aqidah bersih

19
AQIDAH BERSIH MEMBANGUNKAN ISLAM MERUNTUHKAN JAHILIAH

Upload: usyazid

Post on 24-Jun-2015

189 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: AQIDAH BERSIH

AQIDAH BERSIHMEMBANGUNKAN ISLAMMERUNTUHKAN JAHILIAH

Page 2: AQIDAH BERSIH

AQIDAH

• Simpulan Iman – Kamus al-Marbawi.• Kepercayaan, keyakinan – Kamus al-

Munawwir.• ( به ويؤمن والعقل القلب به يأخذ Barang yang(ما

mengambil dengannya hati dan akal dan beriman dengannya- Mu’jam at-Tullab

• *Suatu janji yang kuat antara si hamba dan khaliknya.

*Abdul’al Salim Makram, Aqidah membina peribadi sebenar, ms3, Pustaka Ilmi, Selangor, 1995.

Page 3: AQIDAH BERSIH

AQIDAH

BَصFِّدDُقB بها العقائِّد هي األموُرB التي يجبB أْنH ي

Vا عنِّدFك FْفHُسBَكF وتكوْنF يقين FْطHَمFِئ̂ن_ ا̂ليها َن BَكF وت قلُب

. eشَك Bوال يخالْطه iُريب BهBاِزُ̂جFَمB ال ي

*Risalah al-Akaid, al Imam Assyahid Hasan al Banna.

Page 4: AQIDAH BERSIH

AQIDAH

Pengertian keimanan atau aqidah itu tersusun dari enam perkara iaitu:1. Ma’rifat kepada Allah.2. Ma’rifat dengan alam yang ada di sebalik

alam nyata.3. Ma’rifat dengan kitab-kitab.4. Ma’rifat dengan nabi dan para Rasul.5. Ma’rifat dengan hari akhir dan peristiwa-

peristiwa yang terjadi ketika itu.6. Ma’rifat kepada takdir.

*Sayyid Sabiq, Akidah Islam, Pustaka Nasional, ms8, Singapura, 1996.

Page 5: AQIDAH BERSIH

4 BAHAGIAN AKIDAH ISLAMIAH

• Al-Ilahiyat• An-Nubuwat• Ar-Ruhiyat• As-sam’iyat

*Risalah al-Akaid, Imam Assyahid Hasan Al-Banna.

Page 6: AQIDAH BERSIH

AQIDAH ISLAM

Keimanan dan perbuatan, atau dengan kata lain aqidah dan syariat. Keduanya itu antara satu sama lain sambung menyambung, hubung menghubungi dan tidak dapat terpisah yang satu dengan yang lainnya. Keduanya sebagai buah dengan pohonnya, sebagai musabbab dengan sebabnya atau sebagai natijah dengan mukaddimahnya.

*Sayyid Sabiq, Akidah Islam, Pustaka Nasional, ms7, Singapura, 1996.

Page 7: AQIDAH BERSIH

ISLAM

Apabila anda melihat kamus, anda akan mengetahui bahawa makna perkataan Islam ialah “tunduk dan patuh kepada perintah Maha Pemerintah dan laranganNya tanpa bantahan”. Dinamakan Islam kerana ia mengajarkan kepatuhan kepada Allah dan tunduk kepada PerintahNya tanpa membantah.

*Abu’l A’la al-Maududi, Asas-asas Islam, ms 8, Dewan Pustaka Fajar, Shah Alam, Selangor, 1985.

Page 8: AQIDAH BERSIH

ISLAM

} الله وFأْن_ مBَحFَم_ِّدVا ا FهF اا̂ل F ِإ̂ل FْنH ال هFِّدF أ HْشF FْنH ت FُمB أ َال Hِإلْ̂س

FوُمBَصF FَةF وFت كا BؤHت̂يF الَّز_ FَةF وFت B̂قيَمF الَص_َال وHُلB الله وت Bْس Fُر

.V ُب̂يَال Fه̂ ْسH Fي FْطFعHَتF ِإ̂ل ت Hِإْ̂ن اْس FَتH Fي FَحBَّج_ الُب مFَضFاْن وFت Fُر

Hadis ke-3, Matan al-Arabain an-Nawawiyah

Page 9: AQIDAH BERSIH

ISLAM

Islam adalah sistem hidup yang syumul, mencakupi seluruh bidang kehidupan, iaitu; negara dan tanah air atau kerajaan dan umat, akhlak dan kekuatan atau rahmah dan keadilan, kebudayaan dan undang-undang atau ilmu dan kehakiman, material dan kekayaan atau hasil usaha dan kecukupan, jihad dan dakwah atau tentera dan fikrah, sepertimana ia adalah akidah yang sebenar dan ibadah yang sahih, sama sahaja tanpa ada perbezaan.

– Usul pertama dari usul 20 al- Imam HAB.

Page 10: AQIDAH BERSIH

MEMBANGUNKAN ISLAM

Mengubati masalah berpuak-puak, berselisih faham, hilangnya kekuatan, dan kemunduran tamadun bukanlah dengan cara hanya mengubati kepincangan-kepincangan yang lain, tetapi dengan mengubatinya seluruhnya (Islam yang syumul dan lengkap).

*Dr. ‘Ali ‘Abdul Halim Mahmud, Syarah Usul 20, ms17, Dewan Pustaka Fajar,2003.

Page 11: AQIDAH BERSIH

KEBANGKITAN ISLAM

Kebangkitan ini telah menyedarkan akal dengan semangat serta mendorong ke arah komitmen dan bekerja. Ia juga telah mempengaruhi kaum wanita sepertimana lelaki, mengubah kefahaman generasi baru dengan memindahkan mereka dari pemikiran sekular ke arah pemikiran Islam, dari memberi kepatuhan kepada Barat kepada memberi kepatuhan hanya kepada Allah dan RasuluNya serta dari mengikut membuta tuli ke arah kebebasan berfikir.

*Prof Dr. Yusuf al-Qardhawi, Berita-berita Gembira Tentang Kemenangan Islam, ms114, Al-Hidaya Publishers, Kuala Lumpur, 2000.

Page 12: AQIDAH BERSIH

JAHILIAH

*Surah al-Maidah: 50.

Page 13: AQIDAH BERSIH

JAHILIAH

Undang-undang jahiliah ialah undang-undang dari manusia untuk manusia, kerana undang-undang jahiliyah ialah undang-undang ubudiyah manusia untuk manusia, undang-undang yang mengeluarkan manusia dari ubudiyah kepada Allah dan menolak uluhiyah Allah dan sebagai gantinya ialah memberi pengiktirafan kepada uluhiah setengah-setengah manusia dan pengiktirafan kepada ubudiyah kepada manusia selain daripada Allah.

*As-Syahid Syed Qutb, Fi Zilalil Quran, jld.4,ms326, Pustaka Aman Press Sdn. Bhd., Kelantan, 2000 .

Page 14: AQIDAH BERSIH

Manusia mana-mana zaman dan tempat sama ada mereka menghukum dengan syari’at Allah, mereka adalah orang-orang yang benar berada dalam agama Allah atau mereka menghukum dengan dengan undang-undang ciptaan manusia dalam apa bentuk sekali pun dan mereka menerimanya, maka mereka adalah orang yang berada dalam jahiliyah dan mereka tidak sama sekali berada dalam deen Allah. Orang yang menolak syariat Allah bererti menerima undang-undang jahiliyah dan hidup dalam budaya jahiliyah.

*As-Syahid Syed Qutb, Fi Zilalil Quran, jld.4,ms326, Pustaka Aman Press Sdn. Bhd., Kelantan, 2000 .

Page 15: AQIDAH BERSIH

TANGGUNGJAWAB KITA

Menurut Imam al-Qurtubi, Allah telah menjadikan amar makruf nahi munkar sebagai garis pemisah di antara orang yang beriman dan munafik. Ia merupakan ciri orang yang beriman yang paling istimewa iaitu menyuruh manusia kepada kebaikan dan melarang mereka dari kemungkaran dan kelalaian. Asas ciri tersebut ialah menyeru kepada Islam.

*Muhammad Ahmad ar-Rashid, al-Muntholaq, ms106, Pustaka Usrah,Kuala Lumpur, 2000.

Page 16: AQIDAH BERSIH

MAKRUF PALING BESAR

Menyeru kepada makruf mestilah bermula dengan menyeru kepada makruf yang paling besar iaitu menegakkan Kedaulatan Allah semata-mata dengan mengEsakan Allah semata-mata, untuk membangunkan sebuah masyarakat Islam yang bersih dari pengaruh sistem kemungkaran.

*Mohd. Azan, Titik Tolak Dakwah Islamiah,ms10, Syarikat Usahaniaga Usbah, Klang, 1986.

Page 17: AQIDAH BERSIH

MUNKAR PALING BESAR

Titik bertolaknya dakwah mereka ialah dengan memerangi kemungkaran yang paling besar, iaitu penolakan Islam sebagai susunan hidup.

*Mohd. Azan, Titik Tolak Dakwah Islamiah,ms7, Syarikat Usahaniaga Usbah, Klang, 1986.

Page 18: AQIDAH BERSIH

KESIMPULAN

Aqidah yang bersih;• Membuahkan sifat-sifat keutamaan bagi

manusia.• Tumbuh unsur-unsur kebendaan dan

keruhanian secara bersama dan akan memperolehi pertolongan Allah.

• Seperti sepohon pokok yang baik banyak mengeluarkan buah sepanjang musim.

Page 19: AQIDAH BERSIH

KESIMPULAN

Aqidah yang bersih;• Memberikan kesan yang amat dalam didikan

yang amat luar biasa terhadap kaum terdahulu.

• Membersihkan kaum mukminin dari kotoran didikan yang merosakkan , watak yang rendah, dan kejahatan adat-istiadat yang hina.

• Memantapkan jiwa umat sehingga memperolehi kejayaan gilang gemilang.