*tolong gantikan perkataan warna (merah) dengan maklumat ... · berkembang maju. pola petempatan...
Post on 29-Aug-2019
25 Views
Preview:
TRANSCRIPT
1
A Kristy Anne Nunis Production ©. All rights reserved
*Tolong gantikan perkataan warna (Merah) dengan maklumat sendiri !
(Padamkan semua di atas garisan ini )
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
(Tajuk Kajian Geografi)
2
1. SENARAI KANDUNGAN
1. Tajuk kajian..............................................................................1
2. Senarai kandungan...................................................................2
3. Penghargaan.............................................................................3
4. Pendahuluan.............................................................................4
5. Objektif kajian..........................................................................5
6. Kawasan kajian.........................................................................6
7. Kaedah kajian..........................................................................10
8. Dapatan kajian.........................................................................11
Jenis dan pola petempatan............................................11
Faktor yang mempengaruhi petempatan......................12
Fungsi petempatan.......................................................14
Masalah petempatan....................................................17
Langkah mengurangkan masalah petempatan............19
9. Rumusan..................................................................................21
10. Lampiran..................................................................................22
11. Rujukan....................................................................................27
3
2. PENGHARGAAN
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada (nama pengetua) selaku
pengetua (nama sekolah) kerana telah memberi keizinan kepada saya untuk menggunakan
segala peralatan dan kemudahan yang diperlukan bagi melaksanakan tugasan ini.
Tidak ketinggalan guru mata pelajaran Geografi saya, (nama cikgu) atas segala
bimbingan, tunjuk ajar, teguran dan nasihat yang amat berguna serta telah banyak menolong
saya dan rakan-rakan sekelas saya bagi menyempurnakan tugasan ini.
Ribuan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada ibu bapa saya iaitu
(nama ayah) dan (nama ibu) yang telah banyak memberi sokongan moral dan dorongan
kepada saya serta sudi mengorbankan masa mereka untuk menolong saya mengumpulkan
maklumat-maklumat tentang bangunan yang saya kaji.
Saya juga ingin menyampaikan penghargaan saya kepada rakan-rakan sekelas saya
terutamanya (nama rakan) kerana telah memberi saya banyak pendapat dan idea.
4
3. PENDAHULUAN
Kajian Kursus Geografi ini dijalankan bagi memenuhi syarat yang ditentukan oleh
Kementerian Pendidikan dalam sukatan pelajaran Geografi Tingkatan 3.
Saya merupakan salah seorang pelajar Tingkatan 3 di (nama sekolah) . Saya telah
memilih tajuk (tajuk) .Tujuan saya memilih kawasan (kawasan awak) ini adalah kerana
kawasan ini merupakan kawasan tempat tinggal saya dan sekolah saya. Ekoran itu, kawasan
ini memudahkan lagi saya menjalankan kajian ini.
Tempoh kajian yang diberikan kepada saya serta rakan seperjuangan saya yang lain
adalah selama satu minggu untuk mengumpulkan maklumat dan dua minggu untuk
menyiapkan kerja kursus.
Saya telah menemu ramah seramai 30 orang responden yang terpilih untuk
mendapatkan maklumat terkini tentang fungsi petempatan, masalah yang dihadapi dan
cadangan untuk mengatasinya dan kesemua mereka telah memberi kerjasama yang baik
kepada saya.
Kerjasama yang diberi telah dapat menjimatkan masa dan memudahkan kerja bagi
melengkapkan Kerja Kursus Geografi ini. Semua data dan maklumat yang dipilih telah
direkod.
5
4. OBJEKTIF KAJIAN
Saya menjalankan kajian di kawasan (kawasan awak) dan membandingkannya
dengan (kawasan bandingan) adalah untuk mencapai objektif-objektif berikut :
1. Mengenal pasti jenis dan pola petempatan.
2. Menyenaraikan faktor-faktor yang mempengaruhi petempatan.
3. Menghuraikan fungsi petempatan.
4. Menyatakan masalah petempatan.
5. Mencadangkan dan menghuraikan langkah mengurangkan masalah petempatan.
6. Meningkatkan tahap kecintaan terhadap kawasan (kawasan awak) .
* Saya amat bersyukur kerana dapat menjalankan kajian ini.
6
5. KAWASAN KAJIAN
Kawasan Ayer Keroh terletak di bahagian selatan Melaka Tengah. Kawasan ini
merupakan kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).
Kawasan ini terletak (jarak <km> ) dari bandar. (contoh-contoh kawasan berdekatan)
adalah kawasan-kawasan yang berhampiran dengan kawasan (kawasan awak) .
Perjalanan menaiki bas dari (kawasan awak) ke pusat bandar mengambil masa
selama (masa) jika tiada kesesakan lalu lintas. Tambang bas ialah (harga) .
Saya memilih kawasan ini sebagai kawasan kajian kerana rumah dan sekolah saya
terletak dalam kawasan ini.
Bentuk bumi kawasan ini adalah tanah pamah yang rata dan beralun. Syarikat pemaju
telah membina kawasan perumahan, petempatan, kawasan rekreasi dan jalan raya di kawasan
ini.
10
6. KAEDAH KAJIAN
Dalam kajian yang telah dilakukan oleh saya, antara kaedah-kaedah yang telah digunakan
ialah :
1. Pemerhatian.
Saya telah melawat kawasan kajian saya bersama-sama keluarga saya untuk melihat kegiatan
jenis-jenis ekonomi kawasan tersebut.
2. Soal selidik.
Saya telah membuat soal selidik di kawasan kajian serta penduduk-penduduk kampung
berdekatan.
3. Rujukan.
Saya telah membuat banyak rujukan dari internet, buku ilmiah serta buku teks geografi serta
beberapa buku rujukan geografi yang lain.
11
7. DAPATAN KAJIAN
8.1 Jenis dan pola petempatan
(Nama kawasan) :
Jenis petempatan di kawasan kajian, iaitu (nama kawasan) adalah petempatan (jenis
petempatan.contoh: bandar, kampung...) . (nama kawasan) merupakan pola petempatan (jenis
pola petempatan) .
(Nyatakan kelebihan kawasan awak. Contoh: Terdapat banyak kawasan perumahan
dan di kawasan Ayer Keroh. Antara kawasan perumahan termasuklah Taman Tasik Utama,
Taman Muzaffar Shah, Taman Ayer Keroh Heights dan Oxana.Kawasan Ayer Keroh juga
terdapat jalan raya utama termasuklah Lebuh Ayer Keroh, Lebuh SAS dan Lebuh Raya Utara
Selatan ( PLUS ). )
(Nama negara bandingan) :
Jenis petempatan bagi (nama negara) adalah petempatan (jenis petempatan) . Ia
merupakan pola petempatan (jenis pola petempatan) . Bangkok adalah salah satu kota dengan
perkembangan terpesat, dengan ekonomi yang dinamis dan kemasyarakatan yang progresif.
(Nyatakan kelebihan negara bandinga. Contoh : Bandar Bangkok dalam bahasa
Thailand ialah Krung Thep atau Krung Thep Maha Nakhon. Bandar Bangkok adalah ibu kota
dan kota terbesar di Thailand. )
*Saya amat bersyukur kerana tinggal di kawasan (nama kawasan) kerana kawasan ini sesuai
dijadikan petempatan.
12
8.2 Faktor yang mempengaruhi petempatan
(Nama kawasan):
- Bentuk Muka Bumi
Saya mendapati kawasan kajian saya, (Nama kawasan) terletak di kawasan tanah
pamah dan berbentuk bumi rata, serta beralun. Ekoran itu, kerja-kerja membangunkan dan
membina jalan-jalan raya serta bangunan lebih mudah dilakukan. Kwasan ini sesuai untuk
petempatan.
- Kegiatan ekonomi
Salah satu kegiatan ekonomi di kawasan kajian, (Nama kawasan) ialah perkilangan
dan perindustrian, contohnya kilang (nama kilang di kawasan awak jika ada) . Kegiatan
perlancongan, contohnya (nama tempat perlancongan jika ada) juga terdapat di kawasan
(Nama kawasan). Selain itu, pusat-pusat pentadbiran contohnya (nama tempat pentadbiran
jika ada) juga terletak dalam (nama kawasan) .
-Tahap ketersampaian
Tahap ketersampaian bagi kawasan kajian, (nama kawasan) adalah tinggi. Hal ini
demikian kerana, banyak pengangkutan awam seperti bas, teksi dan sebagainya telah
disediakan untuk memudahkan ke kawasan kajian. Selain itu, jalan-jalan raya seperti (nama
lebuh raya/ jalan raya berdekatan kawasan kajian) bagi memudahkan lagi untuk ke kawasan
(nama kawasan).
13
(nama kawasan bandingan) :
-Sejarah:
(Nyatakan sejarah kawasan bandingan secara ringkas...anda boleh dapatkan
maklumat di laman web Wikipedia.) Contohnya: Bangkok adalah kawasan yang paling awal
dimajukan oleh Maharaja Thai. Bangkok merupakan pintu masuk utama ke negara Thai dari
Telukan Siam ke kawasan pedalaman melalui Sungai Chao Phraya.
-Bentuk muka bumi:
(Nyatakan bentuk muka bumi kawasan bandingan secara ringkas...contohnya: tanah
beralun, tanah pamah/tanah tinggi) Contohnya : Bentuk muka bumi di kawasan Bangkok,
Thailand adalah tanah rata dan luas. Ekoran itu, banyak pembinaan bangunan dan prasarana
yang lain boleh didirikan di kawasan tersebut menyebabkan Bangkok, Thailand menjadi
tumpuan penduduk dan menjadikan ia maju.
-Tahap ketersampaian:
(Nyatakan tahap ketersampaian kawasan bandingan secara ringkas...contohnya :
mempunyai banyak kenderaan awam yang memudahkan penduduk) Contohnya : Tahap
ketersampaian bagi kota Bangkok, Thailand amat tinggi. Hal ini demikian kerana, banyak
alternatif untuk ke kawasan tersebut disediakan seperti pengangkutan awam, bas, kereta, teksi
dan sebagainya. Selain itu, pembinaan jalan-jalan raya juga memudahkan perjalanan ke kota
tersebut.
*Saya amat bersyukur kerana lahir di kawasan (nama kawasan kajian) .
14
8.3 Fungsi Petempatan
(nama kawasan kajian) :
-Pentadbiran:
Contohnya :Petempatan kawasan Ayer Keroh berfungsi sebagai pusat pentadbiran.
Seri Negeri dan Malacca International Trading Center ( MITC ) merupakan contoh-contoh
pusat pentadbiran.
-Perlancongan:
Contohnya: Petempatan Ayer Keroh juga berfungsi sebagai pusat perlancongan. Zoo
Melaka, Taman Seribu Bunga, Taman Buaya dan Mini Malaysia merupakan contoh-contoh
pusat perlancongan di Ayer Keroh.
(contoh jadual) Jadual Jenis Pekerjaan Penduduk Ayer Keroh
Sumber : Borang Soal Selidik (contoh sahaja)
PERKERJAAN BILANGAN ( orang )
Kerajaan 10
Swasta 14
Kilang 2
Sendiri 8
Tidak Bekerja 1
Bersara 1
Jumlah 36
15
(contoh ) Carta Pai Pekerjaan Penduduk Ayer Keroh
Kerajaan28%
Swasta39%
Kilang5%
Sendiri22%
Tidk bekerja3%
Bersara3%
Sumber : Borang Soal Selidik (contoh)
Pekerjaan Bilangan (orang) Peratus (%) Darjah
Kerajaan 10 28 100
Swasta 14 39 140
Kilang 2 5 20
Sendiri 8 22 80
Tidak Bekerja 1 3 10
Bersara 1 3 10
16
(nama kawasan bandingan) :
-Ekonomi :
Contohnya: Fungsi petempatan Bangkok tertumpu kepada aspek perindustrian,
perdagangan, perkhidmatan dan juga pelancongan.
-Sosial :
Contohnya: Fungsi petempatan kepada aktiviti sosial di Bangkok adalah memberikan
peluang pekerjaan kepada penduduk dalam bidang perindustrian dan juga perkhidmatan.
(Contoh gambar)
* Saya berbangga dengan kemajuan kawasan kajian saya..
17
8.4 Masalah petempatan
(nama kawasan kajian) :
-Penipisan lapisan ozon
Contohnya: Pelepasan CFC ke udara menyebabkan penipisan ozon. Ini disebabkan
kebocoran saluran penghawa dingin di tempat-tempat tertentu seperti di sekolah, bank, dan
sebagainya.
-Jenayah
Contohnya: Masalah jenayah seperti mencuri, semakin meningkat di kawasan kajian.
Hai ini demikian kerana berlakunya pertambahan pekerja asing dari Bangladesh, Nepal dan
negara-negara jiran lain.
-Kesesakan lalu lintas
Contohnya: Kesesakan lalu lintas biasanya berlaku pada hujung minggu.
(contoh) Peta minda Masalah petempatan kawasan Ayer Keroh
Sumber : Borang Soal Selidik ( contoh)
18
(Nama kawasan bandingan) :
-Pencemaran
Contohnya: Asap-asap kenderaan yang sentiasa banyak pada setiap masa telah
menimbulkan masalah pencemaran udara seperti jerebu yang teruk. Ini boleh mengakibatkan
banyak penyakit yang akan berjangkit kepada penduduk sekitar kawasan tersebut.
-Pulau haba
Contohnya: Pembangunan yang pesat seperti pembinaan banyak bangunan pencakar
langit menyebabkan berlakunya pulau haba di Bangkok.
-Kepupusan flora dan fauna
Contohnya: Penebangan hutan yang dilakukan untuk pembinaan kawasan
pelancongan menyebabkan kepupusan flora dan fauna.
( Contoh gambar )
*Penduduk haruslah bersama-sama menyelasaikan masalah-masalah ini.
19
8.5 Langkah mengurangkan masalah petempatan
(nama kawasan kajian) :
-Kempen
Contohnya: Mengadakan kempen untuk kesedaran penduduk tentang penipisan ozon
yang semakin meningkat. Hal ini dapat mengurangkan pelepasan gas CFC ke udara dan juga
meningkatkan kesedaran terhadap penduduk bahayanya pelepasan gas CFC ke udara.
-Menguatkuasakan undang-undang
Contohnya: Pihak kerajaan perlulah menguatkuasakan undang-undang bagi kes-kes
jenayah yang berlaku. Hal ini sekaligus dapat mengurangkan kes-kes jenayah di kawasan
kajian.
-Menaikkan taraf jalan
Contohnya: Pihak kerajaan juga haruslah menaikkan taraf jalan dan membina jalan
bertingkat bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di Ayer Keroh.
20
(nama kawasan bandingan) :
-Kempen
Contohnya: Melancarkan kempen-kempen serta program-program untuk kesedaran
masyarakat agar mengetahui bahayanya pencemaran udara yang berlaku yang akan
mengakibatkan penipisan ozon serta jerebu. Hal ini berkemungkinan besar dapat
mengurangkan pencemaran ini dari terus meningkat.
-Hijau kebangsaan
Contohnya: Melalui hari penanaman pokok hijau kebangsaan dapat memberi ruang
kepada penduduk di kawasan kajian untuk member kesempatan membantu daripada
berlakunya pulau haba di kawasan tersebut.
-Kitar semula
Contohnya: Penebangan pokok bagi menghasilkan kertas dan bahan-bahan lain telah
menyebabkan flora dan fauna pupus. Kitar semula kertas boleh menyelamatkan banyak
pokok daripada ditebang. Pihak kerajaan Bangkok sepatutnya mengalakkan penduduknya
untuk mengitar semula.
*Saya amat bersyukur dan berterima kasih kerana tinggal di kawasan saya.
21
8. RUMUSAN (contoh)
Jenis petempatan di Kawasan Ayer Keroh merupakan sebuah bandar. Mempunyai
bentuk muka bumi yang rata, tanah pamah dan beralun yang menyebabkan kawasan tersebut
berkembang maju. Pola petempatan bagi kawasan tersebut adalah berpusat jenis terancang.
Fungsi petempatan bagi kawasan Ayer Keroh banyak tertumpu kepada aktiviti-aktiviti
perkilangan, perlancongan, pentadbiran dan pendidikan. Di kawasan Ayer Keroh juga
mempunyai beberapa masalah seperti masalah kesesakan lalu lintas, pencemaran, kecurian
dan sebagainya. Ekoran itu, saya telah membuat kajian cara untuk mengatasi masalah
tersebut, iaitu dengan menguatkuasakan undang-undang, menyediakan lebih banyak peluang
pekerjaan dan sebagainya.
Jenis petempatan Bangkok, Thailand merupakan sebuah Bandar. Mempunyai bentuk
muka bumi yang rata dan luas menyebabkan banyak bangunan-bangunan didirikan di
kawasan tersebut. Hal ini demikian menyebabkan kawasan tersebut menjadi tumpuan
penduduk dan semakin pesat membangun dan menjadi sebuah Bandar yang penting bagi
Thailand. Pola petempatan bagi kawasan tersebut adalah pola petempatan berpusat. Fungsi
petempatan bagi kawasan Bangkok, Thailand banyak tertumpu kepada aktiviti-aktiviti
perindustrian, perlancongan dan juga perkhidmatan. Namun begitu, kawasan Bangkok,
Thailand juga mempunyai beberapa masalah seperti pencemaran udara, pulau haba,
kepupusan sumber dan sebagainya. Oleh yang demikian, beberapa langkah telah diambil bagi
mengatasi masalah tersebut, antaranya, menampal poster-poster, mengadakan kempen-
kempen serta program-program yang sesuai.
*Melalui dari kajian ini menyebabkan saya lebih bangga menjadi rakyat Malaysia.
26
Lampiran 5 : Gambar-gambar. ( contoh)
Bangunan-banguna tradisional Bangkok, Thailand.
Bangunan-bangunan pencekar langit Bangkok, Thailand.
27
10. RUJUKAN (contoh)
1. Internet
http://kristyannenunis.blogspot.com/
http://ms.wikipedia.org/
http://www.scribd.com/
2. Buku Teks
Abd Rahim Md Nor, 2004, Geogarafi Tingkatan 3, Selangor Darul Ehsan, Percetakan:
Monosetia Sdn. Bhd.
3. Atlas
Oxford Atlas, 2003, Atlas Moden Malaysia dan Dunia Edisi Bahru, Ipoh, Percetakan:
Chee Leong Press Sdn. Bhd.
top related