satu kajian cabaran guru di sekolah · pdf filesatu kajian cabaran guru di sekolah pedalaman...
Post on 04-Feb-2018
262 Views
Preview:
TRANSCRIPT
SATU KAJIAN CABARAN GURU DI SEKOLAH PEDALAMAN DAERAH
MUAR. JOHOR.
MAIZURA BINTI MOHD YUNUS
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
SATU KAJIAN CABARAN GURU DI SEKOLAH PEDALAMAN DAERAH
MUAR JOHOR.
MAIZURA BINTI MOHD YUNUS
Laporan projek ini dikemukakan sebagai
memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Mekanikal)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
NOVEMBER , 2008
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan : ........................................................
Nama Penulis : MAIZURA BINTI MOHD YUNUS
Tarikh : NOVEMBER 2008
iii
DEDIKASI
Yang dihormati, disayangi lagi dikasihi
Ayahanda & Bondaku,
Mohd Yunus Bin Samion & Nor’aini Binti Jais
Dengan doa dan restu dari kalian berdua
ku dapat menjejaki diri ke manara gading
Untuk ku mencapai cita-cita dihati.
Kepada ahli keluargaku,
Kak Long, Adek Lia dan Adek Siti
Terima kasih atas segala dorongan, semangat dan bantuan
Yang telah kalian sumbangkan kepadaku selama ini.
Yang dikasihi dan disayangi,
Ayah, Ibu dan Amin Bin Zakariah
Terima kasih diatas segala bimbingan, dorongan dan bantuan
Yang telah kau curahkan kepadaku selama ini.
Buat pembimbing yang dihormati,
Encik Mahyuddin Bin Arsat
Terima kasih di atas segala bimbingan dan tunjuk ajarmu selama ini.
Tidak lupa juga kepada sahabat-sahabatku dari 4 SPJ
Terima kasih diatas segalanya.
Segala memori yang berlaku tidak akan ku lupakan
Selamamya.
iv
PENGHARGAAN
Segala puji-pujian kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan
hidayahNya, projek sarjana muda ini dapat disempurnakan sebagaimana yang
dirancangkan. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W.
pesuruh Allah yang amat dikasihi.
Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan
penghargan kepada pensyarah pembimbing, Encik.Mahyuddin Bin Arsat yang
sentiasa menghulurkan bimbingan, panduan, tunjuk ajar dan nasihat sepanjang
tempoh kajian ini dijalankan.
Seterusnya, ucapan penghargaan dan terima kasih di atas kerjasama yang
diberikan oleh Guru Besar dan guru-guru di Sekolah Kebangsaan Ladang Air Manis,
Sekolah Kebangsaan Parit Nawi, Sekolah Kebangsaan Parit No.5, Sekolah
Kebangsaan Simpang 4, Sekolah Kebangsaan Sungai Balang Darat, dan Sekolah
Kebangsaan Parit Bulat Muar yang banyak membantu untuk mengedarkan dan
menjawab soal selidik ini semasa proses kajian ini dijalankan.
Tidak ketinggalan juga kepada semua pensyarah yang telah mencurahkan
ilmu dan bakti sepanjang tempoh pengajian saya di sini. Akhir kata, terima kasih
juga kepada rakan-rakan seperjuangan dan semua pihak yang terlibat secara langsung
mahupun tidak langsung dalam menjayakan dan merealisasikan kajian ini.
v
ABSTRAK
Profesion perguruan merupakan bidang yang memerlukan guru bertugas di mana
juga penempatan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sama ada
di kawasan bandar, luar bandar ataupun di pedalaman. Penyelidikan ini bertujuan untuk
mengenal pasti cabaran yang dihadapi oleh guru-guru yang mengajar di kawasan
pedalaman di sekolah-sekolah Daerah Muar, Johor. Kajian deskriptif telah digunakan
untuk mengenal pasti empat pembolehubah iaitu faktor sikap individu, keselamatan,
kemudahan asas pengajaran dan infrastruktur, dan sosiobudaya. Instrumen kajian yang
digunakan adalah berbentuk soal selidik yang telah diedarkan kepada para guru yang
berlainan sekolah terdiri daripada Sekolah Kebangsaan Ladang Air Manis, Sekolah
Kebangsaan Parit Nawi, Sekolah Kebangsaan Parit No.5, Sekolah Kebangsaan Simpang
4, dan Sekolah Kebangsaan Sungai Balang Darat. Nilai Alfa Cronbach daripada kajian
rintis yang dijalankan ialah 0.89. Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor
keselamatan menjadi cabaran kepada guru-guru yang mengajar di kawasan pedalaman di
daerah tersebut. Melalui kajian ini, beberapa tindakan boleh diambil untuk mengatasi
cabaran guru di pedalaman seperti menyediakan rumah atau kuartes berhampiran
sekolah dan menganjurkan program motivasi untuk melahirkan guru yang cemerlang.
vi
ABSTRACT
Teaching is a profession which needed a teacher to be allocates or transfered
anywhere whether at urban, suburban, or rural area. The purpose of this research is to
identify the challenges faced by teachers at rural schools in the Muar District, Johore.
Descriptive research were used to identify the four variables which consisted of
individual’s attitude, safety, basic teaching aids and infrastructure, and sosio culture of
the environment. The research instrument questionnaire was used as the research to
different schools which are Sekolah Kebangsaan Ladang Air Manis, Sekolah
Kebangsaan Parit Nawi, Sekolah Kebangsaan Parit No.5, Sekolah Kebangsaan Simpang
4, and Sekolah Kebangsaan Sungai Balang Darat. The Alpha Cronbach for this research
obtained from the pilot study was 0.89. The result indicated that the main challenge for
the teachers teaching at rural areas at the particular district was a security factor. From
this research, several action should be forwarded to overcome challenges faced by rural
teachers such as providing teachers’ quarters nearby the school and organize a
motivation program.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
JUDUL i
PENGAKUAN PENULIS ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI SINGKATAN xv
SENARAI LAMPIRAN xvi
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 5
1.3 Pernyataan Masalah 7
1.4 Objektif Kajian 8
1.5 Persoalan Kajian 9
1.6 Kepentingan Kajian 10
viii
1.7 Skop Kajian 10
1.8 Batasan Kajian 11
1.9 Definisi Istilah 12
1.9.1 Cabaran 12
1.9.2 Guru 12
1.9.3 Pedalaman 13
1.9.4 Sikap 14
1.9.5 Individu 15
1.9.6 Keselamatan 15
1.9.7 Infrastruktur 15
1.9.8 Sosiobudaya 16
1.10 Penutup 16
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 17
2.2 Sikap 18
2.3 Keselamatan 23
2.4 Kemudahan Asas Pengajaran Dan
Infrastruktur
25
2.5 Sosiobudaya 28
2.6 Teori Yang Berkaitan 29
2.6.1 Teori Hirarki Keperluan Maslow 29
2.7 Penutup 31
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 32
3.2 Rekabentuk Kajian 33
3.3 Responden Kajian 34
3.4 Tempat Kajian 35
3.5 Persampelan Kajian 35
3.6 Instrumen Kajian 36
ix
3.7 Kajian Rintis 40
3.8 Prosedur Kajian 42
3.9 Analisis Data 43
3.10 Jangka Masa Kajian 45
3.11 Penutup 46
BAB IV ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 47
4.2 Bahagian A- Latar Belakang Responden 48
4.2.1 Responden Mengikut Jantina 49
4.2.2 Responden Mengikut Etnik 49
4.2.3 Responden Mengikut Masa
Perjalanan Dari Tempat Tinggal
Ke Sekolah
50
4.3 Analisis Data 51
4.3.1 Persoalan Kajian 1: Faktor Sikap
Individu Menjadi Cabaran
Kepada Guru-Guru Yang
Mengajar Di Kawasan Pedalaman
52
4.3.2 Persoalan Kajian 2: Faktor
Keselamatan Menjadi Cabaran
Kepada Guru-Guru Yang
Mengajar Di Kawasan Pedalaman
56
4.3.3 Persoalan Kajian 3: Faktor
Kemudahan Asas Pengajaran Dan
Infrastruktur Menjadi Cabaran
Kepada Guru-Guru Yang
Mengajar Di Kawasan Pedalaman
59
4.3.4 Persoalan Kajian 4: Faktor
Sosiobudaya Menjadi Cabaran
Kepada Guru-Guru Yang
63
x
Mengajar Di Kawasan Pedalaman
4.4 Analisis Perbandingan Min 66
4.5 Penutup 67
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN
CADANGAN
5.1 Pengenalan 68
5.2 Perbincangan 69
5.2.1 Perbincangan Latar Belakang
Guru
69
5.2.2 Perbincangan Persoalan Kajian 70
5.2.2.1 Perbincangan Hasil
Dapatan Yang Diperolehi
Dari Analisis Terhadap
Faktor Sikap Individu
70
5.2.2.2 Perbincangan Hasil
Dapatan Yang Diperolehi
Dari Analisis Terhadap
Faktor Keselamatan
73
5.2.2.3 Perbincangan Hasil
Dapatan Yang Diperolehi
Dari Analisis Terhadap
Faktor Kemudahan Asas
Pengajaran Dan
Infrastruktur
75
5.2.2.4 Perbincangan Hasil
Dapatan Yang Diperolehi
Dari Analisis Terhadap
Faktor Sosiobudaya
77
5.3 Perbincangan Persoalan Kajian Secara
Keseluruhan
79
xi
5.4 Rumusan 80
5.5 Cadangan 81
5.6 Kajian Lanjutan 82
5.7 Penutup 82
BIBLIOGRAFI
LAMPIRAN
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
3.1 Jumlah Responden Kajian 34
3.2 Jumlah Sekolah Kajian 35
3.3 Pembahagian Item Bahagian A Mengikut Faktor
Demografi Responden
38
3.4 Bilangan Item Bahagian B 39
3.5 Skala Likert (Lima Mata Skor) 39
3.6 Pekali Alpha Cronbach 42
3.7 Perubahan Skala Likert 44
3.8 Tahap Bagi Setiap Nilai Min 45
4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 49
4.2 Taburan Responden Mengikut Etnik 49
4.3 Taburan Responden Mengikut Masa Perjalanan Dari
Tempat Tinggal Ke Sekolah
50
4.4 Taburan Kekerapan Responden Terhadap Faktor
Sikap Individu
52
4.5 Analisis Min 55
4.6 Taburan Kekerapan Responden Terhadap Faktor
Keselamatan
56
4.7 Analisis Min 58
xiii
4.8 Taburan Kekerapan Responden Terhadap Faktor
Kemudahan Asas Pengajaran Dan Infrastruktur
59
4.9 Analisis Min 62
4.10 Taburan Kekerapan Responden Terhadap Faktor
Sosiobudaya
63
4.11 Analisis Min 65
4.12 Analisis Min Mengikut Pembolehubah Dikaji 66
xiv
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK HALAMAN
2.1 Bilangan Sekolah Rendah Dan Menengah Yang
Kekurangan Infrastruktur Dan Kemudahan Asas
27
2.1.1 Sekolah Rendah 27
2.1.2 Sekolah Menengah 27
5.1 Soalan Kajian 1 70
5.2 Soalan Kajian 2 73
5.3 Soalan Kajian 3 75
5.4 Soalan Kajian 4 77
5.5 Persoalan Kajian 1 Hingga 4 79
xv
SENARAI SINGKATAN
KBSR - Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
PIPP - Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
PPD - Pejabat Pelajaran Daerah
RMK - Rancangan Malaysia Ke
SPSS - Statistical Package For The Social Science
Y.A.B - Yang Amat Berhormat
xvi
SENARAI LAMPIRAN
NO. LAMPIRAN TAJUK
A Borang Soal Selidik
B Pengesahan Item Soal Selidik
C Surat Kebenaran Menjalankan Kajian
D Surat Pengesahan Ke Sekolah
E Surat Pengesahan Daripada Sekolah
F Surat Pengesahan Pelajar
G Data Alpha Cronbach’s
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Untuk mencapai era Wawasan 2020 terdapat dasar-dasar kerajaan yang bersifat
menyeluruh dan menyentuh pelbagai aspek kehidupan masyarakat khususnya bidang
ekonomi, politik, sosial, agama, pendidikan dan sebagainya. Dasar ini akan berubah
mengikut pandangan kerajaan, keperluan semasa dan perkembangan antarabangsa yang
bermatlamat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju menurut
acuan sendiri. Istilah maju di sini membawa maksud maju dari aspek ekonomi, politik,
sosial, rohani, budaya dan pendidikan.
Dasar pendidikan kebangsaan merupakan salah satu diantara dasar-dasar
kerajaan yang memfokuskan kepada strategi pendidikan di Malaysia. Dasar ini
dilaksanakan kerana timbul kesedaran di kalangan pemimpin dan rakyat bertapa
pentingnya diadakan satu sistem pendidikan kebangsaan untuk menggantikan sistem
pendidikan penjajah sebelum merdeka bagi memenuhi kehendak Negara.
2
Rasional dasar pendidikan ini wujud kerana sebelum merdeka, orang Melayu
menerima pendidikan asas dari sekolah pondok dan sekolah kebangsaan. Masyarakat
Cina pula mengasaskan sekolah Cina Persendirian manakala Sekolah Tamil disediakan
oleh majikan estet dan Kerajaan Inggeris pula memperkenalkan pendidikan rendah dan
menengah Inggeris bagi semua kaum. Oleh yang demikian, kesannya wujud sekolah
berbilang bangsa dan mengikut kaum.
Bagi mencapai objektif dasar pendidikan, ini terdapat beberapa strategi
pelaksanaan yang telah direncanakan iaitu menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai
bahasa pengantar, mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi
semua jenis sekolah, mewujudkan sistem peperiksaan yang sama, mengadakan peluang
pendidikan asas selama sembilan tahun, menyediakan pendidikan rendah mengikut
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah (KBSM) bagi sekolah menengah, memperluaskan pendidikan vokasional dan
teknik, mempelbagaikan dan memperbanyakan kemudahan pendidikan di peringkat
universiti khususnya dalam bidang sastera gunaan dan sains gunaan, mempertingkatkan
pendidikan kerohanian, moral dan disiplin, dan menggalakkan aktiviti ko-kurikulum
seperti kadet polis dan tentera.
Bagi menjayakan semua dasar pendidikan ini, guru telah diberikan amanah dan
bertanggungjawab untuk mendidik anak bangsa supaya dapat melahirkan modal insan
yang berguna, bertanggungjawab, serta yang tinggi martabatnya selari dengan apa yang
telah termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu ,
“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, jasmani,
emosi, dan sahsiah berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini
3
adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab, berakhlak
mulia, berketrampilan, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan
Negara.”
Pada 31 Mac 2006, Rancangan Malaysia Kesembilan telah dilancarkan iaitu
rancangan lima tahun pertama daripada tiga rancangan lima tahun yang akan memacu
Misi Nasional ke arah mencapai Wawasan 2020. Rancangan ini merupakan
kesinambungan perancangan Kerajaan membentuk sebuah negara yang maju dari segi
ekonomi, seimbang daripada aspek pembangunan sosial, memiliki warga yang bersatu
padu, berbudaya dan berpekerti mulia, berkemahiran, berfikiran maju dan berpandangan
jauh.
Untuk menyahut dan menjayakan agenda pendidikan di bawah RMK-9,
Kementerian Pelajaran Malaysia telah menggubal Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan 2006 hingga 2010 (PIPP) yang merupakan pelan pelaksanaan dan telah
dilancarkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri pada 16 Januari 2007. Pelan ini telah
menggariskan enam teras utama bagi menjayakan Misi Nasional dalam RMK-9. Dalam
PIPP, enam teras strategik diberi tumpuan iaitu membina negara bangsa,
membangunkan modal insan, memperkasakan sekolah kebangsaan, merapatkan jurang
pendidikan, memartabatkan profesion keguruan, serta melonjakkan kecemerlangan
institusi pendidikan yang sedia ada. Pelaksanaan PIPP ini menggunakan dua pendekatan
iaitu menyelesaikan tugas yang belum selesai untuk menyamaratakan medan persaingan,
dan melonjakkan kecemerlangan pendidikan dengan menjana kecemerlangan institusi
pendidikan. Sesungguhnya, bagi melaksanakan PIPP, KPM perlu melipatgandakan
usaha menggarap kejayaan lebih unggul demi Merintis Pembaharuan Satu Misi
Nasional.
4
Kejayaan PIPP memerlukan penglibatan dan komitmen yang tinggi daripada
semua pihak yang berkepentingan dalam dan luar KPM. Segala pelaksanaan
program/projek perlu dilaksanakan secara telus dan terbuka kerana setiap individu
berhak bersuara terhadap kualiti pendidikan yang dihasilkan oleh sekolah. Oleh itu,
KPM telah mengenal pasti indikator prestasi utama untuk setiap teras bagi memudahkan
pemantauan pelaksanaan. Berlandaskan situasi ini serta pengagihan siling peruntukan
yang terbesar kepada pendidikan, KPM komited dalam menyediakan kad laporan
prestasi, dua kali setahun.
Salah satu teras yang terkandung dalam PIPP ini ialah memartabatkan profesion
keguruan. Melalui teras ini, KPM sentiasa berusaha memartabatkan profesion keguruan
supaya kekal dihormati bersesuaian dengan peranan penting para guru dalam
pembangunan modal insan. Sehubungan itu, tiga komponen utama diberi penekanan
dalam teras ini iaitu kualiti guru, kerjaya guru dan kebajikan guru ( Kad Laporan
Pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006 hingga 2010).
Teras ini memberi penekanan terhadap kebajikan guru. Seperti yang diketahui,
setakat ini di Malaysia, negara mempunyai seramai 190,336 orang guru disekolah
rendah dan 136,598 orang guru di sekolah menengah. Daripada jumlah ini, 15,444 guru
berkhidmat di sekolah rendah manakala sejumlah 2,895 guru ialah sekolah menengah
iaitu Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT), guru dalam latihan dan guru sambilan atau
sementara. Jumlah guru yang bertugas di kawasan pedalaman ialah seramai 13, 480
orang guru. Sebelum ini, KPM menghadapi kesukaran menempatkan guru-guru terlatih
dan berpengalaman, terutamanya bagi mata pelajaran kritikal di kawasan luar bandar
dan pedalaman. Begitu juga bagi memastikan guru terlatih mengikut opsyen
ditempatkan di semua sekolah kawasan luar bandar dan pedalaman bagi memastikan
pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar dan berkesan. Sehubungan itu dasar
untuk mewajibkan guru-guru yang baru di pendalaman dijangka boleh mengatasi
masalah tersebut. Lebih menarik lagi kementerian telah memutuskan akan menambah
5
baik insentif dan mewujudkan skim ansuran khusus kepada guru yang berkhidmat di
pedalaman selain menyediakan rumah guru dan kemudahan asas yang sempurna.
(Utusan Malaysia, Sabtu, 17 Jan. 2007).
Selain kemudahan sedia ada yang dimiliki oleh guru-guru sedia ada seperti
Kumpulan Wang Simpanan Guru (KWSG) dan Yayasan Guru Malaysia Berhad
(YGMB), YAB Perdana Menteri telah mengumumkan penubuhan Yayasan Guru Tun
Hussein yang akan berfungsi untuk menjaga segala aspek kebajikan dan pembangunan
guru seperti bantuan khairat, bencana kecemasan, pendidikan anak-anak dan
pembangunan profesionalisme keguruan. (Berita Harian).
1.2 Latar Belakang Masalah
Kementerian Pelajaran Malaysian telah memberi insentif tambahan RM500
hingga RM1,500 untuk guru yang sanggup mengajar lebih lama di luar bandar dan
kawasan pedalaman. Begitu juga peruntukan tambahan RM 2.6 bilion di Semporna,
Sabah menerusi Program Lonjakan Perdana Pendidikan Luar Bandar. Semuanya
dilaksanakan untuk memberi manfaat kepada 2.2 juta orang pelajar dan lebih 14,000
orang guru yang berkhidmat di pedalaman seluruh Negara (Berita Harian, 26 Mac
2007).
Menurut pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Marudi Miri Sarawak,
Shaffiee Dris, pelaksanaan elaun tambahan dan Program Lonjakan Perdana Pendidikan
Luar Bandar akan menjadikan guru akan lebih bermotivasi untuk terus menyumbang
khidmat membangunkan kawasan pedalaman. Memandangkan masih ada guru yang
6
menyahut cabaran mengajar di pedalaman, pegangan “hidup berkorban bakti disemai “
wajar dipuji. Beliau berkata, bila mengajar di luar bandar setiap guru itu dapat
mengumpul pengalaman unik tidak ternilai. Pokok pangkalnya ialah integriti dan jati diri
guru itu sendiri. Atas kesungguhan dan kesanggupan bersusah payah dengan keperluan
asas yang disediakan kerajaan, hanya guru yang terbilang sahaja mampu menambah
nilai kepada modal insan dari pedalaman. Maka bermaknalah kata-kata ‘guru
berkhidmat cemerlang untuk negara gagah gemilang’.
Sungguhpun demikian, walaupun telah diberi pelbagai keistimewaan namun
masih lagi berlaku isu kekurangan guru di pedalaman. Sekolah-sekolah di pedalaman
merupakan sekolah-sekolah yang sukar mendapat guru-guru terlatih yang mencukupi.
Ada kalanya guru-guru yang dihantar tidak melaporkan diri, sebahagiannya berjaya
merayu dan ditempatkan di tempat-tempat pilihan mereka. Pelajar-pelajar di kawasan
pedalaman ini tidak mendapat pendedahan secukupnya untuk membolehkan mereka
bersaing bagi mencapai kecemerlangan. Terdapat jurang yang begitu ketara dari segi
kemudahan dan peralatan jika dibandingkan dengan sekolah-sekolah di bandar.
Untuk menuju era Wawasan 2020 , usaha merapatkan jurang pendidikan bandar
dan luar bandar semakin giat dijalankan. Hal ini kerana, sejumlah 1,517 buah sekolah
rendah dan 68 buah sekolah menengah masih tiada bekalan air awam malah mendapat
sumber air daripada sumber-sumber asli seperti air sungai, dan air telaga. Begitu juga
dengan perancangan kurikulum dan pembangunan perisian yang jauh lebih pantas
daripada pembangunan infrastruktur. Sebanyak 1,639 buah sekolah rendah tidak
mempunyai bilik sains, dan 42 buah sekolah masih menumpang di sekolah lain. Bagi
sekolah menengah, 138 buah tidak mempunyai makmal komputer, 25 buah tidak
makmal sains dan 26 buah masih menumpang di sekolah lain.
7
Menurut statistik, pada awal tahun 2000 menunjukkan masih terdapat sekolah di
kawasan pedalaman, terpencil dan pulau yang tidak mendapat kemudahan asas. Ketika
itu, terdapat 20.6 peratus sekolah yang tidak mempunyai talian telefon, 86.6 peratus tiak
mempunyai mesin faks, 7.3 peratus tidak mendapat bekalan elektrik dan 24.78 peratus
tidak menerima bekalan air paip awam. Disebabkan kekurangan infrastruktur ini juga
merupakan salah satu faktor penyumbang kepada keengganan guru bertugas di kawasan
pedalaman.
1.3 Pernyataan Masalah
Berdasarkan daripada apa yang dibincangkan dan menjadi persoalan sekarang
ialah kebanyakan guru enggan dan ingkar untuk mengajar di kawasan pedalaman
mengakibatkan masalah kekurangan tenaga pengajar untuk mengajar di sekolah
pedalaman terus berlaku setiap tahun. Ini kerana bilangan guru di kalangan pendidik
yang mengajar di kawasan pedalaman yang masih kecil, pemohonan berpindah ke
tempat asal oleh guru yang telah berkhidmat selama 3 hingga 5 tahun di pedalaman dan
terdapat persaraan di dalam kalangan guru tersebut. Sehubungan itu, dengan
mewajibkan penempatan guru-guru baru untuk berkhidmat di pedalaman dijangka boleh
mengatasi masalah tersebut.
Lebih menarik lagi kementerian telah memutuskan akan menambah baik insentif
dan mewujudkan skim ansura khusus kepada guru yang berkhidmat di pedalaman selain
menyediakan rumah guru dan kemudahan asas yang sempurna. Namun masih terdapat
beberapa guru yang ingkar untuk berkhidmat di kawasan tersebut sehingga
menimbulkan masalah kekurangan guru.
8
Dalam kehangatan isu keingkaran ramai guru untuk berkhidmat di kawasan
pedalaman, masih ada guru yang sanggup berkorban demi memenuhi tanggungjawabnya
sebagai pendidik. Kementerian Pelajaran Malaysia khususnya telah dikejutkan dengan
kematian seorang guru Pendidikan Islam yang ditemui mati di Sungai Sagang Kapit,
Sarawak pada 11 Mei lalu di Kampung Air Merah (Berita Harian 2007). Situasi ini
membuktikan keselamatan guru di kawasan pedalaman masih kurang terjamin kerana
kedudukan antara satu tempat dengan satu tempat yang lain sangat jauh dengan situasi
kekurangan kemudahan infrastruktur seperti jalan raya dan sebagainya. Ini menyukarkan
pergerakkan guru untuk menyediakan kemudahan asas pengajaran memandangkan
keadaan kawasan kedai yang sangat jauh dari pedalaman.
Berdasarkan permasalahan tersebut, didapati terdapat beberapa cabaran yang
dihadapi dan sering dilalui oleh guru yang bertugas di kawasan pedalaman sehingga
ianya mempengaruhi keengganan guru lain untuk berkhidmat di kawasan pedalaman.
Situasi ini telah mendorong kepada pengkaji untuk mengkaji apakah faktor-faktor yang
menjadi cabaran kepada guru di kawasan pedalaman.
1.4 Objektif Kajian.
Kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti cabaran yang
dihadapi oleh guru yang mengajar di kawasan pedalaman di sekolah-sekolah Daerah
Muar, Johor. Sejauhmana faktor yang disenaraikan di bawah ini merupakan satu cabaran
kepada guru terbabit. Bagi tujuan kajian ini beberapa objektif telah ditetapkan iaitu :-
9
1.4.1 Mengenal pasti faktor sikap individu menjadi cabaran kepada guru-guru yang
mengajar di kawasan pedalaman.
1.4.2 Mengenal pasti faktor keselamatan menjadi cabaran kepada guru-guru yang
mengajar di kawasan pedalaman.
1.4.3 Mengenal pasti faktor kemudahan asas pengajaran dan infrastruktur menjadi
cabaran kepada guru-guru yang mengajar di kawasan pedalaman.
1.4.4 Mengenal pasti faktor sosiobudaya menjadi cabaran kepada guru-guru yang
mengajar di kawasan pedalaman.
1.5 Persoalan Kajian
Persoalan utama dalam kajian yang dijalankan ini adalah untuk mengenal pasti
apakah faktor-faktor yang menjadi cabaran kepada guru-guru yang mengajar di kawasan
pedalaman di sekolah-sekolah Daerah Muar, Johor. Berdasarkan kepada objektif kajian,
penyelidik telah mengemukakan empat persoalan kajian seperti berikut :-
1.5.1 Adakah faktor sikap individu menjadi cabaran kepada guru-guru yang mengajar
di kawasan pedalaman?
1.5.2 Adakah faktor keselamatan menjadi cabaran kepada guru-guru yang mengajar di
kawasan pedalaman?
1.5.3 Adakah faktor kemudahan asas pengajaran dan infrastruktur menjadi cabaran
kepada guru-guru yang mengajar di kawasan pedalaman?
10
1.5.4 Adakah faktor sosiobudaya menjadi cabaran kepada guru-guru yang mengajar di
kawasan pedalaman?
1.6 Kepentingan Kajian
Hasil daripada kajian ini diharapkan dapat mengenalpasti masalah dan cabaran
sebenar yang dihadapai oleh guru yang berkhidmat di pedalaman. Salah satu faktor ini
mungkin menjadi penghalang kepada guru untuk mengajar di kawasan pedalaman.
Dapatan daripada kajian ini juga amat berguna bagi pihak kerajaan untuk
membuat pembaharuan dalam usaha menyediakan bakal guru agar lebih bersedia dalam
apa jua keadaan terutamanya dari segi ketahanan mental dan emosi.
1.7 Skop Kajian
Kajian ini adalah terbatas kepada beberapa perkara seperti berikut:
1.7.1 Hanya tertumpu kepada masalah dan cabaran yang dihadapi oleh guru yang
berkhidmat di sekolah-sekolah terpilih di Daerah Muar, Johor.
top related