sistem pengurusan, penempahan dan ...ir.fsksm.utm.my/239/1/farhanafauziac073064d10ttp.pdfsistem...
Post on 17-Mar-2019
243 Views
Preview:
TRANSCRIPT
SISTEM PENGURUSAN, PENEMPAHAN DAN PENYEMAKAN TEKSI DAN
KENDERAAN SEWA BERASASKAN WEB
FARHANA BINTI FAUZI
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains (Sains Komputer)
Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat
Universiti Teknologi Malaysia
JUN, 2010
ii
“Saya akui bahawa karya ini adalah hasil nukilan saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan
saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan
penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Komputer”
iii
DEDIKASI
“Teristimewa Buat Papa dan Mama Yang Tercinta…..
Hj. Fauzi Bin Ismail
Hajjah Faridah Bt. Salleh
…..Terima Kasih di atas segala pengorbanan dan sokongan yang telah diberikan
selama ini……
Buat Adik-adik Yang Tersayang…….
Siti Fairuz Bt Hj. Fauzi
Fatin Bt. Hj. Fauzi
Fauziah Bt Hj. Fauzi
Faidah Bt Hj. Fauzi
Fatnin Bt Hj.Fauzi
Muhammad Faris Bin Hj. Fauzi
Muhammad Faiz Bin Hj. Fauzi
Buat Insan-Insan Yang Menyayangi Diri Ini….
Terima Kasih Atas Segalanya…..”.
Farhana Bt Hj. Fauzi 2010
iv
PENGHARGAAN
“ Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”
Bersyukur saya kehadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya akhirnya saya
dapat menyiapkan Projek Sarjana Muda dalam tempoh yang telah ditetapkan.
Di sini, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih saya kepada penyelia
projek saya iaitu Dr. Ismail Bin Mat Amin yang telah sama-sama menyumbangkan
masa dan idea- idea baru untuk merancang dan menyiapkan Projek Sarjana Muda saya
ini. Tanpa tunjuk ajar dari beliau tentu projek ini tidak dapat dijalankan dengan begitu
lancar sekali. Tidak lupa juga penghargaan terima kasih saya yang tidak terhingga
kepada pengurus syarikat teksi iaitu Tuan Haji Mudzakir bin Mohd Azib yang sudi
memberikan maklumat-maklumat yang berguna dalam usaha membangunkan sistem
ini.
Sekalung budi yang tidak terhingga kepada kedua-dua ibu bapa saya Hj Fauzi
Bin Ismail dan Hajjah Faridah Bt Salleh yang banyak memberi dorongan dan
mendoakan kejayaan saya ini. Tidak lupa kepada rakan-rakan seperjuagan iaitu
Dzidatul Akma Bt Dzulkafli, Nilam Nur Bt Amir Sjarif, Noraini Bt Khair dan Nurul
Ain Bt Ariffin yang banyak membantu dalam usaha membangunkan sistem ini. Segala
kerjasama yang diberikan amatlah saya hargai dan tidak akan saya lupakan.
v
ABSTRAK
Sistem Pengurusan,Penempahan dan Penyemakkan Teksi dan Kenderaan Sewa
berasaskan web dengan menggunakan teknologi SMS adalah salah satu sistem yang
telah dibangunkan untuk pihak pentadbiran dan pelajar UTM khususnya. Sistem ini
akan digunakan oleh pelajar UTM dan pihak pentadbiran. Sistem ini dibangunkan
bertujuan untuk memudahkan para pelajar dalam membuat penempahan dan
penyemakan teksi atau kenderaan sewa, mengetahui status penempahan dan melihat
jadual perjalanan. Sistem yang dibangunkan ini adalah sebagai alternatif bagi
menggantikan sistem manual yang digunakan oleh pihak pentadbiran sekarang. Selain
daripada itu, organisasi tersebut masih lagi belum mempunyai sistem yang khusus.
Sistem ini ditambah dengan satu lagi kemudahan teknologi masa kini iaitu
Perkhidmatan Pesanan Ringkas (SMS) yang membolehkan pihak pentadbiran
menghantar status maklumat penempahan kepada pelajar. Dalam proses
membangunkan sistem ini, metodologi Rational Unified Process (RUP) dipilih sebagai
model pembangunan beserta dengan Unified Modeling Languange(UML) dalam
memodelkan sistem. Untuk bahasa pengaturcaraan dan pangkalan data pula, PHP dan
MySQL telah digunakan untuk menyokong pembangunan sistem tersebut.
vi
ABSTRACT
“Sistem Pengurusan,Penempahan dan Penyemakkan Teksi dan Kenderaan
Sewa in web by using SMS technology is one of the systems has been developed for
the administration and UTM student especially. This system will be used by UTM
students and administrators. This system was developed to facilitate students in
applying a new booking the cab and car rental, checking the status of the application
and also see the schedule. The system was developed as an alternative to replace the
manual system used by the current administration. Furthermore, the organization still
does not have a specific system. The other feature to be added to the system is the
Short Message Service (SMS) that allows the administration to send the status
booking information to the students. In the process of developing this system, the
methodology of Rational Unified Process (RUP) was chosen as the model of
development with the Unified Modeling Language (UML) in modeling the system.
For programming language and database, the PHP and MySQL were used to support
the development of the system.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI SINGKATAN xvi
SENARAI ISTILAH xviii
SENARAI LAMPIRAN xix
1 PENGENALAN PROJEK
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Penyataan Masalah 3
1.3 Matlamat Projek 4
1.4 Objektif Projek 4
1.5 Skop Projek 5
1.6 Justifikasi / Kepentingan 6
1.7 Perancangan projek (PSM 1) 7
1.8 Ringkasan 7
viii
2 KAJIAN LITERATUR
2.1 Pendahuluan 8
2.2 Latar belakang masalah 9
2.3 Latar belakang Organisasi 10
2.4 Analisa masalah terhadap sistem sedia ada 11
2.5 Kajian perbandingan terhadap perisian lain yang
Berkaitan
2.5.1 Kelebihan
12
12
2.5.2 Kelemahan 13
2.5.3 Kefungsian 13
2.6 Analisa masalah terhadap sistem semasa 14
2.6.1 Penempahan teksi secara manual 14
2.6.2 Penempahan kenderaan sewa secara
Manual
15
2.6.3 Cadangan penyelesaian 18
2.7 Perisian cadangan yang akan dibangunkan 19
2.7.1 PHP Hypertext Pre-processor (PHP) 19
2.7.2 Kelebihan menggunakan Aplikasi PHP 19
2.7.3 Kelemahan Menggunakan Bahasa PHP 20
2.7.4 JavaScript 21
2.8 Kajian ke atas teknologi, peralatan dan teknik
Untuk menyelesaikan masalah
21
2.8.1 Internet 21
2.8.2 World Wide Web (www) 22
2.8.3 Kajian ke Atas Teknologi 23
2.8.3.1 Short Message Services (SMS) 23
2.8.3.2 Kebaikan SMS 24
2.8.3.3 Short Message Service Center
(SMSC)
25
ix
2.8.3.4 SMS-Gateway 25
2.8.3.5 NowSMS Gateway 25
2.8.3.6 Home Location Register (HLR) 26
2.8.3.7 Visitor Location Register (VLR) 26
2.8.4 Kajian ke Atas Peralatan 27
2.8.4.1 MySQL 27
2.8.4.2 Pelayan Apache 27
2.8.4.3 Rational Rose 2000 28
2.8.4.4 Xammp 28
2.8.4.3 Internet Information Server (IIS) 29
2.8.5 Kajian ke Atas Teknik 29
2.9 Keperluan Pembangunan Perisian 29
2.9.1 Justifikasi Perisian 30
2.9.1.1 Windows XP dan ke atas 30
2.9.1.2 Macromedia Flash 30
2.9.1.3 Macromedia Dreamweaver MX 31
2.9.1.4 Adobe Photoshop CS2 31
2.9.2 Justifikasi Perkakasan 31
2.10 Rumusan 32
3 METODOLOGI PEMBANGUNAN
3.1 Pendahuluan 33
3.2 Metodologi 34
3.2.1 Metodologi Air Terjun 34
3.2.2 Metodologi Prototaip 36
3.2.3 Metodologi Yang Dipilih 37
3.2.4 Rekabentuk Berorientasikan Objek 38
3.2.4.1 Rational Unified Process (RUP) 38
3.2.5 Kaedah 41
3.2.5.1 Unified Modeling Language (UML) 41
3.3 Fasa-fasa dalam penyelesaian masalah 42
x
3.3.1 Fasa Perancangan (Inception) 42
3.3.2 Fasa Penghuraian (elaboration) 43
3.3.3 Fasa Pembangunan (construction) 43
3.3.4 Fasa Peralihan (transition) 43
3.4 Rumusan 44
4 HASIL ANALISIS DAN REKABENTUK
4.1 Pendahuluan 45
4.2 Hasil Kerja Fasa Kajian Keperluan Perisian 45
4.2.1 Keperluan Kefungsian 46
4.2.2 Keperluan Bukan Kefungsian 46
4.2.3 Keterangan Senarai Pengguna 47
4.2.4 Pemodelan Kes Guna 47
4.2.4.1 Rajah Kes Guna (Use Case) 48
4.2.4.2 Keterangan Aktor 49
4.2.4.3 Keterangan Kes Guna(Use Case). 49
4.3 Aliran Kerja Fasa Analisa 51
4.3.1 Rajah Jujukan (Sequence Diagram) 52
4.4 Aliran Kerja Fasa Rekabentuk 52
4.4.1 Rekabentuk senibina 52
4.4.2 Rekabentuk Antaramuka 54
4.5 Rekabentuk Pangkalan Data 56
4.6 Rumusan 56
xi
5 PERLAKSANAAN DAN HASIL
5.1 Pendahuluan 57
5.2 Persekitaran Pembangunan 58
5.2.1 Instalasi Perisian 58
5.2.1.1 Pemasangan Xampp 58
5.2.1.2 Pemasangan NowSMS 61
5.3 Pembangunan Sistem 66
5.3.1 Pengujian URL 67
5.3.2 Pengujian Pangkalan Data 68
5.4 Pengekodan 69
5.4.1 Hubungan dengan Pangkalan Data 69
5.4.2 Penggunaan Session Dalam Fungsi Login 70
5.4.3 Fungsi Masukkan Maklumat Pelajar 72
5.4.4 Fungsi Membuat Tempahan 73
5.4.5 Fungsi Kemaskini Maklumat Pelajar 75
5.4.6 Fungsi Hantar Mesej 77
5.5 Ringkasan 80
6 PENGUJIAN DAN PENILAIAN SISTEM
6.1 Pendahuluan 81
6.2 Pengujian Sistem 82
6.2.1 Pengujian Pangkalan Data 82
6.2.2 Pengujian Aturcara 84
6.3 Pengujian Input dan Output 86
6.3.1 Pengujian Input 86
6.3.2 Pengujian Output 87
6.4 Pengujian Pengguna 87
6.5 Hasil Pembangunan 88
6.6 Rumusan
89
xii
7 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN
7.1 Pendahuluan 90
7.2 Hasil dan Pencapaian Projek 90
7.3 Masalah yang dihadapi 92
7.4 Kelebihan Sistem 93
7.5 Kelemahan Sistem 93
7.6 Cadangan Pembaikan 94
7.7 Rumusan 95
RUJUKAN 96
LAMPIRAN A- F 98
xiii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKASURAT
2.1 Keperluan Perkakasan dan Keperluan
Perisian 32
4.1 Konsep Utama di dalam Rajah Kes Guna 48
4.2 Keterangan Ringkas Bagi Setiap Aktor 49
xiv
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKASURAT
2.1 Cartalir Penempahan teksi secara manual 16
2.2 Cartalir Penempahan kenderaan sewa secara manual 17
3.1 Model Air Terjun 36
3.2 Model Prototaip 37
3.3 Model Rational Unified Process (RUP) 39
4.1 Kes Guna Login 50
4.2 Kes Guna Aktiviti Admin 50
4.3 Kes Guna Aktiviti Pengguna 51
4.4 Antaramuka Login Pentadbir 55
4.5 Antaramuka Halaman Utama 55
5.1 Muka Hadapan Pemasangan Pakej Xampp 59
5.2 Destination Folder 59
5.3 Installation Options 60
5.4 Proses Instalasi 60
5.5 Instalasi Xampp Berjaya 61
5.6 Permulaan Pemasangan NowSMS 62
5.7 Lokasi Pemasangan NowSMS 62
5.8 Get Laluan Konfigurasi Dialog 63
5.9 Get Jenis SMSC Sambungan 63
5.10 Get Nama Modem Drivers 64
5.11 Menguji Sambungan Modem dengan NowSMS 64
5.12 Konfigurasi port dan IP address 65
xv
5.13 SMS Gateway Service 66
5.14 Pengujian URL 67
5.15 Pengujian Pangkalan Data 68
5.16 Aturcara Menyambungkan Pangkalan Data dengan
Sistem.
69
5.17 Antaramuka Login 70
5.17(a) Aturcara Bagi Fungsi Login 71
5.18 Antaramuka Masukkan Maklumat Pelajar Baru 72
5.18(a) Aturcara Bagi Fungsi Masukkan Maklumat Pelajar
Baru
73
5.19 Antaramuka Fungsi Membuat Tempahan 74
5.19(a) Aturcara Bagi Fungsi Membuat Tempahan 75
5.20 Antaramuka Kemaskini Maklumat Pelajar 76
5.20(a) Aturcara Bagi Fungsi Kemaskini Maklumat Pelajar 77
5.21 Antaramuka Hantar Mesej 78
5.21(a) Aturcara Bagi Fungsi Hantar Mesej 80
6.1 Paparan Mesej Ralat 86
xvi
SENARAI SINGKATAN
SINGKATAN ISTILAH
CGI Common Gateway Interface
FAB Fakulti Alam Bina
GSM Global System for Mobile
Communications
HLR Home Location Register
HTML Hypertext Markup Languange
IBM International Business Machine
ICT Information Communication Technology
IIS Microsoft Internet Information Server
MSCs Mobile Switching Center
MySQL Microsoft SQL Server
PHP PHP Hypertext Pre-processor
PSM I Projek Sarjana Muda I
PSM II Projek Sarjana Muda II
RDBMS Rational Database Management System
RUP Rational Unified Process
SDD System Design Document
SMS Short Message Services
SMSC Short Message Service Center
SRS Spesifikasi Keperluan Perisian
TCP/IP Transmission Control Protocol / Internet
xvii
Protocol
UML Unified Modeling Language
UTM Universiti Teknologi Malaysia
VLR Visitor Location Register
WWW World Wide Web
XAMPP X (for the four operating system
supported) A (Apache) M (MySQL) P
(PHP) P (Perl).
XML eXtension Markup Language
xviii
SENARAI ISTILAH
ISTILAH TERJEMAHAN
Actor Aktor
Sequence Diagram Rajah jujukan
Use Case Kes Guna
Sequence Diagram Rajah Jujukan
Inception Perancangan
Iteration Iterasi
Elaboration Penghuraian
Construction Pembangunan
Transition Peralihan
Browser Pelayar
Waterfall Model Model Air Terjun
Prototyping Model Model Prototaip
Database Pangkalan Data
Browser Pelayar
Installation Pemasangan
Gantt Chart Carta Gantt
User Pengguna
Sequence Diagram Rajah jujukan
Use Case Diagram Rajah Kes Guna
Class Diagram Rajah Kelas
Activity Diagram Rajah Aktiviti
xix
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKASURAT
A Carta Gantt Bagi PSM 1 Dan PSM 2 98
B Struktur Organisasi 101
C Temubual 103
D1 Dokumentasi Spesifikasi Keperluan Perisian(SRS) 107
D2 Dokumen Rekabentuk Perisian(SDD) 148
E Dokumen Pengujian Perisian 157
F Manual Pengguna 181
BAB 1
PENGENALAN PROJEK
1.1 Pendahuluan
(Information Communication Technology) ICT adalah teknologi yang
membolehkan pengumpulan, pengurusan, manipulasi, perolehan, dan komunikasi
maklumat dalam pelbagai bentuk. Perkembangan teknologi berkomputer dan
rangkaian yang serba canggih ini berkembang dengan pesat. Kepesatan teknologi
maklumat dan komunikasi (ICT) di Malaysia tidak dapat disangkal dengan kadar
penembusan penggunaan internet.[ Day Dream by Jim Whimpey. Blog di
WordPress.com, 2009]
Penggunaan internet juga semakin meluas dan berkembang sejajar dengan
matlamat kerajaan yang menggalakkan penggunaan internet di setiap rumah.
Perkembangan internet yang pesat menjadikan teknologi ini sebagai satu medium
untuk memberi sebarang informasi dan maklumat kepada manusia. Internet juga
merupakan satu rangkaian sedunia yang semakin popular.
Salah satu keperluan teknologi yang sangat meluas adalah penggunaan telefon
mudah alih. Ia telah menjadi satu keperluan asas bukan sahaja berhubung malah
dengan peningkatan fungsinya yang semakin pantas. Short Message Services (SMS)
adalah telah menjadikan sesuatu yang sangat diperlukan oleh manusia pada masa
kini.Teknologi SMS bukan sahaja digunakan oleh orang perseorangan untuk
berkomunikasi malah ia juga telah digunakan oleh semua organisasi.
Khidmat Pesanan Ringkas atau lebih dikenali dengan SMS merupakan satu
khidmat yang begitu popular dalam kalangan pengguna telefon bimbit di negara kita.
SMS telah dilancarkan secara komersial di Malaysia untuk kali pertamanya pada tahun
1995 .[Gaya Dewan, 1995. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka]
Dalam era ICT dan globalisasi ini, teknologi telah berkembang dengan pesat.
Maka, satu alternatif penyelesaian masalah berasaskan teknologi yang sedang
membangun kini boleh membantu syarikat tersebut menjalankan aktiviti pengurusan
dengan lancar. Alternatif penyelesaian yang bakal diaplikasikan mestilah mempunyai
kriteria seperti efektif, mampu dimiliki semua dan mesra pelanggan.
Setelah meneliti situasi yang berlaku maka sistem yang bakal dibangunkan ini
seiring dengan perkembangan teknologi yang semakin pesat, maka syarikat teksi dan
kenderaan sewa telah bersetuju dengan cadangan untuk menggunakan teknologi
pengurusan yang berasakan web atau atas talian ini telah diberi nama SP-TEKSI DAN
KENDERAAN SEWA.
Syarikat teksi ini adalah sebuah syarikat yang berdaftar yang menyediakan
perkhidmatan pengangkutan. Syarikat ini memberikan perkhidmatan teksi menjadi
keperluan penting kepada perkhidmatan awam. Secara tidak langsung ianya melibati
kehendak UTM, khasnya kepada mahasiswa-mahasiswi.Syarikat teksi dibangunkan
adalah untuk memudahkan pengurusan, penyemakan dan penempahan teksi bagi
mengantikan sistem manual yang dilakukan oleh syarikat tersebut.
Kenderaaan sewa juga adalah sebuah alternatif lain yang mampu memberikan
keselesaan kepada mahasiswa-mahasiswi yang ingin menyewa. Ada pelbagai jenis
kenderaan yang disediakan samada manual atau pun auto. Harganya juga berpatutan
dan mampu disewa oleh mahasiswa-mahasiswi UTM. Kenderaan sewa ini dimiliki
oleh pelajar atau pensyarah yang menyewakan kenderaan mereka kepada pelajar
UTM.
1.2 Penyataan Masalah
Syarikat teksi masih menggunakan sistem manual untuk membuat penempahan
dan semakan atau menerusi panggilan telefon.
Berikut adalah masalah yang dihadapi oleh pihak pengguna dan pihak
pengurusan dalam urusan yang berkaitan dengan penempahan teksi dan kenderaan
sewa tersebut :-
i. Pelanggan sukar untuk melihat status kekosongan kenderaan.
ii. Pelanggan perlu membuat penempahan dengan menelefon pihak
pengurusan.
iii. Kos penempahan menerusi panggilan telefon lebih tinggi berbanding
penggunaan khidmat pesanan ringkas SMS.
iv. Sukar untuk mendapatkan kenderaan sewa sekiranya kenderaan sewa
itu penuh.
1.3 Matlamat Projek
Matlamat projek ini untuk menghasilkan satu sistem yang boleh membantu
pihak pengurusan bagi membuat penyemakkan dan penempahan teksi dan kenderaan
sewa secara sistematik.
1.4 Objektif Projek
Memandangkan banyak masalah dalam menguruskan perkhidmatan yang di
gunakan oleh Teksi dan Kenderaan Sewa adalah secara manual, maka sistem ini
dicadangkan untuk memenuhi objektif-objektif berikut :
i. Menganalisa masalah dalam pentadbiran pengurusan syarikat teksi.
ii. Mengkaji tentang methodologi dan teknologi yang sesuai untuk di
aplikasikan didalam sistem ini
iii. Merekabentuk dan membangun sebuah Sistem Pengurusan,
Penempahan dan Penyemakkan Teksi dan Kenderaan Sewa berasaskan
web.
iv. Menguji sebuah sistem pengurusan yang telah siap dibangunkan.
1.5 Skop Projek
Skop projek yang telah digariskan dalam pembangunan sistem ini adalah :
i. Kajian ini dilaksanakan untuk Teksi dan Kenderaan Sewa yang berada
di dalam UTM.
ii. Sistem ini dibangunkan bagi memudahkan pelajar UTM yang ingin
menempah Teksi dan Kenderaan Sewa secara web.
iii. Semua pelajar perlu mempunyai kata laluan mereka sendiri dan capaian
ke atas semua fungsi sistem
iv. Hanya pelajar UTM yang berdaftar dapat menempah secara web boleh
membuat penempahan teksi atau kenderaan sewa.
v. Sistem ini menyimpan rekod penempahan, rekod pelajar UTM yang
berdaftar dan rekod kakitangan teksi dan kenderaan sewa.
1.6 Justifikasi / Kepentingan
Sistem ini telah dibangunkan sejajar dengan kehendak pihak pengurusan yang
inginkan suatu alternatif bagi memudahkan lagi pelanggan untuk membuat
penempahan dan penyemakkan. Ia akan memudahkan khususnya pelajar UTM dalam
menjalankan urusan penempahan dan penyemakkan.
Selain itu juga, ia dapat mengubah cara pengurusan dalam menguruskan proses
penempahan teksi dan kenderaan sewa dengan lebih sistematik. Pihak pengurusan
masih lagi menggunakan sistem penyimpanan data didalam fail. Ini akan
menyebabkan risiko kehilangan data yang tinggi sekiranya bencana alam melanda.
Tambahan pula, pengguna juga boleh mendapatkan maklumat terkini
mengenai teksi dan sewa kenderaan tanpa menelefon atau pergi ke kaunter dengan
mudah dan cepat kerana sistem ini berasaskan web dan boleh dicapai pada bila-bila
masa. Sistem ini juga dapat membantu pihak pengurusan untuk penyimpanan data
terutama dalam proses penempahan dengan lebih mudah dan efektif.
Faedah yang diperolehi ialah pihak pengurusan boleh memantau mengenai
jadual penempahan dan boleh membuat semakan data-data yang diterima oleh
pelanggan. Malah kepentingan projek ini dapat dilihat bahawa sistem ini sangat
berguna bagi memudahkan pelajar dan juga kelancaran pengurusan di syarikat teksi
dan kenderaan sewa.
1.7 Perancangan projek (PSM 1)
Sesuatu projek memerlukan perancagan yang lebih teliti bagi memastikan
setiap hasil kerja dapat dijalankan dengan lancar. Hal ini kerana, perancangan yang
dilakukan dapat di siapkan dalam masa tempoh yang ditetapkan. Projek yang
dijalankan terbahagi kepada 2 iaitu Projek Sarjana Muda I (PSM I) dan Projek Sarjana
Muda II (PSM II). Pada bahagian projek Projek Sarjana Muda I (PSM I) dilakukan
dengan segala maklumat dapat dikumpulkan dan perbincangan bersama pihak
pengurusan teksi dan pemilik kenderaan sewa mengikut jadual yang ditetapkan.
Manakala Projek Sarjana Muda II (PSM II) adalah kesinambungan dan hasil daripada
Projek Sarjana Muda I (PSM I). Sistem pengurusan, penempahan dan penyemakkan
teksi dan kenderaan sewa dibangunkan bagi memudahkan pihak pengurusan
mengproses maklumat dengan cepat dan mudah. Segala perangcangan dilampirkan
dengan carta Gantt untuk menunjukkan aktiviti-aktiviti sepanjang tempoh
perancangan ini dijalankan. Rujuk Lampiran A
1.8 Rumusan
Secara ringkasnya, Bab 1 merangkumi latar belakang masalah, matlamat,
objektif projek, skop projek, dan justifikasi/kepentingan projek kepada pihak
pengurusan dan pelanggan SP-TEKSI DAN KENDERAAN SEWA. Berdasarkan
masalah yang telah dikenalpasti, maka matlamat, objektif dan skop projek telah dibina
sebagai pemankin dan panduan bagi mengatasi masalah yang timbul dan seterusnya
bagi menjayakan pembangunan sistem ini. Melalui kepentingan projek pula, sistem ini
sangat berguna untuk kelancaran pengurusan di syarikat tersebut malahan sistem ini
boleh diadaptasi dan digunakan pada syarikat-syarikat lain juga.
top related