problem solving skill full
Post on 31-Oct-2014
30 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
SME3023
TRENDS AND ISSUES IN EDUCATION FOR MATHEMATICAL SCIENCE
ASSIGMENT INDIVIDUAL:
PROBLEM SOLVING SKILL
LECTURE NAME:
PROF. DR. MARZITA PUTEH
GROUP:
A
NAME MATRIC NO.
JENIFER ANAK JOSLI D20091034575
NUR HAYATI BINTI MOHD RAZALI D20091034724
NOORHASNA BINTI HUSSAIN D20091034739
SITI SYATINI BINTI SYARBAINI D20091034787
SITI MUSYRIFAH BINTI MOHD SUFIEE D20091035237
DUE DATE:
22 Disember 2011
What Does TIMSS Say about Instructional Practices?
Consequences Pro and Con Value
1. Better and upgraded
lesson structure
Teachers should improve
their teaching skills and
practise new lesson
structure.
Agreed because
students nowadays
need more new
exposure and new
learning approaches to
conquer the lesson.
Creativity,
responsibility,
trust
2. Calculators and
computer
The school might have
some difficulties financial
problem to purchase the
Agreed if the priority
is more to students.
Sacrification,
responbility
THE PROBLEM
How might I do to improve the instructional practices?
Most teachers teach classes of about 30 students in lesson blocks that are a little less or a little more than
an hour. They generally have a particular curriculum they intend to cover during a course. They want
students to acquire certain competencies. Teachers around the world also have similar concerns.
According to data gathered by TIMSS, many teachers believe that high student-to-teacher ratios limit
their ability to teach. Many teachers report shortages of equipment for use in demonstrations and other
exercises.
POSSIBLE SOLUTIONS
1. Better and upgraded lesson structure
2. Calculators and computers
3. Students evaluation tools
4. Homework
SOLUTION
CONSIDERED
HOW CAN WE
MAKE THE
SOLUTION
BETTER?
Teachers should vary their teaching skills and instructional practices during their instructional.
Creative and competence approaches could leave a perpetual imprint of lesson to the students
and hence make the instructional effective and efficient. Communication and interaction
between the student-teacher should be built up and be maintained along the lesson session.
calculators and computer
for student use if buy in
large quantity.
3. Students evaluation tool
It is preferable to be done
to measure the student
progression of how much
he capture the lesson in
the class.
Very agreed and it
must be done in
formative an d
summative ways.
Just,
accountability,
integrity
4. Homework
To practise the students
to be familiar with
different types of
questions and level of it
difficulties besides to
generate the students
mind to think beyond.
Disagreed if too many
housework given
which it will be said as
burden to the
students.
Time constraint,
effort.
Teachers should vary their teaching skills and instructional practices during their instructional.
Creative and competence approaches could leave a perpetual imprint of lesson to the students
and hence make the instructional effective and efficient. Communication and interaction
between the student-teacher should be built up and be maintained along the lesson session.
SME3023
TRENDS AND ISSUES IN EDUCATION FOR MATHEMATICAL SCIENCE
Tugasan Individu :
PROBLEM SOLVING
Nama Pensyarah:
PROF. DR. MARZITA PUTEH
Disediakan Oleh:
NUR HAYATI BT MOHD RAZALI
D20091034724
Tarikh Hantar:
22 DISEMBER 2011
APAKAH MASALAHNYA:
Perbezaan pencapaian antara jantina mula diberi perhatian pada 1970-an apabila pencapaian
rendah pelajar perempuan diketengahkan manakala sejak pertengahan 1990-an pencapaian
rendah pelajar lelaki mula diperkatakan.
Trend perbezaan pencapaian antara pelajar lelaki dan perempuan itu berterusan hingga
kini dan menjadi fenomena menyeluruh serta masih relevan untuk dikaji. Keputusan
peperiksaan awam peringkat kebangsaan 1996 hingga 2007 menunjukkan secara
keseluruhannya pelajar perempuan mempunyai pencapaian lebih baik berbanding pelajar
lelaki dalam hampir semua mata pelajaran bagi peringkat Ujian Pencapaian Sekolah Rendah
(UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Manakala bagi Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM), pelajar perempuan mengatasi lelaki dalam kebanyakan mata pelajaran misalnya
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.
KENAPA WUJUDNYA MASALAH INI:
Perbezaan pencapaian Matematik Dan Sains di antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan
merupakan suatu isu yang sering diperkatakan pada masa kini. Terdapat beberapa faktor
penyebab berlakunya perkara ini.
1. Bakat Atau Minat Mereka Dalam Subjek Matematik Dan Sains
Hasil kajian juga menunjukkan pelajar lelaki didapati lebih baik pencapaiannya
dalam kemahiran berkaitan dengan ungkapan pecahan tunggal, persamaan serentak, sudut
dan poligon, geometri koodinat dan melibatkan kecerunan. Ini disebabkan mereka lebih
berminat kepada kemahiran yang melibatkan unjuran ortogon pada garis satah dan sudut
antara dua satah, gabungan penjelmaan dan mencari luas di bawah pembesar, pelan dan
dongakan, latitud, longitud dan jarak dan melibatkan masa perjalanan. Mereka juga lebih
kepada melakukan apa yang mereka boleh lihat daripada membuat dongakan atau berfikir
semata-mata.
2. Sikap Pelajar Membuat Kerja Rumah
Sikap ini mempengaruhi pembelajaran Matematik dan Sains seseorang pelajar di
mana sikap yang positif seseorang pelajar terhadap Matematik dan Sains akan
menyebabkan pelajar tekun belajar Matematik dan Sains dan mempunyai pencapaian
yang lebih baik berbanding pelajar yang mempunyai sikap yang negatif.
3. Pendidikan Keluarga
Pendidikan keluarga di sini bermaksud keluarga yang mempunyai pendidikan yang
baik dapat membantu anak-anaknya mencapai kejayaan anak-anak mereka di masa
hadapan. Ibu bapa yang lepasan universiti dapat memberi pendapat dan idea kepada anak-
anaknya dalam membuat keputusan dan tugasan yang perlu disiapkan.
Status ekonomi keluarga juga mempengaruhi kejayaan anak-anak. Bagi keluarga yang
kaya, mereka lebih mampu dalam membiayai keperluan anak-anak mereka. Mereka
sanggup menghabiskan wang demi mendapatkan yang terbaik untuk anak-anak mereka
seperti menyara anak-anak mereka untuk melanjutkan pelajaran di luar negara,
menghadiri kelas tuisyen, membeli pelbagai rujukan. Tetapi sebaliknya bagi mereka yang
bertaraf miskin, mereka tidak mampu dalam menyediakan keperluan anak-anak mereka.
4. Sumber Rujukan Di Rumah
Sekarang ini, kemudahan internet amat penting bagi semua orang tidak kira tua atau
muda. Dengan adanya kemudahan internet, pelajar dapat mencari maklumat dengan cepat
dan jimat dari segi masa dan tenaga. Selain itu, untuk maklumat subjek Matematik dan
Sains juga boleh diperolehi sama ada dalam bentuk video, eksperimen dan kaedah atau
teknik mengenai tajuk-tajuk yang dipelajari. Buku rujukan di rumah yang masih boleh
digunakan, janganlah kita membuang begitu sehaja. Gunalah selagi masih boleh
digunakan. Alat bantuan mengajar di rumah seperti bahan-bahan yang maujud boleh
digunakan seperti benda yang nampak dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian
mereka.
5. Masa Yang Diluang Selepas Sekolah
Pelajar perempuan biasanya akan berkawan dengan rakan-rakan yang berada di
sekeliling mereka seperti rakan sekelas. Sikap pelajar perempuan yang mementingkan
pelajaran, akan mempengaruhi rakan-rakan mereka yang lain untuk sama-sama
mementingkan pelajaran. Menurut Zalizan bin Mohd Jelas (2001), pelajar perempuan
akan belajar bersama dan berkongsi pendapat sekiranya terdapat sebarang keraguan.
Dengan aktiviti seperti ini, pelajar perempuan lebih menguasai pelajaran yang dipelajari
dan mendapat pencapaian yang lebih baik.
Berbanding pelajar lelaki, mereka lebih gemar berkawan dengan rakan yang lebih tua.
Pergaulan sosial yang melampau seperti melepak, berlumba haram, dan macam-macam
lagi mudah diikut kerana bagi mereka perkara itu sesuatu yang bebas untuk dilakukan
berbanding mengulangi pelajaran. Menurut Syarifah Alwiah Alsagoff (1988), segala
gerak-geri dan tingkah laku akan ditiru atau diikuti oleh rakan sebaya. Disebabkan
pergaulan dengan rakan-rakan yang tidak minat untuk menimba ilmu, pelajar lelaki tidak
menguasai pelajaran yang dipelajari kerana tidak membuat latihan yang diberi dan hilang
fokus dalam kelas. Maka, pencapaian mereka adalah lebih rendah berbanding pelajar
perempuan.
6. Strategi Pengajaran Guru
Guru hanya berpandukan buku teks sebagai sumber utama dan buku latihan sebagai
buku tambahan. Pengajaran yang disampaikan amat membosankan dan tidak menarik
minat pelajar untuk belajar. Bidang matematik ini bukan sekadar pengiraan semata-mata
sahaja malah bidang ini memerlukan teknik yang sesuai dan tepat untuk lebih memahami
konsepnya. Oleh itu, bidang ini juga memerlukan media yang berteknologi seperti power-
point, LCD dan sebagainya untuk meningkatkan pengetahuan mereka tentang matematik
digunakan dalam pengajaran.
KEMAHIRANMENYELESAIKAN MASALAH
ISU: Namun begitu isu berkaitan pencapaian pelajar mengikut jantina turut menjadi perbualan dalam pendidikan. Di negara ini, perbezaan pencapaian antara pelajar lelaki dan perempuan tidak begitu ketara, namun banyak kajian menunjukkan pencapaian pelajar perempuan mengatasi pelajar lelaki di Malaysia. Justeru itu, kumpulan kami memegang pendirian bahawa pencapaian pelajar perempuan mengatasi pelajar lelaki dalam pencapaian Matematik dan Sains di negara ini.
PENYELESAIAN MASALAH
Bagi mengatasi masalah perbezaan pencapaian Matematik antara pelajar lelaki dan perempuan, beberapa cadangan telah dikenalpasti yang berkemungkinan boleh
dilaksanakan bagi mengatasi masalah ini. Antaranya ialah:
LANGKAH YANG TERBAIK UNTUK MENGATASI MASALAH INI.
Pembelajaran yang sesuai dan kreatif amat mempengaruhi minat seseorang itu untuk belajar. Gaya yang disampaikan oleh guru kadang-kadang boleh menyebabkan hilang minat untuk belajar sesuatu pelajaran tersebut. Jadi langkah yang tepat dan terbaik untuk mengatasi masalah pembezaan gender antara pelajar perempuan dengan pelajar lelaki ialah gaya pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan oleh guru. Guru yang cemerlang berupaya memaksimum dan mengoptimumkan penggunaan bahan dan sumber pengajaran pembelajaran, di samping memiliki pelbagai koleksi bahan-bahan tersebut seperti buku rujukan, panduan guru, perisian komputer, audio video, dan sebagainya .
Oleh itu, guru perlu didedahkan kaedah dan strategi yang sesuai untuk pelajar-pelajar supaya objektif pengajaran dan pembelajaran dicapai. Contohnya penggunaan ICT. Penggunaan media berteknologi seperti LCD, makmal komputer, penggunaan power-point, dan sebagainya amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P), kerana banyak memberikan kebaikan dan kesan yang positif dalam pelajaran mereka di samping dapat mendedahkan pengetahuan penggunaan teknolohi terhadap pelajar-pelajar.
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS35900 TANJONG MALIM, PERAK DARUL RIDZUAN
TEL : 05-4506000 FAX : 05-4595488
SME3023
TRENDS AND ISSUES IN EDUCATION FOR MATHEMATICAL SCIENCES
Tajuk:
SKILLFUL PROBLEM SOLVING
Disediakan Oleh:
NOORHASNA BT HUSSAIN (D20091034739)
Nama Pensyarah:
PROF. DR. MARZITA PUTEH
Kumpulan: A
Tarikh serahan: 22 DISEMBER 2011
Apakah masalah yang timbul?
Trends in International Mathematics and Science Study atau lebih dikenali
sebagai TIMSS merupakan salah satu penilaian juga kajian yang telah
dibentuk untuk menguji serta mengukur pencapaian para pelajar yang
bertaraf antarabangsa. TIMSS ini sebenarnya telah dijalankan serta
diuruskan oleh International Study Centre, Lych School of Education,
Boston College di Amerika Syarikat. Selain itu, kajian TIMSS ini dijalankan
dalam tempoh masa empat tahun sekali dan bermula pada tahun 1995,
1999, 2003, 2007 dan kini pada tahun 2011.
Berdasarkan kepada laporan yang telah dibuat oleh pihak TIMSS ini,
skor pencapaian pelajar Malaysia pada setiap tahun yang telah dijalankan
adalah semakin menurun berbanding dengan negara-negara lain seperti
Taiwan, Korea, Jepun, Amerika Syarikat, Singapura dan juga beberapa
negara lain lagi. Sebagai contoh dalam kategori Highbenchmark pula,
peratus pelajar Malaysia yang tergolong dalam kumpulan ini ialah
sebanyak 18 peratus berbanding pada tahun 2003 sebanyak 30 peratus.
Bagi kategori Intermediate Benchmark pula, pencapai pelajar Malaysia
adalah sebanyak 50 peratus berbanding pada tahun 2003 sebanyak 70
peratus manakala dalam kategori Advanced Benchmark Mathematics
pula, , hanya dua peratus pelajar Malaysia yang berada dalam kategori ini
berbanding Taiwan, (45 peratus), Korea (40 peratus), Singapura (40
peratus), Jepun (26 peratus), Hungary (10 peratus), England dan Russia
(lapan peratus), Amerika Syarikat (enam peratus) dan Serbia (lima
peratus). Oleh yang demikian, timbullah persoalan di mana mengapa
pencapaian pelajar Malaysia dalam TIMSS semakin menurun berbanding
dengan pencapaian pelajar-pelajar negara lain?
Kenapa masalah ini terjadi?
Beberapa faktor utama telah digariskan dalam menyebabkan hal ini
berlaku. Faktor utamanya ialah dari segi bahasa. Menurut dapat kajian
daripada Dr. Nor Hashimah pada tahun 2004, berkaitan dengan PPSMI,
didapati bahawa sebanyak 75 peratus pelajar bersetuju bahawa mereka
tidak faham apabila guru mengajar dalam bahasa Inggeris manakala 77
peratus menyatakan bahawa mereka bersetuju bahasa Melayu mampu
menyampaikan Sains & Matematik dengan berkesan. Oleh yang demikian,
faktor bahasa merupakan penyumbang utama kepada permasalahan
penurunan pencapaian pelajar dalam TIMSS
Selain itu, faktor lain yang mendorong kepada permasalah ini juga
ialah, pelajar tidak dapat menguasai atau memahami konsep matematik
juga sains yang ingin diajar oleh guru. Hal ini merupakan kesan daripada
ketidakfahaman pelajar berkenaan dengan apa yang ingin diajar oleh
guru pada mula. Sekiranya bahasa yang guru gunakan itu dapat mereka
fahami dengan jelas, maka tidak ada masalah untuk para pelajar
memahami apa yang cuba guru itu sampaikan serta ajarkan kepada
mereka. Hasil daripada ini juga telah menimbulkan satu permasalah lain
iaitu pelajar tidak minat untuk mempelajari subjek matematik dan juga
sains ini. Apabila konsep yang ingin disampaikan oleh guru tidak jelas dan
tidak dapat diterima oleh para pelajar, maka minat untuk mempelajari
subjek tersebut semakin berkurangan. Hal ini kerana mereka tidak tahu
apa yang harus mereka pelajari serta tidak dapat untuk memahami apa
yang cuba guru sampaikan kepada mereka.
Penyelesaian yang dapat dilakukan
Bagi masalah bahasa itu tadi, apa yang dapat dilakukan ialah pelajar dan
guru, kedua-duanya harus menguasai bahasa yang akan digunakan untuk
sesi pengajaran dan pembelajaran itu nanti. Sekiranga bahasa yang akan
digunakan ialah bahasa Inggeris, maka kedua-duanya iaitu pelajar dan
juga guru harus benar-benar menguasai bahasa tersebut kerana
penyampaian dan pengajaran yang baik merupakan satu pengajaran yang
jelas dan nyata. Selain daripada itu, adalah menjadi suatu perkara yang
sia-sia sekiranya pelajar tidak dapat memahami apa yang ingin guru
sampaikan serta guru tidak faham akan apa yang ingin diajarkan. Oleh
yng demikian, adalah menjadi perkara yang sangat penting bagi kedua-
duanya untuk menguasai bahasa yang akan digunakan.
Seterusnya, penekanan terhadap konsep. Kebanyakkan guru pada
hari ini, hanya menekankan kepada cara bagaimana hendak menjawab
soalan dalam peperiksaan dan lulus dengan cemerlang sahaja, tidak lagi
mementingkan kepentingan untuk mengusai konsep sebenar yang harus
difahami oleh pelajar itu sendiri. Usaha dalam meningkatkan kefahaman
pelajar bagi konsep yang diajar ialah, setiap konsep yang diajar oleh guru
haruslah disertakan dengan pengaplikasian konsep tersebut dalam
kehidupan seharian mereka. Hal ini mungkin dapat meningkatkan lagi
pemahaman pelajar terhadap konsep yang akan diajar seterusnya dapat
menimbulkan minat untuk memperlajari subjek matematik dan sains ini.
Apabila pelajar memahami apa yang diajarkan kepada mereka, dan
seterusnya mereka tahu mengapa mereka harus mempelajari perkara
sedemikian, maka minat dan rasa suka untuk mempelajari sesuatu itu
akan wujud dengan sendirinya tanpa perlu dipaksa.
Implikasi daripada penyelesaian masalah ini
Terdapat dua implikasi hasil daripada penyelesaian kepada permasalah
ini. Pertama ialah kelebihan apabila masalah ini dapat diselesaikan.
Sekiranya guru mengetahui dan memahami apa yang harus diajar kepada
pelajarnya dan para pelajar pula dapat menerima dan memahami apa
yang akan diajar oleh guru maka pembelajaran yang berkesan dapar
diwujudkan di samping dapat meningkatkan pencapaian pelajar dalam
subjek yang berkenaan. Seterusnya, apabila pelajar memahami konsep
yang ini terapkan oleh guru berkaitan dengan subjek matematik dan sains
ini, maka secara tidak langsung dapat meningkatkan pemahaman mereka
terhadap subjek tersebut dan juga pencapaian mereka dalam
peperiksaan. Selain memahami konsep yang dipelajari, cara dan kaedah
pengajaran guru juga haruslah menarik bagi menimbulkan minat dalan
diri setiap pelajara untuk memahami, mendalami seterusnya mencinta
subjek matematik dan sains ini.
Implikasi kedua ialah kekurangan yang mungkin wujud dalam
penyelesaian masalah ini. Masa yang lama diperlukan bagi menguasai
dalam sesuatu bahasa yang selain daripada bahasa ibunda kita iaitu
bahasa Malaysia. Jadi, untuk memastikan guru dan pelajar benar-benar
menguasai bahasa kedua iaitu bahasa Inggeris yang digunakan dalam
pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains ini, akan memerlukan
satu tempoh masa yang cukup lama. Kemungkinan besar dalam tempoh
untuk menunggu kedua-duanya iaitu guru dan murid untuk menguasai
bahasa tersebut dengan sepenuhnya, mungkin kedua-dua mereka ini
akan ketinggalan dalam penguasaan terhadap subjek matematik itu
sendiri.
Selain itu, walaupun guru dapat menerapkan konsep yang harus
difahami dalam mempelajari subjek matematik dan sains ini serta pelajar
dapat mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan, tidak
semestinya pelajar itu akan mengaplikasikan konsep yang telah dipelajari
dan difahami itu dalam kehidupan seharian mereka. Malah, mereka juga
kemungkinan besar akan melupakan segala konsep yang telah dipelajari
itu begitu sahaja setelah tamat daripada persekolahan kelak. Di samping
itu juga, walau sebagus mana pengajaran guru dan kaedah yang
digunakan sekalipun, sekiranya pada awalnya lagi tidak ada minat dan
kecintaan pelajar itu terhadap subjek yang akan diajar, maka minat dalam
diri mereka tidak akan dapat diwujud dan dicetuskan selagi mereka tidak
benar-benar ingin mempelajari subjek itu dengan sendirinya.
Penyelesaian terbaik
Walau apa juga cara yang ingin dilaksanakan bagi mengatasi masalah ini,
perkara utama yang harus diambil perhatian ialah minat pelajar itu sendiri
dalam mempelajari subjek matematik dan sains. Sekiranya minat itu
benar-benar telah hadir dalam diri mereka, maka mudahlah untuk
melaksanakan apa jua pendekatan bagi meningkatkan pencapaian
mereka dalam subjek matematik dan sains ini.
Masalah yang berlaku
KelebihanSekiranya guru dan pelajar masing-masing memahami apa yang akan diajar dan apa yang harus dipelajari, pembelajaran yang berkesan akan wujud Apabila pelajar memahmi konsep yang akan dipelajari, dan dapat membuat yang terbaik dalam peperiksaan, maka pencapaian mereka akan meningkatPembelajaran yang menarik dan teknik pengajaran yang berkesan oleh guru dapat membantu untuk meningkatkan minat pelajar terhadap pelajaran tersebut
KekuranganMasa yang lama diperlukan oleh guru dan murid dalam menguasai bahasa lain selain bahasa ibunda kita sekiranya pengajaran subjek matematik dan sains ini dilaksanakan dalam bahasa lainwalaupun murid faham akan konsep dan dapat jawab dalam peperiksaan dengan baik, tidak semestinya mereka akan mengaplikasikan konsep tersebut dalam kehidupan seharian merekaPembelajaran yang berkesan tidak akan terhasil walaupun adanya guru yang cemerlang sekiranya pelajar itu sendiri tidak mempunyai keinginan untuk belajar
Bagaimana cara untuk meningkatkan pencapaian pelajar Malaysia dalam TIMSS?
Cara penyelesaian
Guru dan pelajar harus mengusai bahasa yang digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran matematik (bahasa Inggeris sekiranya pengajaran matematik dan sains itu di ajar dalam bahasa tersebut
Penekanan terhadap penguasaan konsep matematik dan sains dalam kehidupan seharian.
Guru harus menggunakan pendekatan yang terbaik dalam memupuk minat murid bagi subjek matematik dan sains ini.
Implikasi
Penyelesain terbaik:
Cetuskan minat pelajar itu sendiri dalam mempelajari subjek matematik dan sains ini sebelum melaksanakan apa-apa tindakan atau langkah yang berkaitan
SEMESTER 1 SEISI 2011/2012
SME 3023
TRENDS AND ISSUE IN EDUCATION FOR MATHEMATICAL SCIENCE
“SKILLFUL PROBLEM SOLVING”
LECTURE NAME:
PROF. DR.MARZITA PUTEH
NAME: SITI SYATINI BT SYARBAINI
MATRIC NO: D20091034787
GROUP: A
MASALAH YANG DIHADAPI
Bagaimanakah ingin meningkatkan pencapaian pelajar Malaysia dalam Trend In
International Mathematics And Science Study (TIMSS)?
TIMSS ini merujuk kepada suatu penilaian dan projek penyelidikan yang dijalankan di
peringkat antarabangsa bagi melihat sejauh mana pencapaian pelajar dalam mata pelajaran
Matematik dan Sains bagi Gred 4 dan Gred 8. Kajian TIMSS ini telah dijalankan setiap
empat tahun sekali bermula pada tahun 1995, 1999, 2003, 2007 dan sehingga kini pada tahun
2011. Malaysia telah mula menyertai TIMSS ini sejak dari tahun 1999 lagi. Daripada laporan
yang dikeluarkan oleh TIMSS menunjukkan pencapaian pelajar Malaysia dalam mata
pelajaran Matematik dan Sains kurang setanding dengan pencapaian pelajar-pelajar dari
negara yang lain.
Skor pencapaian pelajar Malaysia didapati merosot pada tahun 2007 berbanding skor
pencapaian yang diperolehi pada tahun 2003. Menurut laporan tersebut, pelajar Malaysia
menunjukkan kemerosotan yang paling terbesar sekali dalam kalangan 59 negara yang
terlibat dalam kajian tersebut pada tahun 2007 iaitu skor purata pencapaian pelajar dalam
Matematik merosot sebanyak 34 mata dan merosot sebanyak 40 mata dalam Sains.
Penurunan Malaysia adalah paling ketara sekali berbanding negara-negara lain. Dalam
laporan tersebut, hanya 18 peratus sahaja pelajar Malaysia berada dalam kategori High
benchmark iaitu kategori di mana pelajar dapat mengaplikasikan kefahaman dan pengetahuan
dalam menjawab soalan bagi mata pelajaran Matematik berbanding sebanyak 30 peratus pada
tahun 2003.
Pada tahun 2007, laporan TIMSS menunjukkan bahawa pelajar Malaysia yang berada
pada kategori Advance benchmark Mathematics pula hanya 2 peratus sahaja berbanding
peratusan yang diperolehi sebanyak 6 peratus pada tahun 2003 (Berita Harian, 2009).
Peratusan tersebut menunjukkan bahawa hanya segelintir pelajar sahaja yang dapat
mengaplikasikan kefahaman dan pengetahuan dalam pelbagai konteks soalan yang kompleks
dan dapat menjelaskan setiap jawapan yang diberikan dengan betul. Justeru itu, persoalan
wujud iaitu bagaimanakah cara yang dapat dilakukan untuk meningkatkan pencapaian pelajar
Malaysia dalam mata pelajaran Matematik khususnya supaya seiring dengan pencapaian
pelajar dari negara-negara yang maju seperti Singapura, Jepun dan Taiwan.
MENGAPA MASALAH INI TERJADI?
Masalah ini terjadi disebabkan pelajar Malaysia mempunyai pencapaian yang rendah dalam
mata pelajaran Matematik dan Sains berbanding dengan negara-negara yang lain. Beberapa
faktor didapati menjadi penyebab berlakunya penurunan dalam pencapaian pelajar Malaysia
dalam mata pelajaran Matematik dan Sains. Antaranya adalah dari segi bahasa yang
digunakan semasa pengajaran dan pembelajaran (P&P).
Faktor Bahasa
Laporan TIMSS menunjukkan bahawa faktor yang mempengaruhi pencapaian Matematik
dan Sains dalam kebanyakan negara adalah mereka menggunakan bahasa keluarga atau home
language sebagai medium dalam pembelajaran Matematik dan Sains. Pelajar yang
menggunakan bahasa keluarga mereka sendiri dalam menjawab ujian TIMSS memperolehi
purata pencapaian yang tinggi berbanding pelajar yang mempelajari Matematik dan Sains
dalam bahasa asing.
Pengajaran guru yang kurang berkesan
Selain itu, kemerosotan pelajar Malaysia dalam TIMSS juga disebabkan oleh pengajaran guru
yang kurang berkesan dalam menyampaikan konsep Matematik dan Sains kepada pelajar.
Pelajar yang tidak dapat menguasai konsep dan pengetahuan asas dalam mata pelajaran
Matematik dari sekolah rendah akan memberi kesan negatif kepada dirinya sendiri apabila
memasuki alam persekolahan sekolah menengah.
Penguasaan pelajar dalam konsep Matematik lemah
Hal ini kerana asas-asas pengetahuan Matematik seperti operasi tambah, tolak, darab dan
bahagi akan diaplikasikan semasa di sekolah menengah. Hal ini mungkin disebabkan guru
menggunakan kaedah yang tidak sesuai dalam menerangkan konsep-konsep yang penting
dalam mata pelajaran Matematik. Guru menggunakan kaedah tradisional sahaja iaitu
menggunakan papan putih dan penerangan sahaja dalam menjelaskan konsep-konsep
Matematik di mana pelajar sukar untuk memahaminya. Hal ini akan menyebabkan pelajar
tidak meminati mata pelajaran Matematik seterusnya menjurus kepada kemerosotan dalam
pencapaian pelajar Malaysia dalam kajian yang dilakukan oleh International Study
Centre, Lych School of Education, Boston College di Amerika Syarikat.
LANGKAH-LANGKAH PENYELESAIAAN
Pelajar menguasai Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
Sebenarnya, bahasa tidak menjadi masalah sekiranya pelajar dan guru
menguasai Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Kedua-dua bahasa
tersebut penting kerana Bahasa Melayu merupakan Bahasa Kebangsaan
manakala Bahasa Inggeris pula merupakan bahasa kedua di mana bahasa
tersebut digunakan dan dituturkan hampir di seluruh dunia sebagai
bahasa antarabangsa. Oleh itu, bagi meningkatkan pencapaian pelajar
dalam Matematik dan Sains, pelajar terlebih dahulu perlu menguasai
Bahasa Inggeris kerana banyak istilah-istilah yang terdapat dalam
Matematik dan Sains terdiri daripada perkataan Bahasa Inggeris itu
sendiri. Kebanyakan perkataan-perkataan tersebut tidak dapat
diterjemahkan dengan tepat dalam Bahasa Melayu dan disebabkan itu,
pelajar perlu mempelajarinya dalam Bahasa Inggeris.
Pelajar Menguasai Konsep Matematik dengan baik
Pelajar juga perlu memahami konsep Matematik dengan baik sebelum
menjawab soalan-soalan Matematik. Hal ini kerana jika seseorang pelajar
tidak memahami konsep Matematik dengan sepenuhnya, maka jika dia
diberi soalan yang berlainan, dia tidak dapat menjawab soalan Matematik
tersebut padahal soalan yang diberikan menggunakan konsep yang sama.
Hal ini dapat dilihat dalam kajian TIMSS ini di mana hanya segelintir
pelajar Malaysia yang dapat menjawab persoalan yang melibatkan soalan
Matematik yang kompleks dan dapat menjelaskan dengan baik setiap
jawapan yang diberikan dengan tepat. Oleh itu, pencapaian pelajar dalam
Matematik dapat ditingkatkan sekiranya pelajar menguasai sepenuhnya
konsep Matematik.
Guru menggunakan kaedah dan strategi pengajaran yang
berkesan
Guru juga memainkan peranan yang penting dalam menyampaikan ilmu
Matematik kepada pelajar. Kaedah dan strategi pengajaran guru akan
menentukan sama ada pelajar dapat menerima ilmu Matematik yang
disampaikan ataupun tidak. Hal ini penting, sekiranya corak pengajaran
yang guru gunakan tidak dapat menarik perhatian pelajar, maka di situ
bukan sahaja menyebabkan pelajar tidak faham malahan akan
menyebabkan pelajar tidak menyukai Matematik seterusnya pencapaian
yang cemerlang yang ingin dilihat dalam bidang Matematik dan Sains
tidak dapat dicapai. Guru juga perlulah menguasai Bahasa Inggeris jika
ingin memahami dengan lebih mendalam tentang konsep Matematik yang
ingin disampaikan kepada pelajar. Hal ini akan memudahkan guru untuk
menyampaikan sesuatu istilah Matematik dengan tepat kepada pelajar.
Sekiranya guru tidak memahami Bahasa Inggeris, kemungkinan guru akan
tersilap memberi penjelasan dan tafsiran mengenai istilah-istilah
Matematik yang penting semasa menterjemahkannya dalam Bahasa
Melayu.
IMPLIKASI DARIPADA PENYELESAIAN MASALAH INI
Implikasi yang terdapat pada penyelesaian ini adalah pelajar dapat
memperolehi pencapaian yang cemerlang dalam mata pelajaran
Matematik dan Sains. Skor peratusan pencapaian pelajar Malaysia dalam
kajian yang dilakukan dalam TIMSS juga dapat dipertingkatkan. Selain itu,
pencapaian pelajar Malaysia dapat menyaingi pelajar dari negara-negara
maju. Pelajar yang dapat menguasai kedua-dua bahasa akan mudah
untuk menguasai mata pelajaran Matematik dan Sains. Hal ini dapat
membantu mereka dalam menjawab soalan yang pelbagai tanpa
sebarang masalah. Namun begitu, tempoh masa yang lama diperlukan
bagi seseorang untuk menguasai kedua-dua bahasa lebih-lebih lagi dalam
Bahasa Inggeris. Oleh itu, pendidikan awal perlu didedahkan kepada
kanak-kanak supaya mereka dapat menguasai Bahasa Inggeris justeru
dapat membantu dalam memahami Matematik dan Sains dengan lebih
baik.
Selain itu, jika teknik pengajaran yang guru gunakan menarik dan
berkesan, maka pelajar bukan sahaja dengan mudah memahami mata
pelajaran Matematik dan Sains malahan mereka berasa seronok dan
timbul minat untuk mempelajari subjek-subjek tersebut dengan lebih
mendalam lagi. Seterusnya hal ini dapat membantu pelajar memperolehi
pencapaian yang baik dalam mata pelajaran tersebut. Tambahan pula,
guru perlu menggunakan teknik pengajaran yang berkesan seperti
menggunakan teknologi dalam pengajaran supaya dapat membantu
pelajar menguasai konsep Matematik sepenuhnya.
Namun begitu, guru perlulah memainkan peranan tersebut sejak
pelajar dari sekolah rendah lagi kerana bermula dari sekolah rendahlah
mereka mendapatkan kemahiran dan konsep asas Matematik. Sekiranya
guru gagal dalam memberi pengajaran yang berkesan sejak dari sekolah
rendah, maka perkara tersebut akan memberi kesan yang negatif apabila
mereka berada di sekolah menengah dan seterusnya memberi satu
masalah bagi mereka apabila meningkat dewasa kerana gagal menguasai
kemahiran-kemahiran asas dalam Matematik itu sendiri.
PENYELESAIAAN YANG TERBAIK
Walaupun banyak penyelesaian dalam mencari langkah untuk
meningkatkan prestasi pelajar dalam Matematik dan Sains, diri pelajar itu
sendiri yang memainkan peranan sama ada ingin belajar mata pelajaran
tersebut atau tidak. Jika terdapat banyak cara sekalipun, jika pelajar tidak
mempunyai keinginan untuk belajar, langkah-langkah tersebut tidak
dapat membantu juga. Oleh itu, semua pihak memainkan peranan
masing-masing supaya dapat menyelesaikan dan meningkatkan prestasi
pelajar dalam mata pelajaran Matematik dan Sains lebih-lebih lagi pada
peringkat antarabangsa.
APAKAH MASALAH YANG WUJUD?
Bagaimanakah ingin meningkatkan pencapaian pelajar Malaysia dalam Trend In
International Mathematics And Science Study (TIMSS)?
MENGAPAKAH WUJUDNYA MASALAH INI?
Masalah ini terjadi disebabkan pelajar Malaysia mempunyai pencapaian yang
rendah dalam mata pelajaran Matematik dan Sains berbanding dengan pelajar
daripada negara-negara yang lain.
Faktor Bahasa
Pengajaran guru yang kurang berkesan
Penguasaan pelajar dalam konsep Matematik lemah
IMPLIKASI
kelebihan
Penguasaan bahasa dapat mempertingkatkan pencapaian pelajar dalam Matematik dan Sains.
Pengajaran yang kreatif dan pelbagai dapat menarik perhatian pelajar dalam mempelajari
Matematik dan Sains.
Penguasaan konsep dapat membantu pelajar menyelesaikan soalan Matematik dan Sains yang kompleks dan dapat
mengaplikasikan dalam kehidupan seharian.
SEMESTER 1 SEISI 2011/2012
SME 3023
TRENDS AND ISSUE IN EDUCATION FOR MATHEMATICAL SCIENCE
“SKILLFUL PROBLEM SOLVING”
LECTURE NAME:
PROF. DR.MARZITA PUTEH
1. Apakah masalah yang wujud?
NAME: SITI MUSYRIFAH BT MOHD SUFIEE
MATRIC NO: D20091035237
GROUP: A
Melalui kajian dalam TIMSS kedudukan Malaysia bagi mata pelajaran Matematik telah
merosot daripada kedudukan tempat ke-10 daripada 46 buah negara yang mengambil
bahagian di dalam TIMSS 2003 kepada kedudukan tempat ke-20 daripada 49 buah negara
yang mengambil bahagian di dalam TIMSS 2007. Kedudukan Malaysia di dalam TIMSS
bagi mata pelajaran Sains juga telah merosot daripada kedudukan tempat ke-20 daripada 46
buah negara yang mengambil bahagian di dalam TIMSS 2003 kepada kedudukan tempat ke-
21 daripada 49 buah negara yang mengambil bahagian di dalam TIMSS 2007.
2. Kenapa masalah itu wujud?
Masalah ini dikenalpasti wujud apabila penggunaan bahasa Inggeris menjadi bahasa
pengantar bagi subjek Sains dan Matematik. Faktor yang dikaitkan dengan pencapaian
Matematik dan Sains ialah di kebanyakan negara, pelajar menyatakan mereka belajar
Matematik dan Sains dalam bahasa keluarga puratanya lebih tinggi pencapaian ujian TIMSS
berbanding pelajar yang belajar kedua-dua mata pelajaran ini menggunakan bukan bahasa
keluarga. Wujud hubungan rapat antara proses pembelajaran Matematik dan Sains dalam
bahasa asing. Peranan penting bahasa keluarga dalam pembelajaran akademik, misalnya
Matematik dan Sains banyak dikaji dan hasil kajian mendapati kemahiran kognitif akademik
berkembang terutama melalui bahasa pertama. Jadi jika pelajar cuba belajar bahasa kedua
dan terus belajar bagi subjek Matematik dan Sains pelajar akan menggunakan kemahiran
kognitif yang lemah. Penjelasan ini relevan dalam konteks hasil kajian TIMSS yang
mendapati pencapaian Matematik dan Sains pelajar menggunakan bahasa keluarga untuk
pengajaran dan pembelajaran kedua-dua subjek ini secara purata lebih tinggi berbanding
mereka yang belajar subjek berkenaan dalam bahasa kedua kerana mudah difahami mereka.
Semua negara dalam kajian TIMSS 2007 yang pelajarnya mengguna bahasa keluarga dalam
pembelajaran matematik dan sains di sekolah seperti Taiwan, Korea, Jepun ,Singapura dan
England mencapai skor yang tinggi.
Selain itu, cara pengajaran guru yang kurang kreatif dan kurang menyediakan
kemudahan pembelajaran menyebabkan pencapaian pelajar menurun dalam subjek
Matematik dan Sains melalui kajian TIMSS. Guru tidak menyediakan bahan untuk mengajar
dan hanya berorientasikan buku teks sahaja. Mereka juga tidak kreatif dalam mengajar
pelajar untuk memahami konsep-konsep subjek itu.
Kemahiran Menyelesaikan Masalah
Masalah 1
-Penggunaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran Matematik dan Sains menyebabkan penurunan pencapaian pelajar dalam subjek Matematik dan Sains melalui kajian TIMSS.
Penyelesaian Masalah
1. Menghapuskan dasar PPSMI dan melaksanakan dasar MBMMBI dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Para guru boleh mengajar dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu mengikut kefahaman dan tahap penguasaan pelajar. Melalui cara ini pelajar dapat memilih untuk menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantaraan memudahkan pelajar lebih memahami sesuatu konsep dan penyelesaian terutamanya pelajar yang kurang pandai dan lemah dalam penguasaan sesuatu subjek.
2. Menyelidik semula kurikulum dan penggunaan buku teks.
Pihak-pihak yang berkenaan dalam membentuk kurikulum perlu menyelidik semula kurikulum dan penggunaan buku teks. Kandungan buku teks Matematik dan Sains, rujukan dan sebagainya dalam bahasa Inggeris menyebabkan pelajar tidak dapat menguasai bahasa Inggeris. Kajian oleh Aziz (2005) yang mendapati pelajar tidak memahami kandungan buku disebabkan penggunaan bahasa Inggeris itu sendiri.
Dapatan kajian Tarmizi (2003) iaitu mereka yang tidak mempunyai asas bahasa Inggeris yang baik sukar untuk memahami buku buku dan bahan-bahan. bacaan.mahupun nota dalam bahasa Inggeris.
Pertimbangan masalah
Masalah yang boleh dipertimbangkan adalah menyokong pelaksanaan MBMMBI iaitu pemilihan bahasa Inggeris atau bahasa melayu dalam pengajaran dan pembelajaran seperti disarankan oleh Menteri Pelajaran. Menteri Pelajaran telah mencadangkan bahawa pada sesi akan datang para guru dan pelajar-pelajar diberi kelonggaran sama ada meneruskan menggunakan bahasa Inggeris atau menggunakan bahasa melayu dalam pengajaran dalam pembelajaran atau kedua-duanya sekali sebelum dihapuskan PPSMI.
Kesan/Akibat Pro dan Kontra Nilai
-Para guru dan pelajar dapat belajar -Setuju dengan penyataan - Adil dan
dengan lebih seronok apabila terdapat ini kerana pelajar akan bertimbang pilihan
semasa menggunakan Bahasa lebih faham sesuatu rasa.
Melayu atau Bahasa Inggeris. topik itu.
-Para guru dan pelajar masih berada -Tidak setuju kerana cara -Kesabaran dan
pada keadaan yang sama dan tidak percakapan dan berdaya saing.
maju dalam cara percakapan dan pemikiran boleh dibentuk
pemikiran. tetapi memerlukan masa
yang sesuai.
-Terdapat kekecelaruan dalam sistem - Setuju kerana para guru - Tegas, tetap
pendidikan negara jika pemilihan atau pelajar mungkin pendirian.
bahasa digunakan dalam pengajaran akan sering keliru dengan
dan pembelajaran Bahasa Melayu konsep atau penggunaan
atau Bahasa Inggeris. ayat kerana berbeza
dalam penggunaan bahasa.
Bagaimana membuat penyelesaian masalah
yang terbaik?
Membuat penyelesaikan dalam menetapkan satu dasar sahaja supaya tiada kecelaruan
dalam sistem pendidikan sama ada meneruskan PPSMI atau melaksanakan MBMMBI.
Maka, para pelajar dapat mencapai keputusan yang cemerlang dalam subjek Matematik
dan Sains sekiranya penggunaan dasar yang sesuai dapat dilaksanakan. Secara tidak
langsung dapat membantu dalam meningkatkan kedudukan negara Malaysia dalam
kajian TIMSS pada tahun yang berikutnya.
Bagaimana membuat penyelesaian masalah
yang terbaik?
Masalah 2
-Cara pengajaran guru yang kurang kreatif dan kurang menyediakan kemudahan pembelajaran menyebabkan pencapaian pelajar menurun dalam subjek Matematik dan Sains melalui kajian TIMSS .
.
Masalah 2
-Cara pengajaran guru yang kurang kreatif dan kurang menyediakan kemudahan pembelajaran menyebabkan pencapaian pelajar menurun dalam subjek Matematik dan Sains melalui kajian TIMSS .
Penyelesaian Masalah
1. Guru perlu menyediakan kemudahan –kemudahan pembelajaran yang banyak supaya
pelajar lebih seronok belajar subjek matematik dan sains yang menggunakan bahasa
inggeris.
Kemudahan-kemudahan pembelajaran seperti bahan bantu mengajar dan bahan-bahan
rujukan memberi rangsangan kepada pembelajaran pelajar. Kajian Ibrahim (1995) turut
membuktikan keperluan kemudahan dan kelengkapan peralatan adalah unsur yang penting
dalam pengajaran dan pembelajaran.
Guru yang cemerlang berupaya memaksimum dan mengoptimumkan penggunaan bahan
dan sumber pengajaran pembelajaran, di samping memiliki pelbagai koleksi bahan-bahan
tersebut seperti buku rujukan, panduan guru, perisian komputer, audio video, dan
sebagainya (Wiseman, D.L., Conner, D.D. & Knight, S.L. 1999).
2. Guru perlu menukar cara pengajaran tradisional kepada yang lebih moden.
Guru sekarang amat terikat dengan cara tradisional dan masih sama dengan dasar
kurikulum lama yang menekankan kaedah hafalan. Aspek lain seperti pemahaman, amalan,
dan penghayatan kurang diberi perhatian yang sewajarnya. Manakala penglibatan murid
secara aktif adalah terhad.
Pertimbangan masalah
Masalah yang boleh dipertimbangkan adalah para guru perlu menyediakan kemudahan yang kreatif bagi pengajaran dan pembelajaran subjek matematik dan sains supaya dapat menjana pemikiran pelajar menjadi lebih kreatif dan mampu untuk menyelesaikan masalah berkaitan matematik dan sains.
Kesan/Akibat Pro dan Kontra Nilai
-Cara pengajaran guru yang -Setuju kerana para pelajar -Menjana idea,
kreatif dapat membantu para pelajar dapat menjana idea dan kreatif.
menyelesaikan masalah dalam merangsang minda untuk
matematik dan sains. berfikir.
-Bahan bantu mengajar dan buku -Setuju kerana para pelajar -Dorongan
rujukan yang pelbagai akan akan cepat teransang
merangsang para pelajar untuk melalui penyediaan bahan
belajar. bantu mengajar yang
menarik dan rujukan yang
banyak sekiranya mereka
tidak faham.
-Para pelajar memilih dalam cara -Tidak setuju kerana -Kreatif
pengajaran guru yang seronok cara pengajaran guru itu
sahaja tanpa mementingkan adalah tanggungjawab
input yang diperoleh daripada guru tersebut yang perlu
mereka. menarik perhatian pelajar
supaya mengikuti
pengajarannya.
Membuat penyelesaikan iaitu para guru perlu memperbanyakkan bahan bantu mengajar
dan buku rujukan. Guru juga perlu kreatif dalam memberi cara penyelesaian secara
kreatif supaya para pelajar dapat menjana idea serta memudahkan teknik hafalan
supaya dapat diingati. Secara tidak langsung dapat meningkatkan pencapaian para
pelajar dalam subjek Matematik dan Sains.
Bagaimana membuat penyelesaian masalah
yang terbaik?
top related