seminar kebangsaan pengajaran dan pembelajaran bahasa...
Post on 10-Jun-2019
228 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Seminar Kebangsaan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab 2017 : Isu dan Cabaran
Tarikh : 3 Disember 2017/13 Rabiul Awwal 1439 Masa: 8.00 am – 5.00 pm
Tempat : Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS)
Pengenalan Bahasa Arab merupakan salah satu bahasa yang wujud di dunia dan merupakan bahasa yang paling tua. Perkembangan bahasa Arab sentiasa meningkat mengikut arus pemodenan masa. Kemajuan bahasa ini telah meletakkan bahasa Arab sebagai salah satu bahasa utama dunia. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di seluruh dunia telah lama wujud termasuklah di Malaysia . Malah, Malaysia telah mengorak langkah memperkenalkan mata pelajaran bahasa Arab di semua peringkat pengajian. Lebih dari itu, bahasa Arab telah dijadikan salah satu subjek elektif universiti di samping sebagai subjek wajib di beberapa fakulti. Pelbagai pendekatan dan kaedah telah diambil dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab. Malah ramai pendidik telah membincangkan metode pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab yang berkesan. Namun, penguasaan bahasa Arab dalam kalangan pelajar masih menjadi isu yang hangat dibincangkan, banyak kajian menunjukkan kemerosotan pencapaian bahasa Arab dikalangan pelajar peringkat menengah dan institusi pengajian tinggi. Justeru, seminar ini akan membuka ruang perbincangan kepada para penyelidik, pendidik dan pengajar bahasa Arab di negara ini khasnya bagi mengenal pasti metode yang boleh diketengahkan sebagai metode pengajaran dan pembelajaran yang paling berkesan berdasarkan pengalaman ahli-ahli akademik dan pendidik. Di samping itu juga, seminar ini turut mengemukakan penambahbaikan terhadap metode sedia ada supaya pembelajaran dan pengajaran bahasa Arab akan menjadi lebih tersusun dan berfokus, seterusnya menjadi panduan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di masa hadapan. Seminar ini diharapkan menjadi salah satu platform untuk meningkatkan lagi kualiti pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab yang lebih berkesan disamping mencadangkan beberapa kaedah dan pendekatan untuk membantu dalam mempertingkatkan tahap penguasaan pelajar dalam bahasa Arab sebagai bahasa ilmu dan budaya. Objektif Program:
1. Menyediakan ruang untuk para ahli akademik berkongsi pengalaman tentang pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab.
2. Membincangkan masalah yang dihadapi oleh para pelajar tentang pembelajaran Bahasa Arab serta ,emcadangkan solusi yang berkaitan.
3. Memberi pendedahan kepada para peserta berkaitan metode pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab serta keberkesanannya.
4. Mengemukakan pendekatan pengajaran Bahasa Arab yang berkesan dan sejajar dengan arus semasa.
JAWATANKUASA INDUK
Penaung Profesor Dr Abdul Aziz Bin Mohd Zin
Penasihat
Prof Madya Dr Yeop Hussin Bin Bidin
Pengerusi Dr Linamalini Binti Mat Nafi
Timbalan Pengerusi
Rohaidi Bin Habil
Ahli Hisyamuddin Bin Mohd Yusof
JAWATANKUASA PELAKSANA
Pengarah Hisyamuddin Bin Mohd Yusof
Setiausaha
Muhamad Shahrul Izham Bin Mat Nawi
Bendahari Mohd Rofizi Bin Dollah
Jawatankuasa Persiapan Dan Teknikal
Mahmoud Abdel Sattar
Jawatankuasa Komunikasi Dan Publisiti Azmin Bin Daud
Mohd Maruzuki Bin Zakaria
Jawatankuasa Persegaran Nora @ Nurizan Binti Suhaimi
Jawatankuasa Perhubungan Dan Protokol
Nasimah Binti Wan Harun Mujiburrahman Bin Muhammad Saleh
Nur Farahdiana binti Awang
Jawatankuasa Kertas Kerja Dan Prosiding Abdullah Tahmin Bin Abdul Latif Marina binti Muhammad Razaki
Jawatankuasa Buku Program Dan Cenderahati
Bouzid Dohu
Jawatankuasa Tugas-Tugas Khas Ahmad Mujahideen Bin Yusof
TEMA, ABSTRAK & KERTAS KERJA
TEMA:
MEMPERKASA BAHASA ARAB SEBAGAI BAHASA PENDIDIKAN.
SUB-TEMA
• Pendidikan Bahasa Arab
• Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Arab
• Kurikulum Bahasa Arab Pengukuran Dan Penilaian
• Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab
• Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab
• Balaghah al-Quran dan Hadis
• Kesusasteraan Arab Klasik dan Moden
• Kesusasteraan Bandingan
• Pengajaran Kesusasteraan Arab
• Bahasa Arab dan Teknologi
• Sintaksis dan Morfologi Bahasa Arab
• Penterjemahan Bahasa Arab
Panduan Penulisan Abstrak
1. Tajuk kertas kerja
2. Nama penulis serta maklumat institusi yang berkaitan
3. Emel penulis
4. Kata kunci
Panjang abstrak hendaklah tidak melebihi 300 patah perkataan dan perlu mengandungi perkara-perkara
berikut:
1. Masalah kajian
2. Objektif
3. Metodologi
4. Hasil kajian
Panduan Penulisan Kertas Kerja
1. Kertas kerja mestilah mempunyai hubung kait dengan tema atau mana-mana sub-tema seminar.
2. Penulisan kertas kerja menggunakan sama ada Bahasa Melayu atau Bahasa Arab.
3. Halaman kertas kerja bergantung kepada keperlan isi kandungan kertas kerja.
4. Format asas kertas kerja adalah sepertimana berikut: Kertas kerja hendaklah disediakan dalam
bentuk Microsof Word (97-2003 / 2010).
o Tulisan Latin:
o Jenis Huruf: Times New Roman; Saiz Huruf: 12 pt. single spacing
o Tulisan Arab:
o Jenis Huruf: Traditional Arabic; Saiz Huruf: 16pt. Double spacing
5. Rujukan hendaklah dalam bentuk sistem pengarang-tarikh (auto date system).
Semua abstrak dan kertas kerja hendaklah dihantar ke alamat emel berikut:
sebar2017@kias.edu.my
top related