teks ucapan yb dato’ sri ismail sabri bin yaakob … · merakamkan setinggi-tinggi penghargaan...
Post on 02-Mar-2019
241 Views
Preview:
TRANSCRIPT
TEKS UCAPAN
YB DATO’ SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH
SEMPENA
MAJLIS PERHIMPUNAN JKKK/JKKKP MALAYSIA 2015
BERSAMA YAB PERDANA MENTERI
PUSAT DAGANGAN DUNIA PUTRA (PWTC) KUALA LUMPUR
3 DISEMBER 2015 (KHAMIS)
WAKTU KETIBAAN : 3.20 PETANG
2
Bismillahirramanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi Wabarakatuh
Salam Sejahtera
Salutation Syukur ke Hadrat Allah SWT kerana dengan limpah
izin-Nya jua, maka pada hari ini kita dapat menganjurkan
Majlis Perhimpunan JKKK dan JKKKP bersama Yang
Amat Berhormat Perdana Menteri yang kita kasihi.
3
2. Saya mengambil kesempatan ini mewakili warga
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
di atas kehadiran YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul
Razak, Perdana Menteri Malaysia ke majlis ini.
3. Saya juga mengalu-alukan kehadiran semua tetamu
kehormat, dif-dif jemputan dan istimewa sekali kepada
pemimpin JKKK/JKKKP serta para hadirin ke
perhimpunan ini.
4
4. Sesungguhnya, perhimpunan ini sangat bermakna
kepada kita semua kerana ia adalah pertemuan secara
langsung antara kepimpinan di peringkat akar umbi dari
seluruh negara dengan YAB Perdana Menteri yang kita
sanjungi. Ia sekaligus membuktikan sokongan padu JKKK
dan JKKKP kepada kepimpinan negara.
5. Saya mengharapkan perjumpaan ini menjadi medan
interaksi antara pemimpin tertinggi negara dengan
kepimpinan JKKK/JKKKP. Kehadiran lebih 10,000
pemimpin JKKK/JKKKP ke perhimpunan pada hari ini
5
membuktikan bahawa sokongan mereka kepada
kepimpinan YAB Perdana Menteri serta seluruh lapisan
kepimpinan kerajaan sangat padu. Untuk makluman YAB
Perdana Menteri, mereka yang hadir pada petang ini
adalah sebahagian daripada Pengerusi JKKK dan JKKKP
yang berjumlah hampir 15,784 orang di seluruh negara.
Manakala jika ditambah dengan keahlian
Jawatankuasanya jumlah warga JKKK di seluruh Negara
mencecah lebih 239,000 orang.
6
YAB Dato’ Seri dan Hadirin Sekalian,
MATLAMAT PROGRAM
6. Bagi memperkukuhkan hubungan yang sedia terjalin
antara KKLW dengan Kerajaan Negeri dan kepimpinan
JKKK/JKKKP, saya telah mengadakan program turun
padang mulai pada bulan Ogos lalu. Program
‘enggagement’ dengan pemimpin JKKK dan JKKKP di
seluruh negara adalah untuk mengeratkan silaturrahim
dan mengukuhkan hubungan kerja di peringkat akar umbi
7
khususnya JKKK dan JKKKP. Selain itu, misi bertemu
kepimpinan peringkat akar umbi juga adalah untuk
menerangkan peranan dan tanggungjawab yang perlu
dimainkan oleh JKKK dan JKKKP sebagai agen
transformasi yang berkesan di luar bandar.
7. Antara yang saya tekankan ialah peranan
JKKK/JKKKP sebagai Penolong Pendaftar Pemilih
sebagaimana keputusan Jemaah Menteri bertarikh 7
November 2014. Ini kerana mereka lebih mengenali
penduduk kampung masing-masing. Justeru, dengan
8
pelantikan tersebut, diyakini setiap penduduk yang telah
berumur 21 tahun ke atas akan didaftarkan sebagai
pemilih baharu. Selain itu saya turut menekankan kepada
peranan JKKK dan JKKKP dalam memantau pelaksanaan
projek infrastruktur yang dilaksanakan oleh KKLW di luar
bandar. Mereka bertanggungjawab untuk memantau
pelaksanaan projek-projek di luar bandar di kampung
masing-masing.
9
8. Perhimpunan pada hari ini adalah kemuncak kepada
program turun padang tersebut untuk mempertemukan
pula JKKK/JKKKP dengan pemimpin utama negara.
Semoga program ini dapat mempertingkatkan rangkaian
kerja strategik di antara kerajaan dengan kepimpinan
negeri dan desa bagi menjayakan transformasi luar
bandar.
10
TRANSFORMASI LUAR BANDAR (2016 - 2020)
9. Baru-baru in saya telah melancarkan
TRANSFORMASI LUAR BANDAR sempena 100 hari
saya di KKLW. Tema transformasi tersebut ialah
‘Membandarkan Luar Bandar’ yakni menjadikan
kawasan luar bandar di negara kita lebih kondusif
dengan pelbagai kemudahan seperti yang ada di bandar.
Ianya juga melangkaui penyediaan infrastruktur asas,
penyediaan peluang pekerjaan, peluang peningkatan
ekonomi dan sosial sehinggalah pembangunan modal
11
insan dan pengukuhan sistem penyampaian di luar
bandar. Terdapat 19 Transformasi yang bakal
dilaksanakan oleh KKLW dan semua agensi-agensinya
yang bakal memberi manfaat kepada segenap lapisan
masyarakat di luar bandar.
12
10. Antara fokus yang terkandung dalam transformasi luar
bandar ialah:
Mempergiatkan penyediaan kemudahan infrastruktur
asas luar bandar yang memberi tumpuan khusus
kepada kawasan yang masih belum diliputi.
Memperbanyakaan peluang-peluang pekerjaan di luar
bandar.
Mewujudkan tehno-hub usahawan belia.
Menyediakan perumahan untuk Generasi Kedua luar
bandar (Rumah Bina Negara/Rumah BN)
Mewujudkan Rural Premium Outlet (RPO)
13
Menaikaraf kedai-kedai di luar bandar.
Memperkasa masyarakat Bumiputera luar bandar di
Sabah dan Sarawak.
Memperkasa Majlis Pembangunan Luar Bandar
sebagai entiti perancangan dan pemantauan projek di
peringkat parlimen,
Mengarusperdanakan masyarakat Orang Asli.
Menubuhkan Jawatankuasa Bersama Perancangan
dan Pemantauan Projek KKLW di Sabah dan
Sarawak.
Memperkasa JKKK
14
Menubuhkan Universiti MARA
Memperkasa TABIKA KEMAS untuk menjadi TBK
berprestasi tinggi.
Program-program peningkatan usahawan.
11. Pada masa ini, jumlah penduduk luar bandar adalah
seramai 7.8 juta orang iaitu 26% dari keseluruhan
penduduk Malaysia yang berjumlah 30.5 juta. Kita sedia
maklum bahawa kawasan luar bandar sebahagian
besarnya didiami oleh masyarakat Melayu dan
Bumiputera. Mereka adalah penduduk yang masih
15
memerlukan pembelaan dari kerajaan kerana masih
terdapat 63% daripada 2.7 juta isi rumah golongan 40%
terendah (B40) tinggal di kawasan luar bandar.
12. Justeru, saya berharap program-program yang
direncanakan di bawah transformasi ini akan memberi
manfaat kepada rakyat di luar bandar dan bakal
mengubah landskap luar bandar secara keseluruhannya.
16
YAB Dato’ Seri dan Hadirin Sekalian,
PEMERKASAAN JKKK/JKKKP
13. Memandangkan institusi JKKK dan JKKKP adalah
saluran yang sangat penting untuk menjayakan hasrat
transformasi, saya merasakan mereka adalah catalyst
atau push factor di mana kejayaan transformasi ini sangat
bergantung kepada mereka untuk menggerakkannya di
peringkat akar umbi. Oleh yang demikian, saya
meletakkan program memperkasa JKKK ini sebagai satu
17
komponen penting dalam inisiatif transformasi yang akan
dilaksanakan. Kita komited untuk meneruskan usaha
memperkasakan JKKK dengan menyediakan pelbagai
bentuk latihan khususnya dalam aspek kepimpinan dan
tadbir urus desa.Tanggungjawab ini telahpun
dilaksanakan secara berterusan oleh Institut Kemajuan
Desa (INFRA) sejak ianya ditubuhkan pada tahun 1996.
Tidak dapat dinafikan bahawa semua JKKK dan JKKKP
telah mendapat manfaat dari program-program yang telah
diadakan mengikut keperluan dan kehendak semasa
JKKK dan JKKKP.
18
14. Selain kepimpinan JKKK dan JKKKP, fokus latihan
juga turut disebarluaskan kepada golongan belia luar
bandar yang dilaksanakan oleh pelbagai agensi di bawah
Kemeterian. Program-program yang menjurus kepada
pembangunan modal insan dan kesejahteraan rakyat
dilaksanakan menerusi latihan kemahiran oleh agensi-
agensi KKLW untuk membolehkan rakyat memiliki nilai
kebolehpasaran sebagai pekerja atau bakal usahawan.
19
BAJET 2016
15. Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan
ucapan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri selaku
Menteri Kewangan kerana telah meluluskan bajet 2016
berjumlah RM10.831 bilion kepada KKLW. Dari jumlah
tersebut, sebanyak RM5.451 bilion adalah peruntukan
pembangunan yang disediakan bagi melaksanakan
pelbagai program dan projek pembangunan di luar
bandar. Selain itu, sebanyak RM321.00 juta turut
20
diperuntukkan untuk membayar elaun bulanan JKKK dan
JKKKP.
TIADA BAJET LATIHAN KEPADA JKKK
17. Namun begitu, saya agak terkejut apabila peruntukan
bagi memperkasakan JKKK/JKKKP dan pemimpin
pelapis/belia luar bandar menerusi program-program
latihan yang saban tahun dilaksanakan oleh INFRA dan
agensi-agensi di bawah KKLW tidak diberikan sebarang
peruntukan. Keadaan ini sudah tentu membantutkan
21
usaha-usaha pemerkasaan JKKK/JKKKP dan masyarakat
luar bandar amnya.
18. Untuk itu, saya merayu kepada YAB Perdana Menteri
untuk mempertimbangkan semula keperluan ini kerana
pemerkasaan JKKK/JKKKP dan masyarakat luar bandar
wajar diberi keutamaan dalam usaha memperkukuhkan
peranan mereka sebagai agen transformasi luar bandar.
Program latihan ke arah pemerkasaan JKKK/JKKKP perlu
dijadikan sebagai agenda berterusan dan konsisten untuk
menjadikan desa lebih kompetitif dan maju. JKKK/JKKKP
22
tidak mungkin menjadi lebih kompeten jika keperluan
latihan kepada mereka tidak diberi perhatian oleh
kerajaan.
iDESA’ YAB Dato’ Sri dan Hadirin sekalian, 19. Pada hari ini, kami di KKLW merasa bertuah kerana
YAB Perdana Menteri akan melancarkan aplikasi telefon
mudah alih yang menyediakan data-data asas kampung di
negara kita. Aplikasi ‘iDesa’ yang dibangunkan secara
23
dalaman oleh INFRA boleh diakses menggunakan aplikasi
dalam telefon mudah alih melalui Play Store . Ianya
adalah opsyen kepada pengguna untuk mendapatkan
maklumat segera berkaitan kampung-kampung di seluruh
negara di samping data terperinci yang diselia dan
diselaraskan oleh Unit Perancang Ekonomi. Selain
maklumat asas kampung, aplikasi ini turut memuatkan
maklumat mengenai produk yang menjadi ‘trademark’
sesuatu kampung serta maklumat berkaitan homestay di
seluruh negara. Secara tidak langsung, aplikasi ini dapat
membantu mempromosikan produk kampung serta
24
homestay yang beroperasi secara sah dan berdaftar
dengan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.
RESOLUSI KONGRES PEMBANGUNAN LUAR BANDAR
20. Hari ini juga saya akan menyerahkan resolusi Kongres
Pembangunan Luar Bandar kepada YAB Perdana
Menteri. Bagi mencapai matlamat negara maju
berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Kementerian
ini telah menyediakan kerangka untuk memperkukuhkan
ekonomi isi rumah luar bandar melalui inisiatif Kongres
25
Pembangunan Luar Bandar yang telah diadakan pada 1 -
2 Disember 2015. Kongres yang bertemakan ‘Unlocking
The Potential Towards A Progressive Rural Society’ ini
membincangkan pelbagai isu berkaitan pembangunan
ekonomi luar bandar untuk menyediakan alternatif dan
blue print inisiatif ke arah memperbaiki tahap ekonomi
isirumah penduduk desa.
26
PENGHARGAAN
21. Akhir sekali, saya sekali lagi ingin merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan kepada YAB Perdana
Menteri dan semua yang telah hadir dari jauh dan dekat
khususnya para pemimpin akar umbi. Kehadiran semua
pada petang ini menggambarkan sokongan padu kepada
kerajaan khususnya kepada kepimpinan Perdana Menteri.
Semoga perhimpunan ini beroleh keberkatan dari-Nya dan
memberikan impak yang akhirnya diterjemahkan dalam
top related