praeses praseidens presiden - dbp.gov.my · pdf filesiden amerika syarikat dalam kongres yang...
Post on 09-Feb-2018
227 Views
Preview:
TRANSCRIPT
BERITA HARIAN Rabu, 19 November 2008 Halaman Lima
Gelaran presiden berasal daripada perkataan Latin praeses dan praseidens yang bererti “orang
yang mempengerusikan, memerintah atau mengarahkan”. Pada zaman Rom, gelaran praeses diberi kepada gabenor wilayah. Kemudian, pada Zaman Pertengahan, gelaran praeses dan praseidens diberi kepada pegawai diraja yang berkuasa di lingkungan wilayah.
Menurut ertinya yang moden, istilah presiden bermula dari akhir tahun 1700an. Gelaran itu mula digunakan oleh ketua majlis kolonikoloni Amerika Utara, termasuk New Hampshire, Pennsylvania dan Carolina Selatan. Kemudian, semasa perjuangan revolusioner yang terjadi di Amerika dari tahun 1774 hingga tahun 1789, pengerusi Kongres Benua mula dikenali sebagai “Presiden Amerika Syarikat dalam Kongres yang bersidang”. Gelaran ini dipindahkan kepada ketua kerajaan persekutuan Amerika Syarikat apabila perlembagaan negerinegeri persekutuan diterima pada tahun 1787. George Washington dilantik sebagai presiden pertama Amerika Syarikat pada tahun 1789.
Di dunia ini terdapat 189 buah negara, 140 buah daripadanya mempunyai presiden sebagai ketua negara. Di negara yang dikuasai oleh diktator ketenteraan, pemerintahnya biasanya memakai gelaran presiden. Lebih kurang 124 presiden daripada 140 presiden di dunia merupakan presiden eksekutif. Mereka menguasai proses membuat dan mengarahkan dasar kerajaan dalam semua kegiatan politik, ekonomi, sosial dan diplomatik negaranya. Yang selebihnya adalah presiden bukan eksekutif yang bertindak sebagai wakil rasmi negara dan menjalankan tugas adat istiadat sahaja.
Sistem pemerintahan berpresiden terdiri daripada cabang perundangan (pembuatan undangundang) dan cabang eksekutif (pentadbiran) yang berasingan. Cabang eksekutif diketuai oleh presiden. Presiden biasanya dipilih secara langsung oleh rakyat ataupun, dalam beberapa hal, oleh badan perundangan untuk suatu tempoh yang tetap. Menurut teori, kuasa dan tugas presiden hampir selalunya termaktub dalam perlembagaan sesebuah negara. Namun, dari segi amalannya, kuasa ini mungkin sekali ditentukan oleh isu politik dan bukannya oleh isu perundangan atau isu perlembagaan.
Ada tiga pilihan kepada eksekutif politik berpresiden. Dalam sistem eksekutif berparlimen, ketua kerajaan, biasanya pemimpin parti majoriti dalam badan perundangan, mempunyai peranan yang jelas terpisah daripada peranan ketua negara. Dalam sistem eksekutif komunis, pemimpin Parti Komunis atau setiausaha agungnya mengetuai jawatankuasa pusat yang memerin
tah dan mengendalikan halehwal negara. Dalam sistem eksekutif mutlak, kerajaan berpresiden dijalankan menurut dikri (keputusan) seorang individu, sebuah keluarga (seperti kerajaan beraja) atau junta atau majlis tentera.
Barubaru ini Barack Obama telah memenangi pilihan raya Presiden Amerika Syarikat dan sekali gus mencatat sejarah sebagai Presiden kulit hitam pertama Amerika Syarikat. Beliau yang mewakili Parti Demokrat telah mendapat 349 undi bagi mengalahkan John McCain dari Parti Republikan. Senator Joe Biden pula akan dilantik sebagai Naib Presiden bagi mengiringi Obama ke White House selepas penggal George W. Bush tamat pada 20 Januari 2009.
Presiden Amerika Syarikat sering dianggap pegawai dilantik yang paling berkuasa di dunia. Perlembagaan Amerika Syarikat memberikan kuasa yang sangat besar kepada presidennya. Walau bagaimanapun, perlembagaan itu juga mengehadkan kuasa tersebut. Para penggubal Perlembagaan Amerika Syarikat menghendaki pemimipin yang kuat sebagai presiden, tetapi mereka juga tidak mahukan pemimpin yang bertindak seperti raja yang maha berkuasa. Dengan yang demikian, mereka membahagikan kuasa kerajaan Amerika Syarikat itu kepada tiga cabang eksekutif, badan perundangan dan badan kehakiman. Presiden yang bisasanya dikenali sebagai ketua eksekutif mengetuai cabang eksekutif. Kongres mewakili cabang perundangan. Mahkamah Agung Amerika Syarikat dan mahkamahmahkamah persekutuan yang lainnya membentuk cabang kehakiman. Kongres dan Mahkamah Agung boleh menghalang atau menamatkan sebarang tindakan
presiden yang melampaui had kuasa presiden.
Sebagai ketua eksekutif, presiden memastikan bahawa undangundang persekutuan dilaksanakan. Sebagai panglima tertinggi angkatan bersenjata negara, presiden bertanggung jawab terhadap pertahanan negara. Hanya presiden yang boleh memutuskan penggunaan senjata nuklear. Sebagai pengarah dasar luar negeri, presiden menetapkan hubungan Amerika Syarikat dengan negaranegara lain. Sebagai pemimpin badan perundangan, presiden mengesyorkan undangundang dan berusaha mendapat kelulusannya. Sebagai ketua parti
politik, presiden menolong membentuk dasar parti berkenaan dengan isu dalam dan luar negeri. Presiden juga cuba mendorong rakyat bekerjasama untuk mencapai matlamat negara. Akhirnya, sebagai ketua negara, presiden menjalankan berbagaibagai tugas istiadat.
Perlembagaan Amerika Syarikat dalam Artikel II, menetapkan hanya tiga syarat untuk menjadi presiden. Seorang presiden hendaklah sekurangkurangnya berumur 35 tahun, telah menetap di Amerika Syarikat selama 14 tahun dan warganegara kelahiran Amerika Syarikat.
Presiden dipilih untuk tempoh empat tahun. Tiada siapa yang boleh
dilantik menjadi presiden lebih daripada dua kali. Perlembagaan membolehkan kongres menyingkirkan presiden daripada jawatannya. Presiden itu hendaklah dicabar (tuduhan salah laku) melalui undi majoriti di Dewan Perwakilan. Kemudian, Senat bersama dengan ketua hakim Amerika Syarikat yang bertindak sebagai pengerusi, akan membicarakan presiden. Penyingkiran dari jawatan memerlukan dua per tiga undian dalam Senat.
Wanita turut menjawat jawatan sebagai presiden. Presiden wanita yang pertama di dunia ialah Isabel Peron. Dia menggantikan suaminya Juan Domingo Peron sebagai presiden Argentina apabila suaminya meninggal dunia pada tahun 1974. Wanita pertama yang dipilih secara demokrasi menjadi presiden dan ketua negara ialah Vigdis Finn Bogadottir di Iceland pada tahun 1980. Corazon Aquino pula memimpin Filipina sebagai presiden dari tahun 1986 hingga tahun 1993 dan Violeta Barrios de Chamorro, menjadi presiden Nicaragua pada tahun 1992. Kesemua wanita ini menjadi presiden eksekutif dengan kuasa yang terhad. Mary Robinson menjadi presiden wanita pertama Republik Ireland pada tahun 1990. Dia merupakan presiden bukan eksekutif.
Untuk mengetahui secara lebih terperinci mengenai presiden, jenis kerajaan berpresiden, sejarah sistem presiden dan presiden Amerika Syarikat, para pembaca bolehlah merujuk Ensiklopedia Dunia jilid 17. Dewan Bahasa dan Pustaka turut menerbitkan buku berkaitan Amerika Syarikat yang sangat baik untuk dibaca oleh semua. Antaranya ialah Amerika Syarikat Pembentukan Negara bangsa.
BH PILIH L5 17 (emel)
TEROKAIENSIKLOPEDIA
DUNIASIRI KE-31
Presiden
BARACK OBAMA Presiden kulit hitam pertama Amerika Syarikat.
ANTARA wanita yang pernah menjadi Presiden : Isabel Peron (Argentina), Vigdis Finn Bogodottir (Iceland), Corazon Aquino (Filipina) dan Violeta Barrios de Chamorro (Nicaragua).
top related