usman awang- pengembara yang pulang
Post on 13-Apr-2017
351 Views
Preview:
TRANSCRIPT
PENGEMBARA YANG PULANGUSMAN AWANG
STANZA 1• Menunjukkan bahawa si perantau
sedang dalam perjalanan yang jauh dan penuh berliku (di negara orang).
• Dia pulang ketika usia semakin lanjut.
STANZA 2• Pengembara itu bukan seseorang
yang merempat tanpa hala tujuan (bergelandangan).
• Dia juga bukan seseorang yang mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan atas sesuatu perkara dan bukan juga bukan seorang yang mengkhianati kawan.
STANZA 3• Pengembara ini berasal dari keluarga
yang mulia (keluarga dewa) tetapi berhati bersih (hati tiada warna).
• Dia juga terbiar semasa merantau dan banyak tempat di negara orang yang mengingatkan dirinya kepada negara sendiri.(kampung halaman).
STANZA 4• Dalam rangkap ini diceritakan
bahawa perantau merindui isteri, keluarga dan tanah airnya.
• Dia mengingati tanah airnya dengan menyanyikan lagu.
• Hatinya bagai ditarik-tarik untuk pulang kerana semangat patriotisme yang tinggi.
STANZA 5• Penyair menegaskan perantau untuk
pulang ke negara kerana bagi penyair, tanpa mereka, kelam dan mundurlah negara ini.
• Isteri dan anak-anaknya memanggil-manggil pengembara pulang namun dia tidak pulang.
STANZA 6• Rangkap ini menunjukkan emosi
perantau yang sedang kesunyian merindui keluarganya serta berasa sedih kerana tidak mampu pulang.
STANZA 7• Rangkap ini menerangkan bahawa si
isterinya berasa sedih dengan nasib suaminya yang tidak mampu pulang kepangkuannya.
• Pengembara juga berasa sedih
STANZA 8• Inilah nasib yang dialami oleh si
pengembara.• Perantau yang menjadi orang penting dan
dipandang tinggi di luar negara , tetapi menjadi pasif dan terhalang kata-katanya setelah pulang ke tanah air.
• Di negara orang dia bebas tetapi terikat dengan keadaan apabila pulang ke tanah air. (risiko untuk dipenjarakan).
STANZA 9• Penyair menyuruh si perantau untuk
pulang dengan memasang impian baru bersama idea yang segar dan bernas.
JENIS SAJAK• Satira / Elergi
TEMA• Kehidupan seorang perantau yang
terlalu banyak dugaan dan cabaran serta tanggungjawab terhadap negara.
PERSOALAN• Kehidupan seorang pengembara yang penuh
dengan dugaan dan cabaran.• Personaliti seorang pengembara yang sering
dianggap sinis oleh sesetengah pihak.• Kerinduan seorang perantau yang
mengembara terhadap keluarganya di kampung halaman.
• Tanggungjawab seorang perantau untuk mengubah keadaan negara apabila pulang ke tanah air.
AMANAT• Harapan pengarang agar
pengembara yang mengembara di negara orang pulang ke tanah air supaya dapat pulang ke tanah air dengan ilmu yang dipelajari dan pengalaman yang dialami agar dapat membuat perubahan yang segar dan positif di tanah air sendiri.
SIKAP DAN PERASAAN• Penuh dengan harapan agar
pengembara pulang ke tanah air supaya dapat membawa perubahan di tanah air sendiri.
• Kesal dengan tindakan orang dalam negara yang tidak menerima pandangan atau pendapat yang terbuka dan membanteras sebarang perjuangan yang bertentangan dengan kuasa yang ada.
UNSUR BUNYI• Asonansi
Ia keluarga ‘dewa’ dengan hati tiada warna (S3,B1)
Pulanglah ia, si pengembara tercinta (S9,B1)Pulanglah ia, di dadanya bernyala (S9,B2)
• AliterasiPulanglah ia, pengembara, pulanglah ia (S5,B1)
Menanti isteri dalam rindu memburu (S6,B2)
SKEMA RIMA• Rima berpecah :
Stanza 1 (abc)Stanza 2 (aba)Stanza 4 (aab)
• Rima rata :Stanza 3, 5, 6, 7, 8 dan 9 (aaa)
GAYA BAHASABahasa Perbandingan
Metafora tasik hati (S4,B1)
berbuah kasih (S4,B2) Personafikasi
berkayuh rindu (S4,B1)rindu memburu (S6,B2)
Hiperboladadanya bernyala (S9,B2)
Simbolik di balik penjara (S8,B3)keluarga dewa (S3,B1)
hati tiada warna (S3,B1)
Bahasa SindiranSinisme
Kepincangan tiada tara (S8,B1)Bahasa Penegasan
AnaforaPulanglah ia, pengembara, pulanglah ia
Pulanglah ke mari, pulang ke bumi tercinta (S5,B1&2)Repitisi
Pulanglah ia, pengembara, pulanglah ia
TEKNIK / BENTUK• Stanza 1-8 : Terzine• Stanza 9 : Distikhon
NILAI• Patriotism
• Kasih sayang
• Gigih/Tabah
• Amanah
NADA• Melankolik.• Protes.• Serius.
top related