apakah yang dapat saya pelajari dari manuskrip melayu

Upload: atikaanisa

Post on 02-Jun-2018

233 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/11/2019 Apakah Yang Dapat Saya Pelajari Dari Manuskrip Melayu

    1/2

    Apakah yang dapat saya pelajari dari Manuskrip Melayu?

    Dalam masyarakat Melayu yang tidak banyak sumber maklumat, manuskrip Melayu

    adalah satu-satunya maklumat pribumi yang bertulis yang kita warisi sehingga kini.

    Kebanyakan manuskrip boleh dikaji dari banyak segi, contohnya budaya, bahasa,agama, perubatan, sains dan falsafah selain dari kajian sastera dan sejarah yang

    menjadi tunjang utama kebanyakan kajian manuskrip. Selain itu, pola penulisan

    manuskrip dalam masyarakat Melayu suatu ketika dahulu tidak hanya berpandukan

    pada sastera dan sejarah semata-mata, tetapi bertujuan memaklumkan, mendidik

    dan menghiburkan secara umum. Kesemua maklumat itu, tidak kira bersifat

    praktikal mahupun moral telah disampaikan secara langsung atau tidak langsung.

    Sekaligus membincangkan pemikiran, pendidikan, hiburan dan panduan dalam

    beberapa buah manuskrip itu untuk menolong bangsa Melayu dalam menyelesaikan

    masaalah mereka dan juga dapat membantu mereka memperbaiki taraf hidup

    mereka dari masa ke masa.

    Manuskrip Melayu merupakan sumber maklumat yang mengandungi pemikiran,akal budi masyarakat pribumi Melayu dan ilmu yang terawal. Manuskrip Melayu

    merupakan satu-satunya sumber maklumat pribumi yang kita warisi sehingga kini.

    Isi kandungan manuskrip kaya dan pelbagai, merangkumi ilmu astronomi, ilmu

    penujuman, ilmu perubatan, ilmu tafsir mimpi, ilmu kias, ilmu bahasa, ilmu undang-

    undang, ilmu pertanian dan banyak lagi. Kebanyakan manuskrip yang dijudulkan

    sebagai sejarah atau hikayat boleh dikaji dari banyak segi, seperti bahasa, falsafah

    dan budaya selain dari sejarah dan sastera. Manuskrip Melayu wajar diteliti sebagai

    sumber maklumat secara umum kerana ruang pembelajarannya yang luas dan

    meliputi pelbagai ilmu dan maklumat.

    anyak manuskrip yang kita warisi pada hari ini adalah karya tulis dengan isi dan

    maklumat. Dalam Hikayat Merong Mahawangsa telah menceritakan tentang kisah

    kedatangan Islam ke !usantara dengan cara yang sukar tetapi mempunyai jalan

    cerita yang menarik. "ikayat ini juga memberikan maklumat tentang kewujudan

    bersama "indu dan Islam. #leh kerana itu, terdapat pelbagai isi dan maklumat

    dalam Manuskrip Melayu. erbekalkan pengetahuan yang sedia ada, kita akan

    cuba mengupas mengapa Hikayat Hang Tuah, Hikayat Merong Mahawangsa dan

    lain-lain bukan sahaja karya kesusasteraan tetapi ia juga merupakan sumber

    pemikiran orang Melayu.

    Sejarah Melayudiiktiraf sebagai karya sastera agung yang memberi sumber penting

    yang dapat diambil dari abad ke -$%. Ia bukan sahaja menceritakan tentang

    kegemilangan raja-raja Melayu dan disulami dengan kisah-kisah lagenda yangberbau metafora, tetapi juga menyampaikan ajaran daripada raja-raja Melayu masa

    lalu tentang hukuman dan balasan. Didalam karya Adat Istiadat Raja-Raja Melayu

    pula menceritakan tentang panduan membuat dakwat dan warna, aloi dan keris,

    selain maklumat tentang adat istiadat dan pantang larang yang diamalkan orang

    Melayu kelas bangsawan, unsur-unsur mitos juga diselitkan bersama teks sejarah

    manuskrip. &alaubagaimanapun, antara sumber maklumat Melayu yang penting

    adalah karya Sejarah Melayu, kerana karyanya bersifat didaktif yang bermaksud

  • 8/11/2019 Apakah Yang Dapat Saya Pelajari Dari Manuskrip Melayu

    2/2

    mengajar dan menghiburkan. Ia pernah dan selalu dikaji dari segi sastera dan dari

    segi sejarah, tetapi lebih wajar jika ia dikaji dari segi pemikiran dan falsafah.

    Selain menyampaikan kebenaran agama, teks-teks ini juga menceritakan tentang

    sastera dan sains walaupun dikarang khusus untuk raja-raja tentang hal-hal

    pentadbiran dan pengurusan. Di dalam teks undang-undang, lebih banyak

    pemerhatian telah diberi tentang undang-undang dan maklumat berkaitan undang-undang dan hukuman, keselamatan serta keadilan.

    Di dalam karya 'agenda (uteri )unung 'edang, mengajar kita tentang hawa nafsu

    yang tidak dikawal oleh raja yang paling berkuasa di dalam Dunia Melayu ketika itu

    perlu dikritik dan disekat. (engajaran dan kritikan disebalik kisah lagenda ini ialah

    keangkuhan raja yang berkuasa, ketidakwarasan *kiran manusia yang sudah lupa

    akan dirinya, dan juga tentang suara lantang seorang wanita dalam menegakkan

    hak-haknya. Kisah ini ialah seorang puteri yang telah memperbodohkan seorang

    raja dan seterusnya mematahkan egonya, itu merupakan perkara yang penting dan

    boleh digunakan dalam menganalisa jiwa orang Melayu.

    Sehubungan dengan itu, isu utama yang ditonjolkan dalam karya-karya tersebutialah raja sebagai pemimpin dan ketua eksekutif kepada rakyat haruslah bermoral

    tinggi, adil dan cekap dalam pentadbiran, selain pandai memilih penasihat,

    bendahara, panglima, dan pegawai sokongan yang diperlukan. +erita moral dan

    kiasan juga yang ada kaitan dengan raja-raja di dalam teks-teks itu menyatakan

    bahawa raja bukan sahaja menentukan nasib mereka sendiri tetapi juga nasib

    rakyat jelata dan negara. #leh sebab itu, teks pensejarahan dan ketatanegaraan

    telah dikarang untuk meyampaikan pengajaran dan pendidikan.