sumber sejarah 2.pptx

Post on 06-Feb-2016

72 Views

Category:

Documents

3 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

SUMBER SEJARAH

Pengertian dan definisi sejarah

•Sejarah adalah dialog yang tak pernah selesai antara masa sekarang dan lampau, suatu proses interaksi yang berkesinambungan antara sejarawan dan fakta-fakta yang dimilikinya

E.H. Carr

Pengertian dan definisi sejarah

•Sejarah adalah catatan dan maklumat tentang sesuatu organisasi manusia dan ia serupa dengan peradaban dunia.

Ibnu Khaldun

Pengertian dan definisi sejarah •Sejarah ialah sebuah

bentuk penyelidikan tentang hal-hal yang telah dilakukan oleh manusia pada masa lampau

R. G. Collingwood

DEFINISISUMBER

• Sumber atau ‘source’ bermaksud sesebuah karya dan lain-lain, yang menyediakan maklumat atau bukti (khusus yang bersifat tulen atau asli) berkenaan sesuatu fakta, kejadian atau siri hal-hal tersebut.

Menurut, Oxford English

Dictionary

DEFINISISUMBER •Sumber juga sering

diistilahkan sebagai punca pemikiran atau ilham. Menurut, Muhd.

Yusof Ibrahim

SUMBER SEJARAH

SUMBER UTAMA/PRIM

ER

SUMBER KEDUA/SEKU

NDER

SUMBER LISAN

SUMBER

• Sesuatu maklumat atau fakta yang menceritakan tentang kejadian sama ada secara bertulis yang berkemungkinan tersimpan di tempat-tempat yang khusus seperti di muzium, arkib, perpustakaan, istana, pejabat menyimpan rekod, rumah-rumah perseorangan ataupun secara lisan yang sahih buktinya yang mana boleh dijadikan sebagai bahan rujukan bagi ahli sejarah untuk mendapatkan bukti bagi penulisan persejarahannya.

KESIMPULAN

SUMBER UTAMA/PRIMER

DEFINISI SUMBER UTAMA

•Sumber utama itu ialah kumpulan sumber mahupun bahan yang boleh kita rujuk, tetapi keadaanya masih asli dan belum lagi ditafsir serta terdapat di institusi-institusi tertentu.

Menurut Muhd Yusuf Ibrahim;

DEFINISI SUMBER UTAMA

•Sumber utama itu dimaksudkan sebagai keterangan daripada seorang saksi atau yang terlibat sendiri dalam sesuatu perkara. Ataupun, sumber utama ialah bahan-bahan mentah dan asli yang belum sempurna lagi.

Menurut Abdul Rahman Haji

Abdullah ;

DEFINISI SUMBER UTAMA

•Sumber utama atau sumber primer ialah bahan dalam bentuk kertas, fosil, artifak dan keterangan lisan. Sumber ini belum diolah dan dicetak. Sumber-sumber tersebut bersifat asli dan belum ditafsir.

Menurut, Ahmad Fawzi

Bin Mohd Basri;

SUMBER UTAMA

•Sumber utama merupakan sumber asli dan mentah yang belum sempurna yang mana ia mula-mula sekali mencatatkan peristiwa sejarah yang berlaku dan ianya belum lagi dikenalpastikan oleh mana-mana pihak atau institusi

KESIMPULAN

CONTOH-CONTOH SUMBER UTAMA

•Fail rasmi jabatan.

•Surat peribadi.

•Diari.

•Artifak

•Manuskrip yang belum dicetak.

•Batu bersurat.

•Batu nisan

•Fosil

CONTOH-CONTOH SUMBER UTAMA

BATU BERSURAT DIARI

Sumber Utama/Primer dan Penggunaannya

•Tidak boleh difahami serta-merta.

•Perlu ditafsir dengan sendiri.

•Perlu memahami dan menggambarkan peristiwa.

•Agakan, tekaan atau hipotesis mungkin terlibat dalam mentafsir sumber ini.

Sumber Utama/Primer dan Penggunaannya

• Sumber ini perlu diletakkan dalam konteks sejarahnya.

• Sukar dikritik kerana adanya konteks asal.

• Sumber ini perlu dikelaskan.

• Sumber ini perlu difahami dan diberi nilai sebagai satu sumber maklumat sejarah.

• Sebagai kunci dan petunjuk fakta-fakta.

SUMBER KEDUA/SEKUND

ER

SUMBER KEDUA/SEKUNDE

R

•Ialah kajian-kajian ataupun penulisan-penulisan yang telah dilaksanakan oleh seseorang mahupun sesuatu kumpulan, tentang sesuatu peristiwa, tokoh-tokoh dan sebagainya.

PENGENALAN

DEFINISI SUMBER

KEDUA/SEKUNDER

• Sumber kedua atau sumber sekunder terdiri daripada bahan yang dikaji melalui pembacaan bahan bertulis. Bahan tersebut ditulis oleh sejarawan atau pengkaji sejarah. Sumber kedua merupakan bahan yang diolah, dicetak dan disebarkan kepada umum.

Menurut Ahmad Fawzi

Bin Mohd Basri,

SUMBER KEDUA/SEKUND

ER

•Sumber kedua ini merujuk kepada sesuatu karya yang telah diproses hasil daripada bahan-bahan sumber utama. Ini bermakna sumber kedua ini mempunyai kaitan yang amat rapat dengan sumber utama.

KESIMPULAN

CONTOH-CONTOH SUMBER KEDUA

• Sumber Manuskrip Lama

•Akhbar-akhbar.

•Majalah.

• Sumber karangan atau esei.

• Jurnal.

• Ensiklopedia

•Risalah.

•Buku-buku.

• Tesis.

•Rencana.

• Laporan tahunan jabatan.

CONTOH-CONTOH SUMBER KEDUA

MANUSKRIP LAMA ENSIKLOPEDIA

CONTOH-CONTOH SUMBER KEDUA

AKHBAR-AKHBAR BUKU-BUKU

Sumber Kedua/Sekunder dan Penggunaannya

•Boleh difahami dengan adanya sumber pertama.

• Sebagai pengkaji, sumber ini tidak memberi banyak maklumat.

• Sumber ini menjadikan pengkaji seorang yang pasif kerana menerima maklumat sahaja

•Banyak usaha dilakukan bagi menelaah sumber ini.

• Sebagai koleksi fakta-fakta

SUMBER LISAN

SUMBER LISAN

• Sumber lisan merupakan sumber yang wujud melalui percakapan atau pertuturan dari mulut ke mulut oleh seseorang yang terlibat atau menyaksikan sesuatu peristiwa yang telah berlaku.

• Ia hanya tersimpan di dalam ingatan penyaksi dan ianya tidaklah ditulis atau dirakamkan.

PENGENALAN

CONTOH –CONTOH SUMBER LISAN

•Percakapan/pertuturan.

•Temu bual/temu ramah.

•Perbincangan.

•Temuduga

CONTOH-CONTOH SUMBER LISAN

TEMU DUGA TEMU BUAL

Sumber Lisan dan Penggunaannya

•Menerang pengkisahan sejarah yang terkandung dalam sumber pertama dan kedua.

•Boleh wujud unsur mitos yang jauh dari fakta sumber pertama.

• Sangat senang difahami kerana adanya pengkisahan sejarah.

• Sumber ini seolah-olah “bercakap”dan paling mudah tersebar.

•Menjadi pendorong kepada kajian terhadap sumber skunder dan pertama

Sumber Lisan dan Penggunaannya

•Menerang pengkisahan sejarah yang terkandung dalam sumber pertama dan kedua.

•Boleh wujud unsur mitos yang jauh dari fakta sumber pertama.

• Sangat senang difahami kerana adanya pengkisahan sejarah.

•Sumber ini seolah-olah “bercakap”dan paling mudah tersebar.

•Menjadi pendorong kepada kajian terhadap sumber skunder dan pertama

Persamaan Sumber-Sumber Sejarah

• Sumber ini amat signifikan. (Sumber Lisan boleh menjadi sumber pertama atau kedua, dan sumber primer dan sekunder memerlukan sumber lisan sebagai kesinambungan kronologi)

•Digunakan oleh sejarawan walaupun metode pengkajian sejarah berbeza-beza.

•Dapat mengukuhkan hujah walaupun diberikan kritikan yang berbeza

Persamaan Sumber-Sumber Sejarah

•Mampu untuk menghasilkan pensejarahan dan seterusnya sejarah tidak akan wujud sebagai ilmu pengetahuan masa lalu, seandainya salah satu sumber diketepikan.

•Boleh wujud secara bersama bagi menerangkan sekurang-kurangnya satu peristiwa.

• Sumber-sumber ini merupakan kepentingan yang asasi kerana memberi ilham kepada sejarawan dalam membentuk pensejarahan

Persamaan Sumber-Sumber Sejarah

• Sumber-sumber ini secara dasarnya tidak boleh “bercakap” sendiri melainkan individu atau ada seseorang yang menjelaskannya.

• Semua sejarawan, sama ada sejarawan kuno atau moden pernah atau akan menggunakan ketiga-tiga sumber dalam membina pensejarahan.

•Ketiga-tiga sumber dilihat sama penting kecuali kritikan luaran dan dalaman ke atas kesahihannya yang berbeza-beza.

•Ketiga-tiga sumber boleh jadi benar atau tidak benar

PERBEZAAN KETIGA-TIGA SUMBER

SUMBER UTAMA

SUMBER KEDUA

SUMBER LISAN

Sumber asli dan mentah yang belum diolah dan dicetak.

Sumber yang telah diolah, dicetak dan disebarkan kepada umum.

Sumber yang wujud melalui percakapan atau pertuturan dari mulut ke mulut.

PERBEZAAN KETIGA-TIGA SUMBER

SUMBER UTAMA SUMBER KEDUA SUMBER LISAN

Tidak boleh difahami serta-merta.Perlu ditafsir dengan sendiri.Perlu memahami dan menggambarkan peristiwa.

Boleh difahami dengan adanya sumber pertama.Sebagai pengkaji, sumber ini tidak memberi banyak maklumat.Sumber ini menjadikan pengkaji seorang yang pasif kerana menerima maklumat sahaja

Sangat senang difahami kerana adanya pengkisahan sejarah.Sumber ini seolah-olah “bercakap”dan paling mudah tersebar.

PERBEZAAN KETIGA-TIGA SUMBER

SUMBER UTAMA SUMBER KEDUA SUMBER LISAN

Sumber:

Fail rasmi jabatan.Surat peribadi.Diari.Manuskrip yang belum dicetak.Batu bersurat.

Sumber :Sumber Manuskrip LamaAkhbar-akhbar.Majalah.Sumber karangan atau esei.Jurnal.Ensiklopedia.Risalah.Buku-buku.Tesis.Rencana.Laporan tahunan jabatan.

Sumber :

Percakapan/ pertuturan.Temubual/temu ramah.Perbincangan.Temuduga.

KEPENTINGAN SUMBER SEJARAH

•Tanpa sumber, sejarawan tidak berupaya menghasilkan persejarahannya.

•Menggambarkan suatu pandangan dan pemikiran seseorang penulis atau pengkaji terhadap perkara dan juga terhadap alam persekitaran pada masa lalu

•Sebagai mengukuhkan hujah dan menguatkan lagi suatu kenyataan yang ingin dijelaskan oleh sejarawan.

•Memberikan keyakinan kepada sejarawan dan masyarakat umum pada hari ini tentang sejarah sebagai pengetahuan masa lampau.

KEPENTINGAN SUMBER SEJARAH

•Menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran sejarah.

•Meningkatkan pengetahuan dengan lebih mendalam terhadap fakta sejarah.

•Menimbulkan motivasi dalam pembelajaran sejarah.

•Meningkatkan kreativiti dan keseronokan dalam pembelajaran sejarah.

•Membantu pengurusan bilik darjah.

top related