rancangan pengajaran harian pj
Post on 13-Aug-2015
153 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990, LEMBAH PANTAI,
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN ( PISMP )
AMBILAN JANUARI 2010
KURIKULUM PEDAGOGI PENDIDIKAN JASMANI SEKOLAH RENDAH ( PJM 3110 ) :
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
NAMA NUR HIDAYAH MOHAMED NUR IZZATI BT ZULKIFLI SITI NOOR FATIAH MOHAMED YUSOFF
NO. K/P 900130-08-5350 900221-11-5412 900824-03-5606
KELAS PISMP 4 D
NAMA PENSYARAH ENCIK MASYWAWI MOHD NOOR
KANDUNGAN
1
BIL. PERKARA MUKA SURAT
1. Rancangan pengajaran harian 2-13
2. Lembaran kerja 14
3. Stail penemuan mencapah divergen 15-23
4. Refleksi 24-31
5. Rujukan 32
6. Borang koloborasi 33
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Mata Pelajaran : Pendidikan Jasmani
Tunjang : Kecergasan
Tajuk : Koordinasi
Tarikh : 19 Julai 2011
Masa : 7.40 – 8.10 pagi
Tahun : 3 Bijak
Murid : 40 orang ( 18 lelaki 22 perempuan )
Hasil Pembelajaran:
Objektif : Pada akhir pembelajaran, murid-murid dapat :
Psikomotor : Murid dapat melakukan sekurang-kurangnya 2 daripada 3 aktiviti koordinasi sebanyak 3 kali daripada 5 percubaan.
Kognitif : Murid dapat mengenal pasti tiga otot utama yang terlibat dalam melakukan aktiviti koordinasi
Afektif : Menunjukkan sikap berkerjasama dengan ahli kumpulan semasa melakukan aktiviti.
Pengalaman Sedia ada: Murid tahu melambung dan menyambut pundi kacang dengan teknik yang betul.
Penerapan Nilai : Bekerjasama dan keyakinan diri.
2
Kemahiran Berfikir : Mengatur strategi untuk membaling pundi kacang ke arah sasaran dengan tepat.
Penggabungjalinan : Pergerakkan asas, imbangan.
Kesepaduan : Bahasa Melayu, matematik.
Bahan dan Sumber p&p :
Bilangan Bahan Jumlah
1. Wisel 2
2. Pundi kacang
24
3. Marker 25
4. Bola kecil 24
5. Bakul 5
Strategi Pengajaran : Belajar cara belajar
Bahagian / Aktiviti Fokus Pembelajaran Organisasi BSPP / Catatan
3
Masa
Permulaan
( 5 minit )
a) Kehadiran
b) Kesihatan
c) Pakaian
d) Memanaskan badan
Permainan kecil – ‘tuju warna’
- Teknik Berlari - 30x50 meter yang ditandakan dengan 4 skitel berwarna.
- Murid dibahagikan kepada dua kumpulan yang besar.
- Murid berada di tengah-tengan ruang diantara keempat-empat skitel terbabit.
- Murid perlu berlari menuju kepada skitel berdasarkan warna yang dinyatakan oleh guru.
- Murid bersedia mendengar wisel dan arahan warna skitel daripada guru.
- Ikut arahan yang dinyatakan oleh guru
- wisel
- marker
- Warna
1. Nilai :-
Keyakinan
2. Kesepaduan :-
Matematik
3. Penggabungjalinan : -a) Komponen kecergasan , ketangkasan
4
M B
Guru
MURID
Perkembangan
( 10 minit )
a) Membaling, tepuk tangan dan menyambut pundi kacang dan bola kecil.
- Berdiri tegak.
- Kaki dibuka seluas bahu.
- Tangan menggenggam pundi kacang.
- Lambung pundi kacang dengan kedua-dua belah tangan ke atas kepala.
- Menepuk kedua-dua belah tangan.
- Sambut pundi kacang dengan kedua-dua belah tangan dengan kontak mata ke arah sasaran.
- Ulang pergerakan
- Murid melakukan aktiviti secara individu berdasarkan arahan yang diberikan oleh guru.
- Murid melakukan aktiviti secara rambang.
- Bilangan tepukan bergantung kepada kesesuaian situasi.
- Murid mengikut arahan dan perlakuan guru.
- wisel
- skitel
- pundi kacang
- bola kecil
1. Nilai :-
Keyakinan
Kerjasama
Saling menghormati
2. Kesepaduan :-
5
K H
Guru
x x x x
X X X X X
b) Membaling, tepuk tangan dan menyambut pundi kacang, bola kecil antara dua orang murid.
sebanyak 5 kali.
- Pergerakan ini ditukar dengan bola kecil.
- Pergerakan yang sama diulang sebanyak 5 kali.
- Murid diletakkan di dalam satu barisan
- Murid dibahagikan secara berpasangan.
- Setiap pasangan berdiri menghadap antara satu sama lain.
- Murid A melontar pundi kacang kepada murid B dengan kedua-belah tangan.
- Murid disusun di dalam satu barisan panjang.
- Murid diminta untuk berdiri secara bertentangan bersama pasangan.
- Murid akan bertukar membaling pundi kacang dan bola kecil sebanyak 5
Matematik
3. Penggabungjalinan :
Komponen kecergasan , imbangan.
6
- Murid B menyambut pundi kacang dengan kedua-dua belah tangan.
- Setiap pasangan perlu bergilir-gilir membaling pundi kacang kepada pasangan masing-masing.
- Pergerakan ini akan ditukar dengan alatan bola kecil.
- Pergerakan yang sama akan dilakukan oleh murid-murid.
- Setiap aktiviti akan diulang sebanyak 5 kali percubaan.
- Bilangan tepukan bergantung kepada situasi.
- Guru menggunakan wisel untuk membantu murid semasa
kali percubaan.
- Guru membunyikan wisel untuk memudahkan organisasi p&p.
- wisel
- marker
- pundi kacang
- bola kecil
1. Nilai :-
Keyakinan
Kerjasama
Saling menghormati
2. Kesepaduan :-
Matematik
3. Penggabungjalinan :
Komponen kecergasan , imbangan.
7
Guru
x x x x x x (murid A)
x x x x x x x
( Murid b)
c) Membaling, menepuk tangan pada aras yang berbeza.
membaling pundi kacang dan bola kecil kepada pasangan.
- Murid dibahagikan secara berpasangan.
- Murid berdiri dalam satu barisan yang panjang.
- Murid a dan murid b akan membaling dari arah yang berlawanan.
- Murid a akan membaling dari aras atas manakala murid b akan membaling dari aras bawah secara serentak.
- Murid dalam posisi berpasangan dan berdiri di dalam barisan yang lurus.
- Murid berdiri secara bertentangan.
- Murid a akan membaling alatan daripada aras atas.
- Murid b akan membaling daripada aras bawah.
- Proses membaling alatan diijalankan secara serentak antara murid a dan b.
- Murid akan menepuk tangan sebelum menyambut pundi kacang.
- Pergerakan ini akan
- wisel
- marker
- pundi kacang
- bola kecil
4. Nilai :-
Keyakinan
Kerjasama
Saling menghormati
5. Kesepaduan :-
Matematik
6. Penggabungjalinan :
8
- Sebelum menyambut, murid diminta untuk menepuk tangan.
- Pergerakan ini akan diulang menggunakan alatan bola kecil.
- Pergerakan akan diulang menggunakan langkah yang sama.
- Setiap pergerakan akan diulang sebanyak 5 kali percubaan.
- Bilangan tepukan bergantung kepada situasi.
- Guru menggunakan wisel untuk membantu
diulang menggunakan bola kecil.
- Setiap pergerakan diulang sebanyak 5 percubaan.
- Guru menggunakan wisel untuk membantu kelancaran p&p.
Komponen kecergasan , imbangan.
- Gelung
- wisel
- marker
1. Nilai :-
Keyakinan
2. Kesepaduan :-
Matematik
3. Penggabungjalinan :
Komponen kecergasan , imbangan.
9
Guru
x x x x x
( m. A – aras atas )
x x x x x
(m. B – Aras bawah)
murid-murid dalam menjalankan aktiviti.
Kemuncak
( 10 minit )
Aktiviti permainan kecil.
‘tuju gol’
- Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan utama iaitu A,B,C, dan D.
- Setiap kumpulan kecil terdiri daripada 10 orang murid.
- setiap kumpulan akan bergerak secara berpasangan.
- Setiap pasangan berdiri secara bertentangan.
- Murid a akan membaling pundi kacang kepada murid b.
- Murid b akan menyambut bola yang dibaling.
- Sebelum menyambut, murid diminta untuk
- Murid dibahagikan mengikut kumpulan.
- Murid bergerak berpasangan.
- Murid diminta untuk membaling dan menyambut alatan secara bergilir-gilir.
- Di stesen terakhir, murid diminta untuk menyumbat alatan kedalam gol.
- Pasangan yang telah selesai perlu berlari semula ke barisan kumpulan dan duduk di bahagian belakang.
- Kiraan mata kemengan berdasarkan masa dan bilangan alatan di dalam gol.
- wisel
- bakul
- marker
1. Nilai :-
Keyakinan
Kerjasama
2. Kesepaduan :-
Matematik
3. Penggabungjalinan :
Komponen kecergasan ,
10
menepuk tangan.
- Murid perlu bergilir-gilir dalam membaling dan menyambut.
- Setiap pasangan perlu membaling dan menyambut bersama sehingga kepada skitel terakhir.
- Salah seorang diminta untuk tujukan alatan ke dalam gol.
- Mata dikira berdasarkan jumlah alatan dan masa.
- Ulangan permainan akan berlangsung bergantung kepada masa.
- Bilangan tepukan bergantung kepada situasi.
imbangan.
- wisel
- bakul
- marker
1. Nilai :-
Keyakinan
Kerjasama
2. Kesepaduan :-
Matematik
3. Penggabungjalinan :
Komponen kecergasan , imbangan.
Penutup
( 5 minit )
1. Pengenduran
2. Soal jawab
Pengenduran
- Berdiri tegak dan kaki dibuka seluas bahu.
- Murid berada di dalam bulatan.
- wisel
11
3. Simpan alatan - Kuncukan jejari kaki kiri dan kanan.
- Tolakkan tangan kehadapan sambil membongkok 90’ secara perlahan-lahan.
- Tangan diluruskan di atas kepala.
- Membongkok badan ke sisi kiri dan kanan dengan kiraan 8.
- Nafas ditarik sebanyak tiga kali dan nafas terakhir ditahan sehingga kiraan 8 sebelum dihembuskan dengan kuat.
Soal jawab
- Guru bertanyakan murid-murid mengenai aktiviti yang telah dijalankan.
- Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid-murid.
- Guru bersama murid-murid menjalankan aktiviti pengenduran.
- skiteL
1. Nilai:-
Keyakinan
2. Kesepaduan :-
Matematik
3. Penggabungjalinan :
Komponen kecergasan , imbangan.
12
- Simpan alatan
- Guru meminta bantuan murid untuk menyimpan alatan.
13
14
STAIL PENEMUAN BERCAPAH DIVERGEN
a) PENGENALAN
Stail penemuan bercapah (Stail H) merupakan stail yang unik dalam pengajaran dan pembelajaran. Murid akan terlibat
secara langsung di dalam proses penemuan dan membuat keputusan mereka sendiri di dalam sesuatu permasalahan yang
ditugaskan kepada mereka. Dalam autonomi Stail penemuan bercapah, tugas guru adalah untuk membuat keputusan tentang
sesuatu tajuk yang berkaitan dan soalan yang khusus serta logikal untuk disampaikan kepada murid.
Peranan murid adalah menyelesaikan masalah dengan tepat dan mempersembahkannya atau membuat penemuan mereka
sendiri tentang tugasan atau masalah yang diberikan kepada mereka secara khusus.
Murid pula membuat pilihan mengenai tugasan dan tanggungjawab dalam sesuatu perkara yang terpilih terdapat di dalam
Stail H ini. Ini kerana Stail H melibatkan kemampuan dan kesanggupan murid menerusi tindakan atau cara penyelesaian kepada
soalan yang diberi dalam pelbagai aspek kemahiran seterusnya membuat murid lebih mengetahui dan memahami sesuatu.
b) OBJEKTIF
Stail penemuan bercapah ini telah berjaya dilaksanakan apabila tindakbalas diberikan dengan menyumbangkan pelbagai
idea dalam menyelesaikan masalah tertentu. Terdapat beberapa objektif dalam melaksanakan stail penemuan bercapah ini.
Antara objektif tersebut ialah;
Objektif matapelajaran (Subject Matter Objectives):
1. Untuk mencari dan menghasilkan pelbagai jawapan atau pelbagai penyelesaian kepada soalan atau masalah.
2. Untuk menghasilkan pengalaman bercapah dalam operasi kognitif tertentu.
15
3. Untuk mencari pelbagai kemungkinan alternatif yang boleh ada dalam setiap konten.
4. Untuk melihat sesuatu dalam konten sebagai pembangunan dan perkembangan.
5. Untuk membina kebolehan dalam menentukan penyelesaian untuk tujuan tertentu.
Objektif kelakuan (Behavior Objectives)
1. Hasil daripada pelbagai jawapan atau respon yang diberikan, ianya dapat menjadi perangsang dalam rasa puas hati.
2. Untuk menjadikan pelajar berfikiran bercapah dalam operasi kognitif melalui rangsangan yang diberikan.
3. Untuk menjadikan emosi, kognitif, dan sosial menghasilkan pelbagai idea alternatif .
4. Untuk menerima pendekatan yang digunakan oleh seseorang dalam menyelesaikan masalah atau sesuatu isu dengan cara
penyelesaian yang berbeza.
5. Untuk bertolak-ansur dan menerima buah fikiran atau pendapat orang lain.
6. Untuk merasakan kekuatan emosi dan kognitif di mana peghasilan idea boleh dibina.
3.0 STRUKTUR STAIL PENEMUAN BERCAPAH
Dalam kaedah ini penemuan memberi peluang kepada penemuan kepada kaedah-kaedah yang menjadi pilihan. Namun
walau bagaimanapun ia haruslah mengikut struktur di bawah.
Stimulus Cognitif Dissonance Mediation Discovery
i. Stimulus ( Rangsangan )
16
Pada bahagian ini rangsangan yang diberi kepada murid dalam berbagai bentuk seperti mengemukakan masalah atau
mencipta situasi. Perbezaan yang paling nyata mengenai langkah ini ialah penemuan untuk membuat pilihan di atas penyelesaian
masalah yang telah di buat seperti di bawah: -
R1
R2
R3
RN(Bil yang tidak terhad)
Petunjuk:
S = Stimulus (Rangsangan)
D = Cognitive dissonance (Pencanggahan Kognitif)
M = Mediation (Pengantaraan )
R = Responses ( Tindak balas)
ii. Kognitif Dissonance ( Pencanggahan Kognitif )
Dalam tingkahlaku yang melibatkan penemuan berfokus murid akan beralih ke dalam satu keadaan pencanggahan kognitif di
mana murid perlu mengetahui apa yang mereka perlu buat seterusnya.
Keperluan ini mengarahkan murid untuk mencari ( Fasa Meditasi ) untuk pelbagai penyelesaian masalah tersebut. Hasil
daripada pencarian ini, lalu menghasilkan pelbagai tindakbalas ( R1 ), pergerakan ( R2 ), strategi ( R 3 ), dan rekabentuk ( RN ).
Kesimpulannya pencanggahan kognitif adalah satu proses individu memberi idea yang berbeza-beza dan lakuan yang berbeza-
beza dalam menyelesaikan masalah yang sama.
17
S D M
iii. Mediation ( Pengantaran )
Bagi melaksanakan stail penemuan bercapah ini, penerangan umum tentang ini perlu bagi membantu proses dan urutan yang
akan berlaku dalam stail ini. Pada peringkat permulaan, guru akan mengemukakan masalah kepada murid untuk diselesaikan.
Guru hanya bertugas mengawasi dan menasihati murid agar tidak terkeluar daripada ruang atau rangka yang telah
ditetapkan. Guru memerhati penglibatan setiap murid dalam proses mencari penyelesaian terhadap masalah yang diberi. Guru
memberi tindak balas dengan meminta murid mengemukakan alternatif-alternatif penyelesaian kepada masalah tersebut. Masa
yang mencukupi juga harus diberikan kepada murid untuk mencari hasil yang dikehendaki.
iv. Responses ( Tindakbalas )
Ia bertujuan mencari keputusan dalam penemuan dan hasilan berganda serta stail bercapah. Idea-idea terhadap tindak
balas ini mungkin dinyatakan dalam maksud yang berlainan di mana ia sangat unik kepada sesuatu perkara. Contoh dalam
pelajaran fizikal, tindak balas disampaikan menerusi pergerakan manusia. Proses ini tetap sama walaupun di sampaikan melalui
pelbagai tindak balas
c) PERLAKSANAAN STAIL PENEMUAN BERCAPAH
Perlaksanaan Stail Penemuan Bercapah Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran. Perkara yang paling penting dalam
stail penemuan bercapah adalah:
1. Keperluan dan kesan stail penemuan bercapah
2. Matlamat utama bukan mencari jawapan yang betul tetapi
3. keupayaan pelajar mencerakin maklumat.
18
Guru dan pelajar perlu memahami bahawa kedua-dua belah pihak perlu menerima tindak balas yang telah diberikan daripada
proses mencerakin berdasarkan soalan yang telah diberikan
Guru perlu merancang situasi yang membolehkan stail penemuan bercapah boleh dilakukan termasuklah memberi
penerangan kepada pelajar bahawa setiap idea yang diberikan akan diterima.
Seterusnya guru menerangkan pembelajaran yang telah difokuskan dan juga mengutarakan soalan yang boleh
mencernakan pelbagai jawapan. Soalan yang telah dibuat mesti berfokus kepada tunjang pembelajaran. Soalan boleh diberikan
secara lisan atau bertulis.
Setelah pelbagai pergerakan yang logik telah diterokai. Pada masa ini pelajar akan melakukan aktiviti yang berkaitan
dengan topik pembelajaran yang dihasilkan daripada mencerakin maklumat daripada stail penemuan bercapah. Masa mesti
diperuntukkan kepada pelajar untuk pelajar membuat penyelidikan, menerokai, bergerak dan menilai pelbagai pergerakan yang
boleh dilakukan dan guru perlu menunggu pelajar melakukan aktiviti itu. Setelah pelajar selesai memberi tindak balas, guru akan
menilai dan memberi maklum balas. Penghargaan perlu diberikan kepada pelajar untuk menunjukkan tindak balas mereka telah
diterima, ini adalah untuk mengalakkan mereka mencerakin maklumat baru.
Pada peringkat ini guru perlu menjaga persekitaran agar dapat lebih banyak tindak balas daripada pelajar ketika
berkomunikasi dan proses penilaian dikalangan pelajar. Sesetengah pelajar akan memberi tindak balas yang baik ketika proses
stail pembelajaran ini dan ada sesetengah pelajar yang pasif tidak memberi tindak balas yang baik. Guru akan teruskan aktiviti
mencerakin maklumat tanpa membuat pembetulan atau memberi tindak balas kepada individu. Pembetulan hanya dilakukan
apabila pelajar kurang pasti dengan soalan yang dibincangkan. Pembetulan secara “verbal behavior” boleh menguatkan proses
kognitif. Contohnya: ’aktiviti ini adalah untuk membina kelenturan; soalan yang diberi adalah untuk membina kekuatan”. Maklum
19
balas yang diberikan adalah pernyataan yang bernilai seperti: ” bagus, ini menghasilkan pelbagai design’; “awak telah melakukan
kerja yang cemerlang dengan menghasilkan pelbagai jenis idea”; “ awak telah menghasilkan permikiran yang bercapah.”
Sesetengah topik memerlukan tindak balas yang pelbagai (proses P-F-D). Secara rawak, tindak balas akan disusun secara
sistematik mengunakan criteria yang boleh menjelaskan isi pembelajaran. Komen yang diberikan oleh guru kepada pelajar perlu
disertakan dengan pengesahan dan penghargaan. Keputusan mengenai cara memberi komen dan menilai pelajar dalam stail
pembelajaran ini adalah berdasarkan proses P-F-D.
Pada penghujung kelas, guru boleh mengumpul pelajar untuk membuat penutup. Penutup termasuk memberi maklum balas
kepada pelajar mengenai penglibatan mereka dalam proses mencerakin maklumat.
d) CARA MELAKSANAKANNYA
Sebelum seseorang guru atau pendidik jasmani memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran menggunakan stail ini,
mereka seharusnya faham dan tahu apakah prosedur dan langkah-langkahperlaksanaannya.Ini kerana stail ini memerlukan
ketelitian dan kepakaran sewaktu perlaksanaannya.
Bagi melaksanakan stail ini, penerangan umum tentang gaya ini adalah perlu bagi membantu proses dan urutan yang akan
berlaku dalam stail ini.pada peringkat permulaan, guru akan mengemukakan permasalahaan kepada pelajar untuk diselesaikan.
Seterusnya Pelajar samada secara individu, berpasangan atau berkumpulan akan mencari alternatif bagi menyelesaikan masalah
tersebut mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
Tugas guru hanya mengawasi dan menasihati pelajar agar tidak terkeluar daripada ruang atau rangka yang telah
ditetapkan. Guru akan memantau dan memeerhati penglibatan setiap pelajar dalam proses mencari penyelesaian terhadap
20
masalahyang diberikan.Guru memberi tindak balas positi dengan meminta peljar mengemukakan alternatif-alternatif penyelesaian
kepada masalah tersebut. Masa yang cukup juga harus diberikan kepada pelajar untuk mencapai hasil yang dikehendaki
Untuk merancang sesi pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan stail ini, perubahan tambahan perlu dilakukan
dalam membuat keputusan. Tugas gurudan pelajar berubah sekali lagi.pengetahuan dan objektif baru akn tercapai (rujuk rajah di
bawah)
Rajah: Struktur stail penemuan bercapah
Sumber: Mosston, M, & Ashworth, S. (2002). Teaching physical education (5th ed.) New York : Benjamin Cummings. M.s. 249
Rajah diatas menunjukkan aktiviti pembelajaran yang berlaku di antara guru dan pelajar ketika menggunakan kaedah
pembelajaran bercapah. Stail pembelajaran bercapah melibatkan stail dari stail A,B, C hingga H.
Di dalam stail pembelajaran bercapah ini juga mementingkan cara memilih dan melakar idea dan juga perkataan yang
sesuai di dalam soalan atau isu yang membolehkan penemuan bercapah dapat dilaksanakan. Perkara yang menjadi panduan
untuk seseorang guru memilih perkataan yang sesuai dalam membuat persoalan atau sesuatu isu adalah berdasarkan tingkahlaku
lisan “verbal behavior”.
21
e) TIGA PERINGKAT DALAM PELAKSANAAN STAIL PENEMUAN
BERCAPAH
i. Pra Impak
Guru perlu memberi perhatian kepada cara untuk melakukan pembelajaran berasaskan stail penemuan bercapah. Guru perlu
mengenalpasti unsur yang khusus, urutan, dan struktur aktiviti, dan mengenalpasti tugas yang membolehkan pencerakian
maklumat boleh berlaku. Perkara yang perlu diberi perhatian sebelum memulakan pembelajaran ialah:
a. Menyatakan secara general mengenai topik pembelajaran yang akan diajar. (contoh Daya Tahan Otot)
b. Menyatakan tunjang pembelajaran (contoh variasi aktiviti untuk meningkatkan daya tahan otot)
c. Melakarkan satu atau turutan masalah/ situasi/ soalan yang membolehkan pelajar melakukan aktiviti mencerakin maklumat.
ii. Set Impak
Dalam baagian ini guru perlu melaksanakan aktiviti yang telah dirancang sebelum ini. Guru perlu mencatatkan segala aktiviti
yang dilakukan di dalam Rancangan Mengajar Harian. Oleh kerana kesan dan pemahaman murid terhadap isi kandungan mata
pelajaran yang diajar bergantung kepada stail ini, terdapat beberapa pembolehubah yang boleh digunakan dalam menggunakan
stail ini. Sesetengah tugas menggunakan stail ini sebagai satu episod, kerana ia memerlukan banyak masa sekiranya ingin
mengunakan kaedah ini secara berjujukan. Perkara yang paling penting ketika merancang pembelajaran stail ini ialah ia perlu
sesuai dengan subjek yang diajar. Dan pemilihan aktiviti yang bersesuaian penting untuk memastikan pemahaman pelajar ditahap
yang dikehendaki.
Dalam set impak ini pula, pelajar memainkan peranan yang utama dalam mencari penyelesaian masalah di mana pelajar
menentukan jenis-jenis idea atau kesimpulan bagi menentukan cara penyelesaian bagi masalah yang ditimbulkan. Pelajar
22
menemui alternatif-alternatif jawapan atau kesimpulan untuk mencari penyelesaian masalah. Kesimpulan atau alternatif yang
diperolehi dalam mencari penyelesaian menjadi asas utama yang akan dibincangkan oleh guru.
iii. Pasca impak
Dalam set pasca impak ini, pelajar membuat penilaian berkenaan cara penyelesaian masalah yang ditemuinya sama ada
sesuai atau tidak. Jika maklum balas kendiri menyatakan tidak, pelajar akan mencuba alternatif-alternatif yang lain. Cara penilaian
ini dilakukan dengan menggunakan dua teknik iaitu:
i. Melakukan aktiviti itu dan menilai sendiri hasil yang diperolehi
ii. Merakam kelakuan atau kesimpulan itu dengan mengggunakan rakaman video
atau melalui pemerhatian guru
Semakin banyak penglibatan para pelajar dalam fasa pasca impak ini semakin banyak pula objektif-objektif stail ini akan
diperolehi.
23
REFLEKSI
NUR HIDAYAH MOHAMED
900130-08-5350
Syukur Alhamdulillah, akhirnya kami berjaya menyelesaikan tugasan perancangan dan perlaksanaan rancangan pengajaran
harian serta melaksanakan pengajaran mikro matapelajaran Pendidikan Jasmani ini. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima
kasih kepada pensyarah bimbingan iaitu En Masywawi yang banyak memberi tunjuk ajar kepada saya dalam membuat
perancangan pengajaran Pendidikan Jasmani.
Pada awalnya kami mendapat mendapat tajuk tentang keselamatan setelah merujuk kepada En. ‘Bhai’, barulah kami sedar
kami telah silap. Kami eterusnya memilih koordinasi sebagai isi pengajaran kami. Selepas itu kami merangka rancangan pelajaran
berdasarkan contoh-contoh nota yang telah diberikan oleh En. ‘Bhai’ dan sumber internet.
Setelah menunjukkan draf kepada pensyarah, kami dikehendaki membuat amali dalam kalangan pelajar kelas kami sendiri
di dewan terbuka. RPH dan pengurusan organisasi kami sangat lemah. Alhamdulillah pengalaman ini memberi kami peluang untuk
memperbaiki RPH kami sebelum membuat amali disekolah. Setelah membuat perbincangan bersama pensyarah, kami
mengubahsuai permulaan, perkembengan dan permainan kemuncak bagi memudahkan lagi pengajaran dan pembelajaran. Kami
juga membuat keputusan untuk menukar alatan kami daripada menggunakan gelung kepada pundi kacang dan bola. Pertukaran
alatan ini adalah untuk memudahkan pelajar.
Pada 26 September 2011 bersaman hari Rabu, kami dijadualkan membuat amali di SK Bangsar. Kami mengambil peralatan
pada waktu tengah hari dan bertolak ke SK Bangsar selepas Asar. Kemudian kami meninjau sekitar sekolah dan bertegur sapa
dengan pensyarah dan pelajar Institut Bahasa ysng lain. Kami berasa gugup kerana telah banyak mendengar pelbagai cerita
24
tentang SK Bangsar daripada rakan-rakan. Saya mendapati sekolah tersebut mempunyai disiplin yang agat teruk dan merasakan
kami perlu bersikap lebih tegas di hadapan mereka nanti.
Setelah menyusun peralatan, saya mendapati rakan saya terlupa untuk membawa lembaran kerja. Mujurlah rakan sekelas
kami baik hati menolong menghantar set lembaran kerja tersebut menaiki motor. Bagi melancarkan perjalanan, pasangan saya
yang seorang lagi pula pergi ke kelas 3 Dinamik kerana jam telah menunjukkan 5.30 petang. Murid-murid tersebut mengikut ke
padang dan meneruskan pengajaran dan pembelajaran bersama rakan saya. Saya mendapati seramai 6 orang tidak memakai baju
PJ, tetapi mereka suka berlari di sekitar padang. Agak sukar mengawal kelakuan mereka tambahan pula ada banyak murid lain di
padang tersebut. Setelah menunjukkan kepada mereka muka pensayarah pembimbing saya barulah mereka gerun sedikit.
Masalah timbul lagi apabila kami tersalah mengajar kelas, Seperti yang dijadualkan kami sepatutnya mengajar 3 Efektif
tetapi murid kelas 3 Efektif tida di kawasan padang tersebut. Proses P&P tergendala sebentar. Kemudian saya meneruskan
dengan permainan kemuncak. Antara kelemahan yang ditegur adalah penggunaan kawasan, pengurusan organisasi, suara dan
pengurusan masa.
Banyak yang perlu saya perbaiki untuk menjadi guru pendidikan jasmani yang cemerlang. Terima kasih diucapkan kepada
pensyarah pembimbing kerana memberi pengalaman yang bermakna kepada kami dalam mengajar pendidikan jasmani. Saya
akan berusaha menjadi guru pendidikan jasmani \yang cemerlang, insyaAllah.
25
26
27
28
29
30
31
RUJUKAN
Kementerian Pendidikan Malaysia (2001). Sukatan PelajaranKurikulum Bersepadu Sekolah Menengah: Pendidikan Jasmani. Kuala
Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.
Mosston, M, & Ashworth, S. (2002). Teaching physical education (5th ed.): Benjamin
Cummings
http://mydegreeinmajorandminor.blogspot.com/2010/03/10.html
http://hazim7697.blogspot.com/2008/08/kecergasan-berasaskan.html
Modul Pengajaran Pendidikan Jasmani Tahun 3
32
BORANG KOLABORASI
Nama pelajar : Nur Hidayah binti Mohamed, Siti Noor Fatiah, Nurul Izzati Zulkifli
Kelas : PISMP 4D
Nama pensyarah : EN. MASYWAWI BIN MOHD NOOR
Mata pelajaran : KPPJ
TARIKH PERKARA TANDA TANGAN PELAJAR TANDA TANGAN PENSYARAH
33
top related