profil iltu owned by passion beauty training company
Post on 16-Jan-2017
637 Views
Preview:
TRANSCRIPT
1
PPPRRROOOFFFIIILLL SSSYYYAAARRRIIIKKKAAATTTCCCOOONNNSSSUUULLLTTTAAANNNCCCYYY ● TTTRRRAAAIIINNNIIINNNGGG CCCEEENNNTTTRRREEE EEEVVVEEENNNTTT MMMAAANNNAAAGGGEEEMMMEEENNNTTT
INSTITUT LATIHAN TEKNIKAL USAHAWAN(PASSION BEAUTY TRAINING CONSULTANCY) (IP-0235515-X)
No. 55, Lorong Bertam Indah Satu, Taman Bertam Indah, 13200 Kepala Batas, PULAU PINANG.Hubungi Kami : +6016- 511 7866, +6010-561 7356
email : passion_beauty515@yahoo.com/ entreprenuer.ttc@gmail.com
2
KANDUNGAN
1.0 RINGKASAN EKSEKUTIF
2.0 PENGENALAN
2.1 RINGKASAN PROFIL SYARIKAT
2.2 AKTIVITI SYARIKAT
2.3 IMPIAN SYARIKAT
3.0 MISI
4.0 VISI
5.0 OBJEKTIF SYARIKAT
6.0 MAKLUMAT SYARIKAT
7.0 STRUKTUR ORGANISASI DAN PENGURUSAN
7.1 BIODATA KETUA PEGAWAI OPERASI/ PENGURUS
8.0 CARTA SASARAN PROGRAM YANG DIJALANKAN
INSTITUT LATIHAN TEKNIKAL USAHAWAN(PASSION BEAUTY TRAINING CONSULTANCY)
9.0 KURSUS DAN PROGRAM YANG DILAKSANAKAN
• LAMPIRAN GAMBAR PUSAT LATIHAN SLDN
• LAMPIRAN DAIRI KURSUS KEMAHIRAN DAN PROGRAM
• LAMPIRAN DOKUMEN
Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC )
3
RINGKASAN EKSEKUTIF
Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi, Passion Beauty Training Consultancy (PBTC)
melalui devisyennya, Institut Latihan Teknikal Usahawan (ILTU) masih lagi berdiri teguh dan
meneruskan usaha bagi merialisasikan cita-cita dan impian untuk menjadi sebagai sebuah pusat
latihan yang mampu menyumbangkan tenaga dan pengalaman bagi melaksanakan pelbagai Program
Latihan Kemahiran yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Berdasarkan
pengalaman sebagai pengendali Program SLDN dan Program Latihan Jangka Pendek (Indoor &
Outdoor) pihak kami pada 2015 telah diberikan kepercayaan untuk mengendalikan Program
Latihan Kemahiran dan Kerjaya (PLKK). Pihak kami telah berjaya mengendalikan Kursus
Penyenggaraan dan Membaik-Pulih Telefon Bimbit dan berjaya melahirkan 15 orang
Juruteknik Telefon Bimbit (Hardware dan Software).
Syukur juga kehadrat ilahi, pihak kami turut berjaya menyumbangkan tenaga dan idea serta
membantu pihak Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Perlis dalam membantu golongan i-
keunita bagi mendapatkan pengiktirafan melalui pengalaman yang telah mereka miliki. Segala
usaha kami juga turut mendapat kepercayaan Pejabat MARA Daerah di Pulau Pinang bagi
melahirkan usahawan cemerlang dalam bidang telekomunikasi.
Pihak kami akan terus berusaha mendapatkan peruntukan dan penajaan bagi menjalankan pelbagai
kursus dan program yang telah disusun seperti Kursus Penyenggaraan dan Membaik-Pulih
Telefon Bimbit, Kursus Jahitan Pakaian, Kursus Masakan dan Penyediaan Makanan serta
Kursus Kecantikan dan Aromatheraphy. Kursus-kursus ini menjadi medium untuk memupuk
semangat keusahawanan di kalangan para belia yang menyertainya, bahkan turut diterapkan dengan
nilai-nilai yang baik sebagai seorang usahawan dan mendapat panduan yang sistematik untuk
menceburi bidang perniagaan.
Melalui program dan kursus yang dijalankan akan turut melahirkan masyarakat yang lebih berdikari
dan berdaya maju serta berkemahiran tinggi lagi inovatif. Selain itu ia turut dapat mengurangkan
jurang kemiskinan antara kaum sejajar dengan hasrat kerajaan untuk mengurangkan kemiskinan
tegar ke tahap sifar sekaligus dapat mencapai matlamat kerajaan.
Passion Beauty Training Consultancy dan Institut Latihan Teknikal Usahawan sentiasa berharap
dan berdoa agar mendapat pertimbangan sewajarnya seterusnya diberi peluang sebagai pengendali
dan pelaksana pelbagai program kemahiran yang difikirkan bersesuaian.
“KEMAHIRAN BERINOVASI PEMANGKIN KEJAYAAN”
Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC )
4
2.0 PENGENALAN
2.1. RINGKASAN PROFIL SYARIKAT
INSTITUT LATIHAN TEKNIKAL USAHAWAN dimiliki sepenuhnya oleh
Passion Beauty Training Consultancy (IP-0235515-X).
Didaftarkan di bawah Akta Syarikat 1956 pada 17 hb. Febuari 2006.
Pada awal penubuhannya, syarikat ini merupakan syarikat yang
ditauliahkan sebagai Pusat Latihan Skim Latihan Dual Nasional (SLDN)
di bawah seliaan Jabatan Pembangunan Kemahiran 2011 No. Kod :
IA 0011
Syarikat ini juga telah berdaftar dengan Kementerian Kewangan
dengan No. Pendaftaran 357-02167233 dan mendapat pengiktirafan
sebagai sebuah Syarikat Bumiputera No. Pendaftaran BP
220987474431313868 .
Memulakan operasi dengan menumpukan perhatian dalam
perniagaan utama sebagai Pusat Latihan Skim Latihan Dual Nasional
(SLDN) yang menjalankan Kursus Jurukecantikan dan Aromatherapy.
INSTITUT LATIHAN TEKNIKAL USAHAWAN dan Passion Beauty Training
Consultancy kini menumpukan perhatian menjalankan Kursus
Keusahawanan Telekomunikasi (Penyenggaraan dan Membaik-Pulih
Telefon Bimbit) dan Kursus Keusahawanan Jahitan Pakaian Wanita
untuk kursus sepenuh masa.
Syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Bumiputera ini, berhasrat
untuk membantu melahirkan lebih ramai usahawan dan masyarakat
yang berkemahiran dalam bidang yang disertai dan menjadikan
bidang kemahiran sebagai perniagaan utama.
INSTITUT LATIHAN TEKNIKAL USAHAWAN dan Passion Beauty Training
Consultancy kini menjalankan segala urusan perkhidmatan dan
perniagaan produk secara berpusat di No. 55A, Lorong Bertam Indah
Satu (1), Taman Bertam Indah, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang.
Selain itu ILTU dan PBTC juga menjalankan pelbagai jenis kursus dalam
pelbagai bidang kemahiran bagi memperluaskan lagi perniagaan
yang diceburi serta berhasrat membantu lebih ramai belia yang ingin
menambah ilmu kemahiran. Antara kursus yang dilaksanakan adalah
Kursus Keusahawanan Penyediaan Makanan (Western Food), Kursus
Penyediaan Bahan Surimi (Sejuk& Beku), Keusahawanan Dandanan
Rambut dan Kursus Keusahawanan Jahitan Tudung Moden.
Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC )
5
2.2 AKTVITI SYARIKAT
Institut Latihan Teknikal Usahawan dan Passion Beauty Training
Consultancy sebelum ini merupakan sebuah Pusat Latihan Skim
Latihan Dual Nasional (SLDN) yang menjalankan latihan bagi Bidang
Kecantikan dan Aromatherapy (Jurukecantikan (MP-060-1/Tahap 1) /
Juruestetik (MP-060-2 /Tahap-2) dan Juruterapi Estetik (MP-060-
3/Tahap 3) serta Aromatherapy (N-014-2).
Merupakan sebuah syarikat yang turut menjalan dan melaksanakan
Program Latihan 1 Malaysia/ Kursus Jangka Pendek bersama
Kementerian Pengajian Tinggi (Kolej Komuniti) dan Kursus
Keusahawanan bagi Program NBOS bersama Majlis Amanah Rakyat
Negeri Perak (MARA).
Selain itu pihak Passion Beauty Training Consultancy juga turut
menjalankan Kursus Jangka Pendek (Perkhidmatan Melatih Ibu
Tunggal (i-kit) dan Keusahawanan Wanita (i-keunita Bidang
Pemprosesan Bahan Surimi / Makanan Sejuk Beku) bersama Jabatan
Pembangunan Wanita Negeri Kelantan.
Institut Latihan Teknikal Usahawan dan Passion Beauty Training
Consultancy kini menjalankan latihan bagi Program Latihan
Kemahiran dan Kerjaya (PLKK), Kursus Keusahawanan Telekomunikasi
(Penyenggaraan dan Membaik-Pulih Telefon Bimbit).
Melalui program dan kursus ini peserta bukan sahaja dapat
mempelajari selok-belok tentang ilmu kemahiran telekomunikasi serta
permasalahan yang berkaitan dengan perkakasan (hardware) tetapi
turut didedahkan dengan masalah perisian dan software. Peserta
dilengkapkan dengan kedua-dua ilmu kemahiran tersebut agar
boleh menjadi pekerja yang baik seterusnya menjadikan bidang ini
sebagai satu perniagaan.
Pihak ILTU dan PBTC juga turut diberi peluang oleh pihak MARA Negeri
Pulau Pinang melalui Pejabat MARA Daerah Seberang Perai Utara
dan Seberang Perai Tengah (SPT) bagi melahirkan usahawan
telekomunikasi dengan mengendalikan Kursus Penyenggaraan dan
Membaik-Pulih Telefon Bimbit.
Bagi Kursus Jahitan Pakaian Wanita pihak ILTU dan PBTC juga turut
menjalankan kursus Keusahawanan Wanita (i-keunita) bagi
mendapat pengiktirafan serta persijilan Sijil Kemahiran Malaysia
(SKM) Jahitan Pakaian Wanita) bersama Pejabat Pembangunan
Wanita Negeri Perlis.
Dalam bidang Penyenggaraan dan Membaik-Pulih Telefon Bimbit,
pihak kami sememangnya berpengalaman dan telah berjaya
Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC )
6
melahirkan para pelatih yang kini menjadi Juruteknik Kanan
antaranya (3) tiga orang yang bekerja di Pusat Servis Telefon Bimbit
(Cellnet Electronic) di Sungei Wang Plaza, Bukit Bintang, (2) dua
orang di Pusat Servis di Plaza Low Yatt, Bukit Bintang, (1) seorang di
Pusat Servis HTC, (1) seorang di Pusat Servis Telefon Bimbit di GIANT
Cheras, Selangor dan (1) seorang sebagai Jurujual dan Juruteknik di
Pusat Jualan Samsung Cawangan Alamanda, Putrajaya.
Sebahagian besar pelatih juga berjaya dididik menjadi usahawan
yang berjaya dimana telahpun membuka perniagaan sendiri di Besut
dan Jertih, Terengganu di Jeli, Kelantan dan di Tapak Gerbang
Malam, Ipoh, Perak.
Tugas kami Passion Beauty Training Consultancy adalah membimbing
para peserta kursus secara teori dan praktikal agar dapat mendalami
bidang ini secara mendalam sehingga mampu menjadi seorang
juruteknik, tenaga pengajar dan pegawai bertauliah dalam bidang
yang diceburi.
Kursus dan latihan yang diberikan juga merupakan satu usaha
melahirkan usahawan yang cekap dan berilmu untuk mengharungi
pelbagai cabaran dalam industri kecantikan, telekomunikasi, jahitan
dan makanan seterusnya kekal lama di dalam perniagaan yang
diceburi.
Sehubungan dengan itu bagi memperluaskan lagi perniagaan yang
diceburi serta berhasrat membantu lebih ramai belia yang ingin
menambah ilmu kemahiran, pihak kami turut melaksanakan Kursus
Keusahawanan Penyediaan Makanan (Western Food), Kursus
Keusahawanan Penyediaan Makanan dan Masakan (Ala-Thai),
Kursus Penyediaan Bahan Surimi (Sejuk& Beku), Keusahawanan
Dandanan Rambut dan Kursus Keusahawanan Jahitan Tudung
Moden.
2.3 IMPIAN SYARIKAT
Memastikan kewangan syarikat kukuh kekal bersaing dalam arena
perniagaan.
Memberikan pulangan kepada ahli kumpulan syarikat agar syarikat
dapat mengembangkan perniagaan ke peringkat global.
Mampu merebut peluang yang terbuka bahkan mampu menarik
minat pasaran sedia ada untuk menjalinkan kerjasama seterusnya
mengukuhkan dan memperkembangkan perniagaan Institut Latihan
Teknikal Usahawan dan Passion Beauty Training Consultancy.
Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC )
7
3.0 MISI
Komited memberikan perkhidmatan dan kursus ke tahap tertinggi
serta memperluaskan rangkaian latihan secara usahasama di seluruh
Malaysia dan Rantau Asia.
Mempelbagaikan kursus dan latihan singkat bagi melahirkan lebih
ramai tenaga mahir.
Sentiasa memberikan latihan dan kursus yang bersesuaian dan
mengikut perkembangan era - teknologi terkini.
Menyediakan perkhidmatan mendapatkan dana kepada usahawan
muda serta khidmat nasihat dari segi teori dan praktikal.
Sentiasa memastikan perkhidmatan yang diberikan di Institut Latihan
Teknikal Usahawan dan Passion Beauty Training Consultancy yang
terbaik agar kesetiaan pelanggan dapat dikekalkan.
4.0 VISI
Menjadi sebuah pusat bertauliah yang mampu melahirkan peserta
kursus yang berkualiti dan mencapai tahap keperluan pasaran
pekerjaan.
Melahirkan lebih ramai usahawan bumiputera yang berkebolehan,
yakin dan terdedah kepada potensi industri mengikut bidang yang
diceburi, membantu belia menjadi usahawan yang berilmu untuk
menghadapi cabaran yang mencabar .
Pihak kami ingin mengwujudkan peluang pekerjaan kepada
masyarakat serta memberikan tunjuk ajar yang efektif dan efisyen
sebagai persediaan dan galakkan kepada kakitangan dan mana-
mana individu yang ingin menceburi industri ini.
Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC )
8
5.0 OBJEKTIF SYARIKAT
INSTITUT LATIHAN TEKNIKAL USAHAWAN dan PASSION BEAUTY
TRAINING CONSULTANCY dan amat berharap di akhir kursus dan setiap
program semua peserta akan dapat mencapai matlamat seperti berikut :
Melahirkan masyarakat belia dan beliawanis yang berkemahiran,
berkualiti, berpotensi lagi berkaliber.
Meningkatkan taraf hidup masyarakat Malaysia agar lebih maju dan
kehadapan setaraf dengan semua lapisan masyarakat sekaligus
dapat membasmi kemiskinan.
Membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada belia dan
beliawanis.
Untuk memberi pendedahan, galakan serta dorongan kepada para
peserta supaya meminati dan menceburi bidang kemahiran.
Meningkatkan pengetahuan teori dan kemahiran amali peserta di
dalam bidang yang disertai (Bidang Jahitan, Telekomunikasi,
Masakan, Jurukecantikan serta Aromatheraphy).
Mendedahkan kepada para peserta mengenai reka bentuk dan
teknologi yang berubah dengan pantas. Memberi peluang kepada
para peserta untuk mengetahui masalah, rintangan dan risiko yang
akan dihadapi serta cara untuk mengatasi di dalam dunia
perniagaan.
Agar pelatih dan peserta memperolehi pengetahuan yang
mendalam dan pengalaman yang luas bagi menjamin pendapatan
yang lumayan dan seterusnya mengukuhkan perniagaan mereka.
Membolehkan pembentukkan jaringan perniagaan di kalangan para
usahawan yang sedia ada di pasaran.
Menghalang para belia dan beliawanis dari terjebak dan terlibat di
dalam anasir-anasir negatif seperti najis dadah, pergaulan sosial
keterlaluan dan sebagainya.
Untuk membangunkan golongan masyarakat untuk menjadi generasi
usahawan pelapis yang berdaya maju, kompetatif dan berdaya
tahan.
Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC )
9
6.0 MAKLUMAT SYARIKAT
Nama Syarikat : PASSION BEAUTY TRAINING CONSULTANCY
Tarikh Ditubuhkan : 17 hb FEBUARI 2006
No. Pendaftaran : IP 0235515-X
No. PendaftaranKem Kewangan : 357-02167233
Alamat Pusat Latihan : INSTITUT LATIHAN TEKNIKAL USAHAWAN(PASSION BEAUTY TRAINING CONSULTANCY)No. 55A, Lorong Bertam Indah 1Taman Bertam Indah13200 Kepala BatasPULAU PINANG
No. Telefon : +6016- 511 7866/ +6010-561 7356
e- mail : passion_beauty515@yahoo.com
Penasihat : Puan Fauziah-Hani Binti Yacob PJK,PJM
Ketua Pegawai Operasi : En. Mohd Azli Bin Ramli@Sulong
Ketua Unit Khas : En. Maizal Affendey Bin Jalaludin
Bahagian Kewangan : Cik Nur Atikah Bt. Fakiri Mydin
Ketua Program & : En. Wan Muhammad Siraj MunirLatihan Kemahiran
Sumber Manusia : Cik Afeera Rahayu Bt. Ahmad Radzi
Modal Berbayar : RM 100,000.00
Akaun Syarikat : CIMB ISLAMIC BANK8601197219
Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC )
10
7.0 STRUKTUR ORGANISASI DAN PENGURUSAN
KETUA PEGAWAI OPERASIEN. MOHD AZLI B. RAMLI@SULONG
PENASIHATPN. FAUZIAH-HANI BT YACOB PJK,PJM
BAHAGIAN KEWANGANCIK NUR ATIKAH
SUMBER MANUSIA
CIK AFEERA RAHAYU BT. AHMADRADZI
KAKITANGANEN. FAKHRUL AMIRUL
KETUA PROGRAM & LATIHANKEMAHIRAN
EN. WAN MUHAMMAD SIRAJ MUNIR
TENAGA PENGAJAR
EN. MOHD AZLI B. RAMLI(MOBILE REPAIRING)
CIK NASIBAH BT. AZIZ(SISTEM KOMPUTER)
PN. AFIDA BT. JALALUDIN(JAHITAN)
EN. WAN MUHAMMAD SIRAJ MUNIR(MASAKAN)
UNIT LATIHANJANGKA PANJANG/ JANGKA PENDEK
Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC )
11
7.1 BIODATA KETUA PEGAWAI OPERASI (PENGURUS SYARIKAT)
EN. MOHD. AZLI B. RAMLI@SULONG berasal dari
Kampung Santong, Paka, Terengganu merupakan
seorang belia yang bersemangat tinggi. Dilahirkan
dalam keluarga yang serba kekurangan namun
telah berjaya merebut segala peluang dan
menggunakan segala kemudahan yang diberikan
untuk meningkatkan kecemerlangan diri. Melalui
Program e-kasih beliau telah dipilih menyertai
Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya dan melalui
program ini beliau berpeluang mempelajari segala
ilmu kemahiran telekomunikasi sehingga memiliki Sijil
Kemahiran Membaik-Pulih Telefon Bimbit (Software
dan Hardware).
Berbekalkan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi beliau pernah
bertugas di beberapa pusat latihan kemahiran dan berpeluang mengajar di
Semenanjung Malaysia serta menyumbangkan pengalaman dan pengetahuan
sampai ke negeri Sabah dan Sarawak. Selain itu, En. Mohd Azli juga turut berjaya
membantu melahirkan para belia yang mahir dalam bidang telekomunikasi
serta turut membimbing mereka menjadi seorang usahawan.
Beliau kemudiannya telah menyambung pengajian dan berjaya
mempertingkatkan pengetahuan diri sehingga memperolehi Sijil Kemahiran
sebagai Pembantu Juruteknik Elektronik dan beliau juga merupakan salah
seorang Tenaga Pakar dalam bidang Telekomunikasi dan beliau bertindak
sebagai seorang Tenaga Pengajar bagi setiap program kendalian INSTITUT
LATIHAN TEKNIKAL USAHAWAN (PASSION BEAUTY TRAINING CONSULTANCY).
Berkat ketekunan beliau, En. Mohd Azli telah berusaha bersama untuk turut
berkongsi dengan rakan-rakan mengambil-alih sebuah Pusat Latihan Skim
Latihan Dual Nasional (PASSION BEAUTY TRAINING CONSULTANCY) di Ipoh, Perak.
Akhirnya beliau telah diberi peluang untuk menambah pengalaman serta
menerajui syarikat tersebut dimana kebolehan serta pengalaman yang dimiliki
kini turut berjaya mengwujudkan jalinan kerjasama dengan pihak MARA Negeri
Pulau Pinang, MARA Negeri Perak & Kolej Komuniti sebagai usaha melahirkan
usahawan telekomunikasi Melayu. Selain itu beliau juga turut membantu Unit
Penilaian dan menyelia para peserta yang mengikuti kursus di bawah syarikat
yang dikendalikan.
Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC )
8.0 CARTA SASARAN PROGRAM YANG DIJALANKAN (ILTU DAN PBTC)
LALUAN LATIHAN & KERJAYA( TRAINING & CARRIER PATHWAY )
PemilihanBidang Kursus
Yang Diminati danMengikut Keperluan
Pekerjaan
MengikutiKursus Jangka Panjang
Mengikut Bidang
PROSES 1 PROSES 2
Tamat KursusSIJIL KEMAHIRAN
PROSES 3
Memilih UntukMenyambung
KEIPTA/IPTS/DKM
PROSES 4
TAMATPeserta Boleh Memilih Untuk :
- Usahawan- Menyambung Pengajian- Bekerja Dalam Industri
BERKEMAHIRAN
KURSUS DAN PROGRAMDI INSTITUT LATIHANTEKNIKAL USAHAWAN
(Passion Beauty Training Consultancy)
Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC )
14
9.0 KURSUS DAN PROGRAM YANG DILAKSANAKAN
9.1 Kursus Kecantikan dan Urutan/Aromatheraphy
Melatih, membangun dan menawarkan tenaga terlatih di
bidang Kecantikan dan Aromatherapy (Jurukecantikan &
Urutan). Peserta dilatih mengikut amalan sebenar di Pusat
Kecantikan dan S.P.A. Kemahiran-kemahiran asas dan
teknik yang digunapakai akan diterap dan dilatih kepada
peserta. Amalan sebenar (Actual practice) di Pusat
Kecantikan (Beauty Centre) seperti amalan apabila
berhadapan dengan pelanggan (Walk in Customer), dan
pelanggan dalaman (Internal Customer) turut didedahkan
kepada peserta.
JANGKAMASA LATIHAN
Latihan Penyesuaian (Familiarization)
Tempoh Latihan : 4 bulan
Latihan Tempat Kerja ( On the Job Training)
Tempoh Latihan : 1 bulan
Amalan Sebenar Pekerjaan (Actual
Practice)
Tempoh Latihan : 1 bulan
Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC )
15
9.2 Kursus Penyenggaraan dan Membaiki Telefon Bimbit(Juruteknik Telefon Bimbit)
Melatih, membangun dan menawarkan tenaga terlatih
ddalam bidang Penyenggaraan dan Membaiki Telefon
Bimbit untuk industri telekomunikasi. Peserta dilatih
mendalami pelbagai kemahiran untuk menjadi sebagai
seorang Juruteknik (Phone Cellular Technician). Peserta
dilatih supaya berkemampuan mengendalikan sebarang
masalah meliputi Hardware dan Sofware sebarang jenama
telefon bimbit yang berteknologi tinggi di mana-mana
pusat servis.
JANGKAMASA LATIHAN
Latihan Teori & Amali (Familiarization)
Tempoh Latihan : 4 bulan
Latihan Tempat Kerja ( On the Job Training)
Tempoh Latihan : 1 bulan
Latihan Sebenar (Actual Practice)
Tempoh Latihan : 1 bulan
Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC )
16
Kelas Perisian(Mobile Cellular Software)
Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC )
17
9.3 Kursus Tekstil & Pakaian(Pembuat Pakaian Wanita)
Melatih, membangun dan menawarkan tenaga
terlatih di bidang Tekstil & Pakaian (Pembuat
Pakaian Wanita) untuk industri pakaian. Pelatih
dilatih untuk memenuhi asas sebenar amalan di
sesebuah kedai Jahit. Kemahiran asas yang mesti ada
pada setiap tenaga terlatih dalam bidang ini akan
diterap dan dilatih kepada peserta. Ia termasuk
amalan sebenar (Actual practice) di Kedai Jahit.
Peserta juga dilatih tentang tatacara berhadapan
dengan pelanggan sebenar.
JANGKAMASA LATIHAN
Latihan Teori & Amali (Familiarization)
Tempoh Latihan : 4 bulan
Latihan Tempat Kerja ( On the Job Training)
Tempoh Latihan : 1 bulan
Apparentis Pekerjaan (Apprentice)
Tempoh Latihan : 1 bulan
Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC )
18
9.4 Kursus Penyediaan Makanan Ala-Barat dan Ala- Thai
KURSUS JANGKA PENDEK(Kursus Penyediaan Makanan Ala-Barat)
Melatih, membangun dan menawarkan tenaga kerja terlatih
dalam Bidang Penyediaan Makanan Ala-Barat dan Ala-Thai
bagi industrI yang memerlukan. Peserta yang berminat akan
mendalami ilmu kemahiran spesifik sebagai seorang Tukang
Masak supaya berkemampuan menyediakan menu-menu
makanan yang akan diperlukan oleh pelanggan dan
perniagaan yang diwujudkan. Peserta juga akan dilatih
mengendalikan dapur dan perniagaan di sesebuah
Kedai/Gerai Makan Ala- Barat dan Ala-Thai. Peserta turut di
latih dengan amalan sebenar pekerjaan.
JANGKAMASA LATIHAN
Latihan Penyesuaian (Familiarization)
Tempoh Latihan : 4 bulan
Latihan Tempat Kerja ( On the Job Training)
Tempoh Latihan : 1 bulan
Amalan Sebenar Pekerjaan (Actual
Practice)
Tempoh Latihan : 1 bulan
Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC )
19
9.5 Kursus- Kursus Kendalian Institut Latihan Teknikal Usahwan danPassion Beauty Training Consultancy
PASSION BEAUTY TRAINING CONSULTANCY juga terlibat secara langsung dalam pelbagai
program motivasi dan bimbingan keusahawanan yang mampu melahirkan masyarakat yang
cemerlang serta bersahsiah tinggi. Selain itu pihak syarikat juga turut terlibat dalam
perkhidmatan khidmat nasihat kepada bakal-bakal usahawan
Berikut adalah kursus dan program yang dikendalikan :
KURSUS PENYENGGARAAN DAN MEMBAIKI TELEFON BIMBIT
KURSUS PEMANDUAN KENDERAAN BERHEMAH
KURSUS PENYEDIAAN RANCANGAN PERNIAGAAN
KURSUS KEUSAHAWANAN MOBILE KECANTIKAN
Kursus Rawatan Muka (Facial)
Kursus Solekan
Kursus Solekan Kesan Khas (Make-Up Effect)
KURSUS KEUSAHAWANAN URUTAN SPA DAN REFLEXSOLOGI
Kursus Urutan/ Aromatherapi/ Reflexsologi
KURSUS KEUSAHAWANAN JAHITAN
Kursus Jahitan Tudung Berfesyen dan Anyaman Manik
Kursus Jahitan Pakaian Wanita
KURSUS KEUSAHAWANAN (CULINARY ART)
Kursus Makanan Sejuk Beku (Froozen Food)
Kursus Masakan Panas Ala-Thai
Kursus Perniagaan Franchise
Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC )
20
LAMPIRAN GAMBARINSTITUT LATIHAN
TEKNIKAL USAHAWAN(Passion Beauty Training Consultancy)
Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC )
21
PEMANDANGAN LUAR DAN DALAM PEJABAT
Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC )
22
KEMUDAHAN DALAM PEJABAT
KEMUDAHAN BILIK TEORI/ PRAKTIKAL
KEMUDAHAN BILIK TEORI/ PRAKTIKAL
Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC )
23
KEMUDAHAN BENGKEL JAHITAN
AKTIVITI PELATIH
Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC )
24
LAMPIRAN DAIRIBEKAS PELATIH
KURSUS PENYENGGARAAN DANMEMBAIK PULIH TELEFON BIMBIT
(PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN DAN KERJAYA)
ANTARA YANG TELAH BERJAYA
Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC )
25
PELATIH YANG TELAH BERJAYAAIN SALAH SEORANG KAKITANGAN DI SAMSUNG ALAMANDA, PUTRAJAYA
JURUJUAL YANG BERJAYA
Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC )
26
MUHAMMAD ALIF ARIFFINBERKHIDMAT DI PLAZA LOW YATT
SEJAK 2010 JURUJUAL & USAHAWAN BERJAYA
Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC )
27
BEBERAPA PELATIH YANG TELAH BERJAYAMENJADI JURUTEKNIK TELEFON BIMBIT SEJAK 2010DI CELLNETT ELECTRONIC SUNGEI WANG PLAZA
Muhammad Sabirin bin AbdullahMuhammad Zulkifli bin Mohamad
Abdul Hadi bin Jamaludin
Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC )
28
PELATIH YANG TELAH BERJAYASHAMSUL BIN SALLEH dan MOHD YASIN
JURUTEKNIK YANG BERJAYA
Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC )
29
POWER ON MOBILE DI GIANT CHERASSHAMSUL BIN SALLEH dan MOHD YASIN
DIBERI KEPERCAYAAN MEMBAIKI DAN MEMBAIK PULIH TELEFON BIMBIT
USAHAWAN TELEFON BIMBIT DI SETIU TERENGGANUWAN AZRIL BIN WAN OMAR
BEKAS PELATIH PLKK DAN KINI MEMILIKI TIGA (3) BUAH KEDAI
Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC )
30
LAMPIRAN DAIRIKURSUS –KURSUS
KEMAHIRAN DAN PROGRAMYANG TELAH DIKENDALIKAN
OLEH
INSTITUT LATIHAN
TEKNIKAL USAHAWAN(Passion Beauty Training Consultancy)
Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC )
31
KURSUS JANGKA PENDEK
SEMINAR MAGNET USAHAWANDAIRI KENANGAN EN. MOHD AZLI, KAKITANGAN, PELATIH BERSAMA
SELEBRITI EN. AMIN IDRIS
Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC )
32
PEJABAT PEMBANGUNAN WANITA NEGERI PERLIS(BIMBINGAN PERSIJILAN PROGRAM INKUBATOR KEUSAHAWANAN WANITA
I-KeUNITA BIDANG JAHITAN PEMBUAT PAKAIAN WANITA)
Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC )
33
KURSUS JANGKA PENDEKJABATAN PEMBANGUNAN WANITA NEGERI KELANTAN
(PERKHIDMATAN MELATIH IBU TUNGGAL(I-KIT) DAN KEUSHAWANAN WANITA(I-KeUNITA BIDANG PEMPROSESAN BAHAN SURIMI / MAKANAN SEJUK BEKU)
Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC )
34
Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC )
35
KURSUS KEUSAHAWANAN ANJURAN PEJABAT MARADAERAH SEBERANG PERAI UTARA (SPU)
(KURSUS PENYENGGARAAN DAN MEMBAIK PULIH TELEFON BIMBIT)
Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC )
36
KURSUS KEUSAHAWANAN ANJURAN PEJABAT MARADAERAH BUKIT MERTAJAM (SPT)
(KURSUS PENYENGGARAAN DAN MEMBAIK PULIH TELEFON BIMBIT)
Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC )
37
PROGRAM LATIHAN 1 MALAYSIABELIA DAN BELIAWANIS IPOH
(KURSUS PENYENGGARAAN DAN MEMBAIK PULIH TELEFON BIMBIT)
Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC )
38
KURSUS PENYENGGARAAN DAN MEMBAIK-PULIH TELEFON BIMBITBELIA DAN BELIAWANIS IPOH SIRI KE-2
Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC )
39
PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN 1 MALAYSIABELIA DAN BELIAWANIS FELDA
(KURSUS PENYENGGARAAN DAN MEMBAIK-PULIH TELEFON BIMBIT)
Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC )
40
PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN (NBOS)Anjuran MARA Negeri Perak
(KURSUS JAHITAN TUDUNG BERFESYEN 2012)
Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC )
41
PROGRAM LATIHAN 1 MALAYSIA 2012Kursus Jahitan Tudung Berfesyen
Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC )
42
LAMPIRAN DOKUMEN
Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC )
45
46
47
48
Institut Latihan Teknikal Usahawan ( PBTC )
top related