apa itu sosiologi

15
X PENGENALAN Mengapakah sesetengah perkahwinan bahagia dan ada yang tidak? Adakah kita dilahirkan dengan personaliti semulajadi? Sejauh manakah pendidikan tinggi akan mempengaruhi masa depan anda? Adakah tinggal di bandar lebih bahagia daripada tinggal di kampung? Ahli sosiologi berusaha menjawab persoalan-persoalan di atas. Sosiologi merupakan kajian saintifik tentang tingkahlaku manusia. Sosiologi juga boleh T T o o p p i i k k 1 1 X Apa Itu Sosiologi? HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menerangkan maksud imaginasi sosiologi; 2. Menjelaskan bagaimana sosiologi dikaitkan dengan bidang ekonomi, sejarah, sains politik, psikologi, antropologi dan kerja sosial; 3. Membezakan perspektif sosiologi daripada perspektif asas logik; 4. Menghuraikan kebaikan perspektif sosiologi dan sumbangannya dalam kehidupan seharian; dan 5. Menjelaskan sumbangan ahli-ahli sosiologi berikut: Auguste Comte; Harriet Martineau; Herbert Spencer; Emile Durkheim; Max Weber; dan Karl Marx.

Upload: paklong-cikgu

Post on 15-May-2015

20.393 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Apa itu sosiologi

PENGENALAN

Mengapakah sesetengah perkahwinan bahagia dan ada yang tidak? Adakah kita dilahirkan dengan personaliti semulajadi? Sejauh manakah pendidikan tinggi akan mempengaruhi masa depan anda? Adakah tinggal di bandar lebih bahagia daripada tinggal di kampung? Ahli sosiologi berusaha menjawab persoalan-persoalan di atas. Sosiologi merupakan kajian saintifik tentang tingkahlaku manusia. Sosiologi juga boleh

TTooppiikk  11 Apa Itu Sosiologi?

HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Menerangkan maksud imaginasi sosiologi;

2. Menjelaskan bagaimana sosiologi dikaitkan dengan bidang ekonomi, sejarah, sains politik, psikologi, antropologi dan kerja sosial;

3. Membezakan perspektif sosiologi daripada perspektif asas logik;

4. Menghuraikan kebaikan perspektif sosiologi dan sumbangannya dalam kehidupan seharian; dan

5. Menjelaskan sumbangan ahli-ahli sosiologi berikut:

• Auguste Comte;

• Harriet Martineau;

• Herbert Spencer;

• Emile Durkheim;

• Max Weber; dan

• Karl Marx.

Page 2: Apa itu sosiologi

TOPIK 1 APA ITU SOSIOLOGI? 2

menunjukkan kepada kita bagaimana manusia bertingkahlaku dan bertindak, apakah ciri-ciri kumpulan dan masyarakat, dan bagaimana semua ini bergabung dan mempengaruhi tingkahlaku manusia.

PERSPEKTIF SOSIOLOGI

Bagi mereka yang baru hendak mengenali bidang sosiologi, sudah tentu terdapat banyak persoalan dalam minda anda. Apakah pendekatan yang digunakan oleh ahli sosiologi? Apakah kaitan bidang sosiologi dengan disiplin-disiplin sains sosial yang lain? Adakah sosiologi mempunyai asas logik atau saintifik? Kesemua persoalan ini akan dibincangkan dengan terperinci dalam bahagian ini.

1.1.1 Imaginasi Sosiologi

Apakah yang dimaksudkan dengan imaginasi sosiologi? Apabila ahli sosiologi mengkaji tentang manusia dan tingkahlakunya, mereka memfokus kepada bagaimana manusia dipengaruhi oleh manusia lain dan juga oleh masyarakat. Tidak kira apa pengalaman peribadi kita, pasti kita akan dipengaruhi oleh arus sosial masyarakat walau di mana pun kita berada. C. Wright Mills (1916 1962) mengatakan bahawa untuk kita memahami sosiologi, kita perlu terlebih dahulu memahami masyarakat di mana kita tinggal agar kita mendapat satu gambaran yang lebih mendalam tentang kehidupan masyarakat kita (sila lihat Rajah 1.1). Beliau menamakan disiplin ini imaginasi sosiologi (sociological imagination) iaitu keupayaan untuk kita melihat pengalaman dan kepayahan yang kita lalui sebagai mencerminkan perancangan struktur masyarakat dan zaman tersebut. Lazimnya, kita melalui kehidupan seharian kita dengan memikirkan tentang aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pekerjaan, keluarga dan jiran tetangga. Imaginasi sosiologi memberi kita peluang untuk mengaitkan pengalaman kita dengan masyarakat serta peristiwa silam. Mengikut Mills, masalah peribadi dan isu masyarakat saling bertindih untuk membentuk sebuah struktur sosial dan kehidupan masyarakat yang lebih luas. Sebagai contoh, mari kita pertimbangkan kesukaran masyarakat Amerika untuk mendapatkan pekerjaan pada awal tahun 1890an. Penggubalan struktur dan

1.1

Rajah 1.1: C. Wright Mills Sumber: www.leksikon.org

Page 3: Apa itu sosiologi

TOPIK 1 APA ITU SOSIOLOGI? 3

pengecilan sektor korporat meninggalkan kesan ke atas ekonomi yang meleset. Inilah yang kemudiannya mengakibatkan pengangguran di kalangan belia pada masa itu. Mills mengatakan bahawa situasi sedemikian bukan hanya disebabkan oleh perwatakan peribadi individu sahaja. Kita juga perlu melihat situasi ekonomi dan politik masyarakat pada masa itu. Di sinilah imaginasi sosiologi akan memberi kita ruang untuk memahami kekecewaan masyarakat Amerika pada ketika itu dalam konteks faktor-faktor seperti persekitaran tempat kerja serta masyarakat keseluruhannya. Kesimpulannya, imaginasi sosiologi memberi kita peluang untuk mengenalpasti hubungan di antara kehidupan peribadi kita dengan kehidupan sosial masyarakat di sekeliling kita. Apa yang berlaku kepada diri kita merupakan detik di mana kehidupan peribadi kita bertembung dengan masyarakat di sekeliling kita.

1.1.2 Sosiologi dalam Sains Sosial

Ahli sosiologi mengkaji tentang tingkahlaku manusia seiring dengan bidang-bidang sains sosial yang lain seperti ekonomi, sejarah, sains politik, psikologi, antropologi dan kerja sosial (sila lihat Jadual 1.1):

Jadual 1.1: Perbandingan Bidang Sosiologi dan Bidang-Bidang Sains Sosial yang Lain

Ekonomi Ekonomi adalah kajian tentang pengeluaran dan pengagihan bahan dan perkhidmatan. Ahli sosiologi juga berminat mengkaji perkara-perkara ini. Mereka mengkaji tentang bagaimana manusia bekerja dan bagaimana pekerjaan dan agihan bahan ekonomi mempengaruhi kehidupan manusia.

Sejarah Sejarah adalah kajian tentang peristiwa lalu. Sejarawan bukan sahaja menggambarkan peristiwa lalu tetapi juga menerangkan peristiwa bersejarah berdasarkan kepada petunjuk sosial. Ahli sosiologi juga berminat mengkaji sejarah tetapi mereka menggunakan fakta sejarah untuk menerangkan tentang sikap sosial dan tingkahlaku masa kini.

Terangkan apakah yang dimaksudkan dengan imaginasi sosiologi.

SEMAK KENDIRI 1.1

Page 4: Apa itu sosiologi

TOPIK 1 APA ITU SOSIOLOGI? 4

Sains Politik Sains politik mengkaji kuasa, ciri-ciri dan operasi kerajaan dan aktiviti politik dalam pelbagai masyarakat. Ahli sosiologi lebih berminat mengkaji bagaimana institusi seperti keluarga dan sistem pendidikan mempengaruhi sikap politik dan tingkahlaku pengundi.

Psikologi Psikologi merangkumi bidang biologi dan sains sosial. Ia adalah kajian tentang proses pemikiran dan tingkahlaku individu. Perkara-perkara yang dikaji adalah fisiologi otak manusia dan sistem urat saraf, pembelajaran, perasaan, motivasi, personaliti dan tingkahlaku yang tidak normal. Mereka mengkaji masalah-masalah daripada aspek individu. Manakala ahli sosiologi mengkaji perkara-perkara yang sama dengan melihat bagaimana ia berbeza di antara kumpulan sosial atau bagaimana ia mempengaruhi masyarakat. Psikologi dan sosiologi bergabung pula dalam satu bidang yang dinamakan psikologi sosial, iaitu kajian tentang hubungan di antara individu dan kumpulan.

Antropologi Antropologi, seperti psikologi, adalah gabungan di antara biologi dan sains sosial. Ahli antropologi fizikal mengkaji tentang evolusi biologikal spesis manusia serta perbezaan fizikal di antara kumpulan manusia seperti kaum. Ahli antropologi budaya pula mengkaji tentang budaya dan cara hidup pelbagai masyarakat. Manakala ahli sosiologi memfokus kepada masyarakat yang moden dan kompleks. Akhir-akhir ini, ahli antropologi semakin berminat mengkaji tentang cara hidup zaman moden disebabkan manusia sudah mula berpendidikan.

Kerja Sosial Ahli sosiologi lebih tertumpu kepada mencari ilmu tentang tingkahlaku manusia. Manakala mereka yang bergiat dalam kerja sosial mengkaji tentang bagaimana menggunakan ilmu sosiologi untuk membantu manusia menyelesaikan masalah-masalah sosial seperti keretakan rumahtangga dan penagihan dadah.

Terangkan bagaimana bidang-bidang berikut berkaitan dengan sosiologi:

• Ekonomi

• Sejarah

• Sains Politik

• Psikologi

• Antropologi

• Kerja Sosial

SEMAK KENDIRI 1.2

Page 5: Apa itu sosiologi

TOPIK 1 APA ITU SOSIOLOGI? 5

1.1.3 Sosiologi dan Asas Logik

Betulkah sosiologi mempunyai asas logik (common sense)? Pada sesetengah ahli sosiologi, bidang sosiologi memang ada asas logik. Cuba kita teliti pernyataan-pernyataan berikut:

Pada pandangan umum, pernyataan-pernyataan di atas adalah benar. Tetapi kajian telah membuktikan bahawa pernyataan-pernyataan tersebut adalah tidak benar:

Dapatan sosiologi di atas akan memeranjatkan anda sebab ia bertentangan dengan asas logik anda. Namun demikian, bukan kesemua dapatan sosiologi itu memeranjatkan dan bukan semua idea yang tidak logik itu tidak benar. Ada juga yang benar, contohnya kemungkinan orang miskin masuk penjara lebih tinggi berbanding dengan orang kaya. Tetapi, rata-rata terdapat banyak idea yang logik tetapi tidak benar seperti contoh-contoh yang telah dibincangkan.

• Kebanyakan ahli sukan yang berbakat berkemungkinan menjadi pemain profesional kelak.

• Pada ketika ini, bilangan perceraian adalah tinggi di Amerika. Ini mencerminkan keruntuhan sistem kekeluargaan di Amerika.

• Sekiranya tahap kemiskinan meningkat, ini akan membuka ruang untuk tercetusnya revolusi.

• Perompak bersenjata adalah lebih merbahaya kepada mangsanya berbanding dengan perompak tidak bersenjata.

• Hanya 2% sahaja dikalangan ahli sukan yang bernasib baik yang akan menjadi pemain profesional.

• Perkahwinan masih popular di Amerika. Amerika mempunyai peratus tertinggi perkahwinan di dunia.

• Revolusi berkemungkinan akan tercetus apabila keadaan kehidupan meningkat lebih baik dan kurang berkemungkinan berlaku sekiranya keadaan kehidupan berada dalam keadaan kurang baik untuk jangka masa panjang.

• Perompak tidak bersenjata adalah lebih merbahaya daripada yang bersenjata. Perompak tidak bersenjata berkemungkinan akan mencederakan mangsanya sebab seseorang mangsa akan cuba mempertahankan dirinya daripada perompak yang tidak bersenjata.

Page 6: Apa itu sosiologi

TOPIK 1 APA ITU SOSIOLOGI? 6

Pada keseluruhannya, ilmu logik ada sekurang-kurangnya dua kelemahan:

(i) Ia tidak objektif. Realitinya tidak diuji secara sistematik tetapi secara subjektif, iaitu berdasarkan perasaan, kepercayaan atau pengalaman seseorang itu. Ia juga merupakan kepercayaan yang lazimnya diterima pakai oleh sesebuah komuniti.

(ii) Idea logik ini memberi kita sebuah idea yang lapuk dan tidak konsisten. Pendekatan sosiologi memerlukan fakta dan idea yang sistematik dan diuji berdasarkan bukti. Ini akan memberi kita peluang untuk mempelajari sesuatu yang baru. Manakala ilmu logik (common sense knowledge) adalah subjektif, tidak konsisten dan tidak semestinya diterima oleh masyarakat. Ahli sosiologi mencari sesuatu yang objektif, konsisten dan baru. Untuk mencapai hasrat ini, mereka menggunakan kaedah saintifik. Ini merupakan salah satu sebab mengapa sosiologi itu menarik. Ia menunjukkan kepada kita bahawa sesuatu yang menjadi kebiasaan dan logik boleh bertukar kepada sesuatu yang tidak biasa dan tidak umum. Maka perbezaan di antara sosiologi dan perkara yang logik adalah ketara. sekeliling kita.

ASAL-USUL TEORI SOSIOLOGI

Dalam memerihalkan asal-usul sosiologi, sudah tentu kita harus mengkaji sumbangan tokoh-tokoh sosiologi yang banyak menghasilkan teori-teori sosiologi. Mereka ini banyak menyediakan dan memperkukuhkan asas teoretikal sosiologi, lantas membolehkan ahli-ahli sosiologi yang datang kemudian untuk terus menjana teori dan ilmu sosiologi yang terkini. Mereka ini termasuklah:

1.2

Bagaimanakah anda membezakan sosiologi dengan pemikiran logik?

SEMAK KENDIRI 1.3

• Auguste Comte • Harriet Martineau • Herbert Spencer • Emile Durkheim • Max Weber • Karl Marx

Page 7: Apa itu sosiologi

TOPIK 1 APA ITU SOSIOLOGI? 7

1.2.1 Auguste Comte

Apakah sumbangan Auguste Comte (sila lihat Rajah 1.2) kepada bidang sosiologi?

Rajah 1.2: Auguste Comte

Auguste Comte (1798 1857) merupakan seorang ahli pemikir sosial berketurunan Perancis yang memperkenalkan bidang sosiologi dan menggunakan istilah sociology pada tahun 1838. Menurut beliau, sosiologi melihat masyarakat daripada satu perspektif baru iaitu pendekatan saintifik yang mementingkan kaedah pemerhatian yang sistematik, pengujian kajian dan analisis perbandingan sejarah.

Sumber: http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/f/f4/Au

guste_Comte2.jpg Beliau membahagikan pengajian tentang masyarakat kepada dinamik sosial dan statik sosial (sila lihat Jadual 1.2):

Jadual 1.2: Dinamik Sosial dan Statik Sosial

Dinamik sosial Dinamik sosial melibatkan proses kehidupan sosial yang mencorakkan perkembangan institusi yang berkaitan dengan perubahan sosial.

Statik sosial Statik sosial melibatkan aspek-aspek kehidupan sosial yang berkaitan dengan peraturan, kestabilan dan organisasi sosial yang membuat kumpulan dan masyarakat hidup bersama dan berkekalan.

Walaupun idea beliau tidak lagi mencorak sosiologi terkini, namun Comte merupakan pengasas kepada idea bahawa kehidupan sosial boleh dikaji secara saintifik dan ini telah banyak mempengaruhi ahli sosiologi lain seperti Herbert Spencer, Harriet Martineau dan Emile Durkheim.

Page 8: Apa itu sosiologi

TOPIK 1 APA ITU SOSIOLOGI? 8

1.2.2 Harriet Martineau

Siapakah Harriet Martineau (sila lihat Rajah 1.3)? Harriet Martineau (1802 1876) dilahirkan dalam sebuah keluarga Inggeris yang mewah. Beliau menterjemahkan penulisan Comte daripada bahasa Perancis kepada bahasa Inggeris. Beliau banyak mengutarakan tentang gejala perhambaan dan menekankan perlunya undang-undang untuk menjaga pekerja-pekerja kilang dan kedudukan kaum wanita. Martineau juga telah memperkenalkan satu disiplin baru hasil pemerhatiannya terhadap tingkahlaku orang-orang di Amerika dan di England. Beliau menekankan bahawa kajian ke atas masyarakat merupakan satu bidang saintifik. Di antara sumbangan beliau adalah sebuah buku kaedah kajian sosial yang bertajuk, How to Observe Manners and Morals (1838).

Rajah 1.3: Harriet Martineau

Martineau memperjuangkan kemajuan kaum wanita. Beliau mengkaji bagaimana asas nilai moral negara yang muda seperti Amerika mencorak penyusunan institusinya. Beliau juga menekankan persamaan di antara kedudukan wanita dalam masyarakat Barat dan hamba di Amerika di mana beliau memperjuangkan kebebasan dan keadilan untuk mereka. Walaupun Martineau merupakan ahli sosiologi yang terkenal dan berpengaruh, namun sumbangan beliau kepada sosiologi diketepikan oleh kaum lelaki yang menguasai bidang tersebut pada masa itu. Sumbangan beliau yang signifikan hanya diketengahkan baru-baru ini sahaja.

Page 9: Apa itu sosiologi

TOPIK 1 APA ITU SOSIOLOGI? 9

1.2.3 Herbert Spencer

Sejauh manakah sumbangan Herbert Spencer (sila lihat Rajah 1.4) kepada dunia sosiologi?

Rajah 1.4: Herbert Spencer

Herbert Spencer (1820 1903), seorang ahli sosiologi Inggeris, bersependapat dengan Comte tentang statik sosial dan dinamik sosial. Beliau melihat masyarakat sebagai satu sistem biologi yang terdiri daripada bahagian-bahagian yang saling berhubungan. Menurut beliau, masyarakat terdiri daripada pelbagai institusi (keluarga, agama, pendidikan, kerajaan dan ekonomi) seperti sebuah badan manusia yang terdiri daripada pelbagai organ. Beliau memfokus kepada struktur dan sumbangan fungsi struktur ini kepada kewujudan sesebuah masyarakat. Pada hari ini, masyarakat yang berstruktur sedemikian disebut dalam teori fungsional-struktur.

Spencer percaya bahawa dunia akan berkembang dengan lebih baik. Beliau menerangkan bahawa kerajaan tidak seharusnya campur tangan dalam perkembangan dalam masyarakat. Manusia dan corak masyarakat yang kukuh akan hidup manakala mereka yang tidak kukuh akan mati. Sekiranya prinsip ini dibenarkan wujud dengan bebas, manusia dan institusi sosial akan menyesuaikan diri dengan persekitaran dan berkembang ke tahap yang lebih tinggi. Pandangan Spencer menunjukkan bahawa persepsi kita terhadap diri kita dan juga persekitaran kita dicorak oleh zaman sosial yang kita lalui.

1.2.4 Emile Durkheim

Apakah sumbangan Emile Durkheim (sila lihat Rajah 1.5) kepada bidang sosiologi? Emile Durkheim (1858 1917) menumpukan perhatian beliau kepada cara masyarakat hidup bersama dan mengekalkan keharmonian. Menurut beliau, sosiologi adalah konsep penyatuan sosial yang melibatkan perhubungan sosial yang wujud di kalangan sekumpulan manusia. Hubungan yang rapat di antara ahli kumpulan akan menghasilkan perasaan yang lebih kukuh serta bermakna. Beliau berpendapat penyatuan sosial penting untuk menyokong keharmonian dan kesejahteraan individu. Maka beliau mencadangkan bahawa untuk seseorang individu mengekalkan kesejahteraan hidupnya, dia perlu mencari sesuatu yang bermakna di luar dirinya. Perkara ini wujud dalam konteks

Page 10: Apa itu sosiologi

TOPIK 1 APA ITU SOSIOLOGI? 10

penglibatannya dalam kumpulan masyarakat di sekelilingnya. Durkheim cuba menerangkan bahawa keruntuhan hubungan sosial (misalnya perceraian) akan mengakibatkan kesan negatif. Dalam sesetengah keadaan, ini akan mendorong seseorang itu untuk membunuh diri.

Rajah 1.5: Emile Durkheim

Seterusnya, Durkheim percaya bahawa kita perlu memfokus kepada kumpulan dan bukannya individu. Beliau menekankan fakta sosial (social factor) yang merujuk kepada aspek-aspek kehidupan sosial yang tidak boleh dijelaskan secara biologikal atau ciri-ciri mental individu tersebut. Menurut beliau, manusia mengalami fakta sosial sebagai pengalaman luaran di mana ia menjadi sebahagian daripada pengamatan manusia terhadap alam sekelilingnya. Maka fakta sosial berperanan mengawal tingkahlaku yang melibatkan peraturan, nilai moral, undang-undang serta corak tingkahlaku di sekeliling yang akan mempengaruhi kehidupan manusia seharian. Durkheim juga menekankan aspek peraturan sosial yang melibatkan kepercayaan individu. Seseorang individu itu tidak boleh lepas daripada dipandang serong oleh masyarakat sekiranya ia melanggar peraturan sosial ini. Seterusnya, Durkheim menyentuh tentang bahan-bahan fakta sosial yang merangkumi masyarakat dan institusi utama (misalnya kerajaan, agama, keluarga dan pendidikan) dan juga beberapa bentuk yang terdapat dalam masyarakat (misalnya corak rumah, tahap jenayah, taburan populasi dan sebagainya). Manakala aspek-aspek yang bukannya bahan fakta sosial adalah seperti peraturan sosial, prinsip moraliti, pengertian kepada simbol-simbol dan kesedaran yang wujud daripada pengamatan kepada fakta-fakta sosial ini. Durkheim merupakan ahli sosial yang pertama yang cuba berdepan dengan masalah kompleks yang berkaitan dengan disiplin dan kepantasan kehidupan sosial manusia seharian.

Page 11: Apa itu sosiologi

TOPIK 1 APA ITU SOSIOLOGI? 11

1.2.5 Max Weber

Apakah kaitan Max Weber (sila lihat Rajah 1.6) dengan bidang sosiologi? Max Weber (1864 1920) merupakan ahli sosiologi yang mempunyai pengaruh yang kuat ke atas bidang sosiologi selain daripada Karl Marx. Pengaruh beliau boleh dilihat dalam kehidupan sosial yang merangkumi topik-topik seperti politik, organisasi, stratifikasi sosial, perundangan, agama, kapitalisme, muzik, bandar dan perbandingan budaya.

Rajah 1.6: Max Weber Weber mengkaji tentang tingkahlaku manusia daripada aspek-aspek seperti niat, nilai, kepercayaan dan sikap. Beliau menggunakan pendekatan „memahami‰ atau „melihat‰ dalam menggambarkan hubungan manusia dengan tingkahlakunya. Lazimnya, ahli sosiologi akan cuba meletakkan dirinya dalam keadaan orang lain dan mengenalpasti apakah yang difikir olehnya dan apakah perasaan mereka. Weber berpandangan bahawa ahli sosiologi perlu menyiasat lebih daripada apa yang terdapat dalam tingkahlaku manusia. Weber percaya adalah penting untuk ahli sosiologi mengkaji definisi yang digunakan oleh manusia dalam membentuk tingkahlaku mereka. Di antara kehebatan sumbangan Weber dalam sosiologi ialah konsep „kesempurnaan‰ (ideal type). Misalnya, jabatan polis dan bomba mempunyai perbezaan dalam banyak aspek seperti matlamat, prosedur, dan bagaimana setiap jabatan memberi khidmat kepada masyarakat. Walaubagaimanapun, kedua-dua jabatan mempunyai persamaan dalam aspek birokrasi. Konsep kesempurnaan ini mempunyai piawaian yang menjadi pengukur dalam menilai kes-kes sebenar. Sekiranya ahli sosiologi menetapkan situasi dan peristiwa bersejarah sebagai bukti bahawa kesempurnaan birokrasi mempunyai ciri-ciri spesifik, maka mereka boleh membuat perbandingan di antara kesempurnaan ini dengan birokrasi yang wujud dan seterusnya memberikan penjelasan mengapa terdapat perbezaan di antara kedua-dua birokrasi. Dengan itu, kita boleh mempelajari apakah perbezaan yang wujud di antara cara organisasi-organisasi tersebut berfungsi.

Page 12: Apa itu sosiologi

TOPIK 1 APA ITU SOSIOLOGI? 12

1.2.6 Karl Marx

Karl Marx (1818 1883) merupakan seorang ahli falsafah, sejarah, ekonomi dan politik. Beliau melihat setiap bidang tersebut melalui cara saintifik di mana beliau menggunakan sains untuk memahami masyarakat dan juga sebagai alat untuk membentuk masyarakat. Marx ingin mengubah struktur institusi kapitalis dan menubuhkan institusi baru untuk memberi khidmat kepada masyarakat.

Rajah 1.7: Karl Marx Marx cuba mencari prinsip asas dalam sejarah. Beliau menumpukan pencariannya ke atas persekitaran ekonomi masyarakat yang sedang membangun, terutamanya daripada aspek teknologi dan cara mereka merancang pengeluaran mereka (memburu, mengumpul hasil pertanian, industri). Pada setiap zaman dalam sejarah, aspek-aspek inilah yang akan mengimlakkan sesebuah kumpulan dalam masyarakat di mana mereka ini yang akan menguasai dan juga kumpulan yang akan dikuasai. Marx berpendapat bahawa sesebuah masyarakat dibahagikan kepada mereka yang mempunyai keupayaan untuk menjana kemewahan dan mereka yang tidak mampu berbuat demikian. Keadaan inilah yang akan menimbulkan konflik kelas dalam masyarakat. Beliau percaya bahawa sejarah dibentuk oleh konflik di antara kelas-kelas dalam masyarakat, misalnya, konflik di antara masyarakat patricians dan plebeians dan di antara hamba dan tuan pada zaman Rom. Beliau berpandangan bahawa perkembangan masyarakat bergantung atas pertembungan pendapat yang berlainan dan ini mengakibatkan wujudnya struktur yang lebih hebat. Menurut beliau, dunia ini bukannya mengandungi struktur yang statik tetapi melalui proses penstrukturan yang dinamik.

Page 13: Apa itu sosiologi

TOPIK 1 APA ITU SOSIOLOGI? 13

APLIKASI SOSIOLOGI DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN KITA PADA ABAD KE-20

Mungkin sudah terlintas dalam fikiran anda: apakah gunanya saya mempelajari sosiologi? Bagaimanakah saya mengaplikasikan teori-teori sosiologi dalam mengharungi kehidupan seharian yang bergerak dengan cukup pantas? Dalam abad ke-20 yang semakin pesat membangun dalam aspek sains dan teknologi, apakah kepentingan sosiologi dalam kehidupan seharian kita? Apabila sosiologi diaplikasikan dalam kehidupan seharian, kita akan mendapat manfaat-manfaat berikut: (a) Menolong kita menilai kebenaran asas logik. Pendekatan sosiologi

menggalakkan manusia bertanya:

• Sama ada kepercayaan yang dianuti itu benar atau tidak,

• Sejauh manakah ia benar atau tidak, dan

• Mengapa kepercayaan tersebut diterima oleh masyarakat.

(b) Perspektif sosiologi membuat kita melihat sesuatu peluang atau kekangan dalam hidup kita secara lebih kritikal. Apabila kita melihat sesuatu melalui kanta sosiologi, kita dapat menyimpulkan bahawa dalam kehidupan kita boleh terlibat dalam menentukan sesuatu tetapi masyarakatlah yang berhak membuat penentuan terakhir. Maka lebih banyak kita memahami tentang kehidupan, semakin bijaklah kita mengendalikan kehidupan kita. Sosiologi membantu kita mencapai matlamat kita dengan lebih berkesan.

1.3

Jelaskan dengan ringkas sumbangan setiap ahli sosiologi berikut kepada bidang sosiologi serta perbezaan pendapat di antara mereka:

• Auguste Comte

• Harriet Martineau

• Herbert Spencer

• Emile Durkheim

• Max Weber

• Karl Marx

SEMAK KENDIRI 1.4

Page 14: Apa itu sosiologi

TOPIK 1 APA ITU SOSIOLOGI? 14

(c) Perspektif sosiologi mendorong kita melibatkan diri secara aktif dalam masyarakat. Sekiranya kita memahami bagaimana masyarakat berfungsi, kita mampu menjadi ahli masyarakat yang aktif. Kepada sesetengah pihak, ini bermakna mereka memberi sokongan kepada masyarakat, manakala yang lain pula cuba mengubah masyarakat atau dunia dengan menggunakan pelbagai cara. Dalam kita mengukur mana-mana aspek masyarakat, kita perlu mengenalpasti tekanan sosial dan menguji kesannya.

(d) Perspektif sosiologi membolehkan kita hidup dalam berbagai „dunia‰.

Setiap kaum dalam negara-negara di dunia ini hidup dengan cara mereka tersendiri. Setiap masyarakat akan mengatakan bahawa cara hidup mereka adalah yang „terbaik‰ dan „lebih baik‰ daripada masyarakat yang lain. Perspektif sosiologi akan menggalakkan kita berfikir secara kritikal tentang kekuatan dan kelemahan semua cara hidup masyarakat di dunia ini termasuk masyarakat kita sendiri.

Seperti yang dibincangkan, memang jelas bahawa sosiologi banyak mencabar kita membuka minda kita untuk meneroka alam sosial yang kita lalui secara objektif dan kritikal. Dengan mendalami ilmu sosiologi, kita diperkasakan dengan ilmu yang boleh membantu kita memahami bagaimana struktur-struktur sosial dalam hidup kita mempengaruhi dan menentukan tingkahlaku kita sebagai manusia. Pada abad ke-20 yang mencabar ini, sosiologi masih relevan kerana ia berupaya menjawab persoalan asas yang difikirkan oleh manusia: siapakah manusia dalam konteks masyarakat sekelilingnya?

• Bidang sosiologi mempunyai pertalian dengan bidang-bidang lain seperti ekonomi, sejarah, sains politik, psikologi, antropologi dan kerja sosial.

• Perspektif sosiologi berlainan daripada perspektif asas logik. Ahli sosiologi membuat kajian berdasarkan fakta manakala mereka yang berpegang kepada

AKTIVITI 1.1

1. Jelaskan bagaimana sosiologi boleh membantu kita dalam kehidupan seharian.

2. Setakat ini, adakah anda berminat dengan subjek sosiologi? Jika ya, apakah ciri-ciri sosiologi yang menarik minat anda?

Page 15: Apa itu sosiologi

TOPIK 1 APA ITU SOSIOLOGI? 15

perspektif asas logik lebih tertumpu kepada kepercayaan dan perkara yang subjektif.

• Di antara tokoh-tokoh sosiologi yang terkenal termasuklah Auguste Comte, Harriet Martineau, Herbert Spencer, Emile Durkheim, Max Weber dan Karl Marx. Mereka merupakan pengasas kepada bidang sosiologi.

• Pada hari ini, sosiologi merupakan bidang yang sangat penting kerana ia boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian kita.

Antropologi

Asas logik (common sense)

Auguste Comte

Ekonomi

Emile Durkheim

Harriet Martineau

Herbert Spencer

Imaginasi sosiologi

Karl Marx

Kerja sosial

Kesempurnaan (ideal type)

Max Weber

Psikologi

Sains politik

Sejarah

Sosiologi aplikasi

Gelles, J. G., & Levine, A. (1995). Sociology: An introduction. New York:

McGraw-Hill.

Schaefer, R. T., & Lamm, R. P. (1992). Sociology. New York: McGraw-Hill.

http://plasma.nationalgeographic.com/mapmachine

http://www.nationaatlas.gov