tiada ganti pembangunan keluarga (d) objektif setelah menjalani aktiviti para peserta akan dapat...
Post on 14-Dec-2015
228 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Tiada GantiPembangunan Keluarga (D)
Objektif
Setelah menjalani aktiviti para peserta akan dapat
memahami dan menyedari diri anak-anak mereka tidak
boleh diganti dengan kebendaan.
Bagi tajuk tiada ganti kita akan melihat
dari 2 aspek yang berbeza.
Iaitu dwikerja dan ibu tunggal
Maksud keluarga dwikerjaDwikerja bermaksud individu tersebut
mempunyai dwi kerjaya atau lebih mudah
untuk difahami seseorang itu mempunyai
lebih dari satu pekerjaan.
Sebagai contoh seseorang wanita itu bekerja
di pejabat dan menjadi suri rumah apabila
berada dirumah.
Konflik dalaman
Secara terperinci seseorang yang mempunyai
dwi kerjaya ini menghadapi konflik dalaman
disebabkan oleh pelbagai permintaan dari ahli
keluarga iaitu suami,anak,ibu bapa dan tidak
ketinggalan majikan tempat kerja.
AMALAN DAN CADANGAN UNTUK
KELUARGA DWIKERJA
AMALAN
Tidak dapat membahagikan masa untuk
bekerja dan melayan anak-anak kerana
terlalu sibuk.
CADAGAN
Walaupun sibuk dengan kerjaya, ibu bapa
haruslah meluangkan masa bersama anak-
anak
Contohnya, bercuti bersama anak-anak.
AMALAN
Ibu tidak dapat memasak dirumah dan
sering membeli makanan di luar.CADANGAN
Pastikan dalam masa seminggu sekali ibu
dapat menyediakan masakan untuk anak-
anak walaupun makanan yang ringkas. Ini
kerana air tangan ibu dapat mengeratkan lagi
kasih.
AMALAN
Anak-anak sering dibiarkan untuk melakukan
semua perkara sendirian. Sebagai contoh
ketika mereka bermain dan membuat kerja
rumah.CADANGAN
Meluangkan masa walaupun sekejap untuk
memantau anak melakukan kerja rumah. Ini
dapat menaikkan semangat anak untuk
membuat kerja rumah dan rajin belajar.
AMALAN
Tidak menitikberatkan pendidikan agama kepada anak
kerana lebih mengejar kekayaan dan urusan duniawi.
CADANGAN
Ibu bapa perlulah memastikan anak-anak mendapat
pendidikan agama dan moral perlu diberikan sejak
kecil, bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari
rebungnya. Anak-anak ibarat kain putih yang perlu
dicorakkan warna atas kain tersebut.
KeluargaIbu Tunggal
Definisi Ibu TunggalWanita yang kematian suami dan sedia meneruskan
tugas membesarkan anak-anak.
Wanita yang telah bercerai dengan suami dan diberi
hak penjagaan ke atas anak-anaknya.
Wanita yang tidak diberi nafkah oleh suami untuk
menyara hidupnya dan anak-anaknya.
Wanita yang berada di dalam proses penceraian (yang mungkin akan mengambil masa yang panjang).
Suami uzur dan tidak mampu menyediakan nafkah dan memerlukan penjagaan rapi.
Wanita yang membesarkan anak orang lain tanpa pertolongan suami.
Cara menguruskan masa bersama anakTetapkan rutin supaya anak anda tahu bila dia
dapat berjumpa anda.
Cth, pada hari bekerja, pastikan andalah yang
mengejutkannya dari tidur, memberinya sarapan,
dan jika boleh, membawanya ke pusat penjagaan.
Pada waktu petang pula, ambillah dia dari pusat
penjagaan dan berbual-buallah tentang aktiviti-
aktiviti yang dilakukannya pada hari itu.
Tumpukan sepenuh perhatian bila bersama
mereka. Maka padamkanlah telefon bimbit,
televisyen dan komputer supaya anda bebas
bermain dan bermesra dengannya. Ini sangat
penting terutamanya jika anda hanya dapat
bersamanya pada hari minggu.
Jadikan waktu makan waktu yang istimewa.
Galakkan anak anda membantu anda
memasak atau menyediakan makanan seperti
mencuci sayur-sayuran atau beras. Kemudian,
duduk bersama sebagai satu keluarga dan
gunakan masa itu untuk berbual tentang
aktiviti masing-masing pada hari itu.
Walaupun jika anak anda masih belum boleh
bercakap, dia pasti gembira dapat melihat
anda dan makan bersama-sama.
Jika waktu bekerja anda panjang, sekurang-
kurangnya cubalah untuk bersama-samanya
ketika makan malam, mandi dan waktu tidur.
Luangkan hari minggu dengan melakukan
aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan seperti
pergi ke taman permainan, membuat kerja
seni bersama-sama, atau pergi berenang.
VIDEO
RUMUSANKemewahan tidak menjamin kebahagian
Keutamaan harus diberi pada penjagaan dan
bimbingan anak
Cari jalan untuk menguruskan masa supaya
anak tidak diabaikan
“Jadilah ibu bapa yang membanggakan”
top related