rajah 24: logo & lay out radio al-falah fm sumber: kajian … · demikian, perancangan yang...
Post on 19-Mar-2020
22 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Abdul Munir Ismail / TAWIS (2017)
166
Rajah 24: Logo & Lay out radio al-Falah FM
Sumber: Kajian lapangan 20 April 2017
Rajah 25: Pelajar sedang melaksanakan pengkongsian ilmu di bilik konti
Sumber: Kajian lapangan 20 April 2017
4.6 Surau al-Muttaqin SMA Mahmudiah Kuala Berang, Terengganu
4.6.1 Inovasi SIBER TV al-Huda
Rajah 26: Inovasi SIBER TV al -Huda
Sumber: Kajian lapangan 25 April 2017
Abdul Munir Ismail / TAWIS (2017)
167
SMA Mahmudiah mencipta Inovasi Siber TV al-Huda yang merupakan sebuah platform untuk mendidik dan
mengasah bakat pelajar menjadi lebih berani berada di khalayak ramai. Iamenyerupai dunia penyiaran stesen
televisyen Islamik seperti TV alhijrah dan Astro Oasis. Hasil idea inovasi ini adalah melalui perbincangan guru-
guru. Peruntukan dana diperolehi daripada sumbangan PIBG, tabungan pelajar dan sumbangan pihak luar.
Perbelanjaan melaksanakan inovasi ini adalah melebihi RM1000.00. Ini melibatkan pembelian peralatan seperti
kamera, speaker, mikrofon dan lain-lain yang dapat melancarkan pelaksanaan program. Ia boleh diakses
pengguna di laman sesawang sekolah dan You Tube. Studio yang digunakan untuk melaksanakan penyiaran ini
adalah di bilik tayangan sekolah. Tv al-Huda adalah salah satu cara untuk membentuk keyakinan diri pelajar
dalam melontar idea secara spontan berkaitan pengetahuan hal-hal agama. Ia dapat melatih pelajar berani
berhujah dan berkeyakinan diri dalam masyarakat. Di antara program yang dilaksanakan adalah program talk
show berkonsepkan Islam seperti Imam Muda dan Da`ie. Di antara tajuk yang dikupaskan seperti berbuat baik
kepada ibu bapa, masalah sosial di kalangan remaja, perbahasan berkaitan ayat-ayat al-Qur’an dan sebagainya.
Rajah 27: Contoh akses pengguna di You Tube
Sumber: https://www.youtube.com/user/psssmamahmudiah
Rajah 28: Contoh Talk Show Da’ei
Sumber: https://www.youtube.com/watch?v=FputLzt_qx4&t=68s
4.6.2 Inovasi QR Barcode Scanner
Seiring dengan pembangunan teknologi, pelbagai medium diketengahkan untuk memberi maklumat tentang
sesuatu pengetahuan. Antaranya ialah penggunaan aplikasi teknologi kod dua yang disebut kod QR sebagai
medium perantaraan untuk pencapaian sesuatu maklumat. Kod QR merupakan singkatan dari “Quick Response
Abdul Munir Ismail / TAWIS (2017)
168
Code”. Aplikasi teknologi kod dua dimensi sedang berkembang akhir-akhir ini terutamanya dengan
menggunakan kamera di telefon bimbit (Nik Mohd Firdaus Nik Zainal Abidin et al. 2014). Kelebihan yang ada
pada Kod QR kini dimanfaatkan dalam bidang pendidikan untuk mengekod pengisian, artikel, gambar, alamat
laman sesawang, profile facebook, video YouTube, alamat email, teks SMS, nombor telefon dan apa sahaja
walaupun sekadar huruf dan nombor. Kebelakangan ini di Malaysia, penggunaan Kod QR mula berkembang
untuk tujuan pemasaran, contohnya logo Kod QR ini terdapat di papan iklan dan penanda arah. Ini semua
disebabkan peningkatan dalam teknologi mudah alih khusus kepada telefon pintar yang mempunyai fungsi untuk
menyokong teknologi berkenaan (Mohamad Hafiz & Saedah 2016). Surau al-Mutaqqin mengapliklasikan
penggunaan kod QR sebagai satu kaedah dalam menyebarkan dan berkongsi pengetahuan berkaitan dengan surau
dan ilmu-ilmu agama. Kod-kod ini diletakkan di dinding sekolah dan surau bagi memudahkan pengguna untuk
mengimbas kod berkenaan. Penggunaan ini adalah sebagai suatu pendedahan kepada pelajar berkaitan dengan
penggunaan kod QR.
SURAU AL-MUTTAQIN AKTIVITI SURAU AL-MUTTAQIN Rajah 29: Contoh QR Barkode Scanner
Rajah 30: QR Barkode Scanner di dinding sekolah dan surau
Sumber: Kajian lapangan 25April 2017
Rajah 31: Sumber air hujan sebagai air wudu’
Sumber: Kajian lapangan 25 April 2017
Abdul Munir Ismail / TAWIS (2017)
169
4.7 Surau al-Ikhlas Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Omar Dungun, Terengganu
Rajah 32: Pandangan bahagian depan durau al-Ikhlas
Sumber: Kajian lapangan 26 April 2017
4.7.1 Inovasi takungan air wudu’
Lebihan air wudu’ disalurkan ke saluran paip ke takungan kolam konkrik. Dalam takungan tersebut, diletakkan
pokok bunga teratai dan peliharaan ikan puyu bagi mengelakkan pembiakan jentik-jentik. Air takungan
digunakan untuk menyiram pokok-pokok bunga di sekeliling surau. Surau al-Ikhlas telah melakukan satu kajian
dengan membahagikan kepada dua jenis air untuk disiram ke pokok-pokok. Kawasan berdekatan dengan tempat
takungan air lebihan wudu’ disiram menggunakan air tersebut manakala kawasan bersebelahan disiram air paip
biasa. Kuantiti air yang disiram adalah kuantiti yang sama banyak bagi kedua-dua kawasan. Berdasarkan
tinjauan, didapati pokok-pokok bunga yang disiram air lebihan wudu’ dilihat lebih subur dan bunga-bunga
tumbuh dengan banyak dan cantik. Manakala pokok-pokok yang disiram air paip biasa dilihat kurang subur dan
bunga-bunganya sedikit.
Rajah 33: Takungan lebihan air wudu’
Sumber: Kajian lapangan 25April 2017
Abdul Munir Ismail / TAWIS (2017)
170
Rajah 34: Takungan lebihan air wudu’
Sumber: Kajian lapangan 25April 2017
4.8 Surau Az-Zahra`, Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Janggus, Alor Star
4.8.1 Inovasi kad pengesanan rekod kitaran haid untuk pelajar perempuan
SMK Alor Janggus telah mencipta satu inovasi Green Card yang menyimpan rekod pergerakan kitaran haid.
Objektif utama adalah untuk memantapkan disiplin sekolah melalui ibadah solat dan membantu pelajar
perempuan yang menghadapi masalah kewanitaan disebabkan pusingan haid yang tidak teratur. Menurut
Responden 5, jumlah pelajar perempuan yang ramai menyukarkan guru bertugas mengesan pelajar yang uzur
syar`ie. Untuk mengatasi masalah tersebut pihak sekolah dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam dan
Jawatankuasa disiplin bergabung tenaga mewujudkan Green Card. Projek ini dapat mengatasi masalah pelajar
yang cuba mengelak daripada menunaikan solat dengan alasan uzur Syar`ie. Kaedah penggunaan Green Card
mampu mencapai kempen “Ponteng Solat Sifar” di kalangan pelajar perempuan. Pelajar yang uzur syar`ie
dikumpul di Anjung Seri Gemilang dan guru memeriksa Green Card pelajar dan waktu solat diganti dengan
ceramah agama yang berfaedah kepada pelajar.
Rajah 35: Kad pengesanan uzur syari’e (haid)
Abdul Munir Ismail / TAWIS (2017)
171
5. Kesimpulan
Penggunaan ruang yang efektif di surau sekolah boleh membawa persekitaran yang kondusif dan
menyeronokkan. Ruang dalaman surau sekolah boleh dibahagikan kepada ruang sembahyang, ruang serba guna,
ruang wanita, ruang pusat sumber, ruang wudu’ lelaki dan wanita. Penggunaan ruang di surau sekolah biasanya
bergantung kepada saiz bangunan surau sekolah dan kemudahan yang ada. Pengagihan ruang di surau sekolah
perlu dirancang dengan teliti dan harus bersesuaian setelah mengambil kira peralatan dan perabot yang akan
dimuatkan dalam surau tesebut (Basil Castaldi 1994). Bagi mewujukan keselesaan dalam pengajaran dan
pembelajaran, faktor fizikal seperti kebersihan, keindahan, kemudahan dan keselamatan harus dititik beratkan
bagi menimbulkan situasi pengajaran dan pembelajaran yang sihat di kalangan guru dan pelajar. Oleh yang
demikian, perancangan yang mengambil kira lokasi sekolah, kemudahan bagi aktiviti riadah dan landskap yang
sesuai menyumbang kepada kecergasan, psikologi dan kesihatan disamping dapat mewujudkan sumber
pembelajaran kepada warga sekolah. Landskap yang baik juga bukan sahaja menyumbang kepada ecosystem
oksigen, malah dapat menapis bunyi kenderaaan, penapis habuk kekotoran. Kesannya memberikan persekitaran
yang nyaman untuk suasana pembelajaran.
Penghargaan
Penghargaan dan terima kasih kepada RIMC UPSI kerana membiayai geran penyelidikan ini.
Rujukan
Ab. Halim Tamuri, Shahrin Awaluddin & Tajul Ariffin Nordin 2003. Fungsi surau dan keberkesanannya dalam
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam: Satu kajian di sekolah-sekolah menengah di Negeri
Selangor. Kajian penyelidikan Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Bahagian Pendidikan Islam, Surat daripada Pengarah, Bahagian Pendidikan Islam, KPM bertarikh 31 Mac 2014,
Rujukan KP(BPI)5206/3/9.8(48) bertajuk Pelaksanaan Program Bulan Dakwah Sekolah-Sekolah
Kementerian Pendidikan Malaysia Peringkat Sekolah Sempena Bulan Dakwah Negara Peringkat
Kebangsaan Tahun 2014.
Bani Hidayat Mohd Shafie & Nor Hayati Fatmi Talib. 2014. Persepsi murid terhadap penggunaan surau sekolah
di Sekolah Menengah Kebangsaan di Malaysia. The Online Journal of Islamic Education 2(1).
Bani Hidayat Mohd Shafie. 2010. Peranan Surau Sekolah Dalam Mengukuhkan Pelaksanaan Pengajaran dan
Pembelajaran Bidang Ibadah dan Akhlak Islamiah Pendidikan Islam di Sekolah-Sekolah Menengah.
Prosiding Seminar Kebangsaan Pendidikan Negara kali ke 4, hlm. 378-387.
Bani Hidayat Mohd Shafie, Nor Hayati Fatmi Talib, Mohd. Huzairi Awang @ Husain, Hajarul Bahti Zakaria,
Nabiroh Kassim & Ab. Halim Tamuri. 2010. Strategi teknik demonstrasi dan pemerhatian terhadap
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran ibadat Pendidikan Islam KBSM di surau sekolah. Prosiding
International Conference on Learner Diversity, hlm. 50-57.
Bani Hidayat Mohd Shafie & Norhayati Fatmi Talib, Hajarul Bahti Zakaria, Mohd Huzairi Husain, Nabiroh
Kassim & Ab. Halim Tamuri. 2010. Penerapan elemen-elemen ergonomik di persekitaran surau sekolah
dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam di sekolah menengah. Proceedings of The 4th
International Conference on Teacher Education.
Kamus Dewan Bahasa. 2002. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 2014. Panduan Pengurusan dan Pengimarahan Surau Sekolah, Putrajaya,
Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Mohd Redzauddin Ismail. 2008. Hubungan Rekabentuk Landskap Sekolah Dengan Pencapaian Prestasi
Akademik Pelajar Sekolah Menengah Di Besut, Terengganu. Serdang, Selangor: Universiti Putra
Malaysia.
Abdul Munir Ismail / TAWIS (2017)
172
Mohammad Hafiz Zaini & Saedah Siraj. 2016. Kebolehlaksanaan penggunaan kod quick response terhadap
pembelajaran herba kesihatan dalam kalangan pelajar institut pengajian tinggi di Malaysia. Jurnal
Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik 4(2).
Nik Mohd Firdaus Nik Zainal Abidin et al. 2014. Aplikasi Iphone: Antara teknologi maklumat dan komunikasi,
media sosial dan sebaran dakwah. Jurnal Sains Humanika.
Responden 1, Tuan Haji Abdul Rahim bin Abdul Rahman merupakan pengurus dan penyelaras surau SMK Sri
Kukup, Pontian, Johor. Temubual pada 22 Februari 2017 (Rabu) 9.00 pagi bertempat di Surau al-Falah
Sri Kukup.
Responden 2, Tuan Hj Misbahuddin bin Salleh merupakan setiausaha surau al-Muttaqin, Besut, Terengganu.
Temubual pada 4 April 2017 (Selasa) jam 10.00 pagi bertempat di surau al-Muttaqin SMA Mahmudiah.
Responden 3, Ustaz Wan Mohd Najmi bin Wan Abdul Rahman merupakan guru pendidikan Islam. Temubual
pada 19 April 2017 (Rabu) jam 10.30 pagi bertempat di surau al-Hasanah, SMK Seri Kurau, Bagan
Serai, Perak.
Responden 4, Ustazah Latifah Mohamad merupakan guru Pendidikan Islam SMK Sultan Yusuff. Temubual
pada 15 Mac 2017 (Rabu) jam 10.30 pagi bertempat di Surau An-Nur SMK Sultan Yusuff, Perak.
Responden 5, Ustazah Roshidah Awang merupakan guru Pendidikan Islam dan AJK Surau, temubual bertarikh
20 Mac 2017 (Rabu) jam 10.30 pagi bertempat di Surau Az-Zahra SMK Alor Janggus, Alor Star.
Sufean Hussin. 2001. Inovasi pendidikan di kalangan pengetua: Status pelaksanaan dan model teoretikal. Kertas
kerja Seminar Dasar dan Pengurusan Pendidikan dalam Wawasan Progresif. Universiti Malaya. Kuala
Lumpur, 20 November.
Suhanim Abdullah & Rosnaini Hamid. 2006. Pendidikan aqidah Luqman Al-Hakim: Satu analisis dalam konteks
pembangunan modal insan. Prosiding Seminar Tamadun Islam Tentang Pembangunan Modal Insan
Peringkat Kebangsaan 2006, hlm. 358.
Surat Rasmi / Pekeliling daripada Bahagian Pendidikan Islam, KP.5206 /12/5/ (17), bertarikh 2 Mac 1989.
Zaltman, G. & Duncan, R. & Holbek J. 1973. Innovations and Organizations. New York: Wiley.
♦ Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ♦ Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia ♦ Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia ♦
Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) ♦ Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan
173
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun dan Warisan Islam (TAWIS) 2017 Tamadun dan Peradaban Islam: Merekayasa Kreativiti dan Inovasi
Ibadah Dan Tahap Pengamalannya Pelajar Politeknik Zon Tengah
Mohamed Hamdan Abdullaha, Fariza Md. Shamb,c, A’dawiyah Ismailb,c
aKolej Komuniti RTC Gopeng, Gopeng, Perak, MALAYSIA bInstitut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, MALAYSIA
cJabatan Pengajian Dakwah & Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor,
MALAYSIA
Abstrak
Islam dengan jelas menyebutkan bahawa ibadah itu menuntut seluruh kehidupan manusia untuk mengabdikan diri dan
mentaati Allah SWT, tetapi ramai juga yang mengabaikan ibadah yang ditetapkan oleh ajaran Islam. Oleh itu, kajian
berkaitan ibadah telah dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengamalan ibadah Islam pelajar politeknik Zon
Tengah. Kajian berbentuk kajian rentas dan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Sampel kajian ini
tertumpu kepada pelajar Islam di politeknik Zon Tengah yang terdiri daripada 6 buah politeknik iaitu Politeknik Ungku
Omar, Ipoh 107 orang, Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang 91 orang, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
Shah Alam 71 orang, Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam 91 orang, Politeknik Banting, Selangor 20 orang dan
Politeknik Metro Kuala Lumpur 20 orang, menjadikan jumlah respondennya ialah 400 orang daripada pelajar Islam
semester akhir diploma bagi setiap politeknik tersebut. Data yang diperoleh daripada soal selidik dikumpul dan dianalisis
menggunakan perisian Statistical Packages for Social Science Version 22.0 (SPSS v22.0) bagi mendapatkan kekerapan,
peratusan dan skor min. Hasil kajian mendapati tahap pengamalan ibadah Islam yang paling tinggi ialah ‘responden
membaca doa sebelum makan’ dengan skor min 4.68 diikuti tahap yang paling rendah iaitu ‘responden sering melakukan
puasa sunat Isnin dan Khamis’ dan ‘responden sering menunaikan solat sunat tahajjud’ dengan skor minnya 3.23 dan 2.97.
Purata skor min secara keseluruhannya adalah tinggi iaitu dengan skor min 4.03. Ini menunjukkan bahawa tahap
pengamalan ibadah Islam pelajar politeknik Zon Tengah adalah baik dan pengamalan ibadah pelajar ini biasanya melalui
proses pembelajaran Pendidikan Islam dan program dakwah yang dilaksanakan di politeknik telah menunjukkan
keberhasilannya. Kajian ini mendapati, dari aspek ibadah khusus seperti solat, puasa dan doa pelajar sering
melaksanakannya. Ini menunjukkan bahawa pelajar mempunyai kesedaran untuk menunaikan amalan ibadah yang telah
ditetapkan oleh syariat.
Kata Kunci: Pengamalan Islam; ibadah; iman; tingkah laku; politeknik.
© 2017 Diterbitkan oleh HADHARI-UKM.
Pengarang Utama. Alamat e-mel: elhamra96@gmail.com
Mohamed Hamdan Abdullah et al. / TAWIS (2017)
174
1. Pengenalan
Ibadah dalam Islam mempunyai ruang lingkup yang sangat luas, meliputi semua tindakan dan aktiviti manusia
yang bermatlamat ke arah mencapai kebajikan di dunia dan di akhirat (Yusuf al-Qardhawi 1995).
Memandangkan tuntutan beribadah ini adalah berterusan hingga ke akhir hayat seseorang manusia, maka
perintah ini hendaklah dilaksanakan dengan perasaan penuh sedar, kasih dan cinta kepada Allah, kerana hanya
Allah sahaja yang patut dikasihi dan dicintai. Ibadah dalam Islam juga mempunyai ciri-ciri yang tersendiri yang
berbeza sama sekali daripada konsep ibadah di dalam agama dan kepercayaan yang lain. Antara ciri-ciri tersebut
ialah tidak ada sebarang perantaraan di antara Allah dan manusia dan tidak terikat dengan sesuatu tempat atau
masa yang tertentu.
Menurut Ibn Manzur (1994) ibadah dari segi bahasa ialah al-tha’ah iaitu taat dan kerja yang disukai
Allah SWT (al-Marbawi 1990). Ia turut diertikan sebagai pengabdian diri kepada Allah SWT (Jawatankuasa
Istilah Fiqh 1995). Di samping itu, ibadah juga boleh difahami sebagai suatu perbuatan yang dilakukan sebagai
usaha menghubungkan dan mendekatkan diri kepada Allah SWT sebagai tuhan yang disembah (Ensiklopedia
Hukum Islam t.th.). Al-Raghib al-Asfahani (1961) pula menyatakan ibadah yang merupakan kata terbitan dari
perkataan ‘abada, ya‘budu merangkumi segala perkataan dan perbuatan yang disukai Allah SWT bagaimanapun
mestilah terdiri dari dua elemen penting iaitu ilmu dan amal. Namun, ilmu adalah lebih diutamakan dari amal
kerana dengan ilmulah sesuatu amalan itu dapat dilakukan dengan sempurna dan menjadi amal yang soleh.
Menurut Abdul Halim et al. (2010) ibadah ialah menyembah, iaitu melaksanakan ketaatan kepada Allah
SWT dengan melakukan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya seperti solat menjadi bukti
ibadah kepada Allah SWT. Manakala menurut Shahrul Riza (2008), ibadah merupakan manifestasi syariat Allah
melalui perbuatan dan perlakuan seseorang untuk menunjukkan ketaatan kepada Allah.
Menurut Abdullah Nasih Ulwan (1996) matlamat utama ibadah ialah untuk menjadikan seseorang itu
ingat kepada Allah SWT, tunduk ikhlas serta meletakkan dirinya sebagai hamba yang kerdil sesuai dengan firman
Allah SWT yang bermaksud:
نا إنن أ نا ف ٱلل
أ ه إل ن ل إل بدأ قم ٱعأ
ة وأ لو ري ٱلص
١٤لكأSesungguhnya Akulah Allah; tiada Tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku
dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku.
(Taha 20:14)
Ini juga bertepatan dengan pandangan yang menjelaskan syarat untuk melengkapkan diri sebagai Muslim
yang sejati perlulah tunduk dan patuh kepada perintah Allah (Kamal & H. Zahiah 2011). Zakaria (2011) pula
menyatakan ibadah boleh dianalogikan sebagai daya pencegah maksiat dan penghapus dosa yang amat mujarab
untuk manusia. Hal ini kerana manusia tidak dapat mengelakkan diri daripada melakukan kesilapan dan dosa.
Maka ibadah seperti solat, puasa, haji dan perbuatan yang diredai Allah SWT dapat menolong seseorang
menghindarkan diri daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar. Dengan itu, mengatasi masalah gejala
sosial perlulah dari sudut pengayaan pengamalan amal ibadah yang berkualiti (Jasmi 2011).
Penciptaan manusia di alam ini bukan sekadar untuk mendiami bumi semata-mata. Bahkan mempunyai
tanggungjawab tertentu, iaitu mengabdikan diri atau beribadah kepada-Nya. Oleh itu sama ada ibadah itu
berbentuk umum atau pun khusus, ia tetap mempunyai tujuannya yang tertentu. Di antara tujuan ibadah dalam
Islam ialah sebagai tanda bersyukur dan berterima kasih atas segala nikmat kurniaan Allah (Hamka 1990).
Nikmat Allah SWT kepada manusia di muka bumi ini tidak terhitung banyaknya; beribadah adalah bertepatan
dengan fitrah kejadian manusia yang telah membuat perjanjian di alam ruh iaitu hanya akan menyembah Allah
yang Satu (Yusuf al-Qardawi 1995) dan sebagai menunaikan hak Allah, iaitu agar manusia tahu dirinya lemah,
Mohamed Hamdan Abdullah et al. / TAWIS (2017)
175
tidak ada daya dan pertolongan melainkan bantuan daripada tuhannya serta tidak boleh bergantung melainkan
kepada Allah (Yusuf al-Qardawi 1995).
Yusuf al-Qardawi (1995) telah menggariskan lima syarat utama dalam memastikan sesuatu perbuatan
manusia itu layak dinilai sebagai ibadah (Ensiklopedia Hukum Islam t.th.). Syarat pertama ialah perbuatan yang
dimaksudkan tidak bertentangan dengan syariat Islam. Perlakuan seperti berjudi misalnya sekalipun berlandaskan
niat untuk menampung perbelanjaan bagi menunaikan ibadah haji, adalah tertolak kerana judi diharamkan di
dalam Islam. Demikian juga seorang wanita yang bekerja sebagai seorang penyanyi sekalipun berniat
menjadikannya sebagai mata pencarian adalah tidak dinilai sebagai ibadah kerana suara wanita itu haram
diperdengarkan di khalayak ramai (Muhammmad Atiyyah 1987). Syarat kedua, sesuatu perbuatan itu mestilah
disertakan niat yang baik. Seorang Muslim hendaklah berhasrat murni terhadap dirinya sendiri, menjaga
kebajikan keluarganya, memberi manfaat terhadap masyarakat sekelilingnya dan menguruskan tanah air menurut
cara yang disukai Allah SWT. Syarat ketiga, sesuatu perbuatan hendaklah dilakukan dengan penuh keyakinan
dan kesempurnaan demi meraih keredhaan Allah SWT. Oleh itu, setiap Muslim yang beramal dengan hasrat
mendapatkan keredhaan dari Allah mestilah memiliki keyakinan terhadap amalannya. Dia mesti mengenali
apakah amalan yang disukai dan dibenci oleh Allah SWT (Syeikh Abu Bakar 1994). Syarat keempat, perbuatan
tersebut tidak boleh melanggar ketetapan Allah seperti tidak berlaku zalim, khianat, penipuan, atau rampasan hak
orang lain. Kegiatan jual beli yang digalakkan di dalam Islam akan berubah menjadi larangan sekiranya
bercanggah dengan perkara-perkara di atas. Manakala syarat kelima ialah urusan yang bersifat duniawi tidak
boleh mengganggu kewajipan agama. Oleh itu, kesibukan dalam menguruskan rumahtangga dan melaksanakan
sesuatu pekerjaan seperti tidak akan mendapat nilaian ibadah sekiranya menjejaskan sesuatu kewajipan dalam
agama (Yusuf al-Qardawi 1995).
Dalam ibadah, mengamalkannya akan melahirkan kesan yang sangat positif, besar dan mendalam kepada
pelakunya. Oleh itu penghayatan dalam amalan ibadah sangat penting kepada setiap individu Muslim tanpa
mengira kedudukan mereka. Antara kepentingannya ialah:
i. Dapat melahirkan kemanisan iman dan keikhlasan dalam beribadah (Shaykh al-Mubarak t.t)
ii. Dapat menghindarkan diri dari terlibat dengan perkara-perkara keji (fahsha’) dan munkar.
iii. Dapat membersihkan jiwa (tazkiyyat al-nafs) daripada sifat-sifat yang keji. (Shaykh al-Mubarak t.th.)
iv. Dapat melahirkan muslim yang menjadikan syariat Islam sebagai satu cara hidup (Yusuf al-Qardawi
1995)
v. Dapat melahirkan individu dan seterusnya masyarakat yang cemerlang di dunia dan di akhirat.
Secara kesimpulannya, ibadah dan pengamalannya sangat penting dalam membentuk jiwa dan rohani
manusia kerana ia boleh mendorong dan mengawal tingkah laku manusia. Menurut Ismail Ibrahim (1996) ibadah
dalam Islam seharusnya mendorong umat Islam menjadi manusia yang maju dan berdisiplin. Ini kerana ibadah
dalam Islam merangkumi gabungan pekerjaan hati dan badani, rohani dan jasmani. Sesuatu yang dilakukan
dengan dorongan hati dan jasmani sepatutnya akan lebih berjaya dari sesuatu yang dilakukan kerana dorongan
luaran semata-mata. Dorongan hati dan kerohanian sepatutnya menghasilkan kerja yang lebih bermutu dan
bernilai, ditambah dengan si pelakunya percaya bahawa kerjanya itu akan diberi ganjaran oleh Allah SWT. 2. Metodologi Kajian
Kaedah kajian ini merangkumi reka bentuk kajian, pemilihan lokasi kajian, pemilihan sampel kajian dan kaedah
pengumpulan data.
Mohamed Hamdan Abdullah et al. / TAWIS (2017)
176
2.1 Reka Bentuk Kajian
Reka bentuk kajian ialah kajian kertan rentas (cross sectional). Kajian ini melibatkan pendekatan kuantitatif iaitu
melalui pengedaran soal selidik yang akan bertindak sebagai instrumen kajian utama bagi kerja-kerja
pemerolehan data melalui sampel yang telah dipilih secara rawak bagi mewakili populasi. Reka bentuk kajian ini
bertujuan memperolehi maklumat umum melalui kutipan yang menyeluruh dari suatu populasi. Kajian ini juga
menggabungkan dua pendekatan penyelidikan sains sosial, iaitu dapatan daripada data-data kualitatif dan dapatan
daripada data-data kuantitatif. Data-data dari kualitatif akan melibatkan kajian-kajian pengumpulan data daripada
sumber-sumber perpustakaan termasuk penelitian dokumen-dokumen yang berkaitan. Ia bertujuan melengkapkan
dapatan daripada data-data yang akan diperolehi melalui kaedah kuantitatif. Kaedah kualitatif dan kaedah
kuantitatif digunakan bagi menjamin kesahan dapatan. Ini disebut sebagai gabungan pendekatan kuantitatif atau
proses triangulation of method. Dengan gabungan ini, kelemahan kuantitatif dapat ditampung dengan kualitatif
dan begitu juga sebaliknya (Neuman 2000).
2.2 Lokasi Kajian
Lokasi kajian yang dikaji adalah di politeknik Zon Tengah sahaja iaitu di Politeknik Ungku Omar, Ipoh,
Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Politeknik
Sultan Idris Shah, Sabak Bernam, Politeknik Banting, Selangor dan Politeknik Metro Kuala Lumpur. Pemilihan
kawasan zon ini dapat mewakili seluruh politeknik di Malaysia kerana beberapa faktor yang boleh dilihat di
politeknik Zon Tengah ini, antaranya ialah faktor senioriti, kawasan dan kategori.
2.3 Sampel Kajian
Bidang kajian ini tertumpu di politeknik Zon Tengah yang terdiri daripada 6 buah politeknik. Responden yang
dipilih dalam kajian ini ialah pelajar muslim peringkat diploma di semester akhir pengajian. Mengikut Laporan
Statistik Jabatan Hal Ehwal Pelajar di setiap politeknik Zon Tengah, bagi sesi Disember 2015 untuk pelajar Islam
peringkat Diploma di semester akhir pengajian politeknik berkenaan, jumlah populasi kajian ini ialah seramai
2960 orang. Berdasarkan jadual Krecjie dan Morgan (1970) yang dinyatakan dalam Chua (2011), nilai sampel
yang sepatutnya diambil adalah seramai 350 orang dan sampel itu sudah mencukupi. Dalam kajian ini, pengkaji
telah menambahkan bilangan sampel kepada 400 orang bagi meningkatkan tahap kebolehpercayaan terhadap
kajian ini.
2.4 Instrumen Kajian
Soal selidik kajian ini mengandungi 30 item yang meliputi soalan tentang pengamalan akidah Islam. Pengkaji
menggunakan item soal selidik yang diadaptasikan daripada instrumen yang telah dibangunkan oleh Fariza et al.
(IPI.Fariza.net.2015) dan telah dilakukan beberapa pengubahsuaian dan penambaikan agar bersesuaian dengan
tujuan kajian dan diuji kebolehpercayaan dan kesahannya semula berdasarkan kajian rintis yang telah dibuat. 3. Dapatan dan Perbincangan
Dalam bahagian ini pengkaji memulakan dahulu dengan menganalisis demografi responden kajian dan
seterusnya menganalisis dapatan kajian berkaitan tahap pengamalan akidah Islam pelajar politeknik Zon Tengah.
3.1 Analisis Demografi Responden Kajian
Merujuk Jadual 1 ialah taburan responden berdasarkan demografi. Analisis hasil kajian melalui demografi
responden kajian ini didapati jantina responden lelaki dan perempuan adalah seimbang iaitu 52.3% dan 47.8%.
Keseimbangan latar belakang responden dari aspek jantina dikawal supaya hasil kajian ini tidak berat sebelah
Mohamed Hamdan Abdullah et al. / TAWIS (2017)
177
dan tidak cenderung kepada satu jantina sahaja. Manakala taburan responden berdasarkan politeknik pula
didapati jumlah responden di Politeknik Ungku Omar (26.8%) adalah paling tinggi dalam kajian ini diikuti
Politeknik Sultan Azlan Shah dan Politeknik Sultan Idris Shah iaitu 22.8%, seterusnya dari Politeknik Sultan
Salahuddin Abdul Aziz Shah (17.8%), manakala politeknik Banting, Selangor dan Politeknik Metro Kuala
Lumpur merupakan jumlah responden paling rendah iaitu sebanyak 5.0% sahaja. Ini kerana pembahagian jumlah
responden di politeknik ini dibuat berdasarkan jumlah bilangan sebenar pelajar di semester akhir diploma dan
didapati jumlah bilangan pelajar di Politeknik Ungku Omar adalah yang paling ramai. Analisis ini dibuat bagi
mengimbangi dapatan kajian antara politeknik berkaitan. Bagi taburan umur pula majoriti responden ialah
berumur 21 tahun iaitu sebanyak 90.0% dan ini kerana kebanyakan pelajar politeknik yang dipilih masuk ke
politeknik adalah terdiri daripada kalangan pelajar lepasan SPM yang masih baru. Begitu pula bagi taburan
responden berdasarkan tahap pendidikan agama didapati semua responden telah melalui sistem pendidikan
agama di sekolah secara formal. Ini membuktikan bahawa semua responden politeknik ini mempunyai asas ilmu
pengetahuan dan pendidikan agama Islam. Oleh itu, dengan adanya dapatan demografi responden ini tahap
pengamalan akidah Islam dapat dikaji dan dianalisis dengan lebih baik dan menarik.
Jadual 1: Taburan responden berdasarkan geografi
Perkara Kekerapan Peratus
Jantina
Lelaki 209 52.3
Perempuan 191 47.8
Jumlah 400 100.0
Politeknik
Politeknik Sultan Idris Shah 91 22.8
Politeknik Sultan Azlan Shah 91 22.8
Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah 71 17.8
Politeknik Banting Selangor 20 5.0
Politeknik Metro KL 20 5.0
Politeknik Ungku Omar 107 26.8
Jumlah 400 100.0
Jabatan
Jabatan Perdagangan 151 37.8
Jabatan Kejuruteraan Elektrik 86 21.5
Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti 29 7.2
Jabatan Kejuruteraan Awam 70 17.5
Jabatan Kejuruteraan Mekanikal 64 16.0
Jumlah 400 100.0
Umur
20 tahun 21 5.25
21 tahun 360 90.0
22 tahun 12 3.0
23 tahun 5 1.25
24 tahun 2 0.5
Jumlah 400 100.0
Tahap Pendidikan Agama
Sekolah Rendah 191 47.8
SRA 119 29.8
SMA 70 17.5
STU/STAM 3 0.8
Lain-Lain 17 4.3
Jumlah 400 100.0
Sumber: Borang soal selidik 2016
Mohamed Hamdan Abdullah et al. / TAWIS (2017)
178
3.2 Tahap Pengamalan Ibadah Islam
Al-Quran menyebutkan bahawa manusia diciptakan oleh Allah SWT adalah untuk beribadah kepada-Nya (al-
Dhariyat 51: 56). Islam menuntut seluruh kehidupan manusia untuk mengabdikan diri dan mentaati Allah SWT
(Yakan 1988), manakala skop ibadah itu sangat luas merangkumi semua aspek kehidupan manusia yang
bersesuaian dengan syariat Allah SWT di samping keikhlasan kepada-Nya (Zakiah et al. 1984).
Merujuk kepada jadual 2 di bawah menunjukkan taburan responden berdasarkan item-item di dalam
tahap pengamalan ibadah Islam. Daripada hasil kajian menunjukkan bahawa skor min tertinggi ialah bagi item
‘responden membaca doa sebelum makan’ dengan skor min 4.68, diikuti ‘responden melakukan puasa di bulan
Ramadhan’ dengan skor min 4.63 dan ‘responden mandi junub bila keluar tanda-tanda hadas besar/haid’
mempunyai skor min 4.61. Seterusnya item ‘responden mengucap dua kalimah syahadah dalam kehidupan
harian’ dengan skor min 4.50 dan ‘responden belajar ilmu agama untuk diamalkan’ dengan skor min 4.49.
Hasil dapatan juga mendapati skor min yang terendah dalam kategori ini ialah ‘responden membaca al-
Quran setiap hari’ dengan skor min 3.39, diikuti item ‘responden membantu menguruskan jenazah sewaktu
berlaku kematian’ mempunyai skor min 3.28 dan item ‘responden sering menunaikan solat berjemaah di masjid’
dengan skor min 3.26. Manakala skor min paling rendah ialah bagi item ‘responden sering melakukan puasa
sunat Isnin dan Khamis’ dan ‘responden sering menunaikan solat sunat tahajjud’ dengan skor minnya 3.23 dan
2.97.
Dalam konteks kajian ini, didapati amalan-amalan wajib yang diutarakan merupakan kewajipan dalam
kehidupan seharian sebagai seorang remaja Islam iaitu seperti solat fardhu sehari semalam adalah pada skor min
yang tinggi iaitu 4.17 (77.3%). Ini menunjukkan bahawa para pelajar ini tidak pernah mengabaikan amalan
ibadah solat wajib ini. Namun demikian masih terdapat sebilangan pelajar yang masih tidak menunaikan amalan
ibadah solat fardhu mereka. Dapatan ini menyamai hasil kajian Seri Kartini (2012) menunjukkan majoriti pelajar
di politeknik menunaikan solat lima waktu setiap hari iaitu pada skor min yang tinggi 4.15 (7%). Begitu juga
dengan dapatan kajian oleh Yuseri (2003) mendapati majoriti respondennya menunaikan amalan fardhu ini
berbanding 28.8% respondennya yang merupakan pelajar-pelajar sekolah menengah di daerah Temerloh dan
Kuantan, Pahang masih cuai dengan ibadah fardhu ini. Namun dapatan kajian ini agak berlawanan dengan kajian
Azhar (2006) yang mendapati hampir separuh dari respondennya yang terdiri daripada kalangan pelajar sekolah
menengah di Sarawak tidak menunaikan solat fardhu sepenuhnya. Dapatan kajian beliau memberi gambaran
bahawa generasi pelajar sekolah menengah yang merupakan golongan remaja pada hari ini sedang menghadapi
masalah besar dalam menunaikan kewajipan asas mereka sebagai seorang Muslim.
Begitu juga dengan amalan wajib yang lain seperti berpuasa, menunaikan zakat dan niat dalam
menunaikan haji. Daripada analisis kajian ini, mendapati bahawa semua amalan wajib bagi responden mendapat
skor min yang tinggi kecuali pada pemberian zakat sahaja mendapat skor min yang sederhana. Ini mungkin
kerana responden masih di bawah tanggungjawab bapanya yang mengeluarkan zakat untuknya. Oleh itu mereka
kurang mengetahui dan kurang mengambil maklum tentang pemberian zakat ini.
Secara keseluruhannya tahap pengamalan ibadah Islam ini adalah pada skor min yang tinggi kerana
kebanyakan item-itemnya adalah pada tahap skor min tinggi berbanding hanya 7 sahaja yang mempunyai skor
min sederhana. Dapatan kajian ini menyamai hasil kajian Seri Kartini (2012) yang mendapati 94% respondennya
daripada pelajar Politeknik Ungku Omar berada pada tahap pengamalan ibadah yang tinggi. Dapatan kajian ini
berbeza dengan hasil kajian Alias (2010) yang mendapati tingkah laku pelajar-pelajar politeknik seluruh
Malaysia dari aspek ibadah berada pada tahap yang sederhana. Namun demikian, dapatan kajian ini turut juga
top related