aqidah murni asas kecemerlangan hakiki

6
Assalamualaikum w.bt Alhamdulillah rabbil’alamin was solatu wassalam mua’ala asyrafil ambiya’iwal mursalin wa’ala alahi wasahbihi ajmai’in. Sejambak mawar seharum kasturi buat peneraju majlis ,barisan kehakiman yang adil lagi penuh hikmah kebijaksanaan, saudari penjaga masa yang cakna dengan radiknya dan seterusnya hadirin yang dirahmati Allah sekalian. berdirinya saya disini pada hari yang penuh barakah ini adalah untuk mengajak sidang hadirin sama-sama merenung secebis peringatan dari saya dibawah tajuk “Aqidah Murni Asas Kecermelangan Hakiki”. Hadirin yang dirahmati Allah sekalian, Islam yang dahulunya gagah,kini lemah,ummahnya yang pernah mencipta sejarah,kini terbungkam rebah. jika disingkap lembaran sejarah Islam terawal,pasti kita akan mendapati ummah ini mulanya bangkit bukan kerana kekayaan harta,kekuatan tentera mahupun kelestarian budaya akan tetapi adalah kerana kemurniaan aqidah yang menjadi tunjang kepada kecermelangan mutlak. Sebelum tirai membuka bicara,sebelum bait kata melontar idea, izinkan saya menyentuh seimbas lalu takrif dari tajuk ini agar hadirin sekalian tergambar di minda tentang apa yang bakal saya kupaskan. frasa AQIDAH MURNI -diambil dari kata dasar ‘al-‘aqdu’ yakni ikatan yang disimpul kuat. - kefahaman dan keyakinan yang jitu dan sahih terhadap prinsip- prinsip dasar agama yang diambil dari al-quran dan as-sunnah. ASAS KECEMERLANGAN HAKIKI - asas yang teguh dalam melahirkan manusia yang berjaya di dunia dan akhirat. firman Allah:

Upload: syafiqahsamat

Post on 17-Jan-2016

29 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

tahun 2015 daerah Kuantan

TRANSCRIPT

Page 1: Aqidah Murni Asas Kecemerlangan Hakiki

Assalamualaikum w.bt Alhamdulillah rabbil’alamin was solatu wassalam mua’ala asyrafil ambiya’iwal mursalin wa’ala alahi wasahbihi ajmai’in. Sejambak mawar seharum kasturi buat peneraju majlis ,barisan kehakiman yang adil lagi penuh hikmah kebijaksanaan, saudari penjaga masa yang cakna dengan radiknya dan seterusnya hadirin yang dirahmati Allah sekalian. berdirinya saya disini pada hari yang penuh barakah ini adalah untuk mengajak sidang hadirin sama-sama merenung secebis peringatan dari saya dibawah tajuk “Aqidah Murni Asas Kecermelangan Hakiki”.

Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,

Islam yang dahulunya gagah,kini lemah,ummahnya yang pernah mencipta sejarah,kini terbungkam rebah. jika disingkap lembaran sejarah Islam terawal,pasti kita akan mendapati ummah ini mulanya bangkit bukan kerana kekayaan harta,kekuatan tentera mahupun kelestarian budaya akan tetapi adalah kerana kemurniaan aqidah yang menjadi tunjang kepada kecermelangan mutlak.

Sebelum tirai membuka bicara,sebelum bait kata melontar idea, izinkan saya menyentuh seimbas lalu takrif dari tajuk ini agar hadirin sekalian tergambar di minda tentang apa yang bakal saya kupaskan.

frasa AQIDAH MURNI

-diambil dari kata dasar ‘al-‘aqdu’ yakni ikatan yang disimpul kuat.

- kefahaman dan keyakinan yang jitu dan sahih terhadap prinsip-prinsip dasar agama yang diambil dari al-quran dan as-sunnah.

ASAS KECEMERLANGAN HAKIKI

- asas yang teguh dalam melahirkan manusia yang berjaya di dunia dan akhirat.

firman Allah:

�هم َو�ِم�ْن ِمن �ُق�وُل� َي �آ ْن َّب َر� �ا �ْن َء�اِت ِف�ى �ا �َي الُّد�ْن ��ًة ْن َح�َس� َو�ِف�ى ِة� ِخ�َر�� اَأل ��ًة ْن َح�َس� �ا َو�ِق�ْن َع�َذ�اَب� اَر� الْن

�َك� �ىِئ �َول ُأ �ه�م� ل �ِص�َيُب� ْن ِم1َّما � �وا ُب �َس� َك َو�اللُه� َر�َيُع� َس� اَب� الِح�َس�

maksudnya: dan diantara mereka pula ada yang berdoa dengan berkata:” wahai tuhan kami , berikanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka”. mereka itulah yang akan mendapat bahagian yang baik dari apa yang telah mereka usahakan dan Allah amat cepat hitunganNya.

surah Al-Baqarah ayat 201-202. Ayat ini menjelaskan bahawa setiap usaha dan setiap kebaikan yang dilakukan akan mendapat ganjaran. maknanya, kecermelangan hakiki daripada aqidah yang mulia.

Page 2: Aqidah Murni Asas Kecemerlangan Hakiki

Pertamanya: AQIDAH MURNI, KEIMANAN DAN KETAQWAAN JITU

Iman bermaksud membenarkan hati, mengikrarkan dengan lisan serta mengamalkan dengan perbuatan. Membenarkan hati ialah mempercayai dan meyakini segala yang dibawa Rasulullah. Mengikrarkan dengan lisab ialah mengucap dua kalimah syahadah. Mengamalkan dengan perbuatan ialah melaksanakan perintah Allah. Teras Aqidah yang kukuh pintu kearah pengabdian kepada Sang Pencipta. Taqwa adalah kemuncak dari keimanan yang membawa kepada seorang hamba dalam mengabdikan diri kepada Allah.

firman Allah:

mafhumnya: seandainya penduduk suatu kawasan beriman dan bertaqwa kepada Allah nescaya Allah membuka keberkatan dari langit dan dari bumi. tetapi mereka mendustakan Rasul Kami lalu kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang yang mereka usahakan.

Generasi awal islam adalah generasi yang dicintai ahli langit dan bumi hasil dari keimanan dan ketaqwaan yang diharmonikan dalam kehidupan. mari kita lihat negara-negara umat islam pada hari ini masih terlibat kesan keberkahan hasil bumi dari Allah. Hal ini adalah warisan dari kurniaan Allah kepada generasi Islam yang sebelumnya. negara-negara umat islam merupakan majoriti dalam pertubuhan negara-negara pengeluar minyak. namun kita sedar ataupun tidak disebabkan iman kurang, taqwa hilang,ummah kini meradang dek kerana hasil bumi tinggi menjulang tetapi negara islam terus diburu hutang.

maka, apabila iman kita dipelihara, ketaqwaan kepada Allah meningkat dan akhirnya membawa kepada kecemerlangan dunia dan akhirat.

kedua: Aqidah murni melahirkan insan yang istiqomah beribadat.

Ibadat bermaksud pelaksanaan yang menunjukkan kita beriman kepada Allah dan kita bersyukur segala nikmat yang diberikan olehNya. Hubungan aqidah dengan ibadah adalah sejauh mana keimanan dapat mempengaruhi ibadah. seseorang yang beriman harus mengimplikasikan keimanannya dengan syariah iaitu beribadah kepada Allah dan bermuamalah dengan sesama manusia dan alam sekitar. Agama Islam telah mengaturkan bermacam-macam cara bagi manusia melakukan ibadah kepada Allah s.w.t di antaranya dengan cara perbuatan lisan dan ada pula ibadat dengan menggunakan harta dan ada pula ibadat yang terpaksa dilaksanakan dengan menggabungkan jasad dan harta seperti menunaikan ibadat haji dan berjihad di jalan Allah s.w.t. Dalam memenuhi tuntutan kehidupan seorang Muslim, seorang hamba hanya perlu melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah.Ibadat di dalam Islam merangkumi segala kegiatan manusia dari segi rohaniah serta jasmaniah, urusan dunia dan akhirat. Dalam ibadah kita diminta agar mempunyai sifat itqan. Kita mesti melakukan ibadah dengan sungguh-sungguh terutanmanya solat, agar ibadah kita diterima oleh Allah.

Page 3: Aqidah Murni Asas Kecemerlangan Hakiki

firman Allah,

bermaksud: bacalah serta ikutlah(wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari al quran, dan dirikanlah sembahyang(dengan tekun) sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar dan sesungguhnya mengingati Allah adalah besar (faedahnya dan kesannya) dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yyang kamu kerjakan.

surah al-‘ankabuut ayat 45)

sesungguhnya dengan aqidah yang mantap tercenderung untuk melaksanakan ibadat. dan apabila kita meningkatkan kualiti ibadah setiap hari kita menjadi lebih dekat kepada Allah dan InsyaAllah kita akan menjadi hamba yang dicintai oleh Allah.

ketiga : Aqidah Murni menjana akhlak mulia.

Akhlak merupakan cermin terhadap keimanan. Akhlak yang murni pasti terbentuk dengan didikan Islam yang berteraskan aqidah murni. Nabi Muhammad SAW sentiasa mengaitkan akhlak dengan keimanan kepada Allah dan hari akhirat menunjukkan kaitan erat kejituan akidah dengan kemuliaan akhlak seseorang insan.

Ini amat bertepatan dengan motif utama pengutusan Rasulullah ke muka bumi demi memurnikan akhlak manusia sebagaimana

Sabda Baginda : ( ا  َألِخالق إْنَّما َّبعثت َألِتَّمم ِمكاَرم  )

Ertinya: Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia 

Hadirin, banyak negara maju seperti Amerika Syarikat membina bangunan yang tinggi untuk mencemarkan budi pekerti, memperbaharui teknologi IT dengan merosakkan akhlak peribadi menjana ekonomi dengan meruntuhkan hubungan harmoni. ini bukanlah kecemerlangan mutlak. ketika zaman abbassiyyah, jenayah hampir sifar sedangkan kebendaan juga berada di puncak kegemilanggan. justeru akhlak mulia sebagai komponen peradaban ummah. Akhlak mulia tidak akan lahir tanpa iman yang mantap.

keempat : Aqidah Murni menjana disiplin yang mantap.

kesabaran bermaksud kecekalan hati dan ketabahan jiwa dalam berhadapan dengan musibah mahupun nikmat yang menggoda. kesabarn dapat dipupuk dengan kesedaran bahawa Allah menciptakan manusia, menurunkan nikmat dan siksa,memberikan ganjaran dan malapetakan bertujuan menilai reaksi kita kepadaNya.

Page 4: Aqidah Murni Asas Kecemerlangan Hakiki

Firman Allah:

dan kami akan menguji kamu dengan ketakutan dan kelaparan daripada kekurangan harta benda, jiwa benda, jiwa dan tanam-tanaman berilah khabar gembira kepad orang yang sabar. yakni mereka yang mengatakn kami dari Allah dan kepadanyalah kami kembali.

(surah al-baqarah ayat 155-156)

Tiada yang lebih besar fadhilat kesabaran daripada rahmat yang Allah janjikan. Rahmat inilah yang membawa kecemerlangan yang hakiki. sesungguhnya model insan yang sabar ini telah dirakam dalam al-quran iaitu kisah Nabi ayub. Hasil dari keyakinan kepada Allah Nabi ayub bersabar dan akhirnya dihilangkan bencana. Inilah kecermelangan hasil kesabaran. Kita lihat darsawarsa ini, ramai yang mati katak kerana membunuh diri kerana tidak sabar dengan masalah yang menimpa. Inilah sinario apabila kesabaran tiada. Apabila Aqidah goyah kesabaran jatuh