sintesis 5 jurnal
Post on 26-Dec-2015
175 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
1
GGGB 6013
KAEDAH PENYELIDIKAN 1
TUGASAN 1
ANALISIS JURNAL-SINTESIS
DISEDIAKAN OLEH:
ELYANIZA BT MOHD HALID
P73731
PENSYARAH:
PROF.MADYA DR.RUHIZAN BT M.YASSIN
2
JURNAL ANALISIS JURNAL
JURNAL 1:
Pengetahuan Guru Bimbingan Sekolah
Rendah Tentang
Gangguan Hiperaktif Dan Kurang Daya
Tumpuan (ADHD)
Penulis: Chong Siew Hiong
Rusnani Abdul Kadir
Tahun: 2003
Tujuan: Penyelidik ingin mengetahui tahap pengetahuan Guru Bimbingan Sekolah Rendah terhadap
murid yang mengalami gangguan hiperaktif dan kurang tumpuan (ADHD)
Reka bentuk Kajian: Kaedah Kuantitatif
Instrumen Kajian: Soal Selidik
Dapatan kajian: Penyelidik menjalankan soal selidik kepada 99 orang guru bimbingan dan dapatan
kajian mendapati tahap pengetahuan responden mengenai ADHD adalah sangat rendah
JURNAL 2:
Pengaruh Terapi Musik Dan Gerak
Terhadap Penurunan Kesulitan Perilaku
Siswa Sekolah Dasar
Dengan Gangguan ADHD
Penulis: Diana Rusmawati, Endah
Kumala Dewi
Tahun: 2011
Tujuan: Penyelidik ingin melihat pengaruh terapi muzik dan gerak terhadap penurunan masalah
tingkah laku terhadap murid sekolah dengan gangguan ADHD.
Reka bentuk Kajian: Kaedah Kuantitatif – Penyelidikan Eksperimen
Cara Pengumpulan Data: Pemerhatian, Temu bual dan Rawatan
Dapatan kajian: Hasil penelitian menunjukkan bahawa penerapan terapi muzik dan gerak dapat
menurunkan frekuensi masalah tingkah laku terhadap murid sekolah dengan gangguan ADHD.
MASALAH TINGKAH LAKU DAN MASALAH GANGGUAN HIPERAKTIF DAN KURANG TUMPUAN (ADHD):
ABSTRAK
3
JURNAL ANALISIS JURNAL
JURNAL 3:
Preschool Children with Attention
Deficit Hyperactivity Disorder
(ADHD) in Inclusive Settings:
Challenging but Not Problematic
Penulis: Supiah Saad, Geoff Lindsay
Tahun: 2010
Tujuan: Penyelidik ingin melihat persepsi dan sikap guru-guru prasekolah arus perdana terhadap
murid yang mempunyai ciri-ciri Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD)
Reka bentuk Kajian: Kaedah Kuantitatif
Cara Pengumpulan Data: Pemerhatian dan Temu bual
Dapatan kajian: Penyelidik menjalankan temu bual kepada 10 orang murid prasekolah daripada 8
buah sekolah dan hasil kajian menunjukkan bahawa semua sepuluh kanak-kanak dipilih dipamerkan
ciri teras gejala ADHD, sama ada kecuaian atau hiperaktif / gerak hati atau kedua-duanya
JURNAL 4:
Teknik Cotaj Dapat Membantu
Meningkatkan Daya Tumpuan Murid
Berkeperluan Khas
Penulis: Norshahidah Abdul Rahim,
Mangaleswaran A/L Annamalai
Tahun: 2013
Tujuan: Penyelidik mengkaji cara meningkatkan daya tumpuan kanak-kanak murid berkeperluan
khas menggunakan teknik ‘cotaj’ dan untuk meningkatkan masa daya tumpuan dari 5 minit sehingga
30 minit sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran.
Reka bentuk Kajian: Kaedah Kuantitatif
Cara Pengumpulan Data: Pemerhatian
Dapatan kajian: Hasil kajian menunjukkan bahawa teknik ‘cotaj’ dapat membantu meningkatkan
masa daya tumpuan murid berkeperluan khas
MASALAH TINGKAH LAKU DAN MASALAH GANGGUAN HIPERAKTIF DAN KURANG TUMPUAN (ADHD):
ABSTRAK
4
JURNAL ANALISIS JURNAL
JURNAL 5:
Penerapan token ekonomi untuk
meningkatkan atensi dalam
mengerjakan tugas pada anak ADHD
Penulis: Rila Rahma Mulyani
Tahun: 2013
Tujuan: Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan tumpuan anak ADHD dalam membuat tugasan
yang diberikan oleh guru dengan menggunakan teknik token ekonomi
Reka bentuk Kajian: Kaedah Kuantitatif- Penyelidikan Eksperimen
Cara Pengumpulan Data: Pemerhatian dan Temu bual
Dapatan kajian: Penyelidik menjalankan kajian terhadap 2 murid yang mengalami masalah ADHD
dan diberi intervensi berupa token ekonomi sebanyak 16 kali dan hasil kajian mendapati bahawa
penerapan teknik token ekonomi dapat meningkatkan tumpuan dalam melaksanakan tugas pada murid
ADHD, iaitu murid dapat memberi perhatian pada tugas yang diberikan.
MASALAH TINGKAH LAKU DAN MASALAH GANGGUAN HIPERAKTIF DAN KURANG TUMPUAN (ADHD):
ABSTRAK
5
BIL SINTESIS JURNAL
1 Kelima-lima jurnal memulakan abstrak dengan menyatakan tujuan kajian yang digunakan semasa kajian dijalankan oleh
penyelidik. Selain itu, kesemua jurnal turut menyatakan reka bentuk kajian yang digunakan, sampel kajian dan hasil dapatan
kajian.
2 Kesemua jurnal ini menjalankan penyelidikan mengenai masalah murid yang mempunyai tingkah laku dan mempunyai
masalah Gangguan Hiperaktif dan Kurang Tumpuan (ADHD) di dalam kelas semasa proses pembelajaran dan pengajaran
( P dan P) berlangsung
3 Semua jurnal menggunakan reka bentuk yang sama semasa penyelidikan dijalankan iaitu kaedah penyelidikan kuantitatif.
Antaranya ialah penyelidikan eksperimen.
4 Cara pengumpulan yang digunakan oleh kesemua jurnal ialah temu bual dan pemerhatian
SINTESIS: ABTSRAK
6
JURNAL ANALISIS JURNAL
JURNAL 1:
Pengetahuan Guru Bimbingan Sekolah
Rendah Tentang
Gangguan Hiperaktif Dan Kurang Daya
Tumpuan (ADHD)
Pengenalan:
ADHD merupakan salah satu kecelaruan psikiatri yang paling umum di kalangan kanak-kanak
(Barkley,1990). Mengikut Buku Panduan Diagnosis dan Statistik tentang Kecelaruan Mental
edisi ke-IV (DSM-IV) keluaran Persatuan Psikiatri Amerika, kecelaruan ini dipamerkan dalam
salah satu atau kesemua tiga aspek, iaitu kesukaran dalam memfokuskan tumpuan, kelakuan
impulsif dan hiperaktiviti dan simptom berkenaan diperlihatkan dalam situasi akademik,
pekerjaan, atau sosial.
Rawatan untuk ADHD bertujuan memperbaiki fungsi individu da1am semua perkara,
mengurangkan simptomnya, mencegah kesan negatif, dan meningkatkan pendidikan dan
kemahiran
Kementerian Pendidikan Malaysia mula melantik guru bimbingan sebagai persone1 utama
untuk menyediakan perkhidmatan bimbingan dan kaunse1ing di peringkat sekolah rendah
sejak tahun 2002. Guru bimbingan inilah yang seharusnya menjadi persone1 terpenting untuk
membantu kanak-kanak yang mengalami ADHD.
MASALAH TINGKAH LAKU DAN MASALAH GANGGUAN HIPERAKTIF DAN KURANG TUMPUAN (ADHD):
PENGENALAN
7
JURNAL ANALISIS JURNAL
JURNAL 2:
Pengaruh Terapi Musik Dan Gerak
Terhadap Penurunan Kesulitan Perilaku
Siswa Sekolah Dasar
Dengan Gangguan ADHD
Pengenalan:
Gangguan kurang tumpuan dan hiperaktif (ADHD) adalah gangguan tingkah laku yang paling
banyak dijumpai, baik di sekolah ataupun di rumah. Gangguan ini merupakan salah satu
kelainan yang sering dijumpai pada gangguan tingkah laku anak.
Cara mengatasi masalah ADHD harus merupakan cara penyelesaian yang multimodal. Cara
penyelesaian ADHD harus dirancang dapat memenuhi harapan keluarga di rumah dan guru di
sekolah, iaitu dengan penambahbaikan prestasi/ pencapaian akademik dan tingkah lakunya.
Seorang ahli dari hasil kajiannya memberikan cadangan bahawa terapi muzik dan gerak dapat
dikembangkan untuk formulasi strategi rawatan untuk anak-anak dengan ADHD (Jackson,
2003).
Muzik dan gerakan berpengaruh langsung ke otak dan berlangsung terus ke gerak geri tubuh.
Terapi muzik dan gerak juga mampu mempengaruhi kekuatan mental, sebab ia berkait antara
muzik dengan emosi atau mental seseorang. Oleh itu, muzik dan gerak sebagai salah satu
alternatif terapi untuk menurunkan masalah tingkah laku pada murid dengan gangguan ADHD.
MASALAH TINGKAH LAKU DAN MASALAH GANGGUAN HIPERAKTIF DAN KURANG TUMPUAN (ADHD):
PENGENALAN
8
JURNAL ANALISIS JURNAL
JURNAL 3:
Preschool Children with Attention
Deficit Hyperactivity Disorder
(ADHD) in Inclusive Settings:
Challenging but Not Problematic
Pengenalan:
Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) adalah gangguan yang dicirikan oleh
masalah yang serius dan berterusan dalam kawasan-kawasan tertentu, iaitu tahap tumpuan,
kawalan impuls, dan hiperaktif dalam beberapa kes. ADHD adalah salah satu kategori baru
pendidikan kanak-kanak istimewa (SEN), yang dikumpulkan di bawah Pembelajaran Kurang
Upaya (LD) dalam klasifikasi pendidikan Malaysia.
Kanak-kanak dengan ADHD terbaik untuk bertindak balas motivasi dan pengukuhan positif
dan menunjukkan prestasi yang lebih baik kepada tugas faedah tinggi (Carlson dan Tamm,
2000). Oleh itu, strategi pengajaran akan mempengaruhi keupayaan kanak-kanak dalam
mengawal tingkah laku ADHD yang berkaitan di dalam kelas.
Guru-guru yang berkesan tahu pelajar-pelajar mereka. Oleh itu, membina hubungan yang
positif dengan pelajar ADHD akan membantu guru memahami dengan lebih baik, dan ini juga
akan menunjukkan kepada mereka bahawa guru mereka benar-benar mahu mereka berjaya.
MASALAH TINGKAH LAKU DAN MASALAH GANGGUAN HIPERAKTIF DAN KURANG TUMPUAN (ADHD):
PENGENALAN
9
JURNAL ANALISIS JURNAL
JURNAL 4:
Teknik Cotaj Dapat Membantu
Meningkatkan Daya Tumpuan Murid
Berkeperluan Khas
Pengenalan:
Masalah penumpuan bukan sahaja dialami oleh murid normal malah juga murid berkeperluan
khas. Murid berkeperluan khas sering kali dikaitkan dengan masalah tumpuan sama ada
disebabkan oleh masalah fizikal dan juga kognitif mereka.
Kebiasaan kanak-kanak hiperaktif mempunyai masalah kekurangan tumpuan atau tumpuan
yang singkat. Istilah ini sebenarnya merangkumi dua masalah yang ditunjukkan oleh kanak-
kanak ini iaitu terlampau aktif dan kekurangan tumpuan. Ia juga merujuk kepada istilah yang
lebih saintifik yang merujuk kepada istilah yang merujuk istilah hiperaktiviti, iaitu Attention
Deficit Disorder (ADD) dan Attention Deficit-Hyperactivity Disorder (ADHD).
Murid bermasalah pembelajaran ini sering kali dikaitkan dengan masalah tumpuan dan juga
tingkah laku. Menarik dan meningkatkan tumpuan bukanlah tugas yang mudah malah
merupakan cabaran tugas sebagai seorang guru. Ianya memerlukan guru yang sentiasa
menggunakan pelbagai pendekatan. Walau bagaimanapun, murid istimewa ini boleh memberi
masalah kepada murid-murid lain menyebabkan pencapaian dan konsep kendiri yang rendah.
MASALAH TINGKAH LAKU DAN MASALAH GANGGUAN HIPERAKTIF DAN KURANG TUMPUAN (ADHD):
PENGENALAN
10
JURNAL ANALISIS JURNAL
JURNAL 5:
Penerapan token ekonomi untuk
meningkatkan atensi dalam
mengerjakan tugas pada anak ADHD
Pengenalan:
Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) merupakan suatu gangguan tingkah laku
yang dikatakan gangguan kurang tumpuan (inattentiveness), tingkah laku impulsif
(impulsivity), dan dapat disertai aktiviti berlebihan (over activity/hyperactivity) yang tidak
sesuai dengan umurnya yang terjadi pada masa kanak-kanak (APA, 2000).
Teknik token ekonomi merupakan salah satu bentuk aplikasi dari pendekatan behaviour, yang
mana pendekatan behaviour sangat erat hubungannya dengan modifikasi tingkah laku. Token
ekonomi adalah penerapan operant conditioning dengan mengganti hadiah dengan sesuatu
yang dapat ditukarkan kemudian
Teknik token ekonomi adalah suatu cara untuk mengatasi tingkah laku yang ditujukan seorang
murid yang sesuai dengan janji yang telah dipersetujui oleh guru dengan menggunakan hadiah
untuk mengatasi masalah tingkah laku murid.
MASALAH TINGKAH LAKU DAN MASALAH GANGGUAN HIPERAKTIF DAN KURANG TUMPUAN (ADHD):
PENGENALAN
11
BIL SINTESIS JURNAL
1 Kesemua jurnal memberikan definisi yang tepat dan jelas mengenai apakah itu Gangguan Hiperaktif dan Kurang Tumpuan
atau lebih dikenali dengan masalah ADHD.
2 Dalam kesemua jurnal ini juga turut menerangkan cara dan teknik yang digunakan untuk mengatasi masalah tingkah laku di
kalangan murid yang mengalami masalah ADHD seperti teknik cotaj, token ekonomi dan juga menggunakan kaedah terapi
muzik dalam mengurangkan masalah tingkah laku dan masalah kurang tumpuan atau perhatian di dalam kelas ketika proses
P dan P berlangsung.
3 Guru-guru juga perlu bijak dalam menggunakan pelbagai teknik yang sesuai ketika menjalankan aktiviti P dan P terutama
bagi murid yang mengalami masalah ADHD. Selain guru, guru bimbingan di sekolah juga memainkan peranan yang penting
dalam mengatasi masalah tingkah laku murid ADHD ini.
SINTESIS: PENGENALAN
12
JURNAL ANALISIS JURNAL
JURNAL 1:
Pengetahuan Guru Bimbingan Sekolah
Rendah Tentang
Gangguan Hiperaktif Dan Kurang Daya
Tumpuan (ADHD)
Metodologi Kajian:
Populasi dan sampel kajian
Populasi kajian ini ialah guru bimbingan sekolah rendah yang terletak di bawah
pentadbiran Pejabat Pendidikan Daerah Petaling, Selangor. Sebanyak 128 set soal
selidik telah dikirim kepada semua sekolah rendah yang terdapat dalam Daerah
Petaling.
Alat Kajian
Data untuk kajian ini diperoleh melalui satu set soal selidik yang mengandungi dua
bahagian dan alat kajian ini mengandungi 29 item.
Bahagian pertama mengumpul maklumat demografi responden; maklumat tentang
pendedahan responden berkaitan dengan ADHD semasa mengikuti latihan dalam
bidang bimbingan dan kaunseling, dan setelah dilantik sebagai guru bimbingan;
keyakinan responden untuk menangani kanak –kanak ADHD secara berkesan,
pengetahuan responden tentang tanda kanak-kanak yang mengalami ADHD
Bahagian kedua pula adalah Skala Pengetahuan Kekurangan Perhatian versi R atau
Knowledge of Attention Deficit Scale-Revised (KADDS-R) yang digunakan untuk
mengukur tahap pengetahuan guru bimbingan tentang ADHD (Sciutto, Terjesen, &
Frank, 2000).
MASALAH TINGKAH LAKU DAN MASALAH GANGGUAN HIPERAKTIF DAN KURANG TUMPUAN (ADHD):
METODOLOGI KAJIAN
13
JURNAL ANALISIS JURNAL
JURNAL 2:
Pengaruh Terapi Musik Dan Gerak
Terhadap Penurunan Kesulitan Perilaku
Siswa Sekolah Dasar
Dengan Gangguan ADHD
Metodologi Kajian:
Definisi Operasional
Masalah tingkah laku: hambatan dalam melakukan pengendalian diri terhadap tingkah
laku yang terjadi ketika subjek berada pada keadaan formal
Terapi muzik dan gerak: pemberian rawatan berupa suara alunan muzik yang harmonis
yang diikuti dengan gerakan-gerakan yang sesuai dengan irama muzik.
Populasi dan sampel kajian
Seorang murid sekolah dasar di Semarang berumur 6/7 tahun yang telah disahkan
mempunyai masalah ADHD.
Kaedah eksperimen
Melakukan intervensi menggunakan Single Subject Experimental Design dengan A-B-
A. Design A-B-A ini menunjukkan adanya hubungan sebab akibat antara variabel tidak
bebas dan variabel bebas.
Pemerhatian dijalankan selama 24 sesi
Temu bual berstruktur
Rawatan / latihan menggunakan muzik dan gerak selama 12 sesi latihan
MASALAH TINGKAH LAKU DAN MASALAH GANGGUAN HIPERAKTIF DAN KURANG TUMPUAN (ADHD):
METODOLOGI KAJIAN
14
JURNAL ANALISIS JURNAL
JURNAL 3:
Preschool Children with Attention
Deficit Hyperactivity Disorder
(ADHD) in Inclusive Settings:
Challenging but Not Problematic
Metodologi Kajian:
Saringan ADHD
Senarai semak dibangunkan khas untuk mengkaji pelajar prasekolah di Malaysia
dengan ADHD, digunakan untuk menyaring kanak-kanak dengan tingkah laku ADHD
seperti. Borang ADHDC telah diedarkan kepada dua puluh guru di Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur dan negeri Kedah.
Pemerhatian dan Temu bual
Pemerhatian bilik darjah dijalankan dan temu bual juga diadakan dengan guru-guru dan
pelajar-pelajar yang dikenal pasti
Setiap guru telah ditemu ramah dan tempoh perbincangan antara 25 hingga 55 minit.
Guru-guru telah diminta untuk bertindak balas kepada soalan-soalan berdasarkan
pemerhatian dan pengalaman mereka dalam pengajaran murid tertentu kerana mereka
mempunyai interaksi yang menyeluruh dengan pelajar-pelajar untuk sekurang-
kurangnya lapan bulan sebelum temu duga. Perbincangan adalah dirakamkan.
Sampel kajian
Para peserta yang terlibat dalam kajian ini adalah guru-guru prasekolah dari program
prasekolah dikendalikan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan pelajar-pelajar
mereka.
MASALAH TINGKAH LAKU DAN MASALAH GANGGUAN HIPERAKTIF DAN KURANG TUMPUAN (ADHD):
METODOLOGI KAJIAN
15
JURNAL ANALISIS JURNAL
JURNAL 4:
Teknik Cotaj Dapat Membantu
Meningkatkan Daya Tumpuan Murid
Berkeperluan Khas
Metodologi Kajian:
.Populasi dan Sampel Kajian
Responden pertama berumur dalam lingkungan 11 tahun manakala responden kedua
adalah dari murid kumpulan Tulip iaitu berumur dalam lingkungan 10 tahun. Kedua-
dua responden ini berketurunan Melayu, beragama Islam dan juga dilahirkan di Kuala
Terengganu.
Kaedah Penyelidikan
Menggunakan model Kennis dan McTagged (1988)
Mereflek : membuat pemerhatian di mana pengkaji mendapati bahawa murid-murid
dalam kelas Tulip ini mengalami masalah daya tumpuan ketika sesi pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas di mana salah seorang responden sangat meminati seni
sama ada menampal dan juga mengecap untuk menggelakkan kebosanan manakala
salah seorang lagi mengalami masalah penumpuan yang amat serius
Merancang: mengkaji satu rancangan yang sesuai untuk mengatasi masalah yang
dihadapinya. Instrumen yang digunakan oleh pengkaji ialah instrumen pemerhatian
berstruktur, temu bual dan juga rakaman video
MASALAH TINGKAH LAKU DAN MASALAH GANGGUAN HIPERAKTIF DAN KURANG TUMPUAN (ADHD):
METODOLOGI KAJIAN
16
JURNAL ANALISIS JURNAL
JURNAL 5:
Penerapan token ekonomi untuk
meningkatkan atensi dalam
mengerjakan tugas pada anak ADHD
Metodologi Kajian:
Populasi dan Sampel Kajian
adalah 2 orang murid lelaki yang berusia 8 tahun dan duduk di kelas 1 SD, yang telah
disahkan mengalami gangguan ADHD
Reka bentuk Penyelidikan
Menggunakan penyelidikan eksperimen (single subject experimental design) yang
memfokuskan pada data individu sebagai sampel penelitian iaitu untuk melihat hasil
ada tidaknya pengaruh atau perubahan yang terjadi dari suatu perlakuan (intervensi)
yang diberikan kepada sampel secara berulang-ulang dalam waktu tertentu
Penelitian ini guru dilibatkan pada penerapan teknik token ekonomi yang akan
dilakukan lebih kurang selama tiga minggu yang terdiri dari 16 sesi. Sesi intervensi
dibagi menjadi dua iaitu 8 sesi untuk mengerjakan tugas matematik dan 8 sesi untuk
mengerjakan tugas Bahasa Indonesia yang mempunyai 25 soalan berdasarkan di dalam
buku
MASALAH TINGKAH LAKU DAN MASALAH GANGGUAN HIPERAKTIF DAN KURANG TUMPUAN (ADHD):
METODOLOGI KAJIAN
17
BIL SINTESIS JURNAL
1 Metodologi kajian bagi kelima-lima jurnal adalah jelas. Bagi melaksanakan kajian ini dengan efektif, metodologi yang
dirangka adalah melibatkan pembentukan hipotesis, pemilihan reka bentuk, kaedah pengumpulan data, menentukan populasi
dan pemilihan sampel serta instrumen yang digunakan sepanjang kajian dijalankan oleh penyelidik
2 Terdapat 2 jurnal yang menggunakan penyelidikan eksperimen di mana kedua-dua jurnal melakukan pemerhatian terlebih
dahulu selepas memilih sampel. kemudian mengadakan sesi temu bual dan mengadakan sesi rawatan setelah menjalankan
intervensi terhadap sampel kajian.
3 Hanya satu jurnal sahaja menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Manakala 4 jurnal yang lain menggunakan
kaedah secara pemerhatian dan temu bual terhadap sampel kajian.
SINTESIS: METODOLOGI KAJIAN
18
JURNAL ANALISIS JURNAL
JURNAL 1:
Pengetahuan Guru Bimbingan Sekolah
Rendah Tentang
Gangguan Hiperaktif Dan Kurang Daya
Tumpuan (ADHD)
Hasil Kajian:
Seramai 55 orang (55.6%) responden mengatakan mereka tidak pernah belajar tentang ADHD
semasa mengikuti latihan dalam bidang bimbingan dan kaunseling, sementara 73 orang
(73.7%) responden menyatakan mereka tidak pernah menghadiri apa-apa kursus / latihan
berkaitan dengan ADHD setelah dilantik sebagai guru bimbingan.
Berhubung dengan pengalaman responden berhadapan dengan kanak-kanak ADHD pula,
terdapat hanya 22 orang responden pernah meminta penilaian ke atas seseorang pelajar yang
disyaki mengalami ADHD dan seramai 30 orang responden pernah menerima rujukan
sekurang-kurangnya seorang kanak-kanak yang telah didiagnos mengalami ADHD sepanjang
kerjaya mereka. Sebaliknya, seramai 77 orang responden tidak pernah meminta penilaian
ADHD ke atas pelajar dan seramai 69 orang responden mengatakan mereka tidak pernah
menerima rujukan kanak-kanak yang telah didiagnos mengalami ADHD sepanjang kerjaya
mereka
MASALAH TINGKAH LAKU DAN MASALAH GANGGUAN HIPERAKTIF DAN KURANG TUMPUAN (ADHD):
HASIL KAJIAN
19
JURNAL ANALISIS JURNAL
JURNAL 2:
Pengaruh Terapi Musik Dan Gerak
Terhadap Penurunan Kesulitan Perilaku
Siswa Sekolah Dasar
Dengan Gangguan ADHD
Hasil Kajian:
Daripada penyelidikan yang dilakukan oleh penyelidik terhadap sampel kajian dengan
menggunakan kaedah rawatan dan pemerhatian, tingkah laku murid ADHD tersebut telah
mengalami penurunan. Murid tersebut telah kurang untuk mengganggu rakan sekelas, tidak
berlari dan melompat-lompat di dalam kelas ketika sesi P dan P serta dapat melakukan tugasan
yang diberikan oleh guru dengan mengikut gerak dan alunan muzik yang dipasang oleh guru.
MASALAH TINGKAH LAKU DAN MASALAH GANGGUAN HIPERAKTIF DAN KURANG TUMPUAN (ADHD):
HASIL KAJIAN
20
JURNAL ANALISIS JURNAL
JURNAL 3:
Preschool Children with Attention
Deficit Hyperactivity Disorder
(ADHD) in Inclusive Settings:
Challenging but Not Problematic
Hasil Kajian:
Dalam menyatakan pemahaman mereka tentang ADHD, semua guru-guru yang ditemu bual
menyatakan bahawa mereka tidak pernah mendengar ADHD jangka dan kali pertama mereka
temui apa-apa tempoh adalah dari instrumen penyelidik, senarai semak ADHD (ADHDC)
yang diedarkan untuk kajian ini. Mereka menyatakan kejahilan mereka istilah ini. Menariknya,
dua daripada mereka mendakwa bahawa mereka pada masa ini sedar mengenai lain-lain jenis
masalah kanak-kanak yang mungkin memberi kesan kepada proses pembelajaran.
Dua orang guru sebagai balasan meminta maklumat lanjut daripada penyelidik untuk
menjawab soalan-soalan mengenai ADHD. Salah seorang daripada mereka ikhlas mengakui
bahawa dia berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ADHD kerana ia adalah
berkaitan dengan tingkah laku.
Lima daripada guru mengandaikan bahawa kanak-kanak itu dianggap mempunyai ADHD jika
mereka mempunyai kesemua 25 tingkah laku yang disenaraikan dalam senarai ADHDC,
manakala tiga yang lain digunakan akal mereka untuk menarik logik dengan menganggap
bahawa ADHD berlaku dalam kontinum daripada sederhana kepada teruk lain-lain jenis
kesukaran kanak-kanak. Namun, dari sepuluh, hanya tiga murid ADHD dipilih untuk kajian
kes dianggap sebagai mungkin mempunyai ADHD oleh guru masing-masing.
MASALAH TINGKAH LAKU DAN MASALAH GANGGUAN HIPERAKTIF DAN KURANG TUMPUAN (ADHD):
HASIL KAJIAN
21
JURNAL ANALISIS JURNAL
JURNAL 4:
Teknik Cotaj Dapat Membantu
Meningkatkan Daya Tumpuan Murid
Berkeperluan Khas
Hasil Kajian:
Analisis rakaman video dan foto semasa intervensi ini dilaksanakan bagi menilai adakah teknik
‘cotaj’ ini menarik minat murid serta dapat meningkatkan masa daya tumpuan semasa
melakukan aktiviti mengecap mengikut ruang. Aspek yang ditekankan dalam rakaman ini ialah
kontak mata sepanjang melakukan aktiviti mengecap mengikut ruang. Di samping itu, dalam
rakaman ini juga turut dilihat bagaimana responden memberi tindak balas terhadap aktiviti
yang dijalankan
JURNAL ANALISIS JURNAL
JURNAL 5:
Penerapan token ekonomi untuk
meningkatkan atensi dalam
mengerjakan tugas pada anak ADHD
Hasil Kajian:
Daripada kajian yang dilakukan, penyelidik menjalankan kajian terhadap 2 murid yang
mengalami masalah ADHD dan diberi intervensi berupa token ekonomi sebanyak 16 kali dan
hasil kajian mendapati bahawa penerapan teknik token ekonomi dapat meningkatkan tumpuan
dalam melaksanakan tugas pada murid ADHD, iaitu murid dapat memberi perhatian pada
tugas yang diberikan.
MASALAH TINGKAH LAKU DAN MASALAH GANGGUAN HIPERAKTIF DAN KURANG TUMPUAN (ADHD):
HASIL KAJIAN
SINTESIS: HASIL KAJIAN
22
BIL SINTESIS JURNAL
1 Dalam kesemua jurnal, hasil kajian atau dapatan kajian yang dapat semuanya dapat membantu mengatasi masalah tingkah
laku murid ADHD dan dapat mengurangkan gangguan hilang tumpuan murid ADHD di dalam kelas semasa proses P dan P
berlangsung.
2 Penggunaan teknik token ekonomi, teknik cotaj dan menggunakan terapi muzik dalam proses P dan P telah menunjukkan
hasil kajian yang positif kerana ia dapat mengurangkan masalah tumpuan murid terhadap tugasan yang diberikan oleh guru
dan dapat mengurangkan masalah tingkah laku murid di dalam kelas
3 Guru bimbingan dan guru pra sekolah juga kurang diberi pendedahan dan kurang pengalaman berkaitan dengan murid yang
mempunyai masalah tingkah laku dan ADHD di sekolah.
MASALAH TINGKAH LAKU DAN MASALAH GANGGUAN HIPERAKTIF DAN KURANG TUMPUAN (ADHD):
PERBINCANGAN
23
JURNAL ANALISIS JURNAL
JURNAL 1:
Pengetahuan Guru Bimbingan Sekolah
Rendah Tentang
Gangguan Hiperaktif Dan Kurang Daya
Tumpuan (ADHD)
Perbincangan:
Hasil kajian menunjukkan tahap pengetahuan guru bimbingan tentang ADHD amat rendah. Ini
bermakna guru bimbingan tidak dapat memenuhi keperluan kanak-kanak ADHD. Guru
bimbingan juga gagal berfungsi sebagai pakar rujuk kepada ibu bapa dan guru lain di
sekolahnya.
Kebanyakan responden tidak pernah meminta penilaian ADHD ke atas seseorang pelajar dan
mengatakan mereka tidak pernah menerima rujukan kanak-kanak yang telah didiagnos
mengalami ADHD sepanjang kerjaya mereka. Jika tahap pengetahuan umum tentang ADHD
adalah rendah, maka kefahaman tentang ADHD juga rendah, dan walaupun kanak-kanak itu
mempamerkan simptom ADHD, guru lebih cenderung memberi penjelasan lain. Ekoran
daripada itu, besar kemungkinan kanak-kanak berkenaan tidak dirujuk untuk proses diagnosis.
MASALAH TINGKAH LAKU DAN MASALAH GANGGUAN HIPERAKTIF DAN KURANG TUMPUAN (ADHD):
PERBINCANGAN
24
JURNAL ANALISIS JURNAL
JURNAL 2:
Pengaruh Terapi Musik Dan Gerak
Terhadap Penurunan Kesulitan Perilaku
Siswa Sekolah Dasar
Dengan Gangguan ADHD
Perbincangan:
Kegiatan muzik yang meliputi komponen berirama kuat dapat memberi impak pada
perencanaan adaptasi kemahiran manipulatif, sensori integrasi, proses kognitif dan gerakan
fisiologi umum. Individu yang telah penginterpretasi irama lebih cenderung mengembangkan
tingkah laku penuh perhatian, dengan gerakan tubuh lebih tersusun, tubuh bahagian atas dan
bawah terkoordinasi, fokus visual dan pendengaran dan adaptasi perencanaan kemahiran motor
kasar. Ketika tubuh berirama dilakukan secara teratur, ia akan nampak menjadi lebih mudah
dikelola (Berger, 2002, h.114).
Gerakan yang dilakukan oleh murid ADHD dapat memperkuat fungsi ingatan, yang membantu
penguasaan dan perkembangan kesedaran akan dirinya sendiri.
Eurythmicz, Dalcroze (Sheppard, 2002, h.62) mengatakan bahawa emosi boleh dirasakan
melalui gerakan dan emosi juga bisa diungkapkan melalui gerakan, suara, sikap tubuh serta
bentuk tubuh. Gerakan sesuai muzik juga dapat mengubah emosi yang negatif kepada emosi
yang positif
MASALAH TINGKAH LAKU DAN MASALAH GANGGUAN HIPERAKTIF DAN KURANG TUMPUAN (ADHD):
PERBINCANGAN
25
JURNAL ANALISIS JURNAL
JURNAL 3:
Preschool Children with Attention
Deficit Hyperactivity Disorder
(ADHD) in Inclusive Settings:
Challenging but Not Problematic
Perbincangan:
Dalam konteks ADHD dalam kes yang dikaji, murid-murid telah secara tradisinya dijangka
berkelakuan baik dan taat kepada guru-guru mereka. Walau bagaimanapun, apabila murid
menyimpang dari norma tingkah laku, mereka hanya menarik diri kerana mereka sedar mereka
tidak dijangka melakukan perkara-perkara (contohnya mempersoalkan arahan / permintaan
guru atau berkelakuan di luar norma), namun kesedaran itu tidak mapan.
Kes-kes yang dikaji mendedahkan bahawa terdapat kekurangan elemen kasih sayang ke luar
dalam semua kelas prasekolah di Malaysia. Outward affection, yang biasanya diamalkan
dalam masyarakat barat, adalah penting dalam menangani ADHD. Penggunaan galakan lisan
(memuji perkataan-perkataan seperti 'baik' 'cemerlang' atau 'pandai'), strok badan seperti ibu
(sentuhan) semasa kanak-kanak masa kecewa atau dalam keadaan tidak selesa dan terma
penyayang (seperti kasih sayang, darling dan sayang) hendaklah digunakan bukan sahaja untuk
murid-murid dengan ADHD tetapi seluruh kelas. Elemen-elemen ini boleh dipupuk sebagai
model berkembang untuk 'masyarakat penyayang' dengan menunjukkan / model kepada murid-
murid muda untuk menghargai orang lain.
JURNAL ANALISIS JURNAL
MASALAH TINGKAH LAKU DAN MASALAH GANGGUAN HIPERAKTIF DAN KURANG TUMPUAN (ADHD):
PERBINCANGAN
26
JURNAL 4:
Teknik Cotaj Dapat Membantu
Meningkatkan Daya Tumpuan Murid
Berkeperluan Khas
Perbincangan:
Adakah teknik ‘cotaj’ dapat menarik minat murid berkeperluan khas terhadap pembelajaran di
dalam kelas?
Semasa menjalankan analisis, didapati bahawa responden kurang memberikan tumpuan
dan tidak menarik minat untuk mengikuti pembelajaran di dalam kelas. Ini berpunca
daripada kurang bahan-bahan yang berkaitan dengan buatan alam semula jadi dan
buatan manusia. Jadi, murid tidak dapat melakukan aktiviti yang menarik ketika berada
di dalam bilik darjah.
Sejauh manakah teknik ‘cotaj’ dapat meningkatkan daya tumpuan belajar murid?
pengkaji telah menggunakan instrumen pemerhatian menggunakan senarai semak
untuk melihat berapa minit daya penumpuan responden. Manakala instrumen kedua
ialah menggunakan temu bual tidak berstruktur iaitu temu bual bersama dengan
responden selepas selesai melakukan sesi
MASALAH TINGKAH LAKU DAN MASALAH GANGGUAN HIPERAKTIF DAN KURANG TUMPUAN (ADHD):
PERBINCANGAN
27
JURNAL ANALISIS JURNAL
JURNAL 5:
Penerapan token ekonomi untuk
meningkatkan atensi dalam
mengerjakan tugas pada anak ADHD
Perbincangan:
Dari hasil analisis data di atas maka diperoleh data bahawa secara keseluruhan teknik token
ekonomi dapat meningkatkan perhatian dalam mengerjakan tugas sekolah pada anak ADHD.
Berdasarkan teori sebelumnya, anak ADHD memiliki berbagai ciri dan salah satunya adalah
kesukaran memberikan perhatian terhadap tugasan sehingga akan mempengaruhi proses
pembelajaran atau hasil belajarnya
Teknik token ekonomi adalah suatu cara untuk penguatan tingkah laku yang ditujukan seorang
anak yang sesuai dengan target yang telah disepakati dengan menggunakan hadiah untuk
penguatan yang simbolik.
SINTESIS: PERBINCANGAN
28
BIL SINTESIS JURNAL
1 Hanya satu jurnal yang menyatakan kelemahan iaitu mengenai kelemahan guru dalam menarik minat murid memberikan
tumpuan sepenuhnya di dalam kelas dan kurang elemen kasih sayang diterapkan di kalangan guru-guru di sekolah
terutamanya pada murid yang mengalami masalah ADHD dan masalah tingkah laku.
2 Kesemua jurnal menyatakan guru perlu menggunakan teknik yang bersesuaian dengan tahap murid seperti murid yang
mengalami masalah tingkah laku dan ADHD ini ketika proses P dan P untuk meningkatkan mutu pencapaian murid dan
menarik minat murid untuk memberikan tumpuan yang sepenuhnya di dalam kelas.
3 Guru juga perlu diberikan latihan yang khusus berkaitan masalah ADHD dan tingkah laku.
MASALAH TINGKAH LAKU DAN MASALAH GANGGUAN HIPERAKTIF DAN KURANG TUMPUAN (ADHD):
KESIMPULAN
29
JURNAL ANALISIS JURNAL
JURNAL 1:
Pengetahuan Guru Bimbingan Sekolah
Rendah Tentang
Gangguan Hiperaktif Dan Kurang Daya
Tumpuan (ADHD)
Kesimpulan:
Guru bimbingan, yang merupakan persone1 utama untuk menjaga kesihatan mental kanak-
kanak di sekolah, mesti diberi tumpuan oleh Kementerian tersebut dalam merancang strategi
tertentu untuk meningkatkan kualiti kehidupan rakyat. Guru bimbingan mesti diperlengkapkan
dengan ilmu dalam bidang kesihatan fizikal dan mental. Ibu bapa merupakan individu yang
paling rapat dan signifikan kepada kanak-kanak dan pembabitan ibu bapa berperanan
mempengaruhi pencapaian kanak-kanak di sekolah (Carter, 2003). Tahap ilmu pengetahuan
ibu bapa tentang ADHD akan memberi kesan yang lebih mendalam kepada kualiti kehidupan
seseorang kanak-kanak yang mengalami ADHD. Maklumat mengenai ADHD perlu disebarkan
oleh berbagai institusi yang berkaitan supaya ibu bapa peka akan manifestasi kecelaruan itu.
Jikalau ibu bapa diberi kesedaran akan ciri-ciri ADHD besar kemungkinan mereka akan
mengambil tindakan awal untuk mendapatkan rawatan untuk anak mereka yang mempamerkan
ciri-ciri tersebut.
MASALAH TINGKAH LAKU DAN MASALAH GANGGUAN HIPERAKTIF DAN KURANG TUMPUAN (ADHD):
KESIMPULAN
30
JURNAL ANALISIS JURNAL
JURNAL 2:
Pengaruh Terapi Musik Dan Gerak
Terhadap Penurunan Kesulitan Perilaku
Siswa Sekolah Dasar
Dengan Gangguan ADHD
Kesimpulan:
Terapi terhadap masalah tingkah laku pada anak yang mengalami ADHD dimaksudkan untuk
mengurangi frekuensi munculnya tingkah laku tersebut dalam kehidupan sehari-hari. Perkara
yang utama adalah memperbaiki fungsi yang mengalami kegagalan (perilaku, kognitif, sosio
emosional). Seperti yang dinyatakan oleh Yudarwanto (2009) iaitu terapi yang diberikan
kepada murid yang mengalami masalah ADHD haruslah bersifat holistic dan menyeluruh.
Modifikasi tingkah laku merupakan pola penanganan yang paling efektif dengan pendekatan
positif dan dapat menghindarkan anak dari perasaan kecewa, marah, dan berkecil hati menjadi
suatu perasaan yang penuh percaya diri. Dari hasil penelitian dan pembahasan yang telah
dilakukan maka dapat disimpulkan bahawa penerapan terapi muzik dan gerak dapat
mengurangkan masalah tingkah laku pada siswa sekolah dasar yang menderita ADHD.
MASALAH TINGKAH LAKU DAN MASALAH GANGGUAN HIPERAKTIF DAN KURANG TUMPUAN (ADHD):
KESIMPULAN
31
JURNAL ANALISIS JURNAL
JURNAL 3:
Preschool Children with Attention
Deficit Hyperactivity Disorder
(ADHD) in Inclusive Settings:
Challenging but Not Problematic
Kesimpulan:
Sampel ADHD dalam kajian ini tidak betul di diagnosis tetapi telah dikenal pasti melalui
ADHDC yang telah digunakan sebagai alat pemeriksaan. Prosedur diagnostik untuk kanak-
kanak tidak mudah tetapi boleh dilaksanakan. Pasukan pelbagai disiplin di Malaysia perlu
menyediakan diagnosis untuk guru-guru dan / atau ibu bapa dengan kes-kes ADHD mungkin.
Perkhidmatan ini mesti datang sebagai keutamaan kepada KPM dan agensi-agensi lain yang
berkaitan bukan sahaja untuk ADHD tetapi kategori SEN lain. Murid dengan rakan syarat
mengerikan harus di diagnosis dengan tepat supaya segala kesukaran dapat ditangani dengan
sewajarnya. Kajian ini mendedahkan bahawa guru-guru arus perdana tidak mempunyai
kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk berurusan dengan kanak-kanak ADHD
kerana mereka dipamerkan kecacatan dalam banyak aspek, dan keperluan untuk konkrit dan
pengalaman yang konsisten dan pengawasan orang dewasa banyak. Oleh itu, untuk
melaksanakan pendidikan inklusif untuk ADHD, kecekapan guru perlu diperbaiki. Aspek
pedagogi untuk keperluan yang berkaitan ADHD pada aktiviti harian bilik darjah dapat
dipenuhi dengan meningkatkan awal dan latihan dalam perkhidmatan.
JURNAL ANALISIS JURNAL
MASALAH TINGKAH LAKU DAN MASALAH GANGGUAN HIPERAKTIF DAN KURANG TUMPUAN (ADHD):
KESIMPULAN
32
JURNAL 4:
Teknik Cotaj Dapat Membantu
Meningkatkan Daya Tumpuan Murid
Berkeperluan Khas
Kesimpulan:
Kesimpulan daripada kajian ini menunjukkan bahawa teknik ‘cotaj’ ini membantu
meningkatkan daya tumpuan murid berkeperluan khas. Walaupun daya tumpuan adalah terhad,
tetapi responden masih dapat menumpukan pada sesi intervensi yang keempat. Hal ini
bertepatan dengan definisi oleh William James (1890) iaitu penumpuan itu adalah terhad
kerana manusia hanya mampu tertumpu pada satu perkara pada satu masa. Pandangan ini
menguatkan lagi dengan kajian lepas yang telah dibuat bahawa daya tumpuan hanya boleh
bertahan dalam masa beberapa minit semasa P dan P.
JURNAL ANALISIS JURNAL
JURNAL 5:
Penerapan token ekonomi untuk
meningkatkan atensi dalam
mengerjakan tugas pada anak ADHD
Kesimpulan:
Dari keseluruhan hasil penelitian mengenai “Penerapan Token Ekonomi untuk Meningkatkan
Atensi dalam Mengerjakan Tugas pada Anak ADHD” maka dapat disimpulkan bahawa
penerapan teknik token ekonomi dapat meningkatkan perhatian dalam mengerjakan tugas pada
anak ADHD, yang bermaksud kemampuan anak dalam memperhatikan lebih lama
dibandingkan sebelum mendapatkan intervensi melalui teknik token ekonomi.
SINTESIS: KESIMPULAN
33
BIL SINTESIS JURNAL
1 Kelima-lima jurnal ini membuat kesimpulan bahawa bagi mengatasi masalah murid yang mempunyai masalah tingkah laku
dan masalah ADHD, guru perlu menggunakan kaedah serta teknik yang bersesuaian semasa melaksanakan proses P dan P.
Ia bagi menarik minat murid untuk memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap pelajaran dan dapat melaksanakan tugasan
yang diberikan dengan sempurna dan baik
2 2 jurnal mengatakan guru perlu menambahkan ilmu pengetahuan yang lebih dan mempelajari lebih mendalam mengenai
murid yang mengalami masalah tingkah laku dan ADHD. Ini kerana dengan adanya ilmu pengetahuan mengenai masalah
tersebut, guru lebih berkeyakinan dalam melaksanakan proses P dan P di dalam kelas. Selain itu, ibu bapa juga perlu
membantu guru untuk mengatasi masalah tingkah laku dan ADHD ini agar ia berkesan
top related