biosekuriti, kerajaan hanya membenarkan penggunaan pasca larva dari induk yang bebas daripada pathogen spesifik (SPF) yang diimport dari Hawaii, Florida Singapura, Thailand dan Vietnam. Hanya tujuh syarikat hatcheri telah diberi permit untuk mengimport induk udang marin SPF. Selepas pengenalan penternakan udang putih Pasifik pada tahun 2004, puncak pengeluaran sebanyak 87,202 tan telah dicapai pada pada tahun 2010 yang terdiri daripada 69,084 tan udang putih Pasifik dan 18,118 tan udang hari-mau hitam dari 7,000 ha kolam. Selepas itu, pengeluaran kedua-dua spesies telah mengalami penurunan disebabkan oleh pelbagai wabak penyakit, termasuk WSSV, sindrom kematian awal (EMS) atau penyakit nekrosis hepatopancre-atic akut (AHPND), dan baru-baru ini microsporidia Enterocytozoon hepatopenaei (EHP). Walaupun udang putih Pasifik menguasai pengeluaran semasa, kumpulan penternak juga menghasilkan udang harimau untuk bekalan pasaran udang hidup di tempatan dan serantau (Singapura dan China). Dorongan dalam ter-nakan udang harimau hitam adalah berkaitan dengan kemunculan tiga operator hatcheri besar yang menghasilkan pasca larva dengan menggunakan induk yang sihat dari Madagascar dan Hawaii. Anggaran pengeluaran ialah 5,000 tan pada tahun 2016. Dengan adanya teknologi penternakan, pengeluar Malaysia mengamalkan praktis yang biasa di rantau ini: penternakan intensif udang putih Pasifik tanpa pertukaran air kolam dan penuaian separa. Udang dikultur sepanjang tahun dan kebanyakan penternak memperoleh 2-2.5 hasil. Baru-baru ini, terdapat beberapa perubahan disebabkan oleh EMS dan EHP. Kaedah penternakan baru dengan menggunakan sistem air bersih dengan kadar tukaran air yang besar telah diperkenalkan dengan beberapa kejayaan. Jika tidak, penternakan akan diteruskan tanpa pertukaran air untuk mengelakkan permulaan jangkitan penyakit. Sesetengah ladang mengurangkan kepadatan stok dari 120 PL/m2 ke 80 PL/m2, walaupun terdapat penternak yang meningkatkan kadar stok sehingga 200 PL/m2. Peralihan kepada penternakan udang harimau hitam akan berkembang pada tahun yang akan datang. Di samp-ing itu, udang harimau hitam mempunyai toleransi yang lebih baik terhadap EMS. Udang harimau hitam yang diim-port dari Madagascar beradaptasi dengan sesuai untuk diternak dalam kepadatan yang tinggi kira-kira 70 PL/m2 dan hasil tuaian hidup setinggi 90 peratus atau biomass sebanyak 8-10 tan/ha selepas lebih kurang daripada lima bulan penternakan. Penternak lading besar yang sebelumnya menternak udang putih Pasifik kini sedang berusaha untuk menternak udang harimau hitam untuk mengurangkan kerugian akibat masalah penyakit yang tidak dapat dikawal semasa penternakan udang putih Pasifik. Terdapat ladang komersil lain yang enggan beralih kepada penternakan udang harimau hitam kerana kebanyakan daripada mereka telah memantapkan kedudukan sebagai pengeluar udang putih Pasifik di pasaran antarabangsa. Tambahan pula, penternak tersebut melihat pengkulturan udang harimau hitam adalah menjurus kepada pasaran dengan niche yang lebih kecil untuk udang besar. Walaupun terdapat cabaran penyakit, penternakan udang kekal menjadi aktiviti akuakultur utama di Malaysia Barat dan Timur dan didominasi oleh ladang skala industri. Arca Biru atau Blue Archipelago Berhad (BAB), merupa-kan perusahaan akuakultur udang yang terbesar. Ia ditubuhkan pada tahun 2007 dan kini mempunya 454 kolam lebih daripada 1,000 hektar. Selain itu, ladang perindustrian yang besar (Sunlight, QL resources, Akuakultur Asia (Kumpu-lan CP) di Sabah dan Agrobest, BAB, Akuakultur Asia di Malaysia Barat) menyumbang 50 peratus pengeluaran udang negara. Ladang besar diintegrasikan dengan hatcheri, ladang dan fasiliti pemprosesan dengan memberikan tumpuan kepada penternakan udang putih Pasifik. Orang ketiga (Third-party) dan in-house hatcheri menghasilkan anggaran 16 billion post-larvae pada tahun 2016.

Ikan Marin Penternakan pelbagai jenis ikan marin telah bermula empat dekad yang lalu di Pulau Pinang dan kawasan utara Semenanjung Malaysia. Hari ini, industri penternakan tersebut telah berkembang sebagai perniagaan berjuta dollar yang disokong oleh air bersih yang megelilingi kepulauan Melayu dan juga sekitar Pulau Borneo. Penternakan ikan marin bermula dengan ternakan ikan siakap Asia yang kekal sebagai spesies utama. Hari ini, terdapat sekurang-kuran-gnya 18 spesies ikan marin yang telah diternak (DOF 2015). Spesies yang paling popular adalah kerapu dan jenahak. Antara ikan kerapu, spesies yang paling popular adalah kerapu hibrid (Epinephelus fuscoguttatus × E. lanceolatus) diikuti oleh kerapu harimau E. fuscoguttatus, kerapu oren E. coiodes dan kerapu Malabar E. malabricus. Ikan jenahak yang paling popular ialah jenahak jalur kuning Lutjanus lemniscatus, jenahak paya bakau L. argentimaculatus, jenahak John L. johnii dan jenahak merah L. erythropterus. Spesies lain adalah fourfinger threadfin Eleutheronema tetradactylum, India threadfin Alectis indica, ikan bawal Tra-chinotus blochii, ikan susu Chanos chanos, dan tilapia merah. Selain ikan siakap, pilihan untuk ternakan species yang lain bergantung kepada perkembangan pasaran untuk ikan hidup, terutama pasaran eksport di Singapura, Hong Kong dan tanah besar China. Penternak juga menukar spesies apabila ternakan semasa terjejas oleh masalah penyakit (Khoo dan Merican 2009, Ferdouse 2014).

Page 4: ARTICLE FROM - was.org · PDF fileternakan yang digemari termasuk ikan tilapia dan keli ... Malaysia terkenal dengan perkembangan udang galah Macrobrachium rosenbergii, tetapi pengeluarannya

Some of the 260 ponds at the Integrated Shrimp Aquaculture Park (iSHARP) Farm, Blue Archipelago, in Terengganu. Picture credit, BAB.

View of the Integrated Shrimp Aquaculture Park (iSHARP) Farm, Blue Archipelago with 260 culture ponds. Picture credit, BAB.

Page 5: ARTICLE FROM - was.org · PDF fileternakan yang digemari termasuk ikan tilapia dan keli ... Malaysia terkenal dengan perkembangan udang galah Macrobrachium rosenbergii, tetapi pengeluarannya

Profesor Shigeharu Senoo dan pasukan di Universiti Sabah Malaysia (UMS) menghasilkan kerapu hibrid yang perta-ma dengan menyilangkan kerapu harimu betina E. fuscoguttatus dengan kerapu gergasi jantan E. lanceolatus. Peng-hasilan ini mendorong perkembangan dalam pelbagai jenis spesies hibrid di negara ini, seperti menggabungkan spe-cies yang mempunyai pertumbuhan yang lebih cepat dengan species yang boleh menentang penyakit dengan baik. Ini menggalakkan lagi pembangunan nic pasaran peremium dengan menggunakan nama yang tertentu dia Asia serperti hibrid harimau gergasi (Dragon Tiger Fish) dan hibrid gergasi hijau (Green Dragon Fish). Penggunaan sangkar jaring terapung kekal sebagai sistem traditional utama dalam penternakan kerapu dan jenahak. Sistem penternakan untuk siakap putih menggunaka sangkar bersaiz kecil (3 m × 3 m) ke saiz sederhana (6 m × 6 m). Kepadatan stok dalam sangkar berbeza dari 300 hingga 1000 juvenil/sangkar. Tempoh ternak dilanjutkan 6 hingga 12 bulan, bergantung kepada spesies. Pengeluaran ikan siakap dalam ternakan kolam semakin popular dengan pengeluaran benih yang semakin meningkat. Penternak udang yang terjejas oleh penyakit telah beralih kepada penge-luaran kolam ikan siakap. Ikan ini dipasarkan untuk pasaran tempatan pada 300-600 g atau selepas diternak 4-6 bulan di kolam untuk pasaran tempatan. Untuk pasaran eksport pula, saiz adalah pada 3-5 kg/ ikan di mana ikan diternak di kolam dan sangkar laut. Walaupun hasilan hatcheri benih ikan siakap Asia adalah cukup untuk pengeluaran tetapi pengeluaran benih kerapu tidak mencukupi. Pengeluaran benih kerapu tempatan hanya boleh memenuhi 20 peratus permintaan semasa. Beberapa hatcheri tempatan yang menghasilkan benih kerapu hanya menghasilkan benih kurang daripada tiga kitaran dalam setahun. Empat hingga lima bulan diperlukan untuk menternak larva yang baru menetas hingga peringkat 8-10 cm dengan pelbagai protokol pemakanan dan penggredan. Kadar kejayaan biasanya adalah dalam purata 5 peratus. Oleh itu, secara purata, hatcheri “backyard”(halaman belakang) hanya boleh menghasilkan 5000 hingga 20,000 juve-nile/ kitaran. Terdapat beberapa pengeluar ikan marin yang besar, seperti Goh Siong Tee group Sdn Bhd (GST), KS Aquacul-ture Sdn Bhd, Aqua Ceria Sdn Bhd, Fishance Sdn Bhd dan KLSE-listed Borneo Aqua Harvest Berhad. Terdapat juga banyak ladang kecil dan sederhana milik keluarga. Syarikat Goh Siong Tee group Sdn Bhd adalah peneraju pasaran penternakan pelbagai spesies ikan siakap Asia dan jenahak yang diperakui oleh Friends of the Sea (FOS) manakala Fishance adalah syarikat baharu usaha luar yang ditubuhkan untuk penghasilan kerapu hibrid di Langkawi. Walaupun terdapat banyak peluang, cabaran untuk industri ikan marin termasuk naik turun harga ikan, per-mintaan pasaran, dan jangkitan wabak penyakit yang kerap seperti VNN (Nervous Necrotic Virus), Iridovirus sp, Streptococcus inae, Vibriosis, lintah marin, isopod, Benedinia sp, dan copepod, industri ikan laut di Malaysia akan terus meningkatkan pengeluaran dengan adanya lokasi strategik, cuaca yang stabil, kestabilan politik, pekerja mahir dan pasaran domestik yang kukuh.

Tilapia Tilapia merah Oreochromis niloticus dan tilapia hitam O. mossambicus merupakan dua spesies tilapia yang biasa diternak. Di samping itu, terdapat juga penambahbaikan strain seperti tilapia Nile GIFT, strain merah Taiwan dan lain-lain hybrid. Varieti GIFT telah diperkenalkan di Malaysia oleh Worldfish Center pada tahun 2002 (Anony-mous 2003b). Pusat penyelidikan kerajaan yang terletak di Penang berkerjasama dengan DOF untuk menambahbaikan genetik strain GIFT. Di samping itu, penyelidik di FRI Glemi Lemi juga sedang berusaha untuk memperbaiki genetik tilapia merah. Perkembangan ini memberikan pilihan kepada penternak untuk memilih strain untuk dikultur berdasar-kan permintaan pasaran dan keadaan persekitaran. Terdapat juga pembangunan vaksin StrepToVax untuk menghalang streptococcosis, pengeluaran tilapia semua jantan menggunakan jantan YY, program pembiakan selektif untuk peng-hasilan tilapia merah yang cepat membiak, penggunaan sistem ternakan modular mesra alam dan produk yang tambah baik dari tilapia. Kebanyakan pengeluaran tilapia adalah dari kolam (20,516 tan), diikuti oleh sangkar air tawar (7,412 tan), kolam bekas pelombongan (7,668 tan), tangki simen (3,487 tan), tangki kanvas (226 tan) dan kultur pen (<10 tan). Pengeluaran ikan ini juga dijangka akan meningkat pada masa hadapan disebabkan oleh industrialisasi sektor ini. Pada masa ini, terdapat dua ladang komersil besar yang menghasilkan tilapia dalam sangkar terapung di Temenggor dan Tasik Kenyir. Jumlah pontensi kapasiti pengeluaran adalah 50,000 tan/tahun.

Pangasius dan hibridPelbagai jenis ikan Clarias dan Pangasius diternak secara komersil di Malaysia. Faktor tarikan dalam penternakan ikan tersebut berkaitan dengan ketahanan ikan, toleransi terhadap keadaan kualiti air yang buruk, kebolehupayaan penternakan di kepadatan yang tinggi, pematangan awal, pembiakan yang agak mudah di sistem tertutup dan pertum-buhan yang cepat. Kolam dan tangki simen pernah menjadi sistem penternakan yang popular. Tetapi, baru ini, sistem penternakan menggunakan kanvas dan polytank menjadi lebih popular kerana ia membolehkan ikan dibiakkan oleh penternak kecil ataupun dijadikan sebagai hobi. Kini, pengeluaran ikan ini di laman rumah atau di halaman belakang kawasan perumahan adalah perkara biasa di Malaysia. Kos makanan tinggi yang merangkumi 60 peratus kos penge-

Page 6: ARTICLE FROM - was.org · PDF fileternakan yang digemari termasuk ikan tilapia dan keli ... Malaysia terkenal dengan perkembangan udang galah Macrobrachium rosenbergii, tetapi pengeluarannya

Integrated Shrimp Aquaculture Park (iSHARP) Farm, Blue Archipelago has 260 culture ponds.

The hatchery at the Integrated Shrimp Aquaculture Park (iSHARP) Farm, Blue Archipelago. Picture credit, BAB.

Page 7: ARTICLE FROM - was.org · PDF fileternakan yang digemari termasuk ikan tilapia dan keli ... Malaysia terkenal dengan perkembangan udang galah Macrobrachium rosenbergii, tetapi pengeluarannya

luaran menjadi halangan utama untuk pengeluaran ikan. Untuk mengekalkan minat dalam pengeluaran spesies ini, penyelidik akan terus mencari alternatif yang sesuai. Malaysia mempunyai tiga spesies asli Pangasius yang diternak di kolam dan sangkar terapung. Keli sungai, yang dikenali sebagai “ikan patin” (Pangasius nasutus), adalah spesies yang berpotensi untuk akuakultur komersil di Malaysia.

Rumpai laut Penanaman pelbagai spesies rumpai laut bermula pada 1970-an. Pada tahun 2015, pengeluaran rumput laut basah negara adalah 260,760 tan, bernilai MYR 208.5 juta (USD 52.2 juta, DOF 2016). Kebanyakan ladang rumpai laut di Malaysia tertumpu di Sabah yang termasuk di dalam kawasan Segitiga Karang (Coral Triangle) dan ditetap-kan sebagai zon industri rumpai laut. Lokasi utama penanaman rumpai laut adalah di sekitar Semporna, Lahad Datu, Kudat dan Kunak, Sabah yang meliputi 13,000 ha pada tahun 2015. Di Malaysia Barat, ladang berskala kecil telah bermula di Pulau Pangkor dan Pulau Langkawi. Kaedah penanaman yang paling lazim adalah penanaman secara longline diikuti fixed-off bottom dan floating bamboo raft. Kappaphycus alvarezii dan Eucheuma denticulatum adalah dua spesies utama rumpai laut yang ditanam pada masa kini. Rumpai laut yang telah dituai boleh diproses sama ada sebagai carrageenan halus, carrageenan separa-halus atau alkaline-treated chip oleh tiga syarikat pemprosesan utama di Sabah, iaitu Omnigel Sdn. Bhd (Semporna), Tacara Sdn. Bhd. (Tawau) dan Lucky Frontier Sdn. Bhd (Kunak). Cara penanaman dan propagasi adalah berkaitan dengan corak pasang surut, kedalaman air dan juga input kewangan. Dalam air cetek yang kurang daripada 0.5 m, kaedah penanaman secara staking akan diapplikasikan. Manakala penanam secara semi-floating digunakan pada air dengan kedalaman 1 hingga 3 m. Kaedah ketiga adalah penanaman secara rakit atau terapung dimana bahan tanaman akan diikat. Tempoh pertumbuhan rumpai laut adalah 2 hingga 3 bulan dan ini akan menghasilkan kira-kira tiga kitaran dalam setahun. Penanaman rumput laut tidak memer-lukan modal yang tinggi. Pengurusan yang terlibat juga terhad kecuali pencegahan serangan daripada pemangsa dan ancaman penyakit. Permintaan rumpai laut di Sabah semakin bertambah baik diikuti dengan peningkatan permintaan dunia terhadap rumpai laut yang mempunyai pelbagai kegunaan. Produk rumpai laut telah mencapai pasaran luar negara di Filipina, Denmark, Sepanyol, Hong Kong dan Korea Selatan.

Ikan Hiasan Malaysia merupakan pengeluar dan pengeksport utama pelbagai jenis ikan hiasan global dengan pegangan 9 peratus daripada perdagangan global. Pada masa ini, Malaysia memegang tangga kedua di dunia selepas Singapura. Pasaran eksport meliputi lebih daripada 30 buah negara di seluruh dunia seperti UK, AS, Jerman, Itali, Hong Kong, Sepanyol, Jepun dan Taiwan. Lima tahun yang lalu, nilai eksport tahunan adalah antara RM 8-10 bilion (USD 2-2.5 bilion). Pada tahun 2015, Malaysia mengeluarkan 383 juta ikan hiasan dan 371 juta pokok tumbuhan akuatik. Nilai ini adalah dari penjualan kira-kira 500 juta ikan tropika hiasan setiap tahun. Ini terdiri daripada lebih daripada 550 jenis tempatan dan eksotik yang terdiri daripada lebih 250 spesies. Lebih daripada 70 peratus spesies hiasan dihasilkan untuk eksport. Tiga spesies ikan hiasan yang utama adalah arowana emas Scleropages formosus atau ikan kelisa emas dalam bahasa Melayu, pelbagai jenis ikan emas dan discus. Pendapatan eksport dari ikan hiasan dan tumbuh akuatik meningkat pada kadar purata 20 peratus/tahun. Ini merupakan satu trend yang menggalakkan untuk sokongan kerajaan untuk meningkat kawasan penternakan.

Udang Galah Malaysia Udang galah Malaysia atau Macrobrachium rosenbergii adalah spesies warisan dan sumber genetik akuatik berharga di perairan Malaysia. Ia mempunyai sejarah penternakan yang lama tetapi masih belum sampai ke tahap komersial. Intensiti penternakan adalah secara ekstensif hingga separuh intensif di dalam 0.2-0.3 ha tanah. Penternak menstokkan pasca larva (PL15-20) dan memulakan semi tuaian selepas bulan ketiga. Terdapat tiga hingga lima semi tuaian dalam tempoh penternakan selama 6-7 bulan. Pengeluaran adalah antara 1-2 tan/ha dengan purata hidup seban-yak 20-30 peratus. Pengeluaran tahunan antara 300-500 tan, bernilai hampir USD 3 juta dengan kawasan penternakan kira-kira 1500 ha. Produktiviti ladang bergantung kepada bekalan fri. Hari ini, hanya terdapat sepuluh pusat hatcheri kecil aktif yang menghasilkan hampir 50 juta pasca larva setiap tahun. Pengeluaran pasca larva terhalang atas keber-gantugan sepenuhnya kepada induk udang betina liar. Potensi udang galah telah diketengahkan baru-baru ini dalam pengeluaran makanan akuakultur kerajaan dan program pembangunan lima tahun 2016-2020. Transformasi ini disa-sarkan untuk pengeluaran 500 tan dengan penyelidikan dan pembangunan pada genetik dan program pembangunan induk.

Page 8: ARTICLE FROM - was.org · PDF fileternakan yang digemari termasuk ikan tilapia dan keli ... Malaysia terkenal dengan perkembangan udang galah Macrobrachium rosenbergii, tetapi pengeluarannya

Harvest of Pacific white shrimp at 58/kg from a shrimp farm.

In 2015, Malaysia produced 7,800 t of various species of groupers.

Page 9: ARTICLE FROM - was.org · PDF fileternakan yang digemari termasuk ikan tilapia dan keli ... Malaysia terkenal dengan perkembangan udang galah Macrobrachium rosenbergii, tetapi pengeluarannya

Kupang Hijau Kupang hijau Perna canaliculus adalah spesies akuakultur kedua yang paling penting di Malaysia selepas kerang darah Anadara granosa. Benih atau spat akan dikumpulkan pada tali yang digantung dari rakit atau rak. Kupang mencapai saiz pasaran selepas 6-8 bulan. Kerajaan telah melaksanakan undang-undang bahawa industri kerangan perlu mengamalkan langkah-langkah seperti pembersihan (depuration) terutama penternakan di perairan terbuka berhampiran sungai utama. Kawasan penternakan utama adalah di Selat Johor yang bersempadan dengan Singapura, yang merupakan tapak semulajadi untuk pembiakan kupang. Demi meningkatkan penternakan di kawasan tersebut, DOF memperke-nalkan teknologi Smart Farm pada tahun 2012 untuk penternakan kepadatan tinggi menggunakan teknologi Norway. Dengan teknologi ini, spat dikumpul dengen menggunakan long-line netting pada kedalaman kira-kira 5 m dari paip polyethylene yang terapung di permukaan air. Setiap jaring ini dipanjankang ke 0.5-1 km untuk pengumpulan spat yang lebih produktif.

Sokongan Kerajaan Dalam Pembangunan Akuakultur Kerajaan memberikan sokongan yang kuat untuk pembangunan akuakultur negara. Sebagai sebahagian daripa-da sektor agro-makanan, pembangunan akuakultur berada di bawah Program Transformasi Agro-makanan Malaysia di mana ia di bawah payung Program Transformasi Ekonomi. Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) telah merangka Dasar Agro Makanan Negara sehingga tahun 2020 (NAP 2020). Polisi ini merangkumi tempoh dari tahun 2011 hingga 2020 dan bertujuan meningkatkan sektor ini untuk memenuhi keperluan negara bagi keselamatan makanan serta cabaran antarabangsa. Di peringkat nasional, Jabatan Perikanan bertanggungjawab untuk membangunkan industri perikanan dan akuakultur. Pembangunan akuakultur darat adalah di bawah tanggungjawab Jabatan Pertanian & Perikanan Darat Sar-awak manakala Jabatan Perikanan Sabah bertanggungjawab untuk pembangunan akuakultur dan perikanan di negeri itu. DOF mempunyai empat pusat penyelidikan di bawah Institut Penyelidikan Perikanan yang berfokuskan bidang penyelidikan yang berbeza, seperti akuakultur air payau di Gelang Patah, akuakultur ikan marin di Tanjong Demong, penyelidikan akuakultur krustasia dan moluska di Pulau Sayak. Di samping itu, universiti nasional juga menjalankan penyelidikan akuakultur dan merangkumi program sarjana dan pasca siswazah dalam akuakultur. Jabatan perikanan juga mempunyai dua pusat latihan untuk akuakultur marin dan dua stesen untuk akuakultur air tawar.

Pelan Tindakan untuk Pembangunan Mapan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah merangka pelan tindakan untuk operasi besar dan kecil demi memastikan pembangunan akuakultur yang sesuai dan lestari di Malaysia. Penyertaan sektor korporat adalah penting untuk menerajui pertumbuhan akuakultur perindustrian tetapi sumbangan dari pengeluar kecil juga adalah sama penting. Pelan tindakan ini merangkumi konsep Zon Industri Akuakultur (AIZ) untuk pengurusan zon di mana kawasan yang sesuai akan dikenalpasti dan diperuntukkan untuk kegunaan akuakultur. Adalah menjadi polisi kerajaan untuk mengelak pembersihan hutan bakau untuk penternakan udang khususnya di Semenanjung Malaysia. Tanah pertanian yang tidak produktif dengan akses kepada air payau atau air laut dan kawasan laut tanpa bakau merupakan lokasi pilihan untuk pembangunan ternakan udang. Tapak tersebut sebenarnya lebih murah untuk dibangunkan dan lebih produktif tanpa masalah tanah asid sulfat. Sasaran pelan nasional akuakultur negara adalah untuk meningkatkan sumbangan akuakultur kepada 50 peratus atau 1.44 juta tan dari jumlah pengeluaran ikan pada tahun 2020. Nilai eksport akuakultur termasuk produk filet ikan dijangka meningkat daripada RM 1.4 bilion (USD 0.35 bilion) pada tahun 2010 kepada RM 3.2 bilion menjelang 2020 (USD 0.80 bilion). Untuk mencapai sasaran pengeluaran ini, DOF telah mengformulasi tiga strategi utama. Strategi pertama adalah untuk mempertingkatkan pertumbuhan pembangunan akuakultur yang didorong oleh sektor swasta melalui projek-projek Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA). Kedua, ia bertujuan untuk mening-katkan produktiviti sistem akuakultur yang sedia ada dengan mengukuhkan program Amalan Pertanian Baik (GAP). Strategi yang ketiga adalah untuk menyusun semula pembangunan akuakultur berdasarkan kluster kawasan yang sesuai untuk pembangunan zon akuakultur baru, terutamanya di Sabah dan Sarawak, Malaysia Barat. Pengeluaran produk akuakultur untuk eksport akan berfokus kepada ikan tilapia, kerapu, ikan siakap Asia, udang karang, tiram dan udang laut yang mempunyai potensi pasaran yang baik di Singapura, Hong Kong, AS, EU, Jepun, Rusia dan China.

Page 10: ARTICLE FROM - was.org · PDF fileternakan yang digemari termasuk ikan tilapia dan keli ... Malaysia terkenal dengan perkembangan udang galah Macrobrachium rosenbergii, tetapi pengeluarannya

Feeding tilapia farmed in cages, Picture credit, Abdullah Rahim, UPM

The red tilapia Oreochromis niloticus is farmed in ponds and cages. Markets are mainly local restaurants. Picture credit, Abdullah Rahim, UPM

Cage culture of tilapia at Trapia in Lake Temenggor. The com-pany is a subsidiary of Genomar, Norway.

Page 11: ARTICLE FROM - was.org · PDF fileternakan yang digemari termasuk ikan tilapia dan keli ... Malaysia terkenal dengan perkembangan udang galah Macrobrachium rosenbergii, tetapi pengeluarannya

Projek Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) Peranan kerajaan adalah untuk mewujudkan persekitaran perniagaan yang mesra dan memudahkan keusahawa-nan. Kerajaan telah merancang inisiatif dan projek tertentu di bawah RMK 11 yang merangkumi pelbagai spektrum untuk menaik taraf sistem penghantaran dan perkhidmatan sokongan seperti infrastruktur, latihan, promosi pasaran, penyelidikan dan pembangunan dan peningkatan kualiti produk. Insentif fiskal dan bukan fiskal juga disediakan bagi merangsang pertumbuhan industri akuakultur. Kerajaan Malaysia telah mengenal pasti akuakultur sebagai salah satu bidang teras utama bagi sektor agro makanan di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP). Terdapat 16 agro pertanian Entry Point Project (EPP) dalam NKEA di akuakultur. Pelaburan untuk 16 EPP dan peluang perniagaan dianggarkan sebanyak RM18.9 bilion (USD 4.72 bilion) di mana 70 peratus dijangka datang dari sektor swasta (tempatan dan asing) dan yang lain dari kerajaaan. Tujuh puluh peratus daripada pelaburan sektor swasta dijangka akan diperoleh dari sumber domestik. Se-cara keseluruhannya, agro makanan NKEA mensasarkan penciptaan sebanyak 74,000 peluang pekerjaan dan dua kali ganda atau empat kali ganda pendapatan penternakan. Projek akuakultur yang disenaraikan di bawah NKEA menerima sokongan utama daripada kerajaan. Fokus projek NKEA kepada transformasi sektor berasaskan pengeluaran secara tradisional kepada industri akuakultur bisnes berskala besar. Ia adalah pertumbuhan yang didorong oleh sektor swasta dan menawarkan penglibatan sektor swasta dan peluang pelaburan melalui Entry Point Projects (EPP) dan Peluang Perniagaan (BO; Business Opportunities). Walaupun program EPP adalah untuk merangsang pertumbuhan pengeluaran makanan, program di bawah BO adalah lebih ke arah untuk mewujudkan peluang akuakultur untuk pertumbuhan masa depan seperti penjenamaan dan pe-masaran. Di sini, tiga sektor akuakultur telah dikenal pasti: penternakan ikan hiasan, kilang makanan akuakultur dan pusat eksport akuakultur.

Projek Permulaan Pada masa ini, DOF terlibat dalam tiga EPP untuk memanfaatkan daya saing Malaysia: penanaman rumpai laut berskala komersial di Sabah, integrasi sistem sangkar akuakultur dan zon integrasi akuakultur udang. Dalam tempoh pelaksanaan selama empat tahun, DOF telah terlibat dengan 17 syarikat untuk penanaman berskala komersial rumpai laut di Sabah, 10 syarikat untuk penternakan dengan sistem integrasi sangkar akuakultur dan 8 syarikat dengan model pengeluaran integrasi untuk pasaran udang premium. Matlamat EPP untuk penanaman rumpai laut adalah untuk perniagaan dengan penghasilan tinggi dan skala komersial dengan ladang kluster di bawah inisiatif ladang mini. Pengeluaran rumpai laut dijangka meningkat daripada tahap semasa <20,000 tan kering sehingga 150,000 tan berat kering pada tahun 2020. Penternakan sangkar di bawah EPP adalah untuk meningkatkan pengeluaran spesies ikan bernilai tinggi, di an-taranya ialah ikan siakap Asia, kerapu, jenahak dan tilapia. Menjelang tahun 2020, pengeluaran ikan di bawah inisiatif ini dijangka meningkat kepada 28 peratus daripada jumlah pengeluaran akuakultur di Malaysia.Buat masa ini, kultur sangkar adalah kurang dari 10 peratus dari keseluruhan produksi akuakultur. Dalam sektor penternakan udang, matlamat EPP adalah untuk meningkatkan pengeluaran udang berkualiti eksport yang disahkan sepenuhnya untuk pasaran premium. Ini akan dicapai dengan mewujudkan model “zon inte-grasi untuk akuakultur” yang terdiri daripada zon akuakultur berskala industri dan berasaskan darat di mana setiap zon dilengkapi dengan integrasi infrastruktur terdiri daripada hatcheri, kawasan pengembangan (grow-out), kilang pemprosesan dan makanan yang diterajui oleh sebuah syarikat utama.

Peluang dan Cabaran Malaysia menawarkan potensi pelaburan yang baik kerana mempunyai infrastruktur yang baik, sokongan dar-ipada kerajaan, kestabilan politik, dan ketersediaan sumber semula jadi yang banyak seperti tanah dan air. Objektif DOF dan MOA adalah untuk menguruskan dan memastikan akuakultur sebagai industri ekonomi menguntungkan dan mampan dalam jangka masa panjang. Kerajaan merancang untuk terus menyediakan perkhidmatan sokongan dan memudahkan pelaburan sektor swasta. Industri akuakultur telah dicabar oleh penyakit akuatik trans-sempadan. Peningkatan kos operasi seperti makanan ikan komersial merupakan satu beban bagi penternak kecil di mana ia memberikan kos operasi ladang yang tinggi dan margin keuntungan yang rendah. Cabaran lain yang dihadapi adalah pergantungan kepada buruh asing dengan penglibatan 7,850 pekerja asing yang berdaftar dalam aktiviti akuakultur di Malaysia. Perubahan iklim juga dijangka membawa cabaran jangka masa panjang untuk akuakultur di negara ini.

Page 12: ARTICLE FROM - was.org · PDF fileternakan yang digemari termasuk ikan tilapia dan keli ... Malaysia terkenal dengan perkembangan udang galah Macrobrachium rosenbergii, tetapi pengeluarannya

Three indigenous species of Pangasius are farmed in ponds and floating cages.

Cage farming of the river catfish Pangasius sp. The fish are sold live to seafood restaurants.

Seaweed farming in Malaysia is mostly concentrated in Sabah in East Malaysia, within the Coral Triangle area, designated as a seaweed industrial zone. Picture credit, UPM.

Page 13: ARTICLE FROM - was.org · PDF fileternakan yang digemari termasuk ikan tilapia dan keli ... Malaysia terkenal dengan perkembangan udang galah Macrobrachium rosenbergii, tetapi pengeluarannya

NotaMohd. Fariduddin Othman, Pengarah Bahagian Penyelidikan Air Tawar, Institut Penyelidikan Perikanan; Mazuki Hashim, Pengarah Kanan, Bahagian Biosekuriti Perikanan; Yeo Moi Eim, Pengarah Akuakultur, Jabatan Perikanan, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia.Mohammad Noor Amal Azmai dan Natrah Ikhsan, Pensyarah Kanan, Universiti Putra Malaysia.Ho Gim Chong, Nutriad, Pulau Pinang, Malaysia.Zuridah Merican, Aqua Research Plc, Kuala Lumpur, Malaysia.

Pengarang untuk komunikasi: Zuridah Merican, [email protected].

Page 14: ARTICLE FROM - was.org · PDF fileternakan yang digemari termasuk ikan tilapia dan keli ... Malaysia terkenal dengan perkembangan udang galah Macrobrachium rosenbergii, tetapi pengeluarannya

Malaysia is a major global producer and exporter of various ornamental fish industry led by the endemic Golden Arowana. Picture credit, DOF.

Page 15: ARTICLE FROM - was.org · PDF fileternakan yang digemari termasuk ikan tilapia dan keli ... Malaysia terkenal dengan perkembangan udang galah Macrobrachium rosenbergii, tetapi pengeluarannya

Harvesting at a shrimp farm. Picture credit, Abdullah Rahim, UPM

Harvesting shrimp at the Integrated Shrimp Aquaculture Park (iSHARP) Farm, Blue Archipelago. Picture credit, BAB.