analisis soalan karangan umum

8

Click here to load reader

Upload: valaarmaty-munusamy

Post on 02-Aug-2015

301 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

Page 1: Analisis Soalan Karangan Umum

ANALISIS SOALAN KARANGAN UMUM - TAJUK 1 (INDIVIDU)TAHUN SOALAN2004 (N) Golongan remaja merupakan aset penting kepada negara pada masa hadapan.

Mereka bakal menerajui pemerintahan negara, menjadi tenaga yang memajukan negara dan menjaga kedaulatan negara daripada pelbagai ancaman.Sebagai remaja yang berwawasan, bincangkan peranan anda untuk mencapai ketiga-tiga hasrat tersebut

2005 (J) Pelbagai cabaran perlu anda hadapi sebelum sesuatu cita-cita itu dicapai.Jelaskan cabaran-cabaran tersebut serta langkah-langkah yang perlu anda ambil untuk mengatasinya.

2005 (N) Remaja memang suka mengikut trend semasa dari segi gaya hidup dan berpakaian. Trend ini akan mempengaruhi budaya hidup masyarakat Malaysia pada masa akan datang.Ulas pernyataan di atas

2006 (J) Anda mengambil bahagian dalam pertandingan syarahan di peringkat daerah sempena Hari Kesihatan Sedunia. Tajuk syarahan anda ialah “Amalan Gaya Hidup Sihat”.Sediakan teks syarahan anda selengkapnya

2006 (N) Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) penting dalam kehidupan pada masa ini.Huraikan faedah-faedah yang anda peroleh dengan menguasai kemahiran ICT

2007 (J) Setiap individu perlu mengamalkan sifat berjimat-cermat.Huraikan cara-cara anda melaksanakan amalan ini.

2007 (N) Anda mengambil bahagian dalam pertandingan syarahan peringkat sekolah. Tajuk syarahan anda ialah ’Rukun Negara Membentuk Rakyat Berkualiti ’Sediakan teks syarahan itu selengkapnya.

2008 (J) Kitar semula merupakan satu daripada kaedah pengurusan bahan terbuang.Jelaskan kebaikan-kebaikan amalan kitar semula

2008 (N) Sebagai setiausaha sidang redaksi majalah sekolah, anda ditugaskan untuk menyediakan satu laporan tentang Majlis Anugerah Cemerlang yang diadakan di sekolah anda.

Sediakan laporan itu selengkapnya

Page 2: Analisis Soalan Karangan Umum

KARANGAN UMUM - TAJUK 2 (DIMENSI KELUARGA)

DIMENSI KELUARGA 

TAHUN SOALAN

2004 (N) Anda akan mewakili sekolah anda dalam satu pertandingan syarahan. Tajuk syarahan tersebut ialah ” Keluarga Bahagia Penjana Masyarakat Harmoni ”

Tulis syarahan itu selengkapnya.

2005 (J) Ada pihak yang berpendapat bahawa masalah keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja berpunca daripada kegagalan institusi keluarga.

Berikan komen anda tentang pernyataan tersebut.

2005 (N) Keluarga memainkan peranan penting dalam mencorakkan kehidupan anak-anak. Oleh itu pendidikan anak-anak sebenarnya bermula di rumah.

Berikan pendapat anda tentang peranan keluarga dalam pembentukan sahsiah anak-anak.

2006 (J) Peranan ibu bapa, sokongan ahli keluarga dan usaha diri sendiri banyak mempengaruhi kejayaan seseorang pada masa depan. 

Berikan komen anda tentang pernyataan di atas.

2006 (N) Ibu bapa merupakan insan terpenting dalam hidup setiap manusia. Jasa mereka kepada kita tidak ternilai harganya. Sempena sambutan Hari Keluarga, anda diminta untuk menyampaikan ceramah bertajuk ”Menghargai Jasa Ibu Bapa”

Sediakan teks ceramah anda selengkapnya.

2007 (J) Keluarga anda mengadakan majlis rumah terbuka bersempena dengan sambutan hari perayaan. Ramai saudara, rakan dan jiran mengunjungi majlis tersebut.

Jelaskan kebaikan-kebaikan mengadakan majlis rumah terbuka.

2007 (N) Pelaksanaan waktu bekerja lima hari seminggu banyak membawa kebaikan kepada keluarga dan negara.

Jelaskan kebaikan-kebaikan pelaksanaan waktu bekerja lima hari seminggu

2008 (J) Hubungan baik antara ahli keluarga dapat menjamin kebahagiaan sesebuah keluarga.

Page 3: Analisis Soalan Karangan Umum

Bincangkan.

2008 (N) Setiap orang ingin akan kawasan petempatan yang terancang untuk tinggal bersama-sama keluarga tersayang. 

Jelaskan ciri-ciri sebuah petempatan yang menjadi idaman anda sekeluarga.  

Page 4: Analisis Soalan Karangan Umum

KARANGAN UMUM - TAJUK 3 (DIMENSI MASYARAKAT/KERAJAAN/NEGARA)

TAHUN dan SOALAN

2004 (N) Anda mempunyai tokoh sanjungan kerana pencapaian cemerlang tokoh tersebut dalam bidang yang diceburinya. Tokoh sanjungan ini menjadi pendorong untuk anda mencapai kejayaan dalam kehidupan.

Nyatakan tokoh sanjungan anda itu dan jelaskan sebab-sebab kejayaan beliau menjadi inspirasi kepada anda untuk mencapai kecemerlangan.

2005 (J) Anda akan menyertai pertandingan syarahan sempena Kempen Budi bahasa dan Nilai-Nilai Murni. Tajuk syarahan yang anda pilih ialah ” Budi Bahasa Amalan Mulia”

Sediakan teks syarahan anda selengkapnya.

2005 (N) Pencapaian beberapa jenis sukan di negara kita perlu ditingkatkan. Sehubungan itu, Kementerian Belia dan Sukan juga persatuan sukan perlu mengatur strategi bagi mengembalikan kegemilangan mutu sukan negara.

Tulis rencana tentang usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh pihak berkenaan bagi meningkatkan mutu sukan negara.

2006 (J) Masyarakat berperanan penting bagi mengukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat di negara kita. Jelaskan aktiviti-aktiviti yang dapat dilaksanakan oleh masyarakat untuk menjayakan hasrat tersebut.

2006 (N) Industri pertanian memberikan sumbangan yang semakin penting dalam meningkatkan pertumbuhan ekonomi Malaysia.

Berikan saranan anda tentang peranan pelbagai pihak dalam memajukan industri pertanian di negara kita

2007 (J) Pelbagai usaha telah dilakukan untuk menjayakan kempen antimerokok yang telah dilancarkan oleh kerajaan. Sebagai rakyat yang prihatin, anda ingin menulis sebuah rencana dalam akhbar tempatan. Tajuk rencana itu ialah ’ Kesan Buruk Tabiat Merokok Terhadap Kesihatan ’.

Tulis rencana itu selengkapnya.

2007 (N) Kerajaan telah menubuhkan banyak institusi pendidikan berasaskan kemahiran seperti Kolej Komuniti, institut Latihan Perindustrian dan Pusat Giat Mara. Antara tujuannya termasuklah untuk melatih golongan belia supaya lebih bersedia dalam menghadapi alam pekerjaan.

Berikan pendapat anda tentang pernyataan di atas.

2008 (J) Anda mewakili sekolah dalam pertandingan pidato peringkat negeri. Tajuk pidato ialah ’Dadah Membawa Padah’.

Tulis teks pidato itu selengkapnya.

2008 (N) Penyakit demam denggi yang berpunca daripada nyamuk aedes merupakan ancaman yang membimbangkan negara. 

Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan merebaknya penyakit ini dan langkah-langkah bagi menanganinya. 

Page 5: Analisis Soalan Karangan Umum

ANALISIS SOALAN KARANGAN UMUM - TAJUK 4 (ANTARABANGSA)TAHUN SOALAN2004 (N) Dunia hari ini penuh dengan persaingan. Untuk mendapatkan pekerjaan, kelulusan akademik

semata-mata tidak cukup. Banyak faktor lain yang perlu dikuasai untuk membolehkan seseorang itu berjaya dalam kerjaya yang akan diceburi sesuai dengan perkembangan dunia tanpa sempadan.Tulis sebuah rencana tentang persediaan yang perlu dilakukan oleh seseorang pelajar untuk menghadapi persaingan kerja pada masa akan datang.

2005 (J) Hubungan baik antara Malaysia dengan negara-negara jiran wajar dipelihara.Bincangkan.

2005 (N) Pada masa ini, persengketaan dan peperangan masih berlaku di beberapa tempat. Hal ini telah menjejaskan keharmonian sosial dan perkembangan ekonomi dunia.Berikan komen anda tentang pernyataan tersebut.

2006 (J) Malaysia mementingkan kesejahteraan dan keamanan dunia sejagat. Oleh sebab itu, kita tidak menyokong sebarang bentuk keganasan dan peperangan sebagai jalan penyelesaian sesuatu masalah.Huraikan peranan yang wajar dimainkan oleh negara kita untuk terus mengekalkan kesejahteraan dan keamanan dunia. 

2006 (N) Masalah jerebu yang berlaku dirantau ini dapat ditangani secara berkesan melalui kerjasama dengan negara-negara jiran.Bincangkan kerjasama yang dapat dilakukan oleh Malaysia dengan negara-negara jiran untuk menangani masalah tersebut.

2007 (J) Anda mengambil bahagian dalam pertandingan bahas di peringkat daerah. Tajuk perbahasan itu ialah ’ Kemasukan Pekerja Asing Membawa Kebaikan Kepada Negara’.Tulis hujah-hujah anda sebagai pencadang dalam pertandingan itu. 

2007 (N) Kemiskinan masih menjadi masalah utama di kebanyakan negara, walaupun terdapat banyak negara kaya di dunia.Sarankan bentuk sumbangan yang dapat diberikan oleh negara-negara kaya untuk membantu negara-negara miskin.

2008 (J) Rakyat Malaysia yang berada di luar negara dapat memainkan peranan untuk mempromosikan negara kita dalam pelbagai aspek pada peringkat antarabangsa.Berikan pendapat anda tentang pernyataan di atas.

2008 (N) Penyertaan setiap negara dalam pertandingan sukan pada peringkat antarabangsa dapat mengeratkan hubungan masyarakat dunia.

Berikan pendapat anda tentang pernyataan di atas.

Page 6: Analisis Soalan Karangan Umum

ANALISIS SOALAN 1 : MERUMUSKAN KARANGANKERTAS 2 BAHASA MELAYU SPM (NOV 2001- JUN 2012)

SPM SKOP SOALAN KATA YANG SESUAI UNTUK PENDAHULUAN

NOV 2001 Tanggungjawab penulis peranan/ sumbangan/ tugas 2002 Peranan Industri Kecil dan Sederhana

dalam pembangunan ekonomi negarasumbangan/ kepentingan/ fungsi/ tugas

NOV 2002 Langkah-langkah untuk meningkatkan penggunaan teknologi maklumat dalam kalangan kakitangan kerajaan

usaha-usaha/ cara-cara/ kaedah-kaedah/ pendekatan/ teknik-teknik/ strategi/tindakan

2003 Langkah-langkah untuk meningkatkan kesedaran moral masyarakat.

usaha-usaha/ cara-cara/ kaedah-kaedah/ pendekatan/  strategi/tindakan

NOV 2003 Kepentingan pelabelan makanan faedah/ manfaat/ kelebihan/ kebaikan 2004 Masalah yang dihadapi oleh sektor

perubatan  awam di Malaysia.kekangan/ kesulitan/ kerumitan/ hambatan

NOV 2004 Faedah penubuhan badan khas bagi membantu pesakit kronik dansebab-sebab penubuhannya.

manfaat/ kebaikan/ kelebihan/ kepentingan

2005 Cara-cara mengurus tekanan dankepentingan pengurusan tekanan kepada individu

langkah-langkah/ kaedah-kaedah/ usaha-usaha/ pendekatan/ strategi 

NOV 2005 Faedah-faedah hidup berjiran dancara-cara memupuk semangat kejiranan

manfaat/kepentingan/ kelebihan/kebaikan

2006 Kelebihan kerja berpasukan dancara-cara pemimpin membentuk kerja berpasukan.

faedah/ manfaat/kepentingan/ kebaikan/ keberkesanan 

NOV 2006 Cara-cara melahirkan masyarakat berbudi bahasa dan kesanterhakisnya amalan berbudi bahasa dalam masyarakat

langkah-langkah/ kaedah-kaedah/ usaha-usaha/ pendekatan/ strategi 

JUN 2007 Kepentingan terumbu karang di Malaysia dan kaedahpemuliharaannya

faedah-faedah/manfaat/kelebihan/kebaikan

NOV 2007 Tindakan mengatasi masalah disiplin murid di sekolah dan kesanmasalah itu kepada negara.

usaha-usaha/ cara-cara/ kaedah-kaedah/langkah-langkah/ pendekatan/ teknik-teknik/ strategi

JUN 2008 Faedah membaca dan cara-caramenggalakkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat. 

manfaat/ kepentingan/ kebaikan/ kelebihan

NOV 2008 Faedah-faedah penerokaan angkasa lepas  dan cara-cara untuk menarik minat masyarakat terhadap bidang penerokaan angkasa lepas

  manfaat/ kepentingan/ kebaikan/     kelebihan

JUN 2009 Punca-punca  keracunan makanandan kesan-kesan keracunan makanan..

  faktor-faktor /sebab-sebab

NOV 2009 Kepentingan  tidur dari segi saintifikdan cara-cara mengatasi masalah sukar tidur

  faedah/ manfaat/ kelebihan/ kebaikan 

JUN 2010 Kesan pemanasan global dansebab-sebab masyarakat kurang mengambil berat terhadap fenomena ini

 implikasi/impak/akibat/keburukan/natijah 

2010 Kebaikan makan coklat dan cara-cara memajukan industri coklat

manfaat/ kepentingan/ faedah/    kelebihan

2011 Kepentingan berpeluh kepada manusia dan cara-caramenggalakkan masyarakat melibatkan diri dalam aktiviti yang

 faedah/ manfaat/ kelebihan/ kebaikan 

Page 7: Analisis Soalan Karangan Umum