ancaman-ancaman oleh golongan liberalisme …

28
1 ANCAMAN-ANCAMAN OLEH GOLONGAN LIBERALISME (TERMASUK SEKULARISME, HEDONISME, PLURALISME, AGNOTISME) (LAPORAN 5) MUKADDIMAH Gerakan Liberalisme adalah bersifat agenda centric. Maka, mereka menggunakan beberapa platform strategik yang dijadikan alat untuk memastikan idealisme Liberalisme dan fahaman-fahaman sekutunya berjaya disebarluaskan dan diterima pakai. Platform-platform utama tersebut adalah: 1. Personaliti-personaliti berpengaruh/berprofil tinggi 2. Pertubuhan-pertubuhan 3. Perhimpunan massa 4. Pertemuan pemikiran 5. Media cetak 6. Media siber dan media sosial 7. Hiburan 8. Institusi-institusi kritikal 9. Sokongan dan campur tangan asing 1. PERSONALITI-PERSONALITI BERPENGARUH/BERPROFIL TINGGI Menggunakan personaliti-personaliti berpengaruh dan berprofil tinggi termasuklah dalam bidang politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), agamawan, perundangan, sosial serta seni dan budaya. Menggunakan strategi tarikan dengan menyerlahkan personaliti- personaliti berkenaan sebagai pemimpin, ahli pemikir, cendekiawan, aktivis sosial dan hak sasi manusia serta seniman dan budayawan.

Upload: others

Post on 18-Feb-2022

23 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ANCAMAN-ANCAMAN OLEH GOLONGAN LIBERALISME …

ANCAMAN-ANCAMAN OLEH GOLONGAN LIBERALISME (TERMASUK SEKULARISME, HEDONISME, PLURALISME, AGNOTISME)

1

ANCAMAN-ANCAMAN OLEH GOLONGAN LIBERALISME (TERMASUK SEKULARISME,

HEDONISME, PLURALISME, AGNOTISME)

(LAPORAN 5)

MUKADDIMAH

Gerakan Liberalisme adalah bersifat agenda centric. Maka, mereka menggunakan

beberapa platform strategik yang dijadikan alat untuk memastikan idealisme

Liberalisme dan fahaman-fahaman sekutunya berjaya disebarluaskan dan diterima

pakai. Platform-platform utama tersebut adalah:

1. Personaliti-personaliti berpengaruh/berprofil tinggi

2. Pertubuhan-pertubuhan

3. Perhimpunan massa

4. Pertemuan pemikiran

5. Media cetak

6. Media siber dan media sosial

7. Hiburan

8. Institusi-institusi kritikal

9. Sokongan dan campur tangan asing

1. PERSONALITI-PERSONALITI BERPENGARUH/BERPROFIL TINGGI

Menggunakan personaliti-personaliti berpengaruh dan berprofil tinggi

termasuklah dalam bidang politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO),

agamawan, perundangan, sosial serta seni dan budaya.

Menggunakan strategi tarikan dengan menyerlahkan personaliti-

personaliti berkenaan sebagai pemimpin, ahli pemikir, cendekiawan,

aktivis sosial dan hak sasi manusia serta seniman dan budayawan.

Page 2: ANCAMAN-ANCAMAN OLEH GOLONGAN LIBERALISME …

ANCAMAN-ANCAMAN OLEH GOLONGAN LIBERALISME (TERMASUK SEKULARISME, HEDONISME, PLURALISME, AGNOTISME)

2

Memberi sokongan termasuk dalam bentuk pernyataan politik,

kerjasama, bantuan, moral dan setiakawan sama ada untuk individu

atau pertubuhan yang diwakili oleh personaliti berkenaan yang

mempunyai agenda terselindung.

Menawarkan sokongan sama ada dalam bentuk kewangan, kedudukan,

jawatan, kemudahan, pembelaan mahupun perlindungan kepada

personaliti-personaliti yang berpotensi menjayakan agenda mereka.

Page 3: ANCAMAN-ANCAMAN OLEH GOLONGAN LIBERALISME …

ANCAMAN-ANCAMAN OLEH GOLONGAN LIBERALISME (TERMASUK SEKULARISME, HEDONISME, PLURALISME, AGNOTISME)

3

Page 4: ANCAMAN-ANCAMAN OLEH GOLONGAN LIBERALISME …

ANCAMAN-ANCAMAN OLEH GOLONGAN LIBERALISME (TERMASUK SEKULARISME, HEDONISME, PLURALISME, AGNOTISME)

4

Page 5: ANCAMAN-ANCAMAN OLEH GOLONGAN LIBERALISME …

ANCAMAN-ANCAMAN OLEH GOLONGAN LIBERALISME (TERMASUK SEKULARISME, HEDONISME, PLURALISME, AGNOTISME)

5

2. PERTUBUHAN-PERTUBUHAN

Memfokus pada pertubuhan-pertubuhan yang berupaya menjayakan

misi dan agenda mereka. Antaranya pertubuhan politik, pertubuhan

agama, pertubuhan profesional, pertubuhan bukan kerajaan,

pertubuhan belia, pertubuhan media, pertubuhan seni dan sebagainya.

Memperkukuhkan idealisme Liberalisme dan fahaman-fahaman

sekutunya dengan memberi jenama atau label baharu khususnya kepada

Islam seperti Islam Liberal, Islam Progresif dan Islam Kontemporari.

Memanipulasi dan mensensasikan sesuatu isu dengan segera khususnya

berkaitan dengan hukum dan ketetapan syari’at Islam dengan

menggunakan alasan pembelaan hak asasi manusia serta menuntut

keadilan dan kesaksamaan.

Mempergiatkan usaha menghakis hak dan keistimewaan Islam dan umat

Melayu dengan menggunakan alasan menuntut hak sama rata bagi

masyarakat tanpa mengira agama dan bangsa.

Page 6: ANCAMAN-ANCAMAN OLEH GOLONGAN LIBERALISME …

ANCAMAN-ANCAMAN OLEH GOLONGAN LIBERALISME (TERMASUK SEKULARISME, HEDONISME, PLURALISME, AGNOTISME)

6

Memperkukuhkan rangkaian kerjasama strategik antara pertubuhan

domestik dengan pertubuhan-pertubuhan asing bagi menonjolkan

penguasaan gerakan Liberalisme.

Menjadikan beberapa kelompok kritikal sebagai kumpulan sasaran yang

dipadankan dengan agenda gerakan Liberalisme. Ini termasuklah

pemimpin politik, pemimpin pertubuhan sosial, golongan agamawan,

golongan cendekiawan, golongan profesional, golongan belia, penuntut

IPT, selebriti dan golongan bermasalah segi sosioekonomi.

Page 7: ANCAMAN-ANCAMAN OLEH GOLONGAN LIBERALISME …

ANCAMAN-ANCAMAN OLEH GOLONGAN LIBERALISME (TERMASUK SEKULARISME, HEDONISME, PLURALISME, AGNOTISME)

7

Page 8: ANCAMAN-ANCAMAN OLEH GOLONGAN LIBERALISME …

ANCAMAN-ANCAMAN OLEH GOLONGAN LIBERALISME (TERMASUK SEKULARISME, HEDONISME, PLURALISME, AGNOTISME)

8

Page 9: ANCAMAN-ANCAMAN OLEH GOLONGAN LIBERALISME …

ANCAMAN-ANCAMAN OLEH GOLONGAN LIBERALISME (TERMASUK SEKULARISME, HEDONISME, PLURALISME, AGNOTISME)

9

3. PERHIMPUNAN MASSA (DEMONSTRASI/KEMPEN)

Menganjurkan perhimpunan massa seperti demonstrasi dan kempen

bertujuan untuk mempengaruhi masyarakat dan memberi gambaran

bahawa gerakan mereka mendapat sokongan sosial yang tinggi.

Memanipulasi dan mensensasikan isu-isu kritikal termasuk berkaitan

dengan agama, politik, ekonomi, sosial, alam sekitar dan perundangan

bagi meraih dan memperluaskan sokongan daripada masyarakat.

Menyerlahkan sokongan, kerjasama serta toleransi antara kaum, agama

dan profesion untuk meyakinkan kelompok sasaran untuk menerima

dan mendukung fahaman atau pemikiran yang diperjuangkan.

Menyalah tafsir dan menyempitkan ajaran Islam sehingga mengelirukan

umat Islam dan mula terpengaruh dengan fahaman dan pemikiran

Liberalisme serta fahaman-fahaman sekutunya.

Memberi pembelaan kepada kelompok atau aktiviti-akvititi yang

bertentangan dengan syari’at Islam dan menyalahi akhlak Islamiyyah.

Page 10: ANCAMAN-ANCAMAN OLEH GOLONGAN LIBERALISME …

ANCAMAN-ANCAMAN OLEH GOLONGAN LIBERALISME (TERMASUK SEKULARISME, HEDONISME, PLURALISME, AGNOTISME)

10

Page 11: ANCAMAN-ANCAMAN OLEH GOLONGAN LIBERALISME …

ANCAMAN-ANCAMAN OLEH GOLONGAN LIBERALISME (TERMASUK SEKULARISME, HEDONISME, PLURALISME, AGNOTISME)

11

Page 12: ANCAMAN-ANCAMAN OLEH GOLONGAN LIBERALISME …

ANCAMAN-ANCAMAN OLEH GOLONGAN LIBERALISME (TERMASUK SEKULARISME, HEDONISME, PLURALISME, AGNOTISME)

12

4. PERTEMUAN PEMIKIRAN (SEMINAR/FORUM)

Memperkukuhkan fahaman dan pemikiran Liberalisme menerusi

penganjuran program-program berlabelkan pemikiran, intelektual,

ilmiah dan profesional atas platform persidangan, seminar, forum dan

sebagainya.

Mempertahankan gagasan-gagasan Liberalisme dengan mengundang

para panelis yang terdiri daripada individu-individu berpengaruh sama

ada dalam bidang agama, politik, perundangan, pentadbiran, ekonomi,

ilmiah, kewartawanan, NGO dan kepemimpinan belia dalam kalangan

rakyat Malaysia mahupun panelis dari negara asing.

Menubuh atau mewujudkan kerjasama strategik dengan pertubuhan-

pertubuhan NGO, pemikiran dan intelektual yang berperanan sebagai

lidah penyampai agenda dan perisai bagi menangkis sebarang usaha

untuk mematahkan gerakan menyebarkan fahaman serta pemikiran

Liberalisme.

Menampilkan tema-tema yang menarik bagi persidangan, seminar

mahupun forum yang dianjurkan sebagai strategi menarik minat

masyarakat untuk menyertai program berkenaan.

Mengadakan program di tempat-tempat yang strategik, eksklusif dan

beridentitikan keintelektualan dan profesional untuk menarik lebih

ramai penyertaan dan meyakinkan masyarakat.

Page 13: ANCAMAN-ANCAMAN OLEH GOLONGAN LIBERALISME …

ANCAMAN-ANCAMAN OLEH GOLONGAN LIBERALISME (TERMASUK SEKULARISME, HEDONISME, PLURALISME, AGNOTISME)

13

Membuka penyertaan kepada masyarakat secara terbuka dan percuma

bagi kebanyakan program-program yang dianjurkan.

Page 14: ANCAMAN-ANCAMAN OLEH GOLONGAN LIBERALISME …

ANCAMAN-ANCAMAN OLEH GOLONGAN LIBERALISME (TERMASUK SEKULARISME, HEDONISME, PLURALISME, AGNOTISME)

14

Page 15: ANCAMAN-ANCAMAN OLEH GOLONGAN LIBERALISME …

ANCAMAN-ANCAMAN OLEH GOLONGAN LIBERALISME (TERMASUK SEKULARISME, HEDONISME, PLURALISME, AGNOTISME)

15

5. MEDIA CETAK (AKHBAR/KENYATAAN AKHBAR/PENULISAN

BUKU/KARYA KREATIF)

Mempergunakan media cetak secara optimum dalam membangkitkan

isu-isu dan pemikiran Liberalisme. Ini termasuklah penulisan artikel

atau komentar dalam akhbar atau majalah, penulisan buku, majalah

serta karya kreatif seperti komik dan penulisan kartun.

Mewujudkan rangkaian penerbit dan kedai buku yang memberi

sokongan pada penulisan, penerbitan dan penjualan penulisan-

penulisan yang mengandungi fahaman, pemikiran dan agenda

Liberalisme.

Memfokus pada penyiaran yang bermediumkan bahasa Inggeris dalam

usaha memperkukuhan pengaruh dalam kalangan golongan profesional

dan mereka yang berpendidikan Barat serta membataskan reaksi dan

tindakan daripada agensi penguatkuasa agama dan umat Melayu-Islam

yang masih kuat berpegang pada ajaran Islam yang tulen.

Page 16: ANCAMAN-ANCAMAN OLEH GOLONGAN LIBERALISME …

ANCAMAN-ANCAMAN OLEH GOLONGAN LIBERALISME (TERMASUK SEKULARISME, HEDONISME, PLURALISME, AGNOTISME)

16

Page 17: ANCAMAN-ANCAMAN OLEH GOLONGAN LIBERALISME …

ANCAMAN-ANCAMAN OLEH GOLONGAN LIBERALISME (TERMASUK SEKULARISME, HEDONISME, PLURALISME, AGNOTISME)

17

Page 18: ANCAMAN-ANCAMAN OLEH GOLONGAN LIBERALISME …

ANCAMAN-ANCAMAN OLEH GOLONGAN LIBERALISME (TERMASUK SEKULARISME, HEDONISME, PLURALISME, AGNOTISME)

18

Page 19: ANCAMAN-ANCAMAN OLEH GOLONGAN LIBERALISME …

ANCAMAN-ANCAMAN OLEH GOLONGAN LIBERALISME (TERMASUK SEKULARISME, HEDONISME, PLURALISME, AGNOTISME)

19

6. MEDIA SIBER DAN MEDIA SOSIAL

Pemangkin utama pada momentum peluasan pengaruh Liberalisme dan

fahaman-fahaman sekutunya adalah media siber dan media sosial. Ini

termasuklah laman web, blog, facebook, forum, instagram, twitter, wechat,

whatsapp dan sebagainya.

Pemaparan secara terbuka dan berani tentang pendirian, aktiviti dan

amalan budaya songsang menjadi tontonan umum yang sedikit sebanyak

merangsang individu yang longgar pegangan agama Islam turut

terpengaruh.

Penguasaan generasi muda dalam penggunaan teknologi terkini menjadi

sebahagian daripada faktor pengaruh Liberalisme mendapat sambutan

tinggi daripada generasi muda.

Penggunaan strategi pejuang papan kekunci (keyboard warriors) turut

digunakan secara meluas oleh gerakan Liberalisme bagi memastikan

perang saraf dan perang siber berlangsung seiringan serta mendatangkan

impak besar kepada masyarakat.

Penapisan yang longgar dan penguatkuasaan yang lemah dalam

membendung penyebaran anasir-anasir kurang sihat yang antara lainnya

mendukung fahaman dan pemikiran Liberalisme menyebabkan ia tersebar

luas.

Page 20: ANCAMAN-ANCAMAN OLEH GOLONGAN LIBERALISME …

ANCAMAN-ANCAMAN OLEH GOLONGAN LIBERALISME (TERMASUK SEKULARISME, HEDONISME, PLURALISME, AGNOTISME)

20

Page 21: ANCAMAN-ANCAMAN OLEH GOLONGAN LIBERALISME …

ANCAMAN-ANCAMAN OLEH GOLONGAN LIBERALISME (TERMASUK SEKULARISME, HEDONISME, PLURALISME, AGNOTISME)

21

Page 22: ANCAMAN-ANCAMAN OLEH GOLONGAN LIBERALISME …

ANCAMAN-ANCAMAN OLEH GOLONGAN LIBERALISME (TERMASUK SEKULARISME, HEDONISME, PLURALISME, AGNOTISME)

22

Page 23: ANCAMAN-ANCAMAN OLEH GOLONGAN LIBERALISME …

ANCAMAN-ANCAMAN OLEH GOLONGAN LIBERALISME (TERMASUK SEKULARISME, HEDONISME, PLURALISME, AGNOTISME)

23

7. HIBURAN

Meletakkan hiburan sebagai sebahagian saluran utama untuk

melalaikan masyarakat khususnya umat Islam dan umat Melayu.

Menyuntik pemikiran dan budaya hedonisme yang mementingkan

material, kehidupan duniawi dan keseronokan dalam kalangan

masyarakat termasuk amalan hidup secara bebas.

Menjadikan hiburan dan budaya asing termasuk Barat, Bollywood dan

K-Pop sebagai agen yang mempengaruhi masyarakat untuk cenderung

pada prinsip-prinsip Liberalisme dan fahaman-fahaman sekutunya

termasuklah kebebasan, keseronokan, kemewahan serta menolak dan

menyalahkan Tuhan.

Memberi galakan kepada pengkarya-pengkarya baharu khususnya

dalam kalangan generasi muda serta beragama Islam dan berbangsa

Melayu untuk menghasilkan karya yang menepati agenda gerakan

Liberalisme.

Menerbit, menaja dan memberi pengiktirafan ke atas drama, filem dan

teater yang mengandungi unsur-unsur pemikiran Liberalisme dan

fahaman-fahaman sekutunya.

Page 24: ANCAMAN-ANCAMAN OLEH GOLONGAN LIBERALISME …

ANCAMAN-ANCAMAN OLEH GOLONGAN LIBERALISME (TERMASUK SEKULARISME, HEDONISME, PLURALISME, AGNOTISME)

24

Page 25: ANCAMAN-ANCAMAN OLEH GOLONGAN LIBERALISME …

ANCAMAN-ANCAMAN OLEH GOLONGAN LIBERALISME (TERMASUK SEKULARISME, HEDONISME, PLURALISME, AGNOTISME)

25

Page 26: ANCAMAN-ANCAMAN OLEH GOLONGAN LIBERALISME …

ANCAMAN-ANCAMAN OLEH GOLONGAN LIBERALISME (TERMASUK SEKULARISME, HEDONISME, PLURALISME, AGNOTISME)

26

8. INSTITUSI-INSTITUSI KRITIKAL

Memperluaskan pengaruh di institusi-institusi kritikal seperti institusi

pendidikan, institusi penyelidikan, institusi pemikiran, institusi

perundangan dan institusi media (akhbar dan stesen tv dan radio).

Memastikan wujudnya sekumpulan agen-agen gerakan Liberalisme

ditempatkan di institusi-institusi sasaran termasuk merekrut golongan

muda khususnya penuntut-penuntut IPT.

Menaja dan menyokong program-program yang bertemakan

Liberalisme atau berkaitan dengan isu-isu yang mendorong masyarakat

menyebelahi mereka di institusi-institusi sasaran khususnya di IPT.

9. SOKONGAN DAN CAMPUR TANGAN ASING

Mempunyai rangkaian sokongan dan kerjasama strategik dari dalam

dan luar negara untuk menjayakan agenda gerakan Liberalisme di

Malaysia.

Mencadangkan dan membuka peluang kepada badan-badan asing

memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada individu atau

pertubuhan yang mempertahan atau memperjuangkan prinsip dan

Page 27: ANCAMAN-ANCAMAN OLEH GOLONGAN LIBERALISME …

ANCAMAN-ANCAMAN OLEH GOLONGAN LIBERALISME (TERMASUK SEKULARISME, HEDONISME, PLURALISME, AGNOTISME)

27

konsep Liberalisme seperti kebebasan individu, kesaksamaan gender

dan kebebasan beragama.

Memberi perlindungan suaka politik kepada individu-individu Muslim

yang telah terjebak pada isu-isu seperti murtad dan perkahwinan

sesama jenis.

Menggalakkan individu-individu Muslim yang longgar segi pegangan

agama Islam dan terjebak pada amalan serta budaya LGBT untuk

menganggotai pertubuhan-pertubuhan antarabangsa yang akan

memainkan peranan melindungi, mempertahan dan memperjuangkan

hak individu berkenaan meskipun pada hakikatnya ia menyalahi syari’at

Islam, undang-undang dan fitrah manusia.

Page 28: ANCAMAN-ANCAMAN OLEH GOLONGAN LIBERALISME …

ANCAMAN-ANCAMAN OLEH GOLONGAN LIBERALISME (TERMASUK SEKULARISME, HEDONISME, PLURALISME, AGNOTISME)

28