anjakan 11 - moe.gov.my · pdf filedaerah, literasi dan numerasi (linus), enrolmen prasekolah,...

Click here to load reader

Post on 03-May-2019

232 views

Category:

Documents

0 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

Laporan Tahunan 2013 PPPM: Perlu Dirujuk Untuk Penambahbaik Tindakan

Putrajaya, 17 Jun Laporan Tahunan 2013 PPPM yang telah dilancarkan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan merupakan suatu dokumen yang penting buat warga pendidik dalam menambah baik pelaksanaan insiatif PPPM. Berucap semasa Majlis Pelancaran Laporan Tahunan 2013, PPPM, Tan Sri Muhyiddin menyeru warga Kementerian agar tidak mudah leka dengan kejayaan awal pelaksanaan inisiatif PPPM malah banyak cabaran yang perlu dilalui bagi memastikan matlamat PPPM dicapai.

Beliau turut mengumumkan beberapa inisiatif yang telah mencapai KPI yang ditetapkan. Antara inisiatif tersebut ialah Program Transformasi Daerah, Literasi dan Numerasi (LINUS), Enrolmen Prasekolah, dan Transformasi IPG. Majlis ini telah diserikan dengan kehadiran lebih 300 orang yang terdiri daripada YB Menteri Pendidikan II, Timbalan-Timbalan Menteri Pendidikan, Pengerusi PADU Corp, pengurusan tertinggi di KPM, Ahli Panel Penilai & Panel Dialog, warga pendidik serta murid-murid.

1. Pelancaran Laporan Tahunan

2013 PPPM 2. Penataran Maklumat PPPM dan

Pengurusan Perubahan

Dari Meja Pengarang

Sedar, Faham, Mahu dan Boleh Lakukan Fokus keluaran Jun adalah mengenai Penataran Maklumat & Pengurusan Perubahan (PMPP) yang kini diperhebat supaya lebih berfokus dan konsisten. Program PMPP telah mula turun padang ke setiap JPN dan PPD secara berperingkat khusus untuk menyampaikan maklumat secara lebih terperinci dengan teknik yang segar dan interaktif. Objektif PMPP agar kita sedar, faham, mahu dan boleh melakukan agenda pelaksanaan transformasi khususnya PPPM tidak mudah untuk dicapai sekiranya tahap kesediaan, keterlibatan, keyakinan dan komitmen kita masih seperti biasa. Oleh itu sebuah pasukan kerja yang cemerlang amatlah penting untuk menyumbang ke arah kejayaan transformasi pendidikan dan Ia bermula daripada kita sendiri.

Ketua Editor

Buletin Bulanan Tranformasi Kementerian Pendidikan Malaysia Jun 2014

Anjakan ke-15 Jun 2014

ISU BULAN INI

ANJAKAN 11 MENINGKATKAN KETELUSAN UNTUK KEBERTANGUNGJAWAB-AN AWAM SECARA LANGSUNG

Menerbitkan laporan tahunan awam tentang kemajuan sasaran dan inisiatif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia mulai 2013

Melaksanakan semakan komprehensif pada 2015, 2020, 2025

Apapun

pencapaian yang

telah dikecapi, ia

harus dijadikan

panduan untuk

Kementerian

merangka strategi

dan pendekatan

yang lebih baik

Tan Sri Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan

Aktiviti Tarikh Tempat

Mesyuarat PMPP bersama JPN dan PPD Sabah & Sarawak

17 Julai 2014 JPN Sarawak

Sesi Delegasi Brunei-UPSI taklimat PPPM 23 Julai 2014 UPSI

Kajian Pertengahan Tahun PPPM 2013-2025 14-15 Ogos 2014 Port-Dickson

Anjakan ke-15 Jun 2014

Satu daripada faktor penting yang menjadi penentu kepada kejayaan PPPM ialah pelibatan semua warga pendidik dan pihak berkepentingan dalam pelaksanaanya. Para guru sebagai pelaksana yang menentukan masa depan murid bukan sekadar perlu mengetahui dan memahami isi kandungan PPPM tetapi perlu mahu dan boleh melaksanakan inisiatif dalam PPPM. Pihak berkepentingan seperti ibu bapa, pemahaman terhadap PPPM akan meningkatkan keberhasilan murid.

Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Operasi Pendidikan, Dato Hj Sufaat bin Tumin, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penataran Maklumat PPPM dan Pengurusan Perubahan berkata, kefahaman warga pendidik tentang PPPM akan mendorong mereka untuk melaksanakan transformasi pendidikan. Justeru, usaha untuk meningkatkan kefahaman PPPM perlu diperkukuh dan ianya menjadi keutamaan serta tanggungjawab JPN dan PPD untuk melaksanakannya.

Dalam pertemuan bersama-sama Pengarah-Pengarah JPN, IPG dan Pegawai PPD pada 23 Jun 2014, Dato Hj Sufaat telah menetapkan ungkapan Tahu, Faham, Mahu dan Boleh Buat sebagai kata kunci bagi semua JPN dan PPD menggerakkan pelan penataran maklumat PPPM.

Menurut beliau, semua guru perlu memahami keseluruhan aspirasi PPPM dan sampai ke peringkat mahu dan boleh melaksanakan inisiatif yang ada kaitan dengan keberhasilan murid, seperti Literasi Numerasi (LINUS), Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), penggunaan video e-guru dan Sarana Ibu Bapa.

Jawatankuasa

Pelan

Penataran

Maklumat dan

Pengurusan

Perubahan

Sedar, Faham, Mahu Dan Boleh Lakukan

Para peserta mesyuarat Penataran Maklumat dan Pengurusan

Perubahan PPPM di Hotel Bangi-Putrajaya pada 23 Jun 2014

Aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan pada bulan Julai dan Ogos 2014

Pelan Penataran Maklumat dan Pengurusan Perubahan (PMPP)

Pelaksanaan PPPM kini hampir memasuki tahun kedua. Pelbagai usaha telah dilakukan untuk menyebarluas maklumat berkaitan PPPM 2013-2025 agar aspirasi PPPM dapat difahami dan dihayati seterusnya dilaksanakan dengan baik.

Namun begitu, hasil tinjauan yang dilaksanakan oleh PADU jumlah kesedaran masyarakat tentang PPPM masih belum pada peringkat sederhana. Dapatan yang sama juga ditunjukkan dalam kajian yang dilaksanakan oleh IPSOS. Temubual melalui telefon terhadap 450 responden yang berumur 16 tahun ke atas mendapati 1 daripada 3 sedar tentang adanya PPPM.

Kepentingan tentang kefahaman pihak berkepentingan khususnya para guru terhadap PPPM tidak boleh dinafikan dalam usaha Kementerian melakukan transformasi pendidikan. Oleh itu, Jawatankuasa PMPP yang telah dibentuk mengadakan Bengkel Penataran Maklumat untuk mendapatkan pandangan dan input daripada pelbagai agensi swasta yang berjaya. Turut menghadiri bengkel ini ialah pihak berkepentingan termasuk ibubapa, pensyarah IPT dan IPG, pegawai-pegawai Bahagian dan Jabatan serta guru-guru sekolah.

Antara rumusan penting hasil bengkel tersebut ialah keperluan untuk menyalurkan maklumat yang ringkas dan jelas serta disesuaikan dengan sasaran yang tertentu. Saluran komunikasi seperti melalui poster, media, dan pesanan ringkas turut dicadangkan. Hasil daripada bengkel Pelan Penataran Maklumat dan Pengurusan Perubahan (PMPP) telah disediakan untuk dilaksanakan mulai Julai 2014.

Anjakan ke-15 Jun 2014

Tinjauan Kesedaran Masyarakat Tentang PPPM oleh PADU 2014

Keratan akhbar menyatakan keperluan

guru menghayati PPPM

Jika ada sebarang cadangan dan maklumat berkaitan PPPM, hantarkan kepada kami.

Unit Pelaksanaan dan Prestasi Pendidikan Aras 3, Block E9,Kompleks E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya

info@padu.edu.my +03 8872 1605

Program / Aktiviti

Penjelasan Tarikh Mula Tindakan

Info 5 Minit PPPM Menyampaikan maklumat PPPM setiap minggu sebelum mesyuarat

1 Julai 2014 Semua Jabatan/Institusi/Sekolah

Penyediaan sudut PPPM Memaparkan maklumat PPPM di sudut-sudut yang strategik

1 Julai 2014 Semua JPN/PPD/IPG/Kolej Matrikulasi/ sekolah

Pertandingan sudut PPPM Sudut PPPM akan dipertandingkan. Sekolah yang menyediakan sudut PPPM paling kreatif akan dianugerahkan hadiah

Jan Mac 2015 Institusi pendidikan

Maklumat PPPM di buku latihan dan rekod mengajar

Mencetak atau menampal maklumat PPPM di buku rekod mengajar / buku latihan

Jan 2015 Semua sekolah

Pemantapan maklumat PPPM kepada Pegawai JPN,PPD, Pengetua dan Guru Besar

Memberi penjelasan kepada Ketua-ketua Jabatan / Juru latih Utama sebagai pakar rujuk PPPM di peringkat negeri / daerah

Ogos 2014 Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (di bawah Program Transformasi Daerah)

Penilaian Kajian tentang tahap kefahaman warga pendidik berkaitan PPPM

Disember 2014 BPPDP

Info 5 Minit PPPM

Info 5 Minit PPPM merupakan salah satu program yang

terkandung dalam Pelan Penataran Maklumat PPPM dan

Pengurusan Perubahan. Bagi menjayakan program ini semua

Ketua Jabatan di setiap Bahagian, Jabatan, institusi mahu pun

di sekolah, dikehendaki menyampaikan maklumat PPPM

dalam masa lebih kurang lima minit seminggu semasa

mesyuarat bengkel, kursus atau perhimpunan di sekolah.

PADU akan membekalkan maklumat PPPM dalam bentuk slaid

berserta penjelasan ringkas untuk tindakan ketua-ketua

jabatan. Melalui Info 5 Minit PPPM diharapkan maklumat

PPPM dapat disampaikan kepada warga pendidik secara

berterusan.

Anjakan ke-15 Jun 2014

Pelan Penataran Maklumat dan Pengurusan Perubahan Julai hingga Disember 2014

Antara slaid yang digunakan untuk Info 5 Minit PPPM

mailto:info@padu.edu.my

View more