sakura mengorak kelopak
Post on 16-Aug-2015
147 Views
Preview:
TRANSCRIPT
BMS 3022KARYA AGUNG MELAYU
SAKURA MENGORAK KELOPAK
Nor Amira binti Mohd Noor D20121057988Liyana Shazwani binti Rosdi D20121057991Nusratina binti Zulkifeli D20121058000Nor Zulaikha binti Abu Bakar D20121058001Siti Hawa binti Harun D20121058022Nur Hiedayah binti Zulkipli D20121058024
SINOPSIS
Novel Sakura Mengorak Kelopak mengisahkan tentang kehidupan golongan wanita Jepun yang sangat dikenali dengan perwatakan lembut dan bersopan santun.Mereka juga begitu sinonim dengan kesetiaan dan kepatuhan mereka kepada golongan lelaki.Namun begitu, rasa kesetiaan tidak lagi dianggap satu penghormatan oleh wanita Jepun yang kini didedahkan dengan cara hidup moden yang dipengaruhi oleh Barat.Mereka telah bangkit untuk merobohkan egoisme lelaki Jepun.
Dalam Sakura Mengorak Kelopak diceritakan tentang rasa kesetiaan yang telah lama wujud di dalam diri wanita Dai Nihon semenjak berabad-abad lamanya sehingga menjadi kontroversi dan mereka mula bangkit menentang.Watak Michiko berani menolak mayat suami yang mati yang melakukan harakiri (membunuh diri dengan menikam atau memburaikan perutnya apabila mendapat malu atau dihukum mati) bersama-sama dengan teman wanitanya yang mengandung.Pada masa itu juga, Tokyo dan Kyoto mengalami satu siri letupan dan kebakaran yang hampir memusnahkan bandar-bandar.
PENGARANG
Novel Sakura Mengorak Kelopak telah dihasilkan pada tahun 1987 oleh Muhammad Dahlan bin Abdul Biang, Andi Mohalan Andi Beang atau lebih dikenali sebagai Arena WatiBeliau dilahirkan pada 30 Julai 1925 di Kalumpang Kabupaten, Jeneponto, Makasar, Indonesia dan meninggal dunia pada 25 Januari 2009.Beliau merupakan Sasterawan Negara Malaysia pada tahun 1988. Nama pena lain beliau ialah Duta Muda dan Patria.Dalam novel ini, Arena Wati menyingkap beberapa aspek sistem nilai masyarakat Jepun. Turut dinaratifkannya ialah perubahan yang berlaku dalam sistem nilai masyarakat tersebut yang membawa kepada terjadinya emansipasi wanita Jepun.Arena Wati berwacana mengenai beberapa aspek pemikiran dan nilai masyarakat Jepun sambil meletakkannya ke dalam fiksyen seperti feminisme.
PEMIKIRAN DAN
IDEALISME
-S.Othman Kelantan (1997) turut menjelaskan bahawa pemikiran merupakan satu fikiran atau idea yang muncul dan wujud dari golongan bijak pandai.
-Golongan ini menggunakan akalnya dalam memikirkan konflik yang dihadapi oleh masyarakat dalam lingkungannya, dan pemikiran tersebut dilebarkan oleh golongan cerdik pandai ke luar lingkungannya.
-Pemikiran pengarang juga merupakan penampilan makna dalaman dalam sesuatu karya klasik juga dapat dilihat daripada sikap pengarang yang menampilkan pengembaraan watak yang baik dan mengandungi unsur-unsur pengajaran yang tinggi dalam sesebuah karya klasik.
Definisi pemikiran dan idealisme
Ritual Kematian Menurut Buddha
Masyarakat Jepun mempercayai mengamalkan ritual kematian menurut Buddha seperti kehidupan selepas mati dan kehadiran anasir-anasir jahat yang menganggu kesejahteraan,ant aranya kepercayaan terhadap kehadiran roh jahat. Contohnya :
Tanpa kata Sageike meninggalkan rumah, lengkap baju hujan, topi dan payung dan segera menyelesaikan rawatannya, lalu berkejar ke rumah
Muragaki Harumi. Di sana Nagai Sageike dapati mayat sahabatnya sudah dikerumuni anak- cucu, keluarga, jiran-jiran dan sahabat handai. Menantu dari putera sulung Harumi telah melengkapi keperluan ; pisau untuk menghalau roh jahat, kapas, pakaian mayat, hidangan nasi dan lauk dan sake atas dulang kayu, berbagai alat upacara kematian menurut Buddha campuran Shinto sudah lengkap semuanya.
(Sakura Mengorak Kelopak, halaman: 41)
Kepentingan Pendidikan Dalam Meneruskan Kehidupan
Michiko mengetahui betapa pentingnya pendidikan bagi dia untuk meneruskan kehidupan dan supaya berjaya mendapatkan pekerjaan yang baik. Hal ini kerana saingan untuk mendapatkan pekerjaan yang baik contohnya seperti jawatan White collar sangat terhad dan memberi saingan yang tinggi kepada pemohon. Contohnya:
Dari sekolah rendah Michiko membuktikan bahawa dia lebih pintar dari abang-abangnya sehingga masing-masing lulus dari High School di Aomori. Abang-abang Michiko hanya mencapai sekadar lulus, dan akhirnya kembali dalam masyarakat sebagai nelayan dan petani moden, sebab saingan untuk jawatan white collar sangat terbatas di utara; tidak mudah tembus dengan hanya bersenjatakan High School yang tidak cemerlang. Michiko mengatasi semua itu, lalu diterima masuk ke Universiti Tokyo. Sakura Mengorak Kelopak, halaman:64
Pengaruh Islam Dalam Kehidupan
Michiko sudah mula untuk mendalami ajaran islam dalam kehidupan. Meskipun agak sukar pada permulaannya, namun dia bertekad untuk mempelajari secara perlahan-lahan sambil dibantu oleh suaminya. Suami Michiko iaitu Atan yang banyak mendorong dan membantu Michiko dalam mempelajari tuntutan dalam agama islam. Contohnya:
Atan memandikan Michiko, menjirusnya dengan sekujur tubuh, tujuh kali dan berkata “Kau sudah tahu ambik wuduk. Buatlah sekarang, dan kerana saya dan kau dalam mazhad Syafie, kita tidak boleh bersentuhan buat sementara hingga selesai saya buat solat sunat.” Atan jadi iman, dan Michiko jadi makmun dalam solat syukur, dan setelah Atan menyelesaikan doa, dia berpaling kepada isterinya, menjabat tangan Michiko. Sakura Mengorak Kelopak, halaman:173
Penggunaan Nama Keluarga Dalam Masyarakat Jepun
Masyarakat jepun amat mementingkan penggunaan nama keluarga dalam kalangan mereka. Hal ini boleh dilihat apabila setiap orang akan disebut dan ditulis nama keluarga dahulu berbanding namanya sendiri. Seseorang akan dianggap kurang sopan sekiranya nama dirinya mendahului nama keluarganya. Tambo dan salasilah keluarga ini menjadi satu simpanan yang dianggap sakti, dijaga dan dipelihara. Contohnya:
Nama-nama keluarga itu kekal pada diri setiap orang, kerana setiap orang disebut dan ditulis nama keluarga dulu baru disebut nama diri. Dan umumnya dalam etika hubungan, dalam perbualan atau pertemuan, nama diri jarang disebut tetapi diutamakan nama keluarga. Adalah dianggap kurang sopan bagi seseorang yang belum akrab apalagi orang yang dianggap lebih tua atau tinggi darjatnya kalu disebut nama dirinya mendahului nama keluarganya. Sakura Mengorak Kelopak, halaman:411
Mempelajari Budaya Asing
Atan merupakan individu yang dilahirkan di Malaysia dan berasal dari sebuah kampung. Cara hidup dan budaya yang dipelajari adalah berkitan dengan budaya masyarakat Melayu. Namun Atan cuba untuk membiasakan diri dan mempelajari nilai dan budaya masyarakat Jepun setelah berkawan dengan sahabatnya yang tinggal di Jepun dan mempunyai ikatan perkahwinan dengan seorang gadis Jepun iaitu Michiko. Atan telah mempelajari cara memegang mangkuk sup dengan betul dengan bantuan sahabatnya Jirosaki Taeko. Atan juga menerapkan budaya menghormati tuan rumah apabila berkunjung ke rumah sahabatnya. Contohnya:
Atan melihat Nobutake menghabiskan dua mangkuk nasi. Dan untuk menghormati tuan rumahnya, dia membiarkan mangkuknya diisi oleh Nobutake. Lalu meminum habis supnya. “Saya lihat cara Atan –san memegang mangkuk sup sudah lancar, kena betul. Michiko ajar begitu?” “Di Kyoto, Sasaki-san. Lama sebelum berjumpa dengan Michiko. Jirosaki Taeko banyak mengajar saya tentang cara hidup di negeri ini. Tapi maafkan saya Sasaki-san. Saya masih bebal. Belum sanggup hadir dalam majlis minum teh.” Sakura Mengorak Kelopak, halaman:446
NILAI BUDAYA DAN
PANDANGAN HIDUP
DALAM SAKURA
MENGORAK KELOPAK
Nilai Budaya Pandangan Hidup
Adat Perkahwinan
Adat Membongkok
Adat Memakai Pedang
Kesetiaan Isteri kepada Suami
Pegangan Etika Moral
Adat Perkahwinan
…Hanaoka termenung panjang menyusuri tatacara risiskan dan peminangan
dalam perkahwinan orang Jepun. Orang tengah akan meminta Orang tengah
akan meminta gambar dari pihak lelaki untuk dibawa kepada pihak perempuan
setelah pasti bahawa gadis yang dimaksud belum terikat risiskan lain. Dan
sebaliknya, gambar gadis tersebut juga diberikan kepada pihak lelaki. Setelah
masing-masing berkenan, barulah memasuki fasa yang rumit iaitu menyiasat
keluarga kedua belah pihak. Bagi pihak perempuan, mereka akan melantik
beberapa orang untuk mengumpulkan keterangan atas diri lelaki, ibu bapa,
saudara baik dari segi adat, amanah, perangai dan segala jenis penyakit, sudah
cukup dijadikan alasan untuk memberhentikan risikan. Bagi pihak lelaki, mereka
lebih berhati-hati dengan erti lagi. Peribadi gadis dan sejarah hidupnya akan
dikaji, cacat-cela saudara maranya, ibu bapanya. Dan didapati sedikit kecacatan
di kalangan mereka, risikan akan diberhentikan dengan memulangkan cincin
ikatan risikan melalui orang tengah.
(Sakura Mengorak Kelopak: 77)
Adat Membongkok
bertujuan untuk menunjukkan tanda hormat dan tanda meminta
maaf Hanaoka kepada Nobutake kerana menyebabkan
Nobutake menunggu lama. Hal ini dapat dilihat seperti contoh di
bawah:
…setelah saling membongkok sebanyak tiga kali sebagai kelaziman
adat, Hanaoka berkata halus sekali, “Maafkan kerana barangkali
menunggu lama. Tapi saya sudah berusaha tepat pada waktunya.
(Sakura Mengorak Kelopak: 21)
Adat Memakai Pedang
Nobutake tidak pernah curiga atas keselamatan dirinya,
terutama dalam kawasan Sasaki Kyori sendiri. Tapi
sebagai keturunan dari darah samurai asal Hikone yang
jadi kebanggaan Tokugawa, kelaziman memakai pedang
dalam kawasan sendiri menjadi teradat terutama bagi
anak lelaki tertua, sebagai pemegang waris. Pedang
pendek itu hanya sebagai simbol, yang bukan saja harus
dipakai, tetapi juga mesti dihayati dengan tanggapan erti
dan semangat jiwa pedang.
(Sakura Mengorak Kelopak: 14)
Kesetiaan Isteri Kepada Suami
…si isteri mesti setia kepada suaminya,
menyediakan tempat tidurnya sendiri, untuk
diberikan kepada perempuan yang dibawa suaminya
masuk ke dalam rumah. Dan isteri yang sah itu
mesti setia menunggu di luar pintu, duduk atau
berdiri diam-diam, untuk segera melakukan kerja
yang diarahkan oleh suaminya bagi kesenangannya
dengan perempuan yang dibawanya tidur itu.”
(Sakura Mengorak Kelopak: 118)
Etika Moral
Kaum wanita memegang etika moral ini dengan dua tujuan iaitu
tujuan pertama adalah bagi menjaga air muka roh nenek
moyang mereka.
Kedua adalah bagi menjaga maruah atau air muka orang yang
hidup iaitu merangkumi lingkungan keluarga, lingkungan jiran
atau Tonarigumi, linkungan masyarakat, dan sebagainya.
“Ini salah satu daripada kriteria etika moral dalam konsep malu itu,”
kata Michiko. “Telanjang dalam tempat tertutup atau dalam rumah
di tengah-tengah keluarga sendiri, tidak melanggar etika moral.”
(Sakura Mengorak Kelopak: 114)
NILAI ILMU DALAM SAKURA
MENGORAK KELOPAK
KONSEP NILAI ILMU
• Kamus Dewan Edisi Keempat (2010: 1081) perkataan nilai
merujuk sebagai darjat, kualiti, mutu, dan taraf. Nilai
membolehkan manusia membezakan antara perkara yang
baik dengan perkara yang buruk, yang betul dengan yang
salah.
• Mohd Rashid Md. Idris et. al (2014) menyatakan bahawa
nilai dan etika masyarakat berkait rapat dengan perkara
yang mempunyai nilai yang tinggi dari aspek kebenaran,
kebaikan, dan keindahan yang sangat sinonim dengan
agama Islam.
•Manakala ilmu pula bermaksud pengetahuan
mengenai perkara dunia, akhirat, zahir, batin,
dan sebagainya.
Oleh itu, ilmu dikatakan sebagai hal-hal yang
berkaitan dengan usaha menyebarkannya dalam
bentuk maklumat kepada orang lain. Maklumat
yang disebarkan itu mengandungi pelbagai
fungsi seperti untuk menambahkan ilmu
pengetahuan, dan merungkaikan segala
kemusykilan.
Arena Wati telah menggambarkan ilmu
perniagaan dalam novel Sakura Mengorak
Kelopak dengan menceritakan bahawa
Sasaki Nabutake seorang yang bekerja keras
dalam mengumpul harta di mana beliau
telah memulihkan perusahaan Sasaki
sebagai jurubina dan kontraktor dan
sekaligus memasuki bidang hartanah.
ILMU PERNIAGAAN
“Di sinilah Nabutake mulai bekerja keras,
menggunakan bekas tentera yang masih hidup
dan pernah dipimpinnya. Dia memulihkan perusahaan
Sasaki sebagai jurubina,
kontraktor dan sekaligus memasuki bidang hartanah.
Dasar MacArthur membangun
kembali Jepun dengan mengenakan cukai
pembangunan yang terlalu tinggi
menyebabkan ramai pemilik hartanah di Jepun,
terutama di Tokyo tidak mampu
membayar cukai lalu menjual tanah mereka.”
(Sakura Mengorak Kelopak : 18)
Sektor pertanian sememangnya merupakan salah satu
sektor yang terpenting bagi setiap negara. Malah ia
merupakan antara ciri terpenting yang membezakan
status antara negara-negara membangun dan negara-
negara maju.
ILMU PERTANIAN
Berdasarkan novel yang dikaji, Arena Wati turut
menyelitkan ilmu pertanian dalam kalangan masyarakat
Jepun. Walaubagaimanapun, sektor pertanian merupakan
sektor yang kurang diceburi dalam masyarakat Jepun
terutamanya golongan suri rumah.
“Dalam masyarakat Jepun yang dianggap
pada dasarnya masih banyak bergantungan
pada pertanian dengan menggunakan tanah
lima setengah juta hectare, hanya 13%
rumah tangga Jepun yang terlibat dalam
sektor pertanian.”
(Sakura Mengorak Kelopak : 25)
Pendidikan merupakan hal yang terpenting dalam
kehidupan seseorang. Melalui pendidikan, seseorang
akan dipandang tinggi dan dapat memiliki kerjaya
ILMU PENDIDIKAN
Dalam novel tersebut, Arena Wati menceritakan Nabutake
pada zaman remajanya merupakan seorang pelajar yang
berkelulusan dari High School di Tokyo, namun
pencapaianya tidak cukup untuk beliau menyambung
pembelajarannya ke Tokyo Imperial University.
Oleh kerana Nobutake merupakan seorang anak dari
hartawan, Nobutake telah melanjutkan pelajarannya ke
Universiti Waseda sehingga beliau lulus dalam kelulusan
Kejuruteraan Awam. Contoh:
Pada zaman remajanya, Nonutake lulus dari High School Di
Tokyo, tetapi pencapaiannya tidak cukup untuk masuk ke
Tokyo Imperial Uiversity. Bukan salahnya semata-mata. Ini
tergantung pada sikap ayahnyasendiri yang terlalu banyak
mengambil masa Nobutake untuk melibatkannya dalam
urusan perniagaan. Tetapi, sebagai anak orang kaya,
Nobutake mudah masuk ke Universiti Waseda, dan di sana
dia lulus Kejuruteraan Awam pada tahun 1936.
(Sakura Mengorak Kelopak : 17-18)
Menurut Kamus Dewan (2010), firasat bermaksud
pengetahuan mengenai tanda-tanda pada muka, badan,
dan lain-lain untuk mengetahui kelakuan atau nasib
seseorang. Tilikan atau ramalan ahli nujum juga antara
contoh ilmu firasat.
ILMU FIRASAT
Contoh ilmu firasat dalam novel Sakura Mengorak
Langkah ialah:
Berdasarkan petikan di atas, dapat dibuktikan bahawa
Nobutake berpendapat atau berfirasat bahawa Michiko telah
menyamakan tugasnya di fakulti dengan kehadiran dirinya
ke Sasaki Kyori.
“ “Ya, sekali lagi maafkan saya yang tua renta ini, Michiko-
san, sebab saya rasa beg fakultimu telah bercerita banyak
kepada saya sekarang, bahawa kau datang ke Sasaki Kyori
sebagai suatu tugas yang kau samakan dengan kerjamu di
fakulti.”
(Sakura Mengorak Kelopak : 31)
Bagi masyarakat Jepun yang menganut agama Buddha,
mereka percaya bahawa mantera yang akan dibacakan
terhadap orang yang telah meninggal dunia dapat
menghalau roh-roh jahat.
ILMU MANTERA
Mantera tersebut dibaca sebelum mayat tersebut
dikebumikan. Ilmu mantera yang cuba digambarkan
dalam novel Sakura Mengorak Kelopak dapat dibuktikan
seperti rangkap tersebut :
“Di sana Ngai Saageiki dapati mayat sahabatnya sudah
dikeruuni anak-cucu, keluarga, jiran-jiran dan sahabat
handai. Menantu dari putera sulungHarumi telah melengkapi
keperluan seperti pisau untuk menghalau roh jahat, kapas,
pakaian mayat, hidangan nasi dan lauk dan sake atas dulang
kayu, dan berbagai alat upacara kematian menurut Buddha
campuran Shinto, sudanh lengkap semuanya. Setelah
membacabeberapa bait mantera dari sutra Buddha, Sageike
meninggalkan mayat sahabatnyadan berlalu kelujar ke
halaman..”
(Sakura Mengorak Kelopak : 41)
Ilmu keagamaan juga cuba digambarkan oleh Arena
Wati dalam novel Sakura Mengorak Kelopak. Ilmu
keagamaan yang cuba ditonjolkan ialah ilmu
keislaman.
ILMU KEAGAMAAN
Bagaimana seorang lelaki muslim iaitu Atan
menerangkan adat perkahwinan mengikut cara
islam kepada seorang wanita Jepun yang beragama
Buddha iaitu Michiki.
“Kaum wanita kami lebih beruntung, dibandingkan wanita
Nihon. Dalam hal ini, norma kami terbahagi dua. Pertama,
isteri yang kematian suami. Kedua, isteri yang bercerai
dengan suami.”
“Bagaimana itu? Yang pertama dulu.”
“Isteri yang kematian suami, boleh kahwin dengan lelaki
lain, kalau dia mahu, dengan syarat kena melalui tempoh
selama setahun. Tujuan tempoh setahun tersebut ialah
untuk memastikan bahawa tidak ada lagi kandungan dalam
rahimnya hasil dari percampuran dengan suaminya
sebelum suami itu meninggal dunia.
(Sakura Mengorak Kelopak :
112)
TEKNIK
KEPENGARANGAN
Teknik
Penceritaan
Teknik penceritaan merupakan salah satu cara atau
kaedah seseorang penulis menyampaikan cerita dalam
karya mereka.
i. Teknik pemerian
Pemerian merupakan teknik yang paling tua dan paling
banyak digunakan oleh penulis dalam karya-karya
mereka. Melalui teknik ini, penulis telah bercerita secara
langsung tentang apa sahaja sama ada peristiwa atau
keadaan, watak dan perwatakan atau latar cerita dalam
karya tersebut.
Contoh ayat 2 :
Sikapnya terbuka, peramah tapi hormat kepada orang, dan
dengan kegemarannya sendiri, Ariyoshi sanggup membuang
masa sehari penuh, kalau ada pelanggannya dari Indonesia
atau Malaysia, dan dilayannya berbual dengan bahasa Melayu
yang lancar.
( Sakura Mengorak Kelopak, halaman :
101 )
Bagi contoh ayat di atas, penulis telah membuat pemerian
tentang perwatakan bagi watak Osaragi Ariyoshi yang
merupakan seorang yang bersikap terbuka, hormat-
menghormati dan seorang yang melayan pelanggannya
dengan baik.
ii. Teknik dialog
Dialog pula merupakan percakapan watak dengan watak
dalam cerita yang melibatkan dua watak atau lebih yang akan
berbalas kata. Melalui teknik ini, penulis menyampaikan cerita
secara tidak langsung . Contohnya :
“ Tentu papa marah pada perempuan itu?”
“ Mama juga marah.”
“ Nah, kalau papa marah, dan mama juga marah kepada
perempuan itu, kenapa mereka bertengkar tentang
perempuan itu?”
“Papa berkeras , mahu perempuan itu dibunuh.”
( Sakura Mengorak Kelopak,halaman :
153 )
Berdasarkan dialog di atas, ia merupakan dialog antara Kenji
dengan isterinya yang berbual tentang ibu bapanya yang
bertengkar disebabkan oleh peristiwa Michiko yang bertindak
tidak menerima mayat suaminya.
iii. Monolog dalaman
Monolog dalaman merupakan percakapan di dalam minda
atau fikiran watak dengan dirinya sendiri. Ia tidak
mengeluarkan suara. Monolog dalaman yang terdapat dalam
novel ini ialah:
‘Kenapa suamiku berubah?’ dia bertanya dalam hati, dan
mencari liku-liku persoalan itu. ‘ kenapa dia tidak berterus
terang?’
( Sakura Mengorak kelopak, halaman :
46 )Dalam ayat ini, Michiko bertanya dalam hatinya tentang sikap
suaminya yang telah berubah. Dia tertanya-tanya sebab
berlakunya sedemikian. Dia juga tertanya tentang sebab
suaminya yang tidak berterus terang itu.
iv. Teknik Imbas Muka
Imbas muka merupakan bayangan peristiwa yang akan
berlaku . Biasanya ia wujud dalam fikiran atau minda
watak dalam cerita sama ada dalam bentuk angan-angan
atau jangkaan watak itu. Contoh:
“Barangkali saya dituduh perempuan tidak berguna,tidak
dapat anak. Barangkali mereka tuduh saya tidak boleh
beranak, lalu suami saya mengambil perempuan lain.”
( Sakura Mengorak Kelopak, halaman : 57 )
Ayat di atas menunjukkan bahawa penulis telah
menggunakan teknik imbas muka yang digunakan dalam
watak Michiko. Dalam hal ini, Michiko telah membayangkan
sesuatu yang terjadi pada masa akan datang yang dia
sendiri bimbang sekiranya masyarakat menuduhnya
sebagai seorang perempuan yang tidak berguna akibat
tiada anak.
v. Teknik Imbas Kembali
Menurut Rahman Shaari ( 2002 ) imbas kembali merujuk
kepada bahagian cerita yang mengisi kejadian atau
kejadian-kejadian pada masa silam. Teknik ini merupakan
teknik penceritaan semula sesuatu peristiwa yang pernah
berlaku pada masa lepas. Ia diimbas secara langsung
melalui pemerian penulis atau secara tidak langsung
melalui pemikiran atau dialog watak. Contohnya :
“Saya tahu, papa,” suaranya lebih tegas, dan sungguh-
sungguh mahu meyakinkan ayahnya. Tapi Michiko tidak
mahu berterus-terang, bahawa empat bulan pertama dari
perkahwinannya, dia sudah buang kandungan dua bulan dari
dalam rahimnya, sebab dia belum bersedia menjadi ibu,
dalam keadaan hidupnya seperti itu. Dia bekerja di Tokyo,
sibuk dalam kampus dan kegiatan kemasyarakatan, dan
suami jauh nun di Utara, di Aomori.
( Sakura Mengorak Kelopak, halaman : 58 )
Imbas kembali ini berlaku penulis ingin menceritakan
semula tentang peristiwa yang telah terjadi pada watak
Michiko yang dahulunya Michiko telah hamil tetapi
digugurkannya disebabkan oleh dia sendiri tidak
bersedia menjadi seorang ibu dan keadaan hidupnya
yang berasingan dengan suaminya. Bagi Michiko,
mendapat anak di Tokyo begitu rumit, dia sanggup
membiayainya tetapi tidak mudah untuk menjaganya.
Teknik Saspen
Teknik suspen merupakan keadaan tegang
atau cemas dalam sesuatu peristiwa. Ia dapat
dirasakan oleh pembaca atau watak dalam
cerita yang mengalami peristiwa berkenaan.
Keadaan cemas itu telah mewujudkan pelbagai
andaian. Contohnya :
“ Dalam pakaian begini, Michiko-san?”
“Kenapa?” Michiko hairan. “ Saya selalu dalam yukuta kalau
pulang ke Aomori. Kecuali dalam musim dingin!”
“Tapi ini terlalu, Michiko-san!”
“Apa maksudmu?”
“Kenapa tidak pakaian berkabung?”
(Sakura Mengorak Kelopak, halaman : 47 )
Dialog di atas merupakan dialog antara Michiko dengan
pemandu teksi. Di sini telah wujudnya unsur saspen di
mana Michiko sendiri berasa hairan terhadap apa yang
diperkatakan oleh pemandu teksi tersebut. Apatah lagi
apabila pemandu teksi tersebut menyatakan pakaian
yang dipakai oleh Michiko itu keterlaluan dan bertanya
kepada Michiko sebab tidak memakai pakaian untuk
berkabung.
Teknik Penerangan
Teknik penerangan yang digunakan oleh pengarang adalah
untuk menerangkan kepada sesuatu perkara yang merujuk
kepada sesuatu perkara.. Penerangan ini diguanakan bagi
memudahkan pembaca mudah memahami dan mengetahui
akan sesuatu perkara. Contohnya,
Tempat ini dapat nama julukan semenjak tahun lima
puluhan dengan nama Sasaki Kyori ( Kyoori), yang dapat
diertikan dalam tiga makna, iaitu kampong kediaman
Sasaki, hati nurani Sasaki dan ajaran hidup Sasaki.
( Sakura Mengorak kelopak, halaman : 11 )
Penulis ingin menerangkan tentang nama tempat Sasaki
Kyori yang diertikan dalam tiga makna, iaitu kampung
kediaman Sasaki, hati nurani Sasaki dan ajaran hidup
Sasaki.
Menggarap Corak Penulisan dengan
Menggunakan Pelbagai Pengaruh Bahasa.
i. Pengaruh Bahasa Jepun
Bahasa Jepun telah digunakan pada permulaan bab
dalam penceritaan . Bahasa Jepun juga digunakan di
dalam novel ini sebagai sesuatu yang menunjukkan
identiti orang Jepun itu sendiri. Dalam hal ini, terdapat
beberapa contoh yang menunjukkan penggunaan
bahasa Jepun iaitu:
Begitu sederhana, memasuki sabishisa setelah Nobutake-
san melampaui suatu peringkat waboku, dan di sini
Nobutake –san tiba kepada ruang yang tidak mudah dicapai
oleh kebanyakan orang, nikat dalam kesepian dan kita
damai dengan diri kita sendiri.
( Sakura Mengorak Kelopak, halaman : 21 )
Penggunaan perkataan Subishisa dan Waboku
merupakan perkataan yang berasal daripada bahasa
Jepun. Perkataan-perkataan ini mempunyai maksud yang
tertentu. Dalam hal ini, Subishisa membawa maksud
tenang dalam kesepian menyendiri, bening atau sunyi
manakala waboku bermaksud kesimpulan yang
tenteram, kepastian fikiran untuk bertindak secara
mutlak.
ii. Pengaruh Bahasa Arab
Selain itu, bahasa Arab juga terdapat di dalam novel ini.
Bahasa Arab ini digunakan setelah Michiko memasuki
agama Islam. Contohnya :
Atan mengangguk dan berkata, “Cuba ulang ucapan
pendek dalam sujud itu, Chiko Chan”
“ Subhana Rabbil A’ala wa Bihamdih.” Michiko
mengulang tiga kali.
( Sakura Mengorak Kelopak, halaman :
167 )
SENI BAHASA
Retorik merupakan seni penulisan atau pengucapan yang berkesan iaitu, seni yang memberikan tumpuan kepada gaya, strategi, bahan dan khalayak.
Menyentuh juga hal yang berkaitan dengan cara menyampaikan pendapat, idea dan saranan atau cara menghuraikan sesuatu wahana kepada penulis untuk mempersembahkan pemikirannya, tanggapan atau perasaan dengan jelas dengan menggunakan gaya yang berkesan.
RETORIK
RETORIK PEMERIAN
Penggunaan bahasa yang berbentuk penjelasan atau huraian mengenai sesuatu idea. Dalam penulisan jenis ini, tujuan penulis adalah untuk menggambarkan sesuatu.
Misalnya penulis ingin memberikan gambaran kepada pembaca tentang sesuatu pemandangan, kejadian, benda atau seseorang watak.
Badannya kian bulat dan mukanya sudah menjadi empat segi, kepala sudah botak licin dan kakinya pengkar sudah tidak kuat berjalan jauh, matanya sudah menggunakan cermin tebal. (halaman 17)
RETORIK PENCERITAAN
Satu bentuk penyampai melalui cerita, sama ada dalam penulisan mahupun lisan. Ia juga menghubungkan beberapa siri peristiwa yang berkaitan dalam satu plot yang logik.
Sasaki Nobutake mengarahkan disediakan minuman dan makanan ringan di Pavilion Tasik untuk enam orang dan memberikannya sendiri lima nama tamu yang akan masuk menemuinya. Nobutake juga meminta disediakan makanan siang untuk enam orang di Pavilion Taman, bersama sake hangat dalam guci untuk menemani hidangan Jepun, dan wain dari anggur Jepun sendiri untuk menemani makanan Barat. (halaman 14)
RETORIK PENDEDAHAN
Tujuan retorik ini adalah untuk memberi pemahaman kepada khalayak. Sehubungan dengan itu, sesuatu topik itu perlu dihurai,disingkap dan ditunjukkan dengan jelas serta terperinci supaya khalayak memahami topik yang diperkatakan.
Kebiasaannya idea yang menggunakan retorik ini berkaitan dengan definisi, konsep, istilah, fakta, falsafah dan sebagainya.
Dalam masyarakat Jepun yang dianggap pada dasarnya masih banyak bergantung pada pertanian dengan menggunakan tanah lima setengah juta hektar, hanya tiga belas per sen rumah tangga Jepun yang terlibat dalam pertanian. Tidak sampai setengah per sen yang terlibat dalam perhutanan dan tidak sampai setengah juga yang bergantung hidup di laut sebagai nelayan. Selebihnya buruh dalam pemerintah dan dalam swasta, dan saudagar kecil dan besar. (halaman 25)
CONTOH
GAYA BAHASA
SKEMA PERULANGAN
1. POLISINDETON
Polisindeton merupakan penggunaan kata hubung yang melebihi daripada jumlah yang lazim digunakan menurut rumus tatabahasa. Ia juga digunakan bagi menunjukkan penekanan terhadap sesuatu maksud.
Perkahwinan Jahid dan Mariana akan berlangsung hujung bulan Julai, dan Pamela bersama emaknya dan Jane dengan emaknya akan kembali ke Kedah pada awal minggu keempat bersama Mariana. (halaman 1)
2. ANAFORA
Bermaksud sejenis gaya bahasa pengulangan, iaitu pengulangan perkataan pertama pada setiap baris atau pada setiap ayat yang biasanya secara berturutan supaya memperoleh kesan tertentu.
Generasi baru Barat sudah hilang haluan. Generasi baru Asia belum menemukan titik tolak untuk menentukan haluan masa depannya. (halaman 16)
3. PARALELISME
Sebagai kesamaan struktur atau pasangan atau siri kata-kata,frasa-frasa atau klausa-klausa yang berhubungan. Gaya ini mensejajarkan beberapa ayat yang berpola sama.
Buah kaki (persimmom) atau pisang kaki, buah nashi (pear) dan buah samak, sedang membesarkan putik masing-masing, dengan makanan dari akar dan zat matahari dari daun, untuk matang dan dipetik bulan September. (halaman 39)
4. EPISTROP
Bermaksud sejenis perulangan kata-kata yang sama atau kumpulan yang sama pada akhir klausa yang berturutan. Pengulangan ini memberikan rima pada ayat dan memberikan penekanan khusus pada elemen yang diulang.
“Kau tidak perlu malu. Keluarga kita tidak malu. Mereka yang malu” (halaman 56)
SKEMA PENGGUGURAN
Tujuan penggunaan skema ini untuk memberi kesan keunikan dan kepelbagaian gaya bahasa.
ASINDETON
Merujuk kepada pengguguran kata hubung antara siri-siri klausa yang berhubungan.
Perempuan itu mengandung, lalu pergi ke laut, berdua bunuh diri. (halaman 44)
MAJAZ PERTAUTAN
Memindahkan perkataan hakiki kepada bukan hakiki dan dapat difahami dengan adanya hubungan dan petunjuk.
DESFEMISME
Merujuk kepada kata-kata kasar untuk tujuan tertentu
“Kau orang tidak tahu adat!” Dan suara kasar itu memeranjatkan yang lain. “kau orang tahu, hanya Harumi-san yang mengerti apa itu perang. Sekarang dia sudah mati. “Saya tahu kau orang semua menghina aku, sebab menantuku hidup dengan perempuan lain, dan bunuh diri di laut! Tapi salah keluargakukah itu? Salah anak perempuankukah itu. Semua biadap!” (halaman 42)
MAJAZ PERBANDINGAN
1. SIMILE
bermaksud mengungkapkan sesuatu perbandingan atau persamaan dengan menggunakan kata seperti, ibarat, laksana, bagai, umpama, bak, dan sebagainya
Pengakuan ayahnya seperti pohon besar tempat bernaung dari panas terik matahari, tenang dan teduh. (halaman 56)
2. PERSONAFIKASI
merupakan sejenis gaya perbandingan iaitu penginsanan atau pemberian ciri-ciri peribadi atau sifat-sifat manusia kepada sesuatu benda, binatang, tumbuh-tumbuhan, keadaan, peristiwa, objek atau idea.
Tokyo bukan sahaja melahirkan manusia, tapi juga telah mencipta watak yang menyimpang dari Jepun.(halaman 28)
MAJAZ PERTENTANGAN
Bentuk bahasa yang mengemukakan makna yang bertentangan dengan makna sebenarnya.
HIPERBOLA
Perbandingan yang melampau.
Rasa simpati itu menebuk benteng hati Michiko, dan dari lubang itu mengalir dan membuak keluar rasa sedih dan marah yang terbendung, menjadi tangis yang mencurah terus-menerus hingga kering empangannya dalam kolam sukma. (halaman 56-57)
KESIMPULAN
Arena Wati ialah seorang sasterawan yang berjiwa besar dan seorang intelektual. Naratifnya sentiasa diilhami oleh mata hati serta kalbunya yang luhur dan jujur.
Tenaga kepengarangan dan kreatifnya begitu perkasa dalam membisikkan pemikiran inteleknya menerusi pelbagai genre sastera.
Menerusi novel Sakura Mengorak Kelopak ini, Arena wati dengan jayanya mendedahkan stratifikasi masyarakat serta budaya orang-orang Jepun.
Penulis amat bijak mengambil latar belakang bangsa Jepun untuk menceritakan perjuangan sesuatu bangsa, yang sudah tentu amat relevan dengan bangsa Melayu yang masih tenggelam punca, mencari arah tuju dan mencari jati diri.
top related