vio i hariad--.. rabu · sa. komik, majalah hiburan atau sumber bacaan . santai yang dapat mengisi...
Post on 09-Dec-2020
4 Views
Preview:
TRANSCRIPT
VIO I HariaD--.. RABU 6 MEl 2015
Buku bukan lagi pilihan utama remaja masa kini untuk mendapatkan maklumat. Ada
alternatif lain menggantikannya
I J O\,\ 1-10 t il '
""\1,1«\"
J<1I '\' I·' ..
B ukan saja buku tetapi . bahan. bercetak seperti
akhbar juga mengalami masalah untuk mencuri perhatian generasi muda.
Ini disebabkan pelbagal landasan lain boleh kita cari untuk mendapatkan ilmu pengetahuan selain daripada buku yang diberikan di sekolah ataupun institusi pengajian . Gen Y senaraikan beberapa jenis bahan bacaan lain yang p1enjadi pilihan remaja masa kini.
Buku elektronik bukanlah sesuatu yang baru kerana ramai antara kita memilih untuk menggunakan Ebuku berbanding buku dicetak. E-buku adalah medium penyampaian . maklumat merujuk kepada penggunaan data elektronik dalam bentuk digital. Meskipun ia diakses menerusi gajet, ia juga mengandungi muka surat membolehkan pembaca menerima, membeli dan membacanya melalui peranti khas atau komputer.
Berdasarkan - statistik dikeluarkan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), pada 2012 dilaporkan PNM menerima sebanyak 136 e-buku dan bilangan itu bertambah setiap tahun. Selain itu, jumlah pengunjung ke PNM tahun terbabit juga menunjukkan peningkatart berbanding tahun sebelumnya iaitu 420,171 orang.
Kenapa ia menjadi pilihan remaja? Ini kerana ia mempunyai banyak kelebihan kepada kita untuk membawa ke mana saja tempat tanpa
. beban yang berat. Dis'ebabkan ia adalah data elektronik, saiz dan berat e-buku adalah jauh lebih ringan jika dibandingkan dengan buku cetakan yang berada di pasaran.
. aiii. Penulisan yang santai
dan • cara penulis berkongsi maklumat dengan pembaca menggunakan gaya sendiri menjadikan zine salah satu kategori bahan bacaan remaja. Zine ringkasan kepada perkataan 'fanzine' atau 'magazine' semakin mendapat perhatian anak muda yang sukakan kebebasan dalam bersuara.
Bahan bacaan ini bersifat -bebas kerana ia diterbitkan sendiri dalam kuantiti kecil. Penerbitan yang asli mengikut kemahuan pengkarya itu sendiri selalunya berkisar
mengenai sesuatu topik sarna ada muzik, acara, hOpi, minat dan sebagainya.
Selain harganya yang murah kerana penghasilan menggunakan mesin cetak ataupun ditulis tangan dan dicetak tanpa warna, sifatnya yang bebas daripada sebarang etika penulisan media menarik minat anak muda. Ada kalanya elemen perbincangan diwujudkan dan sesuatu topik itu diteruskan pada cetakan seterusnya.
BAHANPICISAN
Istilah bahan
merujuk kepada bahan bacaan yang tidak bersifat ilmiah. Bagaimanapun, bahan picisan inilah menjadi kegilaan remaja sarna ada pada usia muda hinggalah ke peringkat dewasa. Komik, majalah hiburan atau sumber bacaan . santai yang dapat mengisi mas a lapang antara koleksi bacaan remaja masa kini.
Kita mungkin akan disogokkan dengan bahan bacaan ilmiah 'dan buku sekolah tetapi bahan picisan inilah yang akan meringankan fikiran sebelum kembali fokus kepada pelajaran.
Mengumpul komik contohnya, mungkin aka.n dianggap pelaburan yang sia-sia tetapi bagi yang meminatinya, ia sesuatu yang menyeronokkan selain memberi kep ua san. Ini kerana, ia mempunyai jaIan cerita,tip ataupun to pik tersendiri selain dipelbagaikan dengan ilustrasi gambar berwarna -warni.
IIEDlASOSlAL
Media sosial menjadi rujukan utama sekiranya berlaku sesuatu isu atau tragedi. Blog, berita portal dan majalah atas talian terletak di dalam kelas tertinggi pilihan anak muda. Pun begitu, Facebook kini semakin kurang diminati generasi muda kerana kita akan lebih tertarik dengan jaringan so sial terbaru lain bersifat sederhana seperti Twitter dan Snaphat.
Kajian diketuai pakar antropologi, Profesor Daniel Miller dari Kolej Universiti
London menjelaskan, anak muda zaman sekarang lebih memilih menggunakan media so sial yang berkualiti untuk menjaga profil dan tahap populariti. Ini kerana Facebook ketika ini lebih banyak digunakan oleh orang tua dan kemungkinan iba bapa kita juga memiliki akaun mereka sendiri.
Selain daripada maklumat yang boleh ditokok tambah, remaja akan cuba mencari dan membanding- / kan sumber rujukan se-hingga kita benar- be nar berpuas
hati dengan sesuatu isu yang dibincangkan. Berbanding naskhah buku, media sosiallebih cepat menyebarkan sesuatu maklumat, selain kita jugaboleh menyuarakan pendapat secara terus.
Revolusi bahan bacaan semakin berkembang, namun kita sendiri perlu 'tapis' segala maklumat diterima sebelum terus bersetuju dengan sesuatu pendapat.
RABU 6 MEl 2015 Hariaallelro VII
f ' I
top related