“tiada kejayaan yang datang bergolek. sebaliknya, ia ... jpm - disember 2019 compress.pdfmajlis...
TRANSCRIPT
Edisi Disember 2019
“Tiada kejayaanyang datang bergolek.Sebaliknya, ia memerlukan usaha daripada kita” - PM
2 Disember 2019 – “Dalam Wawasan Kemakmuran Bersama ini kita telah menentukan
bahawa semua pihak akan menikmati kekayaan negara kita ini dan ianya (Wawasan
Kemakmuran Bersama) menjadi satu dasar yang amat penting kerana tujuannya adalah
untuk mengurangkan jarak perpisahan antara yang kaya dan miskin”, kata YAB Perdana
Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada Majlis Perjumpaan Bersama Warga JPM bagi bulan
Disember dan yang terakhir untuk tahun 2019 bertempat di Dataran Perdana, Kompleks
A. Sehubungan itu, YAB Perdana Menteri di dalam ucapannya memohon agar pegawai
Kerajaan untuk memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada golongan miskin bagi mengatasi
kemiskinan yang menjadi batu penghalang kepada kemajuan negara agar negara kita
dapat membangun dengan pesat serta dapat disenaraikan di kalangan negara-negara yang
maju seperti negara Jepun, Korea Selatan dan China. Perhimpunan ini turut dihadiri YAB
Timbalan Perdana Menteri, YB Menteri-Menteri dan Timbalan Menteri di JPM, YBhg. Ketua
Setiausaha Negara, YBhg. Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, JPM serta semua Ketua
Jabatan/Agensi di bawah JPM.
6 Disember 2019 - Acara tahunan Taska Permata PUSPANITA dan Tabika Kemas PUSPANITA
JPM 2019 iaitu Majlis Konvokesyen yang penuh gilang gemilang yang dirancang khusus
kepada kanak-kanak yang berjaya menamatkan sesi pembelajaran di kelas masing-masing
telah dilaksanakan bertempat di Auditorium Blok B1, Kompleks JPM dan dirasmikan oleh
YBhg. Dato’ Hj Hasnol Zam Zam Bin Hj. Ahmad. Pada majlis tersebut, tetamu jemputan
telah dipersembahkan dengan pelbagai persembahan yang sungguh menarik dan berbakat
daripada kanak-kanak taska dan tabika ini.
Tahniah pihak Pengurusan Taska Permata PUSPANITA dan Tabika Kemas PUSPANITA JPM
di atas penganjuran majlis yang sekaligus dapat menghargai usaha dan ketrampilan serta
penglibatan kanak-kanak Taska dan Tabika yang telah berjaya menamatkan pelajaran serta
mendidik kanak-kanak agar sentiasa mengenang jasa para pendidik dan ibu bapa yang
menghargai mereka. Majlis sebegini juga menjadi platform dalam mengeratkan silaturahim
antara semua pihak yang terlibat.
KANAK-KANAK TASKA PERMATA PUSPANITA & TABIKA
KEMAS PUSPANITA JPM
DIRAIKAN DI MAJLIS KONVOKESYEN BERSAMA
RAKAN-RAKAN, PENDIDIK & KELUARGA
11 Disember 2019 – JPM menyokong usaha
Kementerian Kesihatan Malaysia dalam
meningkatkan kualiti tahap kesihatan masyarakat
dan warganya. Justeru itu, bagi menyahut seruan
tersebut, Program Hari Kesihatan JPM 2019
telah berjaya dilaksanakan dengan menyediakan
pelbagai peluang khidmat pemeriksaan dan
pameran berkaitan kesihatan dari klinik dan hospital
yang dibawa khas ke Kompeks JPM. Antaranya
adalah pemeriksaan tekanan darah, komposisi
badan (BMI), pergigian, saringan kanser serviks
dan ujian HPV secara percuma dan saringan paras
karbon monoksida dalam peparu menerusi ujian
pernafasan dengan alat smokelyzer.
YBhg. Dato’ Hj Hasnol Zam Zam Bin Hj. Ahmad
dalam ucapan perasmiannya telah menyeru
agar warga JPM perlu mengambil peluang di
program ini untuk memanfaatkan perkhidmatan
yang ditawarkan bagi memastikan program yang
dianjurkan ini mencapai matlamatnya untuk
membentuk warga kerja sihat yang mempraktikkan
gaya hidup sihat serta pengesanan awal bagi
intervensi penyakit tidak berjangkit.
Mendapat Sambutan Hangat dari Warga JPM
Program
Pada program yang sama juga, YBhg. Dato’ TKSUK
telah melancarkan “Komuniti Sihat Pembina
Negara” (KOSPEN) PLUS JPM . Melalui perasmian
ini KOSPEN PLUS JPM akan memulakan pengisian
program dengan Taklimat Pasukan KOSPEN oleh
Jabatan Kesihatan Putrajaya. Pasukan KOSPEN
PLUS JPM ini akan diurus setiakan oleh Badan
Kebajikan dan Sukan JPM dengan kerjasama
Pasukan AKRAB JPM (Seksyen Psikologi,
Bahagian Sumber Manusia, JPM). Pasukan
tersebut akan menjalankan program dan aktiviti
bermula Januari 2020 dengan tumpuan utama
kepada proses pemupukan nilai dan cara hidup
sihat di kalangan warga JPM.
Tahniah dan terima kasih kepada Kelab Bukit
Perdana dengan kerjasama Badan Kebajikan
dan Sukan PAJPM, Seksyen Perpustakaan,
Bahagian Khidmat Pengurusan JPM dan Seksyen
Pengurusan Psikologi, Bahagian Sumber Manusia
JPM di atas penganjuran Program Hari Kesihatan
JPM.
Sekalung penghargaan dan terima kasih juga
kepada pihak Pejabat Kesihatan Daerah Putrajaya,
Klinik Kesihatan (Pergigian) Putrajaya Presint
18 dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia
Cawangan Putrajaya di atas kesudian menjadi
rakan kerjasama dalam penganjuran program ini.
Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 (KL Summit 2019) yang telah berlangsung bermula
18 hingga 21 Disember telah menghimpunkan seramai 450 delegasi dari 56 buah negara di
Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Penganjuran KL Summit 2019 ini bertujuan untuk menjadi platform kepada para pemikir,
intelektual, ulama, ahli politik dan para pemimpin masyarakat daripada negara-negara
Islam bagi membincangkan pelbagai isu dan solusi kepada kesejahteraan ummah. Sidang
kemuncak ini telah memberi tumpuan kepada tujuh teras utama iaitu pembangunan dan
kedaulatan negara, integriti dan tadbir urus yang baik, kebudayaan dan identiti, keadilan dan
kebebasan, keamanan, keselamatan dan pertahanan, perdagangan dan pelaburan, serta
teknologi dan tadbir urus internet.
Pemimpin-pemimpin utama negara yang hadir ke sidang kemuncak ini adalah Emir Qatar,
Syeikh Tamim bin Hamad al-Thani, Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, Presiden Iran,
Dr Hassan Rouhani dan Penasihat Negeri kepada Presiden Uzbekistan, Rustam Karimov.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah
berkenan untuk menyampaikan titah diraja pada Perasmian Persidangan KL Summit 2019
di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 19 Disember 2019.
Selain itu, buat julung kalinya Sidang Kemuncak KL Youth 2019 bertemakan ‘Pemberdayaan
Belia dalam Menghadapi Cabaran Global’ juga turut diadakan untuk membincangkan
peranan belia dalam pembangunan negara-negara Islam.
Sementara itu Majlis Perasmian Penutup Kuala Lumpur Summit 2019 telah disempurnakan
oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan
Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, Sultan Perak Darul Ridzuan pada 21 Disember 2019.
PLATFORM TERHADAP INISIATIF PELBAGAI ISU
& SOLUSI KESEJAHTERAAN UMMAH
I M B A S A N
2019 JPM
“ Unit Komunikasi Korporat merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan terima kasih kepada Bahagian/Unit di JPM
dan Jabatan/Agensi di bawah JPM yang telah sama-sama
menyumbang idea dan input sepanjang penerbitan
e-Buletin JPM bagi tahun 2019.”
PENASIHAT
YBhg. Dato’ Hj. Hasnol Zam Zam Bin Hj. Ahmad
Timbalan Ketua Setiausaha Kanan
KETUA EDITOR
Encik Izzad Zalman Bin Abdul Kader
Ketua Komunikasi Korporat
EDITOR
Puan Julina Binti Johan
Encik Azrul Bin Hasan (sehingga September 2019)
Encik Helmy Bin Hamid (bermula Oktober 2019)
PENULIS
Puan Norliza Binti Abdul Mihat
FOTO
Unit Foto UKK, JPM
REKA BENTUK/GRAFIK
Puan Suria Fatin Binti Kamaruddin
Encik Mohamad Shafiq Bin Zulkifli (Oktober hingga Disember 2019)
SIDANG REDAKSI
e-BULETIN JPM 2019
JABATAN PERDANA MENTERI
Diterbitkan oleh:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
Aras -1 Blok B8Jabatan Perdana Menteri
Kompleks Jabatan Perdana MenteriPusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PutrajayaMalaysia
www.jpm.gov.my
Jab.PerdanaMenteri
@jpmgov_
jabatanperdanamenteri