sabak bernam, selangor (tarikan pelancongan)
Post on 10-Jun-2015
4.843 Views
Preview:
TRANSCRIPT
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
PENGENALAN:
SEJARAH SELANGOR1-2
MAKNA :
BENDERA
JATA / LAMBANG
PETA NEGERI SELANGOR 3-5
TEMPAT MENARIK DI SELANGOR 6-21STATISTIK:
TABURAN BANGSA (PBT)
UJURAN PENDUDUK (JANTINA)
(WARGANEGARA)
PERATUSAN PENDUDUK (PBT)
22-25
BUKIT MELAWATI 26-30
KESIMPULAN31
PELANCONGAN MALAYSIA H1006SELANGOR DARUL EHSAN
0
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH
SEJARAH SELANGOR
Pada abad ke-15, Selangor terletak di bawah pemerintahan Melaka. Selepas
kejatuhan Melaka, ia menjadi rebutan di antara penjajah Portugis, Johor, Aceh dan Siam.
Selepas Belanda menewaskan Portugis di Melaka, mereka membawa masuk askar
upahan Bugis dari Sulawesi. Ini menyebabkan kaum Minangkabau yang lebih dulu (100
tahun awal) datang dari Sumatra terpaksa berpindah.
Pada kurun ke-19, kemajuan ekonomi akibat perlombongan bijih timah dan
penanaman pokok getah menarik ramai pendatang China. Kaum Cina ini membentuk
kongsi gelap dan berpakat dengan pembesar-pembesar Selangor merebut kekayaan ini.
Suasana kucar-kacir serta Perang Kelang ini memberi peluang kepada British untuk
memaksa Sultan Selangor menerima seorang Residen British di Klang pada 1874. Taktik
ini berkesan apabila British berjaya mengawal keadaan dan Selangor kembali makmur.
Pada 1896, Residen Frank Swettenham bertanggungjawab menyatukan Selangor
dengan Negeri Sembilan, Perak dan Pahang untuk membentuk Negeri-negeri Melayu
Bersekutu dengan ibu negeri Selangor, Kuala Lumpur sebagai pusatnya.
Negeri-negeri Bersekutu ini menjadi Persekutuan Malaya pada 1948 dan
seterusnya Persekutuan Malaysia pada 1963. Pada 1974, Selangor melepaskan Kuala
Lumpur kepada kerajaan persekutuan untuk dijadikan ibu negara. Ini terjadi semula pada
Putrajaya pada 1995.
PELANCONGAN MALAYSIA H1006SELANGOR DARUL EHSAN
1
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH
Kini, Selangor seluas 7,956 km persegi dan mempunyai penduduk yang paling
banyak di Malaysia. Pada 2005, Menteri Besar Selangor mengumumkan status negeri
maju terhadap Negeri Selangor Darul Ehsan.
PELANCONGAN MALAYSIA H1006SELANGOR DARUL EHSAN
2
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH
MAKNA BENDERA NEGERI SELANGOR
Bendera Negeri Selangor telah direkabentuk semasa Sultan Selangor yang keempat,
Sultan Abdul Samad (1859-1898). Satu per empat bahagian bendera terdiri daripada
warna kuning dan merah, manakala logo Negeri Selangor dan bintang memberi erti
negeri Islam dan lima pegangan utama. Kuning juga adalah melambangkan
warna DiRaja.Merah pula bermaksud keberaniaan rakyat di Selangor. Lima bucu
bintang membawa erti mengucap dua kalimah syahadat, solat lima waktu sehari
semalam, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan ramadan dan mengerjakan haji di
Baitullah.
PELANCONGAN MALAYSIA H1006SELANGOR DARUL EHSAN
3
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH
MOTO NEGERI SELANGOR
" Selangor Dipelihara Allah "
MAKSUD LAMBANG NEGERI SELANGOR
The emblem of Selangor again echoes these themes. It consists of an upright spear
standing in the centre, flanked by two keris. These represent the state regalia. Around
these is entwined the Jawi (Arabic) inscription spelling the word "Selangor" in the yellow
colour of royalty. Underneath this stylised entwining script is the motto in red Jawi script,
"Dipelihara Allah" - In God's Protection.
The yellow star and crescent again depict the state religion of Islam and the five Pillar of
Faith. Below this is the sash or "tali bengkung" as worn by the Malay warriors of yore.
PELANCONGAN MALAYSIA H1006SELANGOR DARUL EHSAN
4
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH
PETA NEGERI SELANGOR
PELANCONGAN MALAYSIA H1006SELANGOR DARUL EHSAN
5
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH
BUKIT MELAWATI
Berdasarkan sejarah, Kuala Selangor telah wujud seawal abad ke 16 lagi.
Kawasan lain seperi Jeram, 10 meter dari Permatang di sebelah bertentangan Sungai
Selangor juga telah wujud . Kawasan-kawasan ini adalah di bawah pemerintahan
Empayar Melaka dan selepas itu pula di bawah pentadbiran Empayar Johor.
Sejarah kubu ini bermula semasa kejatuhan Syarikat India Timur Belanda selepas
perang ke-4 Belanda-Inggeris (1780-1784). Apabila pengaruh Belanda sudah hilang,
Selangor telah kembali diperintah oleh Johor dan Riau telah menyerang Melaka yang
juga di bawah pemerintahan Belanda tetapi gagal. Belanda kemudian menyerang
Selangor dan menawan Kuala Selangor pada Julai 1784.
Semasa serangan, Kubu Melawati telah musnah tetapi dibina kembali dan diberi
nama sebagai Kubu Altingsburg mengambil nama Jenderal Gabenor Belanda.Setahun
selepas itu, iaitu pada 28 Jun 1785, Sultan Ibrahim dengan pertolongan abangnya, Dato’
Penggawa Permatang Mahabijaya (Penggawa Tua) dan Bendahara Abdul Majid dari
Pahang menewaskan Belanda dalam satu serangan pada waktu malam. Serangan yang
PELANCONGAN MALAYSIA H1006SELANGOR DARUL EHSAN
6
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH
bermula selepas waktu Isyak itu telah berjaya menyelamatkan Bukit Melawati sebelum
matahari terbit..Sejak dari hari itu, sehinggalah British mengambil alih kuasa pada tahun
1874, kota ini telah menjadi saksi kepada banyak peristiwa perang.
Panduan ke lokasi :
Dari Klang, ambil bas ke Kuala Selangor yang ada setiap 20 minit dengan
tambang RM2 sementara dari Stesen Bad Puduraya Kuala Lumpur, perjalanan dengan
bas akan mengambil masa satu jam dengan tambang RM4.90. Ambil teksi dari Kuala
Selangor untuk ke lokasi.
PELANCONGAN MALAYSIA H1006SELANGOR DARUL EHSAN
7
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH
ZOO NEGARA
Harga Tiket :-
Kanak-kanak dan Warga Emas - RM 6
Kombo Keluarga (2 dewasa, 2 kanak-kanak) - RM 40
Pelajar Sekolah beruniform - RM 4
Bagi setiap pelajar yang melawat zoo, 1 guru hanya membayar RM 6
(2 tiket dewasa percuma jika kunjungan pelajar melebihi 20 orang)
Waktu Pembukaan :-
Hari Biasa - 9 pagi - 5 petang
Sabtu, Ahad dan cuti umum - 9 pagi - 10.30 malam
PELANCONGAN MALAYSIA H1006SELANGOR DARUL EHSAN
8
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH
Pertunjukan :-
Aneka Haiwan - 11 pagi dan 3 petang (Jumaat 3.30 petang)
Haiwan Malam - 8.30 malam
Pengenalan Zoo Negara
Zoo negara merupakan zoo pertama di Malaysia dan telah mula beroperasi pada tahun
1963. Ia dimiliki dan dikendalikan oleh Persatuan Zoologikal Malaysia. ia memiliki
pelbagai koleksi binatang dari seluruh pelusuk dunia. Selain daripada mempamerkan
pelbagai jenis binatang, pihak zoo turut memberi fokus kepada empat (4) bidang utama
yang lain iaitu :- Pemuliharaan, pendidikan, kajian dan rekreasi. Zoo negara juga
merupakan sumber penting kepada semua pelawat dari dalam dan luar negara.
Zoo negara terletak di Hulu Kelang lebih kurang 13Km dari Kuala Lumpur. Ia
menempatkan sebanyak 4,000 jenis binatang dari 400 spesis merangkumi spesis burung,
ikan, mamalia dan reptilia. Zoo negara biasanya menjadi tumpuan ramai pada hujung
minggu dan ketika cuti umum. Selain daripada dapat menyaksikan pelbagai jenis
binatang dan juga persembahan orang utan dan singa laut, kanak-kanak juga berpeluang
untuk mencuba pengalaman menunggang kuda, unta dan gajah.
PELANCONGAN MALAYSIA H1006SELANGOR DARUL EHSAN
9
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH
Ruang riadah yang luas di sekitar tasik juga amat sesuai untuk akitiviti riadah
bersama keluarga. Antara kemudahan lain yang terdapat di kawasan dengan keluasan
sebanyak 25 hektar ini ialah restoran-restoran dan perkhidmatan menaiki kereta api mini.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi - 603-4108 3422
Atau layari laman web Zoo Negara Malaysia - http://www.zoonegara.org.my
PELANCONGAN MALAYSIA H1006SELANGOR DARUL EHSAN
10
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH
BATU CAVES
Batu Caves merupakan salah satu destinasi pelancongan paling popular di
Malaysia terutama ketika sambutan festival Thaipusam. Festival ini berjaya menarik
minat seramai 800,000 penganut dan penonton di mana tarikan utama ialah untuk
menyaksikan para penganut Hindu membawa Kavadi, sejenis besi yang dicucuk pada
badan mereka.
Bertempat hampir 100m di atas tanah, Batu Caves sebenarnya terdiri daripada 3
gua utama dan beberapa gua kecil lain. Gua terbesar merujuk kepada Gua Kuil di mana
silingnya mencecah sehingga 100 m tinggi. Untuk sampai ke kuil, para pengunjung
hendaklah menaiki tangga yang terdiri daripada 272 anak tangga.
Di bawah Gua Kuil ialah Gua Gelap yang terdapat panorama batu yang sangat
menakjubkan serta beberapa jenis binatang yang tidak terdapat di tempat lain.Stalagtit
pada siling gua dan stalagmit dari lantai gua kelihatan seperti langsir pada gua.
PELANCONGAN MALAYSIA H1006SELANGOR DARUL EHSAN
11
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH
Pembentukan batu-batu dan mutiara gua mengambil masa sehingga beribu-ribu tahun
untuk terbentuk. Persatuan Alam Semulajadi Malaysia selalu menganjurkan program
pendidikan dan lawatan ke Gua Gelap.
Satu lagi gua utama ialah Guar Galeri Seni yang terletak di bawah anak tangga
gua. Tugu dan lukisan dinding mengenai agama Hindu dan mitologi dipaparkan di sini.
Perjalanan masuk ke sini memberi pengalaman menarik kepada pengunjung dengan
melalui tasik dan kolam yang menarik.
PELANCONGAN MALAYSIA H1006SELANGOR DARUL EHSAN
12
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH
MORIB BEACH
Keterangan Lokasi: Pantai Morib merupakan persisiran pantai terdekat dengan Lembah
Klang dan telah dijadikan sebagai antara lokasi percutian utama. Kawasan pesisir pantai
yang luas menjadikannya tempat tumpuan kebanyakkan keluarga untuk beriadah. Antara
tarikan lain yang ada di sini ialah zoo mini, tempat pemuliharaan burung-burung serta
kawasan latihan golf. Gerai-gerai makanan juga banyak terdapat di sini sebagai
kemudahan kepada para pengunjung.
Alamat Lokasi : Hotel Sri Morib,
Jalan Banting-Sepang,
40000 Morib,
Selangor, Malaysia.
Tel : (603) - 858 1732
Fax: (603) - 858 1125
Waktu Operasi :
Dibuka setiap hari
PELANCONGAN MALAYSIA H1006SELANGOR DARUL EHSAN
13
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH
BAGAN LALANG BEACHKeterangan Lokasi: Pantai Bagan Lalang dibangunkan sebagai kawasan
tumpuan pelancong utama di Daerah Sepang memandangkan lokasinya berada
berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang.
Alamilah suasana sunyi dan tenang pantai ini bersama rakan-rakan dan keluarga
anda. Hotel dan beberapa chalet dengan harga yang berpatutan turut disediakan bagi para
pengunjung yang berhasrat untuk menginap di sini.
Pantai Bagan Lalang sangat terkenal dengan ikan bakar dan barbeku. Restoran
yang menghidangkan pelbagai hidangan ikan dan makanan laut lain ini di buka sehingga
larut malam bagi memenuhi permintaan para pengunjung dan pelancong yang semakin
meningkat.
Alamat Lokasi : Pejabat Daerah Sepang,
Bangunan Tun Aziz,
PELANCONGAN MALAYSIA H1006SELANGOR DARUL EHSAN
14
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH
KELIP-KELIP KAMPUNG KUANTANSaksikanlah keajaiban ciptaan semula jadi di Kampung Kuantan, sebuah kampung
agri-kultur terletak 9 km dari Bandar Kuala Selangor. Kampung ini sangat terkenal
dengan kewujudan kelip-kelip yang bercahaya terutama pada waktu malam, yang boleh
anda saksikan apabila menaiki bot atau sampan untuk menyusuri sungai. Di sini anda
akan menemui jawapan kepada misteri alam di mana terdapat banyak lokasi hinggapan
kelip-kelip di sini. Dikatakan terdapat dua tempat di dunia ini yang mempunyai keajaiban
misteri kunang-kunang dan salah satunya ialah Kampung Kuantan.
Pada hari ini, Kampung Kuantan sangat tekenal kepada pelancong tempatan dan
antarabangsa kerana keunikan warisannya iaitu kelip-kelip yang berkelip-kelip hinggap
pada spesis pokok bakau, yang dipanggil pokok berembang. Pokok Berembang atau
nama spesifiknya ‘Sonneratia Caselaris’ ialah sejenis pokok bakau yang hidup liar di
sepanjang tebing Sungai Selangor. Pokok ini memerlukan persekitaran lembap dan
berpaya untuk hidup. Pokok Berembang merupakan faktor penting kepada kewujudan
kelip-kelip ini kerana ia memberi sumber makanan kepada mereka. Kelip-kelip akan
menyedut cecair daun pokok berembang untuk dijadikan makanan.
PELANCONGAN MALAYSIA H1006SELANGOR DARUL EHSAN
15
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH
Panduan ke lokasi :
Dari Klang, ambil bas yang ada setiap 20 minit ke Kuala Selangor dengan tambang RM2
sahaja sementara dari Stesen Bas Puduraya, Kuala Lumpur, perjalanan menaiki bas akan
mengambil masa selama sejam dengan tambang RM 4.90. Ambil teksi dari Kuala
Selangor untuk ke lokasi.
PELANCONGAN MALAYSIA H1006SELANGOR DARUL EHSAN
16
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH
MUZIUM SULTAN ALAM SHAH, SHAH ALAM
Warisan dan artifak negeri akan hilang sekiranya tidak diberi penjagaan secara
rapi. Menyedari situasi ini, Kerajaan Negeri telah menubuhkan Lembaga Muzium
Selangor sebagai lembaga yang bertanggungjawab dalam hal ini. Muzium Alam
Shah terletak di tengah Pusat Bandar Selangor dan telah dibuka secara rasmi pada 2
september 1989. Pembukaan muzium ini telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Salahudin
Abdul Aziz Shah Alhaj, Sultan Selangor ketika itu. Nama Muzium ini diambil sempena
nama Sultan Selangor yang ke-7 iaitu Sultan Hishamudin Alam Shah Alhaj. Terdapat
sebanyak enam dewan pameran yang mempamerkan pelbagai koleksi dan artifak yang
berkaitan dengan sejarah, budaya dan warisan semula jadi negeri Selangor.
Bagi tujuan merekod pelbagai peristiwa sejarah Negeri Selangor, Muzium Sultan
Alam Shah telah memperuntukkan satu tempat istimewa yang dipanggil Balai Sejarah.
Ianya dibahagi kepada banyak bahagian bermula dari permulaan peradaban manusia di
Selangor diikuti dengan evolusi pelbagai era seperti Portugis, Belanda, Inggeris, tempoh
darurat, pemerintahan Jepun sehinggalah negara mencapai kemerdekaan. Persoalan asas
mengenai Selangor turut dipaparkan di Balai Sejarah. Antaranya termasuklah berkenaan
bendera negeri, peta, lambang, lagu, dan tokoh negeri Selangor seperi Leftenan Adnan
dan ramai lagi.
PELANCONGAN MALAYSIA H1006SELANGOR DARUL EHSAN
17
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH
Waktu operasi :
Monday : Tutup
Selasa - Khamis : 9:30 pagi - 5:30 petang
Jumaat : 9:30 pagi- 12:00 tengah hari &
2:45 petang - 5:30 petang
Sabtu, Ahad dan
cuti umum : 9:30am - 5:30pm
PELANCONGAN MALAYSIA H1006SELANGOR DARUL EHSAN
18
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH
MASJID SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
Lebih dikenali sebagai "Masjid Biru" (Blue Mosque), Masjid Sultan Salahuddin
Abdul Aziz Shah merupakan salah satu masjid terbesar di Asia Tenggara, dengan kapasiti
muatan seramai 24,000 jemaah pada satu-satu masa. Masjid ini mempunyai antara
menara dan kubah tertinggi dunia. Strukur pembinaan tiga peringkat menggabungkan
elemen seni bina Islam dan Melayu. Dewan solat utama yang keseluruhannya berkapet
dan berhawa dingin merupakan salah satu dewan solat terbesar di dunia yang meliputi
dua paras dimana galeri teratas dijadikan sebagai dewan solat wanita. Tingkat kedua
merupakan galeri manakala tingkat bawah menempatkan pejabat pentadbiran, bilik
seminar, perpustakaan, penyambut tetamu dan bilik kelas. Kubah biru dan perak dengan
diameter 51.2m dan ketinggian 106.7 m kelihatan sangat cantik dan merupakan kubah
masjid tertinggi di dunia.
PELANCONGAN MALAYSIA H1006SELANGOR DARUL EHSAN
19
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH
Kubah masjid ini dihiasi dengan empat menara setinggi 142.2 m menjadikannya
sebagai yang tertinggi di dunia seumpanyanya. Untuk kawasan dalaman masjid pula,
perhatian rapi diberi ke atas perhiasan menggunakan tulisan khat (Kaligrafi Arab) pada
lengkungan dalam kubah dan juga pada dinding Dewan Solat utama. Kaligrafi ini
dihasilkan oleh pelukis kaligrafi Arab terkenal iaitu Shiekh Abdel Moneim Mohamed Ali
El Sharkawi dibantu oleh bebrapa pereka tempatan yang lain.
Ukiran kayu mimbar masjid pula dihasilkan oleh pakar ukir dari Kelantan yang
juga telah banyak menghasilkan corak ukiran di kebanyakkan masjid lain di negara ini.
Kekisi aluminium merupakan satu lagi ciri-ciri yang dapat dilihat pada dinding,
pintu keluar masuk dan tingkap masjid. Pada lapisan akhir, ia dilengkapkan dengan kaca
berwarna lembut bagi membenarkan kemasukan cahaya. Ini ditonjolkan lagi dengan
siling tinggi yang dibarisi dengan kayu segitiga dari jenis balau merah dan kayu ramin
yang dibuat mengikut gaya 'criss-cross'.
Panduan ke lokasi :
Dari Stesetn Bas Klang, Kuala Lumpur, Ambil bas Park May no. 222 atau Bas
Intrakota no. 338 (Tambang kedua-duanya ialah RM2) dan berhenti di Komplek PKNS.
Dari sini ambil teksi untuk ke lokasi.
Selain itu boleh juga menaiki KTM Komuter dan berhenti di Stesen Shah Alam. Dari
stesen komuter Shah Alam ambil teksi atau bas mini untuk ke Komplek PKNS.
PELANCONGAN MALAYSIA H1006SELANGOR DARUL EHSAN
20
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH
PELANCONGAN MALAYSIA H1006SELANGOR DARUL EHSAN
21
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH
STATISTIK PENDUDUK SELANGOR
31/JUL/2006
PELANCONGAN MALAYSIA H1006SELANGOR DARUL EHSAN
22
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH
1/OGOS/2006
PELANCONGAN MALAYSIA H1006SELANGOR DARUL EHSAN
23
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH
1/OGOS/2006
PELANCONGAN MALAYSIA H1006SELANGOR DARUL EHSAN
24
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH
1/OGOS/2006
PELANCONGAN MALAYSIA H1006SELANGOR DARUL EHSAN
25
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH
BUKIT MELAWATI
Pemilihan lawatan satu hari kami adalah di Bukit Melawati di Daerah kuala
selangor. Berdasarkan catitan sejarah, Kuala Selangor telah mempunyai penempatan
kediaman sejak awal kurun Masihi ke 16 lagi. Kawasan seperti Jeram, 10 batu ke
Permatang, seberang Sungai Selangor juga telah wujud. Tempat-tempat ini adalah
dibawah takluk Empayar Melaka dan seterusnya di bawah Empayar Johor. Namun pada
akhir kurun ke 17M orang-orang bugis telah menguasai tempat-tempat ini. Pada tahun
1857, pembesar-pembesar dan penduduknya serta pembesar Klang telah bersatu dan
seteusnya telah menubuhkan sebuah kerajaan di Negeri selangor. Raja Lumu (anak Raja
Bugis) telah dilantik menjadi Raja Selagor yang pertaman.
Sejak itu, Kuala Selangor telah menjadi pusat pemerintahan Negeri Selangor
sehingga tahun 1857. Kemudian pemerintahan telah berpindah ke Jugra seterusnya ke
Klang. Namun begitu, Kuala Selangor terus memainkan peranan penting dalam sejarah
negeri Selangor dimana daerah ini telah beberapa kali menjadi medan pertempuran yang
melibatkan pihak Belanda dan seterusnya pihak Inggeris. Mengikut sejarah Bukit
Melawati ini pernah ditakluki oleh Belanda dari tangan Sultan Ibrahin (Julai 1784).
Setahun kemudian pada 28 Januari 1785, Sultan Ibrhim dengan bantuan adindanya Dato’
Pengawa Permatang Mahabijaya (Pengawa Tua) dan Bendahara Abd. Majid Pahang,
PELANCONGAN MALAYSIA H1006SELANGOR DARUL EHSAN
26
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH
telah menghalau Belanda dalam tempoh 1 malamm sahaja. Serangan yang bermula
selepas waktu isyak itu telah berjaya menawan bukit ini sebelum fajar subuh menyising.
Aktiviti:
Jam 9.30am
Tangga Seratus:Kami mendaki Bukit Melawati ini dengan mengunakan
tangga seratus ini dari pekan Kuala Selangor. Jika kita menuruni tangga seratus ini hingga ke hujungnya, kita akan menemui tempat yang dikenali Pengkalan Batu Buruk.
Jam 9.50am
Perigi Beracun:Airnya berisi racun, hasil ramuan beberapa jenis getah dan
miang rebung. Airnya diisi hingga e paras dagu pada para pendehaka sajaha. Dijadikan tempat penyeksaan kepada pendehaka. Berhadapan dengan Muzium Kuala Selangor.
Jam 10.10am
Tempat Melihat Anak Bulan:Bangunan ringakas berkisi-kisi ini dibina khas bagi melihat anak bulan untuk menetapkan tarikh permulaan berpuasa di bulan Ramadhan, Hari Raya Syawal, dan Hari Raya haji.
PELANCONGAN MALAYSIA H1006SELANGOR DARUL EHSAN
27
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH
Jam 11.00am
Busut Malawati:Terletak kira-kira 80 ela di hadapan pintu kota. Terdapat
pohon sena yag kini telah berumur 200 tahun. Kemuncaknya rata kira-kira 20 kaki persegi membolehkan sultan bersemayam untuk berehat dan menyaksikan ayam bersabung.
Jam 11.25am
Batu Hampar:Terletak di tengah-tengah pintu masuk Kota Melawati, di
atasnya satu busut besar kira-kira 5 x 5 x 11/2 kaki. Lagendanya: tempat memancung kepala penderhaka- satu riwayat di batu ini: seorang gadis istana yang berzina telah dipenggal kepala dan darahnya telah disiram dikeliling istana
Jam 11.55am
Makam Anak Dara:Lagendanya: Gadis warak yang dipaksa, pada hari
perkhawinannya beliau menghilangkan diri ketika mengambil air sembahyang di sungai Selangor. Orang tuanya bermimpi, anak dara melarang mereka mencarinya kerana beliau telah mendapat suatu tempat yang tenteram di sebuah pulau. Ibu bapanya hanya menjumpai baju anaknya yang tersangkut di sebatang pokok lalu
sebuah makam didirikan.
PELANCONGAN MALAYSIA H1006SELANGOR DARUL EHSAN
28
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH
Jam 12.25pmMakam Diraja:
Makam Diraja Selangor terdiri daripada 3 makam iaitu1. Sultan Salahuddin (1742-1778)2. Sultan Ibrahim (1778-1826)3. Sultan Mahmud (1826-1857)
Jam 12.55
Meraiam Penggawa:Meriam ini sentiasa dibalut dengan kain kuning. Terletak
didalam makam 3 orang Sultan Selangor. Ditemui di pinggir Sungai Buluh, 12km ke selatan Kuala Selangor pada 23 September 1966. Nama asalnya PETOI BOGA atau PUTERI PUTIH.
Jam 1.30pmTelaga Tujuh:
Asalnya telaga yang mempunyai 7 punca mata air yang tidk pernah kering walaupun pada musim kemarau, tetapi kini hanya terdapat beberapa buah sahaja- yang lain telah terkambus. Ada yang mengunakan air telaga ini untuk membayar niat.
PELANCONGAN MALAYSIA H1006SELANGOR DARUL EHSAN
29
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH
Kesimpulan disini
adalah Negeri Selangor
tidak kurang hebatnya dalam
industri pelancongan di Malaysia secara
PELANCONGAN MALAYSIA H1006SELANGOR DARUL EHSAN
30
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH
amnya. Negeri Selangor Ynag sudah cukup banyak tempat Manarik yang boleh menarik
lebih ramai pelancong datang untuk melancong ke Selangor secara khasnya, serta
Malaysia secara amnya.
Walaupun, Selangor dikategorikan sebagai “Urban” ataupun bandar taapi tempat
tarikannya tidak tertumpu pada pusat bandar malah di luar bandar seperti di Kampung
Kuantan di Kuala Selangor Ataupun di Bukit Malawati.
Secara amnya Selangor berpotensi untuk memajukan industri pelancongan di
Malaysia secara khususu nya di mata dunia.
PELANCONGAN MALAYSIA H1006SELANGOR DARUL EHSAN
31
top related