pusat tuisyen didikan genius program bahasa malaysia ...€¦ · 2. kata arah 1. kata arah...
Post on 06-Jul-2020
14 Views
Preview:
TRANSCRIPT
@
Pusat Tuisyen Didikan Genius
Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest
Modul PT3
SM 308
Nama : _____________________________
Format Bahasa Melayu PT3
Kertas 1 : 60% (1 Jam 30 minit)
Bahagian A: (20%)
20 Soalan aneka pilihan
a. Sistem bahasa
b. Pemahaman teks (Prosa /novel/ puisi)
Bahagian B: (25%)
Soalan 1: Objektif pelbagai bentuk (5 markah)
Soalan 2: Respons terhad - Pemahaman teks (prosa / puisi) (10%)
Soalan 3: Respons terhad - Novel (10%)
Bahagian C: (15%)
Pemindahan maklumat : Ulasan / Ringkasan / Rumusan (pilih 1 daripada
2)
Kertas 2 : 40% (1 jam)
Bahagian A: (10%)
Penulisan karangan pendek (Berdasarkan idea yang diberikan)
Bahagian B: (30%)
Penulisan karangan (pilih 1 daripada 3 tema)
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Sistem Bahasa
Bahagian A
A. Golongan Kata
1. Kata Nafi dan Kata Pemeri
Kata Nafi
1. Terbahagi kepada dua, iaitu tidak dan bukan.
2. Kata nafi tidak digunakan sebelum frasa kerja dan frasa adjektif. Contoh:
i. Suzana tidak hadir ke sekolah. (FK)
ii. Bangunan itu tidak tinggi. (FA)
3. Kata nafi bukan digunakan sebelum frasa nama dan frasa sendi nama. Contoh:
i. Pemuda itu bukan abang saya. (FN)
ii. Hadiah itu bukan untuk Ahmad. (FSN)
Kata Pemeri
1. Terbahagi kepada dua, iaitu ialah dan adalah.
2. Kata pemeri ialah hadir di hadapan frasa nama.
Contoh:
i. A.Samad Said ialah seniman negara. (FN)
ii. Lelaki itu ialah ayah saya. (FN)
3. Kata pemeri adalah hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama.
Contoh:
i. Markah saya adalah paling tinggi. (FA)
ii. Bas ekspres itu adalah dari Perak. (FSN)
Latihan:
Soalan 1-4
Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Tandakan sama ada A, B,
atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.
1. Aspek yang penting diamalkan dalam hidup kita ialah dengan menjaga
A B C
kebersihan diri dan persekitaran. Tiada kesalahan.
D
Program Bahasa Melayu Edubest - SM305_PT3_2020 1
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
2. Wanita yang berbaju kurung dan bertudung itu adalah kakaknya yang belajar
A B C
di luar negara. Tiada kesalahan.
D
3. Saya bukan suka berkawan dengan budak yang nakal itu kerana takut
A B
terikut-ikut akan perangainya yang gemar membuang masa. Tiada kesalahan.
C D
4. Air sungai itu bukan dapat mengalir dengan deras kerana sudah cetek di
A B C
camping banyak terdapat sampah di dalamnya. Tiada kesalahan.
D
Soalan 5-6
Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mempunyai
kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak.
Tandakan sama ada A, B, atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan
D jika tiada kesalahan.
5. Keputusan ujian bulanan itu menunjukkan Adib ialah lebih pandai daripada
Asyraf.
A. ialah lebih pandai dari
B. adalah pandai dari
C. adalah lebih pandai daripada
D. ialah lebih pandai daripada
6. Rizal tidak suka bergantung pada orang lain untuk mendapatkan pekerjaan.
A. tidak bukan suka bergantung
B. bukan suka bergantung
C. bukan tidak suka bergantung
D. tidak suka bergantung
Soalan 7-8
Pilih ayat-ayat yang betul.
7. I Pemain bola keranjang itu bukan tinggi sangat.
II Orang yang dicari oleh pemuda itu tidak tinggal di sini lagi.
Program Bahasa Melayu Edubest - SM305_PT3_2020 2
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
III Congkak ialah permainan tradisional yang masih kekal hingga kini.
IV Minuman yang digemari oleh ayah saya adalah jus oren.
A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan III
8. I Kamil bukan datang ke rumah saya semalam.
II Hadiah itu tidak untuk Siti Syahirah.
III Papan ini adalah untuk membuat reban ayam.
IV Warna bendera negeri Pahang adalah hitam dan putih.
A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan IV
2. Kata Arah
1. Kata arah berfungsi untuk menunjukkan arah atau jurusan.
2. Kata ini tergolong dalam kata tugas.
3. Kata arah hadir sebelum frasa nama dan lazimnya selepas kata sendi nama.
4. Senarai kata arah ialah:
atas X bawah
tepi X tengah
= pinggir
= sisi
= samping
belakang X depan
dalam X luar
penjuru = sudut
pangkal X hujung
puncak X kaki
hulu X hilir
segi
seberang
antara
Program Bahasa Melayu Edubest - SM305_PT3_2020 3
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Latihan:
Soalan 1-4
Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.
1. Dari __________ pandangan Islam, syurga terletak di telapak kaki ibu.
A. sebelah
B. dalam
C. sudut
D. samping
2. Ayah melarang kami lalu-lalang di ___________ orang tua yang sedang
berbual kerana perbuatan itu tidak sopan.
A. belakang
B. hadapan
C. tepi
D. sebelah
Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.
3. Kebanyakan rumah di ___________ bukit mengalami risiko tanah runtuh
terutama ketika hujan lebat.
A. atas
B. pinggir
C. tengah
D. antara
4. Lif di hotel itu rosak di ___________ tingkat sepuluh dengan sebelas.
A. antara
B. bawah
C. tengah
D. dasar
Program Bahasa Melayu Edubest - SM305_PT3_2020 4
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Soalan 5-6
Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Tandakan sama ada A, B,
atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.
5. Para pelajar tidak dibenarkan masuk dalam dewan sebelum dibenarkan berbuat
A B C
demikian. Tiada kesalahan.
D
6. Pihak juri memilih Safuan sebagai pemidato terbaik apabila melihat dari segi
A B
kepetahannya berhujah. Tiada kesalahan.
C D
Soalan 7-8
Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mempunyai
kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak.
Tandakan sama ada A, B, atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan
D jika tiada kesalahan.
7. Lelaki tua itu berehat di sudut sungai itu untuk menghilangkan keletihan setelah
penat berjalan.
A. berehat di dasar sungai
B. berehat di tepi sungai
C. berehat di penjuru sungai
D. berehat di sudut sungai
8. Hakimi sentiasa berada di samping ayahnya sebelum ayahnya menghembuskan
nafasnya yang terakhir.
A. sentiasa berada di hujung
B. sentiasa berada di atas
C. sentiasa berada di hadapan
D. sentiasa berada di samping
Program Bahasa Melayu Edubest - SM305_PT3_2020 5
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
3. Kata Bilangan
1. Kata bilangan menjadi penerang jumlah kepada frasa nama.
2. Kata bilangan terbahagi kepada enam jenis:
i. Kata bilangan tentu- dua, sejuta
ii. Kata bilangan tak tentu
a. segala g. sebahagian
b. semua h. sesetengah
c. para i. segelintir
d. beberapa
e. sekalian
f. seluruh
iii. Kata bilangan himpunan- ketiga-tiga, berguni-guni.
iv. Kata bilangan pisahan- setiap, tiap-tiap, masing-masing.
v. Kata bilangan pecahan- setengah, sepertiga, separuh.
vi. Kata bilangan tingkat – pertama, kedua, kesejuta
Latihan:
Soalan 1-4
Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.
1. Lazimnya, pekerja swasta bekerja __________ hari pada hari Sabtu.
A. segala
B. setengah
C. setiap
D. seluruh
2. Setiap wanita memang mengimpikan untuk memiliki __________ permata.
A. seketul
B. sepotong
C. sebiji
D. sebutir
Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.
Program Bahasa Melayu Edubest - SM305_PT3_2020 6
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
3. Abang membawa beberapa __________ mata kail yang diletakkan di dalam kotak
khas ketika memancing ikan.
A. biji
B. butir
C. bilah
D. bentuk
4. Pak Cik Hamzah membeli dua __________ dawai di kedai yang menjual
peralatan logam.
A. relung
B. gelung
C. batang
D. bidang
Soalan 5-6
Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Tandakan sama ada A, B,
atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.
5. Puan Wanda berasa gembira kerana kedua anaknya dinobatkan sebagai pelajar
A B
cemerlang di sekolah. Tiada kesalahan.
C D
6. Para pelajar Tingkatan 3 Bersih membuat tugasan masing-masing seperti
A B
yang diarahkan oleh guru mereka. Tiada kesalahan.
C D
Soalan 7-8
Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mempunyai
kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak.
Program Bahasa Melayu Edubest - SM305_PT3_2020 7
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Tandakan sama ada A, B, atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan
D jika tiada kesalahan.
7. Sebahagian daripada harta-harta pusaka itu disumbangkan kepada rumah
kebajikan.
A. Sebahagian harta
B. Sebahagian dari harta
C. Sebahagian daripada harta
D. Sebahagian daripada harta-harta
8. Banyak pepohon kelapa yang sudah tua itu ditebang untuk mengelakkannya
tumbang apabila ditiup angin kencang.
A. Banyak pohon-pohon kelapa
B. Pepohon-pepohon kelapa
C. Pohon-pohon kelapa
D. Banyak pepohon kelapa
B. Penggunaan Kata Dalam Ayat
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.
1.
I Selama-lamanya ibu akan menetap di rumah saya di bandar ialah seminggu.
II Jika malas berusaha, kita akan ketinggalan dalam semua aspek selama-lamanya.
III Oleh sebab orang terlalu banyak, tidak wajarlah dia selama-lamanya di kaunter bayaran
itu.
IV Selama-lamanya hutang yang dibayarnya secara beransur-ansur itu langsai juga.
A. I dan II
B. II dan IV
C. I, II, dan III
D. I, III, dan IV
2.
I Lori pengangkut pasir yang lalu-lalang di kampung itu rupa-rupanya beroperasi secara
haram.
II Cikgu Munna mengarahkan Neela dan Laili mengemaskan buku yang lalu-lalang di
Program Bahasa Melayu Edubest - SM305_PT3_2020 8
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
atas rak itu.
III Keadaan lalu-lalang di Jalan Cheras dan jalan-jalan sekitarnya amat sibuk menjelang
pukul tujuh pagi.
IV Kata-kata yang berunsur negatif lalu-lalang dari mulut orang yang kurang siuman
itu.
A. I dan IV
B. II dan III
C. I, II, dan IV
D. I, III, dan IV
3.
I Ishak berjanji untuk mengunjungi bapa saudaranya jika ada tempoh untuk berbuat
demikian.
II Pegawai yang menyelewengkan harta syarikat itu diberi tempoh seminggu untuk
meletakkan jawatan.
III "Encik Patrick tidak ada di rumahnya tempoh saya sampai sebentar tadi," kata Puspa.
IV Tempoh lagu yang dicipta oleh penggubah terkenal itu sangat perlahan.
A. I dan IV
B. II dan III
C. I, II, dan III
D. II, III, dan IV
C. Memilih Frasa Yang Betul
Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mempunyai
kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak.
1. Bapa berjanji kepada Encik Thong untuk membincangkan tentang tawaran beliau
dengan ahli keluarganya lebih dahulu.
A. membincang tawaran
B. membincangkan tawaran
C. berbincang tawaran
D. membincangkan tentang tawaran
2. Tempat meletak kereta di hadapan bangunan itu sentiasa dipenuhi kenderaan,
khususnya pada waktu kerja.
A. Tempat kenderaan
Program Bahasa Melayu Edubest - SM305_PT3_2020 9
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
B. Tempat letak kenderaan
C. Tempat meletakkan kenderaan
D. Tempat meletak kenderaan
3. Kakak akan dinikahi dengan seorang hartawan yang baru kematian isteri.
A. akan dinikahkan dengan
B. akan dinikahkan oleh
C. akan dinikah dengan
D. akan dinikahi dengan
D. Memilih Ayat Yang Betul
Pilih ayat-ayat yang betul.
1. I Pondok yang didirikan oleh kami bertiga roboh dalam hujan ribut itu.
II Kasutnya yang longgar menyebabkan dia tidak dapat berjalan dengan pantas.
III Keadaan laut yang menggelora menyukarkan pelayaran mereka.
IV Keinginannya untuk memiliki basikal baharu itu disampaikannya kepada ayahnya.
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan IV
D. I, II, dan IV
2. I Dia berjaya setelah mencuba selama tiga kali.
II Konsep pengiklanan berubah mengikut perubahan zaman.
III Papan iklan elektronik digunakan di kebanyakan pusat beli-belah di Kuala Lumpur.
IV Majlis Perbandaran Ampang Jaya bercadang untuk melebarkan jalan-jalan yang
sempit itu.
A. I dan IV
B. II dan III
C. I, II, III, dan IV
D. II, III, dan IV
3. I Ayah saya kurang bersetuju untuk melancong ke luar negara pada masa kegawatan
ekonomi.
II Beberapa orang pemuda angkat kereta yang terbenam di dalam lumpur itu.
III Pendidikan merupakan asas yang kukuh untuk memajukan sesebuah negara.
Program Bahasa Melayu Edubest - SM305_PT3_2020 10
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
IV Pengetua sedang menyampaikan hadiah kepada pelajar cemerlang PMR.
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan III
D. III dan IV
E. Memilih Ayat Yang Sama Maksud
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau yang mempunyai maksud
yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal.
1. Jika kenaikan gaji tidak diikuti dengan langkah kawalan harga barang oleh
kerajaan, inflasi mungkin berlaku.
A. Kerajaan mungkin mengalami inflasi jika langkah kawalan harga barang tidak
diikuti oleh kenaikan gaji.
B. Inflasi yang berkemungkinan menyebabkan kenaikan gaji akan memaksa kerajaan
mengawal harga barang.
C. Kerajaan yang mengawal harga barang berkemungkinan akan menyebabkan inflasi
kerana gaji mulai naik.
D. Inflasi berkemungkinan terjadi apabila kenaikan gaji tidak disusuli oleh usaha
kerajaan untuk mengawal harga barang.
2. Walaupun pelbagai usaha pembaharuan diperkenalkan oleh kerajaan,
setengahsetengah masyarakat desa masih enggan menerima perubahan.
A. Keengganan sesetengah masyarakat desa untuk menerima perubahan berpunca
daripada usaha pembaharuan kerajaan yang terlalu banyak.
B. Dalam kalangan masyarakat desa, terdapat sebilangan penduduk yang masih
tidak mahu menerima perubahan meskipun pelbagai usaha pembaharuan
dilakukan oleh kerajaan.
C. Usaha pembaharuan yang lain perlu dijalankan agar sesetengah masyarakat desa
dapat menerima perubahan yang dikehendaki oleh kerajaan.
D. Usaha pembaharuan yang berbagai-bagai oleh kerajaan masih tidak mencukupi
untuk membolehkan sesetengah masyarakat kampung menerima perubahan.
3. Semua sahabat Encik Ong tidak begitu setuju dengan cadangannya untuk
membuka perniagaan tersebut kerana mereka tahu bahawa dia kekurangan
modal.
A. Kawan-kawan Encik Ong enggan menyokong cadangannya untuk membuka
perniagaan itu kerana dia kekurangan modal.
B. Rakan-rakan Encik Ong kurang senang dengan keinginannya untuk membuka
Program Bahasa Melayu Edubest - SM305_PT3_2020 11
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
perniagaan tersebut memandangkan dia tidak mempunyai modal yang cukup.
C. Memandangkan Encik Ong tidak mempunyai modal yang secukupnya, semua
temannya menentang usahanya untuk membuka perniagaan baharu itu.
D. Semua sahabat Encik Ong akan hanya menyokong cadangannya untuk
membuka perniagaannya baharu itu jika dia mempunyai modal yang cukup.
F. Peribahasa
Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi soalan-soalan di bawah ini.
1. Usahawan itu berjaya berkat kesabaran dan ketabahannya dalam perniagaan setelah
melalui keperitan hidaup sebelum itu.
Usaha usahawan itu ibarat _________.
A. sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain
B. anjing menyalak bukit
C. berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
D. harapkan guruh di langit, air tempayan dicurahkan
2. Soo Thien hanya kerani di syarikat tersebut, tetapi lagaknya seperti tuan punya
syarikat itu.
Tingkah laku Soo Thien itu seperti ___________.
A. kera mendapat bunga
B. bakar air hendakkan abu
C. cacing hendak menjadi naga
D. kaduk naik junjung
3. Setelah berjaya menjawat jawatan tinggi, Tenggang tidak menghiraukan
kesengsaraan ibunya lagi.
Perbuatan Tenggang itu ibarat ____________.
A. alah bisa tegal biasa
B. kacang lupakan kulit
C. enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing
D. diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat
( / )
Program Bahasa Melayu Edubest - SM305_PT3_2020 12
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Bahagian B
1 Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan tatabahasa. Gariskan
kesalahan tersebut dan tulis jawapannya pada ruangan yang disediakan. Anda
tidak perlu menyalin ayat itu semula.
Jenis kesalahan tatabahasa:
• Kata tugas
• Ayat
• Istilah
• Imbuhan
• Hukum DM
Ayat Jenis Kesalahan
Tatabahasa
(i) Sebahagian dari penduduk kampung tidak bersetuju
dengan pelantikan Tuan Haji Ismail sebagai ketua
kampung.
(ii) Stesen minyak-stesen minyak di negara kita diminta
mengehadkan penjualan minyak diesel kepada warga asing.
(iii) Aina dan Aleesa akan menyambung pengajian di luar
negara dalam bidang kejuruteraan di tahun hadapan.
(iv) Kita hendaklah menghormati kedua ibu bapa kita
kerana mereka sangat berjasa kepada kita.
( /8)
Program Bahasa Melayu Edubest - SM305_PT3_2020 13
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
2 Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti dan
betulkan kesalahan tersebut. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
Jenis kesalahan ejaan:
• Kata majmuk
• BA →BM
• Vokal (a e i o u)
• Tanda baca (Aa / “ ” / - )
• Imbuhan (gg & kk)
Ayat Jenis Kesalahan
Ejaan
(i) Semua pusat melupuskan sampah hendaklah dikawal
oleh pengawal keselamatan untuk mengelakkan
pencerobohan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
(ii) Syarikat kereta nasional telah mensasarkan
pertambahan jualan sebanyak 10% pada tahun ini.
(iii) Pengerusi mesyuarat telah mengsyorkan agar sambutan
hari keluarga diadakan di salah sebuah hotel terkemuka di
utara tanah air.
( /3)
Program Bahasa Melayu Edubest - SM305_PT3_2020 14
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
3. Tukar ayat aktif di bawah kepada ayat pasif.
Teknik : Kenal pasti :
Subjek : Ali / Saya / Mereka
Kata kerja : membaca
Objek : buku itu
Frasa sendi / hubung : di bilik
2. Tukar kedudukan subjek dan objek. Frasa sendi / hubung kekal di belakang
Nota : Subjek (orang) pihak pertama (saya & kami) dan kedua (kamu dan kalian) →
tidak boleh guna “di…oleh”
Contoh : Saya membaca buku itu di bilik
➔ Buku itu saya baca.
Hanya subjek pihak ketiga (dia & nama orang) guna “di…oleh”
Mereka membaca buku itu di bilik
➔ Buku itu dibaca oleh mereka di bilik.
(i) Saya akan menghasilkan beberapa buah buku novel sebelum penghujung tahun ini.
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
(ii) Pada setiap petang, Abu dan Yana menyiram pokok-pokok bunga di halaman
rumah.
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
Program Bahasa Melayu Edubest - SM305_PT3_2020 15
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
(iii) Sejak kebelakangan ini, ayah sering menghantar ibu ke hospital untuk menjalani
rawatan.
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
(iv) Semua pelajar yang bakal menduduki peperiksaan mengikuti program
kecemerlangan akademik di sekolah.
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
(v) Kami menziarahi bapa saudaraSimpson yang sedang terlantar di hospital.
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
( /10)
Program Bahasa Melayu Edubest - SM305_PT3_2020 16
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
4. Lihat gambar di bawah. Kemudian tulis satu peribahasa yang sesuai dengan
gambar tersebut.
( /4)
Program Bahasa Melayu Edubest - SM305_PT3_2020 17
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Penulisan :
A. Ulasan (15%)
Baca dialog di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam
gambar tersebut. Tulis ulasan tentang sumbangan sektor pelancongan kepada
negara yang panjangnya antara 80 sehingga 100 patah perkataan.
Program Bahasa Melayu Edubest - SM305_PT3_2020 18
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
B. Karangan Pendek (10%) – 15 minit
Berdasarkan notisyang diberikan, tulis sebuah karangan pendek.
Isi :
Program Bahasa Melayu Edubest - SM305_PT3_2020 19
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
C. Karangan Umum (30%)
Karangan Jenis Surat Tidak Rasmi
Panduan Menulis Karangan Jenis Surat Tidak Rasmi
• Karangan ini jenis berformat
• Ada beberapa jenis surat tidak rasmi, iaitu surat bertanya khabar, surat untuk
mendapatkan maklumat, surat tahniah, dan surat takziah.
• Walaupun surat ini tidak berbentuk rasmi, tetapi penggunaan bahasa perlu
dengan mematuhi hukum tatabahasa.
• Gunakan bahasa yang mudah, tepat dan padat yang sesuai kepada sasaran
penerima.
• Gunakan panggilan yang sesuai seperti kakanda/kanda, ibunda/bonda, ayahanda,
nenda, dan cucunda.
• Format surat kiriman tidak rasmi adalah:
i) Alamat pengirim ditulis sepenuhnya di sudut atas sebelah kanan surat
ii) Tarikh ditulis di bawah alamat pengirim dan bubuh tanda titik ( . )
dihujungnya.
iii) Pembuka kata dimulakan dari tepi mengikut format penulisan baharu
iv) Kata ganti diri penerima ditulis disebelah kiri tepi surat ( tidak perlu ke
dalam sedikit )
v) Perenggan isi dimulakan ke dalam sedikit.
vi) Penutup dimulakan ke dalam sedikit
vii) Pengakuan pengirim ditulis di sebelah kanan surat selepas dua atau tiga
baris kosong dari penutup dan diakhiri tanda koma ( , ) .Huruf pertama pada
kata pertama mestilah huruf besar.
viii) Tandatangan ditulis di bawah pengakuan pengirim.
ix) Nama pengirim boleh ditulis atau tidak
• Kelemahan calon ialah menulis menyalahi format yang ditetapkan.
Sesetengahnya mencampuradukkan dengan format surat kiriman rasmi.
Terdapat calon menggunakan bahasa basahan dan tidak menggunakan kata
penghadap ( panggilan hormat yang betul ). Contohnya, menggunakan
panggilan ayah sedangkan sepatutnya ayahanda.
Program Bahasa Melayu Edubest - SM305_PT3_2020 20
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Contoh: Rakan baik anda selalu ponteng sekolah. Akibatnya dia selalu dimarahi oleh guru
kerana tidak menghantar kerja rumah. Tulis sepucuk surat kepadanya untuk
menyuntik semangat dan nasihat kepadanya.
No. 13, Jalan Anggerik,
Taman Flora,
83000 Batu Pahat,
Johor Darul Takzim.
20 Ogos 2019.
Menemui sahabat karibku Atilia yang kini berada di Taman Nusa, Batu Pahat,
dengan selamatnya.
Sahabatku,
Apa khabar saudari sekarang? Tentunya saudari sedang membaca buku
pelajaran di rumah. Saya berharap agar saudari sentiasa gembira di samping keluarga
tercinta.
Minggu lepas saya berjumpa dengan kawan-kawan lama kita semasa di sekolah
rendah, iaitu Nana, Tini, Azura, dan Fifi. Mereka ada memberitahu saya tentang
masalah saudari sekarang. Khabarnya saudari kerap ponteng sekolah. Dalam seminggu
dua atau tiga hari saudari ponteng. Mereka juga ada mengatakan bahawa saudari telah
diberi amaran yang ketiga oleh pihak sekolah. Apakah masalah yang saudari hadapi
sebenarnya?
Pada pendapat saya, saudari perlulah meluahkan masalah yang dihadapi kepada
seseorang yang boleh dipercayai. Saya yakin saudari adalah anak yang baik sebelum
ini. Setiap masalah yang dihadapi ada jalan penyelesaiannya. Janganlah saudari
meneruskan tabiat buruk ini kerana yang rugi ialah saudari sendiri.
Selain itu, saudari perlulah memikirkan masa depan saudari dan keluarga.
Sekiranya saudari tidak meneruskan persekolahan, dapatkah saudari menyara
kehidupan diri sendiri apabila dewasa nanti? Apakah pekerjaan yang dapat saudari
lakukan sekiranya tidak mempunyai kelulusan apatah lagi setakat bersekolah hingga
Tingkatan Dua?
Program Bahasa Melayu Edubest - SM305_PT3_2020 21
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Sebagai seorang rakan, saya amat bersedih sekiranya saudari terus ponteng
sekolah tanpa alasan yang munasabah. Fikirkanlah nasihat ikhlas saya ini demi masa
depan saudari. Saya mahu saudari cepat sedar dan membaiki kelemahan diri agar kita
akan sarna-sarna dapat menjejakkan kaki ke menara gading suatu hari kelak.
Baiklah saudari, saya merasakan surat ini sudah terlalu panjang. Saya berharap
agar saudari berubah sikap ke arah yang lebih positif. Salam persahabatan daripada
saya. Semoga berjumpa lagi.
Sekian, terima kasih. Yang benar,
Aimi Nadia
Latihan :
1. Pada cuti akan datang, anda tidak dapat pulang ke kampung. Tulis sepucuk
surat kepada ibu bapa anda untuk memberitahu mereka tentang rancangan anda
sepanjang musim cuti tersebut.
2. Anda telah berpindah ke tempat baharu. Tulis sepucuk surat kepada rakan
sedarjah anda di sekolah lama untuk menceritakan tempat baharu anda.
Program Bahasa Melayu Edubest - SM305_PT3_2020 22
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Pelan Lokasi
@
Pusat Tuisyen Didikan Genius
No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur.
Tel: 03-7983 7650
http://www.edubest.com.my
top related