teknik penyoalan (3)

Post on 29-Jun-2015

1.014 Views

Category:

Documents

5 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

PENYOALAN

KOMPONEN KEMAHIRAN

PENGAJARAN

Psk 3103: Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan

PENGENALANPenyoalan merupakan satu teknik yang digunakan dengan meluas oleh guru dalam usaha menyampaikan fakta, konsep dan prinsip sesuatu bidang ilmu serta meningkatkan pemikiran murid.

Sejak beribu-ribu tahun guru telah menggunakan teknik penyoalan untuk menyampaikan pelbagai ilmu sama ada di peringkat pra sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, mahu pun di universiti.

Penyoalan dapat merangsang murid berfikir secara kritis, analitis, dan mendapat maklum balas yang logik dan tepat.

Tambahan pula penyoalan dapat membantu menghubungkan di antara guru dengan murid dan menyatukan ahli-ahli kumpulan melalui interaksi.

Dalam satu kajian awal oleh Stevens (1912), didapati guru memperuntukkan 80% masa di sekolah menyoal murid.

Kajian yang dijalanakan oleh Leven dan Long (1981) mendapati guru bertanya 300 hingga 400 soalan sehari

Apakah tujuan penyoalan?

Menurut Morgan dan Saxton (1991) guru menyoal untuk melibatkan murid supaya lebih aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran sambil menilai pembelajaran dan membuka peluang untuk murid memberi pendapat dan buah fikiran mereka. 

Soalan memainkan peranan penting dalam bilik darjah untuk memberi murid peluang membina ilmu atau pengetahuan melalui asimilasi dan integrasi konsep-konsep baru (Hauser, 1990).

Untuk mempertingkatkan kefahaman, murid tidak boleh dibiarkan pasif dalam bilik darjah dan perlu digalakkan lebih aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Davis dab Murrell, 1994)

KOMPONEN

KEMAHIRAN

PENYOALAN

Komponen

Kemahiran

Penyoalan

Pembentukan

Soalan

Fokus Pelbaga

i

FokusTungga

l

Jelas Tepat

Ringkas

Soalan ditumpukan pada satu idea

Soalan konvergen

Soalan ditumpukan lebih daripada satu ideaSoalan divergen

Sebaran

Memberi petunjuk jawapan

Hentian (Pause)

Ditaburkan kepada seluruh kelas secara rawak ataupun

disebarkan di kelas

Berhenti seketika dan beri masa murid fikirkan jawapan

Memasukkan tanda saran (CUES) Panduan dengan

petunjuk jawapan

Mencungkil fikiran

Mengemukakan satu siri soalan untuk mencungkil

fikiran

654321

6 Penilaian

5 Sintesis

4 Analisis

3 Aplikasi

2 Kefahaman

1 Pengetahuan

ARAS-ARAS

PENYOALAN

Aras Kognitif Soalan Jenis soalan yang ditanya

memainkan peranan penting dalam perkembangan pemikiran murid.

Adalah diuatarakan bahawa guru yang tanya lebih banyak soalan aras kognitif tinggi akan dapat memperbaiki pencapaian serta proses pemikiran murid.

Soalan aras rendah hanya meminta murid mengingat kembali fakta manakala soalan aras kognitif tinggi menggalakan murid mengaplikasi konsep, membuat analisis serta sintesis.

PRINSIP MENYOAL 1.Merancang soalan terlebih dahulu.

2.Sesuai dengan peringkat umur.

3.Soalan mengikut aras yang sesuai.

4.Perkataan yang digunakan hendaklah

mudah difahami.

5.Beri peluang murid fikirkan jawapan.

6. Soalan hendakalah diajukan kepada seluruh

kelas.

7. Kemukakan soalan sebelum mengarah murid

menjawab.

8. Bentuk soalan boleh sentiasa diubah.

9. Soalan yang disampaikan adalah jelas

didengar.

10. Elakkan soalan yang mengikut urutan tempat

duduk.

11.Dorong murid memikirkan

jawapan.

12.Elakkan soalan yang mengandungi

jawapan di dalamnya

13. Ringkas dan tepat

Amalan Teknik Penyoalan dalam bilik darjah……

Dapat meningkatkan kemahiran teknik

penyoalan oleh guru-guru yang terlibat dalam

aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Seterusnya guru dapat menggunakan teknik

penyoalan yang berkesan untuk mengawal

kelas.

Melalui teknik penyoalan yang berkesan

juga guru dapat meningkatkan daya

tumpuan murid dalam aktiviti pengajaran

dan pembelajaran yang dikendalikan oleh

guru..

APLIKASI DALAM PSKTema : Malaysia Negara BerdaulatTahun : 5Sub tajuk : Mengekalkan kedaulatan Negara

Rukun Negara

Langkah-langkahGuru bertanya soalan mengenai Prinsip Rukun

Negara , Maksud dan amalan Rukun Negara.Contoh Soalan: 1. Apa itu Rukun Negara?

2. Terdapat berapa prinsip dalam Rukun Negara? 3. Apakah maksud Prinsip Rukun Negara yg pertama “kepercayaan kepada Tuhan” ? 4. Bagaimanakah amalan Rukun Negara di sekolah kita?

5. Apakah kepentingan Rukun Negara kepada kita?

Kesimpulan…….Masa menunggu jawapan daripada

murid dan aras kognitif soalan yang ditanya oleh guru memainkan peranan penting dalam mempengaruhi pencapaian murid dalam pelbagai jenis mata pelajaran. Kebanyakan kajian menunjukkan bahawa guru yang memberi murid lebih banyak masa untuk menjawab berjaya meningkatkan penguasaan sesuatu bidang ilmu serta menggalakan penglibatan murid.

Juga, soalan aras kognitif tinggi berjaya meningkatkan pencapaian murid dalam sesuatu mata pelajaran. Penglibatan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran juga telah bertambah sehingga murid lemah telah digalakkan bertanya dan menjawab soalan.

Balamurali DanapalamJeevithra Kaliappan

Mohd Fitri Hakim Bin BasriMuhamad Hazwan Bin

Mohd AriffMohd Aidi Syamer

SEKIAN, TERIMA KASIH

top related