taklimat kerja kursus
Post on 22-Jan-2016
193 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
TAKLIMAT KERJA KURSUS
ZAHRIN BIN HJ ABUPenolong Pengarah Kanan
Unit Peperiksaan SPMSPPMALN
CARTA PETUGAS PENTAKSIRAN KERJA KURSUS
LPMKPK
JPNKPN
KPKwKPS
PS
KETUA PENTAKSIR KEBANGSAAN (KPK)
Personel yang dilantik oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia yang mempunyai kemahiran dalam pentadbiran dan pentaksiran bagi mengurus mesyuarat penyelarasan peringkat kebangsaan, dan menyediakan laporan untuk Lembaga Peperiksaan Malaysia.
KETUA PENTAKSIR NEGERI (KPN)
Personel yang dilantik oleh Jabatan Pelajaran Negeri yang mempunyai kemahiran dalam pentaksiran bagi menyelaraskan skor calon di sekolah. Personel juga bertanggungjawab mengesan kelemahan-kelemahan yang menimbulkan keraguan dalam pemberian skor calon.
PENTAKSIR KAWASAN (PKw)
Personel yang dilantik oleh Jabatan Pelajaran Negeri dan mempunyai
kemahiran dalam pentaksiran bagi menyelaraskan skor calon di sekolah.
Personel juga bertanggungjawab mengesan kelemahan dan penyelewengan yang
menimbulkan keraguan dalam pemberian skor calon.
KETUA PENTAKSIR SEKOLAH
Personel yang dilantik oleh Pengetua dan mengajar mata pelajaran berkenaan pada tahun peperiksaan
serta mahir dalam tugas pentaksiran. Personel berkenaan bertanggungjawab menilai dan memberi
skor kepada hasil kerja calon, merekod skor, menyimpan evidens, dokumen berkaitan serta
menghantar skor calon yang telah diselaraskan ke Lembaga Peperiksaan secara ‘on line’ dan salinan
bercetak dengan kerjasama Setiausaha Peperiksaan Sekolah.
PENTAKSIR SEKOLAH
• Personel yang dilantik oleh Pengetua dan mengajar mata pelajaran berkenaan pada tahun peperiksaan serta mahir dalam tugas pentaksiran.
• bertanggungjawab menilai dan memberi skor kepada hasil kerja calon, merekod skor, menyimpan evidens, dokumen berkaitan serta menghantar skor calon yang telah diselaraskan ke LPM secara ‘on line’ dan salinan bercetak dengan kerjasama Setiausaha Peperiksaan Sekolah.
PENYELARASAN
Penyelarasan merupakan satu proses yang dijalankan untuk memastikan keselarasan kefahaman terhadap skema penskoran, penggunaan yang betul bagi skema penskoran dan skor yang betul bagi setiap pelajar.
PENYELARASAN
• penyelarasan pentadbiran• keselarasan dari segi dokumen, panduan
pentaksiran, kaedah dan borang pentaksiran
• pengurusan skor • memastikan konstruk, aspek, elemen, gred,
markah dan skala skor yang seragam
Penyelarasan dilaksanakan oleh:• Pentaksir Kebangsaan• Pentaksir Negeri • Pentaksir Kawasan • Ketua Pentaksir sekolah
PEMANTAUAN
Satu proses mendapatkan maklumat dan memastikan pentaksiran
dilaksanakan mengikut prosedur dan jadual pentaksiran yang ditetapkan.
TUJUAN PEMANTAUAN
• memastikan semua calon ditaksir mengikut dokumen atau panduan pentaksiran.
• memastikan pentaksiran dilakukan mengikut prosedur dan ketetapan yang dibuat dengan adil, sahih dan amanah.
Pemantau Luaran
• Pegawai Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM)
• Jemaah Nazir • Pegawai Jabatan Pelajaran Negeri (JPN)• Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah /
Bahagian (PPD/PPB)
Pemantau Dalaman
• Pengetua• Penolong Kanan Akademik• Guru Cemerlang• Guru Kanan Mata pelajaran / Ketua Panitia
PENGESANAN
Pengesanan ialah proses menilai program Kerja Kursus dari segi pencapaian objektif,
kekuatan dan kelemahan serta impaknya untuk tujuan memperbaiki Kerja Kursus.
Tugas & Tanggungjawab KPK
Sebelum1. Memberi Taklimat dan mesyuarat kepada
Ketua Pentaksir Negeri.2. Melawat sekolah 3. Menjalankan penyelarasan.4. Mempengerusikan mesyuarat bersama
pentaksir negeri.5. Menentukan agenda mesyuarat.
Tugas & Tanggungjawab KPK
Semasa1. Berjumpa Pengetua Sekolah memaklumkan kehadiran2. Melihat jadual perancangan pentaksiran calon-calon
sekolah
Selepas1. Mendapatkan laporan penyelarasan daripada pentaksir
negeri.2. Menghantar laporan penyelarasan kepada Lembaga
Peperiksaan Malaysia.
Tugas & Tanggungjawab KPN
Sebelum1. Menghadiri mesyuarat penyelarasan peringkat
kebangsaan2. Melawat Sekolah.3. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan
dari semasa ke semasaSemasa1. Menyediakan laporan penyelarasan2. Menyelaras skor calon di sekolah
Tugas & Tanggungjawab KPN
Selepas1. Mengarahkan pentaksir sekolah mentaksir
semula aspek yang berkaitan dalam pentaksiran jika ada keraguan serta memaklumkan kepada LPM.
2. Menghantar laporan kepada pentaksir kebangsaan.
3. Menghantar laporan penyelarasan kepada LPM.4. Menyelesaikan kes-kes khas
Tugas & Tanggungjawab PKw
Sebelum• Menghadiri mesyuarat penyelarasan peringkat
negeri.• Menyelaras skor murid di sekolah.Semasa• Mengarahkan pentaksir sekolah mentaksir semula
aspek yang berkaitan dalampentaksiran jika ada keraguan serta memaklumkan kepada pentaksir negeri.
Tugas & Tanggungjawab PKw
Selepas• Menghantar laporan kepada pentaksir
negeri• Menyelesaikan kes-kes khas
Tugas & Tanggungjawab KPS
Sebelum• Menghadiri mesyuarat penyelarasan.• Mengendalikan mesyuarat di peringkat sekolah
dan memberi taklimat kepada pentaksir Sekolah.
Semasa• Mengadakan penataran peringkat sekolah• Mentaksir kerja murid.• Menyelaras skor murid di sekolah.
Tugas & Tanggungjawab KPS
Selepas1. Mentaksir semula kerja murid jika ada perubahan
selepas diselaraskan oleh pentaksir negeri/ kawasan.
2. Menyerahkan skor kepada SUP3. Memastikan setiap murid pindah di hantar ke
sekolah baru.4. Menyediakan sijil PBS bagi setiap calon.5. Menyimpan rekod dan evidens di tempat
selamat.
Tugas & Tanggungjawab KPS
Selepas
6. Tempoh penyimpanan adalah selama 6 bulan selepas keputusan diumumkan.
7. Memastikan pentaksir sekolah memasukkan skor dalam aplikasi yang ditetapkan oleh LPM
8. Memberi kerjasama kepada pentaksir negeri / kawasan dalam urusan penyelarasan
9. Menyelesaikan kes-kes khas
Tugas & Tanggungjawab PS
Sebelum• Menghadiri mesyuarat penyelarasan.• Mengendalikan mesyuarat di peringkat
sekolah dan memberi taklimat kepada murid
Semasa• Mentaksir kerja murid.• Merekodkan skor murid di sekolah.
Tugas & Tanggungjawab PS
Selepas1. Mentaksir semula kerja murid jika ada perubahan
selepas diselaraskan oleh pentaksir negeri/ kawasan.
2. Menyerahkan skor kepada KPS3. Memastikan setiap murid pindah di hantar ke
sekolah baru.4. Menyediakan sijil PBS bagi setiap calon.5. Menyimpan rekod dan evidens di tempat selamat
dan diserahkan kepada KPS.
Tugas & Tanggungjawab PS
Selepas
6. Tempoh penyimpanan adalah selama 6 bulan selepas keputusan diumumkan.
7. Memastikan pentaksir sekolah memasukkan skor dalam aplikasi yang ditetapkan oleh LPM
8. Memberi kerjasama kepada pentaksir negeri / kawasan dalam urusan penyelarasan
9. Menyelesaikan kes-kes khas
PENGURUSAN SKOR CALON• Pentaksir mentaksir sesuatu aspek
berdasarkan kriteria yang ditetapkan dalam aspek berkenaan dan dilakukan dengan sempurna oleh calon.
• Gred Skor diberi dengan membandingkan pernyataan kriteria bagi setiap aspek yang ditaksir menggunakan maklumat yang terdapat dalam Buku Panduan Pentaksiran.
• Semua skor untuk setiap aspek yang ditaksir dicatat dalam Borang Penilaian Individu (BPI) untuk setiap calon.
• Skor keseluruhan untuk Elemen dimasukkan ke dalam Borang Kelompok Gred Elemen (BKGE)
• Borang Penilaian Individu (BPI) dan Borang Markah Calon hendaklah diperbanyakkan oleh pihak sekolah.
• Borang BPI dan BKGE yang telah lengkap dengan Skor perlu disimpan dan dipastikan keselamatannya kerana skor merupakan data peperiksaan di peringkat SPM.
PENGURUSAN SKOR CALON
CALON PINDAH
Memastikan sekolah baru yang dipilih menawarkan Kerja kursus yang sama dengan pilihan Kerja kursus yang diambil oleh mereka
Sekolah asal calon bertanggungjawab untuk memastikan rekod, butiran pentaksiran dan skor calon diterima oleh sekolah baru calon.
PENGURUSAN SKOR CALONPENGHANTARAN MARKAH KE LPM
Pihak sekolah memasukkan data gred markah calon yang telah diselaraskan secara On-Line pada awal bulan Ogos dan menghantar hasil cetakan komputer ke Jabatan Pelajaran Negeri pada hujung bulan Ogos.
Jabatan Pelajaran Negeri menghantar cetakan komputer ke Lembaga Peperiksaan Malaysia selewat-lewatnya pada akhir bulan September
SENARAI SEMAK PENYELARASAN
1. Laporan Penyelarasan Pentaksiran
2. Borang Penyelarasan Markah Calon
3. Graf Penyelarasan Pentaksiran Projek
4. Borang Pengesahan Penyelarasan Pentaksiran
5. Cetakan Markah
6. Borang Tuntutan
PROSEDUR PELAKSANAAN PENTAKSIRAN KERJA KERJA KURSUS
Pemantauan
Pemantauan pentaksiran adalah proses memastikan pentaksiran yang dijalankan oleh pentaksir mematuhi prosedur yang ditetapkan.
Objektif Pemantauan
• Memastikan kerja kursus/ projek dilaksanakan oleh semua calon.
• Memastikan pentaksiran dilakukan secara adil.
• Memastikan tiada unsur penyelewengan dalam proses Pentaksiran Berasaskan Sekolah.
Tugas Pemantau
• Memastikan kerja projek dilaksanakan seperti yang ditetapkan.
• Memastikan evidens dan dokumen disimpan di tempat yang selamat.
• Menyediakan laporan untuk perhatian Lembaga Peperiksaan Malaysia/ Jabatan Pelajaran Negeri.
PEMANTAU DALAMAN
1. Pemantau dalaman adalah terdiri daripada pihak pentadbiran sekolah (Pengetua / Penolong Kanan / Guru Kanan Teknik dan Vokasional).
2. Tugas pemantau dalaman ialah memastikan segala aktiviti pentaksiran kerja kursus mematuhi prosedur dan jadual perancangan pentaksiran yang ditetapkan.
3. Pemantau dalaman akan mengesahkan aktiviti pentaksiran pada ruangan yang disediakan pada BPI.
4. Pemantau dalaman akan mengesahkan kehadiran penyelaras dengan menggunakan Borang Pengesahan Kehadiran Penyelaras.
5. Mengambil tindakan susulan terhadap laporan yang dikemukakan oleh pemantau luaran dan penyelaras luaran sekiranya ada.
Pemantau Luaran
• Pemantau luaran adalah terdiri daripada pegawai-pegawai Lembaga Peperiksaan Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri, dan Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan.
• Pemantau luaran akan hadir ke sekolah yang ditetapkan pada tarikh yang dijadualkan.
KERJASAMA JPN
1. Perlantikan Penyelaras Kawasan
2. Taklimat Pentaksiran dan Penyelarasan peringkat Negeri
3. Pemantauan
CARTA ALIR PENGOPERASIAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH
PERANCANGAN DI PERINGKAT LPM
PENATARAN DI PERINGKAT JPN
PENATARAN DI PERINGKAT KEBANGSAAN
PELAKSANAAN
PEMANTAUAN
LAPORAN
LAPORAN DAN CADANGAN
PENYELARASAN
LAPORAN
PENGESANAN
LAPORAN
PENAMBAHBAIKAN
PENATARAN DI PERINGKAT PPB/D
Menghadiri Taklimat Penyelarasan
Merancang Jadual Penyelarasan
Membuat Lawatan Penyelarasan
Menyediakan Laporan Penyelarasan
Menghantar Laporan ke Sekolah dan JPN
Menghadiri Mesyuarat Pasca penyelarasan
Masalah?
Menghantar Laporan ke LPM
Ada
Tiada
CARTA PENGOPERASIAN PENYELARASAN
Menghadiri Taklimat Pemantauan
Merancang Jadual Pemantauan
Membuat Lawatan Pemantauan
Menyediakan Laporan Pemantauan
Menghantar Laporan ke Sekolah dan JPN
Menghadiri Mesyuarat Pasca pemantauan
Masalah?
Menghantar Laporan ke LPM
Ada
Tiada
CARTA PENGOPERASIAN PEMANTAUAN
Petikan ucapan Pengarah Peperiksaan
Persidangan Pegawai Kanan Peperiksaan Dan Unit Penilaian Peperiksaan JPN Kali ke
44
“Untuk mengurus dunia hari ini kepandaian sahaja tidak mencukupi. Untuk itu, tugas kita ialah untuk melahirkan pegawai-pegawai yang
bijaksana. Dengan kebijaksanaannya, ia mampu menjangkau dengan mata hati, dapat melihat petanda-petanda awal sesuatu yang akan berlaku dan mampu bertindak dengan
betul, tepat dan cepat bagi menghalang sesuatu yang tidak diingini daripada berlaku.”
top related