psz 19:16 (pind. 1/97) borang pengesahan status tesis filealamat tetap : 276, blok 18, (f) raja...
Post on 16-Aug-2019
228 Views
Preview:
TRANSCRIPT
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL : PERSEPSI PENGENDALI – PENGENDALI MAKANAN TERHADAP AMALAN
KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN DI TAMAN SERI PULAI, JOHOR
SESI PENGAJIAN : 2007 / 008
Saya : MAZILAH BINTI IBRAHIM
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :
1. Hakmilik tesis adalah dibawah nama penulis melainkan penulisan sebagai projek bersama dan
dibiayai oleh UTM, hakmiliknya adalah kepunyaan UTM. 2. Naskah salinan di dalam bentuk kertas atau mikro hanya boleh dibuat dengan kebenaran bertulis
daripada penulis. 3. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian
mereka. 4. Tesis hanya boleh diterbitkan dengan kebenaran penulis. Bayaran royalti adalah mengikut kadar
yang dipersetujui kelak. 5.*Saya membenarkan/tidak membenarkan Perpustakaan membuat salinan tesis ini sebagai bahan
pertukaran di antara institusi pengajian tinggi. 6. **Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentinganMalaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/
badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD Disahkan oleh
__________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : 276, Blok 18, (f) Raja Alias 1 PM. DR. HJ ABDUL WAHID B MUKHARI 72120 Bandar Seri Jempol
Negeri Sembilan
Tarikh : 21 APRIL 2008 Tarikh : 21 APRIL 2008
(NAMA PENYELIA)
√
CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika Tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
i
PERSEPSI PENGENDALI-PENGENDALI MAKANAN TERHADAP AMALAN
KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN DI TAMAN SERI PULAI, JOHOR
MAZILAH BINTI IBRAHIM
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
( Kemahiran Hidup )
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
April 2008
ii
Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.
Tandatangan :
Nama Penulis : MAZILAH BINTI IBRAHIM
Tarikh : 21 APRIL 2008
iii
DEDIKASI
Buat ibuku yang tersayang, Jamnah bt Mohamad:
Harapan dan cita-citamu telah ku tunaikan.
Buat bapaku yang aku hormati, Ibrahim b Sulaiman:
Segala bantuan dan dorongan yang dihulurkan sangat aku hargai.
Istimewa buat suamiku yang tercinta, Saiful Adli b Jamil:
Sesungguhnya doa restu, kesabaran, pengorbanan dan pengertianmu akan tersemat di
dalam ingatanku selagi hayat di kandung badan.
Buat anakku tersayang, Amsyar b Saiful Adli:
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi buatmu.
Buat Penyelia, PM. Dr. Haji Abdul Wahid B Mukhari:
Terima kasih atas segala ilmu dan tunjuk ajar yang diberikan kepadaku
iv
PENGHARGAAN
Syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan limpah kurniaNya dapat
saya menyempurnakan projek kajian ini dengan jayanya. Saya ingin mengambil
kesempatan ini untuk merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan
terima kasih buat PM. Dr. Hj. Abdul Wahid bin Mukhari selaku penyelia Projek Sarjana
Muda yang telah banyak memberi bimbingan, nasihat, buah fikiran dan tunjuk ajar yang
membina hingga membolehkan saya menyempurnakan projek ini.
Terima kasih juga dirakamkan kepada para pensyarah, rakan-rakan seperjuangan
dan tidak lupa juga kepada semua yang terlibat dan banyak membantu memberikan
kerjasama bagi menjayakan projek penulisan ini.
Akhir sekali istimewa untuk suami, pengorbanan serta dorongan yang diberikan
amat dihargai. Semoga segala pengorbanan kalian mendapat keberkatan dari Allah s.w.t.
v
ABSTRAK
Kajian ini merupakan satu tinjauan untuk mengetahui persepsi pengendali-
pengendali makanan terhadap amalan kebersihan dan keselamatan di Taman Seri Pulai,
Johor Bahru. Ianya bertujuan untuk mengetahui persepsi para pengendali makanan
terhadap amalan kebersihan diri, kebersihan dan keselamatan peralatan-peralatan
memasak dan mengidang, kebersihan tempat-tempat penyediaan makanan dan
penggunaan bahan pembungkusan yang selamat. Seramai 66 orang pengendali makanan
dari Taman Seri Pulai dipilih sebagai responden kajian ini. Kajian ini di jalankan dengan
mengedarkan satu set soal selidik kepada responden. Data telah di analisis secara
statistik diskriptif dengan menggunakan program Statistical Package For Social Sciences
( SPSS ) 15.0 For Windows. Hasil kajian mendapati pengendali-pengendali makanan
berpendapat bahawa amalan kebersihan dan keselamatan perlu diamalkan semasa
mengendalikan makanan.
vi
ABSTRACT
The purpose of this study is to identify the perception of the food-sellers towards
the hygiene and safety practice at Taman Seri Pulai, Johor Bahru. This study was
conducted in order to identify the perception of the food-sellers toward self-hygiene, the
cleanliness and safety of cooking and serving utensils, the food preparation area and
food packaging. 66 food-sellers from Taman Seri Pulai were selected to participate in
the study. A set of questionnaire was distributed to respondents. The data gathered were
analyzed using Statistical Package for Social Science (SPSS) 15.0 For Windows. The
findings showed that the food-sellers believed that safety hygiene must be practiced in
handling food.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
TAJUK KAJIAN i
HALAMAN PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTARCT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL x
SENARAI SINGKATAN xii
SENARAI LAMPIRAN xiii
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latarbelakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 6
1.4 Persoalan Kajian 7
1.5 Objektif Kajian 7
1.6 Kepentingan Kajian 8
viii
1.7 Batasan Kajian 10
1.8 Definisi Istilah 10
BAB 2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 13
2.2 Pengetahuan 17
2.3 Kebersihan Diri 18
2.4 Kebersihan Dan Keselamatan Peralatan 22
2.5 Kebersihan Dan Keselamatan Tempat
Penyediaan Makanan 24
2.6 Pembungkusan Makanan Yang Selamat 26
BAB 3 METADOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 29
3.2 Rekabentuk Kajian 29
3.3 Tempat Kajian 30
3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 30
3.5 Instrumen Kajian 31
3.6 Prosedur Kajian 33
3.7 Kajian Rintis 34
3.8 Analisis Data 36
3.9 Kesimpulan 37
ix
BAB 4 ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA
4.1 Pengenalan 38
4.2 Analisis Soalan Bahagian A 39
4.3 Analisis Data Bahagian B 42
4.4 Purata Min Berdasarkan Soalan Kajian 52
BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 54
5.2 Rumusan 55
5.3 Perbincangan 58
5.4 Cadangan 62
RUJUKAN 65
LAMPIRAN A 68
LAMPIRAN B 69
LAMPIRAN C 70
x
SENARAI JADUAL
NO.JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Taburan item bagi setiap persoalan kajian 32
3.2 Skala lima mata 33
3.3 Nilai koefisyen mengikut persoalan kajian 35
3.4 Skor min 37
4.1 Taburan responden keseluruhan mengikut jantina 39
4.2 Taburan keseluruhan responden berdasarkan kaum 40
4.3 Taburan responden mengikut umur 41
4.4 Taburan responden mengikut pengalaman dalam perniagaan
makanan 41
4.5 Taburan item bagi setiap persoalan kajian 43
4.6 Taburan responden mengikut kekerapan, peratus dan min
bagi menunjukkan persepsi pengendali-pengendali
makanan terhadap amalan kebersihan diri semasa penyediaan
makanan. 44
4.7 Taburan responden mengikut kekerapan, peratus dan min
bagi menunjukkan persepsi pengendali-pengendali
makanan terhadap amalan menjaga kebersihan peralatan dan
menghidang makanan semasa penyediaan makanan. 46
4.8 Taburan responden mengikut kekerapan, peratus dan min
bagi menunjukkan persepsi pengendali-pengendali
makanan terhadap amalan menjaga kebersihan peralatan dan
keselamatan tempat penyediaan makanan. 48
xi
4.9 Taburan responden mengikut kekerapan, peratus dan min
bagi menunjukkan persepsi pengendali-pengendali
makanan terhadap amalan menggunakan bahan pembungkusan
makanan dengan selamat. 51
4.10 Purata min berdasarkan persoalan kajian 52
xii
SENARAI SINGKATAN
SINGKATAN KETERANGAN
UNIPEQ Unit Penyelidikan Kualiti Makanan
MPJBT Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah
SPSS Statistical Package of Social Science
UTM Universiti Teknologi Malaysia
xiii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
A Surat Pengesahan Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
B Pengesahan Soal Selidik C Soal Selidik
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Makanan merupakan suatu keperluan hidup kepada manusia. Manusia
memerlukan makanan untuk membesar, bekerja dan melaksanakan kehidupan
seharian. Tubuh kita memerlukan makanan untuk membolehkannya berfungsi.
Manusia tidak boleh hidup tanpa makanan. Ini kerana makanan memberi manusia
tenaga bukan sahaja untuk bekerja tetapi juga untuk membesar, membiak dan
melaksanakan segala proses kelangsungan hidup.
Menurut Zainab, Pegawai Zat Makanan Negeri, Jabatan Kesihatan Negeri
Sarawak (2001), diet sihat mengandungi semua zat makanan (nutrien) yang penting
dan tenaga yang perlu bagi mencegah kekurangan dan kelebihan zat makanan dan
menjaminkan kesihatan. Diet sedemikian boleh didapati dari pelbagai makanan yang
mudah didapati, mampu dibeli dan dinikmati oleh sesiapa sahaja. Makanan yang baik
bukan sahaja kelihatan menarik dan menyelerakan tetapi juga mesti seimbang. Ini
bermakna makanan kita perlu mengandungi kesemua tujuh kelas makanan dalam
kadar yang betul dan sejajar dengan keperluan tubuh badan.
Menurut Abu Hassan, (Eksiklopedia Pendidikan Sains dalam Al-Quran jilid 9,
2003) nutrisi ialah pembekalan makanan yang seimbang bagi seseorang manusia untuk
2
mengekalkan kesihatannya. Kebanyakan makanan mengandungi pelbagai jenis nutrien
yang dibebaskan sepanjang proses pencernaan. Makronutrien, seperti makanan
karbohidrat, protein dan lemak, diperlukan banyak pada setiap hari.
Makanan dan minuman mempunyai kesan yang besar terhadap pertumbuhan,
kesihatan rohani dan jasmani. Kedua-duanya juga membentuk keperibadian dan
perwatakan manusia. (Ensiklopedia Islam Edisi 4, 2003).
Menurut Abu Bakar, (Ensiklopedia Islam Edisi 4, 2003) dalam Al-Hirraliy (m.d
1232), seseorang musafir mengatakan bahawa orang yang suka memakan makanan
yang kotor biasanya bertabiat kasar, keras dan sukar menerima kebenaran. Ini
bermakna, manusia perlu memakan makanan yang bersih dan bebas dari kekotoran.
Keperluan manusia terhadap makanan adalah berterusan, dan perasaan lapar
akan mengingatkan mereka untuk makan sekurang-kurangnya tiga kali sehari. Bekalan
makanan yang cukup tidak menjamin seseorang itu boleh hidup kecuali jikalau
makanan itu lengkap dengan zat-zat makanan serta tidak mengandungi bahan-bahan
merbahaya.
Pendapatan sesebuah keluarga juga akan mempengaruhi pemilihan makanan
sesebuah keluarga. Keluarga yang lebih senang akan berupaya untuk membeli
makanan segar dan berkualiti. Sesetengah manusia akan memilih makanan demi
kesihatan mereka. Ini kerana sesetengah makanan akan menyebabkan mereka di
serang penyakit seperti lebihnya kandungan lemak dan kolestrol di dalam badan akan
menyebabkan seseorang itu akan mendapat penyakit jantung.
Telah menjadi gaya hidup masa kini, sesebuah keluarga lebih suka menikmati
makanan di luar daripada memasak di rumah. Ini kerana mereka terlalu sibuk sehingga
3
mengabaikan kesihatan mereka. Contohnya, di gerai-gerai atau di restoran-restoran
tanpa memikirkan samada makanan yang dimasak tersebut bersih dan bebas dari
keracunan.
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (Kempen Cara Hidup Sihat, 1993)
bahawa masyarakat digalakkan untuk mengamalkan langkah-langkah perlu bagi
menjamin tahap atau mutu makanan yang diambil adalah bersih dan selamat. Objektif
kempen memberikan tumpuan untuk meningkatkan pengetahuan sikap dan amalan
pengendalian makanan yang bersih dan selamat sama ada dikalangan pengusaha
premis mahupun pengguna.
Namun begitu, makanan juga boleh menjadi racun kepada manusia dan
membawa maut. Keracunan makanan boleh disebabkan oleh pengambilan makanan
yang tercemar. Makanan yang telah tercemar tidak sepatutnya dihidangkan untuk
santapan ahli keluarga ataupun untuk jualan. Pencemaran makanan boleh berlaku tidak
kira tempat ataupun masa. Ini kerana kita pernah diberitakan tentang kes - kes
keracunan yang berlaku di kantin sekolah, di gerai makan dan di tempat awam lain.
Terdapat satu akta yang telah ditetapkan oleh kerajaan bertujuan untuk
mengawal penjualan makanan supaya tidak mengancam pengguna antaranya
memastikan kandungan bahan-bahan tidak membahayakan. (Akta Makanan 1983).
Dalam Akta Makanan 1983 (Pind. Akta 281) iaitu suatu akta bagi melindungi
orang ramai terhadap bahayanya di segi kesihatan dan penipuan pada penyediaan,
penjualan dan penggunaan makanan, dan mengenai perkara-perkara yang
bersampingan atau berkaitan dengannya. Dengan wujudnya akta ini, pengguna yang
menggunakan perkhidmatan gerai atau restoran boleh membuat aduan perkhidmatan
makanan sekiranya tidak menepati peraturan yang di tetapkan.
4
Pencemaran makanan boleh dielakkan sekiranya pengendali-pengendali
makanan menitikberatkan soal kebersihan makanan yang disediakan, kebersihan
kawasan dan lain-lain lagi.
1.2 Latar Belakang Masalah
Pada masa kini, kebanyakan rakyat Malaysia sangat suka menikmati hidangan di
luar rumah seperti di gerai-gerai dan di restoran. Ini akan menyebabkan pelanggan
terdedah kepada risiko keracunan makanan. Kebanyakan kes yang berhubung dengan
keracunan makanan adalah disebabkan oleh kelalaian manusia.
Telah menjadi kebiasaan rakyat Malaysia yang lebih suka memilih tempat-
tempat makan mahupun restoran yang mempunyai ramai pengunjungnya tanpa
mengambil kira kebersihan premis tersebut. Mereka hanya membuat kesimpulan
bahawa sekiranya terdapat ramai pengunjung maka sedap makanan di situ tetapi
sekiranya tiada pengunjung mereka menganggap sebaliknya.
Menurut Pengarah Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian
Kesihatan, Dr. Abdul Rahim Mohamad, keracunan makanan adalah sejenis penyakit
yang berlaku akibat memakan bahan tercemar. ( Utusan Malaysia, 23 Januari 2005).
Makanan yang tidak bersih boleh mengandungi bahan-bahan berbahaya atau
bakteria yang boleh menyebabkan penyakit bawaan makanan seperti taun, tifoid,
keracunan makanan, penyakit kuning (Hepatitis A) dan lain-lain.
5
Keracunan makanan tidak hanya mengakibatkan pencemaran makanan berisiko
tinggi yang disebabkan oleh bakteria, fizikal dan kimia tetapi turut dipengaruhi oleh
jenis makanan serta persekitaran termasuklah masa, suhu dan manusia pengendali
makanan itu sendiri. Menurut Ketua Unit Penyelidikan Kualiti Makanan ( UNIPEQ),
Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Madya Dr. Nik Ismail Nik Daud, “Pencemaran
makanan yang tinggi ini disebabkan mereka yang terlibat dalam penyediaan makanan
ini bukanlah daripada profesion sebenar”. ( Utusan Malaysia, 6 Mac 1998).
Satu kes telah berlaku di Batu Maung, Pulau Pinang, seorang wanita
warganegara Vietnam meninggal dunia setelah mengalami keracunan makanan selepas
memakan burger yang dibelinya di pasar malam. ( Utusan Malaysia, 14 Jun 2007).
Kes keracunan makanan juga berlaku di Rembau apabila sepuluh pelatih
Program Latihan Khidmat Negara Kem Titian Bintangor dikejarkan ke Hospital
Tampin. ( Utusan Malaysia, 28 Mac 2007).
Satu kes berlaku di Ipoh, seorang kanak-kanak maut manakala empat ahli
keluarganya terpaksa dirawat di Hospital Ipoh dipercayai keracunan makanan selepas
makan sup ayam dua hari yang lalu. ( Utusan Malaysia, 25 Disember 2005).
Menurut Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan, Datuk Dr. Ahmad Razin,”Enam
puluh Sembilan peratus daripada sampel bahan makanan dan minuman yang dijual
kepada orang ramai di gerai dan kedai kopi di sekitar bandar ini didapati mengandungi
bakteria yang dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan pengguna”.
( Utusan Malaysia, 2 Oktober 2005)
6
Kes-kes yang berada didada akhbar hanyalah kes yang dilaporkan sahaja. Angka
sebenar kes keracunan makanan tidak diketahui kerana banyak kes yang tidak
dilaporkan oleh individu terlibat.
Menurut Dr. Abdul Rahim, “Kebanyakan kes-kes keracunan berlaku disebabkan
oleh sikap pengendali makanan yang tidak mengamalkan kebersihan diri baik ketika
menyedia, menghidang mahupun menjual makanan”. ( Utusan Malaysia, 23 Januari
2005).
Oleh itu, cara untuk mencegah keracunan makanan yang boleh dikatakan
dilaporkan terjadi dari semasa ke semasa adalah dengan melindunginya daripada
tercemar.
Walaupun kita mempunyai agensi berperaturan, kita masih menghadapi kejadian
penyakit bawaan makanan yang agak banyak. Banyak kejadian keracunan yang
berlaku disebabkan makanan yang dimakan di restoran, institusi dan di dalam kapal
terbang boleh dielakkan jika orang yang sesuai dan mahir dalam sains makanan
mengendalikan makanan tersebut.
1.3 Pernyataan masalah
Berdasarkan di atas, pengkaji ingin menjalankan satu kajian untuk mengetahui
persepsi pengendali-pengendali makanan terhadap amalan kebersihan dan keselamatan
di Taman Seri Pulai, Johor.
7
1.4 Persoalan kajian
1. Apakah persepsi pengendali-pengendali makanan di Taman Seri Pulai terhadap
amalan kebersihan diri semasa penyediaan makanan?
2. Apakah persepsi pengendali-pengendali makanan di Taman Seri Pulai terhadap
amalan menjaga kebersihan peralatan memasak dan menghidang makanan?
3. Apakah persepsi pengendali-pengendali makanan di Taman Seri Pulai terhadap
amalan menjaga kebersihan dan keselamatan tempat penyediaan makanan?
4. Apakah persepsi pengendali-pengendali makanan di Taman Seri Pulai terhadap
amalan menggunakan bahan pembungkusan makanan dengan selamat?
1.5 Objektif kajian
1. Mengenalpasti persepsi pengendali-pengendali makanan di Taman Seri Pulai
terhadap amalan kebersihan diri semasa penyediaan makanan.
2. Mengenalpasti persepsi pengendali-pengendali makanan di Taman Seri Pulai
terhadap amalan menjaga kebersihan peralatan memasak dan menghidang
makanan.
3. Mengenalpasti persepsi pengendali-pengendali makanan di Taman Seri Pulai
terhadap amalan menjaga kebersihan dan keselamatan tempat penyediaan
makanan.
4. Mengenalpasti persepsi pengendali-pengendali makanan di Taman Seri Pulai
terhadap amalan menggunakan bahan pembungkusan makanan dengan selamat.
8
1.6 Kepentingan kajian
Kajian ini bertujuan untuk mengetahui persepsi pengendali-pengendali makanan
terhadap amalan kebersihan dan keselamatan di Taman Seri Pulai. Hasil kajian dan
maklumat-maklumat yang di kumpulkan adalah penting dan berguna sebagai garis
panduan dan bahan rujukan kepada beberapa pihak tertentu seperti pengusaha restoran
dan pihak berkuasa.
1.6.1 Pengusaha restoran
Kajian yang di jalankan ini dapat memberi motivasi kepada pengendali-
pengendali makanan supaya boleh memperbaiki perkhidmatan mereka dari pelbagai
aspek mengikut keperluan dan keutamaan. Pengendali-pengendali makanan perlu
memperoleh maklum balas tentang perilaku pekerja dan kesannya terhadap pelanggan.
Kajian seperti ini merupakan salah satu sumber fakta dan rujukan yang baik kepada
pengusaha ini.
Selain itu, ianya juga dapat menimbulkan kesedaran kepada pengendali-
pengendali makanan akan kepentingan penjagaan kebersihan dan keselamatan dalam
penyediaan makanan supaya dapat menjamin kebersihan dan keselamatan makanan
yang dihidangkan kepada pengguna.
9
1.6.2 Pelanggan
Menyedarkan pelanggan dalam menyuarakan hak mereka sebagai pengguna
untuk mendapatkan perkhidmatan yang terbaik dan makanan yang berkualiti.
Pengguna berhak menyuarakan segala ketidakpuasan yang dilakukan oleh pengusaha
restoran dan melaporkan kepada pihak berkuasa. Ini juga akan membantu pihak
berkuasa untuk menjalankan tugas mereka.
1.6.3 Pihak Berkuasa
Membantu pihak berkuasa seperti MPJBT memantau masalah yang ada di
restoran. Dengan ini pihak berkuasa boleh menjalankan pemeriksaan berdasarkan
kelemahan yang didapati daripada hasil kajian dan memberi khidmat nasihat untuk
meningkatkan mutu perkhidmatan mereka.
Hasil kajian juga dapat menyediakan maklumat-maklumat yang lebih terperinci
dan terkini agar dapat digunakan oleh pihak-pihak tertentu dalam merangka program
untuk memastikan kebersihan yang perlu di aplikasikan oleh para pengendali
makanan.
1.6.4 Kementerian Kesihatan
Membantu agensi-agensi tertentu seperti Kementerian Kesihatan supaya dapat
mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap sesiapa yang melanggar peraturan
10
kebersihan dan keselamatan sewaktu penyediaan, penyajian dan pembungkusan
makanan.
1.7 Batasan kajian
Kajian ini terbatas kepada pengendali-pengendali makanan di Taman Seri Pulai.
Penyelidik memfokuskan kajian hanya dari aspek persepsi terhadap amalan kebersihan
diri, peralatan-peralatan, tempat penyediaan makanan dan penggunaan bahan
pembungkusan. Ini disebabkan oleh faktor kekangan masa dan tenaga yang dihadapi
oleh penyelidik. Di samping itu penyelidik juga mendapat kesukaran untuk
mendapatkan kerjasama sepenuhnya daripada kalangan responden yang terdiri
daripada pengendali makanan.
1.8 Definisi Istilah
Terdapat beberapa istilah yang boleh diperjelaskan bagi menerangkan dengan
lebih tepat menurut kehendak serta keperluan yang akan dibincangkan dalam kajian ini
nanti.
1.8.1 Amalan
Menurut Kamus Komprehensif (2005), kebajikan atau perbuatan yang diterapkan
tentang perlakuan seseorang. Dalam kajian ini, amalan merujuk kepada perbuatan atau
11
sikap seseorang pengendali makanan dalam menjalankan atau mengendalikan
perniagaan mereka.
1.8.2 Makanan
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000), bermaksud apa jua yang boleh di
makan samada pepejal atau cecair. Dalam kajian ini, makanan bermaksud segala jenis
makanan termasuk minuman yang dijual di restoran.
1.8.3 Premis makanan
Menurut Akta Makanan 1983, premis makanan bermaksud premis yang
digunakan bagi atau berkaitan dengan penyediaan, pengawetan, pembungkusan,
penyimpanan, pengiriman, pengedaran atau penjualan apa-apa makanan atau pelabelan
semula, pemprosesan semula atau pembaikan semula apa-apa makanan. Dalam kajian
ini, premis makanan merujuk kepada tempat di mana pengendali restoran menjalankan
perniagaan.
1.8.4 Kebersihan
Menurut Kamus Komprehensif (2005) bermaksud keadaan yang bersih atau
kejernihan. Dalam kajian ini, kebersihan merujuk kepada penyediaan makanan yang
dihidangkan kepada pengguna adalah bebas dari sebarang kekotoran.
12
1.8.5 Keselamatan
Menurut Kamus Komprehensif (2005) bermaksud keadaan yang selamat. Dalam
kajian ini, keselamatan merujuk kepada keselamatan sewaktu menyediakan makanan
dan selamat untuk dimakan oleh pengguna.
1.8.6 Keracunan Makanan
Menurut Kamus Dewan (2005), bermaksud termakan makanan yang
mengandungi unsur atau bahan beracun, mengidap penyakit atau berasa kesakitan
kerana telah memakan makanan yang mengandungi unsur-unsur beracun atau bahan
yang menyebabkan penyakit. Dalam konteks kajian, penyelidik mendefinisikan
keracunan makanan sebagai masalah yang dihadapi oleh pengguna yang dialami dalam
beberapa ketika akibat memakan makanan yang tidak dijaga kebersihannya dan dicemari
oleh kuman atau bakteria.
1.8.6 Persepsi
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000), gambaran atau bayangan dalam hati
atau fikiran tentang perkhidmatan makanan, pandangan dan tanggapan menerusi
pancaindera. Dalam kajian ini, persepsi merujuk kepada gambaran dan bayangan dalam
hati atau fikiran terhadap perkhidmatan makanan dan minuman di restoran.
top related