rumah tradisional melaka
Post on 03-Jul-2015
1.453 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Rumah Melayu Melaka, Ciri-ciri, Pengaruh serta Kesannya terhadap Senibina Masakini
(i)
ABSTRAK PROJEK PELAJAR
(Students' Projects)
Nama
K/P Persekutuan
K/P ITM
Ali Nordin Bin Yaakub.
6 8 9 0 4 9 3
9 1 0 0 6 2 4 4 40450 Sh*h Ataw • Selaagor D.i-1 O —
Tajuk Kajian Rumah Melayu Melaka, Ciri-ciri
Pengaruh serta Kesannya terha-
dap Senibina Masakini.
Kajian ini menitikberatkan tentang pengaruh Seni-
bina Rumah Melayu Melaka terhadap senibina masaki-
ni. Iaitu konsep-konsep yang telah digunakan di
dalam rekabentuk bangunan masakini seperti bahan
binaan, elemen struktur, dekorasi permukaan,pengu-
naan bangunan tersebut serta fungsinya.
Pada -awalan kajian ini penulis mendahuluinya
dengan pengenalan sejarah Negeri Melaka. Diikuti
pula dengan Senibina Rumah Melayu Melaka di Zaman
Kesultanan Melayu Melaka. Ianya menceritakan
tentang kegemilangan Senibina di waktu pemerinta-
han Sultan Mansor Shah. Iaitu Senibina Istana yang
diilhamkan oleh Sultan Mansor Shah sendiri.
(ii)
Pengenalan serta konsep Senibina Rumah Melayu
Melaka dihuraikan secara terperinci. Ianya melipu-
ti pelan, susunatur serta rekabentuk Rumah Melayu
Melaka. Kaitan di antara ruang-ruang juga dihurai-
kan seperti Ruang Ibu, Ruang Tengah serta Ruang
Dapur.
Untuk memahami dengan lebih terperinci lagi menge-
nai Rumah Melayu Melaka penulis telah menghuraikan
mengenai struktur bangunan seperti tangga, pintu,
tingkap, ragam hias serta bumbung. Komponen bangu-
nan, konsep serta fungsi ruang turut dihuraikan.
Beberapa kes kajian mengenai Rumah Melayii Melaka
yang masih berdiri megah dapat memberi pemahaman
yang lebih.
Untuk melihat sejauh manakah pengaruh senibina
rumah Melayu Melaka ini penulis telah menjalankan
beberapa kes kajian terhadap bangunan-bangunan
yang dibiha pada masakini yang menggunakan konsep
Senibina Rumah Melayu Melaka . Ianya termasuklah
bangunan-bangunan Muzium Budaya Negeri Melaka,
Muzium Budaya Daerah A l o r G a j a h , Majlis Perbanda-
ran Melaka serta beberapa bangunan lagi yang
dianggap bersangkutan.
(iii)
Penganalisaan telah dibuat dari segi konsep yang
digunakan di dalam rekabentuknya. Kritikan serta
cadangan telah diberikan terhadap konsep senibina
bangunan tersebut.
Pada akhiran kajian, penulis cuba mencari satu
penyelesaian berkenaan dengan Senibina Tradisional
Melayu yang telah dilupakan. Beberapa cadangan
serta nasihat telah diberikan di dalam memperta-
hankan Warisan Budaya yang begitu tinggi nilainya
terutama kepada penulis-penulis yang ingin membuat
kajian yang serupa agar hasil penulisan mereka
memberi manafaat kepada semua.
Nama Penasihat En. Amran b. Abd. Rahman
Tandatangan
Tarikh Mei 1992.
(iv)
ISI KANDUNGAN MDKA SURAT
Tajuk Kajian i
Abstrak ii
Penghargaan v
Pesada Kata vii
BAB SATU
•1.01 Pengenalan Seni Dan Senibina 1
1.02 Sinopsis Kajian 7
BAB DUA
2.01 Melaka Sepintas Lalu 13
BAB TIGA
3.01 Senibina Melayu Melaka Di 18
Zamaa Kesultanan
BAB EMPAT
4.01 Senibina Rumah Melayu Melaka 25
4.02 Pelan, susunatur "dan Reka 28
bentuk Rumah Melayu Melaka
4.03 Rumah Melayu Melaka Dari Segi 39
Ruang
a. Ruang Ibu
b. Ruang Tengah
c. Ruang Dapur
4 . 0 4 Struktur Bangunan 5 4
a. Tangga
b. Pintu
c. Tingkap
d. Ragam Hias
e. Bumbung
4 . 0 5 Komponen Bangunan 8 9
4 . 0 6 Konsep Dan F.ungsi Ruang 9 6
BAB LIMA
5 . 0 1 Pengaruh Senibina Rumah 1 0 0
Melayu Melaka Terhadap
Senibina Masakini.
5 . 0 2 a. Contoh-contoh bangunan 1 0 2
yang dipengaruhi oleh
Senibina Rumah Melayu
Melaka dari segi reka-
bentuknya.
b. Keterangan bergambar.
BAB ENAM
6 . 0 1 Kesimpulan kajian ' 1 2 4
6 . 0 2 Pandangan, kritikan, serta 1 2 6
cadangan yang dapat di
ketengahkan.
6 . 0 3 Nasihat kepada penulis 1 3 3
yang ingin menulis kajian
yang hampir serupa.
BIBLIOGRAFI 135
PENDAHDLDAN
PENGHARGAAN.
Assalamualaikum.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan berbanyak-
banyak terima kasih kepada penasihat saya, En.
Amran Abd. Rahman di atas bimbingan serta tunjuk
ajarnya sehingga kajian ini dapat dijalankan
dengan baik dari awal hingga akhir.
Tidak ketinggalan juga terima kasih saya kepada
mereka yang telah banyak membantu saya samada
orang-orang perseorangan maupun badan-badan berka-
nun sepertjLJaerikut :
a. Kakitangan Perpustakaan Hang Tuah Negeri
Melaka
b. Kakitangan Mini Malaysia, Air Keroh, Melaka
yang telah memberikan kerjasama dan keteran-
gan yang diperlukan.
c. Kakitangan Muzium Negara Malaysia yang telah
memberikan kebenaran dan sebagai tempat
membuat rujukan.
d. Kakitangan Muzium Budaya, Melaka o
e. Kakitangan Muzium Budaya, Daerah Alor Gajah.
f. Penduduk Kampung Paya Datuk, Kampung Melekek,
Kampung Pengeling, Kampung Pulau Sebang, . (v)
Kampung Ganun dan lain-lain lagi.
g. Puan Jamaliah Bte Othman serta anaknya Cik
Anita Bte Seman di atas kesudiannya menum-
pangkan kami untuk beberapa hari.
h. Seterusnya kepada mereka yang terlibat secara
langsung ataupun tidak terhadap kajian ini.
i. Tidak ketinggalan juga kepada saudara Mohd
Hanafi Othman di atas segala maklumat yang di
beri. Penghargaan juga buat kedua ibubapa
saya serta isteri yang memberi dorongan di
dalam menjayakan kajian saya ini.
Semuga Allah membalas segala jasa-jasa mereka.
Sekian Wassalam.
(vi)
PESADA KATA
Untuk memenuhi syarat menamatkan kursus Diploma
Senibina, setiap penuntut adalah diwajibkan untuk
menyiapkan satu kajian ilmiah yang berkaitan
dengan kursus yang diambil oleh penuntut tersebut.
Kajian ini juga adalah untuk memenuhi kehendak
matapelajar Sejarah Senibina kertas ARC 471.
Sehubungan dengan itu saya telah memilih tajuk
yang berkaitan dengan Senibina Rumah Tradisional
Melayu Melaka sebagai bahan kajian saya memandang-
kan ianya adalah merupakan. lambang keperibadian
bangsa Melayu dan budaya yang tinggi nilainya.
Pada asasnya kajian ini merangkumi bidang-bidang
seperti pesejarahan Negeri Melaka serta senibina-
nya.
Tujuan kajian ini juga adalah untuk mengenali dan
mengkaji dengan lebih mendalam lagi sejarah Seni-
bina Rumah Tradisional Melayu Melaka dan juga cara
pembinaan yang dilakukan. Kajian ini juga berharap
agar nilai dan keagungan senibina Melayu akan
dapat dipelihara dan akan menjadi kebanggaan
warisan yang akan datang.
(vii)
Adalah mĕnjadi harapan agar kajian terhadap seni-
bina Melayu tidak akan terhenti setakat di sini
sahaja tetapi akan diteruskan oleh prang perseo-
rangan ataupun badan-badan berkanun yang menaruh
minat terhadap seni wariasan bangsa.
Akhirkata semoga kesedaran terhadap kesenian
bangsa akan terus disemai agar benih-benih ini
akan memberikan cambah-cambah yang baik pada
generasi akan datang.
Sekian.
(viii)
BAB I
1.01 PENGENALAN SENI DAN SENIBINA
Bidang seni dan senibina amat luas dan mendalam
sekali tetapi keduanya ini tidak mungkin dipisah-
kan. Jadi sebelum kita membicarakan seni dan
senibina seharusnya mengetahui definasi, penger-
tian simpul bahasa itu sendiri.
Seni ertinya halus (thin & f i n e ) , latif, cantik.
Bina ertinya mendirikan, menegakkan, membangunkan.
Dengan pengertian ini senibina kita seharusnya
membawa atau mengandungi;
Seni yang membina 1.
Yang dibina itu seni 2.
Seni juga sifat ketuhanan, sifat, latifnya sifat
batin yang harus diselidiki dengan mendalam.
Kedatangan atau kenyataannya merupakan satu inpi-
rasi.
Hadith Nabi
Inspirasi (ilham) adalah satu cahaya
Nur yang bersinar di dalam hati dan
menyatakan sifat sesuatu seperti yang
sebenarnya.
Then to the rolling Heaven itself I
1
cried.
What 'Lamp had Destiny as a Guide' her
little children stumbling in the dark
and ' an Understanding 'blind' Heaven
replied
Rubaiyah Omar Khayyam
seni - sa (esa) satu
- ni (ini)
Seni mesti mempunyai ciri-ciri kesa
tuan kerana perkataan itu sendiri
membawa kepada kesatuan atau tauhid.
Bina atau binaan pula merupakan kenyataan gambaran
aspek seni tadi. Binaan itu menyatakan seni. Di
dalam hal ini Allah berfirman di dalam Al-Quran
1:127
bina nyata
seni ghaib
2
waizyar fau'ibrahim
Dan ingatlah ketika Ibrahim meninggi
kan (membina) asas Baitullah beserta
Ismail
Gambaran yang dibawa di sini dalam dua bentuk;
bentuk binaan dan bentuk seni. Bentuk binaannya
adalah mendirikan Baitullah di Mekah tetapi bentuk
seninya adalah mendirikan baitullah pada kita
iaitu hati. Satu penelitian akan menunjukkan
kepada kita yahg aspek seni ini sudah sememangnya
ada pada diri kita hanya kita sahaja yang tidak
dapat mengeluarkannya, kita tidak dapat menyatakan
binaan itu. Kenapa? Kerana ilmu tidak ada pada
kita; jalannya tidak ada! Jalannya ada tetapi
kita tidak menuntutnya.
Kita telah menyatakan tadi yang semua aspek seni
ini telah ada pada kita kerana kita dijadikan
sebaik-baik kejadian, kita juga dijadikan dalam
wajah Tuhan jadi segala sifat-sifat ketuhanan itu
sudah ada pada diri kita. Kita merangkumi segala
aspek seni. Orang tua purba menganggap manusia
sebagai alam shaqir/alam khabir, hanya manusia
serba maju sahaja yang tidak mengenali hakikat
ini.
3
Sifat seni ini harus-ada pada tiap-tiap arkitek,
atau manusia amnya. Tapi ianya tidak akan dapat
kepada kita tanpa cinta. Tanpa ilmu tidak dapat,
tanpa cinta pun tidak dapat.
Tidak kenal maka tidak cinta
Tidak cinta maka tidak kenal.
Baitullah
di Mekah
Hati
" hanya hati mukmin yang
dapat mengandungi Aku". Hadith.
Dalam ugama pun ada jalan
iaitu tarikat. Tanpa tarikat
manakan sampai kepada hakikat.
"Ain na'llaha khalaka adama ala sura-
tihi". Hadith
alam shaqir - alam kecil
ilmu khabir - alam besar
4
cinta - Jesus
ilmu - Muhammad
Setelah kita menyelidik semua ini, harus timbul
satu pertanyaan kepada kita, mengapa penting
sangat mengenal ini; mengenal seni dan senibina.
Jawapan kita adalah kerana ingin mengenal empunya
karya seni dan senibina. Semua alam ini adalah
seni. Ia juga merupakan simbol. Jadi dengan
pengenalan ini kita boleh mengenal dan mendekatkan
diri kita kepada empunya semua seni; mudah-mudahan
dapat kita berkata tidak Engkau ciptakan semua ini
dengan sia-sia. Lalu timbullah rasa insaf dan
hormat menghormati serta merendah diri dan dapat
kita hidup bagai aur dengan tebing. Tanpa semua
ini, seluruh hidupnya sia-sia seperti guru sekolah
dalam cerita Mulla Nasaruddin.
Firman Allah; Wama ar'salna ka illa rahmatan lil ala
min.
Dan tidak ku utuskan engkau ya Muham-
mad melainkan sebagai rahmat bagi
semesta alam.
Semuga pengenalan ini memberi munafaat kepada kita
bersama. Alhamdulillahirabbilalamin.
5
Kita mengenal kebenaran dan kita
berkata saya faham.
Dia menegakkan Tauhid.
And when Thyself with shinning foot
shall pass
Among the guests star-scattered on the
grass
And in Thy joyous Errand reach the
spot
Where I made one turn down on empty
glass.
Rubaiyat Omar Khayyam 1:9
6
1.02 SINOPSIS KAJIAN
a. Tajuk Kajian : Rumah Melayu Melaka, Ciri-ciri,
Pengaruh Serta Kesannya Ter-
hadap Senibina Masakini.
b. . Pemilihan Tajuk
Sebagai seorang pelajar senibina serta pecin-
ta seni, saya begitu berminat terhadap seni
warisan bangsa terutama bentuk-bentuk bangunan
tradisional yang begitu tinggi nilainya. Saya
juga merasa begitu bertanggungjawab didalam
mempertahankan warisan seni ini dari terus di-
tenggelami oleh arus modenisasi. Untuk tujuan
ini saya telah-memilih Rumah Tradisional Mela-
yu Melaka sebagai bahan kajian saya memandang-
kan ianya adalah merupakan lambang keperibadi-
an bangsa Melayu dan budaya yang tinggi nilai-
nya. Tambahan pula saya adalah anak kelahiran
Negeri Melaka dan telah tinggal didalam rumah
bentuk tradisional ini sejak dilahirkan.
Semuga kajian yang akan saya lakukan ini boleh
dimanfaatkan oleh semua pecinta senibina
serta akan dapat disambung oleh orang perseo-
7
rangan maupun badan berkanun agar terus segar
di bumi tumpah darah ini. Semua pihak harus-
lah sedar dan yakin dengan peribahasa melayu
berbunyi *Tak Akan Melayu Hilang Di Dunia'.
Skop Kajian
Sebelum ini, terdapat kajian mengenai 'Rumah
Tradisional Melayu Melaka'. Kajian ini hanya
menitikberatkan mengenai sejarah serta ciri-
cirinya sahaja. Pengkaji tidak menitikberat-
kan tentang pengaruh Rumah Tradisional Melayu
Melaka ini dengan senibina masakini serta
hubungkaitnya. Pengkaji juga tidak mempunyai
cadangan, hipotesis serta cara bagaimana
warisan budaya ini dapat dipertahankan serta
diterapkan di dalam senibina masakini.
Skop kajian saya merangkumi tentang sejarah
Senibina Rumah Tradisional Melayu Melaka sejak
dari zaman kegemilangan Melayu Melaka sehingga
kini. Saya juga akan menyentuh akan pengaruh
Senibina Rumah Tradisional Melayu Melaka
terhadap Senibina masakini.
Misalnya rumah-rumah baru yang dibina di
persekitaran rumah tradisional tersebut, pasti
8
sedikit sebanyak ianya terpengaruh
rekabentuk tradisional.
dengan
Kajian juga akan menyentuh tentang Muzium
Budaya Negeri Melaka yang menggunakan konsep
Senibina Tradisional Rumah Melayu Melaka.
Begitu juga dengan Bank Negara Malaysia cawa-
ngan Melaka yang menggunakan konsep senibina
tradisional ini terutama pada bumbung serta
tangganya.
Pengaruh ini tidak hanya tertumpu kepada
bangunan-bangunan sahaja. Kita juga akan
dapat melihat tempat menunggu bas (bus-stop)
yang menggunakan konsep Rumah Tradisional
Melayu Melaka. Kita juga akan dapat melihat
pengaruh tangga rumah ini terhadap jambatan
yang dibina di antara Central Market dengan
bangunan Daya Bumi.
Terdapat banyak lagi pengaruh Senibina Rumah
Tradisional Melayu Melaka ini terhadap senibi-
na masakini samada dari bentuk bumbung hingga-
lah kepada bentuk tangga.
Insy'Allah jika diizinkan Allah di akhir
9
kajian saya ini akan sama-sama dapat kita
lihat bagaimana dan sejauhmana senibina wari-
san bangsa yang begitu tinggi nilainya dapat
dipertahankan.
Hypothesis
Hasil dari kajian ini nanti akan dapat diketa-
hui sejauh mana pengaruh warisan bangsa ini
dapat: dipertahankan.
Di sini juga dapat diketahui samada berjayanya
perjuangan murni sesetengah pecinta seni bagi
mempertahankan warisan nenek moyang ini.
Disamping di Negeri Melaka pengaruh ini juga
dapat dilihat di negeri-negeri lain yang
sememangnya telah ujud senibinanya sendiri
terutama di Kuala Lumpur yang pesat membangun
dengan seribu satu• macam konsep senibina
bangunannya.
Penemuan segala maklumat ini amat penting
untuk dijadikan panduan terutama kepada
jenerasi-jenerasi muda yang bakal menggantikan
jenerasi yang lalu.
10
Pendekatan (methodologi)
Terdapat beberapa kaedah yang dijalankan bagi
menghasilkan kajian ini. Antaranya ialah :
i) Melalui Academic Research
Mengumpul bahan-bahan rujukan seperti
kajian-kajian masa lalu, thesis, buku-
buku, majalah serta apa saja bahan ceta-
kan. Bahan-bahan rujukan ini didapati
dari;
Pusat Sumber, ITM, Shah Alam
Perpustakaan TAR, ITM, Shah Alam
Badan Warisan, Kuala Lumpur
Muzium Negara, Kuala Lumpur
Perpustakaan. Negeri Melaka
Muzium Budaya, Melaka
ii) Melalui Kes Study
Terdapat beberapa tempat yang dilawati
bagi mendapatkan maklumat yang berkaitan
dengan kes kajian. Antara tempat-tempat
yang dilawati adalah seperti berikut:
Muzium Budaya Negeri Melaka
top related